The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marlinahku, 2018-04-27 20:25:35

BBM ( Penulisan Karangan Jenis Laporan )

Switlin75

Keywords: 2211

KARANGAN JENIS LAPORAN

Tajuk:-
“ HARI KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TANGKAK”

PENDAHULUAN

Pada 13 April yang lalu, Sekolah Kebangsaan Sri
Tangkak telah mengadakan Hari Kantin. Program
tersebut berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga pukul
3.00 petang. Tujuan utama Hari Kantin diadakan adalah
untuk mengisi tabung kelab dan persatuan selain
mengumpul dana untuk membesarkan pondok bacaan
sekolah.

PERENGGAN KEDUA

Hari Kantin tersebut telah dirasmikan oleh
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ).
Program ini bukan sahaja mendapat sambutan
yang memberangsangkan daripada ibu bapa,
guru-guru dan murid-murid malahan penduduk
setempat juga turut memeriahkan program
tersebut.

PERENGGAN KETIGA

Barangan yang dijual di gerai telah ditentukan dalam
mesyuarat antara guru penasihat kelab dan persatuan. Semua
ahli kelab yang terlibat bekerjasama menghias gerai masing-
masing sebelum Hari Kantin bermula. Pada hari tersebut, ada
gerai menjual nasi lemak, rojak, kuih-muih dan pelbagai jenis
minuman. Selain itu, terdapat juga gerai yang menjual
cenderamata. Kehadiran orang ramai menjadikan suasana di
tapak perhimpunan itu sungguh meriah.

PERENGGAN KEEMPAT

Selain gerai-gerai jualan, terdapat juga aktiviti
sampingan seperti pertandingan permainan tradisional
seperti congkak,dam dan ketingting. Pertandingan
tersebut diadakan bertujuan memeriahkan Hari Kantin.

PERENGGAN KELIMA

Keadaan cuaca yang cerah membolehkan semua
aktiviti berjalan lancar. Guru besar berharap Hari
Kantin akan diadakan lebih meriah lagi pada masa akan
datang. Beliau berpuas hati kerana program Hari Kantin
mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan
berjaya mencapai matlamat.

PENUTUP 21 APRIL 2017

Laporan disediakan oleh,

..............................................
( AMELIA NATASHA )
Setiausaha,
Kelab Keusahawanan,
SK Sri Tangkak.


Click to View FlipBook Version