The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANIS NAFISA BINTI JAMSARI IPG-Pelajar, 2024-03-13 11:45:32

BUKU LOG PENGAKAP

BUKU LOG KLM ANIS NAFISA

MERAWATLUKA DAN GIGITAN Rawatan i. Balut luka dengan kain yang bersih dan kering ii. Bahan darah jika keluar iii. Gunakan anduh (jika perlu) dan hantar ke hospital Luka di dada kerana tertikam i. Baringkan si malang dan naikkan kepala dan bahunya, serta condongkan badannya ke sebelah luka ii. Balutkan luka itu dengan segera. Luka seperti ini disebut luka terhisap (sucking wound) iii. Hantar ke hospital dengan segera


MERAWATLUKA DAN GIGITAN GIGITAN ULAR Tanda Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat yang digigit dan berbisa pada pesakit. Rawatan 1. Jika anggota badan digigit,tahan perjalanan darah dengan mengikat kuat pada bahagian yang digigit berhampiran dengan jantung, tetapi janganlah sehingga menyebabkan pengaliran darah dalam urat nadi terhenti 2. Anda harus dapat merasa denyutan nadi pada pergelangan tangan atau kaki 3. Cuci luka itu dengan air yang berwarna merah tua dengan kalium permanganat untuk menawarkan racun yangada pada luka itu 4. Juntaikan anggota yang digigit dan biarkan darah keluar dengan menghiris daging yang digigit dengan pisau tajam, yang telah terbakar terlebih dahulu


MERAWATLUKA DAN GIGITAN 5. Longgarkan ikatan selama setengah minit tiap-tiap setengah jam 6. Biarkan pesakit bertenang dengan cukup 7. Berikannya kopi atau teh agar badannya panas 8. Jika ia tidak bernafas, bantunya dengan cara pertolongan dalam pernafasan 9. Panggil doktor atau bawa ia ke rumah sakit yang paling dekat 10. Antivenin (ubat menawarkan racun bisa gigitan ular) hanya boleh diberikan oleh mereka yang terlatih untuk berbuat demikian


MERAWATLUKA DAN GIGITAN MELECUR Definisi Terbakar disebabkan oleh benda-benda panas yang kering seperti api, arus elektrik atau ubat-ubat yang keras lagi tajam seperti air api, asid dan alkali. Melecur pula disebabkan oleh benda-benda panas yang berair seperti wap air yang mendidih atau minyak panas. Rawatan 1. Baringkan pesakit dan rawat ia daripada terkejut. Jangan tanggalkan pakaiannya kecuali jika basah disebabkan oleh minyak petrol atau air atau api atau alkali kerana pakaian melindungkan orang itu daripada udara yang sejuk dan memberi kepanasan kepadanya. 2. Lindungkan tempat yang terbakar atau melecur daripada udara dengan menutupnya dengan kain pembalut yang bersih atau kain kering 3. Panggil doctor 4. Berikan pesakit banyak minuman panas (jka ia sedar dalam kebakaran tidak teruk atau melecur tidak teruk) 5. Jika pakainnya disambar api, selimutkannya dengan kain, baju atau kain tutup meja. Biarkannya diatas. Pergerakan akan menyalakan api.


MERAWATLUKA DAN GIGITAN PITAM Punca-Punca 1. Udara tidak dapat berkisar dengan betul 2. Terlalu lapar atau terlalu kenyang 3. Mendapat berita yang mengejutkan 4. Darah keluar terlalu banyak 5. Melihat kejadian yang ngeri 6. Mencium bau yang busuk 7. Kekurangan oksigen dalam darah apabila pernafasan tergendala 8. Kekurangan darah dalam otak 9. Berpanas terlalu lama 10. Otak tercedera. Tanda-Tanda 1. Muka menjadi pucat 2. Berasa pening dan sakit 3. Denyutan nadi menjadi lemah 4. Bernafas dengan deras


MERAWATLUKA DAN GIGITAN PITAM Rawatan 1. Longgarkan pakaian pada bahagian leher, dada dan pinggangnya 2. Beri udara bersih dengan mengipasnya 3. Jika pesakit telah sedar, berinya minum air yang sejuk atau teh manis yang panas 4. Jika terlalu lapar, berikan makanan ringan seperti biskut atau roti 5. Berehat di tempat teduh 6. Jika mukanya merah, angkat muka dan bahunya. Jika mukanya pucat, baringkannya 7. Tahan semua darah daripada keluar kecuali dari telinga 8. Jika ia bernafas dengan bising (kuat), baringkannya dalam kedudukan mengiring 9. Selimutkannya, tetapi jangan terlalu panas 10. Makanan tidak boleh diberi selagi pesakit itu masih belum sedar


MERAWATLUKA DAN GIGITAN KERACUNAN Tanda a) Pening kepala dan tidak sedap badan. b) Loya dan muntah-muntah. c) Sakit perut sekiranya racun dimakan atau diminum. d) Mengalami sesak nafas. e) Mangsa di dalam keadaan gelisah. f) Muka dan badan menjadi pucat dan sejuk. g) Nadi berdenyut pantas dan dalam keadaan lemah. h) Mengalami cirit-birit sekiranya racun masuk melalui saluran pemakanan. i) Berpeluh dengan banyak. j) Terdapat kesan terbakar atau melecur di mulut dan bibir sekiranya termakan atau terminum racun. Mulut mangsa juga berbau bahan beracun yang dimakan. k) Terdapat tanda suntikan atau bekas gigitan sekiranya bahan yang diambil secara suntikan atau kerana gigitan. l) Berlaku renjatan.


MERAWATLUKA DAN GIGITAN KERACUNAN Rawatan Am Keracunan a) Tenangkan mangsa. b) Longgarkan pakaian mangsa. c) Sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan, periksa gerak nadi dan penafasan. Beri bantuan CPR jika perlu. d) Cari punca-punca keracunan melalui tanda-tanda di badan atau bekas- bekas yang terdapat di sekeliling mangsa. e) Letakan mangsa di dalam baringan separuh meniarap sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan. f) Dapatkan rawatan perubatan. Keracunan Melalui Sistem Pemakanan.


SIMPULAN DAN IKATAN


SIMPULAN BALAK, BUNGA GETI DAN TINDIH KASIH


SIMPULAN BUKU SILA, MANUK DAN BELIT


IKATAN SERAYA, SERONG DAN LILIT KACANG


GAJET DAN PIONEERING


DAPUR FUNGSI Memudahkan untuk meletakkan alatam dapur supaya tersusun. - Memudahkan kerja menyiapkan masakan CARA Menggunakan ikatan - Simpul manuk - Ikatan seraya - Ikatan lilit kacang GAJET


GAJET FUNGSI - Digunakan sebagai tempat makan untuk ahli sekawan. CARA Menggunakan ikatan - Simpul manuk - Ikatan seraya - Ikatan lilit kacang MEJA MAKAN


FUNGSI - Digunakan untuk meletakkan pelbagai barang yang digunakan sepanjang perkhemahan CARA Menggunakan ikatan - Simpul manuk - Ikatan seraya - Ikatan lilit kacang GAJET TEMPAT LETAK BARANG PELBAGAI


FUNGSI - Untuk memastikan tapak perkhemahan bersih, tersusun dengan rapi dan kemas. CARA Menggunakan ikatan - Simpul manuk - Ikatan seraya - Ikatan lilit kacang GAJET TEMPAT LETAK KASUT


GAJET FUNGSI - Digunakan untuk menggantung bendera kumpulan ataupun unit kecil dan sebagainya semasa perkhemahan. CARA Menggunakan ikatan - Simpul manuk - Ikatan seraya - Ikatan lilit kacang TIANG BENDERA


FUNGSI - Sebagai pintu masuk ke tapak perkhemahan ahli sekawan sekaligus menjadi penanda tapak perkhemahan. CARA Menggunakan ikatan - ikatan seraya - silang tungku - lilit balak - simpul manuk - lilit kacang PIONEERING PINTU GERBANG


FUNGSI - Digunakan untuk memantau dan mengawal keadaan sekitar tapak perkhemahan daripada ancaman bahaya. CARA Menggunakan ikatan - ikatan seraya - silang tungku - lilit balak - simpul manuk - lilit kacang PIONEERING MENARA KAWALAN


PIONEERING FUNGSI - Digunakan untuk menyeberang kawasan yang berair seperti sungai atau paya bagi perkhemahan pada tempoh yang lama. CARA Menggunakan ikatan - ikatan seraya - silang tungku - lilit balak - simpul manuk - lilit kacang JAMBATAN


ASAS KAWAD KAKI


1. Skuad senang diri, rehatkan diri. 2. Skuad, Skuad sedia 3. Skuad, ke kanan lurus 4. Pandang depan 5. Skuad buka barisan gerak 6. Skuad bergerak ke kanan, kanan pusing 7. Skuad bergerak ke kiri, belakang pusing 8. Skuad menghadap ke belakang, kanan pusing 9. Skuad menghadap ke hadapan, belakang pusing 10. Skuad tutup barisan gerak ASAS KAWAD KAKI: BAHASA HUKUMAN KAWAD STATIK


1. Skuad dari kanan cepat jalan 2. Skuad hormat ke hadapan hormat 3. Skuad hormat ke kiri hormat 4. Skuad selaku terima sijil ke hadapan hormat 5. Skuad hormat ke kanan hormat 6. Skuad henti 7. Skuad akan menghadap ke hadapan kanan pusing 8. Skuad ke kanan lurus 9. Pandang depan 10. Bergerak ke kanan, kanan pusing 11. Skuad dari kiri perlahan jalan 12. Skuad hormat ke hadapan hormat 13. Skuad hormat ke kanan hormat 14. Skuad selaku terima sijil ke hadapan hormat 15. Skuad hormat ke kiri hormat 16. Skuad henti 17. Skuad akan menghadap ke hadapan kiri pusing 18. Keluar baris ASAS KAWAD KAKI: BAHASA HUKUMAN KAWAD DINAMIK


ASAS PERKHEMAHAN


PERKHEMAHAN KONSEP Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah dan sering mendapat sambutan daripada pelajar yang menampilkan salah satu cara hidup sementara yang dilakukan di luar rumah. Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang menggabungkan dua aspek utama iaitu ketahanan diri dan kemahiran setiap anggota yang menyertainya. Aktiviti ini dapat melatih anggota Pengakap menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. Melalui perkhemahan, anggota Pengakap dapat mempraktikkan segala kemahiran dan kecekan yang telah dipelajari TUJUAN o Mendidik o Latih sifat berdikari o Membina keyakinan diri o Mencari pengalaman o Meningkatkan pengetahuan


PERKHEMAHAN


PERKHEMAHAN


PERKHEMAHAN


PERANCANGAN DAN PERSIAPAN MENGENDALIKAN PERKHEMAHAN PERANCANGAN PERKHEMAHAN • Membuat kertas kerja (Organisasi,bajet,kos & logistic) • Mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Pengelola • Menyediakan senarai petugas & jadual bertugas • Penentuan penyertaan,syarat & peraturan • Logistik kemudahan pegawai dan peserta • Pengisian aktiviti sepanjang program • Senarai pegawai dan peserta • Surat Kebenaran Waris • Aturcara Program • Makan minum, sama adaberpusat/ masak sendiri • Pengangkutan peserta • Peralatan perhubungan (radio) • Mengambil Insurans Tambahan


PERANCANGAN DAN PERSIAPAN MENGENDALIKAN PERKHEMAHAN FAKTOR PEMILIHAN TEMPAT PERKHEMAHAN • Jauh dari gangguan binatang luas dan berbisa • Jauh dari hakisan, tanah runtuh dan banjir • Selamat dari rebut atau gelombang besar • Bukan kawasan wabak penyakit • Kemalangan di luar jangkaan (pokok tumbang) ASPEK KESELAMATAN Mematuhi peraturan serta arahan yang telah ditetapkan sepanjang perkhemahan. Mengikut dan melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan dengan penuh dedikasi dan bersemangat tinggi Menepati masa dan berdisiplin ketika menjalankan setiap aktiviti. Mengutamakan setiap prinsip keselamatan keika melakukan aktiviti Mengamalkan sikap kerjasama dan kekeluargaan sepanjang menjalankan aktiviti Mematuhi teguran dan arahan yang diberikan oleh pemimpin atau rakan sebaya Tidak meninggalkan tapak perkhemahan tanpa mendapatkan kebenaran daripada penyelaras program / ketua


JALAN LASAK DAN PANDU ARAH


PANDU ARAH TUJUAN 1. Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut prosedur yang ditetapkan. 2. Mempunyai sistem pengurusan aktiviti panddu arah yang mantap. 3. Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti. PERATURAN 1. Kebenaran Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita. 2. Persediaan Alatan Titik kawalan (control point) Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta. - Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. - Titik kawalan bukanlah “ check-point” kerana ia tiada penjaga dititik.


PANDU ARAH Penanda Kawalan - Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul. - Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m). - Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik. Kad Kawalan - Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan. -Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petakpetak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. -Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat masa penamat. Peta utama - Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan. - Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan Keterangan Kawalan - Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butirbutir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan. - Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks ’ tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah.


PANDU ARAH Landasan - Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya. Tanda yang berkenaan landasan adalah : - Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi. - Titik kawalan dengan tanda bulatan. - Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih. - ‘Leg ’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan. PROSEDUR Sebelum 1) Mengetahui Tujuan Perkhemahan a) Rekreasi - Mementingkan kemudahan, keselesaan makan minum, tempat tidur (Tidak mementingkan kegiatan kemahiran ilmu perkhemahan) b) Khusus - Menekankan kearah kemahiran dan ilmu perkhemahan c) Pengembaraan Ekspedisi - Berkhemah sementara di sesuatu tempat bagitujuan berehat d) Misteri - Siri penjeajahan yang bertujuan mencari sesuatu tersembunyi sama ada menggunakan Kompas/peta e) Penyelidikan - Membuat kajian yang memerlukan jangka masa yang lam f) Ikhtiar Hidup - Pengembaraan yang lasak,berunsur ilmiah, menguji kemahiran yangtelah dipelajari dalam membina semangat & ketahanan diri


PANDU ARAH 2) Memperoleh Kebenaran Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi dengan mengemukakan permohonan bertulis mengikut kawasan:- 1. Kawasan Sekolah (Kelulusan Pengetua atau Guru Besar) 2. Daerah luar kawasan sekolah (Kelulusan Pegawai Pelajaran Daerah) 3. Dalam negeri tetapi diluar daerah / luar negeri (Kelulusan Pengarah JPN) 4. Luar Negara (Kelulusan Pengarah KPM) Setiap permohonan disertakan dengan dokumen sokongan:- • Kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan • Senarai nama pelajar & guru pengiring • Senarai nama jurulatih yang akan memimpin dan menyelia perkhemahan • Senarai tugas jawatankuasa pelkasanan • Jadual aktiviti perkhemahan • Pelantikan dan mesyuarat Jawatankuasa induk serta pelaksanaan


PANDU ARAH 3) Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan mestilah dikemukakan kepada:- • Balai Polis yang berhampiran dengan lokasi perkhemahan • Balai Bomba dan Penyelamat • Pusat Kesihatan • Pejabat Penghulu yang berkenaan • Penyertaan murid dalam perkhemahan hendaklah kerelaan murid & kesanggupan sendiri (Borang kebenaran oleh waris) 4) Aspek keselamatan lokasi Perkhemahan • Jauh dari gangguan binatang luas dan berbisa • Jauh dari hakisan, tanah runtuh dan banjir • Selamat dari rebut atau gelombang besar • Bukan kawasan wabak penyakit • Kemalangan di luar jangkaan (pokok tumbang)


PANDU ARAH Semasa 1) Taklimat Ketua Perkhemahan/ Penyelaras Program - Peraturan / Larangan Disiplin - Taklimat Program aktiviti - Menyelia perjalanan program 2) Menjalankan Mesyuarat / Perjumpaan Pegawai Kem - Mesyuarat penyelaras harus dibuat pada akhir setiap aktiviti bagi menilai & membincangkan masalah yang timbul untuk diperbaiki pada masa hadapan 3) Perancangan Program -Memastikan jadual perkhemahan dilaksanakn sesuai mengikut perancangan namu boleh diubah sekiranya terdapat perkara yang tidak boleh dielakkan 4) Memastikan Kesihatan & Kebajikan Para peserta sentiasa terjamin - Jankitan penyakit berjangkit - Keracunan Makanan - Kemudahan ii Asas - Sistem Komunikasi


PANDU ARAH Selepas 1) Penyelaras Program / Ketua Perkhemahan Perlu berada di sekolah / lokasi perkhemahan bagi memastikan semua peserta telah pulang Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas tamat aktiviti perkhemahan :- 1. Memastikan keperluan logistic atau peralatan perkhemahan mencukupi dan berada dalam keadaan baik 2. Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih 3. Memohon kebenaran daripada pemilik tempat untuk meninggalkan tapak perkhemahan 2) Mesyuarat Post-Mortem Mengadakan post-mortem aktiviti yang dijalankan & mengenalpasti kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya pada perkehmahan akan datang 3) Membentang & Membuat Laporan 1. Kewangan (Belanjawan) 2. Aktiviti (Aktiviti Kemahiran Ilmu Perkhemahan) 4) Surat Penghargaan Mengedar surat penghargaan kepada pihak yang terlibat dan sijil pencapaian dan penyertaan kepada peserta perkhemahan 5) Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada masa hadapan


PANDU ARAH MEMBACA KOMPAS Perkara-perkara penting semasa guna kompas - Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang betul dan tepat. - Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau gatu besar yang berada di persekitaran. Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta: i. letakkan peta di atas permukaan yang rata. ii. tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B. iii. lukiskan kedudukan arah mata angin utara selata. ini dapat dilakukan dengan melukis garisan yang selari dengan manamana garisan gred yang berhampiran. iv.sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus. v. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua- dua titik tersebut.


K O M U N I K A S I R A D I O A M A T U R


KOMUNIKASI RADIO AMATUR KOMUNIKASI RADIO AMATUR I. Ia merupakan sejenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik dan ianya digunakan secara meluas di seluruh dunia dengan menggunakan frekuensi tertentu bagi berhubung diantara satu sama lain. II. Radio amatur ini terbahagi kepada 2 iaitu secara simpleks dan satu lagi melalui pancar ulang. III. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan radio secara point to point seperti walkie-talkie yg kita gunakan untuk SRS dan Rakan Cop. IV. Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh.


KOMUNIKASI RADIO AMATUR MEMBACA PETA TOPO DAN KEGUNAAN - Peta Topografi ialah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan, selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta moden. Peta topografi mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya menghasilkan koordinat. Koordinat ialah titik persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta topografi yang piawai biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat menunjukkan sesebuah kawasan seluas Putrajaya dengan lebih lengkap dan sempurna. Peta topografi memiliki beberapa kesamaan dan perbezaan dengan peta rupa bumi . MENGESAN TANDA DAN SIMBOL i. Tanda dan simbol adalah kaedah yang sering digunakan apabila melakukan pengembaraan dalam hutan mahupun mendaki bukit. ii. Kemahiran mengesan dan mengecam simbol atau tanda yang ditinggalkan penting bagi membolehkan kita menjejaki ahli yang tersesat melalui isyarat yang ditinggalkan. iii. Bentuk yang pelbagai dibuat dengan menggunakan batu, ranting, anak panah, lakaran pada tanah adalah tanda yang sering dilakukan.


MALAM KEBUDAYAAN


MALAMKEBUDAYAAN DEFINISI MALAM KEBUDAYAAN ▪ Malam kebudayaan pengakap juga dikenali dengan ‘Malam Pengakap ’ ▪ merupakan acara kemuncak - diadakan di tempat-tempat lapang dan terdapat aktiviti seperti nyanyian, lakonan dan tarian bagi tujuan menghibur TUJUAN MALAM KEBUDAYAAN menghilangkan rasa bosan selepas penat bekerja & berkhemah melatih bertatatertib taat dan mengikut perintah mencungkil bakat terpendam bekerjasama dan tolong menolong tahu menilai, menghargai dan menghormati orang lain menghilangkan rasa malu berkeyakinan dan mempercayai diri sendiri untuk kepuasan diri dan bukan menunjuknunjuk


LAGU-LAGU PENGAKAP


SAYONARA Sayonara, sayonara, Hingga berjumpa lagi, Sayonara sayonara, Sampai berjumpa lagi. Buat apa susah, buat apa susah, Susah itu tak ada gunanya, Buat apa susah, buat apa susah, Susah itu tak ada gunanya. KODOK NGOROK Kodok ngorok, Ro ko tok, ro ko tok, Di pinggir kali, Re ke tek, re ke tek, Ia jatuh, Ro ko tok, ro ko tok, Lalu mati, Re ke tek, re ke tek. DI SINI SENANG DI SANA SENANG Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang La. la, la, la, la, la . LAGU PENGAKAP


IKHTIAR HIDUP


KEMAHIRAN IKHTIAR HIDUP • Teknik yang digunakan dalam keadaan merbahaya (natural disaster) untuk menyelamatkan diri sendiri atau pun orang lain. • Teknik-teknik ini bertujuan untuk menyediakan keperluan asas kehidupan manusia iaitu air, makanan, tempat tinggal, habitat, keupayaan untuk berfikir, memberi isyarat, mengembara dengan selamar, mengelakkan interaksi yang tidak selamat dengan binatang dan menyembuhkan apaapa kecedaraan. PUNCA SITUASI IKHTIAR HIDUP • Punca utama ialah kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat perancangan, persiapan atau pun peringkat perlaksanaan aktiviti • Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan aktiviti luar IKHTIAR HIDUP


5 ELEMEN UTAMA DALAM IKHTIAR HIDUP IKHTIAR HIDUP


Click to View FlipBook Version