The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Aisha, 2020-10-31 08:46:44

REDHA

REDHA - Emajalah

KELUARGA SAKINAHEDISI KELUARGA

REDHA
KEREDHAAN ALLAH TERLETAK KEPADA
KEREDHAAN IBU BAPA

Ibu Bapa

"JANGAN DISIA-SIAKAN PELUANG YANG ADA
KETIKA MEREKA MASIH HIDUP,MEREKALAH

PELABURAN AKHIRAT KITA"

DESTINASI | KASIH | SAYANG

kandungan

IBU BAPA MASALAH PERANAN

03 Ibu bapa? 05 Pengabaian Ibu Bapa 09 Hadiahkan doa setiap
04 Berbuat baik kepada 06 Mengapa ibu bapa hari !

ibu bapa dihantar ke rumah 13 7 Cara Menghargai Ibu
kebajikan Bapa ?

18 Ganjaran Berbuat 19 Hadis Riwayat
Baik kepada Muslim
Ibu Bapa ?

2 REDHA / OCTOBER 2020

IBU BAPA ?

IBU-BAPA merupakan individu yang telah banyak
berkorban untuk kehidupan kita. Pengorbanan
mereka tidak dapat dibalas walau dihadiahkan
segunung emas permata, ia tetap tidak akan dapat
menyamai kasih sayang mereka terhadap kita.Allah
telah mewasiatkan kepada hambaNya untuk
berbuat baik kepada ibu bapa masing-masing.
Firman Allah di dalam Surah Al-Isra' ayat ke 23 dan
24: (23) Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya
engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya
semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-
duanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada
umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka
janganlah engkau berkata kepada mereka
(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan
"Ah", dan janganlah engkau menengking
menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada
mereka perkataan yang mulia (yang bersopan
santun).

3 REDHA/ OCTOBER 2020

BERBUAT BAIK EGAYOV • 4 EGAP
KEPADA
IBU BAPA

Berbuat baik atau taat kepada dua ibu bapa bermaksud
menghormati dan melakukan pekerjaan yang disukai
mereka dan pekerjaan yang dilakukan itu janganlah
bersalahan dengan kehendak yang disuruh Allah SWT.
Melakukan pekerjaan yang disukai kedua ibu bapa
memang menjadi tanggungjawab besar bagi seseorang
anak. Besarnya jasa ibu dan ayah memang tidak dapat
dinilai sama sekali.Pada masa anak masih dalam
kandungannya, ibu telah menempuh pelbagai
penderitaan dan kesusahan. Ibu dan ayah terpaksa
berjaga siang dan malam untuk mengawasi dan
membendung kesihatan anaknya yang masih kecil.
Seorang ibu rela tidak tidur malam demi menjaga
anaknya yang masih kecil darpada digigit nyamuk. Ibu
dan bapa sanggup perut kosong selagi perut anak yang
masih kecil itu masih belum berisi. Begitulah besarnya
pengorbanan ibu dan bapa terhadap anaknya. Jadi tidak
hairanlah jika Islam menitik beratkan soal berbuat baik
dan menghormati kedua ibu bapa.Islam mewajibkan anak
menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya bukan saja ketika mereka masih hidup, malah
selepas mereka meninggal dunia pun, amalan baik dan
penghormatan itu wajib dikekalkan oleh anak-anaknya

Disamping itu juga, kewajipan untuk anak-anak mentaati
kedua ibu bapa diperkuatkan lagi dengan sepotong
hadith yang diriwayatkan Imam Muslim yang bermaksud:

Apabila mati seseorang anak Adam, maka putuslah
amalnya melainkan tiga perkara, (iaitu): sedekah jariah,
ilmu bermanafaat kepada orang lain dan anak soleh yang

mendoakannya.(Hadith riwayat Muslim dan Ahmad)

4 REDHA/ OCTOBER 2020

EGAYOV • 3 EGAP

PENGABAIAN Pengorbanan ibu bapa tidak ternilai
IBU BAPA harganya jadi apa salah anak-anak
menjaga dan menatang bagai minyak
KELUARGA SAKINAH yang penuh seperti mereka menjaga
anak-anak semasa kecil dulu. Lagipun
Pepatah Melayu yang berbunyi dalam tuntutan agama pun ia cukup
“bagai kacang lupakan kulit”mungkin jelas menuntut kita sebagai anak harus
sesuai untuk di bincangkan bagi isu menjaga ibu bapa lebih-lebih lagi yang
golongan warga emas yang kian berumur. Menjaga ibu bapa yang sakit
terabai, kurang bernasib baik dan ketika diambang maut dan juga
kebajikan golongan ini juga menguruskan jenazah merupakan
diabaikan oleh semua pihak. Dalam tanggungjawab yang dituntut oleh
hal ini, kita sering tertanya-tanya agama.
tentang sebab-sebab golongan
warga emas ini diabaikan dan Namun, hari ini ramai anak-anak yang
sentiasa dilupakan oleh semua menghantar ibu bapa mereka ke
lapisan masyarakat. Menjaga warga rumah kebajikan atau membiarkan
tua atau ibu bapa yang sudah lanjut sahaja mereka sendirian. Hal ini
usia bukan masalah individu sahaja demikian kerana disebabkan oleh
bahkan ia melibatkan semua pihak banyak faktor yang
terutamanya institusi keluarga, mempengaruhinya, justeru itu juga
masalah ini harus dibendung supaya
5 REDHA/ OCTOBER 2020 tidak menjadi lebih teruk lagi di masa
akan datang.

MENGAPA IBU BAPA
DIHANTAR KE RUMAH

KEBAJIKAN?

1

Dalam hal ini, kita sering tertanya-tanya tentang sebab-
sebab mengapa mereka diabaikan. Oleh itu, tentu
terdapatnya faktor tertentu yang menyumbang ke arah
berlakunya masalah ini. Salah satu faktornya yang paling
ketara ialah sikap manusia itu sendiri. Segelintir manusia
memandang hina terhadap golongan ini, mereka
menganggap warga emas tidak berguna lagi malah
membebankan. Oleh itu, anak-anak lebih gemar
menghantar ibu bapa mereka kerumah kebajikan. Di
samping itu, masyarakat itu sendiri juga memandang
serong terhadap warga emas yang kurang bernasib baik
sekali gus menyisihkan mereka. Perbuatan ini dianggap
tidak bermoral terutamanya anak-anak yang derhaka. Ibu
bapa telah membesarkan anak-anak dengan bersusah
payah namun apakah yang diperoleh oleh mereka semasa
tua dan tidak bertenaga lagi? Tentunya mereka akan berasa
sakit hati apabila dilayan sedemikian.

Bukan itu sahaja, anak-anak juga sering memandang ringan
terhadap orang tua mereka. Mereka menganggap ibu bapa
telah tua tidak berguna dan berjasa lagi. Mereka tidak terfikir
tentang jasa-jasa yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka
sehingga anak-anak dapat menikmati kesenangan seperti
yang dinikmati hari ini. Ingatlah, mereka amat
berpengalaman dan segala pandangan, nasihat serta tunjuk
ajar mereka patut dihargai dan dijadikan pedoman hidup.
Selain itu, yang menyebabkan orang tua diabaikan sehingga
ada anak-anak yang sanggup menghantar ibu bapa ke
rumah orang tua atau membiarkan mereka tinggal
sendirian ialah disebabkan kecacatan, nyayuk, tidak
bersefahaman diantara anak atau menantu dengan ibu
bapa, kesibukkan anak dengan tugas harian dan masalah
kewangan. Tidak sewajarnya meletakkan orang tua dirumah
kebajikan kerana ia bermakna menderhakai dan
mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak
lebih-lebih lagi anak itu lelaki.

6 REDHA/ OCTOBER 2020

HISAK GNAYAS

2

Dari aspek lain pula, punca pengabaian warga tua juga
disebabkan oleh tindakan ibu bapa itu sendiri. Pengabaian
terhadap ibu bapa disebabkan pengalaman anak-anak itu
sendiri di alam kanak-kanak, mungkin semasa kecil kedua
ibu bapa mereka bersikap bengis, suka mendera Maka, anak-
anak akan bertindak balas dan menyimpan perasaan untuk
membalas dendam terhadap kedua ibu bapa mereka yang

dianggap kejam itu.
Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati mereka
ialah dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan kedua

ibu bapanya.

7 REDHA/ OCTOBER 2020

WANG
BOLEH
DICARI,
MAK AYAH
TIADA
GANTI

SETOUQ / 8 SEGAP

Hadiahkan Doa
Setiap Hari !

Doa amat penting dalam kehidupan. Ianya
adalah ibadah. Ingatlah bahawa ibadah
yang kita laksanakan bukan semata-mata
untuk keperluan dunia. Sekiranya kita ikhlas
untuk beribadah, nescaya kita akan
diberikan ganjaran yang sebaiknya di
kemudian hari.Jadi sudahkah kita
mendoakan kedua ibu bapa kita pada hari
ini? Sesungguhnya, ganjaran pahala buat
anak-anak yang mendoakan ibu bapa
adalah sangat besar. Tidak kira sama ada
mendoakan kebahagiaan, kesihatan
mahupun apa-apa kebaikan.

1.MENDOAKAN PADA BILA-BILA
MASA

Pengorbanan dan jasa kedua-dua ibu bapa kita
terlalu tinggi nilainya. Sejak kita berada dalam
rahim ibu sehinggalah pada hari ini.Jika
dibandingkan dengan balasan kita kepada
pengorbanan mereka berdua, masih belum tentu
sama cukup dengan pengorbanan mereka.Waktu
untuk berdoa yang mustajab adalah pada waktu
selepas solat, antara azan dan iqamah, ketika
hujan dan lain-lain. Cadangan paling terbaik ialah
jadikan amalan setiap hari.Kita boleh
mengirimkan doa buat ibu bapa selepas
menunaikan solat fardhu.

Oleh itu, kita akan terus-menerus mengingati
mereka setelah kita selesai solat.Selain itu, doa
buat ibu bapa boleh dijadikan sebagai sarapan
sebelum kita memulakan apa-apa urusan kita
pada setiap hari. Mulakan hari-hari kita dengan
bacaan doa ataupun membaca al-Fatihah untuk
mereka.

9 REDHA/ OCTOBER 2020

2. KEREDHAAN IBU BAPA IALAH Well, they had different examples
KEREDHAAN ALLAH SWT of things not to do—like, one girl
kept her sunglasses on her head
Keredaan Allah bergantung kepada keredaan kedua ibu bapa. during the interview. I would
Selain berdoa, kita perlu meneruskan perjuangan untuk never do that. It’s disrespectful.
berbakti kepada mereka. Maka, jangan pernah kedekut apabila But they also talked about what to
melibatkan ibu bapa.Hubungan seorang anak dengan ibu do when the interviewer asks
bapanya mempunyai kaitan dengan hubungannya terhadap about your weaknesses. A lot of 
Allah S.W.T. Apabila seorang anak berbuat baik kepada kedua
ibu bapanya sehingga mereka reda kepadanya, jadi Allah juga "ORANG TUA
akan reda.Saat kita masih hidup, teruskanlah berbakti serta KITA
mendoakan kedua ibu bapa. Ibu bapa kita tidak pernah
kedekut. Adakah kita sedar tentang mereka yang banyak KUNCI SYURGA
memberikan segala-galanya dari kecil?Terlampau banyak KITA"
pengorbanan mereka demi kita. Sememangnya itu menjadi
tanggungjawab ibu bapa. Namun ingatlah juga tanggungjawab
kita yang sepatutnya buat mereka berdua.

"TIDAK AKAN TERPUTUS REZEKI
SESEORANG ITU SELAGI DIA TIDAK
MENINGGALKAN DOA KEPADA KEDUA

IBU BAPANYA"

3. DILAPANGKAN REZEKI

Kuasa doa itu benar dan apabila dimakbulkan pasti kita akan
berterusan untuk berdoa. Hal ini sama juga saat kita mendoakan
ibu bapa.
Ingatlah bahawa sesulit manapun kehidupan atau apa-apa yang
kita lalui, Allah S.W.T berkuasa untuk mengubah segalanya.
Pesanan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah;
“Setiap hari sedekahkan al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu
(baik yang hidup mahupun yang sudah tiada) nescaya pintu
rezekimu akan terbuka buat kamu.”
Rezeki yang dimaksudkan bukan tentang wang semata-mata.
Rezeki itu luas dan berada dalam berbagai-bagai bentuk. Segala
nikmat yang datang daripada Allah S.W.T seperti kesihatan, kasih
sayang, makanan, jodoh dan bermacam-macam lagi.Tambah
pula, semua yang hidup akan memperoleh rezeki daripadaNya.
Namun yang paling penting ialah keberkatan rezeki tersebut.
Dengan berdoa serta berbuat baik kepada ibu bapa, rezeki akan
lebih mudah untuk diperoleh serta dipermudahkan urusan.

10 REDHA/ OCTOBER 2020

4. CARA BERDOA

Belum sempurna bakti kita terhadap ibu dan ayah apabila tidak mendoakan
kebaikan dan ampunan untuk mereka. Tidak lupa juga mendoakan mereka
supaya diberikan ganjaran syurga.
Allah S.W.T juga memerintahkan setiap anak agar mendoakan kedua ibu
bapanya. Contoh doa yang disebut dalam al-Quran ialah;

“Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua (ibu dan ayah), sebagaimana
mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil". Surah Al Isra 17:24

"Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku". Surah Nuh 71:28

"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku". Surah Ibrahim 14:41

Sewaktu mereka sudah tiada di dunia pula, kita sebagai anak-anak yang boleh
membantu mereka di alam sana. Daripada Abu Hurairah R.A berkata bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda;

“Apabila seseorang meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya kecuali
tiga iaitu: Sedekah yang ditinggalkan semasa hidup, ilmu yang di menfaatkan
dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

Riwayat Muslim

Oleh itu, kita sebagai anak perlulah
sentiasa mendoakan kebaikan kepada ibu
bapa kita. Mereka berdua yang telah
berusaha membesar, mendidik dan
banyak berjasa dalam hidup kita. Mereka
memang teringin sekali untuk melihat
kejayaan dalam hidup kita.Maka, kita
seharusnya membalas kembali jasa-jasa
mereka walaupun hanya dengan doa-doa
yang sering disampaikan. Itulah hadiah
yang pasti diharapkan oleh kedua-dua
orang tua kita.

11 REDHA/ OCTOBER 2020

UTAMAKAN
MAK AYAH,

MEREKA
SENTIASA
ADA WAKTU

SEMUA
ORANG
TINGGALKAN

KITA

SETOUQ / 21 EGAP

7 CARA MENGHARGAI IBU
BAPA

PERANAN ANAK TERHADAP IBU BAPA

Mudah untuk mengatakan saya sayang ibu dan ayah saya. Adakah dengan ungkapan sahaja
sudah menunjukkan kasih dan sayang kita kepada ibu dan ayah? Syurga itu di bawah tapak
kaki ibu. Sesungguhnya kita semua sudah mengetahui bahawa syurga itu di tapak kaki ibu, tapi
sejauh manakah kita menjaga syurga kita dalam hidup kita?

Ayah yang membanting tulang empat keratnya Biar setinggi mana pun kejayaan kita hargailah
untuk membesarkan kita sehingga kita berjaya mereka yang berkorban untuk kita. Bagaimana
menjadi manusia yang bekerjaya di dunia ini. Apa anda menghargai ibu dan ayah anda? Jadikanlah
balasan kita terhadap pengorbanannya? panduan ini untuk anda menyayangi insan yang
Terbayarkah kita setiap keringat yang di keluarkan bernama ibu dan ayah.
oleh ayah untuk melihat kita berjaya? Hargailah
ibu dan ayah selayaknya. Balaslah setiap
pengorbanan mereka dengan kasih dah sayang
kita.

13 REDHA/ OCTOBER 2020

CARA MENGHARGAI
IBU BAPA

1. BERCAKAP DENGAN LEMAH LEMBUT

Sebagai seorang anak, kita mestilah bercakap
dengan lemah lembut. Seorang anak haruslah
bercakap dengan menggunakan suara yang
rendah ketika bertutur dan jangan sekali-kali
membantah serta mengherdik mereka. Apatah
lagi, dilontarkan apa jua perkataan kerana
perbuatan itu ditegah oleh Allah SWT .
Perbuatan seperti menjerit, memaki hamun,
mengherdik dan bercakap kasar kepada
ibubapa adalah haram sama sekali kerana
berdosa besar.Oleh itu, sebagai seorang anak
yang bertanggungjawab, kita haruslah
menggunakan bahasa yang sopan ketika
berbual atau bercakap dengan ibubapa

“Janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan
kasar) sekalipun perkataan `Ha’ dan janganlah engkau

menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada
mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

14 REDHA/ OCTOBER 2020 2. SENTIASA TAAT DAN PATUH ARAHAN
IBU BAPA

Sikap taat dapat mewujudkan suasana yang
harmoni dan damai dalam sesebuah keluarga.
Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa ini
merupakan perintah Allah Swt yang wajib anda
ikuti.Zaman moden ini, ramai anak yang sanggup
memberikan saman kepada ibubapanya sendiri
tanpa segan silu kerana mereka menyentuh hal
peribadi mereka malah ada yang berani
memukul kerana tidak bersependapat atau
berselisih faham.
Menurut Hadis Riwayat Imam Tarmizi, Keredaan
Allah bergantung kepada keredaan ibu bapa dan
kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan
ibu bapa. Oleh itu, anak yang bertanggungjawab
hendaklah berbakti kepada ibubapa supaya
mereka rasa dihargai.

3. SENTIASA MENDOAKAN IBU BAPA

Doa merupakan senjata orang mukmin. Biar jauh beribu
batu tapi jangan lupa mendoakan kesejahteraan mereka
dunia dan akhirat Doa juga pengikat kasih sayang antara
ibu, ayah dan anak-anak. Ibu bapa bukannya mahukan
wang ringgit, mereka cuba mahukan perhatian. Jika kita
tidak dapat melihat mereka selalu, hantarkan doa pada
mereka pada bila-bila masa. Lebih afdal, setiap kali
selepas solat, titipkan doa untuk mereka.Dalam Al-Quran
juga terdapat ayat yang memberi isyarat bahawa doa
seorang anak untuk ibu bapanya mustajab kerana Allah
SWT sudah memerintahkan sedemikian. Hadith yang
direkodkan oleh Imam Muslim juga menyatakan tentang
tiga perkara yang pahalanya akan terus mengalir untuk
orang yang melakukan walaupun dia sudah meninggal
dunia. Salah satunya daripada pahala itu adalah anak
soleh yang mendoakannya.

4. HUBUNGI MEREKA WALAU DIMANA
KITA BERADA

Hubungilah ibu dan ayah anda sekerap yang
mungkin. Mengambil berat tentang mereka
adalah tanggungjawab setiap anak. Gunakan
kemudahan teknologi yang ada sekarang untuk
menghubungi mereka.Hargailah ibu dan ayah
anda. Tanpa mereka siapalah kita. Cintailah
mereka tanpa syarat,kerana kelahiranmu di
dalam hidup mereka juga tidak bersyarat. Berkat
kehidupan kita dengan redhanya kedua ibu
bapa kita.

5. SELALU MENZIARAHI IBU BAPA

Tanggungjawab anak ini hendaklah selalu
menziarahi ibubapa. Anda perlu pastikan
ibubapa tidak akan tersinggung dengan
perbuatan kita yang jarang menziarahi mereka.
Ini adalah tanggungjawab kita sebagai seorang
anak.Jika anda berada jauh dari ibubapa dan
tiada masa untuk menziarahi mereka, apa
salahnya anda membuat panggilan, membuat
panggilan video dan menghantar mesej tanda
anda masih mengingati mereka.

15 REDHA/ OCTOBER 2020

“SESUNGGUHNYA SEBAIK-BAIK APA YANG DIMAKAN
OLEH SESEORANG ADALAH BERASAL DARIPADA
USAHANYA YANG BERMAKSUD MEMBANTU IBUBAPA
DARI SUDUT KEMAMPUAN SETAKAT YANG MAMPU
SAHAJA ITU PUN SUDAH CUKUP MEMADAI.”

7. MEMENUHI PERMINTAAN IBU BAPA

Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk
melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin
dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.Memenuhi
permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding
melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan
ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat
sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.Malah,
keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada
berjihad di medan perang.
Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar
berkata:
“Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah
perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu Baginda bersabda:
“Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya
lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.”
Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan
Allah.”

16 REDHA/ OCTOBER 2020 6. MEMASTIKAN KESIHATAN IBU BAPA
DALAM KEADAAN YANG BAIK

Anak yang baik dan bertanggungjawab akan
memastikan kesihatan ibubapa dalam keadaan yang
baik. Ibubapa telah menjaga kita sejak kecil lagi, apa
salahnya kita sebagai anak bertanggungjawab
membalas semula jasa mereka kerana telah menjaga
kita. Menjaga mereka dengan cara memberi makan
minum yang secukupnya, membeli ubat, membuat
rawatan dengan doktor untuk memastikan keadaan
dalam baik, menjaga mereka ketika demam dan
sebagainya.Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa
seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi
sepuluh orang anak belum tentu mampu untuk
menjaga seorang ibu. Jadilah seorang anak
bertanggungjawab yang boleh menjaga keadaan ibu
bapa!

MENGHORMATI
IBU BAPA
KUNCI

KEBERKATAN
HIDUP

SETOUQ / 71 SEGAP

GANJARAN
BERBUAT BAIK
KEPADA IBU
BAPA

Seseorang akan mendapatkan Berbuat baik kepada ibu bapa dapat
kemulian daripada Allah menghapuskan dosa. Dalam hadis
kerana menjalankan disebutkan bahawasanya seorang lelaki
perintahNya iaitu berbuat baik berkata kepada Rasulullah SAW : ‘nabi aku
kepada ibu bapa. Hal ini juga telah berbuat dosa besar maka adakah aku
telah menunjukkan sifat taat dapat bertaubat daripada nya?’ Rasulullah
kepada Allah. SAW menjawab. ‘ adakah engkau
mempunyai ibu ?’ lelaki itu menjawab: ‘tidak’.
Seseorang yang berbuat baik Rasulullah SAW berkata ‘adakah ibumu
kepada ibu bapa juga, akan mempunyai saudara perempuan?’ lelaki itu
merasa kelapangan hati kerana menjawab :’ ya’. Rasulullah SAW berkata ‘
telah menunaikan kewajipan maka berbuat baiklah kepadanya ‘
sebagai seorang anak dan juga
menunjukkan perlakuan yang
baik.

Selain itu, tindakan berbuat
baik juga, menyebabkan
seorang anak itu dapat
merasakan kenikmatan
bermesra dengan keluarga.
Mereka juga akan lebih
menghargai antara satu sama
lain dalam sebuah keluarga.

18 REDHA/ OCTOBER 2020

Daripada Abu Hurairah
R.A,Rasulullah SAW
bersabda:

‫ َﻣ ْﻦ‬:‫ ِﻗﻴ َﻞ َﻣ ْﻦ َﻳﺎ َر ُﺳﻮ َل ﷲِﱠ َﻗﺎ َل‬.‫َر ِﻏ َﻢ أَ ْﻧ ُﻒ ُﺛ ﱠﻢ َر ِﻏ َﻢ أَ ْﻧ ُﻒ ُﺛ ﱠﻢ َر ِﻏ َﻢ أَ ْﻧ ُﻒ‬
‫أَ ْد َر َك أَﺑَ َﻮ ْﻳ ِﻪ ِﻋ ْﻨ َﺪ ا ْﻟ ِﻜ َﺒ ِﺮ أَ َﺣ َﺪ ُﻫ َﻤﺎ أَ ْو ِﻛ َﻠ ْﻴ ِﻬ َﻤﺎ َﻓ َﻠ ْﻢ َﻳ ْﺪﺧُ ِﻞ ا ْﻟ َﺠ ﱠﻨ َﺔ‬
Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda
ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai
Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang
mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah
satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab)
masuk syurga.” [Riwayat Muslim (2551)]

19 REDHA/ OCTOBER 2020

22002200

LUANGKAN
MASA ANDA !

HARGAI
MEREKA!

Cinta Seorang Ibu
Menenangkan,
Cinta Seorang Ayah
Menguatkan .

20 REDHA/ OCTOBER 2020


Click to View FlipBook Version