MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KETIGA SESI 2018
TARIKH : 12 April 2018
HARI : Khamis
MASA : 8.00 malam.
TEMPAT : Bilik Mesyuarat Cempaka Sari, SK Jalan Empat
KEHADIRAN: YDP PIBG
Bendahari PIBG
1. Tuan Haji Roslan bin Mohamed
2. Puan Shahila bt Mahmood Guru Besar
3. Encik Hazarul Anan bin Muhd Shah Vijaya GPK Pentadbiran
4. YM Tengku Syawa-Ratul Elona bt Tengku Nasrudin GPK Petang
5. Encik Rahime bin Che Yen
6. Encik Mohd Zawawi bin Awang Setiausaha
7. Puan Syahira Azlin bt Salleh
8. Encik Mohd Soleh bin Mat Nawi
9. Puan Nik Adliah bt Nik Mustapha
10. Puan Fauziah bt Ismail
11. Puan Manisah bt Saedon
12. Datin Mazliya Azura bt Majid
13. Encik Syahrul Syam bin Hashim
TURUT HADIR:
1. Puan Hjh Ainon bt Mohamed Salehuddin
2. Encik Wan Rohimi bin Wan Jusoh
3. Puan Nor Asiah bt Isa
TIDAK HADIR:
1. Dato’ Dr Mohd Johari bin Hj Mohamad
2. Encik Muhammad Imran bin Suid
3. Puan Nang Noraini bt Nik Ahmad
4. Puan Zubaidah bt Ahmad
5. Tuan Hj Mohd Nazri bin Junus
6. Encik Mohd Hafizan bin Hashim
7. Puan Ashmad bt Abdullah
8. Puan Aidda bt Zawawi
URUS SETIA MESYUARAT:
1. Puan Aida Hartini bt Mahmud
Mesyuarat AJK PIBG 2018 Bil. (3) -1-
2. Puan Habibah bt Saring Naib Setiausaha
1. UCAPAN ALUAN OLEH YANG DIPERTUA PIBG
1.1 YDP memulakan mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah dan mengucapkan
terima kasih kepada semua pentadbir dan AJK PIBG yang hadir.
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada warga sekolah yang mendoakan
kesihatan beliau dan amat berbesar hati dengan keprihatinan pihak sekolah.
1.3 Beliau mengulas situasi panas sedang berlangsung kerana negara berhadapan
pilihanraya.
1.4 Beliau mengalu-alukan kehadiran Encik Wan Rohimi selaku Guru Penolong
Kanan Kurikulum yang baharu dan berharap pelbagai kejayaan akan terus
diraih oleh anak-anak SK Jalan Empat.
2. UCAPAN PENASIHAT
2.1 Penasihat mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK PIBG kerana sudi
meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat AJK PIBG kali ketiga. Beliau
memaklumkan beberapa perkara seperti berikut:
2.1.1 Bengkel teknik menjawab UPSR Tahun 6 telah berlangsung pada 7 April
yang lalu di bawah program Permata Gemilang. Program seterusnya
adalah gerak-gempur yang akan berlangsung pada 17 April hingga 19
April.
2.1.2 Program jaringan ke Riau telah diadakan bersama SD Al-Rasyid dan
konsulat Pekan Baru turut meraikan program yang dijalankan.
2.1.3 Pihak sekolah amat berterima kasih di atas bantuan Datin Mazliya
menaik taraf Taman Herba. Pemasangan sengkuap ‘awning’ sedang
dalam perancangan.
2.1.4 Pihak sekolah sedang dalam usaha mewujudkan rak buku di tepi tiang
berhadapan kelas-kelas. Sumbangan buku daripada ibu bapa amat
dialu-alukan. Pengerusi mencadangkan raga diletakkan berhampiran
pondok pengawal keselamatan bagi memudahkan ibu bapa
menyerahkan sumbangan buku.
2.1.5 Pada 11 April yang lalu, Timbalan Pengarah Pendidikan telah datang
melawat sekolah. Budaya memberi salam merupakan amalan terbaik
murid-murid dan telah mendapat pujian.
2.2 Beliau turut memaklumkan bahawa sekolah telah dijadikan pusat mengundi
bagi pilihanraya ke-16 yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mei.
Mesyuarat AJK PIBG 2018 Bil. (3) -2-
Sehubungan itu, 9 Mei merupakan cuti peristiwa dan pada 8 Mei, persekolahan
sesi pagi sahaja.
2.3 Berikut merupakan perkara-perkara yang memerlukan dana daripada PIBG.
2.3.1 Kem Pembangunan Minda
2.3.2 Kos perbelanjaan : RM700
2.3.3 Peruntukan diluluskan : RM1000
2.3.4 Pemasangan Water Cooler
2.3.5 Anggaran kos sebanyak RM2000 dan dipersetujui oleh ahli
2.3.6
mesyuarat.
Laluan Cyber
Lokasi antara tandas guru dan kelas 4 Cempaka 1
Sumbangan komputer daripada ibu bapa sebanyak 10 buah telah
diterima dan 3 unit telefon bimbit.
Kem LINUS
Program bersama Kolej Universiti Islam Selangor
Kos perbelanjaan masih dalam perbincangan, PIBG sedia
membantu.
Lampu Dataran
Kos pembelian mentol: RM300 x 10 unit = RM3000
Pemasangan dan penyelenggaraan akan dibuat oleh mereka yang
berkemahiran dan kos belum diketahui.
Lampu Jalan Dalam Kawasan Sekolah
Status penyelenggara tidak diketahui sama ada pihak sekolah atau
TNB. Sekiranya bukan di bawah tanggungjawab TNB, pihak
sekolah memohon agar pihak PIBG dapat membantu dari segi kos
dan kepakaran.
Sangat penting untuk keselamatan murid-murid pada waktu
malam.
3. 3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
3.1 Pengerusi membentangkan Minit Mesyuarat AJK PIBG bil.2/2018 untuk
pengesahan.
3.2
3.2 Minit mesyuarat diterima oleh semua AJK PIBG.
Dicadang sah oleh : Encik Syahrul Syam bin Hashim
Disokong oleh : Encik Hazarul Anan bin Muhd Shah Vijaya
Makluman : Setiausaha PIBG
4. PEMBENTANGAN KEWANGAN
4.1 Pn Shahila membentangkan kewangan tahun 2018 yang berakhir 28 Februari
2018.
4.2 Berikut adalah ringkasan kewangan sehingga 28 Februari 2018.
Mesyuarat AJK PIBG 2018 Bil. (3) -3-
Baki pada 1/2/2018 : RM 65 139.27
Baki di bank (28/2/2018) : RM 65 885.49
Tunai di tangan : RM 650.35
Penerimaan : RM 2650.00
Perbelanjaan : RM 1503.78
Baki pada 28/2/2018 : RM 66 535.84
4.3 Beliau turut memaklumkan cek dengan amaun RM1000 sumbangan Badan
Perhubungan UMNO Serdang belum ditunaikan. Ia adalah sumbangan bagi
majlis berbuka puasa yang akan diadakan pada bulan Mei nanti.
4.4 YM Shawa-Ratul meminta perincian bagi perbelanjaan seperti yang dinyatakan
dalam laporan kewangan. Puan penasihat memaklumkan perbelanjaan
tersebut adalah untuk bayaran jurulatih luar bagi tarian dan menampung
bayaran bagi murid ke Riau. Beliau turut berterima kasih kepada ibu bapa yang
membantu pihak sekolah dengan menaja penginapan untuk murid tarian.
4.5 Laporan kewangan PIBG diterima oleh semua AJK PIBG.
Dicadang sah oleh : Puan Nik Adliah bt Nik Mustapha
Disokong oleh : Puan Fauziah bt Ismail
5. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
5.1 Penasihat memaklumkan bahawa program makan malam amal (Perkara 5.1)
akan ditangguhkan ke bulan November. Tarikh akan ditetapkan selepas
perbincangan bersama POKB.
6. HAL-HAL LAIN
6.1 Datin Mazliya mengesyorkan agar pencapaian murid-murid dalam program
atau aktiviti yang dibiayai oleh PIBG diwar-warkan. Puan penasihat
memaklumkan bahawa kejayaan anak-anak didik warga JEPS ada dipaparkan
di buletin terbitan berkala iaitu ‘Semarak JEPS’ selain diwar-warkan dalam
whatsapp group Pengerusi Kelas.
6.2 Encik Rahime selaku wakil PIBG SK Jalan Empat berkongsi dapatan di seminar
menangani obesiti yang telah berlangsung pada 7 April 2018 yang lalu di SMA
Persekutuan:
Kementerian Kesihatan meminta ibu bapa berperanan dalam menangani
obesiti dalam kalangan murid-murid memandangkan ia satu masalah
yang serius.
Sekolah perlu ada garis panduan terbaru yang jelas tentang jenis
makanan yang boleh dijual selain ibu bapa memberi bekal makanan yang
berkhasiat untuk anak-anak.
Murid-murid yang obes perlu dikenalpasti dan program berkaitan aktiviti
fizikal perlu ditekankan seperti berkebun. Pemantauan terhadap murid-
murid tersebut direkodkan.
Mesyuarat AJK PIBG 2018 Bil. (3) -4-
6.3 Encik Syahrul Syam mencadangkan baju korporat untuk AJK PIBG. Perkara
tersebut akan dibincangkan kemudian.
6.4 Program Sangkar Emas Tahun 6 mendapat maklum balas yang positif dari ibu
bapa dan Encik Shahrul Syam bersedia menjadi koordinator program bagi
tahun 2018.
6.5 Susulan penambahbaikan Taman Herba, Datin Mazliya mengalu-alukan
sumbangan pokok-pokok herba dari mana-mana pihak. Beliau juga berharap
kawasan tersebut dapat menjadi ruang untuk murid beraktviti dengan selesa
selepas bumbung dipasang.
6.6 Datin Mazliya turut mencadangkan agar peti maklumbalas diletakkan di pondok
pengawal keselamatan dan respon pihak sekolah kepada sebarang isu diwar-
warkan kepada semua ibu bapa. Penasihat memaklumkan perkara tersebut
akan dilaksanakan.
6.7 Datin Mazliya berharap pewangi tandas dipasang bagi mengatasi masalah bau
di tandas dan kos tersebut ditanggung oleh PIBG. Ahli mesyuarat yang hadir
bersetuju memperuntukkan RM50 sebulan bagi tujuan tersebut.
7. 7. UCAPAN PENANGGUHAN
YDP mengharapkan pihak sekolah dapat menjalankan program yang telah dirancang
dengan jayanya. Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan surah al-‘Asr dan Tasbih
Kaffarah pada jam 11.30 malam.
Urus Setia
PIBG SK Jalan Empat
Tarikh: 22 April 2018
Mesyuarat AJK PIBG 2018 Bil. (3) -5-