KELEBIHAN SELAWAT
&
KEISTIMEWAAN
NABI MUHAMMAD
r
HABIB SAAD AL IDRUS
TERJEMAHAN
ASHRAFF OSMAN
EDARAN PERCUMA
BUKAN UNTUK DIJUAL
BIOGRAFI PENGARANG
Beliau ialah al-Habib Muhammad bin
Alawi al-Idrus, namun lebih mesra dis-
apa sebagai Habib Saad. Beliau telah
dilahirkan di kota Tarim pada tahun
1351 H. beliau membesar di kota terse-
but dengan penuh adab dan ilmu. Be-
liau menimba ilmu daripada para ula-
ma besar yang memenuhi kota berkah
tersebut, khususnya di Madrasah Ribat
Tarim.
Meningkat ke usia dewasa, beliau ber-
hijrah ke kota Aden untuk mencari
rezeki. Pada zaman tersebut, Yaman berada di bawah pemerintahan
komunis. Pasukan komunis yang kejam telah menangkap ramai para
ulama yang aktif berdakwah pada ketika itu, termasuklah Habib
Saad. Beliau ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara tanpa se-
barang kesalahan dan perbicaraan.
Di dalam penjara, beliau menggunakan waktunya sebaik mungkin
untuk beribadah dan mengulangkaji ilmu, khususnya menghafal
al-Quran. Beliau telah menghabiskan hafalan 30 juzuk al-Quran
sepanjang 4 tahun keberadaan beliau di sebalik jeriji besi itu. Beliau
akhirnya dibebaskan dan pulang ke kampung halamannya di kota
Tarim.
Sepulangan beliau ke kota Tarim, beliau telah dilantik menjadi
imam di Masjid al-Saqqaf. Beliau telah menunjukkan semangat
dan usaha yang gigih dalam menyampaikan ilmu dan membimbing
masyarakat setempat. Beliau banyak menyampaikan ilmu di zawi-
yah Abu Maryam di Tarim. Meskipun mendapat ancaman daripada
pihak komunis yang masih berkuasa ketika itu, beliau tidak gentar
walaupun sedikit dan tidak berganjak daripada usahanya untuk ber-
dakwah dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat.
1
Beliau seorang yang sangat ge- ih daripada 70 kitab dan risalah
mar membaca. Beliau tidak yang bermanfaat sebagai hadiah
mempunyai masa untuk dibazir- kepada umat Islam. Semoga Al-
kan. Beliau menggunakan masa lah merahmati beliau, dan men-
beliau sebaik yang mungkin un- ganugerahkan kita keberkatan
tuk beribadah, menyampaikan daripada beliau dan kitab-kitab
ilmu atau membaca bahan ba- karangan beliau, amin.
caan yang bermanfaat meskipun
dalam keadaan yang telah beru-
mur dan uzur.
Beliau telah pulang ke rahmat-
ullah pada bulan Zulkaedah
1432 H bersamaan bulan Ok-
tober 2011. Beliau meninggal
dunia pada umur 81 tahun ke-
tika sedang membaca kitab Ihya
Ulumiddin karangan Imam
al-Ghazali.
Beliau telah meninggalkan leb-
2
MUQADDIMAH
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله
وصحبه ومن والاه أما بعد
Zikrullah merupakan antara amalan yang sangat berke-
san untuk menghampirkan seseorang hamba dengan Penciptanya.
Faedah dan kelebihan zikir sangat banyak dan tidak mampu untuk
disenaraikan namun ia terkandung dalam firman-Nya,
ٱَلّ ِذی َن َءاَمنُو۟ا َوتَ ۡط َم ِٕى ُّن قـُلُوبـُُهم بِ ِذ ۡك ِر ٱلَِّۗل أََل بِ ِذ ۡك ِر ٱلَِّل تَ ۡط َم ِٕى ُّن ٱ ۡلُقلُو ُب
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manu-
sia. - Ar-Ra’d : 28
Antara tanda-tanda keimanan yang paling jelas ialah mem-
perbanyakkan zikir kepada Tuhan Maha Pengasih. Dengan berzikir,
seseorang akan mendapat ketenangan hati dan kerehatan jiwa di
dunia juga di akhirat. Inilah yang dimaksudkan oleh Imam al-Hadd-
ad dalam syairnya,
4
َوإِن ُرم َت أَن َتظى بَِقل ٍب ُمنـََّور نَِق ٍّي َع ِن الأَغياِر فَِاع ِكف َعلَي
َوثابِر َعلَيِه في الظَلاِم َوفي ال ِضيا َوفي ُك ِّل حا ٍل ِبلِلسا ِن َوِبل ِسِّر
فَِإ َنّ َك إِن لا َزمتَهُ بِتـََو ُّجٍه بَدا لَ َك نوٌر لَي َس َكال َشم ِس
َولَ ِكَنّهُ نوٌر ِم َن الَِل وا ِر ٌد أَتى ِذكُرهُ في سوَرِة النوِر فَِاستَق ِر
Andai engkau punyai impian,
Nurani yang terang dengan sinaran,
Hati yang bersih dari kotoran,
Hendaklah zikir menjadi amalan.
Berzikir jangan engkau tinggalkan,
Dalam terang dan kegelapan,
Setiap waktu setiap keadaan,
Gunakan hatimu dan juga lisan.
Andai zikir engkau teruskan,
Dengan tawajjuh penuh tumpuan,
Pasti dirimu mendapat sinaran,
Cahayanya lebih dari rembulan.
Malah mentari tak mampu melawan,
Sinar Ilahi sungguh menawan,
Seperti tersebut dalam al-Quran,
Surah an-Nur menjadi tumpuan.
5
Selawat ke atas Nabi r merupakan salah satu bentuk zikir. Ia
diperintahkan oleh Allah I sendiri menerusi firman-Nya,
إِ َّن ٱلَّلَ َوَملَـِٰٕۤى َكتَهُۥ یُ َصُلّو َن ََعولََسِلىّ ُمٱلَو۟نّابِتَِّۚی ۡسیَـِٰۤلأَییُـًّمَهاا ٱَلّ ِذی َن ءَاَمنُو۟ا َصُلّو۟ا َعلَۡیِه
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghor-
matan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang
yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera
dengan penghormatan yang sepenuhnya. - Al-Ahzaab : 56
Nama orang yang berzikir akan disebut di dalam majlis yang
lebih mulia daripada perkumpulannya, iaitu di alam malakut yang
tinggi.
Di dalam kitab yang ringkas ini, saya telah menghimpunkan
kelebihan dan faedah berzikir serta selawat ke atas Nabi r. Pada
penghujung kitab ini, saya telah mencoretkan beberapa kelebihan
dan keistimewaan Rasulullah r. Semoga ringkasan ini menjadi
wasilah untuk anda mendapat keberkatan dan manfaat. Akhir kata,
saya berdoa agar Allah I mengurniakan saya keikhlasan hati dalam
penyusunan kitab ini. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas se-
gala-galanya, dan Dia Maha Memperkenan segala permintaan. Se-
gala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
6
KELEBIHAN ZIKIR
1. Mendapat keredaan Allah Maha Pengasih.
2. Menjauhkan daripada syaitan.
3. Menghapuskan keresahan dan kesedihan hati.
4. Menggembirakan hati dan melapangkan dada.
5. Menguatkan hati dan jasmani.
6. Mencerahkan wajah dan hati nurani.
7. Melancarkan rezeki.
8. Mendatangkan kewibawaan dan peribadi tinggi.
9. Mendatangkan rasa cinta kepada Allah I.
10. Menghampirkan seseorang hamba dengan Tuhannya. Se-
makin kerap dia berzikir, semakin dia hampir dengan Tu-
hannya.
11. Orang yang banyak berzikir akan senantiasa merasai pemer-
hatian-Nya dan dia akan mendapat sifat ihsan (menyembah
Allah seolah-olah dia melihat-Nya).
12. Dengan berzikir, seseorang hamba kembali kepada Tuhann-
ya.
13. Berzikir akan membuka pintu makrifah yang paling besar.
14. Orang yang mengingati Allah akan diingat oleh Allah seperti
firman-Nya,
()فَٱ ۡذُكُرونِ ۤی أَ ۡذُك ۡرُك ۡم
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum
dan undang-undangKu), nescaya Aku akan mengingatimu
- Al-Baqarah : 152
7
15. Menghidupkan hati.
16. Zikir merupakan makanan hati dan roh.
17. Dengan berzikir, hati akan menjadi bersih.
18. Dengan berzikir, dosa-dosa akan diampunkan. Ini antara
kelebihannya yang besar.
19. Menghapuskan rasa tidak selesa antara seseorang hamba
dengan Penciptanya.
20. Zikir menjadi penyelamat daripada azab Allah I.
21. Menarik ketenangan (sakinah) dan rahmat Allah.
22. Majlis zikir adalah majlis para malaikat.
23. Dengan berzikir, bukan sahaja pengamalnya mendapat ke-
bahagiaan, malah pendampingnya juga mendapatnya.
24. Menyelamatkan pengamalnya daripada penyesalan pada
hari Kiamat.
25. Dengan memperbanyakkan zikir, pengamalnya akan
mendapat pemberian yang terbaik daripada Allah I.
26. Zikir merupakan amalan yang paling mudah untuk dilaku-
kan namun ganjarannya amat besar.
27. Zikir merupakan benih tanaman syurga.
28. Fadhilat dan kelebihan zikir adalah istimewa dan tidak dapat
diperolehi daripada amalan yang lain.
29. Dengan memperbanyakkkan zikir, seseorang hamba akan
selamat daripada kelalaian (ghaflah) kerana ia adalah punca
kerosakan seseorang hamba di dunia dan di akhirat.
30. Zikir akan menjadi cahaya kepada pengamalnya di dunia
dan di dalam kuburnya.
31. Zikir akan menyedarkan hati daripada tidurnya.
32. Zikir ibarat pohon yang akan membuahkan makrifah yang
8
diimpikan oleh para salik.
33. Orang yang selalu mengingat Allah akan senantiasa hampir
dengan-Nya. Dia akan mendapat pemeliharaan, kasih say-
ang, bantuan dan petunjuk daripada-Nya.
34. Ganjaran zikir setaraf dengan pahala memerdekakan ham-
ba sahaya dan menginfaqkan harta.
35. Zikir merupakan asas syukur. Orang yang tidak mengingati
Allah dianggap tidak bersyukur kepada-Nya.
36. Hati kebiasaannya akan menjadi keras (disebabkan dosa),
zikir akan melembutkannya semula.
37. Zikir akan menarik nikmat dan menolak bala.
38. Orang yang berzikir akan mendapat selawat (rahmat) dari-
pada Allah, dan selawat (istighfar) daripada para malaikat.
39. Allah I berbangga dengan ahli zikir di hadapan para ma-
laikat-Nya.
40. Ahli zikir akan memasuki syurga sambil tersenyum.
41. Berzikir dan mengingati Allah merupakan pendorong yang
terbesar untuk mentaati-Nya.
42. Dengan berzikir, badan akan menjadi kuat. Sila rujuk zikir
yang diajarkan oleh Nabi r kepada puteri Baginda, Fatimah
dan suaminya, Ali t.
43. Para malaikat akan terus membina mahligai di dalam syurga
selama seseorang sedang berzikir. Apabila dia berhenti ber-
zikir, para malaikat juga akan berhenti membinanya.
44. Para malaikat akan mendoakan orang yang berzikir se-
bagaimana mereka mendoakan kepada orang yang bertau-
bat.
45. Gunung-ganang serta daratan berbangga dan bergembira
dengan orang yang mengingati Allah I.
46. Dengan banyak berzikir, seseorang akan selamat daripada
sifat nifak kerana tanda orang munafik ialah sedikit berzikir.
9
47. Ahli zikir akan mendapat kelazatan yang tidak dapat digam-
barkan, oleh sebab demikian majlis zikir digelar taman syur-
ga.
48. Dengan mempelbagaikan tempat berzikir seperti di jalanan,
rumah, dan ketika sedang bermusafir, pengamalnya akan
memperolehi banyak saksi kebaikannya pada hari kiamat.
49. Dengan berzikir, wajah seseorang akan berseri di dunia dan
juga di akhirat. Rasulullah r bersabda, “Barangsiapa yang
mengucapkan Lailahaillallah sebanyak seratus kali setiap hari,
akan datang pada hari kiamat nanti dengan wajah yang
bercahaya dan berseri melibihi bulan purnama”.
50. Orang yang berzikir akan dicatat Allah sebagai orang yang
benar kerana zikir merupakan puji-pujian terhadap sifat-si-
fat kesempurnaan Allah. Orang yang dicatat Allah sebagai
orang yang benar tidak akan tergolong bersama para pen-
dusta.
51. Dengan berzikir secara istiqomah, seseorang hamba akan
turut mendapat pahala amalan yang lain sama ada berben-
tuk amalan jasmani mahupun kewangan. Ini dijelaskan da-
lam hadith zikir yang diajarkan Nabi r kepada kaum Mu-
hajirin yang fakir miskin. (zikir Subhanallah, Alhamdulillah dan
Allahuakbar selepas solat).
52. Apabila seseorang hamba senantiasa mengingati Allah pada
ketika senang, Allah akan mengingatinya ketika dia dalam
kesusahan.
53. Zikir menjadi kesembuhan hati manakala kelalaian akan
membawa penyakit hati.
Demikian sebahagian daripada kelebihan berzikir. Semoga Allah
memberikan manfaat dengannya dan menjadikannya ikhlas un-
tuk-Nya semata-mata. Selawat serta salam buat pengulu kita Nabi
Muhammad, kerabat serta sahabat Baginda.
(Dipetik daripada kitab Abwab al-Farj karangan al-Maliki)
10
KELEBIHAN SELAWAT
1. Mentaati perintah Allah I.
2. Mencontohi Allah I dalam berselawat ke atas Baginda,
meskipun selawat kita berbeza dengan selawat Allah kerana
selawat kita bererti doa dan permintaan sedangkan selawat
daripada-Nya merupakan pujian dan kemuliaan.
3. Mengikut jejak para malaikat dalam berselawat kepada Bag-
inda.
4. Sekali berselawat akan mendapat sepuluh selawat daripada
Allah.
5. Akan ditinggikan sepuluh darjat.
6. Akan mendapat sepuluh pahala.
7. Akan dihapuskan sepuluh dosa.
8. Apabila sesuatu doa dimulakan dengan selawat, doa tersebut
akan dimakbulkan.
9. Dengan berselawat, seseorang akan mendapat syafaat dar-
ipada Baginda r. Sama ada dia mendoakan agar Baginda
mendapat wasilah (kedudukan yang tinggi di akhirat) atau-
pun tidak.
10. Menjadi asbab dosa-dosa diampunkan.
11. Menarik bantuan dan pertolongan Allah bagi menyelesaikan
segala masalahnya.
12. Dengan berselawat, seseorang akan hampir dengan Baginda
pada hari Kiamat kelak.
13. Ganjarannya bersamaan dengan ganjaran bersedekah kepa-
da orang yang susah.
11
14. Menjadi asbab agar hajat-hajatnya tertunai.
15. Mendapat selawat daripada Allah I dan para malaikat.
16. Selawat menjadi penyuci dan pembersih kepada pembacan-
ya.
17. Dengan berselawat, seseorang akan dapat melihat syurganya
ketika menjelang kematiannya (sakaratul maut) sebagaimana
hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa.
18. Menjadi penyelamat daripada ketakutan pada hari Kiamat
kelak sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa.
19. Apabila seseorang mengucapkan selawat dan salam, Bagin-
da r akan membalas ucapannya tersebut.
20. Apabila selawat dibaca dalam sesuatu majlis, majlis tersebut
akan menjadi baik dan para hadirin tidak akan menyesal
pada hari Kiamat kelak.
21. Dengan berselawat, kita dapat mengingat semula perkara
yang kita terlupa.
22. Menjadi penyelamat daripada kefakiran.
23. Apabila kita mendengar nama Nabi Muhammad r disebut
dan kita berselawat kepada Baginda, kita tidak akan digelar
orang yang kedekut.
24. Apabila kita mendengar nama Nabi Muhammad r dise-
but dan kita berselawat kepada Baginda, kita akan selamat
daripada ancaman yang diberikan kepada orang yang tidak
berselawat.
25. Selawat akan membantu seseorang untuk menempuh jalan
menuju ke syurga manakala orang yang tidak berselawat
akan tersasar daripada jalan menuju ke syurga.
26. Majlis yang langsung tidak diisi dengan zikir dan selawat
akan menjadi busuk.
27. Sebarang ucapan yang dimulakan dengan pujian kepada Al-
lah I dan selawat kepada Nabi r akan menjadi lengkap dan
sempurna.
12
28. Dengan berselawat, seseorang akan mendapat cahaya yang
terang ketika melintasi titian Sirat.
29. Orang yang tidak berselawat kepada Nabi r dianggap tidak
menghiraukan Baginda r.
30. Apabila seseorang berselawat, namanya akan dipuji Allah di
hadapan penduduk langit dan bumi.
31. Selawat akan menarik keberkatan kepada diri, amalan serta
umur pembacanya. Dia akan mendapat pelbagai kebaikan.
32. Menarik rahmat Allah I.
33. Dengan berselawat, perasaan cinta dan kasih kepada Bag-
inda r akan berputik dan mekar. Ia merupakan salah satu
cabang iman dan pelengkap iman seseorang.
34. Dengan berselawat, seseorang akan dicintai dan dikasihi
Baginda r.
35. Menarik hidayat dalam kehidupannya, dan menghidupkan
hatinya.
36. Nama orang yang berselawat akan dibentangkan dan disebut
dihadapan Baginda r.
37. Dengan berselawat, langkah seseorang akan teguh ketika
melintasi titian Sirat kelak.
38. Dengan berselawat, seseorang hamba dikira telah menun-
aikan sebahagian hak kesyukuran yang wajib ditunaikan ke-
pada Allah I. Menunaikan hak syukur sepenuhnya kepada
Allah I adalah perkara yang mungkin dapat dilakukan, na-
mun Allah Yang Maha Pemurah reda dengan ucapan syukur
yang sedikit daripada seseorang hamba.
39. Selawat merupakan tanda seseorang hamba mengingati dan
mensyukuri Allah I atas nikmat yang dikurniakan kepada
seluruh hamba-Nya dengan mengutuskan Baginda r kepada
mereka.
40. Selawat ibarat guru yang membimbing muridnya.
41. Ia akan menumbuhkan rasa cinta kepada Baginda r di da-
13
lam hati pengamalnya.
42. Peribadi pembacanya akan menyerupai peribadi Rasulullah
r.
43. Ia merupakan doa daripada seseorang hamba.
44. Menjadi penyejuk mata Rasulullah r serta pembacanya.
45. Dengan selawat, segala impian dan hajat pembacanya akan
tertunai dalam kehidupan dunia dan kehidupan setelah mati.
46. Menarik nikmat yang paling besar iaitu rahmat Allah I.
47. Menyelamatkan pembacanya daripada kemurkaan Allah I.
48. Menyerikan majlis.
49. Membersihkan hati daripada sifat nifak (munafik) dan ke-
karatan hati.
50. Orang yang berselawat akan dikasihi masyarakat, dan akan
melihat Rasulullah r dalam mimpinya.
51. Menarik keberkatan kepada zuriat keturunan pembacanya.
52. Mendapat ganjaran pahala yang besar seperti gunung Uhud.
53. Menghapuskan dosa. Ganjaran berselawat adalah lebih be-
sar berbanding memerdekakan hamba sahaya.
54. Membantu pembacanya untuk melihat Baginda r dalam
mimpinya.
55. Pengamal selawat akan melihat tempat tinggalnya di syurga
sebelum kematiannya.
56. Pengamalnya akan berada di bawah naungan Arasy.
57. Pengamalnya akan bertemu dengan Allah I dalam keadaan
diredai-Nya.
58. Timbangan amalan kebaikannya akan berat.
59. Pengamalnya akan dapat berkumpul di telaga Kauthar ke-
lak.
14
60. Pengamalnya akan selamat daripada rasa dahaga pada hari
Kiamat.
61. Dapat melintasi titian Sirat.
62. Akan mendapat bidadari yang ramai di dalam syurga.
63. Orang yang banyak berselawat akan menjadi orang yang
paling hampir dengan Baginda r pada hari Kiamat kelak.
15
NIAT SEBELUM SELAWAT
Ya Allah, aku berniat untuk berselawat kepada Nabi r ini kerana :
· Mentaati perintah-Mu.
· Membenarkan kitab-Mu.
· Mengikut sunnah Nabi Muhammad r.
· Mencintai dan merindui Baginda r.
· Mentakzim dan memuliakan Baginda r.
Kerana Baginda layak mendapat yang demikian. Oleh itu teri-
malah ia daripadaku semta-mata dengan kurniaan dan ihsan-Mu,
angkatlah kelalaian yang menjadi hijab di hatiku, jadikan daku an-
tara hamba-Mu yang soleh.
Ya Allah, tambahkanlah kemuliaan yang telah Engkau kurni-
akan kepada Baginda, dan kehebatan yang telah Engkau kurniakan
kepada Baginda, tinggikan kedudukan Baginda di antara para Ra-
sul, tinggikan darjat Baginda dalam kalangan para Nabi.
Daku memohon keredaan-Mu dan juga syurga-Mu wahat Pemi-
lik sekalian alam, berserta keselamatan dalam agama, urusan dun-
ia serta akhirat. Matikan daku atas landasan al-Quran, Hadith dan
jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan kalimah syahadah yang utuh
dan tidak rapuh.
Ampunkan segala dosa dan kesilapanku, dengan kurnia dan ih-
san-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha
Penyayang. Selawat dan salam buat penghulu kami Nabi Muham-
mad, kerabat serta para sahabat Baginda. (Dipetik daripada kitab
Ghayat al-Qasd wa al-Murad)
16
Niat tersebut sering diamalkan oleh Habib Abdullah al-Haddad
ketika beliau membaca selawat kepada Nabi r.
Antara niat berselawat yang boleh anda amalkan ialah :
Ya Allah, aku berniat untuk mendekatkan diriku kepada-Mu
dengan berselawat kepada Rasul-Mu yang mulia, dengannya aku
beribadah kepada-Mu, mengagungkan-Mu, mencari keredaan-Mu
dan keredaan Rasul-Mu, semata-mata kerana keagungan-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memberi kurniaan ini ke-
padaku, kusahut seruan-Mu ya Allah, segala kebaikan adalah mi-
lik-Mu, ........
(kemudian bacalah selawat yang ingin dibaca).
TAMBAHAN :
1. Disunatkan berselawat kepada Nabi r ketika makan nasi.
Imam al-Suyuti menukilkan bahawa Saidina Ali t berkata,
setiap tumbuhan yang tumbuh daripada bumi mengandungi
racun dan penawar melainkan nasi. Di dalamnya hanya ter-
dapat penawar. (dipetik daripada kitab Faidh al-Ilah al-Ma-
lik Fi Halli Alfaz Umdat al-Salik (1248), dan Hasyiat al-Bu-
jairimi Ala Manhaj al-Tullab(2/19)) (dinukilkan daripada
kitab Solat al-Nur Ala Sahib al-Nur)
2. Kami mendengar sebahagian guru-guru kami berkata baha-
wa selawat kepada Nabi r akan menjadi pembimbing sep-
erti guru yang membimbing muridnya, khususnya di akhir
zaman ini kerana sukar untuk seorang murid menjumpai
guru murabbi yang dapat membimbingnya.
3. Oleh yang demikian, hendaklah kita memperbanyakkan se-
lawat kepada Nabi r pada setiap hari sekurang-kurangnya
sebanyak 300 kali. Pilihlah lafaz selawat yang anda sukai, na-
mun sekiranya anda dilanda kesibukan, terdapat satu kaedah
yang amat mudah untuk berselawat. Kaedah tersebut ialah
17
anda membaca ayat demikian,
إِ َّن ٱلَّلَ َوَملَـِٰٕۤى َكتَهُۥ یُ َصُلَّعلَوۡیَنِه ََعولََسِلىّ ُمٱلَو۟نّابِتَِّۚی ۡسیَـٰۤلِأَییُـًّمَهاا ٱَلّ ِذی َن َءاَمنُو۟ا َصُلّو۟ا
َو َسلِّ ْم
kemudian anda membaca َع َل ْي ِه( َص ِّل )الل ُه َّم sebanyak
300 kali.
4. Antara lafaz selawat yang penuh keberkatan dan mudah un-
tuk dibaca ialah ,
ِ ْف ُمَ َّم ٍد َسيِّ ِدَن بَُِعمَ ََّدمِدٍد ُكَوَِّعللََمىْعلُآْوٍِمل َوُكَِسّللِّ ْلَمْمَعَلحٍَةى َونـََسَفيِّ ِدٍَسن َص ِّل اللُّه َّم
لَ َك
atau
اَالٰللّأُه َّجمساَصمِّلَوَعِشٰلََوفاىئِِضَيَهااَسئِيَِّ،هِداَوَ،نقـَُْووُمََعَِّٰلمت ٍداىْٰ،اللِْرِطِهَواَِِّوبح اَصَلْوُقِْغحلُبَِْذِهوائَِِهوباَسَ،وِلَّدَْموَنـوُاْئِوَِرهااْ،لََبْو َعاَصافِيَِرِة
atau
اَلٰلُّه َّم َص ِّل َعٰلى َسيِّ ِدَن ُمَ َّم ٍد ِمْفاتَلالِهِح َب ِب َر ْحَِة اللِه َع َد َد َما ِ ْف ِعْلِم
atau
الاّالََللوْاُهغَّلَّساَمآيَِّفئيَاا َِصِتِِتتّلِمََووتَْعتــنََلَْْقرفـىََِِجعضُينَاَسيِعيَِّوِلَاِبدَنَاَاصَْنلَيـِِْْحعبََُبِْنراماَِهَّدَمَََِتٍِودكجيَِسأََلِعّفَْعصْملَالااَتَْْىللَةًَايَْاساتلـَلِجُِةْنّياَدًَِمَرجوِبايـتََجنَْعااَكََوثِدتِِْيبتَاًرطاَالَِّْهَومِتمـُرَُبَمَْنناِلّغُِنَِبََتاِاجيَِِومِبَعاَعْنٰالأَلقْأىََِْجهٰاَيصَلِوِاِهعىِل
Selawat ini dinamakan sebagai selawat Munjiyat. Ia mujarab untuk
menunaikan hajat apabila dibaca sebanyak 1000 kali.
18
KEISTIMEWAAN NABI MUHAMMAD
1. Baginda r merupakan Nabi yang pertama dicipta Allah.
2. Baginda r insan pertama yang dilantik menjadi Nabi.
3. Baginda r insan pertama yang memberi janji setia.
4. Baginda r insan pertama yang menjawab “ya” ketika ditan-
ya Allah “Bukankah aku Tuhan kamu?”
5. Nabi Adam dan seluruh makhluk ini diciptakan kerana Bag-
inda r.
6. Nama Baginda r terpahat di Arasy.
7. Para malaikat senantiasa mendoakan Baginda r.
8. Nama Baginda r terdapat dalam azan pada zaman Nabi
Adam u dan di alam malakut.
9. Kesemua para Nabi diminta Allah untuk berjanji untuk beri-
man dan membantu Baginda r.
10. Kedatangan Baginda disebut dalam kitab-kitab yang terda-
hulu.
11. Sifat Baginda, para sahabat Baginda, para khalifah Baginda,
serta umat Baginda telah dijelaskan dalam kitab-kitab yang
terdahulu.
12. Iblis telah dihalang untuk menembusi langit sejak kelahiran
Baginda r.
13. Dada Baginda pernah dibelah oleh malaikat.
14. Baginda memiliki tanda kenabian (Khatam Nubuwwah) di
sebelah kiri dada Baginda bertentangan dengan jantung
Baginda, ia menghalang laluan syaitan. Kesemua para Nabi
sebelum Baginda memiliki tanda kenabian di sebelah kanan
dada mereka.
19
15. Baginda memiliki 1000 nama.
16. Nama Baginda merupakan pecahan daripada nama Allah.
17. Baginda memiliki sekitar 70 nama yang sama dengan nama
Allah.
18. Baginda r insan pertama yang dinamakan sebagai Ahmad.
19. Para malaikat memayungi Baginda r ketika sedang ber-
musafir.
20. Baginda r insan yang paling cerdik.
21. Baginda r dikurniakan sepenuh kecantikan sedangkan Nabi
Yusuf a.s. hanya diberi sebahagian daripada ketampanan
Baginda.
22. Baginda r pernah dipeluk malaikat Jibril sebanyak 3 kali
semasa menerima wahyu yang pertama.
23. Baginda r pernah melihat rupa malaikat Jibril yang sebenar.
24. Kesemua tukang tilik gagal menilik setelah kelahiran Bagin-
da r.
25. Langit dikawal dan tidak dapat ditembusi setelah kelahiran
Baginda r.
26. Ibu bapa Baginda r pernah dibangkitkan semula supaya
mereka beriman dengan Baginda r.
27. Allah I berjanji untuk menjaga Baginda r daripada kejaha-
tan manusia.
28. Baginda r pernah diangkat ke langit (Israk dan Mikraj). Bag-
inda r telah menembusi 7 petala langit.
29. Baginda r pernah sampai ke tempat yang tidak pernah dije-
jak oleh para Rasul atau para malaikat.
30. Para Nabi pernah dibangkitkan untuk solat di belakang Bag-
inda r. Malah para malaikat juga solat di belakang Baginda
r.
31. Baginda r pernah menyaksikan syurga dan neraka.
20
32. Baginda r pernah menyaksikan tanda-tanda kebesaran Al-
lah yang besar.
33. Mata Baginda r dipelihara dan tidak tersilap.
34. Baginda r pernah melihat Penciptanya sebanyak dua kali.
35. Baginda r pernah menunggang Buraq.
36. Para malaikat membantu Baginda r di medan perang.
37. Ketika berjalan, para malaikat berjalan di belakang Baginda
r.
38. Baginda telah dikurniakan al-Quran sedangkan Baginda r
tidak membaca dan tidak menulis.
39. Kitab al-Quran yang diturunkan kepada Baginda r sentiasa
terjaga dan terpelihara sepanjang zaman.
40. Kitab al-Quran yang diturunkan kepada Baginda r men-
gandungi segala isi kandungan kitab-kitab terdahulu malah
lebih daripadanya.
41. Kitab al-Quran yang diturunkan kepada Baginda r lengkap
dan mencakupi segala-galanya.
42. Kitab al-Quran yang diturunkan kepada Baginda r lengkap
dan tidak memerlukan kepada yang lain.
43. Kitab al-Quran yang diturunkan kepada Baginda r mudah
untuk dihafaz.
44. Kitab al-Quran diturunkan kepada Baginda r secara ber-
peringkat.
45. Kitab al-Quran yang diturunkan kepada Baginda r memili-
ki 7 jenis gaya bacaan (Qiraat).
46. Kitab al-Quran diturunkan kepada Baginda r melalui 7 pin-
tu.
47. Kitab al-Quran diturunkan kepada Baginda r boleh dibaca
oleh setiap bahasa.
48. Membaca 1 huruf daripada al-Quran akan mendapat 10 pa-
21
hala.
49. Allah I memberi anugerah kedudukan yang tinggi kepada
al-Quran dengan menjadikannya dakwah dan hujjah istime-
wa buat Nabi Muhammad r.
50. Baginda r telah diberi khazanah Arasy yang tidak pernah
diberikan kepada sesiapa.
51. Baginda r telah dikurniakan surah al-Fatihah, ayat al-Kur-
siy, ayat-ayat penutup surah al-Baqarah, tujuh surah yang
pendek dan terpisah.
52. Baginda r memiliki mukjizat yang masih kekal sehingga hari
Kiamat iaitu al-Quran.
53. Baginda r ialah Rasul yang memiliki mukjizat terbanyak.
Sebahagian berpendapat bahawa keseluruhan mukjizat Bag-
inda adalah sebanyak 1000 mukjizat, manakala sebahagian
berpendapat ia mencecah 3000 mukjizat.
54. Kesemua bentuk mukjizat dan kelebihan para Nabi terdahu-
lu telah dihimpunkan kepada Baginda r.
55. Bulan pernah terbelah dua untuk Baginda r.
56. Batu pernah memberi ucapan salam buat Baginda r.
57. Pohon kurma pernah menangis merindui Baginda r.
58. Air pernah mengalir dari celahan jemari Baginda r. Ia tidak
pernah berlaku kepada mana-mana Nabi sebelum Baginda
r.
59. Allah I telah memberi Nabi Musa a.s. mukjizat yang ber-
bentuk perbuatan, dan memberi Nabi Isa a.s. mukjizat ber-
bentuk sifat, namun Allah menghimpunkan kesemua bentuk
mukjizat tersebut untuk Nabi Muhammad r.
60. Pokok pernah mengucapkan penyaksian membenarkan Bag-
inda r.
61. Allah I pernah menghidupkan orang yang telah mati untuk
bercakap dengan Baginda r.
22
62. Bayi yang masih menyusu pernah berbicara mengucapkan
penyaksian membenarkan Baginda r.
63. Baginda r merupakan penutup para Nabi, tiada Nabi yang
diutuskan setelah Baginda r.
64. Syariat yang dibawa Baginda r kekal sehingga hari Kiamat
dan ia telah membatalkan segala syariat yang terdahulu.
65. Seandainya terdapat para Nabi yang masih hidup ketika
Baginda diutuskan, mereka wajib mengikuti Baginda r.
66. Tedapat hukum nasikh dan mansukh dalam syariat Baginda
r.
67. Seruan Baginda r adalah umum kepada seluruh manusia.
68. Baginda r adalah Nabi yang memiliki pengikut yang paling
ramai.
69. Baginda r diutuskan kepada seluruh makhluk. Nabi Adam
dan para Nabi yang lain adalah mewakili Baginda r. Bagin-
da r merupakan Nabi kepada para Nabi.
70. Para ulama sepakat mengatakan bahawa Baginda r juga
diutuskan kepada bangsa jin. Terdapat juga pendapat yang
mengatakan Baginda diutuskan juga kepada para malaikat.
Al-Barizi berkata, Baginda r juga diutuskan kepada haiwan,
pokok, batu-batuan dan seluruh alam ini.
71. Seluruh alam mendapat rahmat dengan terutusnya Baginda
r termasuk orang-orang kafir kerana azab mereka ditanggu-
hkan dengan berkat Baginda.
72. Allah I pernah bersumpah dengan umur Baginda r.
73. Allah I pernah bersumpah dengan kerasulan Baginda r.
74. Allah I mempertahankan Baginda r ketika dicemuh oleh
para musuh.
75. Allah I menggunakan bahasa yang paling lembut ketika
berfirman kepada Baginda r, yang tidak pernah digunakan
ketika berfirman kepada para Nabi terdahulu.
23
76. Allah I menggandingkan nama-Nya dengan nama Baginda
r di dalam kitab-Nya.
77. Allah I telah memerintahkan sekalian alam agar mentaati
Baginda r.
78. Perintah Allah yang demikian adalah secara mutlak, tanpa
syarat atau pengecualian.
79. Allah I telah menyebutkan anggota tubuh Baginda r di da-
lam al-Quran.
80. Allah I tidak pernah menyebut nama Baginda di dalam
al-Quran, sebaliknya Allah I menggunakan lafaz “wahai
Nabi” atau “wahai Rasul”.
81. Allah I melarang umat untuk memanggil nama Baginda sa-
haja.
82. Imam Syafie berpendapat, makruh untuk kita menyebut Bag-
inda sebagai “Rasul” sahaja, sebaliknya kita perlu menyebut
“Rasulullah”.
83. Pada permulaan Islam, Allah I telah mewajibkan setiap
orang yang ingin berbicara dengan Baginda r untuk berse-
dekah sebelum mereka berbicara dengan Baginda r. Kemu-
dian hukum berkenaan telah dimansuhkan.
84. Allah I tidak memperlihatkan sesuatu kerosakan dalam ka-
langan umat Baginda -agar Baginda tidak bersedih- sehing-
galah Baginda wafat.
85. Baginda r ialah kekasih Allah Yang Maha Penyayang.
86. Allah I telah mengurniakan kasih-Nya dan kesempurnaan
penciptaan-Nya.
87. Allah I telah mengurniakan Baginda kemuliaan berbicara
dan melihat-Nya.
88. Allah I berbicara dengan Baginda r di Sidratul Muntaha,
sedangkan Allah I berbicara dengan Nabi Musa di atas
gunung.
89. Allah I pernah memberi Baginda r dua kiblat, iaitu Mekah
24
dan Baitul Maqdis.
90. Allah I telah mengurniakan dua hijrah kepada Baginda r,
iaitu Baitul Maqdis dan Madinah.
91. Allah I telah mengurniakan Baginda r, hukum zahir dan
batin.
92. Allah I telah mengurniakan Baginda r syariat dan hakikat,
sedangkan Allah I hanya mengurniakan salah satu dari-
padanya kepada para Nabi terdahulu seperti peristiwa yang
berlaku antara Nabi Musa dan Khidir u.
93. Musuh Baginda r akan berasa gementar walaupun berada
amat jauh daripada Baginda.
94. Baginda r dikurniakan perkataan yang ringkas dan padat.
95. Baginda r telah dibantu oleh malaikat yang menunggang
kuda berwarna hitam dan putih.
96. Baginda r telah mendapat pelbagai bentuk wahyu.
97. Malaikat Israfil pernah bertemu dengan Baginda sedangkan
ia tidak pernah bertemu dengan sesiapa sebelum Baginda r.
98. Baginda r mendapat anugerah kenabian serta kekuasaan.
99. Baginda diberi ilmu tentang segalanya melainkan 5 perkara
yang menjadi rahsia Allah I sebagaimana yang dijelaskan
dalam firman-Nya,
تَإِ َۡدّنِرٱیلَّلَنـَۡفِعن َدسࣱهُۥَّماِعَذۡال ُمتَ ۡٱكل َِسّساَُعبِةٱغَلََّویࣰدلـَُۖانـََِّعزَولَُِملیاٌمٱ ۡتلَ ۡغَدَۡیخِبِریَۢیثرُ نـََۡویفـَۡع ۢلَُسُم ِبََماِّیفِأَ ۡیر ٱ ۡ ࣲضلَ ۡرَتَُحوا ِۖ ۚمُتَوإَِمَاّن
Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang
hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang
mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam
rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul
25
mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau
jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri
manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. - Luqman : 34
sebahagian ulama berpendapat bahawa perkara tersebut
juga telah dikhabarkan kepada Baginda, namun Baginda
diperintahkan agar merahsiakannya. Khilaf demikian juga
terdapat berkenaan dengan ilmu tentang roh.
100. Baginda telah dijelaskan Allah tentang sifat-sifat Dajjal se-
cara terperinci, dan ia tidak pernah dijelaskan sedemikian
kepada sesiapa selain Baginda r.
101. Baginda telah mendapat keampunan Allah I sedangkan
Baginda r masih sihat dan berjalan di atas muka bumi.
102. Sebutan nama Baginda telah ditinggikan Allah I. Setiap kali
nama Allah I disebut dalam azan, khutbah atau tasyahhud,
pasti nama Baginda r akan disebut bersama.
103. Seluruh umat ini telah dibentangkan di hadapan Baginda,
malah Baginda r melihat mereka.
104. Segala yang akan berlaku dalam umat ini sehingga hari Kia-
mat telah dipertontonkan di hadapan Baginda r.
105. Segala yang telah berlaku di dunia sejak zaman Nabi Adam
u telah dipertontonkan di hadapan Baginda r.
106. Baginda r ialah penghulu kepada semua anak Adam.
107. Baginda r ialah makhluk yang paling mulia di sisi Allah I.
108. Baginda r memiliki kedudukan yang tertinggi melebihi seka-
lian para Rasul juga para malaikat.
109. Baginda r memiliki firasat yang paling tepat.
110. Baginda r dibantu dengan empat pembantu, Jibril, Mikail,
Abu Bakar dan Umar.
26
111. Baginda r memiliki 14 orang sahabat yang pintar sedangkan
para Nabi terdahulu hanya diberikan 7 orang penasihat yang
pintar.
112. Qarin (pendamping) Baginda r telah memeluk Islam.
113. Para isteri Baginda r menjadi pembantu Baginda.
114. Para isteri serta puteri Baginda r ialah para wanita yang pal-
ing mulia di dunia.
115. Pahala atau dosa isteri-isteri Baginda r dilipat ganda.
116. Para sahabat Baginda merupakan golongan yang termulia di
dunia ini setelah para Nabi.
117. Bilangan para sahabat Baginda r hampir sama dengan bil-
angan para Nabi.
118. Kesemua para sahabat Baginda r adalah orang-orang yang
sangat kuat berjihad.
119. Masjid Baginda r merupakan masjid yang paling afdhal.
120. Bandar Baginda r (Madinah) merupakan kota yang paling
mulia setelah kota Mekah.
121. Imam al-Mawardi dan Qadhi Iyadh berkata, ular yang di-
jumpai di kota Madinah tidak boleh dibunuh melainkan
setelah diberi amaran sebagaimana yang dijelaskan dalam
hadith. Ia merupakan keistimewaan kota Madinah.
122. Baginda r telah menguasai kota Mekah dalam masa separuh
hari sahaja.
123. Kota Madinah telah menjadi Tanah Haram (berkat doa Bag-
inda).
124. Tanah kota Madinah penuh keamanan.
125. Debu-debunya menjadi penyembuh penyakit kusta.
126. Kambing-kambing di kota Madinah lebih berkat berbanding
kambing yang lain.
127. Kota Madinah tidak dapat ditembusi Dajjal dan penyakit
27
taun.
128. Penyakit demam Madinah yang melanda penduduknya telah
terhapus sejak ketibaan Baginda r dan ia telah berpindah ke
kota Juhfah.
129. Setiap penghuni kubur akan ditanya tentang Baginda r.
130. Malaikat maut meminta izin untuk mencabut nyawa Bag-
inda r sedangkan ia tidak pernah meminta izin sedemikian
daripada para Nabi terdahulu.
131. Para isteri Baginda tidak boleh dinikahi setelah kewafatan
Baginda r.
132. Tanah tempat Baginda r dikebumikan adalah tanah yang
paling afdhal melebihi Kaabah dan Arasy.
133. Gelaran Baginda r (Abul Qasim) tidak boleh digunakan oleh
sesiapa selain Baginda r.
134. Sebahagian berpendapat bahawa tidak wajar menggunakan
nama al-Qasim agar ayah si anak tersebut tidak digelar Abul
Qasim.
135. Dibenarkan bersumpah menggunakan nama Baginda r.
136. Aurat Baginda r tidak pernah dilihat oleh sesiapa. Sekiranya
terdapat sesiapa yang pernah melihat aurat Baginda r, nes-
caya matanya akan dibutakan Allah.
137. Baginda r tidak melakukan kesalahan.
138. Sebahagian berpendapat bahawa Baginda r tidak lupa.
139. Baginda r menghimpunkan segala sifat-sifat mulia para
Nabi terdahulu.
140. Baginda r merupakan Nabi kepada para Nabi.
141. Kelebihan yang telah diberikan Allah kepada para Nabi ter-
dahulu juga telah diberikan kepada sebahagian ulama dalam
kalangan umat Baginda r.
142. Allah I telah menamakan Baginda sebagai Abdullah secara
mutlak, dan ia tidak pernah diberikan kepada sesiapa selain
28
Baginda r.
143. Allah I tidak pernah berselawat kepada sesiapa sahaja selain
Baginda r. Sama ada dalam al-Quran atau selainnya.
144. Baginda melihat bahagian belakang Baginda sebagaimana
Baginda melihat bahagian hadapan Baginda r. Razin ber-
kata, Baginda juga dapat melihat di bahagian kanan dan kiri
Baginda, juga dapat melihat dalam gelap sebagaimana Bag-
inda melihat dalam terang.
145. Tatkala Baginda r berjalan bersama orang yang tinggi, Bag-
inda akan kelihatan lebih tinggi berbanding orang tersebut.
Apabila Baginda duduk, bahu Baginda r akan kelihatan leb-
ih tinggi berbanding para hadirin yang lain.
146. Baginda r tidak pernah menguap.
147. Lalat tidak pernah hinggap di atas jasad Baginda r.
148. Haiwan tidak pernah lari daripada Baginda r.
149. Sisa kumbahan Baginda r tidak pernah berada di permu-
kaan tanah.
150. Baginda r dilahirkan dalam keadaan telah dikhitan (sunat).
151. Hati Baginda r tidak pernah tidur meskipun mata Baginda
tidur.
152. Baginda tidak memiliki bayang-bayang.
- TAMAT -
29