PERTANDINGAN e-MODEL BANDAR
TPEEKRNINOGLOKGAPTI HEKRIEJBTAAAUNNKGDTSSIAN2A0G2N1AN
(SMK AYER LANAS JELI, KELANTAN)
ABSTRAK
ABSTRAK
Projek e-Model Bandar Teknologi Hijau ini bertujuan menghasilkan sebuah model bandar yang
dirancang secara bersepadu dengan memberi keutamaan kepada perlindungan dan
penggunaan sumber semula jadi, aplikasi teknologi hijau, dan amalan hijau bertujuan untuk
memelihara alam sekitar, meningkatkan kesihatan awam, keselamatan dan kebajikan umum
penduduk bandar sekaligus dapat memberi penyelesaian kepada persoalan-persoalan dalam
sektor-sektor teknologi hijau. Masalah utama yang ingin diatasi melalui Model Teknologi Hijau ini
adalah mengenai isu-isu alam sekitar seperti fenomena kenaikan suhu, krisis tenaga,
pemusnahan bumi hijau dan gangguan keseimbangan ekosistem yang menjadi cabaran
generasi sekarang dan masa hadapan. Ayer Lanas Green City dengan tema ‘Bandar Bersih dan
Jimat Tenaga’ dipilih sebagai cabaran yang kami bangunkan untuk pertandingan ini. Ia dibina
menggunakan sepenuhnya bahan kitar semula, bahan-bahan terpakai dan mengambil masa 3
minggu untuk disiapkan. Model yang telah disiapkan ini adalah berdasarkan kepada skop
tumpuan teknologi hijau iaitu dengan menitik beratkan sektor tenaga, sektor pengangkutan,
sektor bangunan, sektor industri, sektor pengurusan sisa pepejal dan sisa air, sektor pertanian,
perhutanan dan guna tanah serta sektor teknologi maklumat dan komunikasi. Reka bentuk
model Bandar teknologi hijau ini adalah rasional untuk direalisasikan dan diintegrasikan dalam
pembangunan bandar-bandar sejajar hasrat Negara memelihara dan membangunkan
infrastruktur hijau dan mampan.
PENGHARGAAN
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, pasukan
inovasi SMK Ayer Lanas, Jeli, Kelantan akhirnya berjaya menyiapkan projek e-Model Bandar
Teknologi Hijau yang bertemakan ‘Bandar Sihat dan Jimat Tenaga’ dengan jayanya. Sebagai
pengarah projek merangkap guru pembimbing, saya berasa bangga kerana kerja keras
pasukan dan sokongan pihak pentadbiran sekolah telah membuahkan hasil dan menjayakan
projek ini.
Pertama sekali, dedikasi penghargaan ini ditujukan kepada Pn. Normala binti Hassan,
Pengetua SMK Ayer Lanas kerana memberi sokongan penuh bukan sahaja dalam aspek
kewangan tetapi juga secara spiritual melalui sokongan moral dan motivasi. Sokongan ini
menjadi tunggak kelancaran dan kelangsungan projek ini. Begitu juga dengan En. Zuki, Penolong
Kanan kokurikulum yang sentiasa dedikasi dan siap sedia memberi bantuan dalam pelbagai
aspek bagi menjayakan projek ini.
Tidak dinafikan, tempoh masa yang amat singkat menjadi cabaran yang besar dalam
melaksanakan projek ini kerana ahli pasukan terikat dengan tugasan sekolah dan juga pandemik
covid-19 yang melanda Negara kita. Negeri Kelantan ketika ini berhadapan dengan PKP,
sekolah-sekolah dikehendaki ditutup dan pergerakan dihadkan menjadi cabaran terbesar
pasukan bagi menyiapkan tugasan ini.
Tahniah buat anak-anak pelajar selaku peserta yang sentiasa bersama berusaha keras
sepanjang tempoh pelaksanaan pertandingan ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang
diperolehi dapat dimanfaat dalam kehidupan seharian terutamanya dalam aspek menjaga
kelangsungan ‘kehijauan’ alam sekeliling. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan anak-anak
pelajar peserta semua amat dihargai. Semoga mendapat keberkatan dan memperoleh
kejayaan setimpal dengan usaha keras yang dicurahkan.
Sebagai seorang pendidik yang juga guru dalam bidang sains, saya amat memahami
dan menyedari akan tenatnya ‘kehijauan’ bumi yang kita diami ini dek pembangunan yang
tidak dirancang dan sikap segelintir penghuninya yang meremehkan konsep bumi hijau. Justeru,
penglibatan dalam pertandingan e-Model Teknologi Hijau yang dianjurkan oleh Sekolah
Menengah Kebangsaan Kijal (Sekolah Amanah Malaysia) dengan kerjasama Fakulti Teknologi
Kejuruteraan (Elektrikal & Automasi) FTK (EA) UC TATI adalah sesuatu yang amat berharga. Kami
amat berbangga dan menyokong penuh usaha melestarikan alam semula jadi dalam
pembangunan sains dan teknologi secara global umumnya, dan khususnya di Malaysia ini.
Terima kasih atas peluang, usaha dan inisiatif ini.
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek e-Model Bandar
Teknologi Hijau ini. “AYER LANAS GREEN CITY” bukan sekadar model atau projek, tetapi juga
adalah impian yang dihasratkan untuk direalisasikan menjadi sebuah Bandar Teknologi Hijau.
Semoga impian ini akan terlaksana di Negara Malaysia tercinta ini dan semoga kejayaan
menjadi milik kami SMK Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Amin.
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
i
Abstrak ii
iii
Penghargaan
1-2
Isi Kandungan 3-5
6
1.0 Pengenalan Projek 7-19
20-21
2.0 Projek ‘Ayer Lanas Green City”
3.0 Senarai Bahan
4.0 Model Bangunan
5.0 Gambar / Evidens
PENGENALAN
PROJEK
PENGENALAN PROJEK
Dunia hari ini menghadapi krisis tenaga dan pencemaran alam sekitar dan kenaikan suhu bumi.
Bumi semakin hari semakin panas. Profesor james G. titus dari Agensi Perlindungan Alam sekitar
Amerika Syarikat, dianggarkan antara tahun 1990 sehingga 2025, suhu dunia akan meningkat
antara 0.8 sehingga 4.6 darjah Celcius. Kenaikan suhu berkait rapat dengan fenomena
pemanasan global yang merupakan suatu ancaman kepada makhluk bumi untuk
kesinambungan hidup secara sihat berterusan. Dua mekanisme yangh menyumbang kepada
pemanasan global ialah Kesan Rumah Hijau, iaituyang disebabkan oleh factor pembebasan gas
karbon dioksida terutamanya kerana ianya mampu memerangkap haba dan fenomena
Penipisan Lapisan Ozon yang disebabkan oleh gas seperti klorofluorokarbon, CFC. Biarpun
terdapat sebab semula jadi berlakunya kenaikan suhu bumi, namun aktiviti manusia seperti
pembangunan yang tidak terancang telah mengganggu keseimbangan system semula jadi dan
menyumbang kepada fenomena ini.
Teknologi Hijau merupakan alternatif tepat dalam menangani isu-isu alam sekitar ke
arah mencapai pembangunan mampan dan melestarikan alam semula jadi. Teknologi Hijau
merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara
alam sekitar dan alam semula jadi bagi meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia serta memenuhi kriteria-kriteria berikut:
1) Meminimumkan degrasi kualiti persekitaran
2) Mempunyai pembebaasan gas rumah hijau (GHG) yang rendah atau sifar
3) Selamat untuk digunakan
4) Menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan
5) Menjimatkan tenaga dan sumber asli
6) Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Sejajar dengan Dasar Teknologi Hijau Negara yang telah dilancarkan pada Julai 2009
yang mempunyai empat tunggak utama. Empat Tunggak dalam dasar ini melibatkan aspek
tenaga iaitu mencari ketidak bergantungan tenaga dan mempromosi kecekapan tenaga.
Aspek alam sekitar, iaitu memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar. Aspek
ekonomi, iaitu meningkatkan pembangunan ekonomi Negara melalui penggunaan teknologi.
Aspek sosial, iaitu meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
Pengintegrasian Teknologi Hijau dalam pembangunan bandar akan mewujudkan
sebuah Bandar Teknologi Hijau, sekaligus memenuhi hasrat Negara dalam mencapai
pembangunan mampan dan menjamin kualiti alam sekitar. Empat sektor utama yang menjadi
tumpuan Teknologi Hijau ialah sektor tenaga, sektor bangunan, pengangkutan, sektor air dan
pengurusan sisa.
Untuk projek e-Model Bandar Teknologi Hijau ini, kami memilih tema ‘Bandar Sihat dan
Jimat Tenaga’ sebagai inisiatif yang menyokong Dasar Teknologi Hijau dan mengangkat empat
tunggak utama dalam dasar ini. Projek ini melibatkan penghasilan sebuah model Bandar
teknologi hijau yang akan memberi penyelesaian kepada persoalan sector-sector teknologi hijau
yang merangkumi sektor-sektor seperti:
1) Sektor tenaga
2) Sektor pengangkutan
3) Sektor bangunan
4) Sektor ekonomi (perindustrian dan pertanian)
5) Sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
PENGENALAN PROJEK (sambungan)
Dalam sector tenaga, model ini menggunakan tenaga semula jadi dan boleh
diperbaharui seperti tenaga angina, tenaga solar dan tenaga biojisim.
Dalam sector bangunan, ciri-ciri bangunan disesuaikan dengan konsep teknologi hijau
seperti panel solar, tumbuhan hijau pada atap,system rangka dan bentuk bangunan yang
futuristic yang melambangkan kemajuan Negara.
Bagi sector pengangkutan, jaringan pengangkutan yang banyak disediakan
termasuklah penggunaan keretapi elektrik (LRT, ERL) yang lebih mesra alam dan murah. Jalan
raya juga dipermodenkan dengan teknologi ‘glow in the dark’ yang menggunakan system jalan
raya yang boleh bersinar pada waktu malam.
Di sector ekonomi (perindustrian dan pertanian. Industri bebas karbon cuba di
aplikasikan di sini dan system pertanian dalam bangunan kaca juga di[erkenalkan. Kawasan
industry dan pertanian ini dihubungkan denagn loji kumbahan (pusat biojisim. Sistem pengurusan
sisa di sini amat cekap. Konsep waste to energy diaplikasikan.
Manakala dalam sector ICT pula, terdapat system penerima dan pemancar yang
dibina. Hubungan melalui penggunaan kertas diminimakan melalui komunikasi ICT. Penerangan
model reka bentuk model teknologi hijau akan diperincikan lagi dalam bahagian projek
PROJEK
‘AYER LANAS
GREEN CITY’
PENGENALAN PROJEK
PANDANGAN HADAPAN
PANDANGAN BELAKANG
PENGENALAN PROJEK
PANDANGAN SISI KIRI
PANDANGAN SISI KANAN
PENGENALAN PROJEK
PANDANGAN ATAS 1
PANDANGAN ATAS 2
SENARAI BAHAN
SENARAI BAHAN BINAAN MODEL
Sejajar dengan konsep teknologi hijau, pembinaan Projek e-Model Bandar Teknologi Hijau ini
dibina melalui penggunaan secara maksima bahan-bahan terpakai dan bahan boleh kitar
semula. Senarai bahan yang digunakan diringkaskan seperti dalam jadual di bawah seperti
berikut:
Bil. Bahan
1 Kotak kasut
2 Kotak makanan (Apollo)
3 Botol minuman
4 Mangkuk polisterin
5 Pingan polisterin
6 Mangkuk polisterin
7 Berus pencuci pinggan (hijau)
8 Batang aiskrim
9 Lidi sate
10 Chop stick
11 Lidi pencungkil gigi (bamboo toothpicks)
12 Botol susu (plastik)
13 Penyedut minuman (besar dan kecil)
14 Batang paip pvc
15 Bekas makanan (mister potato)
16 Berus pencuci pinggan (hijau)
17 Gam
18 Pewarna
19 Bekas penapis sayur
MODEL
BANGUNAN
KAWASAN PERUMAHAN
Rumah solar di atas air (laut) ini dibina menggunakan 2 mangkuk polisterin yang yang
dicantumkan. Mempunyai panel solar dan tumbuhan hijau. Rumah ini dikuasakan oleh tenaga
solar dan mempunyai jalan yang menghubungkan rumah dari lautan ke daratan.
Ia boleh bergerak dan dipindahkan jika penghuni berkenaan ingin berpindah ke kawasan lain.
Kawasan perumahan ini dibina di kawasan pantai. Ia dibina sebegitu rupa kerana mempunyai
bebera ciri kebaikan tertentu:
1. Bebas banjir
-mengatasi masalah banjir yang kebiasaannya melanda Negara kita setiap kali musim tengkujuh.
Hal ini boleh diatasi dengan membina rumah terapung di atas air.
2. Penggunaan tenaga solar
-penggunaan tenaga solar adalah amat berguna keran tidak perlu penfawaian kabel dan
mesra alam. Janaan dari tenaga solar secara maksimum keran berada di lautan membolehkan
tenaga solar sepenuhnya dapat dicapai sepanjang tahun
3. Mendamaikan (view yang cantik)
-pemandangan yang indah seperti bercuti di resort dapat dirasai. Ombak laut yang cantik,
udara yang segar, suasana sunset dan sunrise yang mengasyikkan dapat dinikmati setiap hari.
Ia boleh menjadi terapi kepada suasana stress hari ini
4. Jauh dari kesibukan kota
-jaraknya yang terpisah dengan kota menjadikan perumahan atas air ini jauh dari hiruk pikuk
bising kereta dan pemcemaran udara dan bunyi.
5. Alternatif tanah perumahan
-perumahan atas air ini tidak menggunakan tanah sebagai lot rumah, sekaligus tidak
mengganggu pokok dan tumbuhan yang hidup di atas tanah. Ia juga sebagai alternatif bagi
pemilikan lot rumah yang murah kerana lot perumahan (tanah) pada masa kini terlalu mahal
dan sukar untuk dimiliki
Saiz
Panjang 13 cm
Lebar 17 cm
Tinggi 13 cm
POKOK SOLAR
POKOK SOLAR
Pokok solar diketengahkan dalam model Bandar teknologi hijau ini kerana ia adalah komponen
penting yang menyumbang tenaga kepada Bandar dan membawa manfaat yang besar
seperti:
1. Membekal tenaga kepada Bandar
- tenaga ini boleh digunakan untuk lampu jalan, lampu pada taman dan lampu pada papan
tanda (jalan, amaran)
2. Komponen bergerak
- pokok solar ini boleh bergerak/ berpusing mengikut arah cahaya matahari. Dengan ini ia boleh
memaksimumkan tenaga yang boleh dijana oleh fotovoltage ini.
3. Memberi pandangan landskap yang cantik
- pokok solar ini cantik kerana seakan pokok lain dan menambah nilai kepada landskap Bandar.
Bahan Binaan Model Pokok Solar
- Pokok solar dibina menggunakan bahan berikut:
1. Lidi sate
2. Lidi toothpicks
3. Batang aiskrim
Saiz
Panjang 1cm
Lebar 13 cm
Tinggi 22 cm
POKOK SOLAR
PANDANGAN 1 & 2
SEKTOR EKONOMI
Kilang & Pertanian
KILANG & PERTANIAN
KILANG
1. Menggunakan konsep cekap tenaga dengan teknologi perindustrian berasaskan rendah
karbon bagi mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara
2. Menggalakkan aktiviti sihat/ riadah. Kemudahan bersukan seperti mini stadium padang bola
dibina di atas kilang tersebut.
PERTANIAN (pertanian dan penternakan)
Sistem pertanian dijalankan di dalam bangunan kaca. Kaedah pertanian ini mempunyai banyak
kelebihan seperti:
1. Tidak memerlukan kawasan tanah yang luas
- untuk menanam sayuran dan menternak haiwan seperti ayam daging dan ayam telur. Hal ini
kerana pertanian boleh dilakukan secara bertingkat-tingkat dan menjimatkan tanah.
2. Melindungi tumbuhan daripada cuaca ekstrim
- boleh mengelakkan tumbuhan daripada rosak yang disebabkan oleh cuaca yang teruk seperti
kemarau dan musim sejuk. Tumbuhan tetap hidup subur walaupun berlaku perubahan suhu dan
cuaca di luar bangunan kaca.
3. Kawalan air dan baja yang efisien.
- Penggunaan air dapat dijimatkan dan mengikut keperluan. Sekiranya di luar, pokok akan
terdedah dengan hujan dan banjir. Hal ini membuatkan pokok mendapat air dan baja yang
mencukupi mengikut nisbah yang baik.
4. Mengurangkan makhluk perosak
- tanaman yang berada di dalam bangunan kaca adalah terhindar dari makhluk perosak. Hal ini
memberikan tanaman bebas daripada racun dan kerosakan yang disebabkan oleh serangga.
Bahan Binaan Sektor Ekonomi (Kilang dan Pertanian)
- Bahan binaan sector ini adalah terdiri daripada bahan seperti:
1. Kotak
2. Botol plastic
Saiz Kilang
Panjang 26 cm
Lebar 16 cm
Tinggi 30 cm
Saiz Bangunan Pertanian
Panjang 26 cm
Lebar 11 cm
Tinggi 40 cm
SEKTOR EKONOMI (INDUSTRI & PERTANIAN)
KILANG, PANDANGAN 1 & 2
PERTANIAN, PANDANGAN 1 & 2
UTC (PUSAT
TRANSFORMASI
BANDAR)
UTC
Pusat Sehenti Berpusat diwujudkan di Bandar ini. Ia menjadi nadi utama Bandar kerana segala
urusan berkaitan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imegrisen, JPJ dan
sebagainya boleh dijalankan di sini. Ia memudahkan penduduk Bandar untuk berurusan kerana
semua badan kerajaan ditempatkan di sini. Dibina dengan sistem backbones yang sangat
kukuh.
Menggunakan panel solar sebagai punca kuasa untuk bangunan ini. Sistem cekap tenaga juga
diaplikasikan di sini. Penggunaan tenaga solar ini amat menjimatkan bil elektrik dan mesra alam.
UTC boleh diakses menggunakan jalan raya dan juga keretapi elektrik.
UTC ini dibina dengan material
1. kotak kasut
2. Bekas makanan mister potato
3. Kotak makanan
Saiz
Panjang 50 cm
Lebar 20 cm
Tinggi 48 cm
UTC (PUSAT TRANSFORMASI BANDAR)
UTC, PANDANGAN 1
UTC, PANDANGAN 2
LOJI KUMBAHAN
DAN PUSAT
BIOJISIM
(BERPUSAT)
LOJI KUMBAHAN
Di Bandar ini diwujudkan satu tempat kumbahan yang mana semua kumbahan domestik (hasil
buangan dari rumah dan pejabat) disalurkan ke sini. Hasil buangan kilang dan pertanian juga
disalurkan ke sini. Kumbahan ini diproses dan dikitar semula bagi menjadi benda berguna untuk
Bandar sebagai:
1. Air bersih
- air yang diperoleh dari kumbahan ini digunakan untuk menyiram pokok-pokok di sekitar taman
dan Bandar. Pokok dan bunga di Bandar ini hidup subur kerana mendapat jumlah air yang
mencukupi.
2. Hasilkan tenaga
- Hasil buangan dari pada sektor pertanian seperti sayuran dan bangkai haiwan pula diproses
menjadi tenaga biojisim dan boleh digunakan sebagai tenaga tambahan untuk Bandar.
3. Mengekalkan kualiti udara yang bersih
- dengan adanya loji kumbahan bio jisim ini menjadikan kuailiti air dan udara di Bandar ini sangat
baik, bersih dan sihat.
Bahan binaan model terdiri daripada:
1. Bekas susu tepung
2. Penyedut minuman
Saiz bangunan:
Panjang 15 cm
Lebar 15 cm
Tinggi 43 cm
LOJI KUMBAHAN (BIOJISIM)
LOJI KUMBAHAN, PANDANGAN 1 & 2
PUSAT REKREASI
(TAMAN TEMA AIR
DAN REKREASI)
PUSAT REKREASI DARAT DAN AIR (TAMAN TEMA AIR DAN REKREASI)
Pusat rekreasi ini dibina bagi kemudahan kepada penduduk Bandar untuk beriadah dan
berekreasi supaya mereka akan sihat tubuh badan dan sihat mental. Kemudahan ini boleh
membantu penduduk Bandar untuk mencapai kehidupan yang sihat, ceria dan gembira. Indeks
kebahagian Bandar juga meningkat apabila rakyat dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat
dengan sentiasa beriadah dan nerekreasi.
Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah:
1. Taman tema air
- dengan segala kemudahan rekreasi air seperti kolam, gelongsor dan sebagainya. Akan
memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan menyihatkan.
2. Rekreasi outdoor
- kemudahan seperti wall climbing, obselling, gimnasium dan sebagainya disediakan di sini.
Taman rekreasi ini dibina menggunakan bahan terpakai:
1. Bekas makanan (mister potato)
2. Lidi sate
3. Penyedut minuman
4. Kotak makanan (Apollo)
5. Plastesin
Saiz binaan:
Panjang 38 cm
Lebar 30 cm
Tinggi 34 cm
PUSAT REKREASI (TAMAN TEMA AIR & REKREASI OUTDOOR)
PUSAT REKREASI, PANDANGAN 1
PUSAT REKREASI, PANDANGAN 2
POKOK
POKOK
Pokok adalah penyumbang utama kepada oksigen dan udara segar di Bandar ini. Pengekalan
hutan Bandar ini memberikan udara yang segar dan sihat untuk warga penduduk Bandar.
Binaan pokok ini adalah terdiri daripada:
1. Lidi sate
2. Berus pencuci warna hijau (dipotong kecil)
3. Polisterin (bulat)
Saiz binaan
Panjang 0.5 cm dan 0.3 cm
Lebar 13 cm dan 4 cm
Tinggi 23 cm dan 12 cm
POKOK
POKOK, PANDANGAN 1 & 2
JARINGAN JALAN
RAYA
JARINGAN JALAN RAYA
Jaringan jalan raya di Bandar ini terdiri daripada dua jenis; iaitu jalan raya dan jalan keretapi
elektrik LRT. Kemudahan ini disediakan bagi menghubungkan setiap kawasan dan bangunan
bagi memudahkan pergerakan dan mengelakkan kesesakan.
1. Jalan Raya
- Jalan raya yang terdapat di sini mempunyai ciri-ciri istimewa dan maju. Jalan raya yang
berwarna hitam ini sebenarnya mempunyai teknologi yang boleh menyerap tenaga haba yang
maksimum pada waktu siang. Tenaga haba yang diserap ini kemudian ditukarkan kepada
elektrik dan seterusnya tenaga cahaya yang dapat menyalakan garisan-garisan pada jalan
tersebut pada waktu malam. Hal ini dapat membantu pemandu atau pengguna jalan raya
melihat dengan jelas garisan jalan raya walaupun pada waktu malam yang sangat gelap. Hal ini
juga dapat mengelakkan kemalangan dan menjimatkan kos elektrik.
2. Jaringan jalan keretapi elektrik (LRT)
- Murah. Kemudahan keretapi elektrik (LRT) sangat penting kepada penduduk di Bandar ini keran
ianya murah dan menghubungkan setiap destinasi di Bandar ini.
- LRT mampu memuatkan ramai penumpang dalam satu-satu masa. Ianya sangat menjimatkan
kos dan masa
- Sistem keretapi yang dijana menggunakan tenaga elektrik pula bebas daripada pencemaran
karbon dioksida, karbon monoksida dan lain-lain bahan pencemar yang dikeluarkan oleh ekzos
kenderaan. Indeks udara bersih dapat dicapai dan kualiti udara bersih dan sihat dapat
dipelihara.
Bahan binaan jalan keretapi elektrik:
1. Paip pvc
2. Chopstick
Saiz jalan keretapi elektrik:
Panjang 68 cm
Lebar 13 cm
Tinggi 19 cm
JARINGAN JALAN RAYA (DARAT & KERETAPI ELEKTRIK)
JALAN RAYA, PANDANGAN 1 & 2
JALAN KERETAPI ELEKTRIK, PANDANGAN 1 & 2
PUSAT SEHENTI
PENGANGKUTAN
AWAM
PUSAT SEHENTI PENGANGKUTAN AWAM
Stesen utama diwujudkan di Bandar ini bagi memudahkan para penduduk untuk meikmati
kemudahan pengangkutan awam yang lebih cekap. Stesen utama yang menempatkan
kemudahan pengangkutan awam seperti:
1. LRT / ERL
2. Bas
3. Bas ekspress
4. Bas persiaran
5. Teksi
6. Grab
7. Kereta sewa
disediakan di sini. Pengguna boleh memilih perkhidmatan yang mereka perlukan dengan cekap,
cepat dan menjimatkan masa. Sistem yang menggunakan pilihan kiosk dan kaunter disediakan
di sini.
Stesen utama ini dijanakan menggunakan tenaga solar. Ianya amat menjimatkan kos dan mesra
alam.
Bahan binaan. Stesen utama ini dibina menggunakan
1. Kotak
2. Kertas kotak
3. Lidi sate
Saiz model:
Panjang 36 cm
Lebar 16 cm
Tinggi 31 cm
PUSAT SEHENTI PENGANGKUTA N AWAM (STESEN UTAMA BANDAR)
STESEN UTAMA BANDAR, PANDANGAN 1
STESEN UTAMA BANDAR, PANDANGAN 2
MENARA
MENARA
Menara ini terdiri dari dua bangunan menara.
1. Menara pentadbiran kerajaan
2. Menara syarikat (swasta)
Menara pentadbiran kerajaan.
Menara ini didirikan bagi menempatkan satu tempat pengurusan pentadbiran kerajaan
dijalankan. Pengoperasian secara berpusat ini amat memudahkan urusan yang berkaitan
dengan kerajaan. Perbincangan, mesyuarat, seminar dan sebagainya yang melibatkan
pentadbiran awam boleh dijalankan di sini. Amat menjimatkan kos dan masa.
Menara syarikat swasta.
Menara kedua ini dikhususkan untuk syarikat-syarikat swasta menjalankan operasi mereka.
Pengurusan dan kolaborasi sesama syarikat ini amat mudah kerana berada di satu tempat
sahaja.
Menara ini terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian atas yang lebih melebar seperti piring
dan bahagian bawah yang lebih kecil diameternya berbanding bahagian atas. Bahagian-
bahagian ini juga memberikan fungsi yang istimewa dan berbeza:
1. Bahagian atas
- Mempunyai dua fungsi iaitu sebagai
a) anjung tinjau - pengunjung boleh melihat pemandangan Bandar yang indah pada
kedudukan yang tinggi, sky view ini sangat indah dan menenangkan.
b) Penerima isyarat - Mempunyai alat penerima gelombang. Teknologi ini membolehkan isyarat
atau gelombang maklumat diterima dengan baik dan disebarkan ke pemancar yang lain dan
disebarkan ke seluruh Bandar. Hal ini menjadikan Bandar ini sangat cekap capaian internet,
siaran televisyen dan talian telekomukasi TMK (ICT) yang lain.
Bahan Binaan Menara. Model Menara ini dibina menggunakan gabungan bahan:
1. Pinggan polisterin
2. Mangkuk polisterin
Saiz bangunan:
Panjang 7 cm
Lebar 7 cm
Tinggi 49 cm
MENARA (PENTADBIRAN KERAJAAN & SYARIKAT SWASTA)
MENARA, PANDANGAN 1 & 2
PEMANCAR
TELEKOMUNIKASI
(ICT)
PEMANCAR TELEKOMUNIKASI (ICT)
Pemancar ini dibina bertujuan menyebarkan capaian internet dan komunikasi (telefon, siaran tv
dan radio). Kemudahan pemancar ini memudahkan penduduk Bandar menikmati capaian TMK
yang bagus dan semua urusan yang berkaitan dapat berjalan dengan lancer.
Bahan Binaan Pemancar. - Pemancar ini dibina menggunakan:
1. Lidi sate
2. Penutup botol
Saiz model:
Panjang 8 cm
Lebar 8 cm
Tinggi 46 cm
GAMBAR DI
SEPANJANG
PENYEDIAAN
PROJEK
GAMBAR / EVIDENS (SEMASA PROJEK DIJALANKAN)
BAHAN DAN PROSES MEMBINA PROJEK e-MODEL BANDAR
TEKNOLOGI HIJAU
GAMBAR / EVIDENS (SEMASA PROJEK DIJALANKAN)
PROSES MEMBINA PROJEK e-MODEL BANDAR TEKNOLOGI HIJAU