The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eenasmisman, 2022-06-07 12:27:30

SEJARAH SEKOLAH SMKKJ

Kenali SMKKJ

Keywords: 123456789

LATAR BELAKANG
SEKOLAH
SMK KAMPONG JAWA

• Sekolah SMK kampong Jawa
terletak di Jalan Raja Nong,
Kampung Jawa Klang, Selangor.
Batu Batu asas pembinaan SMK
Kampong Jawa, Klang telah
dirasmikan oleh YAB Tan Sri Haji
Muhammad bin Haji Muhammad
Taib pada 24 September 1994.
Pembinaanya telah disempurnakan
pada akhir tahun 1996 walaupun
tertangguh kerana timbul
beberapa masalah yang tidak
dapat dielakkan.

LATAR BELAKANG

SEKOLAH

SMK KAMPONG JAWA

• Pada tanggal 1 Disember 1996,
Pn Hjh Zainon binti Kasim dengan
rasminya telah dilantik menjadi
pengetua SMK Kampong Jawa yang
pertama. Beliau telah menerima
kunci penyerahan sekolah daripada
Pegawai Pendidikan Daerah Klang
dan mendapat bantuan awal
daripada beberapa orang guru yang
ditempatkan di sekolah ini
sepanjang bulan Disember 1996



• Sebilangan murid Tingkatan 1 yang
ditempatkan di SMK Kampong Jawa adalah
dari SK Kampung Jawa, SK Telok Menegon,
SK Klang serta murid yang tinggal di sekitar
Kampung Jawa Klang. Manakala murid
Tingkatan 2 pula adalah dari SMK Sri Istana
dan SMK Raja Mahadi.

• Murid-murid ini telah mengesahkan
pendaftaran mereka di SMK Kampong Jawa
mulai 16 Disember 1996. Jumlah bilangan
murid yang melaporkan diri pada 2 Januari
1997 ialah seramai 772 orang. Bilangan
murid di sekolah ini terus meningkat dari
tahun ke tahun.

• Sekolah Menengah Kampung Jawa ini
menempatkan murid-murid bagi aliran
perdana dan PPKI bagi Masalah
Pembelajaran dan Penglihatan

• Terdapat pelbagai kaum ditempatkan di
sekolah ini antaranya, kaum Melayu,
Cina, India dan lain-lain. Berdasarkan
Analisa Tahun 2022 majoriti murid
adalah terdiri dari kaum Melayu yang
tinggal berhampiran sekolah

• Jumlah kelas yang dibuka pada tahun
2022 ialah 70 buah kelas ( 55 kelas bagi
aliran perdana dan 15 kelas bagi
murid PPKI )

BILANGAN MURID MENGIKUT KAUM
SMK KAMPONG JAWA BAGI TAHUN 2022

7% 55% MELAYU
9% INDIA
29% CINA
LAIN-LAIN



Bilangan guru perintis seramai
Bilangan guru perintis seramai 35
orang pada tahun 1997 kini
meningkat kepada 137 pada tahun
2022. Manakala bilangan staf
meningkat daripada 12 orang pada
tahun 1997 kepada 18 orang pada
tahun 2022. Ini adalah disebabkan
peningkatan jumlah murid dan
kelas yang dibuka dari masa ke
semasa.



• Bangunan asal sekolah SMK Kampong Jawa
terdiri daripada Blok A, B, C, D, E, Kantin Sekolah
dan Blok Pertanian.

• Bangunan tembahan telah dibina bagi memenuhi
keperluan murid dan warga sekolah, antaranya
❑ Pondok Pengawal keselamatan (2000)
❑ Makmal Komputer (2002)
❑ Surau Al-Ehsan (2009)
❑ Blok PPKI (Bilik Guru & Pusat Sumber
PPKI)(2015)



SMK KAMPONG • Pandangan dari atas.....
JAWA, KLANG






















Click to View FlipBook Version