The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shaliza3283, 2021-10-08 12:36:44

TOPIK 1 - PENGENALAN ASPEK KESELAMATAN

TOPIK 1 - PENGENALAN ASPEK KESELAMATAN

DSA 1144 KESELAMATAN,
KESIHATAN DAN PEMAKANAN

KANAK-KANAK

PN. SHALIZA BINTI IDRIS

PENGENALAN

• Keselesaan dan keselamatan bayi dan kanak-
kanak dipengaruhi oleh keadaan persekitaran
mereka.

• Kemalangan yang tidak diduga adalah
penyebab utama kecederaan atau kematian
dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

• Bayi dan kanak-kanak sering terdedah kepada
kemalangan atau kecederaan kerana
pemikiran mereka yang belum matang.

• Mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi,
suka meneroka dan mencuba sesuatu.

• Kecederaan mempengaruhi kesihatan bayi kerana
kecederaan yang serius boleh mengganggu
perkembangan bayi dan kanak-kanak serta
meningkatkan perbelanjaan rawatan dan
memberikan tekanan kepada ahli keluarga.

• Penjagaan keselamatan bertujuan :

i. menghindari kemalangan

ii. menyelamatkan nyawa

iii. menyelamatkan harta benda



KESELAMATAN DALAM PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

• Pelbagai jenis kemalangan boleh berlaku
kepada kanak-kanak.

• Tempat tinggal dan persekitaran mereka boleh
mendatangkan bahaya jika orang dewasa tidak
mengawasi mereka dengan baik.

• Langkah-langkah keselamatan perlu diambil
untuk mengelakkan kemalangan daripada
berlaku di dalam bangunan dan di luar
bangunan.

KESELAMATAN DALAM BANGUNAN

• Ruang di dalam bangunan seperti dapur, bilik
mandi, bilik tidur dan ruang tamu boleh
mendatangkan kemalangan kepada kanak-
kanak.

• Mereka memerlukan pengawasan daripada
orang dewasa sekiranya berada di tempat
tersebut.

KESELAMATAN DI DAPUR

• Benda-benda panas di dapur seperti tungku
dapur, periuk dan cerek boleh menyebabkan
kulit kanak-kanak terbakar jika mereka
menyentuhnya.

• Makanan dan minuman yang panas jika
tertumpah boleh menyebabkan kanak-kanak
melecur.

• Peralatan elektrik seperti cerek dan periuk
elektrik yang sedang digunakan boleh
membahayakan kanak-kanak.

• Simpan benda-benda tajam seperti pisau dan
garfu di tempat yang selamat dan tidak dapat
dicapai oleh kanak-kanak.

KESELAMATAN DI BILIK MANDI

• Lantai yang licin mudah menyebabkan kanak-
kanak terjatuh.

• Simpan cecair dan serbuk pencuci di tempat
yang selamat dan tidak boleh diambil oleh
kanak-kanak kerana bahan ini boleh
menyebabkan keracunan jika tertelan.

• Air dalam bekas takungan yang terbuka boleh
menyebabkan kanak-kanak lemas jika terjatuh
ke dalamnya.

KESELAMATAN DI LUAR BANGUNAN

• Kawasan di luar bangunan seperti taman
permainan, kawasan persekitaran dan kereta
boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-
kanak.

• Mereka memerlukan pengawasan daripada
orang dewasa sekiranya berada di tempat
tersebut.

KEPERLUAN PERALATAN KESELAMATAN
DI TASKA DAN TADIKA

• Antara peralatan keselamatan yang perlu ada
di TASKA dan TADIKA :

- Peti pertolongan cemas
- Alat pemadam api
- Pelan laluan kecemasan
- Alat pengesan asap/ haba
- Pagar keselamatan

- Sistem pili bomba (hyderant)
- Sistem pemasangan sprinkler
- Sistem pamasangan pancur (riser)

KEPERLUAN PERTOLONGAN CEMAS

DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

• Peti pertolongan cemas biasanya mengandungi
ubatan dan peralatan tertentu.

• Antaranya ialah :

- Ubat luka - Pembalut steril

- Ubat gatal - Kain anduh

- Ubat demam - Penyepit

- Antiseptik - Gunting

- Salap - Pelekat

- Ubat lepuh - Kapas

KEGUNAAN PETI PERTOLONGAN CEMAS

Memudahkan rawatan
awal diberi

Tempat menyimpan
ubat dan peralatan
yang sesuai, selamat
dan sistematik

Memberi bantuan
kecemasan dengan
ubatan dan peralatan
yang betul

KEPENTINGAN ILMU
PETI PERTOLONGAN CEMAS

• Menyelamatkan nyawa
• Mengurangkan atau melegakan kesakitan
• Mencegah kecederaan daripada merebak atau

menjadi lebih teruk
• Mendapatkan bantuan kecemasan lanjutan


Click to View FlipBook Version