KEMURUNGAN
MOHAMAD FAIRUZ
(KMFAIRUZ)
AKRAB KWSP (DID)
PENDAHULUAN
Secara umumnya, kita hidup di dalam dunia dimana
kebanyakan orang percaya, apabila kita berbuat baik, maka
akan dibalas dengan kebaikan dan perlakuan buruk akan
dibalas dengan kejahatan. Tapi bagaimana jika kebaikan
dibalas dengan kejahatan dan sebaliknya?
Sudah tentu kita akan bertanya “ Mengapa ini semua
berlaku kepada kita?” – maka disitu timbullah perasaan
menyalahkan diri sendiri,rasa bersalah yang keterlaluan,
dan putus harapan. Semua perasaan ini, boleh mencetuskan
- kemurungan.
Apabila kita memahami bahawa bukan hanya dengan
berbuat baik, pasti akan dibalas dengan kebaikan,maka
kita akan mula bertindak dan berfikir secara rasional
terhadap perkara-perkara buruk yang berlaku dalam hidup
kita.
Kita mungkin merana atau mengalami pengalaman pahit
seperti kurang kasih sayang keluarga, kehilangan orang
yang tersayang, hilang mata pencarian,atau dilanda ribut
taufan, tetapi semua perkara ini berlaku bukan kerana kita
ditimpa nasib malang atau tidak baik. Tetapi kita perlu
mula memahami dan menyedari bahawa kadang kala
perkara buruk akan berlaku.
“ Untuk mengubah kesedihan yang normal kepada
kemurungan, apa yang perlu dilakukan adalah
menyalahkan diri sendiri keatas semua bencana yang telah
menimpa. “ - Dorothy Rowe (1930)
KEMURUNGAN
Di zaman yang serba moden dan mencabar ini, ramai diantara kita
secara tidak sedar mudah menghidapi penyakit kemurungan atau
depresi. Ianya berlaku adalah disebabkan oleh banyak faktor dan
pengaruh sosial sekeliling atau persekitaran serta perkara-perkara
yang boleh menyebakan depresi itu berlaku sama ada secara sedar
ataupun tidak sedar.
Kemurungan adalah kecelaruan emosi atau perasaan dan
puncanya adalah daripada dua perasaan yang negatif iaitu
kesedihan dan kemurungan.
Depresi atau kemurungan adalah satu keadaan gangguan kepada
emosi atau perasaan. Ia merangkumi aspek pemikiran,
keseimbangan homeostasis dan sikap. Depresi adalah termasuk
dalam kecelaruan perasaan. Perasaan ini dikatakan negatif kerana
emosi ini boleh mengganggu kelancaran perjalanan kehidupan
harian.
Menurut DSM-IV (Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan
ragamMental) , kemurungan dibahagikan kepada empat ciri iaitu ,
vitaliti, agitasi dan tingkah laku yang berbentuk mencari
ketenangan.
Seseorang yang tergolong dalam ciri kecelaruan ragam,
mempunyai sifat seperti kesedihan yang keterlaluan, menangis,
terlalu sengsara emosi, tiada harapan serta tidak berkeinginan
untuk hidup, merasa rendah diri dan merasakan tidak berminat
terhadap apa yang berlaku di sekeliling serta persekitarannya.
vitalitiManakala seseorang yang termasuk dalam kategori
menunjukkan keadaan seseorang itu tidak boleh berfikir dengan
lurus dan betul, sering merasa kepenatan, hilang selera makan
malah jarang pula berasa lapar. Hilang nafsu dan juga sentiasa
menjauhi hubungan peribadi yang rapat juga termasuk dalam ciri-
ciri vitaliti ini.
KEMURUNGAN
agitasiBagi ciri pula, biasanya merujuk kepada keadaan
seseorang yang sering merasa takut, seram, sering termenung, risau
dan sentiasa runsing. Mereka juga sering mengalami mimpi buruk
dan mengalami masalah untuk tidur. Kadang kala mereka hilang
kawalan fikiran dan perasaan. Mereka juga melakukan perkara-
perkara yang tidak berfaedah.
tingkah lakuBagi ciri yang terakhir, iaitu ciri yang berbentuk
mencari ketenangan, seseorang itu cenderung untuk menunjukkan
reaksi merayu, mempamerkan kekurangannya serta suka meminta-
minta sesuatu daripada orang lain (Levy, 1972). Mereka lebih gemar
untuk bersendirian dan banyak tidur. Ada kes yang lebih serius
dimana mereka terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan tertentu.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kemurungan
diantaranya adalah faktor genetik. Seseorang yang
mempunyai sejarah keluarga yang mengalami depresi, akan
cenderung untuk mendapatkan penyakit ini.
Selain itu juga faktor persekitaran dan pengalaman hidup
boleh membuatkan seseorang itu mengalami depresi. Antara
contoh-contoh yang boleh dikaitkan faktor persekitaran adalah
tekanan ditempat kerja, kesempitan ekonomi, kematian orang
yang di sayangi , putusnya hubungan kekeluargaan, menghidap
penyakit yang kronik dan sebagainya.
Adakah kemurungan
boleh diubati?
Terdapat banyak pendekatan rawatan kecelaruan psikologi dan di
antaranya adalah terapi biologikal, pendekatan psikoterapi, dan
pendekatan alternatif. Pada peringkat awal, rawatan kecelaruan
psikologi biasanya dilakukan menggunakan pendekatan terapi
biologikal. Rawatan ini beranggapan bahawa masalah kecelaruan
psikologi adalah berpunca daripada faktor biologi seperti terdapat
gangguan dalam sistem saraf atau sistem otak seseorang (Yahaya
Abdullah Ahmad & Ismail 2006).
Rawatan ini juga beranggapan bahawa penyakit kecelaruan
psikologi dapat dirawat dengan mengubah fungsi sistem badan
yang terjejas agar menjadi normal dan sihat. (Kaplan & Saddock
2003). Terdapat tiga jenis rawatan terapi biologikal yang sering
digunakan dalam merawat masalah kecelaruan psikologi di negara-
negara membangun, rawatan tersebut adalah :
·Rawatan Psikofarmalogi
·Rawatan terapi elektrokonvulsif
·Rawatan psikosurgeri
Rawatan psikofarmakologi merupakan rawatan terapi biologikal
yang paling banyak digunakan untuk merawat penyakit kecelaruan
psikologi. Ia merupakan kaedah biologi yang menggunakan ubat-
ubatan yang bertujuan untuk mengurangkan kesan simptom
gangguan psikologi dikalangan pesakit.
Walaubagaimana pun kesan kaedah rawatan ini adalah berbeza di
antara setiap individu. Kemurungan boleh di rawat dengan
menggunakan terapi ubat anti kemurungan.
Adakah kemurungan
boleh diubati?
Terapi ini digunakan untuk membangkitkan mood pesakit yang
menghidap kemurungan. Kebanyakan ubat tersebut berfungsi untuk
meningkatkan keupayaan sistem badan dalam menghasilkan hormon
serotonin atau norepinephrine; iaitu dua jenis hormon yang dapat
membangkitkan rasa mood positif pesakit. Fluoxetine atau lebih
dikenali dengan jenama Prozax merupakan ubat antikemurungan
pertama yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat pada tahun 1988.
Sehingga kini, Fluoxetine (Prozax) telah menguasai pasaran
antarabangsa dalam merawat penyakit kemurungan ( Sadock &
Sadock 2003).
Antara ubatan lain yang turut mendapat tempat di pasaran adalah
sertraline (Zoloft) dan paroxetine (Paxil). Ubat ubatan ini dikatakan
sangat berkesan dalam mengurangkan simptom-simptom kemurungan
sekirannya diambil secara berkesan dengan dos yang bersesuaian
dan atas nasihat doktor. Pengambilan dos ubatan perlulah secara
terkawal dan terancang untuk menjamin keberkesanan rawatan.
Antara kesan sampingan pengambilan ubat antikemurungan ini
adalah mual,cirit birit,insomnia,ketakutan dan masalah seksual. Malah
jika diambil secara berlebihan, boleh membawa maut. (Moy 2009)
Bagaimana mengatasi
kemurungan?
Kemurungan ternyata boleh membuatkan
kita merasa tidak berdaya. Dengan
rawatan terapi dan ubat-ubatan, masalah
ini boleh di atasi. Ubah tingkah laku dan
cara berfikir, termasuklah aktiviti fizikal,
dan cara hidup.
Tips yang boleh
membantu untuk
mengatasi kemurungan
Dapatkan sokongan moral
Mendapatkan bantuan dan sokongan moral adalah perkara asas
yang memainkan peranan penting dalam mengatasi kemurungan.
Apabila menghadapi tekanan secara berseorangan, ia akan
membuatkan kita sukar untuk mengatasi kemurungan. Apabila
kemurungan, kita cenderung untuk memencilkan diri dan
mengasingkan diri. Kekal berhubung dengan orang lain dan
mengambil bahagian dalam aktiviti sosial akan memberikan impak
yang berbeza terhadap mood kita. Kita boleh mendapatkan
bantuan dari orang lain dengan cara :
Cari sokongan dan bantuan dari orang yang kita rasa selamat
dan percaya.
Bersemuka – walaupun boleh menggunakan khidmat pesanan
ringkas,panggilan telefon dan sosial media, tetapi berjumpa
dan berkongsi masalah secara bersemuka dapat memainkan
peranan dalam melegakan perasaan kemurungan.
Cuba untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sosial –
keranan apabila kita berada dalam lingkungan sosial dan
berada bersama dengan orang lain, maka akan membuatkan
perasaan kemurungan itu berkurangan.
Cuba dapatkan haiwan peliharaan – walaupun tiada apa
yang dapat menggantikan hubungan kemanusiaan, haiwan
peliharaan dapat memberikan kegembiraan dan rasa
kebersamaan dalam kehidupan.
Sertai kumpulan sokongan untuk mengatasi kemurungan –
dengan menyertai kumpulan ini, setiap ahli kumpulan akan
menyokong dan bantu membantu antara satu sama lain serta
dapat bertukar-tukar pendapat.
Tips yang boleh
membantu untuk
mengatasi kemurungan
Buat perkara yang menggembirakan dan menenangkan
Untuk mengatasi kemurungan, kita perlu melakukan perkara yang
membuatkan kita merasa tenang dan ‘relax’. Contohnya :
Pilih hobi atau sukan kegemaran
Tunjukkan ekspresi kita dengan secara kreatif melalui muzik,
seni atau penulisan
Keluar bersama rakan-rakan
Rancang percutian ke tempat-tempat yang tenang dan
menarik
Tips yang boleh
membantu untuk
mengatasi kemurungan
Utamakan kesihatan dan sayangi diri anda
Dapatkan tidur yang cukup – kemurungan juga boleh
berlaku apabila sesorang mengalamimasalah tidur,
sama ada lebih atau kurang tidur, emosi seseorang
akan sengsara. Dapatkan tidur yang cukup dan
berkualiti
Sentiasa semak tahap tekanan dan cari jalan untuk
melegakan tekanan
Latih diri dengan teknik bertenang – ia akan membantu
melegakan simptom kemurungan , mengurangkan
tekanan dan meningkatkan rasa tenang dan aman.
Makan makanan yang sihat
Kurangkan pengambilan gula
Tingkatkan Vitamin B – Kekurangan vitamin B seperti
asid folic dan B-12 boleh menyebabkan kemurungan.
Untuk mendapatkan vitamin B, ambil vitamin B-complex
sebagai tambahan atau banyakkan makan buah ‘citrus’
, sayaur berdaun hijau, kekacang, ayam dan telur.
Tips yang boleh
membantu untuk
mengatasi kemurungan
Selain itu, bagi seorang Muslim, kemurungan
boleh diatasi dengan cara
Solat – Solat boleh mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Solat boleh membawa hati menjadi lebih tenang dan damai
sehingga boleh menjaga kestabilan emosi dengan baik.
Berzikir – Zikir juga boleh membuatkan seseorang lebih
tenang dan mendekatkan diri dengan Allah.
Beriman pada Qada’ dan Qadar
Berkumpul bersama keluarga
Bersikap sabar
Tawakkal
Teruskan berdoa agar diberikan kehidupan yang baik
RENUNGAN
Masyarakat sentiasa mengaitkan penyakit kecelaruan psikologi
dengan istilahkan penyakit mental dan gila. Mereka juga
menganggap bahawa penyakit ini adalah penyakit keturunan
dan tidak boleh dirawat. Dan fenomena ini membuatkan ramai
ahli keluarga tidak tampil untuk membantu ahli keluarga mereka
yang mengalami masalah mental. Ia juga menyumbang kepada
faktor penghidap lambat mendapatkan rawatan segera.
Oleh itu, perhatikanlah orang sekeliling, dan bantulah
mereka mendapatkan rawatan yang sewajarnya
sebelum terlambat.
“Apabila manusia sudah mula berhenti dari
menyalahkan diri sendiri terhadap perkara buruk yang
berlaku dalam kehidupan mereka, maka jumlah
kemurungan pasti akan turun mendadak.”
– Dorothy Rowe (1930)
RUJUKAN
Rujukan :
Azizi Yahaya, Jamaluddin Ramli (2012). Psikologi
Abnormal. Johor: Percetakan Muafakat Jaya Sdn. Bhd.
Mahmood Nazar Mohamed (2014). Penghantar Psikologi
Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa Dan Tingkah laku
Manusia. Selangor: Utusan Omnicorp Sdn. Bhd.
Asmawati Desa, Getrude Cosmas, Mariny Abdu Ghani,
Siti Rozaina Kamsani, Noor Azniza Ishak, Nabisah
Ibrahim, Mohd Makzan Musa(2015). Penghantar Psikologi.
Kuala Lumpur: Art Printing Works Sdn. Bhd.
DK Penguin Random House(2017). The Psychology Book
Big Ideas Simply Explained. China
https://dalamislam.com/akhlaq/cara-mengatasi-
depresi-menurut-islam
https://helpguide.org/articles/depression/coping-with-
depression.htm