Mohamad Fairuz Kamaruddin
AKRAB KWSP- DID
Bagaimana Mengenali
APA YANG MEMBUATKAN MEREKA MERBAHAYA? MEREKA
BERLAKON UNTUK SEOLAH-OLAH KELIHATAN SEPERTI
ORANG NORMAL.
Selama beberapa tahun, para neurobiologis telah
mengenal pasti beberapa faktor yang berkait rapat
dengan perlakuan keganasan di kalangan manusia iaitu :
Pertama-kegagalan untuk menangani ketegangan
serta tekanan, dan akan mempengaruhi tingkah laku
ganas yang dilakukan kemudian hari.
Kedua-pengabaian oleh ibu bapa atau penderaan
oleh penjaga semasa zaman kanak-kanak juga
dikaitkan dengan peningkatan risiko keganasan oleh
orang dewasa.
Ketiga-penyalahgunaan dadah dan alkohol
Keempat-neurologis mengaitkan dengan trauma otak
semasa zaman kanak-kanak – akibat kecederaan
parah di kepala – kepada tingkah laku ganas di alam
dewasa
Setiap satu daripada faktor ini adalah berkaitan dengan
keganasan, atau kombinasi faktor yang sering dijumpai di
kalangan penjenayah ganas dan pembunuh selama
bertahun-tahun.Walaupun faktor-faktor ini secara saintifik
dikaitkan dengan tingkah laku ganas, secara individu atau
secara kolektif, harus dianggap sudah mencukupi untuk
seseorang individu menjadi ganas.
Psikologi forensik telah mengenalpasti bahawa ciri-ciri
utama tertentu tingkah laku ganas sangat konsisten
dengan gangguan personaliti antisosial yang dikenali
sebagai psychopathy (psikopat). Gangguan ini
dimanifestasikan dalam ciri-ciri yang berbeza dan sifat-
sifat perlakuan yang berbeza.
Psikopat tidak di klasifikasikan sebagai penyakit
mental oleh American Psychiatric Association (APA).
Edisi kelima dari ‘Diagnostic and Statistical Manual of
Mental Disorders (DSM-5), yang dikeluarkan oleh APA pada
tahun 2013, menyenaraikan psikopat diletakkan dibawah
tajuk Antisocial Personality Disorders (ASPD). –
Kecelaruan Personaliti Anti Sosial.
APA menganggarkan lebih kurang satu peratus dari
populasi di U.S adalah golongan psikopat. Secara
umumnya, golongan psikopat adalah bijak, fasih dan
berperwatakan menarik serta menggunakan kelebihan
sifat-sifat ini untuk memanipulasi orang lain untuk
mendapatkan kepercayaan masyarakat atau orang
sekeliling. Oleh kerana mereka sering mempunyai skil
interpersonal yang kuat, golongan psikopat boleh tampil
dengan perwatakan yang agak baik pada pertemuan
pertama dan perkara atau taktik ini sering berjaya.
Walau bagaimanapun, sikap dan tingkah laku yang biasa
ditunjukkan dikalangan psikopat adalah seperti haiwan
pemangsa di alam semulajadi: Mereka cenderung untuk
melihat orang lain sebagai saingan pemangsa (pemangsa
lain) ataupun sebagai mangsa. Apabila psikopat melihat
orang lain sebagai mangsa, mereka tidak mempunyai
perasaan, dan pertalian mereka dengan orang lain
memberikan mereka kelebihan yang luar biasa dalam
memerhatikan tingkah laku mangsa yang disasarkan. Lebih
– lebih lagi, mereka tidak terbeban oleh kebimbangan dan
emosi yang dialami oleh orang lain dalam pertembungan
interpersonal.
Psikopat tidak dapat untuk membentuk hubungan emosi
atau merasakan perasaan empati sebenar dengan orang
lain, walaupun personaliti orang lain itu bersifat
menenangkan atau menawan hati mereka.
Psikopat adalah kecelaruan personaliti antisosial yang
paling bahaya kerana psikopat adalah sangat manipulatif
dah mudah untuk mendapat kepercayaan orang lain.
Mereka belajar untuk meniru emosi, walaupun
ketidakmampuan mereka untuk sebenarnya merasai
perasaan orang lain, dan kelihatan normal pada orang
yang tidak mencurigainya.
Psikopat selalunya berpelajaran tinggi dan mempunyai
kerja tetap. Sesetengah dari mereka sangat baik dalam
memanipulasi dan berpura-pura mempunyai keluarga dan
juga berpura-pura menjalin hubungan jangka masa
panjang, dan orang disekeliling mereka tidak pernah
mengesyaki sifat sebenar mereka.
Apabila melakukan jenayah, psikopat amat berhati-hati
merancang setiap perincian terlebih dahulu dan sering
mempunyai rancangan luar jangka yang teratur.
Penjenayah psikopat cenderung untuk kelihatan
tenang,kool, dan sangat teliti. Mereka melakukan hanya
sedikit kesilapan dan tidak pernah terbawa-bawa dengan
emosi.
Tidak menghairankan, golongan psikopat adalah terlalu
ramai dari kalangan pembunuh bersiri. Apabila psikopat
menjadi pembunuh bersiri, mereka berkemungkinan besar
akan disenaraikan dalam senarai pembunuh yang
terancang oleh FBI, yang cenderung untuk menjadi ‘cold-
blooded’ (tidak berperasaan dan emosi), dan perancang
yang teliti. Ted Bundy, seorang psikopat yang mempunyai
fizikal yang menawan adalah satu contoh klasik daripada
psikopat yang sering bersedia, petah berkata-kata dan
mempunyai sifat pembunuh bersiri yang sangat tersusun.
Adalah dipercayai bahawa psikopat adalah hasil daripada
‘nature’ - ‘sifat semulajadi’ (genetik) dan bukan dari sebab
‘nurture’ – dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Menurut
mendiang David Lykken, seorang penyelidik genetik tingkah
laku, yang terkenal dengan penyelidikannya melibatkan
kembar, psikopat adalah berkaitan kecacatan psikologi
kesan daripada kurang perkembangan di bahagian otak
yang bertanggungjawab untuk mengawal dorongan dan
emosi.
Kesan daripada ganguan ini, psikopat adalah tidak
berupaya untuk mempunyai perasaan empati dan tidak
dapat membentuk ikatan emosi dengan orang lain. Secara
ironinya, dan yang menakutkan, adalah kebolehan yang
luar biasa oleh psikopat untuk memalsukan perasaan
empatinya kepada orang lain, dan membuatkan mereka
amat berbahaya dan menjadi pembunuh bersiri yang
berjaya. Oleh kerana mereka sangat bersifat tenang dan
kelihatan tidak membahayakan, psikopat boleh
menyebabkan kita tidak berjaga-jaga dan meletakkan diri
kita pada risiko yang tinggi menjadi mangsa kekejaman
mereka.
Sumber : How you know youre dealing with psikopat?
https://www.psychologytoday.com/blog/wicked-deeds/201606/how-you-know-youre-dealing-
psikopat?utm_source=FacebookPost&utm_medium=FBPost&utm_campaign=FBPost