The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurazizahjapar, 2020-11-15 07:21:14

CARA MENGHARGAI DIRI SENDIRI

CARA MENGHARGAI DIRI SENDIRI

Unit Bimbingan & Kaunseling
SK Tanjung Aru 1, Kota Kinabalu

CARA
MENGHARGAI
DIRI SENDIRI

Assalamualaikum murid-murid.
Apa khabar

murid-murid di rumah?
Semoga semua dalam keadaan

baik sahaja.
Baiklah, pada minggu ini kita teruskan lagi
Tema Psikososial dan Kesejahteraan Mental.
Cikgu akan berkongsi pula tajuk berkaitan

CARA MENGHARGAI DIRI SENDIRI.

1 KENALI DIRI ANDA

Cubalah aktiviti atau hobi yang berbeza.
Hal ini akan membantu anda mengenal
pasti apa yang anda sukai dan perlukan
dalam hidup.

2 MAAFKAN DIRI SENDIRI

Maafkan diri sendiri untuk kesalahan lalu
yang tidak membanggakan.
Akui kesalahan diri dan minta maaflah
kepada orang lain.

3 TERIMA DIRI SEADANYA

Belajar untuk mengasihi dan menerima
kelebihan dan kekurangan diri sendiri.
Tidak membandingkan diri dengan
kelebihan yang ada pada orang lain.

4 SINGKIRKAN RASA DENGKI

Berhenti berharap untuk memiliki apa
yang
dimiliki oleh orang lain.
Berusahalah untuk mencapai apa yang
anda inginkan.

5 MAAFKAN ORANG LAIN

Belajar menjadi seorang yang pemaaf
agar
anda dapat terus melangkah maju.
Memaafkan orang lain dapat
menyembuhkan diri anda sendiri.

6 BELAJAR MENERIMA KRITIKAN

Kritikan yang membina dapat membantu diri
anda untuk menjadi insan yang lebih baik.
Jika ada orang berniat jahat atau cuba
menyakiti anda, abaikan.

7 PERBAIKI DIRI SENDIRI

Bermaksud mengambil langkah untuk
mencuba
perkara baru.
Contohnya, mengikuti kelas yoga, menjadi
sukarelawan, membaca berita dan berusaha
mempelajari sesuatu daripada orang dewasa.

SEKIAN,
TERIMA KASIH

Jika ada pertanyaan lanjut boleh berhubung
kepada:

Cikgu Syalwahty (016-8107105)
Cikgu Azizah (010-2580852)


Click to View FlipBook Version