KUMPULAN 2
Jutawan Kraftangan
AHLI KUMPULAN:
MUHAMMAD YAZIEM ZAEDAN BIN YUSRIZAL
MUHAMMAD AFIQ HAKEEM BIN HANAFI
GURU PEMBIMBING:
Cikgu Bashirah Mohd Saad
1
2
PUSAT KRAFTANGAN
Salah satu kemudahan yang akan dibina
di kawasan Agro Pelancongan Desa Padi
Wangi ialah pusat kraftangan.Pusat
kraftangan dibina dengan bentuk yang
menarik.Pusat kraftangan mempamer dan
menjual jenis kraftangan yang dihasilkan
oleh penduduk tempatan menggunakan
bahan-bahan asas seperti buluh, rotan,
mengkuang dan lain-lain lagi.
Contoh produk yang akan dipamerkan di pusat
kraftangan ini terdiri daripada pakaian,
perhiasan,peralatan bertani dan lain lain.Selain
daripada membeli barang murah yang menarik
ini,para pelancong berpeluang menyaksikan
demonstrasi menghasilkan anyaman daripada
buluh dan mengkuang.Para pelancong juga dapat
mengenai pokok mengkuang dan pokok buluh
yang ditanam di sepanjang anak sungai yang
terdapat di sini.
Galeri kraftangan ini dapat membuka peluang
kepada penduduk sekitar menambah sumber
pendapatan mereka. Menariknya, barangan
kraftangan yang ada di tawarkan dengan harga
yang mampu milik.Para pelancong sama ada dari
dalam atau luar negeri pasti akan gembira dan
puas dapat membawa pulang barang kraftangan
sebagai ole-ole.
\
Galeri kraftangan ini dapat memperkenalkan
Desa Padi Wangi dengan memberi peluang
kepada para pelancong bergambar dengan
pelbagai aksi.Mereka boleh memperagakan
pelbagai pakaian tradisional di sini merakam
gambar kenang-kenangan.Perhidmatan jurufoto
disediakan untuk kemudahan pelancong
mendapat pelbagai gambar.
Sungguh cantik bakul rotan,
Diguna pakai di sebarang acara;
Komersilkan produk kraf tempatan,
Penyumbang kepada ekonomi negara
Kraftangan malaysia mempunyai visi,
Industrinya kini jelas terbukti;
Produk kraf jadikan tradisi,
Agar sentiasa terus diingat
Sekian, terima kasih