Nurul Syifaa’ Binti Abdullah (2015152340123)
Lee Siau Fen (2015152340115)
PISMP PAK SEM 4
KURSUS : EDUP3063
NAMA PENSYARAH :
Dr Zakri Bin Abdullah
Unit Pengajian Profesional Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGKRM
KESAHAN
Kesahan merujuk kepada keseluruhan apa yang kita
hendak ukur dan tiada lain selain apa yang kita
hendak ukur
• Maksud :
Sesuatu ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur berdasarkan
tujuan
KESAHAN KESAHAN KESAHAN
KONSTRUK KANDUNGAN RAMALAN
KESAHAN
KESAHAN
SERENTAK
• Sejauh mana ujian meliputi kandungan sesuatu bidang
• Item ujian mesti merangkumi semua isi dan kandungan bidang yang hendak diukur
• Item ujian hendaklah ditentukan dan selaras dengan tujuan ujian dilaksanakan
• Ciri-ciri kesahan kandungan :
1. Mewakili
Kandungan ujian mewakili perkara yang hendak diukur
Item dalam instrumen mesti mewakili pentaksiran dari segi :
Cakupan kurikulum
Kepelbagaian item
Aras kesukaran yang dihasratkan
Kepelbagaian cara penyoalan
• Ciri-ciri kesahan kandungan :
2. Relevan
Item dalam instrumen pentaksiran mestilah menepati dari segi :
Kumpulan sasaran
Aras kesukaran
Jadual spesifikasi ujian (JSU)
Penguasaan pengetahuan atau kemahiran tertentu bagi sesuatu bidang
• Ketepatan sesuatu ujian meramal kebolehan sebenar seseorang untuk menjalankan
sesuatu tugas dalam situasi lain pada masa depan.
• Ditentukan dengan membuat penilaian setepat mana ramalan yang dibuat
(menggunakan instrumen untuk mengumpul data) pada masa kini dapat disahkan
daripada maklumat yang dikumpulkan pada masa hadapan.
• Contoh :
Ali memperoleh 4A di dalam percubaan UPSR malah turut memperoleh
keputusan yang sama dalam UPSR sebenar
Percubaan UPSR dikatakan mempunyai kesahan ramalan yang tinggi bagi
menetukan pencapaian UPSR sebenar
Ciri kesahan ramalan yang tinggi dalam sesuatu ujian :
Item yang dibina benar-benar menguji perkara berkaitan kebolehan,
kemahiran dan kelayakan yang diperlukan pada masa akan datang
• Sejauh mana sesuatu ujian dapat mengukur konstruk hipotetikal
berkenaan dengan sifat semula jadi & tingkah laku manusia
• contohnya: kecerdasan, kreativiti, emosi, kemahiran atau keupayaan
• Ini kerana ianya tidak boleh diperhatikan secara langsung tetapi boleh
dibuat telahan berdasarkan kepada kesan tingkah laku yang boleh
diperhatikan.
• Sesuai bagi menguji sesuatu yang abstrak
• Contoh 1:
Jika suatu ujian merupakan ujian membaca, maka konstruk
yang perlu dipertimbangkan adalah seperti:
Kemahiran membaca secara kuat
Kemahiran membaca secara senyap
Kefasihan
Pemahaman kandungan
• Contoh 2:
Kuiz personaliti bagi mengukur tahap kebertanggujawaban
seseorang murid.
• Dua persoalan utama dalam kesahan konstruk:
Adakah pentaksiran dapat mewakili konstruk yang diingini
dengan secukupnya
Adakah pentaksiran dipengaruhi oleh faktor-faktor yang
tidak relevan dengan pentaksiran
Contoh : kelajuan membaca dalam ujian kefahahaman
membaca
• Merujuk kepada pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu sepadan
dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah
• Ujian dilakukan pada masa yang sama atau dalam jangka masa yang
pendek
• Sesuatu ujian yang mempunyai kesahan serentak yang tinggi apabila
item-item ujian dapat mengesahkan pengukuran suatu ciri atau
menunjukkan ketekalan dalam pengukuran.
• Contoh :
Guru ingin menguji kemahiran tatabahasa murid
Ujian 1 : soalan tatabahasa semata-mata
Ujian 2 : penggunaan tatabahasa di dalam karangan
Sekiranya murid mendapat markah yang tinggi dalam
kedua-dua ujian, maka ujian tersebut mempunyai kesahan
serentak yang tinggi
KEBOLEHPERCAYAAN
• Maksud : sejauhmana instrumen mengukur dengan tekal apa yang
hendak diukur
• Kebolehpercayaan ujian dirujuk kepada ketekalan prestasi pelajar dalam
dua ujian yang sama yang ditadbir pada masa yang berlainan.
• Tahap ketekalan antara skor-skor ujian yang sentiasa tetap dengan tidak
adanya ralat pengukuran
• Contoh : seorang calon memperoleh 80 markah untuk ujian
Matematik dan kemudian memperoleh markah yang sama
apabila ujian yang sama ditadbirkan selepas seminggu.
• Dalam kes ini, ujian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan
yang tinggi.
• Darjah ketekalan ukuran-ukuran boleh ditentukan dalam pelbagai keadaan :
Ujian yang sama diambil oleh pelajar kali kedua
Ujian yang sama ditadbir oleh guru lain
Ujian yang sama diambil oleh pelajar pada waktu yang berbeza
Jawapan kepada ujian yang sama diperiksa oleh pemeriksa yang lain
• Ujian mempunyai darjah ketekalan yang tinggi apabila markah/skor yang dihasilkan
adalah hampir sama dalam apa jua keadaan
• Kebolehpercayaan berkait secara langsung dengan ralat dan skor yang diperhatikan
Skor yang diperhatikan = skor sebenar + ralat
• Punca ralat pentaksiran:
Ralat dalaman (murid) Ralat Luaran
• Emosi • Arahan peperiksaan
• Pemakanan • Kekaburan item
• Motivasi • Ketidakselesaan di dalam balik bilik
• Kerisauan
• Kepenatan pepriksaan
• Kemahiran menghadapi peperiksaan • Persampelan item
• Kebolehan • Perbezaan dari segi pemerhati
• Gangguan semasa ujian
• Penskoran
• Bias
CARA MENGUKUR KEOBJEKTIFAN
Uji-ulang uji Ujian bentuk Ujian bahagi Kuder
setara dua Richardson
UJI-ULANG UJI
• Ujian yang sama ditadbirkan dua kali kepada kumpulan murid yang sama dalam
masa yang berlainan
• Keputusan skor kedua-dua ujian dikorelasikan untuk menentukan darjah
pertaliannya.
• Koefisien korelasi ini memberikan pengukuran kestabilan
• Sekiranya keputusan mempunyai kestabilan yang tinggi, maka murid yang
mempunyai skor yang tinggi di dalam ujian pertama akan cenderung untuk
mendapat skor yang tinggi juga dalam ujian kedua.
• Selang masa ujian perlu diambil kira bagi mengukur kestabilan
• Selang masa singkat : menambah ilmu
Ingatan murid masih kuat
• Selang masa panjang:
Murid berkesempatan berlatih atau
pengetahuan mengenai bidang yang diuji
• Pemilihan jarak adalah berdasarkan tujuan yang ingin dicapai
UJIAN BENTUK SETARA
• Mentadbirkan dua bentuk pentaksiran yang sama kepada kumpulan
murid secara berturutan atau dalam jarak masa yang sesuai
• Dua bentuk pentaksiran yang sama akan mengukur tret yang sama
• Ujian yang dibina perlulah berdasarkan JSU yang sama
Kandungan
Aras kesukaran
Jenis item
Bilangan item
Kaedah ini sesuai digunakan di sekolah
sekiranya guru ingin menjalankan ‘pre’
dan ‘pos’ dalam kajian tindakan
Rasional : murid yang dapat skor tinggi
dalam ujian pertama akan mendapat skor
tinggi dalam ujian kedua dan sebaliknya
Ianya menunjukkan konsistensi dan
kebolehpercayaan yang baik
UJIAN BAHAGI DUA
• Kaedah ini menyelesaikan masalah keperluan untuk mentadbir dua
ujian
• Kaedah ini hanya menggunakan satu ujian namun dibahagi kepada
dua bahagian yang setara
• Ujian disusun mengikut aras kesukaran supaya pembahagian
bercorak
Bahagian nombor genap
Bahagian nombor ganjil
• Setiap bahagian ujian diberi skor secara berasingan sebagai
ujian yang berlainan
• Kemudian, skor kedua-dua ujian akan dikorelasikan
KUDER RICHARDSON
• Menganggar kebolehpercayaan dengan hanya mentadbirkan sekali
ujian sahaja
• Menggunakan Formula Kuder-Ricahrdson
• Digunakan untuk ujian di mana itemnya diskorkan secara dikotomus
(satu markah untuk jawapan yang betul dan kosong bagi salah) atau
ujian yang diskor secara betul atau salah
• Prosedur pengiraannya agak rumit dan kini terdapat perisian yang
memudahkan perskoran dibuat
• Terdapat 2 kaedah Kuder-Ricahrdson :
K-R 20
K-R 21
1. PANJANG UJIAN
• Semakin panjang ujian semakin boleh dipercayai ujian tersebut.
• Ini bermaksud lebih banyak bilangan itemnya, lebih tinggi
kebolehpercayaannya.
• Ujian yang lebih panjang akan membekalkan satu sampel soalan
yang mencukupi tentang tingkah laku yang diukur, dan skor adalah
sesuai dan kurang diseleweng oleh faktor-faktor peluang seperti
meneka.
2. PENTADBIRAN DAN FORMAT UJIAN
• Format ujian juga mempengaruhi kesukaran sesuatu item itu dan
seterusnya kebolehpercayaan ujian.
• Item yang sukar atau terlalu sukar akan membawa kepada
kebolehpercayaan yang rendah.
• Arahan yang jelas, mudah difahami dan penyusunan mengikut
kesukaran item boleh memberi kesan kepada kebolehpercayaan
ujian.
• Ujian hendaklah ditadbirkan dalam suasana yang sesuai:
Mengikut masa yang ditetapkan
Bebas daripada gangguan/ bising
Langkah-langkah untuk mengelakkan penipuan
Had masa hendaklah memadai untuk mengelakkan daripada
kelajuan dijadikan sebagai satu faktor pengujian
3. KESUKARAN UJIAN
• Ujian yang terlalu mudah atau terlalu sukar untuk kumpulan ahli yang
mengambilnya berkecenderungan menghasilkan skor yang mempunyai
kebolehpercayaan yang rendah.
• Ini kerana kedua-dua ujian yang menghasilkan sebaran skor yang terhad.
• Untuk ujian yang mudah, skor-skor akan berada rapat sekali pada bahagian atas
skala.
• Bagi ujian yang sukar, skor-skor berkelompok di bahagian bawah skala.
• Untuk kedua-dua ujian, perbezaan individu adalah kecil dan tidak boleh
dipercayai.
4. KEOBJEKTIFAN UJIAN
• Ini merujuk kepada takat mana skor-skor yang diperolehi memberi
keputusan yang sama.
• Apabila item ujian objektif digunakan, skor yang diperolehi tidak
dipengaruhi oleh penghakiman atau pendapat pemeriksa.
• Kebolehpercayaan ujian objektif akan meningkat dengan
meningkatnya bilangan pilihan jawapan bagi setiap item.
KEOBJEKTIFAN
KEOBJEKTIFAN
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka,
“Objektif” mempunyai dua maksud:
1. rasional, saksama, adil, tidak
berat sebelah, berkecuali,
berpatutan
2. tujuan, matlamat, sasaran,
kehendak, maksud, haluan
• Merupakan salah satu ciri ujian yang penting kerana mempengaruhi
kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian
• Jawapan yang sama mesti dapat skor yang sama walaupun diperiksa oleh
dua orang pemeriksa berbeza.
• Dua aspek keobjektifan yang diberi perhatian:
Keobjektifan dalam memeriksa
Keobjektifan dalam menginterpretasi item ujian
• Perskoran bagi jawapan ujian bebas bergantung pada
pertimbangan pemeriksa yang memeriksa dan hal ini
menyebabkan rendah keobjektifannnya.
Secara ringkasnya, keobjektifan ujian merujuk kepada tahap
instrument itu bebas daripada ralat personal (pemeriksa)
• Seseorang atau ramai pemeriksa yang berlainan akan mencapai
keputusan atau skor yang sama bagi sesuatu ujian
• Ujian yang mempunyai keobjektifan perlu dibina dengan baik di
mana hanya satu jawapan yang betul untuk satu soalan tersebut
• Penghakiman peribadi pemeriksa tidak boleh menjadi faktor
yang mempengaruhi skor ujian
• Prosedur perskoran perlu jitu dan tiada kekeliruan sama ada
ianya betul atau salah
• Latihan berterusan perlu diadakan bagi pemeriksa supaya
menguasai kemahiran memeriksa dengan jitu dan tekal
• Skor yang diberikan tidak dipengaruhi oleh jantina, kaum, latar
belakang sosioekonomi dan sebagainya
Contoh: peperiksaan institusi hanya memaparkan angka giliran
dan bukan nama
• Item yang dikemukan hanya mempunyai satu jawapan yang tetap
• Item ujian harus bebas daripada sebarang kekaburan
• Item objektif mempunyai keobjektifan yang tinggi kerana hanya
mempunyai satu jawapan yang tepat sahaja
Maka, mana-mana pemeriksa yang memeriksa ujian objektif
akan tetap memberikan skor yang sama
• Satu item ujian harus dinterpretasi atau diberikan makna yang
sama seperti yang dinginkan penggubal untuk semua calon
• Item yang membawa dua makna atau lebih dari satu jawapan
harus dielakkan
Langkah meningkatkan keobjektifan :
Sediakan skema perskoran yang tepat
Sampel jawapan
Kandungan
Penggredan
Mengadakan penyelarasan dari segi perskoran