The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Nadirah Zainal Ridzuan, 2022-05-31 12:02:01

KUIZ 1 PAKW1022

KUIZ 1 PAKW1022

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

PENTAKSIRAN BERTERUSAN :
TUGASAN 1

ASAS KEUSAHAWANAN
PAKW1022

Nama : Nur Nadirah binti Zainal Ridzuan
Semester / Ambilan : PPISMP Ambilan Jun 2021
No. Matrik : P21142818

KUIZ (30 MINIT) – 15%

1. Keusahawanan adalah satu bidang untuk memahami bagaimana peluang boleh ditukar
atau dicipta menjadi barangan atau perkhidmatan.
(Ventakaraman, 1997)

Huraikan pengertian keusahawanan yang dinyatakan dalam pernyataan di atas dari
perspektif ekonomi.

[8 Markah]

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan keusahawanan sebagai segala-galanya
yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan. Keusahawanan
bermaksud individu yang menggabungkan faktor-faktor ekonomi iaitu tanah, modal dan buruh.
Modal terdiri kepada dua iaitu intensif modal dan intensif buruh. Intensif modal bermaksud
menggunakan teknologi daripada mesin atau jentera semasa melakukan perkhidmatan
manakala intensif buruh bermaksud menggunakan tenaga buruh semasa perkhidmatan
dilakukan. Seterusnya, buruh terbahagi kepada dua iaitu buruh mahir dan buruh tidak mahir.
Buruh yang mahir bermaksud buruh yang mempunyai pengiktirafan dari universiti atau mana-
mana pusat pengajian. Misalnya seperti guru, doktor, jurutera dan juruterbang. Justeru,
mereka akan diberi ganjaran dengan upah iaitu gaji yang lumayan kerana bidang pekerjaan
yang mereka ceburi sememangnya memerlukan pengiktirafan yang sah manakala buruh tidak
mahir bermaksud individu yang tidak mempunyai pengiktirafan dari mana-mana pusat
pengajian. Ganjaran yang diterima oleh usahawan ialah untung. Antara sifat yang harus
dimiliki oleh seorang usahawan ialah tidak putus asa, kreatif dan berdaya saing.

2. Menurut Mc Clelland (1985), ciri-ciri usahawan yang berjaya salah satunya adalah
berkebolehan menyakinkan orang lain.

Berikan pendapat anda berkenaan ciri ini dengan jelas dan terperinci.

[7 Markah]

Saya berpendapat ciri usahawan yang boleh meyakinkan orang lain bermaksud usahawan
tersebut yakin dengan produk yang dihasilkan. Hal ini menyebabkan timbul rasa ingin
mencuba dalam diri pelanggan. Maka, usahawan tersebut dapat memperoleh ganjaran
berbentuk untung. Seiring dengan ciri yang harus dimiliki oleh seorang usahawan iaitu tidak
mudah putus asa, kreatif dan berdaya saing boleh menjadi sebab berkembangnya empayar
usahawan tersebut. Usahawan seharusnya berjaya meyakinkan pelanggannya dengan
produk miliknya kerana produknya adalah identitinya sebagai seorang usahawan. Sekiranya
usahawan tersebut bersifat kreatif dan tidak putus asa maka semakin banyak untung yang
akan diterima olehnya.

JAWAPAN (Font Arial, Saiz 11)
__________________________________________________________________________


Click to View FlipBook Version