The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANIS NAFISA BINTI JAMSARI IPG-Pelajar, 2024-03-13 11:45:32

BUKU LOG PENGAKAP

BUKU LOG KLM ANIS NAFISA

PERMAINAN KECIL PENGAKAP KANAK-KANAK


PERMAINAN KECIL UNTUK KANAK-KANAK DERIA SENTUH ★ Alatan: pen, pensil, pemadam, lencana, duit syiling, kotak mancis, penutup botol dan lain-lain, ★ Cara main: Objek diletakkan di dalam karung/kotak dan setiap Pengakap diberi masa 1 minit untuk menyentuh objek-objek tanpa melihatnya. Setelah semua pengakap dalam sekawan menyentuhnya, mereka perlu berbincang dan ketua menulis senarai nama objekobjek tersebut. Sekawan yang menyenaraikan nama objek terbanyak dengan betul adalah pemenang. LEMBU KENA KEPUNG ★ Ahli Pengakap memegang tangan dan membuat satu bulatan. ★ Seorang Pengakap menjadi `lembu ’ dan berdiri dalam bulatan. ★ Lembu perlu cuba berlari keluar dari bulatan dengan menggunakan sebarang cara dan ahli-ahli Pengakap yang membuat bulatan pula cuba seberapa yang boleh menahan `lembu ’ tersebut dari keluar daripada bulatan tersebut. ★ Jika `lembu ’ itu dapat keluar daripada kepungan itu, tukar ahli Pengakap lain sebagai `lembu ’ dan begitulah seterusnya


PERMAINAN KECIL UNTUK KANAK-KANAK KOMANDO LAWAN KOMUNIS ★ Ahli Pengakap dibahagikan kepada dua pasukan; satu Komando dan satu lagi Komunis. ★ `Nyawa ’ Komunis ialah skaf yang diikatkan di kepala. ★ Komando dikehendaki merebut skaf yang ada di kepala Komunis dalam masa yang ditetapkan. ★ Komunis diberi masa untuk bersembunyi dan kemudian Komando akan mencari mereka. ★ Apabila ` nyawa ’ dicabut, Komunis diisytiharkan ` mati’ dan terkeluar daripada permainan. ★ Permainan akan tamat apabila masa telah habis. ★ Ahli pengakap menukar pasukan dari Komando kepada komunis dan sebaliknya. ★ Pasukan yang paling banyak merebut skaf dikira sebagai pemenang. KEPENTINGAN PERMAINAN KECIL Meningkatkan keupayaan mematuhi arahan Meningkatkan kemahiran sosial Membangunkan kualiti kepimpinan Membina kemahiran yang diperlukan untuk kegunaan dalam situasi sebenar


CERITA HUTAN


CERITA HUTAN


CERITA HUTAN SINOPSIS CERITA Mowgli merupakan kanak-kanak manusia yang tinggal di dalam hutan bersama haiwan lain. Mowgli merupakan kanak kanak yang rapat dengan baloo (beruang) & bagheera (harimau kumbang hitam. Mereka merupakan sahabat yang rapat dan membela mowgli daripada bayi hingga menjadi dewasa. Namun, mowgli seringkali mendapat ancaman yang bahaya daripada sheere khan (harimau benggala). Sheere khan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan mowgli untuk memakan mowgli sebagai buruannya. Pelbagai halangan yang dihadapi oleh ketigatiga sahabat baik ini dalam kehidupan harian mereka. Apakah nasib yang bakal mereka tempuhi berhadapan dengan sheere khan? Ikuti perkembangan dalam kisah mowgli ini.


CERITA HUTAN IKTIBAR CERITA HUTAN MOWGLI


U JI A N LE N C A N A


RUBRIK UJIAN LENCANA


PERANCANGAN TAKWIMYANG BERORIENTASIKAN SEKOLAH RENDAH


LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI


Tarikh : 10 Januari 2024 Tempat : Foyer Pentadbiran, IPGM KBL Masa : 7.15 pagi Nama Fasilitator : Encik Tn. Hj. Ahmadi Bin Amnan Pembentukan Ahli Majlis Tertinggi bagi Kumpulan Latihan Malaysia IPGM KBL PISMP 2021/2026 Pengerusi : Allison Galang Anak Jubin Naib Pengerusi : Mohd Syazani Bin Nasir Setiausaha : Vanessa Voon Naib Setiausaha : Nurul Asyhmeera Binti Mohammad Zaidi Bendahari : Muhammad Zaril Adieb Bin Mohamad Zulkifli Naib Bendahari : Muhammad Faez Bin Bahren Pembentukan Ahli Jawatankuasa Kumpulan Latihan Malaysia IPGM KBL PISMP 2021/2026 Penentuan nama KLM IPGM KBL PISMP 2021/2026 : Pelangi II Pembentukan dan pemilihan nama sekawan berdasarkan warna Kumpulan 1 : Hijau Kumpulan 2 : Merah Kumpulan 3 : Jingga Kumpulan 4: Maroon Kumpulan 5 : Biru Kumpulan 6 : Geranium Kumpulan 7 : Indigo


Tarikh : 17 Januari 2024 Tempat : Foyer Pentadbiran, IPGKBL Masa : 7.15 pagi Nama Fasilitator : Encik Tn. Hj. Ahmadi Bin Amnan Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, Yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan : Taat kepada Tuhan, Raja dan negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut Undang-undang Pengakap Undang-undang Pengakap 1. Dipercayai 2. Taat 3. Berguna 4. Bersaudara 5. Berbudi 6. Kasihkan binatang 7. Menurut perintah 8. Tabah hati 9. Berjimat 10.Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan Menyanyikan satu lagu pengakap kanak-kanak : Rumput Yang Hijau


Tarikh : 24 Januari 2024 Tempat : Gelanggang Takraw, IPGKBL Masa : 7.15 pagi Nama Fasilitator : Encik Tn. Hj. Ahmadi Bin Amnan Perjumpaan dimulakan dengan aktiviti kawad kaki bersama-sama dengan unit beruniform yang lain seperti Pandu Puteri, Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam dan Bulan Sabit Merah. Semua berkumpul di Gelanggang Takraw, IPGKBL tepat jam 7:15 pagi setelah menerima arahan daripada komander untuk masuk ke dalam baris. Aktiviti kawad kaki ini dilakukan pada 15 minit awal perjumpaan kerana ianya hanya melibatkan beberapa gerakan asas kawad kaki. Setelah selesai aktiviti kawad kaki, kami bergerak ke tempat perjumpaan mengikut unit kelas masingmasing.


Tarikh : 31 Januari 2024 Tempat : Foyer Pentadbiran, IPGKBL Masa : 7.15 pagi Nama Fasilitator : Encik Tn. Hj. Ahmadi Bin Amnan Encik Ahmadi memberikan penerangan berkenaan tugasan pentaksiran berterusan supaya ke semua ahli faham berkenaan tugasan yang perlu dihantar. Semua ahli mendengar dan mencatat isi penting berkenaan taklimat pentaksiran berterusan dan bertanyakan soalan yang tidak difahami.


Tarikh : 7 Februari 2024 Tempat : Foyer Pentadbiran, IPGKBL Masa : 7.15 pagi Nama Fasilitator : Encik Tn. Hj. Ahmadi Bin Amnan Antara Gerakan asas kawad kaki yang dipelajari ialah : Masuk Baris Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai jurukawat. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’. Sedia Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan. Senang Diri Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh. Rehatkan Diri Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.


Tarikh : 21 Februari 2024 Tempat : Foyer Pentadbiran, IPGKBL Masa : 7.15 pagi Nama Fasilitator : En. Kamarudzaman Bin Hj. Mohd Ali Encik Kamarudzaman mengajarkan ahli tentang laung agung dengan menceritakan perkara-perkara yang perlu dilakukan dalam laung agung. ·Kemudian, mengarahkan ahli pengakap mempraktikan laung agung. ·Perkara yang dipelajari ialah: - Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). - Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. - Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanak-kanak berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. - Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ' AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK ". Sebaik sahaja menyebut BAIK, pkk terus berdiri dlm keadaan sedia mengadap Akela. - Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak " KAMU BUAT HABIS BAIK " ( intonasi menyoal ). PKK yang membalas hormat sambil menjawab " KAMI BUAT HABIS BAIK ". - Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. ( PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat ).


Tarikh : 28 Februari 2024 Tempat : Gelanggang Takraw, IPGKBL Masa : 7.15 pagi Nama Fasilitator : En. Kamarudzaman Bin Hj. Mohd Ali Encik Kamarudzaman meminta ahli pengakap mengadakan laung agung yang telah dipelajari minggu lepas. Setelah melaksanakan berulang kali, semua ahli pengakap dapat melaksanakannya dengan baik.


Tarikh : 13 Mac 2024 Tempat : Foyer Pentadbiran, IPGKBL Masa : 7.15 pagi Nama Fasilitator : Encik Tn. Hj. Ahmadi Bin Amnan ·Encik Ahmadi memberikan beberapa kompas pada setiap kumpulan. ·Encik Ahmadi mengajarkan cara menggunakan kompas iaitu: 1. Pastikan kompas berada dalam keadaan baik - Cara pertama untuk menggunakan kompas ialah memastikan jarum kompas bergerak bebas, tiada kerosakan pada kaca atau bingkai kompas, dan tiada gangguan magnet di sekelilingnya. Pastikan juga skala arah di sekeliling permukaan kompas boleh dibaca dengan jelas. 2. Tentukan Arah Utara - Untuk menggunakan kompas, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah menentukan utara. Terdapat beberapa cara untuk menentukan utara, seperti dengan menggunakan matahari atau bintang pada masa tertentu, atau dengan menggunakan peta yang sudah mempunyai maklumat arah utara. Jika menggunakan peta, pastikan peta berorientasikan dengan betul, iaitu menghadap ke utara mengikut kompas.


3. Pegang Kompas dengan Betul - Pegang kompas dengan tangan kanan anda dan letakkan jari telunjuk anda di sekeliling bingkai kompas. Pastikan jarum kompas bergerak bebas di sekeliling permukaan kompas. 4. Tentukan arah matlamat - Cara seterusnya untuk menggunakan kompas adalah untuk menentukan arah yang anda ingin pergi. Letakkan kompas di hadapan badan kemudian halakan bingkai kompas ke utara. Pastikan jarum kompas berada di atas nombor utara pada skala arah. 5. Baca Arahan - Baca nombor pada skala arah di bawah jarum kompas. Nombor yang dibaca menunjukkan arah atau sudut dari utara ke destinasi yang ditentukan. 6. Ambil Arah - Cara seterusnya untuk menggunakan kompas ialah mengembara. Sebaik sahaja anda tahu destinasi anda, tentukan arah yang perlu anda ambil. Contohnya, jika arah yang ditunjukkan ialah 30 darjah ke timur laut, maka ambil arah itu dengan menghalakan diri anda ke arah itu. Pastikan anda memberi perhatian kepada perubahan arah jika terdapat perubahan arah perjalanan.


TAMAT


Click to View FlipBook Version