Tarikh MESYUARAT AJK KELAB GURU DAN KAKITANGAN
Hari
Masa BIL. 2 TAHUN 2020
Tempat
Kehadiran : 1 Julai 2020
: Rabu
: 11.00 pagi
: Bilik Gerakan
: 1. En. Zamri b. Samsu @ Abdul Lateh
2. Tn. Hj. Khairul Faiz b. Nek Lah
3. Pn. Badariyah bt. Mt. Nor
4. Pn. Fadzilah bt. Kassim
5. Pn. Hjh. Noriza bt. Hasan
6. Pn. Hjh. Azma bt. Mokhtar
7. En. Mohd. Roslan b. Osman – Tidak Hadir (Bersebab)
8. Ust. Shahruddin b. Hj Mahmood
9. En. Mustafa b. Yusof
10. Cik Vivienne Saw Yen Yoong
11. Pn. Aidawati bt. Abdullah
12. Pn. Noor Shafinaz bt. Mansor
13. En. Ikhwan Hadi b. Ahmad Shukri
14. Ust. Suhairi b. Muhammad
15. Pn. Roziah bt. Hussin
16. En. Amirul Mukminin b. Hamsi
Agenda 1: Ucapan Alu-aluan Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT)
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab, Al Fatehah.
1.2 Pengerusi memaklumkan aktiviti yang telah dilaksanakan sehingga tarikh 30 Jun 2020:
i. T-Shirt lelaki hari sukan
ii. Penambahbaikan bilik rehat guru.
iii. Gotong-royong SOP bilik guru.
iv. Majlis pertukaran Pn. Sharizah, Pn. Noor Fadzilah, En Suhaimi dan En Musfaizal.
Tindakan: Makluman
Agenda 2: Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 1
2.1 Penolong setiausaha membentangkan minit mesyuarat KGKT kali pertama.
Cadangan pengesahan, En Mustafa. Disokong oleh Ustaz Suhairi.
Tindakan: Makluman
Agenda 3: Perkara-perkara Berbangkit
3.1 Agenda 2.2.1 Telah dilaksanakan.
Agenda 2.2.2 Tidak dapat dilaksanakan kerana perintah kawalan pergerakan.
Agenda 2.2.3 dan 2.2.4 Cadangan agar Hari Keluarga dan Jamuan Akhir Tahun dibuat
sekali. Cadangan diterima. Dua cadangan tempat untuk majlis tersebut,
sama ada di Dewan BAKTI SMKDHH atau di Kem Assalam.
Satu mesyuarat khas akan diadakan untuk perbincangan aktiviti ini.
Tindakan: Penyelaras berkenaan
Agenda 4: Laporan Kewangan
4.1 Pn. Hjh. Noriza selaku Bendahari membentangkan laporan kewangan sehingga 30 Jun
2020. Cadangan pengesahan penyata kewangan oleh Ustaz Shahruddin dan disokong oleh
En.Mustafa.
Tindakan: Makluman
1
Agenda 5: Perbincangan Draf Perlembagaan KGKT
Antara penambahbaikan dalam perlembagaan yang perlu persetujuan semasa mesyuarat
agung pada akhir tahun ialah:
1. Perkara 6.3, 6.4 dan 6.7
2. Perkara 15.1 (5)
#Rujuk Lampiran: Perlembagaan KGKT.
Tindakan: Pengerusi (Usul semasa Mesyuarat Agung 2021)
Agenda 6: Cadangan Melantik AJK Baharu Menggantikan Pn. Noor Fadzilah bt.
Abdul Raof
6.1 Mesyuarat sebulat suara membuat keputusan tidak akan mengganti AJK baharu kerana
tiada keperluan.
Tindakan: Makluman
Agenda 7: Hal-hal Lain
7.1 Ada segelintir guru berehat terlalu lama di bilik rehat hingga menyebabkan ada guru lain
tidak dapat menggunakan bilik tersebut. Pengerusi diminta menegur guru berkenaan.
Tindakan: Pengerusi
7.2 Ust.Shahruddin mencadangkan agar bilik rehat tidak dijadikan bilik untuk guru
praktikum.
Tindakan: Pengerusi
7.3 Pengerusi mencadangkan agar dilekatkan tatacara penggunaan bilik rehat guru di pintu
bilik rehat guru sebagai makluman dan panduan kepada semua guru.
Tindakan: Penolong Setiausaha
7.3 Pn. Noor Shafinaz mencadangkan diadakan post mortem setiap kali selesai sesuatu
majlis/aktiviti.
Tindakan: AJK Berkenaan
7.4 Pengerusi menjelaskan En. Rusdi memaklumkan tidak dapat menyumbang untung kepada
KGKT kerana tiada jualan air semasa PKP.
Tindakan: Makluman
7.5 Paip tandas lelaki rosak. Pengerusi akan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak
pentadbir.
Tindakan: Pengerusi
7.5 Paip tandas pejabat akan cuba dibaiki oleh Ust. Shahruddin dan jika masalah tersebut
sukar diselesaikan, pihak KGKT akan menggunakan khidmat En. Madi (LAP).
Tindakan: Pengerusi dan Ust.Shahruddin
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.35 tengah hari.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
t.t t.t
……………………………….. …………………………………………………….
MOHD. ZAMRI B. SAMSU @ ABDUL LATEH)
(BADARIYAH BT MT. NOR) Pengerusi KGKT,
SMK Dato’ Haji Hussein.
Setiausaha KGKT,
SMK Dato’ Haji Hussein. 2