Novel Tingkatan 1
~Destinasi Impian~
Sinopsis Novel Destinasi Impian
Johari, Azlina, dan Firdaus telah menyahut cabaran datuk mereka untuk
melakukan ekspedisi berbasikal dari Klang ke Morib. Mereka ingin
membuktikan kepada datuk mereka bahawa mereka juga boleh berbasikal ke
Morib seperti yang pernah dilakukan oleh datuk mereka suatu ketika dahulu.
Azlina dan Johari yang sememangnya gemar akan sukan lasak ini kelihatan
gembira menyahut cabaran datuk mereka berbanding dengan Firdaus yang
bersifat agak manja.
Firdaus menganggap bahawa ekspedisi berbasikal itu sebagai kerja gila.
Azlina dan Johari ingin melakukan ekspedisi berbasikal tersebut supaya
Firdaus menjadi seorang lelaki yang tahan lasak berbanding dengan
perwatakannya yang agak lembut dan gemar akan kerja-kerja yang dilakukan
oleh orang perempuan. Oleh itu, Azlina kerap mencabar dan menyakiti hati
Firdaus agar Firdaus menyahut cabaran mereka. Sepanjang perjalanan sejauh
lebih 50 kilometer itu, pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh mereka
termasuk kerenah Firdaus yang kerap merungut kerana keletihan. Sikap
Firdaus yang tidak sabar itu menyebabkan kerap berlakunya konflik antara
dia dengan adiknya, Azlina. Walau bagaimanapun, Johari sepupu kepada
Azlina dan Firdaus yang lebih dewasa lebih bersikap sabar dan bijak dalam
menghadapi kerenah mereka.
Setelah hampir lapan jam berkayuh dan berhenti rehat beberapa kali, mereka
pun tiba di pantai Morib dengan didahului oleh Firdaus. Ketibaan Firdaus
disambut oleh rakan-rakannya. Dia berasa amat bangga tambahan pula
Mazlinda turut berada di situ. Mereka tidak jadi menonton wayang kerana
mahu menyambut ketibaan Firdaus. Hari jadi Mazlinda juga telah ditunda
memandangkan ibu bapanya terpaksa keluar daerah. Firdaus juga
membohongi kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa perjalanan
mereka mengambil masa yang lama kerana adiknya Azlina sering berhenti
rehat. Firdaus juga tidak mempedulikan ketibaan Azlina dan Johari.
Sementara itu, Johari dan Azlina disambut oleh rakan-rakan kolej Johari dan
mereka menginap di khemah yang berlainan dan agak jauh dari khemah
Firdaus. Dua orang rakan Firdaus, iaitu Sazali dan Moksin yang tidak
mempercayai cerita Firdaus berjumpa dengan Azlina. Mereka bertanyakan
kebenaran cerita Firdaus, iaitu kelewatan mereka tiba di Pantai Morib kerana
Azlian ketihan dan sering berhenti rehat.
Azlina menceritakan perkara yang sebenar kepada mereka. Sazali dan Mohsin
bertekad untuk memaksa Firdaus mengakui perbuatannya. Pada malamnya,
Firdaus bermimpi dirinya lemas setelah dihumban ke dalam laut oleh Sazali
dan Moksin kerana berbohong. Mimpi tersebut telah menyedarkan Firdaus
akan kesalahannya berbohong dan mula berasa takut. Pada keesokan harinya,
Johari dan Azlina ingin bertolak pulang tetapi Firdaus tidak mahu menyertai
mereka. Pada mulanya, Azlina tidak sampai hati hendak meninggalkan
abangnya tetapi setelah dipujuk oleh Johari, akhirnya mereka berbasikal
pulang berdua sahaja. Sementara itu, Firdaus dan rakan-rakannya bergembira
mandi-manda di laut. Dalam kegembiraan itu, Mazlina lemas dan cuba dibantu
oleh Firdaus, tetapi dia hampir lemas kerana tidak pandai berenang. Sebaik
sahaja sedar, Firdaus susah berada di hospital. Sebenarnya, Mazlinda berpura-
pura lemas kerana ingin menguji Firdaus. Firdaus berasa malu dan sedar akan
sikapnya yang angkuh. Firdaus juga menerima teguran Johari secara positif.
Perjalanan mereka dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru adalah
untuk menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan mereka sejauh 50 kilometer.
Firdaus sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana destinasi mereka
sangat jauh dan dia berasa letih. Johari dan Azlina memberikan dorongan
semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tujuan
Johari mengajak Firdaus dan Azlina adalah untuk mengajar mereka supaya
mereka menjadi lasak, berdikari dan berani. Firdaus berasa bangga kerana
berjaya mengayuh basikal hingga Pantai Morib Baru. Kawan-kawan Firdaus
berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal.
Akhirnya, Firdaus insaf dan sedar serta tidak bersikap angkuh.
TEMA :
Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang
menghadapi cabaran dalam hidup. Firdaus seorang individu yang berada
dalam keadaan dicabar dan mencabar. Bukan mudah untuk menghadapi
cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus seorang anak muda
yang dicabar oleh orang yang akrab dalam keluarga
PERSOALAN :
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:
i. Jiwa remaja yang mudah memberontak
Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan
menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak
apabila mengalami kesusahan.
ii. Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.
Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan.
Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika
jatuh dari basikal.
iii. Keberanian mengharungi rintangan
Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4
sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer.
Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.
iv. Keinsafan setelah sedar dari kesilapan
Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan.
Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas
peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
v. Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan
Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke
destinasi Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan
bekerjasama semasa dalam perjalanan.
WATAK DAN PERWATAKAN :
Watak Utama dan Perwatakan
Firdaus (Watak Utama)
Tingkah laku agak keperempuanan.- seorang yang agak lembut
perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam keluarganya
Seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan
aktiviti luar-Firdaus beria-ia mahu pulang ke rumah dan tidak mahu
meneruskan racangan mereka untuk berbasikal ke Morib.
Selalu dimanjakan-Dia dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh
ibu bapanya memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai
empat orang anak perempuan sebelum memiliki Firdaus.
Suka berdendam-Firdaus mendendami adiknya, Azlina. Dia langsung
tidak membantu Azlina yang tercedera.
Azlina ( watak sampingan)
· Olahragawati Sekolah Menengah Kapar- Azlina yang merupakan
olahragawati Sekolah Menengah Kapar kelihatan aktif dan tidak letih
meneruskan kayuhan
· Suka mengejek Firdaus- Azlina selalu menyindir Firdaus bagi
merangsang Firdaus untuk berubah menjadi lelaki yang gagah. Azlina
mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang yang sememangnya
seorang lelaki.
· Seorang yang kuat semangat- Azlina yang kelihatan cergas dan gembira
walaupun mereka telah mengayuh selama empat jam setengah.
· Suka akan cabaran- Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka
untuk berbasikal ke Morib.
Plot / Binaan Plot
(a) Permulaan – Permulaan novel Destinasi Impian ialah Johari, Azlina, dan
Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk membuat kayuhan sehingga
ke Pantai Morib.
(b) Perkembangan – Peringkat perkembangan cerita apabila terdapat
pelbagai halangan semasa kayuhan contohnya sikap Firdaus yang mudah
berputus asa dan ingin menamatkan kayuhan.
(c) Klimaks – Peringkat Klimaks novel ini ialah apabila Firdaus berjaya
menamatkan kayuhan dan disambut oleh rakanrakan. Di sana, dia berjaya
mendekati Mazlinda dan rahsia Firdaus diketahui oleh Mokhsin dan Sazali.
(d) Peleraian – Peringkat peleraian novel ini ialah Firdaus kelemasan di lautan
dan insaf dengan sikapnya terhadap adik dan rakan-rakannya.
GAYA BAHASA
1. Peribahasa
Bagaikan langit dengan bumi.
Aku tersenyum. Ternyata perbezaan antara Azlina dengan Firdaus semenjak
meninggalkan rumah tadi, bagaikan langit dengan bumi.
Macam kacang lupakan kulit.
“Abang ni macam kacang lupakan kulit. Tak tahu mengenang budi orang.”
2. Simile
Debar di dadaku bagaikan hempasan ombak di pantai sana.
Aku tersenyum. Aku berasa bangga bagaikan setitik minyak jatuh ke
permukaan air mengembang seluas-luasnya dalam hatiku.
3. Hiperbola
Makin kuat gelak ketawa kami. Dan aku berasa seluruh kepenatan yang
menggayuti tubuhku hilang serta-merta. Mengapa?
4. Metafora
Tetapi, bukankah aku lebih hebat kerana Mazlinda ke sini semata-mata kerana
mahu menyambutku! Gunung kebanggaan di hatiku menjadi semakin tinggi.
5. Sinkope
“Kalau abang nak berjalan sampai ke Morib pun saya boleh temankan.”
Azlina tergelak memandangku, kemudian memandang abangnya.
LATAR MASA :
Pukul 7:00 pagi
Pukul 2:30 petang
Pukul 3:00 petang
Pukul 3:30 petang
Hari Sabtu bulan Jun
LATAR MASYARAKAT :
Masyarakat yang gemar membaca
Masyarakat yang tidak mempercayai kata-kata orang lain melainkan
melihat dengan sendiri.
Masyarakat lelaki yang bertingkah laku lembut.
Masyarakat yang sentiasa menjadi bahan usikan.
Masyarakat yang tegas.
Masyarakat yang prihatin.
LATAR TEMPAT :
Gerai air tebu
Tepi jalan
Tapak perkhemahan
Di bawah pokok ru
NILAI :
(i) Cinta akan bahasa kebangsaan
Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan
basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai
kesalahan bahasa.
(ii) Keberanian
Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus yang kelemasan di lautan.
(iii) Keprihatinan
Johari prihatin memberikan bantuan kepada Azlina semasa Azlina luka akibat
terjatuh dari basikalnya.
(iv) Bertanggungjawab
Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan
pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.
(v) Semangat setia kawan
Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi
menyambut Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.
PENGAJARAN
· Kita janganlah mempunyai perasaan hasad dengki dalam diri.
· Kita janganlah menghina sesama sendiri.
· Kita hendaklah berani menyahut cabaran.
· Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.
· Kita janganlah berdendam terutamanya kepada adik-beradik.
· Kita janganlah bercakap bohong.
.