RUKUN
NEGARA
JABATAN
PERDAGANGAN:-
DAT1B
DISEDIAKAN
OLEH :-
• MUHAMMAD
AZAMIL
• THINISHWARAN
• MUHAMMAD
IKHWAN
ISI KANDUNGAN
TAJUK
PENGENALAN
TEKS RUKUN NEGARA
RUKUN NEGARA
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
KATA – KATA AKHIR
•PENGENALAN
Rukun Negara atau (sebelumnya
• Rukunegara; Bahasa Melayu untuk 'Prinsip
Nasional') adalah pengisytiharan falsafah
nasional Malaysia yang dilancarkan oleh
pengisytiharan kerajaan pada Hari
Merdeka, 1970, sebagai reaksi terhadap
rusuhan ras yang serius yang dikenali
sebagai Insiden 13 Mei, yang berlaku pada
tahun 1969 Kejadian itu membuktikan
pada masa itu bahawa keseimbangan dan
kestabilan kaum Malaysia rapuh. Sejurus
selepas itu, kerajaan Malaysia mencari
jalan untuk memupuk perpaduan antara
pelbagai kaum di Malaysia. Salah satu
kaedah yang digunakan untuk mendorong
perpaduan adalah Rukun Negara.
• TEKS RUKUN
NEGARA
• BAHAWASANYA
NEGARA KITA
MALAYSIA mendukung
cita-cita hendak:
• Mencapai perpaduan yang
lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;
• Memelihara cara hidup
demokratik;
• Mencipta satu masyarakat
yang adil di mana
kemakmuran negara akan
dapat dinikmati secara adil
dan saksama;
• Menjamin satu cara liberal
terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya
dan berbagai corak;
• Membina satu masyarakat
progresif yang akan
menggunakan sains dan
teknologi moden.
• MAKA KAMI, rakyat
Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas
prinsip-prinsip yang
berikut:
• KEPERCAYAAN
KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA
RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN
PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-
UNDANG
• KESOPANAN DAN
KESUSILAAN
•RUKUN
NEGARA
• KEPERCAYAAN KEPADA
TUHAN
• KESETIAAN KEPADA
RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN
PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-
UNDANG
• KESOPANAN DAN
KESUSILAAN
•KEPERCAYAAN
KEPADA TUHAN
• Kepercayaan kepada tuhan merupakan salah satu dari lima
prinsip rukun negara. Secara umumnya kepercayaan itu
bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara.
Biasanya,seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu
perkaraitu akan disertai oleh perasaan ’pasti’ atau kepastian
terhadap perkara yang berkenaan. Dari sudut psikologi pula
kepercayaan adalah sesuatu keadaan jiwa yang berkaitan
dengan sikap kedudukan memihak. Dalam konteks agama pula
kepercayaan itu merujuk pada Akidah dan Iman seseorang
individu tersebut. Kepercayaan juga sebagai batu asas dalam
pembetukan moral seseorang individu. Adapun kepercayaan itu
dikatakan berkaitan dengan sikap memihak,kerana ia sentiasanya
melibatkan penekanan,penuntutan dan jangkaan daripada
seorang individu mengenai kebenaran sesuatu. Kebenaran yang
dituntut itu mungkin sahih,dan mungkin palsu secara
objektif,tetapi bagi individu yang berkenaan ia adalah sahih.
Manakala maksud tuhan ialah sesuatu (seperti dewa dan
sebagainya) yang dipuja oleh golongan manusia yang agama
atau kepercayan mereka tidak berasaskan kepercayaan
mereka tidak berasaskan kepada Tuhan Yang Esa.Secara
keseluruhannya definisi kepercayaan kepada tuhan ialah
keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi
segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-
masing.
KESETIAAN KEPADA
RAJA DAN NEGARA
• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara adalah
berteraskan kepada amalan Sistem Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong sebagai ketua negara. Selaras dengan
kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai
Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja
juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-
Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak
beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan
Yang Di-Pertua Negeri merupakan lambang
perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan
Negara bermaksud, bahawa setiap
warganegara hendaklah menumpukan
sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki
menumpukan taat setia kepada raja yang
memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia
kepada Yang di-Pertuan Agong. Amalan
Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan di Dalam Perlembagaan
Malaysia telah meletakkan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab setiap rakyat yang menjadi
warganegara Malaysia untuk taat setia kepada
Yang di-Pertuan Agong. Manakala, di peringkat
negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan
taat setia kepada Raja / Sultan yang
memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tersebut tanpa mengurangkan
taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Institusi beraja yang terdapat di Malaysia pada
hari ini merupakan satu Institusi amat penting
dan telah berevolusi mengikut peredaran
zaman dan memainkan peranan yang besar
dalam kehidupan bernegara di Malaysia.
KELUHURAN
PERLEMBAGAAN
Keluhuran perlembagaan menekankan perlunya rakyat menerima,
mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan
Perlembagaan Negara iaitu sumber perundangan yang tertinggi.
Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini
akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap
warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta
memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah
pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah
digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di
negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat
yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana
individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan
pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah
sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem
pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat
KEDAULATAN
UNDANG-UNDANG
Keadilan diasaskan atas
kedaulatan undang-undang di
mana setiap rakyat sama
tarafnya di sisi undang-
undang negara. Kebebasan
asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia.
Undang-undang negara
berasaskan kepada
Perlembagaan. Oleh itu
kedaulatannya perlu diterima
dan dipertahankan. Tanpa
undang-undang, hidup
bermasyarakat dan
bernegara tidak aman dan
stabil. Oleh itu undang-
undang negara dijamin pula
oleh institusi kehakiman yang
bebas dan berwibawa. Setiap
negara memerlukan undang-
undang untuk mengawal dan
mewujudkan satu masyarakat
yang aman, stabil dan
makmur. Kewujudan undang-
undang akan menjamin
kehidupan anggota
masyarakat dapat bergerak
dengan licin dan teratur tanpa
sebarang kekacauan, di
mana semua anggota
masyarakat akan merasa
selamat. Hak-hak semua
rakyat boleh diamalkan
dengan bebas asalkan tidak
melanggar undang-undang
serta perkara-perkara
sebagaimana yang dijamin
oleh Perlembagaan Negara.
KESOPANAN
DAN
KESUSILAAN
Prinsip ini menekankan perkembangan
personaliti dan tingkah laku seseorang
rakyat. Tujuannya adalah untuk
membentuk warganegara yang
bersopan santun dan bersusila selaras
dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai
Murni yang dijalankan sekarang. Sifat
individu yang bersopan santun dan
bersusila adalah amat penting dalam
konteks perhubungan antara satu
sama lain dalam masyarakat pelbagai
kaum di negara ini. Sikap bersopan
santun dan bersusila patut diamalkan
bagi membentuk individu dan
masyarakat yang berdisiplin serta
bermoral tinggi yang akan mewujudkan
sebuah masyarakat yang harmoni.
Tatasusila ini membenci tingkah laku
yang angkuh atau menyinggung
perasaan seseorang atau sesuatu
golongan. Tingkah laku sopan juga
mengandungi suatu darjah kesusilaan
yang tinggi dalam kedua-dua
kehidupan persendirian dan kehidupan
bernegara. Prinsip ini menjadi panduan
supaya perilaku masyarakat sentiasa
terpelihara dan berkembang sesuai
dengan keperibadian bangsa dan nilai-
nilai murni.
KATA-
KATA
AKHIR
Kemerdekaan nasional
adalah bukan pencapaian
akhir, tapi rakyat bebas
berkarya adalah
pencapaian puncaknya.
SERANGKAP PANTUN DARI
KUMPULAN KAMI.
Terang bulan indah cahaya,
Bintang berseri menjadi
teman;
Percaya Tuhan tunjang
agama,
Hidup harmoni dalam
aturan.
• TERIMA KASIH
SUMBER RUJUKAN
• https://en.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara
• https://www.scribd.com/doc/114002847/Keper
cayaan-kepada-tuhan
• https://www.facebook.com/scswave/posts/kes
etiaan-kepada-raja-dan-negara-soal-jawab-
jasa-di-radio-perak-fm-apa-kata-
deme/437130063161448/
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara#K
esetiaan_Kepada_Raja_dan_Negara
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara#K
eluhuran_Perlembagaan