The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asnurasnur, 2018-07-31 11:24:57

Kertas Konsep Kolokium Prog TS25 JPNS

KERTAS KOLOKIUM PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
CADANGAN PERINGKAT NEGERI, NEGERI SEMBILAN 2018






KERTAS CADANGAN
KOLOKIUM TS25 NEGERI SEMBILAN


“PEMANGKIN PEMBELAJARAN BERMAKNA”















Perasmian Penutupan Disempurnakan Oleh:

YB Dr.Mohammad Rafie Bin Ab.Malek
Pengerusi JK Bertindak
Pelaburan,Perindustrian,Keusahawanan,
Pendidikan dan Modal Insan.












Anjuran Bersama:

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
dan
Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia








1

KERTAS KOLOKIUM PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
CADANGAN PERINGKAT NEGERI, NEGERI SEMBILAN 2018






1.0 TUJUAN



Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta

bantuan kewangan bagi penganjuran Kolokium Program Transformasi Sekolah
2025 (TS25) Peringkat Negeri Negeri Sembilan bagi tahun 2018.




2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG



Kolokium Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Peringkat Negeri ini
merupakan satu inisiatif yang julung kali diadakan untuk mengetengahkan

pencapaian sekolah-sekolah di bawah Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25) Kohort 1.0 dan 2.0 Negeri Sembilan.




Selain itu, kolokium ini juga diharapkan akan menjadi suatu wadah untuk
perkongsian amalan terbaik sekolah-sekolah di bawah Program Transformasi

Sekolah 2025 (TS25) bersama sekolah lain, agar pendidikan di Negeri
Sembilan dapat dipertingkatkan dan tidak hanya berfokus kepada keputusan

peperiksaan semata-mata tetapi lebih berfokus kepada sekolah berkualiti dan

kemenjadian murid. Oleh itu, Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
menekankan beberapa aspek yang perlu dititikberatkan iaitu :

a) Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
b) Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna

c) Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan

d) Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
e) Komitmen guru yang padu


















2

KERTAS KOLOKIUM PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
CADANGAN PERINGKAT NEGERI, NEGERI SEMBILAN 2018




Dalam kolokium ini, pembentang yang terdiri daripada Pengetua dan

Guru Besar sekolah-sekolah di bawah Program Transformasi Sekolah 2025
(TS25) Kohort 1.0 dan 2.0 akan membentangkan mengenai usaha-usaha yang

telah dilakukan oleh pihak sekolah ke arah mentransformasikan sekolah

mengikut acuan Program Transformasi Sekolah TS25 dan pencapaian sekolah
setelah melalui transformasi di bawah Program TS25. Di samping itu,

pembentang juga akan berkongsi amalan terbaik yang telah dilakukan di
sekolah masing-masing di bawah Program TS25.



Melalui kolokium ini juga, sekolah-sekolah lain di Negeri Sembilan yang belum

terlibat dalam Program Transformasi Sekolah 2025 dapat memahami dengan

lebih jelas konsep dan tujuan sebenar Program Transformasi Sekolah 2025
agar semua sekolah dapat bersedia untuk menyahut cabaran Program

Transformasi Sekolah menjelang tahun 2025 di mana semua sekolah akan
terlibat dalam TS25.






3.0 MATLAMAT


3.1 Memberi pengetahuan dan pemahaman yang jelas kepada semua
sekolah di Negeri Sembilan mengenai Konsep Program Transformasi

Sekolah 2025 (TS25) kerana semua sekolah akan terlibat dalam
Program Transformasi Sekolah menjelang tahun 2025.


3.2 Sebagai platform perkongsian amalan terbaik yang dilakukan oleh sekolah-

sekolah di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 1.0

dan 2.0 bersama semua PGB sekolah-sekolah di Negeri Sembilan.


3.3 Mengetengahkan pencapaian sekolah di bawah Program TS25 dan
keberkesanan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) khususnya

kohort 1.0 dan 2.0.






3

KERTAS KOLOKIUM PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
CADANGAN PERINGKAT NEGERI, NEGERI SEMBILAN 2018



4.0 BUTIRAN PROGRAM



Kolokium Program Transformasi Sekolah Peringkat Negeri ini akan diadakan

pada :



Tarikh : 13 September 2018
Hari : Rabu

Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Dewan Auditorium, IPG Teknik Enstek
Negeri Sembilan


Tetamu Kehormat : YB Dr.Mohammad Rafie Bin Ab.Malek
Pengerusi JK Bertindak
Pelaburan,Perindustrian,Keusahawanan,Pendidikan
dan Modal Insan.

Jumlah Pembentangan : 6
Sasaran : 295 orang




BIL KUMPULAN SASARAN JUMLAH


1 JPN Negeri Sembilan 60

2 IAB Cawangan Bandar Enstek 5

3 IPG Kampus Teknik Enstek 5
4 IPG Kampus Raja Malewar 5

5 PGB / PK TS25 Kohort 1-4 104

6 KPPD / Timbalan PPD / PM TS25 PPD 18

7 SIPartners+ 12

8 SISC+ 25

9 Ketua Jemaah Nazir Negeri Sembilan 1

10 Murid 40

11 Guru 20

JUMLAH 295



4

KERTAS KOLOKIUM PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
CADANGAN
(TS25)
PERINGKAT NEGERI, NEGERI SEMBILAN 2018







Justifikasi Pemilihan Dewan Auditorium, IPGK Teknik Bandar Enstek

sebagai tempat untuk Program Kolokium Program Transformasi Sekolah
2025 (TS25) Peringkat Negeri Negeri Sembilan 2018 :



i. Dewan yang besar dan luas serta boleh memuatkan sehingga 400

orang dalam satu masa.

ii. Sesuai untuk pembentangan dan pameran dalam satu bangunan.

iii. Dewan berhawa dingin dan selesa.

iv. Mempunyai kemudahan tempat meletak kenderaan yang luas dan

banyak serta berhampiran dengan dewan, memudahkan semua
peserta meletakkan kenderaan masing-masing.







5.0 KPI (OUTCOME)
20 buah sekolah TS25 Kohort 3 mendapat nilai tambah hasil daripada
Kolokium TS25 2018 untuk sekolah masing-masing.


KPI (OUTPUT)

100% sekolah TS25 Kohort 1,2 dan 3 mendapat kaedah kepimpinan hasil
perkongsian Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Kohot 1 dan
Kohot 2.
























5

KERTAS KOLOKIUM PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
CADANGAN PERINGKAT NEGERI, NEGERI SEMBILAN 2018




6.0 TENTATIF PROGRAM



MASA PERKARA

8.00 Pagi : Pendaftaran
: Sarapan pagi
8.30 Pagi : Ketibaan VIP
8.35 Pagi : Perasmian Pembukaan Kolokium
 Ucaptama

09.00 Pagi : Pembentangan
- Pembentang 1 (25 minit + 5 minit – Q&A)
- Pembentang 2 (25 minit + 5 minit – Q&A)
- Pembentang 3 (25 minit + 5 minit – Q&A)
- Pembentang 4 (25 minit + 5 minit – Q&A)
- Pembentang 5 (25 minit + 5 minit – Q&A)
- Pembentang 6 (25 minit + 5 minit – Q&A)

12.00 Tgh : Lawatan ke booth pameran

01.00 Petang : Rehat

: Makan Tengahari

2.30 Petang : Ketibaan VIP


3.00 Petang : Perasmian Penutup Kolokium

 Ucapan Oleh Pengarah Pendidikan, JPNS
 Ucapan Perasmian Oleh YB Dr.Mohammad Rafie Bin
Ab.Malek
 Persembahan Multimedia
 Penyampaian Sijil

4.30 Petang : Bersurai


















6

KERTAS KOLOKIUM PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
CADANGAN PERINGKAT NEGERI, NEGERI SEMBILAN 2018









7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN



BIL. PERKARA TUNTUTAN JUMLAH (RM)

1. Tuntutan Perjalanan 295 orang x 50km (pergi &
RM 10,325
(OS21000) balik) x 0.70 sen
2. Makanan & Minuman 295 x RM 12.00
RM 3,540
(OS29000)

Jumlah RM13,865.00




8.0 TEMA



Bidang pembentangan / kajian yang diketengahkan hendaklah berkaitan dengan
tema dan subtema seperti berikut:


TEMA : TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 MEMACU KEMENJADIAN MURID

8.1 SUB-TEMA

a. Pemimpin berkesan
 Pemimpin berkesan pemangkin guru dan murid cemerlang
 Bimbingan dan pementoran efektif mencorak iklim sekolah

b. Guru Berkualiti
 Peranan guru dalam membangun potensi murid
 Amalan terbaik dalam PdPc


c. Pelibatan Komuniti
 Sokongan PIBG/komuniti ke arah kecemerlangan sekolah
 Persekitaran pendidikan yang cemerlang/kondusif


d. Kemenjadian Murid
 Kemenjadian murid melalui PAK21 dan KBAT
 Kecemerlangan spiritual dan pembangunan insan
 Kecemerlangan kokurikulum dan pengembangan bakat


7

KERTAS KOLOKIUM PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
CADANGAN PERINGKAT NEGERI, NEGERI SEMBILAN 2018






9.0 SENARAI JAWATANKUASA


Pengerusi : YBhg.Tn. Hj. Pkharuddin Bin Hj.Ghazali
Pengarah Pendidikan, JPNS

Timb. Pengerusi : Pn. Maznah Binti Abu Bakar
Timbalan Pengarah Pendidikan, JPNS

Naib Pengerusi : En. Moskaya Kama Bin Mohamed (Memangku)
Ketua Sektor Jaminan Kualiti

Pn. Norwanis Binti Tajul Uros
Ketua Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan


: Hjh.Radziah Binti Abdul Manap
Ketua Sektor Pengurusan Akademik


: Tn. Hj. Misri Bin Mistama
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah


: Hj. Yahaya Bin Hj.Daros
Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan

: En.Muzir Bin Ab.Manan
Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

: Pn.Zainab Binti Mohamed Shah
Ketua Sektor Pengurusan Maklumat ( ICT )


: En. Mohd Wazir Bin Hamzah
Ketua Sektor Pendidikan Islam


: En. Mohammed Nek Ezar Bin Ismail
Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas


: En.Roslee Bin Ahmad (Memangku)
Memangku Ketua Sektor Psikologi & Kaunseling

















8

KERTAS KOLOKIUM PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
CADANGAN PERINGKAT NEGERI, NEGERI SEMBILAN 2018


Setiausaha : En. Basri Bin Hj.Sahlan
Penyelaras TS25, JPNS

Bendahari : Pn.Norehan Binti Lewa
Ketua Unit Kewangan, JPN Negeri Sembilan

Ahli Jawatankuasa : En.Megat Affandi Bin DW ismail
Timbalan PPD Seremban (Programme Manager)

: En.Anuar Bin Mat Isa
Timbalan PPD Jempol & Jelebu (Programme Manager)


: En.Kamanizam Bin Tindek
Timbalan PPD Kuala Pilah (Programme Manager)

: Tn.Hj.Azali Bin Hashim
Timbalan PPD Tampin (Programme Manager)

: En.Ramlan Bin Ahmad
Timbalan PPD Port Dickson (Programme Manager)

: Tn Hj. Mat Rodzi Bin Kadir
Timbalan PPD Rembau (Programme Manager)





Ahli Jawatankuasa Pelaksana :



Jemputan / Pendaftaran : PPD Port Dickson

Bacaan Doa : PPD Kuala Pilah


Sambutan, Protokol : PPD Port Dickson


Pembentangan : PPD Tampin


Pameran : PPD Kuala Pilah



Buku Program / : PPD Jempol & Jelebu
Backdrop / Banner








9

KERTAS KOLOKIUM PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
CADANGAN PERINGKAT NEGERI, NEGERI SEMBILAN 2018




Cenderamata dan Sijil : PPD Rembau


Teks Ucapan : PPD Tampin


Perasmian : PPD Seremban

Pengacara Majlis : Sektor Akademik JPNS


Persiapan tempat, pentas & Dewan : PPD Seremban
: Sektor Jaminan Kualiti


Juru Gambar / : Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
Persembahan Multimedia : PPD Jempol & Jelebu


Laporan dan Dokumentasi : PPD Rembau


Jamuan VIP / Peserta / Pelajar / : Sektor Pengurusan Sekolah
Persiapan tempat, pentas & Dewan
Urusetia : PPD Kuala Pilah

Keselamatan, Kecemasan dan : PPD Port Dickson
Kebersihan : Sektor Jaminan Kualiti


JK Siaraya, LED dan LCD, Audio : PPD Seremban
Visual

Persiapan tempat, pentas & Dewan
10.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO

Dalam melaksanakan program ini, risiko yang bakal dihadapi turut dikenalpasti.
Pelan Pengurusan Risiko disediakan untuk memastikan tindakan susulan dapat
diambil supaya objektif ini berjaya dicapai.

BIL INSIDEN RISIKO TINDAKAN

1. Ruang pameran yang terhad. Ruang pameran tambahan disediakan

oleh pihak IPGK Teknik Bandar Enstek.


2. Jumlah penonton yang semakin Menjemput guru pelatih IPG atau
berkurangan semasa sesi PGB/PK sekolah-sekolah yang
pembentangan. berhampiran .IPG


10

KERTAS KOLOKIUM PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
CADANGAN PERINGKAT NEGERI, NEGERI SEMBILAN 2018






11.0 PENUTUP



Jawatankuasa Kolokium Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
Peringkat Negeri Negeri Sembilan sangat berharap agar kertas kerja

bagi menjayakan kolokium ini mendapat pertimbangan dan kelulusan
agar program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut

perancangan. Diharapkan Program Kolokium TS25 Peringkat Negeri
Sembilan ini dapat memberi impak yang sangat mendalam kepada

warga sekolah bagi menjayakan tranformasi pendidikan Negara

Malaysia.




12.0 ULASAN KETUA SEKTOR JAMINAN KUALITI

















13.0 ULASAN TIMBALAN PENGARAH / PENGARAH
PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN










Disediakan oleh:

Jawatankuasa Kolokium Program Transformasi Sekolah
2025 (TS25) Peringkat Negeri ,Negeri Sembilan 2018







11


Click to View FlipBook Version