The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 973-16-liyana, 2023-03-25 12:53:00

TUGASAN MORFOLOGI BMMB3203

KUMPULAN 4

Keywords: ISU KESALAHAN BAHASA

Penghasilan Produk BMMB3203 TUGASAN 2


BIODATA PELAJAR


Nama: Nor Liyana Muslihah Binti Tumari No. Kad Pengenalan: 030723-01-1182 No. Matrik: P21084013 Kelas: Bahasa Melayu 6 (BM6) Subjek: Morfologi Bahasa Melayu (BMMB3203) Nama Pensyarah: Mohd Amin Isman bin Ismail


Nama: Najihah Annur binti Mustaffa No. Kad Pengenalan: 030418-10-0162 No. Matrik: P21083952 Kelas: Bahasa Melayu 6 (BM6) Subjek: Morfologi Bahasa Melayu (BMMB3203) Nama Pensyarah: Mohd Amin Isman bin Ismail


Isi Kandungan 1. Penilaian tentang Pembentukan Kata Baharu 2. Penilaian Isu Kesalahan Penggunaan Kata dari Sudut Morfologi 3. Analisis Menjurus kepada Kesalahan Bahasa daripada Bahasa Pinjaman dan Serapan


1. Analisis dan Penilaian tentang Pembentukan Kata Baharu


Pengenalan Bahasa Melayu merupakan bahasa yang dinamik dan sering mengikut peredaran masa bagi memastikan bahasa ini mampu memenuhi keperluan pada era globalisasi ini. Penambahan kosa kata daripada kata pinjaman mahupun kata serapan merupakan contoh jelas yang dapat diteliti dan dikenal pasti sama ada dari segi lisan atau penulisan. Pembentukan kata baharu dalam dunia bahasa mampu menyumbang kepada keaktifan sesuatu bahasa dengan perkembangan yang tersusun dan terancang.


Konsep dan Definisi Menurut Asmah Omar (2015), pembentukan kata ialah cara kata-kata dibentuk; atau proses yang dilalui oleh sesuatu kata dalam pengwujudannya. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2007), pembentukan kata ialah proses bagaimana sesuatu kata itu dicipta, dibentuk atau diwujudkan dalam sesuatu bahasa. Menurut beliau lagi, sesuatu perkataan itu wujud daripada dua sumber, iaitu (i) asal bahasa itu sendiri, dan (ii) dibentuk, kemudian melalui proses tertentu. Definisi yang diberikan oleh kedua-dua pakar bahasa ini adalah selari dengan definisi pembentukan kata (word formation) yang dikemukakan oleh Oxford Concise Dictionary of Linguistics (2007), iaitu 1. Pembentukan perkataan secara umum. 2. Pembentukan perkataan sebagai unit leksikal.


Kata Pinjaman (bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Sanskrit) Pada hari ini, terdapat pelbagai pinjaman kata yang berlaku dalam pembentukan kata baharu bagi bahasa Melayu. Majoritinya diambil daripada istilah bahasa Inggeris namun diserapkan dengan elemen bahasa Melayu. Hal ini bagi memastikan bahasa Melayu dapat sentiasa digunakan mengikut keadaan semasa.


Elemen yang Dikenal Pasti dalam Pembentukan Kata Baharu berdasarkan Kata Pinjaman Imbuhan Pinjaman Penyesuaian Ejaan Tertentu


Elemen yang Dikenal Pasti dalam Pembentukan Kata Baharu berdasarkan Kata Pinjaman Penggunaan popular Melalui perancangan bahasa yang rasmi


Imbuhan Pinjaman Imbuhan pinjaman merupakan bunyi bahasa asing yang diserap masuk ke dalam sistem bahasa Melayu. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, bahawa tidak semua imbuhan asing yang diserap masuk ke dalam bahasa Melayu bertindak sebagai imbuhan, sebaliknya hanya bertindak sekadar bentuk asing yang dipinjam keseluruhannya sebagai satu unit perkataan.


Imbuhan pinjaman Sanskrit Imbuhan Awalan Makna Contoh ● Maha- ● Tata- ● Pra- ● Swa- ● Tahap terbesar ● Susunan/peraturan ● Syarat sesuatu ● Sendiri ● maharaja ● tatatertib ● prasaran ● swadaya Imbuhan Akhiran Makna Contoh ● -wan, -man ● -wati, -nita ● Pelaku sesuatu perbuatan (lelaki) ● Pelaku sesuatu perbuatan (wanita) ● Seniman ● Hartawan ● Seniwati ● Sukarelawati


Imbuhan pinjaman Arab-Parsi Imbuhan Awalan Makna Contoh ● bi- ● tidak ● biadap (tidak beradab) Imbuhan Akhiran Fungsi Contoh ● -wi. -i ● -iah ● -in, -at, -ah ● Mencirikan sifat kata dasar ● Membentuk kata adjektif ● Wujud di dalam bentuk kata bahasa Arab ● sejarawi ● lahiriah ● hadirin ● hadirat


Imbuhan pinjaman Yunani-Latin-Inggeris Imbuhan Awalan Makna Contoh ● Pro- ● Poli-, multi ● Sub- ● Memihak kepada satu pihak ● Banyak ● Sebahagian ● Prokerajaan ● Poliklinik ● subsistem Imbuhan Akhiran Contoh ● -isme ● -al ● -si ● Hedonisme ● Klinikal ● Revolusi


Penyesuaian Ejaan Tertentu Terdapat dua kumpulan utama kata pinjaman dari segi ejaan iaitu: 1. Kata asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu 2. Kata asing yang pengucapan dan penulisannya sudah terserap sepenuhnya dalam bahasa Melayu


Hal ini sama ada kerana ketiadaan padanannya yang sesuai atau keinginan untuk mengekalkan ejaan asal kerana perihal antarabangsa.Contohnya, fasakh, in vitro, ad hoc dan diesel. Perkataan dalam kumpulan ini diserap masuk ke dalam bahasa Melayu melalui penciptaan istilah. Penulisannya dibuat sama ada melalui pengekalan atau perubahan abjad. Kata Asing yang Belum Sepenuhnya Terserap Kata Asing yang Sepenuhnya Terserap


Contoh: - Abjad a tetap a - Abjad c di hadapan a, u, o dan konsonan menjadi k - Abjad c di hadapan e, i, o, e dan y menjadi s - Abjad ea tetap ea - Abjad g tetap g Dan lain-lain


Penggunaan Popular Secara ringkasnya, pembentukan kata baharu yang muncul daripada elemen ini adalah disebabkan penggunaannya yang lazim dan disebarkan melalui media massa. Contohnya, akhbar, radio, televisyen atau media kreatif hasil daripada penulisan para penulis kreatif. Akhirnya, penggunaan kata tersebut tular dalam kalangan masyarakat dan digunakan sehingga kini.


Contohnya, ● lidah pengarang ● kata dua ● ibu kota ● pencakar langit ● pasaran hadapan ● perang dingin ● pencen ● pilihan raya ● buang negeri dan sebagainya


Melalui Perancangan Bahasa yang Rasmi Perancangan ini merupakan perancangan rasmi di Malaysia, dihasilkan oleh DBP dan institusi-institusi pengajian tinggi. Dewan Bahasa dan Pustaka telah pun menggariskan tujuh pendekatan yang perlu digunakan iaitu: 1) Penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu, lazim digunakan dan dikhususkan untuk memberi makna istilahnya. 2) Penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu yang kurang lazim digunakan. 3) Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek Melayu yang lazim digunakan. 4) Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak digunakan.


Melalui Perancangan Bahasa yang Rasmi 5) Perkataan atau istilah daripada bahasa Inggeris 6) penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain. 7) pemilihan yang terbaik antara 1-6 di atas jika terdapat beberapa kemungkinan.


2. Penilaian Isu Kesalahan Penggunaan Kata dari Sudut Morfologi


Perkataan online merupakan perkataan yang asalnya merupakan perkataan bahasa Inggeris . Apabila perkataan tersebut ditulis dalam konteks bahasa Melayu, perkataan tersebut perlu ditukar kepada dalam talian. Maksud sebenar perkataan 'online' ialah 'dalam talian'. Ia bermaksud sesuatu yang berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer atau berada dalam keadaan giat dan bersambung terus pada sistem utama komputer. Sebenarnya, tiada istilah atas talian. Istilah login dalam bahasa Inggeris sepatutnya ditukarkan kepada log masuk. Manakala, administrator seharusnya digantikan kepada perkataan pentadbir. Online Login Administrator


Kesalahan Penggunaan Kata Pinjaman dalam bahasa Arab Begitu juga perkataan hadith yang perlu dieja sebagai hadis. Fardhu Ejaan fardhu merupakan ejaan yang ditulis berdasarkan fonetik dalam bahasa Arab. Namun dalam penulisan bahasa Melayu, perkataan fardhu sepatutnya dieja sebagai fardu. Hadith


Donut Perkataan donut sepatutnya dieja sebagai donat dalam bahasa Melayu. Super Istilah super berdasarkan petikan membawa makna yang Viral Kesilapan yang sering ditulis oleh ramai pengguna bahasa Melayu termasuklah penggunaan kata viral yang sepatutnya ditulis sebagai tular. Homemade Perkataan homemade pula seharusnya ditulis sebagai buatan sendiri.


Oversea Manakala, istilah oversea jika digunakan dalam penulisan bahasa Melayu perlu ditukarkan kepada luar negara. Fresh Istilah fresh daripada bahasa Inggeris perlu ditukarkan kepada segar dalam istilah bahasa Melayu.


● “Sementara itu, mengulas mengenai kepelbagaian soalan yang diajukan dalam sesi town hall yang berlangsung lebih dua jam itu, Fahmi mengakui industri muzik mempunyai masalah yang perlu diatasi segera.”- Petikan akhbar Berita Harian (2023) ● Kami mahu menekankan pembelajaran on-the-go tanpa menjejaskan kualiti dan kredibiliti kandungan. Ia menjadi alat yang sempurna bagi individu yang mementingkan pengetahuan


Salah Betul ● town hall ● on-the-go ● dewan perbandaran ● di mana sahaja Istilah-istilah berikut salah untuk digunakan di dalam penulisan bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, seperti yang dapat diteliti, perkataan tersebut merupakan istilah yang diambil secara terus daripada perkataan bahasa Inggeris tanpa ditukarkan kepada bahasa Melayu. Berdasarkan contoh-contoh tersebut, maka dapatlah dilihat terdapat banyak contoh kesalahan yang berlaku dari segi penggunaan kata pinjaman dalam penulisan pada hari ini. Berdasarkan potongan petikan sebentar tadi, terdapat beberapa kesalahan yang dapat dikenal pasti, termasuklah:


Salah Betul merbahaya berbahaya Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan merbahaya pernah digunakan suatu ketika dahulu. Namun, disebabkan tiada kewujudan imbuhan mer- dalam sistem morfologi bahasa Melayu, perkataan tersebut ditukarkan dengan menggunakan imbuhan ber- (berbahaya). Namun begitu, jika dilihat di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, memang ada menunjukkan perkataan merbahaya namun dieja sebagai marabahaya yang membawa makna bermacam-macam bahaya.


Salah Betul di dakwa di larang didakwa dilarang Bagi kata sendi nama “di”, penggunaannya khusus digunakan di hadapan frasa nama yang menunjukkan tempat. Namun begitu, Perkataan “di” juga turut berfungsi sebagai imbuhan awalan yang ditulis rapat dengan perkataan selepasnya. Namun demikian, masih terdapat pengguna bahasa Melayu yang tidak dapat membezakan penggunaan perkataan “di” sebagai kata sendi nama dan “di” sebagai imbuhan awalan. Kekeliruan ini menyebabkan kata sendi nama “di” ditulis rapat dengan perkataan yang mengikutinya, manakala imbuhan awalan “di” ditulis terpisah daripada perkataan selepasnya. Buktinya, melalui contoh di atas, kita dapat lihat kesalahan imbuhan di yang digunakan.


Zii Jia mara ke separuh akhir Seluruh England KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia berjaya melunaskan dendamnya ke atas Kodai Naraoka dari Jepun selepas menewaskan lawan itu untuk mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Seluruh England, sebentar tadi. Zii Jia yang juga juara edisi 2021 menebus kekecewaan dimalukan Naraoka di pusingan pertama Terbuka Malaysia, Januari lalu apabila kali ini melakar kemenangan 21-9, 10-21, 21-13 pada aksi suku akhir yang berlangsung Utilita Arena Birmingham. Sebagai rekod, ini adalah pencapaian terbaik Zii Jia musim ini selepas terkandas di pusingan awal dalam tiga kejohanan disertainya Januari lalu - Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia selain Terbuka Jerman, minggu lalu. Pemain nombor empat dunia itu akan membuat perhitungan dengan juara 2018 dari China, Shi Yuqi bagi perebutan tiket ke pentas final, esok. -Sumber : Berita Harian Mac,17 2023


Berdasarkan keratan akhbar tersebut jelaslah terdapat kesalahan kata dalam petikan tersebut iaitu : Penerangan Salah Betul Final Akhir Berdasarkan keratan akhbar tersebut jelaslah terdapat kesalahan kata dalam petikan tersebut iaitu kata final. Hal ini kerana ‘final’ merupakan kata dari Bahasa Inggeris, manakala dalam Bahasa Melayu ialah akhir. Manakala final dalam bahasa Melayu bermaksud perlawanan akhir.Akhir dalam bahasa Melayu bermaksud penghabisan. Maka akhir lebih sesuai digunakan dalam keratan akhbar ini.


Berdasarkan keratan akhbar tersebut jelaslah terdapat kesalahan kata dalam petikan tersebut iaitu : Penerangan Salah Betul enjoy Seronok Berdasarkan keratan akhbar tersebut jelaslah terdapat kesalahan kata dalam petikan tersebut iaitu kata enjoy. Hal ini kerana ‘enjoy’ merupakan kata dari Bahasa Inggeris. Enjoy dalam bahasa Melayu bermaksud nikmati.manakala dalam Bahasa Melayu ialah seronok. Manakala seronok dalam bahasa Melayu bermaksud perasaan yang menyenangkan. Maka seromok lebih sesuai digunakan dalam konteks ayat ini. Sumber: Berita Harian Mac 17, 2023


Berdasarkan keratan akhbar tersebut jelaslah terdapat kesalahan kata dalam petikan tersebut iaitu : Penerangan Salah Betul Spyware Perisian pengintip Malware Perisian hasad Berdasarkan keratan akhbar tersebut jelaslah terdapat kesalahan kata dalam petikan tersebut iaitu kata spyware. Hal ini kerana ‘spyware’ merupakan kata dari Bahasa Inggeris, manakala dalam Bahasa Melayu ialah perisian pengintip. Selain itu, terdapat kesalahan kata lain dalam petikan tersebut iaitu kata malware. Hal ini kerana ‘malware’ merupakan kata dari Bahasa Inggeris, manakala dalam Bahasa Melayu ialah perisian hasad. Pautan seperti ini dikhuatiri mengandungi Malware atau Spyware yang berkemungkinan berisiko untuk mendedahkan butiran peribadi pengguna termasuk butir-butir akaun bank. Sumber: Berita Harian Januari, 25, 2023


Sumber: tiktok Terdapat kesalahan kata daripada ayat di atas. Salah Betul mixed Campuran Terdapat kesalahan kata daripada ayat di atas. Misalnya kata mixed yang merupakan kata dalam Bahasa Inggeris. Manakala dalam Bahasa Melayu ialah campuran.


Sumber: tiktok Terdapat beberapa kesalahan kata dalam ayat di atas iaitu : Salah Betul No more Tiada lagi dress Gaun


Sumber: tiktok Terdapat beberapa kesalahan kata dalam ayat di atas iaitu : Salah Betul looking Mencari


Sumber: tiktok Terdapat kesalahan kata daripada ayat di atas. Salah Betul outdoor luar movie filem Penerangan Berdasarkan ayat di atas terdapat kesalahan kata iaitu ‘outdoor’. Hal ini kerana ‘outdoor’ merupakan kata dari Bahasa Inggeris, manakala dalam Bahasa Melayu ialah luar. Selain itu juga terdapat kesalahan kata lain iaitu kata movie. Hal ini kerana kata movie merupakan kata daripada bahasa Inggeris manakala dalam bahasa Melayu merupakan filem.


Sumber: Tiktok Terdapat kesalahan kata daripada ayat di atas. Salah Betul shopping Membeli belah rechargeable Boleh dicas semula Hair remover Penghilang rambut shaver pencukur


Penerangan Terdapat beberapa kesalahan kata dalam ayat di atas. Antaranya ialah shopping, kerana shopping merupakan kata Bahasa Inggeris manakala dalam bahasa Melayu ialah membeli belah. Selain itu juga penggunaan shopping agak popular dalam kalangan masyarakat kini. Seterusnya kesalahan kata rechargeable juga merupakan kata Bahasa Inggeris. Hal ini kerana dalam Bahasa Melayu ialah boleh dicas semula. Seterusnya ialah hair remover merupakan kesalahan kata dalam bahasa Inggeris kerana dalam bahasa Melayu ialah penghilang rambut. Akhir sekali ialah kesalahan kata dalam bahasa Inggeris iaitu shaver. Hal ini kerana dalam Bahasa Melayu merupakan poencukur.


Sumber: www.xtra.com.my Terdapat kesalahan kata daripada ayat di atas. Salah Betul Plot twist Putar belit Berdasarkan ayat di atas terdapat kesalahan kata iaitu ‘plot twist’. Hal ini kerana ‘plot twist’ merupakan kata dari Bahasa Inggeris, manakala dalam Bahasa Melayu ialah putar belit.


Sumber: Tiktok Terdapat kesalahan kata dalam ayat di atas. Salah Betul Mushroom soup Sup cendawan dinner Makan malam office pejabat breakfast Sarapan pagi card bank Kad bank


Penerangan Berdasarkan perbualan antara sepasang suami isteri di atas terdapat beberapa kesalahan kata yang terdapat dalam perbualan tersebut.Antaranya ialah mushroom soup merupakan kata dari bahasa Inggeris manakala dalam bahasa Melayu merupakan sup cendawan. Selain itu terdapat juga penggunaan kata yang salah seperti dinner. Hal ini kerana ‘dinner’ merupakan kata dari bahasa Inggeris manakala dalam bahasa Melayu ialah makan malam. Seterusnya kesalahan kata office merupakan bahasa Inggeris, manakala dalam bahasa Melayu ialah pejabat. Antara kesalahan kata yang lain adalah breakfast dan card bank juga merupakan kata dari bahasa Inggeris manakala dalam bahasa Melayu pula ialah sarapan pagi dan kad bank.


Sumber: Tiktok Terdapat kesalahan kata dalam ayat di atas. Salah Betul style stail Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kata style merupakan bahasa Inggeris manakala dalam bahasa Melayu adalah stail. Penggunaan stail juga adalah disebabkan penggunaan yang popular dalam kalangan masyarakat kerana makna stail itu sendiri membawa makna gaya akan tetapi, masyarakat lebih gemar menggunakan stail berbanding kata gaya.


Sumber: Tiktok Terdapat kesalahan kata dalam ayat di atas. Salah Betul Frozen beku Berdasarkan potongan ayat di atas sepatutnya kata ‘frozen’ adalah bahasa Inggeris. Manakala dalam bahasa Melayu yang betul merupakan beku.


Click to View FlipBook Version