Sajak
Terima Kasih, Cikgu
Nukilan : Izzati Zaidan
Cikgu
Tanpa kenal erti lelah
Engkau sedikit pun tidak mengalah
Resahmu tidak melulu
Ikhlasmu tidak terperi
Mahumu membentuk peribadi
Anak didikmu yang dambakan ilmu
Cikgu
Kerana kesungguhanmu
Aku berjaya pada hari ini
Sebagai seorang pendidik sepertimu
Insan yang kukira bukan siapa-siapa
Hakikatnya penjulang tugas luar biasa
Cikgu
Ilmumu akan kukunci di dalam hati
Kasihmu akan kusemat di dalam jiwa
Gurau sendamu akan kukenang sepanjang masa
Ucapku buatmu
Terima kasih cikgu