The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

3.1 DEFINISI PROTOKOL
3.2 MENGHADIRI PELBAGAI MAJLIS
3.3 SUSUNAN BENDERA DAN SUSUNAN TEMPAT DUDUK
3.4 PENGACARAAN MAJLIS
3.5 PENYAMBUT TETAMU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HWA SOON YIN Moe, 2020-11-04 23:54:31

3.0 PROTOKOL DAN PENGACARAAN MAJLIS

3.1 DEFINISI PROTOKOL
3.2 MENGHADIRI PELBAGAI MAJLIS
3.3 SUSUNAN BENDERA DAN SUSUNAN TEMPAT DUDUK
3.4 PENGACARAAN MAJLIS
3.5 PENYAMBUT TETAMU

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 1 drpd 20

PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL KUALA KLAWANG
MODUL
SEMESTER KM 3, JALAN TITI
NO. DAN TAJUK MODUL
71600 KUALA KLAWANG, NEGERI
STANDARD PEMBELAJARAN SEMBILAN

KERTAS PENERANGAN 3

DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA

KEMAHIRAN DINAMIKA (ESD 4012)

SEMESTER 4

3.0 PROTOKOL DAN PENGACARAAN MAJLIS

3.1 Definisi protokol
3.2 Menghadiri pelbagai majlis
3.3 Susunan bendera dan susunan tempat duduk
3.4 Pengacaraan majlis
3.5 Penyambut tetamu

TUJUAN Modul ini memberikan pelajar kebolehan mengendalikan
pelbagai jenis majlis mengikut protokol dan peraturan yang
telah ditetapkan

NO MATRIK
NAMA PELAJAR
KURSUS
NO. KAD PENGENALAN
TARIKH
NAMA PENSYARAH

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 2 drpd 20

3.0 PROTOKOL DAN PENGACARAAN MAJLIS

3.1 DEFINISI PROTOKOL

Kamus dewan mentakrifkan protokol sebagai peraturan-peraturan dalam istiadat rasmi,
misalnya prosedur menyambut tetamu, susunan tempat duduk dan adat dalam majlis
makan malam.

Protokol secara umumnya ialah peraturan yang ada dalam sesuatu majlis yang
diadakan untuk memberi penghormatan yang sepatutnya kepada tetamu dan sebagai tanda
kesopanan yang ada pada penganjur dan tetamu yang datang.

Oleh yang demikian, protokol bermaksud satu set peraturan dan tatacara yang
ditetapkan oleh sesebuah institusi atau masyarakat dalam melaksanakan sesuatu majlis
bagi memberi penghormatan dan memastikan kelicinan perjalanan sesuatu majlis
berdasarkan kedudukan dalam masyarakat.

Dalam Bahasa mudah, protokol ialah panduan melaksanakan sesuatu majlis untk
menjaga kedudukan orang kenamaan bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.

3.2 MENGHADIRI PELBAGAI JENIS MAJLIS
Pengetahuan tentang jenis majlis yang pelbagai dapat membantu anda untuk

mengetahui protokol dan peraturan yang perlu diikuti.

a) Majlis Penuh Istiadat
Juga dikenali sebagai majlis diraja. Majlis penuh istiadat ini dijalankan di istana dan dihadiri
oleh golongan diraja, pembesar dan orang yang ada urusan dengan istana.
Antara majlis penuh istiadat termasuklah istiadat pertabalan, penganugerahan darjah
kebesaran, majlis penyampaian surat tauliah dan majlis angkat sumpah oleh menteri.

b) Majlis Rasmi Dan Formal
Sesuatu majlis dikatakan rasmi apabila dana majlis dibiayai oleh kerajaan. Istilah formal
pula adalah apabila majlis itu mematuhi amalan protokol. Oleh itu, majlis rasmi dan formal
bermaksud majlis yang dilangsungkan dengan tatacara tertentu dan protokol yang perlu
diikuti oleh para tetamu. Antara majlis yang dikategorikan sebagai majlis rasmi dan formal
adalah Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Tahunan, Perhimpunan, Majlis Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang, Majlis Graduasi dan sebagainya.

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 3 drpd 20

c) Majlis Rasmi Tetapi Tidak Formal
Majlis yang dianjurkan oleh atau bagi pihak kerajaan dengan keseluruhan kos penganjuran
dan pelaksanaan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan semua yang terlibat tidak perlu
mematuhi sepenuhnya peraturan dan adat bagi majlis rasmi. Antara majlis rasmi tetapi tidak
formal; majlis makan malam sempena sambutan Hari Guru, Hari Kebangsaan dan Hari
Raya atau majlis makan malam sempena persaraan.

d) Majlis Tidak Rasmi Tetapi Formal
Majlis tidak rasmi tetapi formal selalunya majlis yang dianjurkan oleh pihak swasta atau
bukan kerajaan dengan keseluruhan kos penganjuran dan pelaksanaan dibiayai
sepenuhnya oleh pihak penganjur tetapi semua yang terlibat perlu mematuhi peraturan dan
adat bagi majlis rasmi. Contohnya, Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG, Majlis
Anugerah Kecemerlangan Yayasan dan sebagainya.

e) Majlis Tidak Rasmi Dan Tidak Formal
Majlis tidak rasmi dan tidak formal merupakan majlis yang dianjurkan oleh pihak swasta
atau bukan kerajaan dengan kos keseluruhan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur
dan semua yang terlibat tidak perlu mematuhi peraturan dan adat majlis rasmi. Contoh,
Sambutan Ahli Keluarga, Persembahan Aneka Ragam, Talent Show dan sebagainya.

3.3 SUSUNAN BENDERA DAN SUSUNAN TEMPAT DUDUK
Bendera di sini bermaksud bendera negara, negeri dan agensi atau institusi. Banyak orang
tidak tahu cara untuk menyusun bendera sama ada di luar mahupun di dalam dewan
mengikut susunan yang betul.

3.2.1 Berikut merupakan susunan bendera mengikut keutamaan

1. Malaysia 9. Kedah
2. Pahang 10. Kelantan
3. Terengganu 11. Pulau Pinang
4. Perlis 12. Melaka
5. Selangor 13. Sabah
6. Negeri Sembilan 14. Sarawak
7. Johor 15. Wilayah Persekutuan
8. Perak

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 4 drpd 20

Susunan pengibaran bendera dari tepi ; susunannya adalah dari kiri ke kanan
3.2.2 SUSUNAN TEMPAT DUDUK
Tetamu yang paling hampir sekali dengan tetamu kehormat adalah tetamu yang terkanan
sekali. Kedudukan tersebut boleh dalam keadaan bersebelahan ataupun setentang.

Kiri Tetamu Terhormat

Susunan pengibaran bendera dari tengah

Rajah 1.1

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 5 drpd 20

1.Rajah 1.1 merupakan bentuk susunan tempat duduk secara sebaris di mana tetamu kehormat
bersebelahan dengan tetamu lain. Dalam keadaan ini, tetamu yang duduk di sebelah kanan
tetamu kehormat merupakan tetamu yang paling kanan sekali selepas tetamu kehormat.

Rajah 1.2

2. Rajah 1.2 menunjukkan bilangan (1) ialah tetamu kehormat manakala bilangan (4) hingga
seterusnya merupakan tetamu yang lain. Tetamu di bilangan (4) dan
(5) ialah tetamu yang terkanan duduk bersetentangan dengan tetamu kehormat kerana
kedudukan yang paling hampir dengan tetamu kehormat selepas bilangan (2) dan (3).

21 3

KANAN TETAMU KIRI TETAMU
KEHORMAT KEHORMAT

67
89
10 11

Rajah 1.3

3. Rajah 1.3 menunjukkan bahawa bilangan (1) ialah tetamu kehormat dan bilangan (2) hingga
(5) ialah tetamu yang duduk di pentas khas manakala bilangan (6) hingga (11) ialah tetamu
yang lain. Kedudukan ini adalah seiring. Bilangan (6) dan (7) ialah tetamu yang terkanan

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 6 drpd 20

selepas tetamu bilangan (4) dan (5) kerana mereka duduk berhampiran dengan tetamu
kehormat walaupun secara mengiring.

31 24
KANAN TETAMU KEHORMAT KIRI TETAMU KEHORMAT

Rajah 1.4

4. Rajah 1.4 menunjukkan bahawa kekananan bermula dari kiri tetamu kehormat kerana
jumalah bilangan tetamu di pentas ialah angka genap. Jumlah bilangan tetamu di pentas khas
hendaklah dihadkan kepada mereka yang berkaitan dengan majlis yang berkenaan sahaja
kecuali jika terdapat tetamu yang teramat tinggi statusnya. Bilangan yang kecil membolehkan
majlis memberi perhatian dan penghormatan yang sewajarnya kepada tetamu kehormat.

Rajah 1.5

5. Rajah 1.5 menunjukkan semua isteri duduk dalam deretan sebelah kiri manakala semua
suami duduk dalam deretan sebelah kanan. Bagi jemputan suami isteri, bilangan tetamu di
pentas khas hendaklah angka genap misalnya 4, 6, 8.

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 7 drpd 20

Rajah 1.6

6. Rajah 1.6 menunjukkan keadaan di mana tetamu bilangan (2) ialah perempuan dan kerana
jemputan di atas namanya, maka suaminya duduk di dereran isteri tetamu lain. Ini menunjukkan
bahawa status isterinya pada masa itu lebih tinggi daripada suaminya.

Rajah 1.7

7. Rajah 1.7 menunjukkan susunan keutamaan bagi tetamu lain bermula dari kanan tetamu
kehormat kemudian ke kiri iaitu di Blok B, ke kanan, ke kiri dan seterusnya. Ini adalah jemputan
seorang sahaja dan dengan itu tempat duduk tersebut bercampur lelaki dan perempuan,
mengikut keutamaan masing-masing.

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 8 drpd 20

Rajah 1.8

8. Rajah 1.8 menunjukkan bahawa semua suami atau yang dijemput duduk di sebelah Blok A
manakala isteri (atau pasangannya) duduk di Blok B. Susunan keutamaan isteri mengikut
susunan keutamaan suami dan susunan keutamaan suami mengikut susunan keutamaan isteri
masing-masing yang tinggi.

Rajah 1.9

9. Rajah 1.9 menunjukkan jemputan suami isteri, susunan tempat duduk boleh juga dibuat
dengan cara isteri duduk di sebelah suami masing-masing. Ini ialah bagi memudahkan
penyambut tetamu mengiringi mereka ke tempat duduk dan juga apabila selesai majlis isteri
tidak akan mencari-cari suaminya. Walau bagaimanapun, ini ialah bagi tetamu yang tidak duduk
di pentas. Di Blok A (sebelah kanan tetamu kehormat, dipandang dari atas pentas) isteri duduk
di sebelah kiri suami manakala mereka yang duduk di Blok B, isteri akan duduk di sebelah

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 9 drpd 20

kanan suami. Elakkan perempuan duduk di tepi lorong tengah, tetapi mereka boleh duduk di
hujung barisan, di kiri ataupun kanan.

3.4 PENGACARAAN MAJLIS

Pengenalan

Pengacaraan Majlis merupakan satu sistem peradaban dalam pengurusan dan
kehadiran majlis rasmi yang membudayakan amalan nilai-nilai tertib kesopanan yang perlu
dipatuhi oleh tetamu dan penganjur.

Pengacara majlis pula merupakan seseorang yang dilantik secara rasmi untuk
dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan sesuatu majlis mengikut aturcara yang telah
ditetapkan. Tanpa pengacara, sesuatu majlis itu tidak boleh berlangsung.

Sebagai ‘nadi’ sesebuah majlis, seorang pengacara majlis haruslah melengkapkan diri
dengan pelbagai kemahiran agar majlis yang dikendalikan berjalan dengan lancar. Pengacara
majlis harus peka terhadap sebarang kemungkinan pada saat akhir serta merujuk kepada skrip
yang telah diluluskan selain berpandukan kepada arahan Pegawai Protokol / Pengurus
Majlis.bagi majlis-majlis rasmi, pengacara majlis perlu menjaga keterampilan diri, bertutur
dengan gaya yang sopan (tidak melawak) dan wajib mengadakan dan menghadiri raptai yang
diadakan.

3.4.1 PERANAN PENGACARA MAJLIS

Kelancaran perjalanan sesuatu majlis atau acara bergantung kepada kebolehan dan kemahiran
seseorang Pengacara Majlis. Berikut adakah 3 peranan utama Pengacara Majlis:

1. Mengawal Majlis
• Pengacara majlis berperanan mengawal majlis agar berlangsung dengan
harmoni mengikut agenda yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kecacatan
yang ketara dalam majlis.
• Keupayaan pengacara majlis menarik perhatian semua hadirin menjadi kunci
kejayaan kepada fungsi pengawalan sesebuah majlis.
• Pengaraca majlis akan mengawal majlis kerana majlis tidak akan bermula selagi
Pengacara Majlis tidak memulakan dan tidak akan tamat selagi tidak ditamatkan
oleh pengacara majlis.

2. Membuat pengumuman
• Pengacara Majlis mempunyai peranan membuat pengumuman tentang acara
yang dijalankan berpandukan skrip mengikut acara majlis yang disediakan
sebelum majlis bermula.

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 10 drpd 20

• Selain itu, sebarang maklumat baharu yang secara tiba-tiba perlu disampaikan
kepada hadirin juga, menjadi tanggungjawab pengacara untuk
menyampaikannya.

• Pengacara Majlis islah sumber informasi penting ketika acara berjalan kerana
pada masa itu, hanya beliau yang paling berperanan mengendalikan majlis.

3. Memberi Panduan
• Pengacara Majlis juga bertanggungjawab memberi panduan tentang majlis yang
sedang berlangsung kepada semua hadirin dan tetamu.
• Antara panduan dan maklumat yang biasa disampaikan ialah perkara-perkara
terperinci yang berkaitan dengan majlis yang diadakan.
Contoh: Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang ; Pengacara Majlis memberi
panduan seperti “penerima anugerah akan menerima Sijil Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi sebanyak RM 1000 dalam bentuk
Sijil Simpanan Premium (SSP)”.
• Pengacara Majlis juga berperanan memberi panduan kepada mereka yang
menganbil bahagian, iaitu apabila hendak memulakan ucapan dan sebagainya.

3.4.2 KRITERIA PENGACARA YANG BAIK

Kebolehan mengawal audiens, pengetahuan tentang protokol, penampilan serta keyakinan
diri, serta kebolehan bertutur dengan lancar dan berkesan merupakan kemahiran yang perlu
ada pada seseorang Pengacara Majlis. Sehubungan dengan itu, beberapa kriteria perlu ada
untuk menjadi pengacara yang baik antaranya termasuklah:

a. Bijak
• Pengacara Majlis perlulah bijak dalam mengendalikan sesuatu majlis untuk
mengelakkan kecacatan majlis tersebut. Mereka perlu tahu siapa tetamu yang
hadir dan memastikan bahasa serta gelaran tetamu yang akan digunakan
bersesuaian dengan majlis.
• Pengacara juga perlu tahu menyusun pengucapan bertata susila mengikut
prosedur dan protokol.

b. Suara
• Hendaklah mempunyai suara yang jelas, merdu dan lunak didengar agar dapat
menghidupkan suasana majlis.
• Membuat persediaaan awal untuk mengekalkan kualiti suara adalah penting bagi
menjamin kelancaran majlis.

c. Fasih Berbahasa
• Fasih dalam berbahasa serta terang dan jelas sebutannya dan tidak pelat.
Kelajuan percakapan hendak lah sederhana dengan intonasi yang bersesuaian
dengan bentuk majlis.

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 11 drpd 20

d. Memiliki Pengetahuan
• Seorang Pengacara Majlis perlu memiliki pengetahuan tentang majlis yang
dikendalikan. Kajian atau research tentang sesebuah majlis perlulah dibuat
terlebih dahulu untuk memastikan perjalanan majlis lancar.

e. Memahami Konsep Berduet
• Bagi pengacara majlis berpasangan, MC lelaki yang akan membuka dan
menutup majlis. Peranan MC perempuan adalah untuk menyerikan majlis
tersebut dan membantu pengacara lelaki menguruskan pengacaraan.
Kedudukan MC perempuan adalah disebelah kiri MC lelaki.

f. Bersedia dari Segi Mental dan Fizikal
• Seorang MC tidak boleh dating mengacara majlis dengan ‘mood’ yang tidak baik
dan monyok. Terlebih ceria juga tidak digalakkan sama sekali.
• Sekiranya perlu menjadi pengacara majlis yang dihadiri oleh golongan VVIP,
lenggok bahasa yang digunakan mestilah betul.

g. Sabar
• Semasa mengacara, kadang-kadang berlaku bebrapa perkara di luar jangkaan
yang mungkin boleh mencacatkan perjalanan majlis. Contohnya seperti: masalah
teknikal dan perubahan skrip di saat akhir. Justeru itu, MC perlu bersedia dan
sabar dalam menangani isu tersebut bagi memastikan perjalanan majlis tetap
lancar.

h. Berpengetahuan Tentang Etiket dan Protokol
• Seseorang pengacara majlis perlu faham tentang tatacara imej, adab serta
peraturan berprotokol seperti susunan hormat, susunan tempat duduk, cara
berdiri yang betul, cara berbahasa, cara berdiri di depan rostrum.
• Begitu juga dengan acara rasmi, MC tidak akan menyebut ‘saya’, misalnya “saya
merakamkan ucapan terima kasih”. Perkataan ‘saya’ hendaklah digantikan
dengan perkataan ‘majlis’, misalnya “majlis merakamkan ucapan terima kasih”.

i. Tidak Panik Menghadapi Situasi
• Jika berlaku sesuatu yang tidak diduga, MC perlu menunjukkan muka yang ceria
walaupun ketika itu berlaku sesuatu masalah yang tidak dijangka.

j. Tidak Darah Gemuruh
• Perasaan gementar dan darah gemuruh haruslah dikawal serta tidak
dinampakkan ketika sedang mengacara. Adalah penting untuk mengawal darah
gemuruh kerana sekiranya MC gagap, ia akan membuatkan orang lain gelisah
dan keseluruhan majlis akan terjejas.

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 12 drpd 20

i. Bekerjasama
• MC harus bkerjasama dengan ahli jawatankuasa yang lain agar perjalanan majlis
sentiasa lancar. Apabila teks pengacara tidak selari dengan aturcara, ianya akan
menimbulkan kekeliruan terhadap pelbagai pihak dan akhirnya majlis akan
terjejas.
• Bagi mengatasi masalah ini, MC perlu bekerjasama dan menyediakan empat
Salinan teks pengacara dan diberikan kepada:
1. Pihak menganjur
2. Pengurus pentas
3. Juruteknik bertugas
4. Ahli jawatankuasa hadiah dan cenderamata

3.4.3 CARA MENULIS TEKS PENGACARA MAJLIS

Teks pengacara majlis bagi majlis penuh istiadat dan majlis formal perlu disediakan oleh
pihak penganjur untuk pengacara majlis. Namu begitu, teks pengacara majlis lebih sesuai
ditulis sendiri oleh pengacara majlis kerana pengacara majlis lebih arif tentang latar
belakang majlis, objektif dan hal ehwal program. Teks pengacara majlis hendaklah dipatuhi
sepenuhnya kecuali berlaku perubahan yang tidak disangka. Sehubungan dengan itu,
seorang pengacara majlis perlu mempunyai kemahiran menulis teks pengacara.

Berikut adalah kandungan penting teks pengacara majlis:

• Nama majlis
• Muka surat
• Bilangan pengumuman
• Panduan (cue)-lihat apa yang sedang berlaku
• Masa-apa yang berlaku seperti dijadualkan
• Pengumuman (ann)-pengumuman ke atas apa yang sedang berlaku
• Satu muka untuk satu pengumuman

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 13 drpd 20

3.4.4 CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 14 drpd 20

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 15 drpd 20

3.4.4 PENYAMBUT TETAMU

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 16 drpd 20

Dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang angota masyarat yang bertamadun,
menyambut tetamu merupakan sesuatu yang lumrah. Setiap hari kita menyambut tetamu
sama ada disedari atau tidak, dan kita akan menyambut dalam pelbagai keadaan dan
situasi yang berbeza.

3.4.5 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN PENYAMBUT TETAMU

1. Kategori Penyambut

• Penyambut di agensi atau organisasi kerajaan atau bukan kerajaan.
• Penyambut di kaunter.
• Penyambut majlis (Pembantu majlis).

2. Bidang Tugas Penyambut Tetamu

• Perlulah mendapatkan senarai jemputan yang akan hadir di majlis berkenaan.
• Semak senarai dengan teliti (nama, panggilan hormat, bilangan tempat duduk,

kehadiran jemputan seorang atau dengan pasangan)
• Tentukan semua nama dalam senarai ada tempat duduk dan betul bilangan nombor

tempat duduk.
• Jika tiada tempat duduk yang bernama iaitu duduk secara bebas maka bilangan

kerusi yang disediakan hendaklah mencukupi untuk tetamu yang disenaraikan akan
hadir.
• Penyambut tetamu perlu mengenali tetamu yang akan hadir.
• Menyambut ketibaan tetamu.
• Mengedarkan program kepada tetamu. Elakkan daripada meletakkan buku program
di atas kerusi tetamu kerana ia melanggar amalan protokol yang dianggap tidak
hormat.
• Mengiringi tetamu ke tempat duduk dan menunjukkan tempat duduk.

3. Pengiring
• Cara mengajak tetamu ke tempat duduk adalah menggunakan panggilan hormatnya,

misalnya:

“Silakan, Tan Sri”
“Silakan, Dato”
“Silakan, Encik”
“Silakan, Puan” dan sebagainya

• Jika tidak diketahui akan panggilan hormatnya,bolehlah menggunakan panggilan
hormat
“Encik”,
“Puan”, “Cik” atau mana yang sesuai

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 17 drpd 20

• Cara mengiring ke tempat duduk adalah seperti berikut:
- Jika bertaraf Sultan atau Bakal Sultan hendaklah mengiring dengan selangkah
kebelakang

Rajah 6.1 menunjukkan pelbagai cara mengiring tetamu Diraja dalam pelbagai
situasi. Bagi tetamu lain selain daripada Diraja, pengiring hendaklah berjalan
mendahului tetamu sekadar selangkah atau dua langkah ke hadapan daripada
tetamu yang diiringi.

Rajah 6.2
Rajah 6.2 menunjukkan cara mengiring bagi pengiring yang berjalan di hadapan di
sebelah kiri jika ia hendak membawa tetamu ke kawasan sebelah kiri.

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 18 drpd 20

Rajah 6.3
Rajah 6.3 menunjukkan pengiring berjalan di hadapan di sebelah kanan jika ia
hendak membawa tetamu ke kawasan sebelah kanan.

Rajah 6.4
Rajah 6.4 menunjukkan pengiring berjalan di hadapan di sebelah kiri jika hendak
membawa kedua suami isteri ke kawasan kiri.

Rajah 6.5
Rajah 6.5 menunjukkan pengiring berjalan di hadapan di sebelah kanan jika
hendak membawa kedua suami isteri ke kawasan kanan.

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 19 drpd 20

3.4.5 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN PENYAMBUT TETAMU
1. Masalah yang sering dihadapi oleh penyambut tetamu dalam sesuatu majlis:

a) Kesesuaian tempat majlis

b) Tetamu tiada kad

o Tujuan utama tetamu membawa kad jemputan ialah supaya penyambut

tidak perlu menanyakan nama tetamu.

o Jika ada, dan penyambut tetamu tidak mengenalinya, maka

terpaksalah penyambut menanyakan nama tetamu tersebut.

c) Jawab datang tetapi tidak datang

Cara menyelesaikannya:

• Biarkan tempat duduk tersebut kosong
• Ketepikan kerusi yang berkenaan jika majlis belum bermula lagi
• Ubahsuai tempat duduk tetamu lain

d) Jawab tidak datang tetapi datang
• Seboleh-bolehnya carikan tempat yang paling sesuai dan jika gagal,
maka beritahu keadaan sebenarnya dan tempatkan di mana ada kosong.

e) Jawab datang berdua tetapi datang seorang

f) Jawab datang seorang tetapi datang berdua

g) Tetamu tidak ada dalam senarai

Keadaan ini berlaku kerana:
• Hadir tanpa jemputan
• Tersilap majlis
• Menjawab tidak hadir tetapi hadir
• Tidak memberi jawapan kehadiran

NO KOD : ESD 4012 KERTAS PENERANGAN 3 Muka: 20 drpd 20

h) Pakaian tidak mengikut yang ditetapkan

i) Datang terlalu awal
• Jika ada tetamu yang datang terlalu awal hendaklah beritahu mengenai
program majlis tersebut dan kemudian bawa ke bilik rehat atau ke tempat
rehat. Mereka dibenarkan duduk jika semuanya sudah siap.

j) Datang lewat
• Jika majlis telah bermula dan kemasukannya dalam majlis akan
mengganggu perjalanan majlis, maka dinasihatkan supaya pulang. Kalau
dibenarkan masuk, hendaklah ditempatkan yang tidak disedari oleh
tetamutetamu lain dan tidak mengganggu majlis yang sedang berjalan.

k) Tetamu tidak puas hati dengan tempat duduk yang ditentukan

l) Tetamu menghantar wakil

m) Tetamu mengubah tempat duduk
• Wakil tidak akan diberi tempat yang sama dengan orang yang diwakili, kecuali
dalam keadaan tertentu sahaja.


Click to View FlipBook Version