CERITA MATEMATIK
“BENTUK”
Jam
Loceng
Pada suatu pagi, adik bangun
daripada tidurnya yang
nyenyak. Tiba-tiba, adik
perasan jam locengnya sudah
rosak di atas lantai. “Huaaaaa
huaaaa huaaaa!”, adik
menangis kesedihan. Ibu
datang kepada adik dan
memujuknya, “Tak apa lah
adik, nanti kita beli jam loceng
baru ya”.
“Adik nak jam loceng yang
sama macam ni, bulat”.
“boleh adik, nanti kita beli jam
loceng berbentuk bulat ya,
sekarang adik mandi. Selesai
mandi kita bersarapan dan
keluar membeli jam loceng
adik”, ujar ibu kepada adik.
Adik menggangguk sambil
masuk ke dalam tandas untuk
mandi.
Setelah bersarapan, ibu dan
adik keluar untuk membeli
jam loceng adik. Setelah
sampai di kedai jam, adik
terpegun melihat banyak jam
loceng yang cantik. Terdapat
banyak jam loceng dalam
berbagai-bagai bentuk di situ.
Ada bentuk bulat, segi empat
sama, segi tiga, bujur dan segi
empat tepat.
“Wah, cantiknya jam loceng di
sini!” kata adik. “Ibu, saya rasa
saya ingin membeli jam
loceng bentuk lain” kata adik
sambil sambil tersengih
seperti kerang busuk. Ibu
ketawa sambil berkata
“Hahahaha! Baik, kalau begitu
adik pilihlah jam loceng
bentuk lain yang adik suka”.
“Wah, comelnya jam ini! Ibu
ini bentuk apa?”, tanya adik
kepada ibu. “Oh, ini bentuk
bujur. Mirip dengan bentuk
bulat tetapi lonjong sedikit”.
“Oh begitu”. “ Adik nak jam
loceng berbentuk bujur?” ibu
menjawab sambil bertanya
kepada adik. “Hmmm, saya
mahu lihat jam lain dahulu”,
ujar adik.
“Eh, jam ini macam jam di
dapur rumah tetapi panjang
sedikit pada bahagian tepi”,
adik pelik melihat jam loceng
itu. “Jam di rumah berbentuk
segi empat sama tetapi jam
loceng ini berbentuk segi
empat tepat” jawab ibu. “Oh
ini bentuk segi empat tepat,
baru saya tahu”, kata adik.
Untuk
adik
Untuk
ibu
Saya mahu jam loceng bentuk
bujur dan membelikan ibu
jam loceng bentuk segi empat
tepat, bolehkah ibu?”, tanya
adik. “Wah, baiknya kamu,
mestilah boleh”, jawab ibu
dengan perasaan terharu.
Maka, ibu dan adik membeli
jam loceng berbentuk bujur
dan segi empat tepat sebelum
pulang ke rumah.
TAMAT