PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
MODUL
PENGAJIAN MALAYSIA
(MPU 2163)
[Edisi Khas Covid-19 2020]
Pensyarah:
ZAIDA BT ISMAIL
Unit Pengajian Malaysia
Jabatan Pengajian Am
Kolej Profesional MARA Beranang
1
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
BAB 1
SEJARAH AWAL NEGARA
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran, pelajar dapat:-
1. Menjelaskan tentang sejarah permulaan peradaban awal di Tanah Melayu
2. Menyenaraikan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan & kejatuhan kerajaan Melayu
Melaka
3. Melahirkan kesedaran kewujudan tamadun Melayu yang tinggi setanding dengan tamadun luar
PENGENALAN
Sejarah peradaban dan ketamadunan awal di Tanah Melayu bermula dengan wujudnya kerajaan Kedah Tua
pada kurun ke-5, iaitu kerajaan yang lebih awal wujud berbanding kerajaan Melayu Melaka, kerajaan ini
seperti kebanyakan kerajaan awal lain merupakan kerajaan yang diwujudkan bermula di pesisir Pantai iaitu di
Lembah Bujang, kini bukti-bukti kewujudan kerajaan awal ini boleh dilihat di Muzium Arkeologi Lembah
Bujang dengan adanya banyak candi-candi Hindu & Buddha.
Islam sebenarnya lebih awal tersebar di Semenanjung Tanah Melayu dan penyebaran awalnya bukan bermula
dari pengislaman Parameswara semasa memegang Kerajaan Melayu Melaka. Penyebaran awal agama Islam
lebih awal tersebar di Terengganu berdasarkan bukti-bukti penemuan Batu bersurat di Kuala Berang pada
tarikh 4 Rejab 702 Hijrah atau 22 Februari 1303 Masihi.
Hasil bumi Semenanjung Tanah Melayu telah diketahui oleh pedagang-pedagang asing sejak awal abad
pertama. Antara hasil bumi yang popular ialah damar, rotan dan bahan-bahan galian seperti emas dan timah.
Pedagang India Menggelarkan Semenanjung Tanah Melayu sebagai Suvarnabumi (bumi emas). Begitu juga
ahli geografi berbangsa Yunani bernama Ptolemy memanggil Tanah Melayu sebagai Golden Chersones (
Semenanjung Emas).
PELABUHAN PURBA
Sejak 5000 tahun dahulu, telah muncul pelabuhan-pelabuhan penting di negara kita seperti:
- Kuala Selinsing di Perak
- Sungai Emas di Kedah
- Pengkalan Bujang di Kedah
- Jenderam Hilir di Selangor
- Santubong di Sarawak
Faktor Tanah Melayu muncul sebagai pelabuhan utama:
Kedudukan Tanah Melayu terletak di tengah jalan perdagangan China dan India.
Mempunyai kekayaan hasil bumi seperti damar, rotan, emas, bijih timah dll.
Pedagang India menggelarkan Sem.T.Melayu sebagai Suvarnabumi (Bumi Emas)
Ptolemy menggelarnya sebagai Golden Chersones (Semenanjung Emas)
2
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
KERAJAAN MELAYU LAMA
Beberapa buah kerajaan agung telah didirikan di Semenanjung Tanah Melayu dan sekitar kepulauan Melayu.
Kerajaan ini merupakan pusat perdagangan, pusat pemerintahan, pusat pengembangan agama dan
mempuyai jajahan yang luas.Kawasan ini merupakan kawasan geopolitik rumpun melayu yang lebih di kenali
dengan nama Alam Melayu atau Gugusan Kepulauan Melayu yang mempunyai persamaan seperti:
- Mempunyai bahasa dan budaya yang sama iaitu bahasa Melayu
- Bebas bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain tanpa batasan dan sempadan
- Menganuti agama Hindu Buddha sebelum kedatangan Islam
Kerajaan Awal Di Kepulauan Melayu
Kerajaan Tahun Latar Belakang
Funan Kurun 1 Terletak di Kampuchea, dipengaruhi agama Hindu Budha
Kedah Tua Kurun ke-5 Pelabuhan Entrepot yang penting, mengamalkan sistem
pemerintahan beraja, dipengaruhi agama Hindu Budha
Gangga Negara, Kurun ke- 5 Pusat perdagangan dan pelabuhan
Perak
Langkasuka, Kurun ke-2 Pusat perdagangan dan pelabuhan, dipengaruhi agama Hindu
Patani Budha, Hikayat Merong Mahawangsa
Chih-Tu, Kelantan Kurun ke-6 Menjalin hubungan dengan China, dipengaruhi agama Hindu Budha
Tan-Tan, Kurun ke-6 Pemerintahan dipengaruhi sistem pemerintahan India, menjalin
Terengganu hubungan dengan China
Tun-Sun, Kurun ke-3 Pusat Perdagangan penting antara China dan India, dipengaruhi
Segenting Kra agama Hindu Budha
Srivijaya, Kurun ke-7 Pusat Perdagangan yang terkenal, menjalin hubungan denganm
Sumatera India dan China, mempunyai tanah jajahan yang luas, dipengaruhi
agama Hindu Budha
Mataram, Jawa Kurun ke-8 dipengaruhi agama Hindu Budha
Majapahit, Jawa Kurun ke-13 Pusat Perdagangan yang terkenal, menjalin hubungan denganm
India,China dan Timur Tengah, mempunyai tanah jajahan yang luas,
dipengaruhi agama Hindu Budha
3
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
KERAJAAN MELAYU MELAKA
Melaka dari pemerhatian Tome Pires1 didefinisikan sebagai “Negeri Melaka tersangat masyhor dan berfaedah
sehingga pada pendapat saya tidak ada bandingannya di dalam dunia”.Ia adalah sebuah bandaraya tempat
memasarkan barang-barang dagangan yang lebih sesuai daripada bandaraya yang lain di dunia”2. Pandangan
daripada Duarte Barbosa ialah “Melaka ialah sebuah pelabuhan yang terkaya sekali dengan ramainya
pedagang yang berjual beli secara borong dan banyaknya perkhidmatan perkapalan yang datang dari
seluruh dunia”.3
Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan oleh Parameswara, bangsawan Srivijaya dari Palembang,
keturunan Majapahit, pada tahun 1400 - 1403. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama
dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan
agama Islam yang terulung di rantau ini. Pengislaman Parameswara meningkatkan perdagangan & pusat
penyebaran Islam ke seluruh Tanah Melayu. Zaman keagungannya di bawah pemerintahan Sultan Mansur
Syah (1459-1477) dan zaman kejatuhan di bawah Sultan Mahmud Syah.
Nama Pemerintah Tempoh
Parameswara (Raja Iskandar Syah) 1400-1414
Sultan Mahkota Iskandar Syah 1414-1424
Sultan Muhammad Syah (Seri Maharaja) 1424-1444
Parameswara Dewa Syah (Raja Ibrahim) 1444-1445
Sultan Muzaffar Syah (Raja Kassim) 1445-1459
Sultan Mansor Syah 1459-1477
Sultan Alauddin Riayat Syah 1477-1488
Sultan Mahmud Syah 1488-1511
Faktor-Faktor Keagungan Empayar Melaka
i. Sistem pemerintahan/pentadbiran yang teratur
Sistem pentadbiran diketuai oleh Raja dan dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan.
[Pembesar yang diketuai oleh pembesar berempat dibantu oleh pembesar berlapan, pembesar enam belas dan
pembesar tigapuluh dua.Raja Melaka adalah ketua negeri, ketua agama Islam dan ketua tentera. Baginda
dibantu oleh pembesar seperti Bendahara, Temengung. Laksamana dan Syahbandar.
ii. Undang- Undang yang sistematik
Sistem pentadbiran yang teratur dan adil diperolehi dengan adanya undang-undang yang diperkenalkan
seperti Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka yang berlandaskan kepada undang-undang
Islam.4 Kesemua undang-undang ini membantu kerajaan mengekalkan keamanannya.
iii. Pusat Perdagangan
Melaka mengamalkan sistem perdagangan entrepot iaitu pusat pengumpulan barangan dari Kepulauan
Melayu. Juga menjadi pembekal dan pengedar barangan dagangan dari Timur ke Barat ke Kepulauan Melayu.
1 Merupakan penulis dan bendahara Portugis, pengarang karya Suma Oriental.
2 Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Ismail Hj. Mohd Rashid, Pengajian Malaysia, (Petaling
Jaya, Prentice Hall, 2000).hlm.8
3 Ibid,.hlm.8
4 Asnarulkhadi Abu Samad dan Jayum A. Jawan, Kenegaraan Malaysia, (Serdang, Universiti Putra Malaysia, 1997).hlm.,hlm.23
4
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
iv. Melaka Kaya Sumber Asli
Orang Melayu pesisir pantai dan sungai Melaka menjadi penjual dan pengedar hasil-hasil hutan. Manakala
pengumpulan hasil hutan dilakukan oleh orang Asli. Antara sumber asli Melaka seperti hasil-hasil hutan yang
berpotensi dalam penghasilan kayu gaharu, kayu barus, damar dan rotan. Juga daun nipah untuk hasilkan
atap dan tikar serta nira nipah dijadikan arak dan kayu bakau dijadikan kayu bakar. Hasil bumi lain ialah emas
dan bijih timah.
v. Kedudukan yang strategik
Melaka berada di tengah jalan perdagangan antarabangsa yang menjadi penyambung pasaran perdagangan
antara China dan India. Pelabuhannya terletak di pertemuan angin Monsun Barat Daya dan Timur laut yang
membantu perlayaran. Angin Monsun Timur Laut bertiup pada November hingga Mac dan Angin Monsun
Barat Daya bertiup dari April hingga Oktober. Kedudukan ini menjadikan Melaka sebagai tempat
persinggahan utama lebih-lebih lagi kerana mempunyai laut yang dalam.
vi. Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca [bahasa perantaraan]
Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa perantaraan di antara pedagang asing dan tempatan. Ia digunakan
secara meluas dalam sistem pentadbiran negara, perdagangan, pertuturan harian, kegiatan dakwah dan
ilmiah. Ini kerana Bahasa ini mudah difahami dan merupakan Bahasa utama masyarakat serantau. Oleh sebab
itu jugalah agama Islam mudah disebarkan kerana senang difahami oleh semua orang. Melaka menjadi
tempat persinggahan pendakwah untuk menyebarkan agama Islam kerana agama Islam adalah agama rasmi
Melaka dan disebarkan ke Kepulauan Melayu sehingga dianggap sebagai serambi Mekah.
vii. Hubungan diplomatik
Menjalinkan hubungan dengan negara-negara besar seperti China, India, Arab, Siam yang menyebabkan
Melaka digeruni oleh negara serantau. Melaka mendapat perlindungan dari negara China untuk mengawal
daripada ancaman kerajaan Siam dan Majapahit. Keadaan ini memudahkan Melaka untuk mempunyai tanah
jajahan yang luas.
viii. Penggunaan Sistem Matawang
Matawang telah diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Dengan adanya sistem
matawang yang sistematik, perdagangan dapat dilakukan dengan lebih lancar dan menarik pedagang untuk
ke Melaka. Penggunaan matawang logam timah (calains) dan wang emas tempatan diperkenalkan, di
samping penggunaan wang emas, perak dan Timah dari Pedir, Pasai, Kembayat dan Gujerat.
5
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
Faktor-Faktor Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka
Faktor Dalaman
i. Tiada pemimpin yang cekap
Kematian Bendahara Tun Perak menyebabkan Melaka hilang kewibawaan orang yang melaksanakan dasar
pemerintahan. Ditambah lagi apabila Tun Mutahir (keturunan Tamil-Islam) seorang pentadbir yang lemah
menggantikan jawatan Bendahara.
ii. Pemerintahan yang lemah
Berlaku sejak pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah yang tidak tegas menyebabkan banyak wilayah
jajahan membebaskan diri. Sultan Mahmud dikatakan seorang sultan yang lemah dan kurang mengambil
berat tentang pentadbiran negeri. Amalan rasuah dan fitnah memfitnah berleluasa di zaman
pemerintahannya sehingga menimbulkan perpecahan dalam kalangan pemebsar dan rakyat.5
iii. Rakyat berpecah-belah
Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak, wujud puak tua (kumpulan Sultan Mahmud) dan puak muda
(kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak sefahaman. Rakyat terbahagi kepada dua puak iaitu golongan Melayu
dan Tamil-Islam. Mereka tidak bersatu padu dan sering berlaku fitnah memfitnah antara satu dengan lain.
iv. Cukai yang tinggi
Pembesar bersikap tidak adil dengan mengenakan cukai yang terlalu tinggi kepada pedagang menyebabkan
mereka berpindah ke pelabuhan yang lain seperti Acheh, Bentan, Pattani dan Brunei.
v. Pegangan agama yang lemah
Sesetengah pembesar dan rakyat tidak menghayati agama sepenuhnya. Sering berlaku kezaliman,
ketidakadilan dan penindasan terhadap rakyat serta rasuah berleluasa.
Faktor Luaran
i. Penemuan Tanjung Harapan di Benua Afrika
Tanjung Harapan adalah jalan laut yang baru ditemui oleh Bartholomew Diaz pada tahun 1488 yang
memudahkan perjalanan orang barat untuk ke Timur. Ini mendorong kuasa-kuasa Barat berdagang ke Timur.
Umpamanya Raja Henry menggalakkan pelayar-pelayar Portugis dating ke Timur.
ii. Serangan orang Portugis pada 25 Ogos 1511
Alfonso d’Albuquerque menyerang Melaka untuk menguasai Melaka sebagai pusat perdagangan utama dan
mahu menyebarkan agama Kristian. Mereka memiliki kelengkapan tentera serba moden. Mereka datang
melalui Tanjung Harapan. Ini menyebabkan Sultan Mahmud Syah terpaksa melarikan diri ke Muar, Pahang,
akhirnya ke Bintan.
iii. Sikap tidak jujur pedagang asing.
Para pedagang asing dating ke Melaka untuk berniaga semata-mata dan tidak memberikan ketaatan kepada
kerajaan Melaka. Para pedagang Cina dan India telah membantu Portugis semasa melancarkan serangan ke
atas Melaka.
5 …ibid hlm.25
6
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
Gambar 1: Sulalatus Salatin
Gambar 2: Pengaruh Kerajaan Melayu Melaka
SOALAN PERBINCANGAN
1. Mampukah Malaysia menempa nama seperti mana kegemilangan kerajaan Melayu Melaka di
persada dunia pada kurun ke 15.
2. Analisakan perbandingan kemajuan Kesultanan Melayu Melaka dengan ekonomi negara Malaysia
hari ini.
7
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
BAB 2
ZAMAN PENJAJAHAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran pelajar dapat:
1. Menerangkan cara kemasukan kuasa penjajahan asing secara umum
2. Mengenalpasti tujuan sebenar penjajahan asing ke Tanah Melayu
3. Mengaitkan kesan pendudukan penjajahan kuasa asing kepada negara hari ini.
PENGENALAN
Imperialisme merupakan suatu dasar atau tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa
pemerintahannya ke atas negara-negara lain. Imperialisme juga merujuk kepada suatu bentuk penguasaan
negara-negara yang kuat ke atas ekonomi atau politik negara-negara mundur bagi tujuan mengeksploitasi
sumber-sumber yang ada di negara tersebut untuk kepentingan negara mereka dan memperkukuhkan
kekuasaan mereka. Perlaksanaan dasar imperialisme Barat adalah lanjutan daripada perkembangan sistem
ekonomi kapitalisme dan pengamalan suatu dasar ekonomi yang dikenali sebagai merkantilisme pada abad
ke-16 dan ke-17.
Kapitalisme ialah sistem ekonomi yang menggalakkan pengumpulan modal hak milik persendirian,
persaingan untuk pasaran dan perniagaan untuk keuntungan. Sementara merkantilisme merupakan sistem
yang menjadikan sesebuah negara kaya dan berkuasa. Dengan kata lain, sistem ini menekankan kekayaan
dan kekuasaan sesebuah negara.
Kolonialisme pula adalah seiring dengan konsep imperialisme yang dikembangkan oleh Barat dan merupakan
dasar atau amalan sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas sesebuah negara lain atas dasar
kepentingan ekonomi. Kolonialisme juga merupakan satu bentuk penaklukan atau tindakan kuasa-kuasa
besar bagi mendapatkan wilayah dan tanah jajahan samaada melalui paksaan atau secara aman. Setelah
menguasai sesebuah negara, kuasa-kuasa kolonial melaksanakan dasar pemerintahannya secara langsung
ataupun tidak langsung terutama dengan menguasai bidang politik dan mengekploitasi hasil bumi negara
berkenaan.
Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa luar selama 446 (1511- 1957). Penjajah yang pernah menjajah
Negara kita ialah Portugis, Belanda, Inggeris, Siam dan Jepun. Penjajahan terhadap Tanah Melayu
telah bermula dengan penjajahan Portugis, pada tahun 1511, bermula dengan penjajahan ini Tanah
Melayu telah mengalami zaman penjajahan secara berterusan iaitu selama 446 tahun (1511-1957) oleh
kuasa penjajah Portugis, Belanda, Inggeris, Siam dan Jepun. Kekayaan sumber hasil bumi di Tanah
Melayu telah mendorong kebanyakan kuasa penjajah untuk menguasai Tanah Melayu untuk
kepentingan masing-masing. Aspek penguasaan ini termasuk dorongan untuk menyebarkan agama,
dan mahu menjadi kuasa besar dunia.
8
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
Penjajah dan Latar Belakang Penjajah 6
PENJAJAH TEMPOH CATATAN
Portugis 1511- 1641 Tertumpu di Melaka
(130 tahun) Mendapat tentangan daripada orang Melayu Melaka
Tidak banyak meninggalkan kesan kepada negara kecuali dari
segi bahasa dan tarian
Belanda 1641- 1824 Tertumpu di Melaka
(183 tahun) Tidak banyak meninggalkan kesan kepada negara kerana
tumpuannya di Indonesia
Inggeris 1824 – 1957 Mendapat tentangan daripada orang Melayu
Siam (123 tahun) Menjajah ke seluruh Tanah Melayu
Jepun Banyak endapat tentangan daripada penduduk
1821 – 1909 Banyak meninggalkan kesan dalam ekonomi, sosial dan politik
(88 tahun) Tertumpu di nengeri negeri di utara Semenanjung Tanah
Melayu seperti di Perlis, Kedah dan Kelantan.
1940 – 1945 Meninggalkan kesan kepada negeri tersebut
(5 tahun) Menjajah ke seluruh Tanah Melayu
Mendapat tentangan daripada penduduk terutamanya orang
Melayu
Banyak meninggalkan kesan khususnya hubungan antara
kaum
PENJAJAHAN PORTUGIS
Portugis merupakan negara Eropah pertama yang sampai ke Kepulauan Melayu. Faktor utama
penjajahan menurut Vasco da Gama ialah menguasai perdagangan di Timur iaitu rempah ratus,
menyebarkan agama Kristian serta untuk menamatkan monopoli perdagangan Arab terhadap
rempah ratus.
Untuk menyebarkan agama Islam di Timur, Portugis telah membawa bersama golongan
mubaligh Kristian bagi memudahkan kerja dakwah mereka. Tindakan ini disokong oleh Raja
Portigis dan pihak gereja.
Portugis diketuai oleh Alfonso de Albuquerque dan menduduki Portugis bukan sahaja mahu
menamatkan monopoli perdagangan rempah ratus Arab Melaka tetapi Portugis juga mahu
menyekat penyebaran agama Islam di Melaka. Walaupun Portugis menjajah selama 130 tahun
tetapi hanya di sekitar bandar Melaka sahaja dan gagal menjajah Naning dan Rembau kerana
penentangan yang kuat oleh penduduk tempatan.
Kesan peninggalan Portugis:
- Kewujudan masyarakat Serani akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan.
- Pengenalan tulisan rumi kepada masyarakat Melayu
- Kewujudan istilah bahasa portugis dalam kehidupan seharian seperti palsu, almari, jendela, garpu dan
tuala. 7
- Keruntuhan empayar Melaka
- Kemunculan Kerajaan Johor Riau
6 Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Ismail Hj. Mohd Rashid, Pengajian Malaysia, (Petaling
Jaya, Prentice Hall, 2000).hlm.12
7 Asnarulkhad i Abu Samad dan Jayum A. Jawan, Kenegaraan Malaysia, (Serdang, Universiti Putra Malaysia,
1997).hlm.,hlm.27
9
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
PENJAJAHAN BELANDA
Ekspedisi pertama Belanda telah tiba di Kepuluan Melayu pada tahun 1559. Ini telah menjadi
pendorong kepada ramai pedagang Belanda untuk berdagang di Kepulauan Melayu untuk
mendapatkan rempah. Kepesatan perdagangan ini telah mendorong pedagang-pedagang
Belanda bergabung membentuk Syarikat Bersatu Hindia Timur (Vereenidge Oost-Indische
Compagnie atau VOC pada 20 Mac 1602.
VOC dibentuk dengan matlamat untuk menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu
dan memonopoli perdagangan bijih timah. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Belanda
perlu menyingkirkan Portugis di Kepulauan Melayu.
Belanda juga telah melancarkan serangan terhadap Melaka beberapa kali, sehingga akhirnya
pada 1641, Belanda berjaya mengusir Portugis di Melaka dengan bantuan Johor. Johor
membantu Belanda menyerang Melaka kerana mahu mendapatkan semula Melaka dari
Portugis. Belanda telah menjadikan Melaka sebagai pangkalan untuk memaksa kapal-kapal
dagang yang lalu di Selat Melaka supaya berdagang di Betawi. Selain Melaka, Belanda turut
menguasai perdagangan bijih timah di Perak dan di Selangor.
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Perjanjian London)
Penjajahan Belanda berakhir dengan Perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824. Pada 1819, Stamford
Raffles telah menduduki Singapura selepas membuat perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman, Johor.
Ini telah menimbulkan kemarahan Belanda. Telah wujud persaingan antara British dan Belanda untuk
menguasai Melaka. Persaingan ini telah menarik perhatian pegawai-pegawai tinggi Eropah untuk
menyelesaikannya di meja rundingan. Akhirnya masalah ini telah diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris-
Belanda 1824 (Perjanjian London).
Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Perjanjian London)
i. Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua pengaruh iaitu pengaruh Inggeris dan Belanda dengan Selat
Melaka dijadikan sempadan utama.
ii. Perpecahan empayar Johor-Riau apabila Singapura dan Johor jatuh ke tangan British, manakala
Kepulauan Riau jatuh ke bawah pengaruh Belanda.
iii. Persaingan kuasa dan perdagangan antara British dan Belanda semakin hebat, terutama selepas
perkembangan pelabuhan bebas di Singapura.
iv. Ekoran perjanjian ini, Melaka telah diserahkan kepada Inggeris.
Perjanjian ini telah menjadi batu asas pembentukan negara moden Malaysia dan Indonesia. Perjanjian ini turut
melemahkan semangat kenusantaraan serantau.
PENJAJAHAN INGGERIS/BRITISH
Inggeris merupakan satu-satunya bangsa Eropah yang paling lama menjajah Tanah Melayu. Bermula dari
perjanjian Inggeris Belanda 1824 telah menjadikan Inggeris bertapak kukuh sebagai kuasa bangsa kolonial di
Tanah Melayu. Pada awalnya hanya berminat untuk melindungi jalan perdagangan ke China dan mendirikan
pusat persinggahan di seluruh semenanjung sehingga berjaya menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris
(SHTI) pada 1600;
Episod campur tangan British di Tanah Melayu bermula pada 11 Ogos 1786 apabila Francis Light
menduduki Pulau Pinang atas nama Raja George III walaupun tiada perjanjian ditandatangani.
Pada 1791, Sultan Abdullah cuba mendapatkan kembali Pulau Pinang tetapi Francis Light telah
bertindak menyerang Perai menyebabkan satu perjanjian damai ditandatangani antara Kedah
dengan British. Melalui perjanjian 1 Mei 1791, antara Sultan Abdullah dengan Francis Light, Pulau
Pinang secara rasminya diduduki oleh SHTI dan membolehkan British mengukuhkan
pengaruhnya di Kepulauan Melayu.
10
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
Pada 6 Februari 1819, Sir Thomas Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura melalui
perjanjian yang diadakan dengan Tengku Long dan Temenggung Abdul Rahman. Melalui
perjanjian ini Tengku Husin dilantik sebagai sultan Singapura dengan gelaran Sultan Husin Syah
dan SHTI diberi kebenaran membina loji di Singapura.
Situasi ini membuka peluang kepada British untuk meluaskan pengaruhnya ke seluruh
Kepulauan Melayu. Ini menimbulkan kemarahan Belanda yang bertapak di Melaka. Bagi
menamatkan persaingan antara British dan Belanda maka Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
(Perjanjian London) dimeterai. Setelah Berjaya menguasai Pulau Pinang, Singapura dan Melaka,
Inggeris telah menyatukan negeri-negeri ini di bawah satu bentuk pentadbiran yang dikenali
sebaai Negeri-negeri Selat 1826
Kronologi penjajahan Inggeris di Tanah Melayu
Tahun Peristiwa Penjajahan
1786 Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan menipu Sultan Kedah.
1819
1824 Stamford Raffles menduduki Singapura dengan membuat perjanjian dengan
1826 Temenggung Abdul Rahman.
1841
1874 Inggeris membuat perjanjian dengan Belanda dan menduduki Tanah Melayu.
1865 Negeri Selat ditubuhkan dengan menggabungkan Pulau Pinang, Melaka dan
1878 Singapura.
1888
1896 James Brooke menduduki Sarawak setelah menunaikan janji kepada Raja Muda
1909 Hashim menghapuskan pemberontakan.
Campur tangan Inggeris di Sungai Ujung kerana perebutan menguasai Sungai
1914
1945 Linggi.
1946 Perjanjian Pangkor dibuat untuk mendapatkan Perak ekoran berlaku Perang
1948
1957 Larut yang melibatkan kongsi gelap Gee Hen dan Hai San
Selangor menerima penasihat Inggeris ekoran daripada masalah perang
saudara antaara Raja Mahadi dan Raja Abdullah.
Sabah berada di bawah kesultanan Brunei sejak kurun ke-16.
Dipajakkan kepada Charles Lee Moses.
Kemudian dijual kepada Baron Von Overback..
Kesultanan Sulu bersetuju mneyerahkan Sabah kepada Overback dan Dent.
Campurtangan Inggeris di Pahang kerana berlaku perang saudara bagi merebut
jawatan Bendahara.
Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan dengan menggabungkan Perak, Negeri
Sembilan, Selangor dan Pahang.
Perjanjian Bangkok dibuat antara Siam dan Inggeris.
Mengikut perjanjian ini Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada
Inggeris dan digabungkan menjadi Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Johor menerima penasihat Inggeris.
Pentadbiran tentera British (BMA) ditubuhkan sebaik mengalahkan Jepun.
Malayan Union ditubuhkan.
Kompeni Berpiagam Borneo Utara dibentuk untuk mentadbir Sabah.
Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan menggantikan Malayan Union
Inggeris bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu
Secara umumnya, campur tangan British dalam negeri-negeri Melayu dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
i. Dorongan ekonomi
- Bagi memastikan usaha memonopoli hasil-hasil dagangan utama di negeri-negeri Melayu seperti bijih
timah dapat berjalan lancer terutama ekoran kekacauan di negeri-negeri Melayu.
- Perkembangan Revolusi Perindustrian/perusahaan pada pertengahan abad ke-19 di Eropah dan
bermulanya aktiviti mengetin makanan yang memuncakkan lagi keinginan British untuk memonopoli
perdagangan timah.
11
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
ii. Dorongan politik
- Pada awal abad ke-19, Britain masih kuat terpengaruh dengan dasar liberal dan perdagangan Laissez-
faire. Kedua-dua dasar ini tidak menggalakkan campur tangan dalam politik sesebuah negara. Namun,
pada tahun-tahun 1870-an, dasar imperialism mulai merebak di Britain lalu mempengaruhi tidak-tanduk
mereka di Tanah Melayu.
- Kuasa Barat lain seperti Belanda (Indonesia), Perancis (Indo-China), di samping Itali, Jerman dan Rusia
juga sedang bersaing meluaskan jajahan masing-masing telah menimbulkan persaingan dengan British
untuk bertindak cepat menguasai Tanah Melayu.
SISTEM PENTADBIRAN BRITISH
Sistem Residen
Pengenalan Sistem Residen di Tanah Melayu bermula dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20
Januari 1874. Ini menandakan bermulanya era campur tangan British dalam halehwal pentadbiran negeri-
negeri Melayu.
Jawatan Residen merupakan satu strategi British untuk mengawal pentadbiran secara langsung di negeri-
negeri Melayu.
Residen bertanggungjawab menasihati sultan/raja dalam hal ehwal pentadbiran negeri kecuali perkara-
perkara yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Residen menerima segala arahan daripada kerajaan British bukannya daripada sultan/raja Melayu.
Antara negeri yang menerima Residen ialah Perak, Selangor, Sungai Ujong, Pahang dan Negeri Sembilan.
British menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri yang bertujuan membincangkan hal-hal berkaitan dengan
pentadbiran di peringkat negeri dan masalah-masalah dihadapi orang Melayu.
Majlis Mesyuarat Negeri dianggotai oleh sultan/raja, Residen, 12 orang pembesar tempatan dan seorang
wakil kaum Cina untuk membela nasib kaum mereka.
Di bawah sistem pentadbiran Residen, setiap negeri akan dibahagikan kepada beberapa daerah yang
diketuai oleh pegawai daerah, setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim yang diketuai oleh
seorang penghulu, manakala setiap mukim dibahagikan kepada beberapa buah kampung yang diketuai
oleh seorang ketua kampung.
Tiga matlamat sistem Residen ialah:
o Menegakkan keamanan melalui sistem perundangan
o Mewujudkan satu sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai yang teratur.
o Memajukan ekonomi melalui mengeksploitasi sumber semulajadi di negeri-negeri Melayu.
Kesan Sistem Residen:-
Pembangunan ekonomi negeri
Negeri-negeri yang terbabit mula mencapai kemajuan kerana pelaburan semakin meningkat.
Sumber dan hasil ekonomi dimonopoli oleh pelabur-pelabur Barat.
Berlaku perkembangan sektor pertanian komersil seperti getah.
Perubahan pengaruh politik
Sultan tidak lagi berkuasa mutlak dan pembesar kehilangan peranan mereka.
Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri memperlihatkan campur tangan lebih ramai pihak dalam hal ehwal
pentadbiran negeri.
Perkembangan sosial
Perkembangan sistem infrastruktur seperti jalan raya, jalan kereta api, bekalan elektrik, telegraf dan pos.
Perkembangan hanya berlaku di kawasan-kawasan yang mempunyai potensi ekonomi dan juga pusat-
pusat bandar.
Sistem cukai diperkenalkan termasuk lesen pengangkutan air dan senjata api. Amalan perhambaan
dihapuskan bagi mengangkat martabat manusia.
12
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
Negeri-negeri Selat [ Melaka, Singapura Pulau Pinang]
- Apabila British Berjaya menduduki dan membuat penempatan di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka
mereka telah menyatukan wilayah-wilayah tersebut di bawah satu pentadbiran iaitu NNS.
- NNS ditubuhkan pada 1826 dan diletakkan di bawah unit pentadbiran Residensi NNS dan Pulau Pinang
menjadi pusat pentadbiran pertamanya.
- NNS diketuai seorang Gabenor dan setiap negeri ada seorang Residen Konsular. Gabenor dibantu oleh
beberapa orang pegawai awam. Gabenor pertama ialah Robert Fullerton.
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu [Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang]
- Selepas melihat banyak kelemahan sistem Residen British telah cuba untuk mengukuhkan lagi kuasa
dengan mewujudkan sistem Pentadbiran baru iaitu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895
yang diketuai oleh Residen Jeneral.
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu [Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu].
- Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dibentuk tahun 1909 selepas perjanjian Bangkok, antara Siam &
British.Melalui perjanjian ini, empat buah negeri yang sebelum ini berada di bawah naungan Siam iaitu
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu akan diserahkan kepada British.
- Seorang Penasihat British ditempat bagi setiap negeri-negeri ini.
Kesan Penjajahan Inggeris
1. Dasar pecah & perintah yang ditadbir oleh Inggeris memecahkan pentadbiran kepada 3 iaitu Negeri
Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu tidak Bersekutu.
2. Ketidakseimbangan pengagihan kekayaan antara negeri yang dipecah-pecahkan sehingga wujudnya
Pantai Barat dan Pantai Timur.
3. Bermulanya sistem residen untuk mengukuhkan lagi kedudukannya di Tanah Melayu dan pemusatan
kuasa ditangan Residen Jeneral. Jawatan dalam jabatan kerajaan dipegang oleh pegawai-pegawai
Inggeris.
4. Sultan tidak lagi menjadi pemerintah yang berkuasa mutlak dan pembesar hilang hak tradisi.
5. Masalah perpaduan sukar dicapai kerana Dasar pecah & perintah yang ditadbir oleh Inggeris yang
memisahkan penempatan orang Melayu di kampong, Cina di bandar dan India di estet menyebabkan
perpaduan sukar di capai.
6. Kemajuan perkhidmatan kesihatan dan kemudahan asas lain dengan mendirikan hospital, pusat
perubatan dan institut penyelidikan untuk mengatasi masalah kesihatan. Hospital kerajaan yang
awal didirikan di Pulau Pinang, Taiping dan Kuala Lumpur.
7. Perkembangan sistem pengangkutan dengan pembinaan landasan kereta api dan jalan raya untuk
membawa hasil ekonomi ke pelabuhan untuk dieksport dengan pantas. Pada akhir abad ke-19,
perkhidmatan kereta api telah diperkenalkan. Kereta api Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu
ditubuhkan pada tahun 1903.
8. Banyak jalan raya telah dibina bagi menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan pelabuhan
antara bandar besar dengan bandar-bandar kecil. Terdapat satu jaringan jalan raya yang
menghubungkan seluruh Tanah Melayu. Pembinaan jalan raya bertumpu di kawasan yang
berkepentingan ekonomi bagi memudahkan pentadbiran British di Tanah Melayu.
9. Kemajuan pengangkutan laut dan udara dilaksanakan oleh British dengan menyediakan
perkhidmatan kapal wap dan kapal terbang. Pada 1937, Syarikat Wearne Air Service telah
memperkenalkan perkhidmatan penerbangan awam.
10. Perkembangan sistem perhubungan dilaksanakan dengan memperkenalkan telegraf, telefon, dan
perkhidmatan pos.
11. Kemunculan dan perkembangan bandar baru. Banyak petempatan dibuka di kawasan
perlombongan bijih timah. Petempatan tersebut berkembang menjadi pusat pentadbiran dan
perniagaan. Faktor utama kemunculan bandar baru di Tanah Melayu ialah perkembangan
perlombongan bijih timah di Ipoh, Taiping, Seremban dan Kuala Lumpur.
12. Kemasukan orang India dan Cina ke Tanah Melayu untuk mengusahakan ladang getah dan lombong
bijih timah telah melahirkan masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu.
13. Kepelbagaian pendidikan dalam masyarakat berbilang kaum. Dasar British telah mewujudkan sistem
pendidikan vernakular. British membezakan Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil mengikut
cara masing-masing. Sekolah Inggeris juga turut diperkenalkan tetapi hanya bertumpu di kawasan
bandar.
13
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
PENJAJAHAN JEPUN
Pengenalan
Sejak tahun 1932, golongan tentera telahpun menguasai politik negara Jepun. Pada tahun 1937 pula,
golongan tentera ini telah mula menyerang negara China. Jepun telah bersekutu dengan Jerman dan Itali
dalam Perang Dunia Kedua untuk menentang Kuasa Berikat yang dianggotai oleh British dan Amerika
Syarikat. Pada 8 Disember 1941, Jepun telah menyerang Tanah Melayu. Tanah Melayu dan Singapura jatuh
ke tangan Jepun pada Februari 1942. Jepun Menduduki negara selama tiga tahun setengah dan mengambil
masa selama 70 hari sahaja menawan Tanah Melayu.Tujuannya adalah menubuhkan Pemerintahan Baru Asia
Timur Raya dan menggelarkan Tanah Melayu sebagai Malai Baru. Singapura dijadikan sebagai pusat
pentadbiran dan menukar nama kepada Syonan.
Faktor-faktor yang memudahkan kejayaan Jepun.
Persediaan tentera Jepun yang lengkap. Mereka begitu bersedia untuk melancarkan
serangan dengan membuat pengintipan yang baik dan mengumpul maklumat tentang
Inggeris sebelum membuat serangan. Maklumat tentang kubu British, landasan kapal
terbang dan lokasi kem tentera telah diperolehi terlebih dahulu. Mendapat maklumat
melalui perisikan (tukang gunting, pekedai runcit, pekedai dobi)
Tentera Jepun terlatih dalam peperangan, berpengalaman dan semangat juang yang tinggi
(kamikaze). Taktik peperangan yang baik dan tahan lasak dengan berbasikal meredah hutan.
Ini bertentangan dengan tentera British yang kurang disiplin dan tidak bersemangat.
Pegawai yang berkebolehan contohnya Yamashita dan terlatih dengan peperangan.
Pihak British kurang bersedia. Mereka menyangka Jepun memulakan serangan dari arah
selatan (Singapura) kerana pusat pentadbiran Jepun di situ. Sebaliknya Jepun memulakan
serangan dari utara (Kelantan) dan menakluki negeri-negeri Melayu satu persatu.
Jepun menyerang melalui jalan laut dan bukan melalui udara seperti yang dijangkakan oleh
British. Pertahan laut Inggeris sangat lemah terutama selepas Kapal Prince of Wales dan
Repulse berjaya ditenggelamkan oleh Jepun pada 10 Disember 1941 di perairan Laut China
Selatan.
Taktik serangan Jepun yang sistematik. Memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii, Amerika
Syarikat dan memulakan serangan dari utara Tanah Melayu.
Wujud pakatan Jepun-Thailand. Thailand memberi laluan kepada Jepun mendaratkan
tenteranya. Sebagai balasannya, Thailand mendapat semula Negeri-negeri Melayu Utara.
Kelewatan tentera bantuan dari London dan India yang berlaku berikutan masalah
kewangan yang dihadapi oleh British.
Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu.
Jepun memerintah Tanah Melayu bercirikan sistem ketenteraan dengan matlamat utamanya ialah;
i. Memulihkan keadaan awam – Jepun ingin memulihkan keadaan masyarakat yang didakwanya huru-
hara dan tidak aman ekoran penentangan terhadap pemerintah Barat. Mereka ingin mewujudkan
pemerintahan “Asia Untuk Orang Asia”
ii. Memonopoli sumber ekonomi di Tanah Melayu- Jepun ingin menggunakan hasil ekonomi untuk
membantu masalah ekonomi yang melanda negaranya juga untuk menanggung pembiayaan tentera-
tenteranya di Tanah Melayu. Pembiayaan meliputi senjata, makanan dan kemudahan ketenteraan.
14
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
Kesan Pendudukan Jepun
Kesan Sosial: Orang Cina ditindas kerana Jepun bermusuhan dengan negara China. Kaum Cina di Tanah
Melayu masih berhubungan dengan keluarga di China.
Orang Cina lari ke hutan dan menubuhkan PKM. Hubungan antara kaum semakin runcing
kerana layanan Jepun lebih istimewa kepada Melayu.
Jepun memusuhi kaum Cina dan cuba menunjukkan seolah-olah mereka berbaik-baik
dengan kaum Melayu (ramai orang Melayu bekerja dalam pentadbiran), ini telah
menimbulkan perasaan permusuhan antara Cina dan Melayu.
Ramai pemuda menjadi buruh paksa membina Landasan Keretapi Maut yang
menghubungkan Thailand dengan Burma. Ketika bekerja, ramai yang mati kerana serangan
penyakit dan kebuluran.
Sistem pendidikan Jepun diperkenalkan untuk menanam sifat kerajinan.
Penduduk menghadapi masalah kesihatan (penyakit beri-beri) ekoran kurangnya bekalan
perubatan dan makanan yang tidak berzat.
Catuan makanan dilaksanakan, dengan memberikan kad catuan dua gantang beras untuk
sebulan kepada setiap ketua keluarga.
Kesan Politik: Sultan dikekalkan sebagai ketua agama dan adat, tetapi sultan tidak lagi menjadi
pemerintah negeri.
Mewujudkan Kesedaran untuk pemerintahan sendiri dalam kalangan masyarakat Melayu.
Kesan daripada propaganda “Asia Untuk Orang Asia.”
Orang Melayu mendapat banyak peluang dan pengalaman dalam pentadbiran,
menyebabkan mereka lebih berkeyakinan mentadbir negara sendiri. Jepun menubuhkan
Sekolah Latihan Kepimpinan (Kao Kunrenjo) melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran.
Contohnya, Dr Burhanudin al-Helmy, memegang jawatan sebagai Penasihat Kebudayaan
dan Adat Istiadat Melayu, dan Kapten Mohd Salleh sebagai Pegawai Daerah Hulu Langat.
Orang Melayu sedar tentang kelemahan kuasa British, yang akhirnya boleh dikalahkan oleh
Jepun.
Pergaduhan yang runcing antara Cina dan Melayu menggalakkan semangat nasionalisme
dan mula menceburi parti politik misalnya kaum Cina menyertai PKM dan MPAJA.
Kesan Ekonomi:
Tanah Melayu mengalami kemerosotan ekonomi kerana harta benda terpaksa dibelanjakan
untuk mendapatkan makanan dan keperluan lain. Gaji pegawai kerajaan dikurangkan dan
pengangguran meningkat.
Perusahaan bijih timah dan getah telah merosot dan hampir terhenti ekoran kerosakan dan
kemusnahan pada lombong bijih timah, ladang dan kilang kesan serangan Jepun.
Rakyat hidup sengsara kerana makanan dan pakaian tidak mencukupi menyebabkan Jepun
memaksa menanam ubi keledek, keladi dan ubi kayu untuk menampung makanan yang
tidak mencukupi. Berlaku kekurangan beras menyebabkan masyarakat terpaksa
bergantung kepada sumber makanan lain iaitu ubi kayu.
Barang keperluan utama tidak dapat diperolehi seperti ubat-ubatan dan tekstil. Ubat-
ubatan dirampas oleh Jepun untuk keperluan tenteranya. Kesannya barangan ini menjadi
mahal harganya dan tidak mampu dimiliki oleh orang ramai kerana berlaku indlasi.
Sekatan ekonomi oleh Kuasa Bersekutu menyebabkan perdagangan antarabangsa terhenti
dan Nilai matawang negara jatuh teruk. Jepun memperkenalkan matawang “daun pisang”
yang tidak bernilai kerana cetakannya tidak terkawal.
Berlaku kegiatan rasuah, menyorok barang dan pasaran gelap.
Antara harga barang keperluan yang harganya mendadak naik ialah telur (sebiji) pada
tahun 1941 berharga 3 sen, pada 1943 berharga 28 sen dan pada tahun 1945 berharga
$35.00.
15
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
Selepas Pendudukan Jepun
Kekalahan Jepun menandakan berakhirnya perang dunia ke-2
Dalam proses Inggeris mengambil alih kuasa PKM berjaya menguasai Tanah Melayu selama
14 hari.
Untuk meredakan ketegangan keadaan Inggeris telah menubuhkan Pentadbiran Tentera
British (BMA).
Komunis yang semakin mengancam menyebabkan Inggeris mengisytiharkan darurat dan
pelbagai usaha dibuat untuk mengatasinya.
SOALAN PERBINCANGAN
1. Rasionalkah negara menjadikan Jepun sebagai negara model yang perlu dicontohi sedang Jepun
adalah sebuah negara yang turut menjajah negara kita suatu ketika dulu.
2. Sejauhmana sistem pentadbiran Inggeris sebelum merdeka memberi impak kepada struktur
pentadbiran Malaysia hari ini.
16
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
BAB 3
PERJUANGAN KEMERDEKAAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran, pelajar:-
1. Menjelaskan erti kemerdekaan secara khusus dan umum.
2. Membezakan matlamat perjuangan tahap satu dan kedua.
3. Menerangkan pertubuhan komunis di Tanah Melayu sehingga diisytiharkan darurat oleh British.
4. Menghubungkaitkan Malayan Union dengan penyatuan masyarakat Melayu dan perjuangan
mendapatkan kemerdekaan.
Pengenalan
Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 iaitu setelah kira-kira 446 tahun dijajah oleh
kuasa Timur atau Barat. Semasa penjajahan berlaku gerakan penentangan daripada penduduk tempatan.
Penentangan terhadap penjajah telah dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap satu yang dikenali sebagai
perjuangan berdarah dan perjuangan tahap kedua melalui semangat kebangsaan.
Perjuangan berdarah telah berlaku di hampir semua negeri akibat tindakan-tindakan penjajah yang
mengenakan cukai yang tinggi, campurtangan dalam adat istiadat serta agama masyarakat setempat dan
sebagainya. Walau bagaimanapun sebahagian daripada masyarakat kursusnya generasi muda masih gagal
menghargai erti kemerdekaan dan tidak mengenali tokoh-tokoh yang telah bergadai nyawa
mempertahankan kedaulatan tanah air. Kesedaran tentang pentingnya sejarah adalah penting untuk
pembinaan jati diri dan patriotisme Malaysia. Dengan ini hari kemerdekaan yang telah disambut setiap tahun
seharusnya dimanfaatkan untuk mengimbas kembali perjuangan terdahulu dan melahirkan semangat
patriotisme yang berakar umbi dalam sanubari, pemikiran dan pandangan generasi hari ini.
Konsep Kemerdekaan
Konsep kemerdekaan ini membawa kepada pelbagai pengertian bergantung kepada pendekatan yang
digunakan untuk mentaksirkannya. Secara umum kemerdekaan bermaksud bebas daripada kongkongan
atau cengkaman sesuatu.8 Bebas memilih cara hidup tanpa dikuasai orang lain tetapi walau bagaimana pun
seseorang yang merdeka semestinya juga masih tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh
masyarakat.
Secara khusus kemerdekaan bermaksud kebebasan daripada cengkaman penjajah iaitu setelah kira-kira 446
tahun dijajah oleh kuasa dari Timur atau Barat. Rakyat sesebuah negara merdeka akan memilih corak dan
kehidupan yang mereka suka serta mempunyai pemerintahan dan perlembagaan sendiri. Contohnya
Malaysia telah corak dan sistem pemerintahan secara demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan.
Kemerdekaan boleh dicapai dengan semangat kebangsaan yang taat setia pada negara. Dengan adanya
semangat ini rakyat akan sanggup berjuang untuk mempertahankan tanah air mereka daripada dijajah.
Konsep Nasionalisme
Bermaksud ‘perasaan cinta akan bangsa dan negara sendiri’. Dalam era penjajahan kuasa asing, nasionalisme
turut membawa maksud pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing.
8Asnarulkhadi Abu Samad dan Jayum A. Jawan, 1997, Kenegaraan Malaysia, Serdang, Universiti Putra Malaysia.hlm.7
17
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
Tahap/Bentuk Perjuangan
Semasa penjajahan telah berlaku gerakan penentangan daripada penduduk tempatan. Penentangan
terhadap penjajah telah dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap awal dikenali sebagai perjuangan
berdarah yang bermula dengan perjuangan orang Melayu menentang Portugis.Tahap kedua ialah perjuangan
tanpa pertumpahan darah yang bercorak perundingan dan diplomasi untuk mendapatkan kemerdekaan.
PERJUANGAN KEMERDEKAAN TAHAP AWAL
Ciri-Ciri/ Bentuk Perjuangan
Perjuangan berdarah bermula dengan penentangan keatas Portugis di Melaka 1511 yang diikuti dengan
penentangan hampir semua negeri menentangan penjajah Belanda, Inggeris dan Jepun. Perjuangan orang
melayu ketika ini menggunakan senjata walaupun senjata yang digunakan tidak sehebat senjata penjajah
segaligus banyak mengorbankan banyak nyawa.
Perjuangan dilakukan secara berasingan antara satu negeri dengan negeri yang lain diketuai oleh tokoh
pejuang masing-masing. Contohnya di Kelantan diketuai oleh Tok Janggut dan pengikutnya mankala di
Terengganu diketuai oleh Haji Abdul Rahman Limbung.
Pada tahap awal tokoh pejuang dipelopori oleh golongan ulamak yang mendapat pendidikan agama.Ini
kerana sistem pendidikan pondok yang ada ketika itu mempengaruhi masyarakat setempat. Perjuangan ini
juga berlaku akibat tindakan penjajah yang mengenakan cukai yang tinggi, campurtangan dalam adat
istiadat serta agama masyarakat setempat.
Penentangan Terhadap Siam
Sebelum kemasukan kuasanya di Tanah Melayu, orang Siam telah beberapa kali mencuba menjajah Melaka
dan Pahang, tetapi usaha itu tidak berjaya kerana tentangan orang-orang Melayu. Pada Abad ke 19 Siam telah
dapat menakluki Kedah, Perlis, Kelantan dan Terangganu
Penentangan Terhadap Portugis
Portugis menakluki Melaka selama 130 tahun, iaitu daripada tahun 1511 sehingga 1641. Walaupun negeri
Melaka telah jatuh ke tangan Portugis, namun kerajaan Melaka masih wujud. Dari tahun 1515 hingga 1524,
sejarah telah menunjukkan bahawa Sultan Mahmud telah berusaha untuk menawan semula Melaka sebanyak
lima kali sehinggalah baginda mangkat di Kampar. Serangan diteruskan oleh anak Sultan Alauddin Riayat Syah
yang membuka kerajaan Johor Riau. Peperangan yang berlaku telah melibatkan Kerajaan Johor dan Acheh
telah berkali-kali menyerang Portugis di Melaka. Peperangan ini dikenali sebagai Peperanganm Tiga
Penjuru.9
Penentangan Terhadap Belanda
Belanda ingin menguasai perdagangan di Tanah Melayu setelah berjaya menguasai Pulau Jawa. Sultan Johor-
Riau telah membuat perjanjian dengan Belanda untuk mendapatkan Melaka dari Portugis. Dengan itu Johor
Riau memberi bantuan kepada Belanda apabila serangan dilakukan dengan janji konsesi perdagangan akan
diberikan kepada Belanda tetapi Melaka diserahkan kepada Johor.
Setelah Melaka diserang, Belanda telah menaklukinya pada tahun 1641. Belanda telah menguasai Melaka kira-
kira 180 tahun. Penjajahan Belanda juga mendapat tentangan orang-orang Melayu yang mendapat bantuan
daripada orang-orang Bugis. Misalnya, Sultan Ibrahim dari Selangor telah menentang orang-orang Belanda di
Melaka.
Dalam beberapa serangan, orang-orang Sultan Ibrahim telah membakar rumah-rumah orang Belanda. Begitu
juga, Raja Haji yang ketika itu menjadi Yam Tuan Muda Johor telah turut menyerang kapal-kapal Belanda di
Selat Melaka. Raja Haji telah bergabung dengan Sultan Ibrahim menyerang Belanda di Melaka namun usaha
ini berjaya dikalahkan oleh Belanda.
9Ibid, hlm. 39
18
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
Penentangan Terhadap Inggeris
Secara rasmi, Kerajaan Inggeris mula menjajah negara ini melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824
apabila Inggeris telah mengambil alih atau menguasai Melaka daripada pihak Belanda. Sebelum tahun 1824,
Inggeris telah menguasai Pulau Pinang yang dikatakan telah diberikan kepada Francis Light sebagai
"anugerah" daripada Sultan Kedah pada tahun 1786, dan menguasai Singapura yang dianugerahkan kepada
Stamford Raffles oleh Tengku Husin pada tahun 1819. Penentangan yang dilakukan oleh hampir semua
negeri-negeri di Tanah Melayu antaranya ialah penentangan di Naning, Selangor, Perak, Negeri Sembilan,
Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.
Penentangan di Naning
Penjajah Inggeris mendakwa bahawa Naning yang terletak di sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka
adalah di bawah takluk Melaka. Naning juga dikehendaki untuk membayar cukai kepada Penjajah Inggeris.
Namun demikian, Naning yang diketuai oleh Datuk Dol Said enggan berbuat demikian, sebaliknya mendakwa
bahawa Naning bukanlah sebahagian daripada Melaka.10 Akibat daripada pertelingkahan itu, Inggeris
menyerang Naning pada tahun 1831 dan tahun 1832. Pada mulanya Naning berjaya mengalahkan pihak
Inggeris tetapi kemudiannya Inggeris telah membuat serangan hendap menyebabkan kekalahan besar
kepada Dol Said.
Penentangan di Selangor
Penentangan penduduk tempatan terhadap Inggeris di Selangor telah dipimpin oleh Raja Mahadi dan
pembesar-pembesar tempatan. Penentangan ini berlaku akibat daripada pelantikan tengku Kudin sebagai
Wizurai Selangor oleh Inggeris tidak dipersetujui oleh Raja Mahadi dan pengikutnya. Berlaku perperangan
antara pembesar ini kerana masalah anarki atau perebutan kuasa dan Inggeris telah menyokong Tengku
Kudin bertujuan mengukuhkan keddudukannya. Tindakan Inggeris ini telah ditentang oleh Raja Mahdi dan
penduduk tempatan.
Penentangan di Perak
Tokoh yang mennetang di Perak ialah Datok Maharajalela dan Tok sagor yang telah dihukum gantung oleh
Inggeris. Antara faktor penentangan ialah Kebebasan sultan Abdullah dan pembesar-pembesar Perak telah
disekat untuk mengutip cukai. Inggeris telah memaksa Sultan Abdullah menandatangani surat penyerahan
kuasa supaya Perak diseraahkan kepada Inggeris. Inggeris berusaha menghapuskan sistem perhambaan yang
telah menjadi amalan turun termurun di Perak yang menyebabkan kuasa sultan semakin lemah.
Keangkuhan Residen dan kurang pengetahuan tentang adat resam orang-orang Melayu.11 Menyebabkan
perlantikan Residen yang pertama ditentang. Akibat daripada rasa tidak puas hati di kalangan penduduk dan
pembesar-pembesar tempatan terhadap tidak tanduk Birch, maka pada November 1875 Birch telah dibunuh
oleh Datuk Maharaja Lela dan penyokong-penyokongnya di Pasir Salak. Kesannya Sultan Abdullah, Ngah
Ibrahim dan Orang Kaya Menteri telah dibuang ke Pulau Seycelles kerana terlibat dengan pembunuhan Birch.
Penentangan di Negeri Sembilan
Sekitar tahun 1875-1876, Inggeris telah mula campur tangan di Negeri Sembilan. Inggeris mendapat
tentangan daripada Tengku Antah, akibat daripada sokongan Inggeris kepada Datuk Kelana. Pelantikan
Tengku antah sebagai Yam Tuan Besar oleh penduduk Terachi, Gunung Pasir, Hulu Muar dan Jempol tidak
diiktraf oleh Datuk Kelana manakala Tengku Antah tidak mengiktraf Datuk Kelana sebagai pemerintah Sg.
Ujong.12 Tengku Antah juga tidak setuju dengan pelantikan penolong Residen Inggeris di Sg. Ujong. Pada
tahun 1957 wujud pergaduhan apabila Datuk Kelana meminta haknya di Terachi. Inggeris bertindak
membantu Datuk Kelana dan Tengku antah telah ditewaskan.
10 Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Ismail Hj. Mohd Rashid,2000, Pengajian Malaysia, Petaling
Jaya, Prentice Hall. Hlm.,38
11Buyong Adil, 1985, Perjuangan Orang-orang Menentang Penjajahan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm. 157-151
12 Ibid.,hlm 42
19
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
Penentangan di Pahang
Penentangan orang Pahang terhadap penjajah Inggeris berlaku di sekitar tahun-tahun 1891 hingga 1895.
Masalah penentangan terhadap Inggeris bermula apabila Inggeris melantik J.P. Rodger sebagai Rresiden
Pahang pada tahun 1888, dan apabila beliau memperkenalkan jawatan "Pemungut dan Majistret". Akibat
daripada pentadbiran baru ini, para pembesar tempatan telah kehilangan mata pencarian daripada cukai.
Antara pembesar yang tidak puas hati dengan Inggereis ialah Tok Gajah. Pada tahun 1891, beliau bersama
anaknya, Mat Kilau dan Datuk Bahaman telah menyerang Inggeris.
Penentangan di Sarawak
Penentangan orang-orang Sarawak terhadap penjajah Inggeris boleh dilihat dalam dua tempoh masa, iaitu
antara tahun 1853 hingga 1860, dan antara tahun 1893 hingga 1920-an. Pada tahun 1853, James Brooke telah
cuba menguasai kawasan Sungan Rejang. Usaha ini telah menggugat kedudukan seorang pemimpin
tempatan iaitu Sharif Masahor. Sharif Masahor membuat pakatan dengan Datuk Patinggi Abdul Gapur dan
menyerang kubu Brooke di Kanowit dan Kuching pada tahun 1860.13
Seorang tokoh yang mengetuai masyarakat Iban di hulu Sungai Skrang yang bernama Rentap (nama
sebenarnya ialah Libau) marah dengan kemaraan kuasa Brooke di Skrang. Bersama-sama dengan pengikut-
pengikutnya, beliau telah menentang kemaraan orang-orang Inggeris yang mencerobohi kawasan orang Iban
di Sarawak.
Pada tahun 1893, masyarakat Iban di hulu Sungai Batang Lupar yang diketuai oleh Banting telah menyerang
tentera Brooke. Faktor penting tentangan ialah kerana pemerintahan Brooke menghapuskan adat dan tradisi
yang menjadi amalan penduduk tempatan iaitu kegiatan lanun dan memburu kepala manusia.
Penentangan di Sabah
Orang-orang Inggeris di Sabah juga mendapat tentangan daripada penduduk tempatan yang diketuai oleh
Mat Salleh (nama sebenarnya Mohammad Salleh). Antara tahun 1894 hingga 1900, beliau telah melancarkan
serangan besar-besaran terhadap Kompeni Berpiagam Inggeris. Pada tahun 1897, Mat Salleh berjaya
memusnahkan pelabuhan Kompeni di Pulau Gaya.
Pada tahun 1915, orang Murut telah menentang Kompeni Berpiagam di Sabah dan pemberontakan ini
dinamakan sebagai Kebangkitan Rundum. Pemimpin utama mereka ialah Antanum. Sebab mereka
menentang kerana Inggeris telah mengenakan cukai yang tinggi dan menyekat pembesar mengutip cukai.
Sebab lain ialah kerana Inggeris mahu membuat pembangunan dengan menggugat tradisi orang Sabah
seperti menghalang pertanian pindah.
Pihak Inggeris juga telah membina jalan raya di kawasaan perkuburan nenek moyang mereka. Ingeris juga
telah bersikap biadap dengan memerintah penduduk Sabah menajdi buruh kasa r tetapi tidak membayar
upah kepada mereka.
Penentangan di Kelantan
Penentangan terhadap penjajah Inggeris di Kelantan sering dikaitkan dengan peristiwa penting iaitu
Pemberontakan Tok Janggut pada tahun 1915. Tok Janggut (nama sebenarnya Haji Wan Hassan) merupakan
seorang ulama dan dihormati oleh penduduk di kawasan Jeram. Pemberontakan Tok Janggut bermula
apabila pihak Inggeris melantik Encik Latif sebagai Pegawai Daerah Pasir Putih pada tahun1914 yang telah
mengancam kedudukan Engku Besar Tun Ahmad.
Faktor penentangan lain ialah cukai yang dikenakan oleh pihak Inggeris terhadap penduduk di Kelantan
sangat tinggi dan bermacam cukai seperti cckai kepala, cukai kelapa dan cukai buah-buahan. Keangkuhan
pegawai Inggeris yang dilantik juga telah menyebabkan rakyat tempatan bangkit menentangpenjajahan.
13 Mardiana dan Hasnah, 2007, Pengajian Malaysia, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hlm,48
20
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
Penentangan di Terengganu
Satu pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Tani berlaku dalam tahun 1928 yang diketuai
seorang ulama bernama Haji Abdul Rahman Limbong. Ini berlaku kerana penduduk tempatan dikehendaki
mendapatkan pas kebenaran daripada kerajaan sebelum dapat membuka tanah, bercucuk tanam atau
memungut hasil hutan.14 Pihak Inggeris telah memperkenalkan sistem pemerintahan barat yang menggugat
sistem pemerintahan tradisional yang berteraskan agama. Pada waktu yang sama, penjajah Inggeris
memperkenalkan juga pelbagai jenis cukai seperti cukai hasil tanah dan cukai kepala.
PERJUANGAN KEMERDEKAAN TAHAP KEDUA
Menjelang abad ke-20, perjuangan mencapai kemerdekaan adalah berasaskan kepada semangat kebangsaan
(nasionalisme) yang dikenali sebagai penentangan tahap kedua. Corak penentangan tahap kedua seperti ciri-
ciri berikut:
i. Bercorak Diplomasi/ rundingan
- Pada masa ini cara yang digunakan telah diubah dengan cara yang tidak menggunakan
kekerasan
- Siri peperangan secara langsung tidak lagi berlaku tetapi pejuang lebih banyak berunding
dengan Inggeris
- Bentuk perjuangan diubah kerana pendekatan tahap awal tidak menampakkan
kemenangan kepada negara
ii. Dipelopori oleh pengaruh luar.
- Pejuang tanahair pada masa ini diketuai oleh mereka yang mendapat pendidikan barat yang
banyak berlaku Revolusi dalam pemerintan.
- Di samping itu mereka yang mendapat pendidikan Timur Tengah juga telah mendapat impak
baru daripada Mustafa Kamal di Turki dan Pemulihan Islam di Mesir.
- Kejayaan Jepun mengalahkan Rusia memberi perangsang yang kuat untuk menghalau
penjajah.
- Perjuangan nasionalis Indonesia menentang Belanda.
iii. Menyeluruh dengan adanya pelbagai Kesatuan Politik.
- Pada masa ini penentangan yang dilakukan adalah menyeluruh sekata ke seluruh negara
- Suara penentangan dengan lantang diperhebahkan oleh Kesatuan yang mana seluruh
negara mewujudkan pertubuhan yang sama
- Kesatuan Melayu Muda (KMM)
- Kesatuan Melayu Selangor, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Singapura dll
iv. Tokoh-tokohnya telah dipimpin oleh 3 golongan utama iaitu golongan berpendidikan Islam,
golongan berpendidikan Melayu dan golongan berpendidikan Inggeris. Golongan berpendidikan
Islam dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam yang berlaku di Timur Tengah terutama di Turki dan
Mesir, di pelopori oleh Syeikh Tahir Jaluludin dan Syed Syeikh Ahmad Al-Hadi. Mereka menggelarkan
kumpulan mereka sebagai Kaum Muda. Perjuangan Kaum Muda telah mendapat tentangan daripada
Kaum Tua yang terdiri daripada golongan elit Melayu tradisional dan ulama.
14Buyong Adil, 1985, Perjuangan Orang-orang Menentang Penjajahan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm. 231--241
21
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
v. Pertubuhan Kesatuan Melayu Muda pada tahun 1938 untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah
Melayu dan penyatuan Indonesia untuk membentuk “Melayu Raya”. Perjuangan Kesatuan Melayu
Muda kurang mendapat sambutan kerana perjuangannya dengan Indonesia yang dianggap terlalu
radikal. 15
vi. Perkembangan Media Massa seperti majalah, akhbar yang menjadi senjata utama membangkitkan
semangat nasionalisma kebangsaan dan menjadi alat menyebarkan maklumat kepada rakyat di
seluruh Negara terutama di kalanmgan mereka yang berpindidikan. Golongan berpendidikan Islam
telah menerbitkan beberapa majalah seperti Al Iman, Al-Ikhwan, Saudara dan Neracha untuk
menyebarkan ideologi mereka
Akhbar Tokoh Matlamat
Al Iman Syed Syeikh Al-Hadi Menyampaikan idea untuk pembaharuan
Saudara Syed Syeikh Al-Hadi Menyeru rakyat memajukan diri
Majlis Abdul Rahim Kajai Mendesak Inggeris melindungi hak orang Melayu
Warta Mengecam dasar-dasar Inggeris yang tidak memberi perhatian
Melaya Penulis akhbar kepada orang Melayu
Utusan Lambang perpaduan orang Melayu dan meniup semangat
Melayu Abdul Rahim Kajai & perjuangan untuk menentang Inggeris.
Warta Ishak Hj Muhammad Menyeru orang Melayu supaya tidak menjual tanah dan
Sarawak melibatkan diri dalam perniagaan.
Di Sarawak Cogan kata akhbar ialah “Fajar telah menyingsing bangunlah
wahai bangsaku.”
KESATUAN POLITIK DI TANAH MELAYU
Semangat kebangsaan juga ditiupkan kepada penduduk tempatan melalui persatuan-persatuan. Antara
kelab dan persatuan tersebut adalah seperti yang berikut:
Kesatuan Melayu Singapura (KM Singapura)
Ditubuhkan oleh Eunos bin Abdullah pada tahun 1926.16 Merupakan kesatuan orang Melayu yang pertama di
Tanah Melayu. Matlamat utama kesatuan ini ialah untuk menggalakkan orang Melayu melibatkan diri dalam
pemerintahan. Ia juga menjadi pengantaraan antara orang Melayu dan penjajah Inggeris.
Kesatuan Melayu Selangor (KM Selangor)
Ditubuhkan oleh Tengku Ismail Tengku Mohd Yassin pada tahun 1938. Matlamat utama kesatuan ini
mendesak Inggeris supaya menambahkan orang Melayu dalam bidang pentadbiran dan memperbaiki taraf
pendidikan, social dan ekonomi orang-orang Melayu. Mencadangkan kepada kerajaan agar menghentikan
perhijrahan orang asing ke Tanah Melayu. Mendesak kerajaan menambahkan peluang pelajaran untuk
membolehkan pelajar Melayu melanjutkan pelajaran.
Persatuan Melayu Perak (PMP)
Ditubuhkan oleh Wan Mohd Nor bin Wan Nasir pada tahun 1937. Matlamat kesatuan ini ialah meninggikan
taraf ekonomi dan pendidikan orang Melayu. Memelihara kepentingan orang Melayu dalam pentadbiran
Negara.
Persatuan Melayu Pahang
Ditubuhkan pada Mac 1938 dan pemimpin utamanya ialah Tengku Muhammad bin Sultan Ahmad. Berperanan
memajukan orang Melayu dan menyalurkan masalah mereka kepada kerajaan British.
15 Ibid. hlm. 43.
16Mardiana dan Hasnah, 2007, Pengajian Malaysia, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd. hlm.,66
22
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
Persatuan Melayu Negeri Sembilan
Ditubuhkan pada 9 September 1938 dan pemimpin utamanya ialah Tengku Mohamed Nasir. Bertujuan
menjaga dan memajukan orang Melayu.
Persatuan Melayu Kelantan
Ditubuhkan pada 20 April 1939 dan keanggotaannya terhad kepada golongan atasan sahaja. Pemimpin utama
persatuan ini ialah Nik Muhammad Salleh bin Omar.17 Bertujuan untuk menyatukan anak-anak Melayu bagi
memaju dan meninggikan taraf hidup mereka.
Persatuan Melayu Semenanjung
Ditubuhkan pada tahun 1930. Persatuan ini tidak mendapat sambutan kerana semangat kenegerian yang
terlalu kuat
Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
Ditubuhkan pada tahun 1937 oleh golongan berpendidikan Melayu untuk memperbaiki sosioekonomi orang
Melayu. Persatuan ini berkembangan dan bercorak kebangsaan. Sebuah pertubuhan kesusteraan Melayu
yang pro Kaum Muda. Pemimpin-pemimpin utamanya ialah Syed Alwi, S.M. Zainal Abidin dan Sheikh Abdullah
Al-Maghribi.
Kesatuan Melayu Muda (KMM)
KMM diasaskan oleh Ibrahim Yaacob di Kuala Lumpur pada tahun 1938.18 Kesatuan ini bersifat kebangsaan.
Ahli-ahli kesatuan ini terdiri daripada pelajar-pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris. Antara tokoh dalam KMM
ialah Ishak Hj. Muhammad dan Ahmad Boestamam. Merupakan pertubuhan politik redikal yang pertama di
Tanah Melayu. Matlamat KMM ialah menggabungkan semua negeri-negeri Melayu, memperjuangkan
kemerdekaan Tanah Melayu dan memperjuangkan penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk
membentuk konsep Melayu Raya.
KOMUNIS DI TANAH MELAYU
Pengenalan
Fahaman komunis mula dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak awal tahun 1920- an melalui cawangan parti
Kuomintang yang mempunyai perikatan dengan komunis di China. Menjelang 1924, cawangan Kuomintang
telah ditubuhkan di hampir setiap negeri di Tanah Melayu. Misalnya, cawangan Seremban mempunyai 2
ranting parti Kuomintang iaitu di Rantau dan Kuala Pilah. Percubaan untuk menyebarkan ideologi komunis
dalam kalangan orang Cina Tanah Melayu telah bermula selewat-lewatnya di antara tahun 1921 hingga 1922.
Ia diperkenalkan oleh penghijrah Cina (ahli Kuomintang).
Ideologi komunis ini mula disebarkan di Tanah Melayu pada 1930an secara bawah tanah dan semakin
berkembang dengan penubuhan Parti Komunis Malaya pada 1930. Ia bermula apabila berlaku penindasan
Jepun terhadap orang Cina yang menyebabkan mereka melarikan diri ke hutan dan menubuhkan PKM. PKM
telah melancarkan pemberontakan bersenjata dan bermula secara terangan menentang British pada tahun
1945 yang diiketuai oleh Chin Peng dan berjaya menguasai Tanah Melayu selama 14 hari. Semasa penjajahan
Jepun komunis bergerak melalui MPAJA sekitar 1942–1945. Matlamat PKM ialah menggulingkan kerajaan
British dengan menubuhkan Rebublik Komunis Malaya yang dikenali sebgai Membentuk Bintang Tiga atau
Malayan Races Liberation Army (MRLA)
17Mardiana dan Hasnah, 2007, Pengajian Malaysia, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hlm,67
18Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Ismail Hj. Mohd Rashid,2000, Pengajian Malaysia, Petaling
Jaya, Prentice Hall. Hlm.,43.
23
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
Perkembangan Sebelum Darurat & Kegiatan SUBVERSIF PKM
Sebelum tahun 1937 sambutan orang Cina kepada PKM tidak begitu menggalakkan,namun
selepas kekalahan Negara China dalam perang China-Jepun, PKM berjaya mempengaruhi
perasaan anti-Jepun di kalangan orang Cina di Tanah Melayu untuk menyokong perjuangan
mereka.
Selepas Perang Dunia Kedua berakhir dan sebelum British kembali semula ke Tanah Melayu
selepas kekalahan Jepun, PKM dan MPAJA (Malayan People Anti-Japanese Army) keluar
dari hutan dan mengambil alih pemerintahan selama 2 minggu. Dalam tempoh itu, tentera
komunis yang dipanggil Bintang Tiga bertindak kejam untuk membalas dendam kepada
penduduk tempatan yanag dituduh bersubahat atau bekerjasama dengan tentera Jepun.
Setelah British kembali semula memerintah, kerajaan British mengarahkan supaya MPAJA
menyerahkan semua senjata dan membubarkan pasukan gerila yang ditubuhkan semasa
pendudukan Jepun. Walaupun arahan itu dipatuhi, tetapi tidak semua senjata yang
diserahkan kerana sebahagian besar daripadanya dan bekalan makanan masih
disembunyikan di hutan. Tindakan MPAJA meletakkan senjata itu lebih merupakan satu
langkah simbolik untuk menggambarkan yang PKM berjuang atas landasan perlembagaan.
Selepas MPAJA dibubarkan, PKM memulakan kegiatan subversif dengan menyusup masuk
ke dalam kesatuan sekerja. PKM menerima sokongan kuat daripada sebuah gabungan
kesatuan sekerja yang dikenali sebagai Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU).
Melalui kesatuan sekerja PKM menganjurkan mogok di seluruh Tanah Melayu. Akibat
tindakan mogok, banyak kerja yang tergendala dan masa kerja terbuang begitu sahaja. PKM
juga menyusup masuk ke dalam pergerakan politik. Menjadi tenaga penggerak kepada
usaha menyatukan golongan kiri melalui PUTERA-AMCJA untuk menentang Malayan Union.
PKM melancarkan serangan melalui pasukan gerila yang diketuai Pegawai khas. Setiap
pasukan gerila dibahagikan kepada unit-unit kecil untuk menjalankan kegiatan subversif.
Kumpulan gerila menjadi anggota utama dalam pasukan bertindak PKM yang dikenali
sebagai Malayan Races Liberation Army (MRLA) pada 1 Februari 1949. Pasukan bertindak ini
bertanggungjawab melakukan serangan bersenjata.
MRLA bekerjasama rapat dengan Min Yuen, iaitu orang awam Cina yang diarahkan untuk
mengumpulkan maklumat penting, menyediakan bekalan ubat, menyebarkan risalah-risalah
komunis, mencari bantuan kewangan dan mengambil rekrut-rekrut baru.
Menjelang pengisytiharan darurat, kempen keganasan PKM tersebar dengan meluas.
Pasukan gerila komunis menjalankan kegiatan di kawasan ladang getah dan lombong bijih
timah di pesisiran hutan belantara. Ini bertujuan untuk membangkitkan ketakutan,
kegelisahan dan perasaan tidak puas hati rakyat kepada pihak kerajaan.
PUTERA mewakili parti politik orang Melayu yang berfahaman kiri dan AMCJA dikatakan
mewakili kaum bukan Melayu. Kesemua pertubuhan di bawah naungan PKM, kecuali MIC
diresapi atau bersimpati dengan komunis dan menjadi pertubuhan barisan hadapan PKM.
Gabungan PUTERA-AMCJA mengemukakan cadangan perlembagaan yang dikenali sebagai
Perlembagaan Rakyat pada tahun 1974. Cadangan itu di tolak oleh kerajaan British yang
meneruskan usaha menubuhkan Persekutuan Tanah melayu bagi menggantikan Malayan
Union.
Kejayaan terbesar PKM ialah peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah
Melayu, Sir Henry Gurney dalam satu serangan hendap yang dilakukan di Bukit Fraser pada
6 Oktober 1951.
24
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
PENGISYTIHARAN DARURAT
Tindakan tegas kerajaan dan keengganan British untuk memberikan PKM kebebasan mutlak
mengambil bahagian dalam gerakan buruh atau bergerak secara perlembagaan, memaksa
PKM memilih jalan perjuangan bersenjata.
Perjuangan bersenjata PKM juga didorong oleh resolusi dua persidangan yang dianjurkan
oleh gerakan komunis antarabangsa di Calcutta iaitu Persidangan Kongres Belia Asia (19-25
Februari 1948) dan Persidangan Parti Komunis India pada Mac 1948. Persidangan ini
membuat keputusan mengarahkan supaya komunis melancarkan perjuangan bersenjata di
Asia Tenggara termasuklah Tanah Melayu.
PKM melakukan pembunuhan terhadap pengurus ladang dan lombong, menyerang balai
polis dan pusat keselamatan yang terpencil, menyerang hendap pasukan keselamatan,
mengugut, menculik dan keganasan lain.
Menjelang pertengahan tahun 1948, keganasan PKM semakin hebat. Antara bulan Oktober
1945 hingga Disember 1947, PKM melakukan 191 pembunuhan dan dalam enam bulan
pertama tahun 1948, sebanyak 107 pembunuhan. Kemuncak keganasan berlaku pada 12 Jun
1948, apabila tiga orang pemimpin Kuomintang dibunuh di Johor, dan diikuti oleh
pembunuhan tiga orang peladang Eropah dalam masa satu hari di Sungai Siput, Perak pada
16 Jun 1948.
Peristiwa ini memaksa kerajaan British mengisytiharkan darurat di Sungai Siput dan beberapa tempat di Johor
pada 18 Jun 1948. Sehari selepas itu, darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu dan diikuti di Singapura
pada 23 Jun 1948.Setelah undang-undang Darurat dikuatkuasakan, PKM dan pertubuhan di bawah
naungannya diharamkan. Oleh itu, bermulalah secara rasmi usaha kerajaan British untuk memerangi
keganasan komunis di Tanah Melayu.
FAKTOR-FAKTOR FAHAMAN KOMUNIS TIDAK MENDAPAT SOKONGAN
Sebahagian besar penduduk Tanah Melayu terutama orang Melayu tidak menyokong fahaman dan
perjuangan komunis. Ia berpunca daripada beberapa sebab. Namun terdapat beberapa orang Melayu yang
terlibat dalam gerakan komunis seperti Musa Ahmad, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin dan Abdullah C.D.
Antara faktor tidak mendapat sokongan ialah:
1. Fahaman komunis adalah bertentangan dengan ajaran Islam, iaitu menolak kepercayaan tentang
wujudnya tuhan.
2. Rasa curiga dalam kalangan masyarakat Melayu dan India berikutan Parti Komunis Malaya (PKM)
majoritinya dianggotai oleh kaum Cina.
3. Terdapat segelintir masyarakat Cina yang tidak berminat menyertai komunis, sebaliknya lebih
berminat bergiat aktif dalam aktiviti ekonomi. Sebagai contoh tertubuhnya Malayan Chinese
Association (MCA) yang berperanan menjaga kepentingan orang Cina.
4. Penduduk tempatan tidak menyukai taktik keganasan yang digunakan oleh komunis.
5. Orang Melayu masih berpegang kepada sikap menyerahkan hal pentadbiran kepada sultan.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KOMUNIS
1. Pengisytiharan Undang-Undang Darurat (Emergency Regulations)
- Mengisytiharkan Undang-Undang Darurat dengan memberi kuasa luas kepada kerajaan (polis &
tentera) untuk mengenakan hukuman berat kepada mereka yang membantu komunis,
termasuk hukuman mati kepada mereka yang memiliki senjata api.
- Pada 15 Julai 1948, kerajaan British menguatkuasakan Undang-undang Darurat di seluruh Tanah
Melayu
- Membuat kawalan ke atas jalan raya dan menangkap semua penduduk yang disyaki menjadi
tempat persembunyian, tempat menyalur makanan, tenaga kerja dan maklum keselamatan
kepada komunis
25
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
- Sesiapa yang didapati memiliki dokumen PKM dan menyebarkan propaganda akan dipenjara
sehingga 10 tahun.
- Kerajaan British juga berkuasa membuat tangkapan, penahanan, perintah berkurung,
memeriksa rumah, menutup jalan raya, lorong dan sungai.
- Undang-undang Darurat juga meliputi hukuman mati kepada mereka yang membantu komunis.
- Juga memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengawal kedai dan arahan menutup kedai yang
disyaki membantu komunis serta menghukum buang negeri kepada mereka yang disyaki
menyokong komunis.
2. Kad pengenalan
- Dalam tempoh perintah berkurung dikuatkuasakan kerajaan telah mewajibkan Pendaftaran
penduduk (Pendaftaran Kebangsaan) di Tanah Melayu iaitu kad pengenalan bertujuan untuk
mengawal pergerakan penduduk.
- Penduduk yang berumur 12 tahun ke atas mesti didaftarkan dan wajib miliki kad pengenalan
untuk membezakan penduduk tempatan dengan komunis.
3. Rancangan Briggs
- Ia dibuat oleh Leftenan General Sir Harold Rowdon Briggs yang dilantik sebagai Pengarah
Operasi Darurat pada April 1950.
- Rancangan ini melibatkan penempatan semula penduduk Cina di kawasan pinggir hutan ke
penempatan baru yang digelar “Kampung Baru”.
- Briggs percaya pemberian perlindungan penting kepada penduduk setinggan di kawasan
pinggir hutan supaya mereka akhirnya akan menyokong kerajaan British.
- Tindakan ini bertujuan untuk menjauhkan penduduk daripada gangguan komunis dan
memutuskan hubungan komunis dengan pembekal makanan dan maklumat yang
kebanyakannya terdiri daripada orang Cina. Ia dilakukan dengan menyekat bekalan makanan,
ubat-ubatan dan maklumat daripada sampai ke tangan komunis melalui sekatan jalan raya.
4. Kampung Baru
- Kampung-kampung Baru dibuat untuk penempatan semula penduduk di satu kawasan dengan
pelbagai keperluan dan kemudahan sosial serta dipagar dan dikawal ketat oleh pasukan
keselamatan
- Orang Cina di pinggir hutan, pekerja lombong dan ladang terlibat dalam rancangan ini
- Pada Disember 1950, terdapat 194 kawasan penempatan semula dengan penduduk berjumlah
lebih 290,000 orang.
- Sehingga akhir Darurat kira-kira 1.2 juta penduduk luar bandar, iaitu lebih kurang satu per tujuh
jumlah penduduk Tanah Melayu telah dipindahkan ke kira-kira 600 kawasan penempatan baru.
- Gerakan Kelaparan dilancarkan dengan mengawal keluar masuk penduduk di kawasan kampong
baru. Ia bertujuan untuk memastikan komunis tidak mendapat bekalan makanna, senjata,
maklumat dan ubat-ubatan. Manakala setiap ketua keluarga diberi Kad Catuan Makanan bagi
memastikan setiap keluarga memperolehi makanan yang mencukupi.
5. Pasukan Home Guard & Skim Pendaftaran Rumah
- Briggs juga memperkenalkan pasukan Home Guard sukarela dan sambilan bagi mengawal
pekan, kampong dan kawasan penempatan semula pada September 1950.
- Home Guard dibentuk bagi membolehkan penduduk kampong terlibat secara aktif membantu
pasukan keselamatan menjaga dan mengawal kampong daripada ancaman komunis.
- Home Guard juga ditugaskan untuk mengawal kemasukan orang asing ke kampong dan
mengatur perkhidmatan kesihatan di sekolah dan kerja kebajikan.
- Mereka juga bertindak menyekat penyaluran makanan dan ubatan dari kampong ke kawasan
penempatan semula daripada jatuh ke tangan komunis.
- Setiap anggota pasukan diberi latihan menggunakan senapang patah dan latihan menembak
dimana Senjata api dibekalkan oleh kerajaan
- Wanita turut tidak terkecuali menyertai pasukan Home Guard
26
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
- Pada Januari 1950, Briggs turut memperkenalkan skim pendaftaran rumah, di mana setiap
penduduk wajib mendaftarkan diri melalui ketua rumah dan ketua kampong atau ketua
kawasan.
- Ketua setiap keluarga dikehendaki mengisi rekod anggota keluarga seperti nama dan butir-butir
mereka yang berumur 12 tahun ke atas.
- Sekiranya seseorang itu tidak bermalam di rumah semalam, ketua hendaklah merekodkannya.
- Sekiranya ada tetamu yang dating ke rumah dan bermalam, nama dan butiran lengkapnya mesti
direkodkan.
- Ketua kampong diberi kuasa untuk memasuki mana-mana rumah di kawasan kekuasaannya
pada bila-bila masa untuk menyiasat bilangan anggota yang tinggal di rumah berkenaan dan
rekod mereka.
6. Langkah Ketenteraan
- Sir Gerald Templer telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu pada 1952
menggantikan Sir Henry Gurney.
- Sebagai seorang jeneral tentera, beliau menggunakan kekuatan ketenteraan untuk
menghapuskan komunis.
- Langkah ketenteraan beliau termasuk menggunakan 13 batalion askar Inggeris, Gurkha dan
Melayu, melatih 67,000 mata-mata khas Melayu, membentuk system pengawal kampong (home
guard) berjumlah 210,000 pada 1953.
- Mendapatkan bantuan daripada tentera komanwel seperti dari Australia, New Zealand dan
Rhodesia.
- Pasukan Polis Hutan (Jungle Squad) ditubuhkan untuk bantu polis dalam operasi di pinggir hutan
- Pasukan polis dikenali sebagai ‘Mata-mata Tambahan’ juga dibentuk
- Membesarkan Rejimen Askar Melayu dan melengkapkan pasukan Meriam
- Kekuatan ketenteraan membolehkan kerajaan melancarkan serangan lebih agresif terhadap
anggota komunis, dan memastikan bahawa tiada makanan diseludup keluar bagi kegunaan
gerila komunis.
7. Perang Saraf
- Di perkenalkan oleh Sir Gerald Walter Templer dalam kempen untuk “Memenangi hati dan
fikiran rakyat”.
- Beliau memujuk rakyat pelbagai kaum bersatu dan menghapuskan perasaan perkauman serta
bersama membanteras komunis.
- Oleh itu, kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis” dilaksanakan.Antara
tindakan yang dilakukan ialah penduduk pelbagai kaum bersama-sama membawa sepanduk
mengutuk keganasan komunis dan membakar patung-patung komunis.
- Selain itu, mereka turut menyebarkan risalah kepada semua penduduk bertujuan supaya
penduduk tempatan bekerjasama dengan kerajaan British banteras kegiatan komunis
- Templer telah memperluaskan kanun kewarganegaraan untuk meliputi kaum bukan Melayu. Di
bawah kanun tersebut, kewarganegaraan boleh diperolehi melalui permohonan oleh kaum Cina
dan India di Persekutuan Tanah Melayu.
- Oleh itu kaum Cina dan India juga akan mendapat hak yang sama rata dengan penduduk di Tanah
Melayu.
- Tawaran dilakukan dengan menggugurkan risalah dari udara ke dalam hutan belantara supaya
pihak komunis juga mendapat informasi seperti tawaran penyerahan diri dan melonggarkan
syarat kewarganegaraan
- Hasil daripada tindakan itu, bermula tengah malam 14 September 1952, seramai kira-kira
1,200,000 orang Cina layak menjadi warganegara. Dengan itu, PKM telah kehilangan sebahagian
besar penyokongnya.
- Memberikan hadiah wang tunai yang lumayan kepada orang ramai yang memberi maklumat
untuk membolehkan kerajaan menangkap komunis mulai April 1955
- Ganjaran yang ditawarkan berbeza mengikut kedudukan pengganas dalam hierarki jawatan
PKM
27
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
Jawatan dalam Parti Komunis Malaya Hadiah Wang Tunai
1. Setiausaha Agung (Chin Peng) $ 250 000
2. Ahli Biro Politik $ 200 000
3. Ahli Jawatankuasa Pusat $150 000
4. Ahli Jawatankuasa Negeri dan Daerah $120 000
5. Anggota Biasa
$2500-$2000
- Tawaran pengampunan turut diberikan kepada komunis yang menyerah diri secara sukarela
oleh pihak kerajaan di mana Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran pengampunan setiap
hari. Selain itu, poster juga ditampal di merata-rata tempat, di samping wayang gambar dan
iklan digunakan untuk memujuk komunis menyerah diri.
8. Pengisytiharan kawasan hitam dan kawasan putih
- Templer telah mewujudkan konsep kawasan putih dan kawasan hitam untuk memikat hati
penduduk supaya memberikan kerjasama dan maklumat kepada pasukan keselamatan.
- Kawasan putih adalah kawasan yang bebas dari ancaman komunis manakala kawasan hitam
merupakan kawasan pengganas komunis yang aktif, dan dikenakan perintah berkurung.
- Dengan cara ini, penduduk akan berusaha menjadikan kawasan masing-masing bersih daripada
pengaruh komunis dan seterusnya bebas daripada sekatan Darurat.
- Buat pertama kalinya, pada 3 September 1953, kawasan seluas kira-kira 572.39 kilometer
persegi di Melaka diisytiharkan sebagai kawasan putih dan 160,000 penduduk bebas daripada
pengaruh komunis.
- Ini merupakan petanda bahawa komunis semakin lemah dan kemenangan di pihak kerajaan
semakin terserlah.
- Dalam masa dua tahun (1952-1954) perkhidmatan Templer di Tanah Melayu, dua pertiga
daripada Komunis telah dihapuskan.
9. Rundingan Baling
- Situasi politik Tanah Melayu telah berubah pada 1955 iaitu persediaan untuk menghadapi
Pilihanraya Umum. Hal ini telah mempengaruhi tindakan PKM bahawa perjuangan bersenjata
tidak akan berjaya.
- Sebulan sebelum PRU Chen Ping menghantar surat untuk menawarkan rundingan damai dengan
kerajaan tetapi ditolak.
- Tiga minggu selepas Tunku Abdul Rahman menawarkan pengampunan semula kepada ahli
komunis berakhir, Chen Ping sekali lagi menghantar surat menyatakan kesediaannya untuk
membincangkan penyelesaian politik dengan pihak kerajaan.
- Ekoran itu Rundingan Baling diadakan antara komunis dengan kerajaan Tanah Melayu untuk
menamatkan darurat.
Perwakilan Nama
KM Persekutuan Tanah Melayu
Ketua Menteri Singapura Tunku Abdul Rahman
Presiden MCA
Parti Komunis Malaya David Marshall
Tan Cheng Lock
1. Chin Peng (Setiausaha Agung)
2. Chen Tien (Ketua Propaganda)
3. Rashid Mydin (AJK Pusat)
- Diadakan di Baling,Kedah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tunku Putera pada 28-29
Disember 1955
28
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
- Wakil Kerajaan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman (Ketua Menteri Persekutuan), Dato Tan
Cheng Lock (Pemimpin MCA), Too Joon Hing PKM (Penolong Menteri Pendidikan) dan David
Marshall (Ketua Menteri Singapura).
- Namun demikian, rundingan menemui jalan buntu kerana kedua-dua pihak enggan bertolak
ansur.Komunis enggan menyerah diri serta membubarkan PKM, manakala Tunku enggan
mengiktiraf PKM sebagai sebagai sebuah parti politik yang sah.
- Tunku mencadangkan PKM meletakkan senjata dan menyerah diri tanpa syarat dan menerima
tawaran pengampunan daripada pihak kerajaan
- Tiga hari selepas kemerdekaan Tunku telah membuka semula penawaran pengampunan baru,
iaitu Tawaran Pengampunan Merdeka kepada komunis yang berkuatkuasa selama 8 bulan.
- Sepanjang tempoh tawaran seramai 319 orang komunis menyerah diri dan pada akhir 1958,
hanya terdapat 250 orang komunis yang bergiat di Tanah Melayu. Ini menunjukkan PKM benar-
benar lemah.
- Pada 19 April 1960, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Darurat tamat dalam majlis
pembukaan persidangan Parlimen dan berkuat kuasa mulai 31 Julai 1960.
- Dengan itu, maka berakhirlah Darurat yang berlangsung selama 12 tahun 45 hari di Tanah
Melayu. Namun begitu kegiatan komunis masih berterusan terutamanya di kawasan sempadan
Tanah Melayu dan Thailand.
Tanggal 12 October, 1957.
Yang Berhormat Perdana Menteri,
Persekutuan Tanah Melayu.
Dengan hormatnya saya maa’lomkan bahawa saya bersedia berunding semula dengan Tengku untuk
menchapai suatu persetujuan yang a’dil dan menasabah bagi menamatkan peperangan.
Dalam hal ini,agar perundingan kita pada kali ini dapat menchapai persetujuan dengan
lunaknya,maka saya menchadangkan hendaknya diadakan terlebih dahulu pertemuan pendahuluan
diantara wakil2 dari pehak saya dengan pehak Tengku.
Sekian terima kaseh.
Yang benar,
………………………..
(Chen Ping)
S/U Agong,
Party Komunis Malaya
Surat Chen Ping kepada Tunku meminta diadakan rundingan semula
KESAN-KESAN DARURAT
1. Kesan Politik
British mempercepatkan langkah-langkah memberi taraf berkerajaan sendiri kepada penduduk
tempatan
Kerajaan British mengambil tindakan keras terhadap parti-parti politik berhaluan kiri yang bersimpati
dengan perjuangan PKM seperti Ahmad Boestamam,Ishak Hj.Muhammad,Parti Kebangsaan Melayu
Malaya,Angkatan Pemuda Insaf,Angkatan Wanita Sedar,PUTERA
Kegiatan politik mula dilonggarkan dan ini membawa kepada kelahiran beberapa buah parti politik
seperti Parti Islam Se-Malaya (PAS),dan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
29
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
2. Kesan Ekonomi
Kerajaan memikul beban perbelanjaan yang besar untuk membanteras pemberontakan bersenjata
PKM kerana banyak ladang getah dan lombong bijih timah menjadi sasaran serangan komunis untuk
melumpuhkan ekonomi TM
Serangan ke atas landasan kereta api dan kenderaan awam memberi kesan kepada sistem
perhubungan dan menjejaskan kegiatan perdagangan
Kegiatan ekonomi yang sering tergendala menjejaskan pengeluaran hasil bumi dan eksport Tanah
Melayu termasuk hasil pertanian di pinggir hutan terbiar apabila penduduknya dipindahkan ke
kawasan lain
Catuan makanan kerana masalah kekurangan beras disebabkan banyak kawasan sawah ditinggalkan
petani tanpa diusahakan akibat perintah berkurung
3. Kesan Sosial
Menimbulkan kesusahan dan penderitaan ke atas kehidupan rakyat akibat keganasan komunis
Kesukaran mendapatkan bekalan makanan dan bergerak akibat pelbagai sekatan oleh kerajaan
Undang-undang darurat memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tindakan yang perlu
bagi menentang komunis
Kerajaan British longgarkan syarat kerakyatan
Masalah hubungan kaum terutama di antara orang Melayu dan Cina
Penubuhan J/Kuasa Perhubungan Antara Kaum 1949,diketuai oleh Dato’ E.E.C.Thuraisingham
Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) Februari 1949 untuk menarik minat orang Cina
bergiat dalam pertubuhan politik berhaluan kanan dan mengubah sikap mereka terhadap ideologi
komunisme.
MALAYAN UNION (1946)
Pengenalan
Kerajaan Inggeris telah mengemukakan cadangan Kertas Putih untuk melaksanakan 1 sistem pentadbiran
baru iaitu dikenali sebagai Malayan Union pada 10 Oktober 1945. Kertas Putih ini diluluskan pada 22 Januari
1946. Sir Harold Mac Michael dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan tandatangan daripada Raja-
raja Melayu. Beliau telah ditugaskan untuk mendapatkan persetujuan daripada kesemua 9 orang Raja Melayu
selama 2 bulan dari 20 Oktober-21 Disember 1945 dan ini dilakukan dengan paksaan.
Disebabkan Sultan Johor (Sultan Ibrahim) merupakan sultan yang paling kanan, Mac Michael telah memaksa
Baginda sebagai sultan yang pertama menandatangani Dokumen Malayan Union. Jika baginda bersetuju raja-
raja yang lain tentu mengikutinya. Ugutan kepada raja-raja Melayu sekiranya tidak mempersetujui atau
menandatangani, mereka dilucutkan jawatan dengan alasan mereka telah bersubahat dengan pihak Jepun
bagi menentang Inggeris di Tanah Melayu. Malayan Union telah diisytiharkan secara rasmi pada 1 April 1946
dengan pelantikan Gabenor yang pertama iaitu Sir Edward Gent19.
Senarai dan tarikh Raja-raja Melayu yang menandatangani perjanjian MU 1946
Negeri Nama Sultan Tarikh Ditandatangani
Johor Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar 20 Oktober 1945
Selangor Sultan Hishamuddin Alam Shah 24 Oktober 1945
Pahang Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azam Shah 2 November 1945
N.Sembilan Tuanku Abdul Rahman 14 November 1945
Perak Sultan Abdul Aziz Al’Mu’tasim Billah Shah 22 November 1945
Kedah Sultan Badlishah 2 Disember 1945
Perlis Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail 4 Disember 1945
Kelantan Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Muhammad ke-IV 17 Disember 1945
Terengganu Sultan Ismail Nasiruddin Shah 21 Disember 1945
19 Zainal Abidin Abdul Wahid et al. 1996. Malaysia Warisan Dan Perkembangan, Dewan Bahasa dan Pustaka , halaman 282.
30
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
Tujuan Penubuhan Malayan Union
1. Untuk menyatukan wilayah dan meningkatkan kecekapan pentadbiran
Penyatuan memberi kebaikan dari aspek politik,ekonomi dan social
Menjamin penguasaan British ke atas sumber ekonomi TM seperti bijih timah dan getah
2. British menyimpan perasaan anti-Melayu (dendam)
Cara mengajar raja-raja Melayu kerana bekerjasama dengan Jepun sebelum ini
Mengurang dan mengawal kuasa orang Melayu
3. Langkah penyatuan politik
Mengintegrasi kaum Cina,Melayu dan India menjadi komuniti yang kuat
Menafikan ketaatan golongan pendatang kepada negara asal
Memastikan sumbangan mereka sebagai sumber tenaga yang maju dan perkembangan ekonomi
terpelihara
4. Memelihara kepentingan Inggeris di TM
Kepentingan ekonomi,politik dan pertahanan mereka
Tercapai sekiranya negeri-negeri di TM disatukan di bawah satu sistem pentadbiran
Inggeris berusaha mendapatkan penyertaan NNMTB melalui MU
5. Membentuk pentadbiran yang sistematik dan menyeragamkan pentadbiran
Negeri-negeri Selat ,NNMB,NNMTB akan disatukan di bawah satu sistem pentadbiran berpusat
yang diketuai seorang Gabenor
Proses perlaksanaan pentadbiran di seluruh negeri akan menjadi semakin cekap, licin dan lancer
Mengukuhkan pertahanan Inggeris sekiranya berlaku peperangan
Kestabilan politik di negeri-negeri Melayu ternyata lebih terjamin
Menarik minat pelaburan asing untuk memajukan ekonomi di TM
6. Menjimatkan kos pentadbiran di negeri-negeri Melayu
Penggabungan ketiga-tiga jenis sistem pentadbiran yang sedia disatukan di bawah satu
pemerintahan kesatuan menjimatkan kos kerana pentadbiran diselaraskan dibawah kuasa Gabenor
British.
7. Menyediakan penduduk TM ke arah berkerajaan sendiri
Berdasarkan Piagam Atlantik yg ditandatangani antara Britain, AS dan pengumuman PBB pada
Ogos 1941,Britain bersetuju memberi kemerdekaan kepada tanah jajahannya termasuk TM setelah
Perang Dunia Kedua tamat
Selaras dengan dasar anti-penjajahan yang diamalkan oleh Parti Buruh yang baru menguasai pucuk
pimpinan di Britain
Sebelum kemerdekaan diberi,perlu bagi kerajaan Inggeris menyatukan negeri-negeri TM bagi
mewujudkan kesedaran kebangsaan di kalangan penduduk
Pihak Inggeris cuba memperlihatkan usaha mereka melatih orang Melayu mentadbir negara yang
bakal diberi kemerdekaan
31
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
CIRI-CIRI MALAYAN UNION
1. Semua negeri Melayu termasuk P.Pinang dan Melaka disatukan di bawah 1 pentadbiran pemerintahan
Gabenor British
2. Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Kerja 20 yang berpusat di Kuala Lumpur.
3. Singapura dikecualikan dan dijadikan Tanah Jajahan Mahkota British di bawah seorang Gabenor British.
Singapura dipisahkan dengan alasan mempunyai bilangan penduduk Cina yg ramai. Kepentingan
Singapura terhadap British ialah Singapura dijadikan pangkalan angkatan tentera laut British.
Bentuk pentadbiran Malayan Union
4. Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan dan hanya boleh bersuara dalam hal ehwal agama Islam dan
adat istiadat Melayu sahaja.
5. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan
Prinsip Jus Soli menentukan hak kerakyatan menerusi tempat lahir.
Mereka yang telah menetap di TM sebelum MU boleh menjadi warganegara secara automatik
Semua kaum yang dilahirkan di TM dan Singapura selepas pengisytiharan MU pada 1 April 1946
adalah layak untuk mendapat kerakyatan.
Mereka yang telah menetap di TM/Singapura selama 5 tahun layak memohon kewarganegaraan
Sesiapa yang berumer 18 tahun ke atas serta telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura
selama 10-15 tahun sebeulm 15 Februari 1942 akan diberi kerakyatan
Kanak-kanak dibawah umur 18 tahun yang ibu bapanya warganegara turut diberi kerakyatan
Prinsip Jus Soli akan menghilangkan majoriti kaum Melayu di TM
Orang Melayu kehilangan hak dan keistimewaan sebagai penduduk asal di TM
20 Ruslan Zainuddin, Mohd Mahade Ismail dan Zaini Othman , 2010, Kenegaraan Malaysia,Oxford Fajar Sdn Bhd , muka surat 151
32
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION
Sebab Penentangan
1. Kehilangan kedaulatan & kuasa raja
Sultan kehilangan kuasa di tangan Gabenor dan berkuasa pada nama sahaja
Sultan kehilangan kuasa pentadbiran hanya berkuasa keatas hal ehwal agama Islam dan adat istiadat
org Melayu sahaja
2. Pemberian kerakyatan secara jus soli
Perlembagaan Malayan Union menawarkan syarat-syarat kerakyatan yang longgar kepada bukan
Melayu
Ini akan mengurangkan majoriti orang Melayu, mengancam kedudukan ekonomi dan politik orang
Melayu. Ia juga melibatkan kesetiaan kaum bukan Melayu kepada Tanah Melayu yang masih diragui.
3. Persamaan hak kepada semua rakyat di Tanah Melayu
Persamaan hak sama rata tanpa mengira kaum akan mengancam kedudukan istimewa orang Melayu
Sebagai penduduk peribumi di Tanah Melayu, orang Melayu berasakan bahawa mereka perlu
menikmati hak dan kedudukan yang istimewa berbanding kaum lain.
4. MU digubal tanpa mendapatkan pandangan orang Melayu
MU dirancang di London tanpa pengetahuan dan penglibatan pemimpin-pemimpin Melayu dan
dilakukan secara tergesa-gesa.
Sultan diberi masa sehari untuk membaca syarat-syarat dan menandatanganinya tanpa berbincang
dengan pembesar negeri.
5. Kaedah Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu
Menggunakan kekerasan dan paksaan dan mendapatkan persetujuan tanpa menyatakan syarat-
syarat yang terkandung di dalam MU
Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk bincang dengan pembesar-pembesar negeri dan rakyat
FAKTOR KEGAGALAN PERLAKSANAAN MALAYAN UNION
Akibat penentangan berterusan daripada penduduk tempatan, akhirnya Malayan Union gagal dilaksanakan
di Tanah Melayu. Faktor kegagalannya ialah seperti berikut:
1. Tentangan hebat dan berterusan daripada orang Melayu. Cadangan penubuhan Malayan Union
telah menyemarakkan semangat nasionalisme orang Melayu. Orang bukan Melayu tidak
memberikan sokongan padu terhadap perlaksanaan Malayan Union. Orang Cina Singapura tidak
berminat dengan penubuhannya kerana tidak melibatkan Singapura.
2. Perlaksanaan Malayan Union tidak “kena” pada masanya. Kesan daripada pendudukan Jepun
permusuhan antara kaum Cina dan Melayu masih wujud. Keadaan di Tanah Melayu belum begitu
aman. Masalah ekonomi dan sosial masih belum reda. Orang Melayu merasakan Malayan Union akan
merugikan mereka yang sangat taat pada raja dan negeri mereka.
3. Cara pengenalan yang salah. Malayan Union digubal tanpa berbincang dengan raja-raja Melayu di
London. Kehendak dan situasi penduduk Tanah Melayu tidak diambilkira. Menggunakan taktik
“political blackmail” atau ugutan tidak disenangi oleh orang Melayu.
4. Tentangan daripada bekas pegawai-pegawai British di Tanah Melayu. Mereka mendesak British
melindungi hak istimewa dan kepentingan orang Melayu sebagai pribumi di Tanah Melayu.
33
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
Bentuk & Jenis Penentangan
1. Peranan Dato’ Onn Bin Jaafar
Dato Onn Jaafar menjadi Yang di-Pertua UMNO yang pertama menggesa semua pertubuhan Melayu
bersatu bagi memelihara kepentingan orang-orang Melayu
20 November 1945,lapan buah pertubuhan Melayu di Johor bergabung menubuhkan Ikatan Melayu
Johor diikuti Gerakan Melayu Semenanjung Tanah Melayu pada 3 Januari 1946 oleh Dato’ Onn
42 pertubuhan Melayu menyertai perhimpunan pada 1-4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman,
Kg.Baru,K.Lumpur yang dinamakan sebagai Kongres Melayu se-Malaya. Semua bersetuju
menyatukan semua persatuan Melayu negeri untuk menentang MU
Kongres Melayu SeMalaya ke dua diadakan di Johor Bharu pada 11 Mei 1946, telah meluluskan
pembentukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
UMNO menyatupadukan orang Melayu dan raja-raja Melayu di seluruh negara untuk menentang
Malayan Union.
2. Sokongan bekas pegawai-pegawai tadbir Inggeris
Sir Cecil Clementi Smith,Sir Frank Swttenham,Sir George Maxwell,Richard Winstedt dan Ronald
Bradell menyatakan perasaan tidak puas hati dilahirkan melalui akhbar ‘The Times’ di London
Bekas-bekas Pegawai British di Tanah Melayu tersebut telah menyuarakan kebimbangan terhadap
perlaksanaan Malayan Union serta mengecam keras rancangan yang dipaksakan ke atas Tanah
Melayu
Akhbar The Times berpendapat sebelum MU dilaksanakan, penduduk Tanah Melayu mesti diberi
peluang menyuarakan pandangan mereka terlebih dahulu
Akhbar The Times mencadangkan beberapa pindaan ke atas Malayan Union seperti Orang Cina dan
India perlu melucutkan kerakyatan negara asal mereka sebelum mendapat kerakyatan Tanah
Melayu, manakala raja-raja Melayu perlu mempunyai suara dalam Majlis Mesyuarat Undangan yang
baru.
3. Bantahan melalui akhbar
Utusan Melayu di Singapura,akhbar Majlis di Kuala Lumpur dan Warta Malaya di P.Pinang
Akhbar-akhbar ini menyeru dan membangkitkan semangat orang-orang Melayu menentang MU
Utusan Melayu mempertikaikan cara Sultan-sultan menandatangani perlembagaan MU
Warta Malaya menyeru orang-orang Melayu bersatu menubuhkan pertubuhan kebangsaan bagi
menentang MU
4. Gerakan demonstrasi
Diadakan sewaktu Mac Michael mengunjungi sultan bagi mendapatkan persetujuan
Diadakan di beberapa bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Alor Setar
5. Bantahan melalui persatuan-persatuan Melayu
Di peringkat negeri dengan mengadakan perarakan dan tunjuk perasaan di seluruh Tanah Melayu. Pada
Mac 1946, Persatuan Melayu Selangor menganjurkan Kongres Melayu Se-Malaya di Kelab Sultan
Sulaiman, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh wakil 42 buah pertubuhan Melayu.
6. Penentangan daripada tokoh-tokoh wanita Melayu
Antara tokoh tersebut seperti Zaharah Abdullah (Johor), Halimahton Abdul Majid (Negeri Sembilan) dan
Saleha Ali (Selangor)
34
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
7. Penentangan daripada orang bukan Melayu
Pada awalnya kaum Cina hanya bersikap “tunggu dan lihat” kerana menunggu janji daripada British
yang mahu memberikan kerakyatan kepada mereka.
Oleh kerana British menangguhkan perkara berkaitan kewarganegaran tersebut, orang Cina berasa
curiga dan menganggap British mungkir janji.
Mereka melahirkan bantahan dalam akhbar-akhbar Cina dan menubuhkan Malayan Democratic
Union (MDU) dianggotai kaum Cina profesional pada Disember 1945 menentang kerana tidak
menyertakan Singapura
Bantahan orang Cina dipusatkan melalui sebuah badan iaitu All Malayan Council of Joint Action
(AMCJA) yang diketuai oleh Tan Cheng Lock
J/Kuasa bertindak Bersama ditubuhkan di Singapura pd Disember 1946 dan Tan Cheng Lock dilantik
sebagai presidennya
Bagi kaum India, mereka tidak berminat dengan kemelut politik di Tanah Melayu, kerana tumpuan
mereka lebih kepada keadaan politik di India dan perjuangan Parti Kongres India.
Setelah UMNO mendesak supaya kerajaan British meminda peruntukan berkaitan kerakyatan,
baharulah sikap orang India berubah dan menuntut hak kerakyatan yang sama.
8. Menghantar surat bantahan dan telegram ke London
Orang Melayu bertindak memulaukan upacara perlantikan Sir Edward Gent sebagai gabenor
Jeneral yang pertama.
Dengan usaha Dato' Onn, istiadat perlantikan gabenor telah dipulaukan oleh Raja-Raja Melayu.
Beribu-ribu orang Melayu telah berkumpul di hotel tempat persemayaman raja-raja dan
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
Pengenalan
Setelah Malayan Union dibubarkan, maka pada 12 Julai 1946 British telah membentuk sebuah Jawatankuasa
Kerja dibentuk untuk mewujudkan perlembagaan baru menggantikan Malayan Union. Ahlinya ialah 4 orang
wakil Raja-raja Melayu, 2 orang wakil UMNO dan 6 orang pegawai kerajaan British
Wakil Raja-Raja Melayu Wakil UMNO
Dato’ Hamzah (Selangor)
Mohamad Sheriff (Kedah) Dato’ Onn bin Jaafar (Johor)
Raja Kamarulzaman (Perak) Dato’ Abdul Rahman bin Mohd Yassin (Johor)
Dato’ Nik Ahmad Kamil (kelantan)
Turut Serta
Pihak Kerajaan British
Alexander T.Newboult Sir Ralph H.Hone (bagi pihak MacDonald)
K.K.O’Connor Sir Theodore S.Adams (bagi pihak Raja2 Melayu)
W.D.Godsall Sir Roland Bradell (bagi pihak UMNO)
Dr.H.William Linehan
A.Williams
D.C.Watherston (S/U)
35
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
1. Jawatankuasa Kerja tersebut ditugaskan untuk merangka satu perlembagaan baru yang boleh diterima
oleh orang Melayu dan menjadi asas kemajuan politik di Tanah Melayu. Cadangan Jawatankuasa Kerja
Perlembagaan Persekutuan TM 1948:
Pemulihan kedudukan Raja-raja Melayu dengan kedaulatan mereka dikembalikan
Penubuhan Dewan Undangan Negeri bagi setiap negeri
Syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat bagi kaum bukan Melayu
Jaminan kedudukan istimewa org Melayu dalam perlembagaan
2. Untuk mendapatkan pandangan kaum bukan Melayu berkaitan rangka perlembagaan tersebut, British
telah menubuhkan satu Jawatankuasa Perundingan yang dianggotai oleh orang bukan Melayu.
Jawatankuasa Perundingan ini dianggotai oleh orang Eropah, Cina dan India dan diketuai oleh seorang
pegawai British.
3. AMCJA menggabungkan beberapa pertubuhan bukan Melayu seperti
- Malayan Democratic Union (MDU)
- Malayan Indian Congress (MIC)
- Malayan New-Democratic Youth League (MNDYL)
- MPAJA Ex-Services Comrades Association (MPAJAESCA)
- Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU)
4. Pertubuhan politik Melayu yang berada di luar UMNO iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),
Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) membentuk Pusat Tenaga Rakyat
(PUTERA) pada 22 Februari 1947 yang dipengerusi kan oleh Dr.Burhanuddin Al-Helmy menentang rangka
perlembagaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja.
5. AMCJA telah berkerjasama dengan PUTERA bertindak menentang rangka perlembagaan tersebut
kerana menganggap tidak mewakili kepentingan kaum bukan Melayu. AMCJA – PUTERA lalu
mengemukakan tuntutan dan cadangan baru yang mengandungi 10 perkara yang dipanggil
Perlembagaan Rakyat. Cadangan dan tuntutan AMCJA-PUTERA dalam Perlembagaan Rakyat 1947
- Singapura disatukan dengan TM
- Sesebuah Kerajaan Pusat dan Majlis-majlis Negeri dipilih
- Raja-raja Melayu akan mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat
- Hak keistimewaan orang Melayu diwujudkan
- Adat-istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu
- Kerakyatan yang sama rata
- Merah dan putih menjadi latar belakang bendera Tanah Melayu
- Bahasa Melayu menjadi Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi
- Pertahanan dan hal-ehwal luar negara haruslah menjadi tanggung jawab bersama British dan Tanah
Melayu
- Warganegara Tanah Melayu harus dikenali sebagai “Melayu”
6. Pada peringkat awalnya British mengambil sikap tidak peduli dengan tuntutan tersebut, ini telah
mencetuskan hartal di seluruh TM pada 20 Oktober 1947 oleh pengikut-pengikut AMCJA-PUTERA tetapi
gagal mencapai sasarannya. Ekoran peristiwa tersebut, British mula sedar tentang peri pentingnya
memberikan perhatian terhadap reaksi orang bukan Melayu. Oleh yang demikian, Jawatankuasa
Perundingan ditubuhkan dan dianggotai oleh pegawai-pegawai British dan orang bukan Melayu untuk
membincangkan 10 perkara tersebut. Dengan itu, Perlembagaan baru telah digubal dan ditandatangani
oleh Raja-raja Melayu pada Januari 1948.
36
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
1. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan melalui satu perjanjian yang ditandatangani oleh
9 orang Raja-Raja Melayu dengan Pesuruhjaya Tinggi British pada 21 Januari 1948.
2. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah berkuatkuasa mulai 1 Februari 1948
3. Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 antaranya:
Mengandungi 9 buah negeri Melayu dan 2 buah Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka.
Singapura dikekalkan sebagai sebuah tanah jajahan British yang berasingan.
Di Ketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerja dan
Majlis Undangan Persekutuan Kerajaan PTM akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang
dilantik oleh kerajaan British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Kerajaan
Persekutuan.
Penubuhan Majlis Raja-raja Melayu yang ditugaskan untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi British dan
Majlis Mesyuarat Undangan Negeri di peringkat negeri yang fungsinya sama seperti Majlis Mesyuarat
Undangan Persekutuan.
Jawatan Menteri Besar diwujud bagi menggantikan jawatan Residen British dan kuasa kerajaan
negeri pula ditambah termasuk kewangan, kerajaan tempatan dan kesihatan.
Pemberian kerakyatan kepada orang asing yang mahu menetap di Tanah Melayu setelah
Perlembagaan tahun 1984 dikuatkuasakan. Mereka yang dianggap sebagai warganegara
Persekutuan Tanah Melayu ialah:
o Semua rakyat raja di sebuah negeri Melayu
o Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang dan Melaka serta menetap selama 15 tahun
berturut-turut di mana-mana negeri dalam Persekutuan
o Rakyat British yang dilahirkan di Persekutuan yang bapanya sendiri dilahirkan di Persekutuan
atau telah menetap selama 15 tahun berturut-turut.
o Mereka yang dilahirkan dalam Persekutuan dan bertutur dalam bahasa Melayu dan
mengamalkan adat Melayu. Mereka yang dilahirkan di Persekutuan dan ibu bapanya juga
dilahirkan di Persekutuan dan menetap selama 15 tahun berturut-turut.
Penduduk lain yang bukan daripada kalangan di atas layak memohon menjadi warganegara dengan
syarat-syarat berikut :
o Dilahirkan di Persekutuan dan menetap selama lapan tahun dari tempoh 12 tahun atau menetap
selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum permohonan itu dibuat
o Pemohon mesti dapat meyakinkan mereka akan berkelakuan baik, mempunyai pengetahuan
dalam bahasa Melayu atau Inggeris dan mesti berumur tidak kurang dari 18 tahun.
37
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
RUNDINGAN KEMERDEKAAN
PILIHANRAYA 1952- Pilihan Raya Perbandaran
PILIHANRAYA 1955- Pilihan Raya Pertama
Parti Perikatan Menang
Januari 1956
Tunku mengetuai rombongan ke London untuk berunding dengan Inggeris.
Turut sama ialah:
4 orang wakil Parti Perikatan
4 orang wakil Raja Melayu
Wakil Kerajaan Inggeris di Tanah Melayu
Hasil: Kemerdekaan akan diberikan dengan syarat menubuhkan satu suruhanjaya bagi merangka
perlembagaan baru Tanah Melayu.
1956
Suruhanjaya Reid ditubuhkan.
Suruhanjaya ini mengambil kira pandangan penduduk Tanah Melayu.
Sebanyak 131 memorandum bertulis telah diterima.
8 Februari 1956
Perjanjian London ditandatangani dan telah menetapkan tarikh kemerdekaan.
Sekembalinya dari London Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di Padang
Bandar Hilir Melaka
15 Ogos 1957
Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan perlembagaan Tanah Melayu setelah menjalani
proses pengkajian dan pindaan.
Perlembagaan ini berasaskan kepada Raja Berperlembagaan
dan Demokrasi Berparlimen.
31 Ogos 1957
Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di
Padang Kelab Selangor setelah dilantik sebagai Perdana Menteri.
Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang Dipertuan
Agong.
1. Dalam manifesto Pilihan Raya umum tahun 1955, Parti Perikatan berjanji berusaha memperoleh
kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun.
2. Pada 8 Ogos 1955,Tunku menghantar memorandum kepada Pejabat Tanah Jajahan British melahirkan
hasrat merundingkan soal kemerdekaan TM
3. Memorandum diserah kepada Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British,Alan Lennox Boyd pada 23
Ogos 1955
4. Dalam rundingan dengan British, Raja-Raja Melayu bersetuju dengan keputusan meminda Perlembagaan
Persekutuan
5. Raja-Raja Melayu juga meminta rundingan kemerdekaan tidak diadakan dengan wakil Perikatan sahaja
tetap turut melibatkan mereka
6. Raja-Raja Melayu mencadangkan 4 wakil Raja-Raja Melayu, 2 wakil Parti Perikatan dan Peguam Negara
sebagai penasihat
7. Sebaliknya,Perikatan meminta jumlah wakil yang sama banyak dengan Raja-Raja Melayu
8. Pada November 1955,wakil Raja-Raja Melayu dan Perikatan mengadakan rundingan terlebih dahulu
untuk mencapai kata sepakat
38
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
9. Rundingan tertumpu kepada perkara seperti kawalan kewangan,perlantikan rakyat tempatan bagi
mengetuai jabatan-jabatan kerajaan, keselamatan dalam negeri dan penggubalan perlembagaan
10. Tunku memberi jaminan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai raja berperlembagaan tidak akan terjejas
selepas TM merdeka
11. Pada 1 Januari 1956,rombongan kemerdekaan bertolak ke London
12. Wakil Raja2 Melayu diketuai Menteri Besar Perak dan Perikatan diketuai Tunku
13. Rombongan kemerdekaan ini turut dibiayai oleh para serikandi UMNO serta orang Melayu. Mereka
menyerahkan apa jua barangan kemas yang ada di badan seperti gelang, loket, subang, pin baju dan
sebagainya untuk didermakan bagi membiayaai pemergian Tunku dan rombongan.
14. Manakala yang lelakinya pula menyerahkan tongkat berkepala emas, jam tangan dan lain-lain barang
berharga.
15. Pada 1hb Januari 1956, Tunku dan rombongan kemerdekaan bertolak ke Karachi, Pakistan dengan kapal
laut MV Asia dari Singapura. Dari Karachi, mereka meneruskan penerbangan ke Kaherah seterusnya ke
London.
16. Rombongan tiba di London pada 14 Januari 1956,mereka mengadakan pertemuan dengan PM Britain,
Sir Anthony Aden. Rundingan berlangsung selama mulai 18 Januari-8 Februari 1956
17. Kerajaan British diwakili Alan Lennox Boyd, PTB di TM Sir Donald MacGillivray,Setiausaha Negara John
Hare dan para pegawai lain
18. Pada 8 Februari 1956,satu perjanjian ditandatangani antara Perikatan, Raja-Raja Melayu dengan Alan
Lennox Boyd di Lancaster House
19. Antara perkara penting yang dipersetujui dalam rundingan itu termasuklah:
Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Selepas
merdeka, Tanah Melayu akan terus kekal dalam lingkungan komanwel dengan mengamalkan sistem
pemerintahan secara demokrasi.
Rakyat tempatan akan mengambil alih jawatan-jawatan penting seperti Menteri Pertahanan,
Menteri Dalam Negeri, Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan.
Pihak British dibenarkan untuk menempatan tenteranya di Tanah Melayu.
Sebuah badan bebas dibentuk bagi menggubal perlembagaan baharu Tanah Melayu.
Jawatan Penasihat British di negeri2 Melayu dihapuskan
Kerajaan Perikatan bersetuju tidak akan memiliki atau mengambil alih harta benda atau perniagaan
British di Tanah Melayu.
20. Rombongan Parti Perikatan pulang ke tanah air pada 20 Februari 1956. Lebih 100 000 orang rakyat dari
seluruh negara tertumpu di Padang Bandar Hilir Melaka untuk menyambut kepulangan Tunku dan
rombongannya. Tunku mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di hadapan satu rapat umum yang besar.
SURUHANJAYA REID
1. Ditubuhkan pada 21 Mac 1956 dengan dipengerusikan oleh Lord Reid dari Britain
2. Dianggotai oleh 4 org hakim dari negara KOMANWEL iaitu Sir Ivor Jennings (Britain),Sir William Mckell
(Australia),Hakim B.Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
3. Ditugaskan untuk menggubal satu perlembagaan baru bagi TM yang merdeka
4. Memerima 131 memorandum bertulis yang dihantar orang perseorangan dan parti politik Memorandum
Perikatan mencerminkan tolak ansur antara ketiga-tiga kaum terbesar dan dikenali sebagai ‘Pakatan
Murni’
5. Perkara penting dalam ‘Pakatan Murni’ menjadi 4 unsur tradisi yang dimasukkan dalam perlembagaan
iaitu agama Islam,kedudukan Raja-Raja Melayu,Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu
6. Suruhanjaya ini telah bersidang sebanyak 118 kali mulai Jun-Oktober 1956 untuk mengkaji dan
mengambilkira pandangan serta maklum balas daripada semua pihak.
7. Pada Mei 1957, sebuah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan yang terdiri daripada 11 orang ahli untuk
menyemak dan mengkaji Laporan Reid.
8. Rangka perlembagaan itu dibentangkan dalam Majlis Undangan Persekutuan dan diluluskan pada 15
Ogos 1957
9. Perlembagaan baru PTM berkuatkuasa mulai 27 Ogos 1957
39
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN 1957
1. Terdapat 5 ciri utama dalam struktur kerajaan yang diamalkan:
a) Ketua negara bagi PTM ialah Yang di-Pertuan Agong
b) Ketua kerajaan bagi PTM ialah Perdana Menteri
c) Sebuah badan perundangan di peringkat persekutuan yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan
Dewan Negara.
d) Ketua perlembagaan di peringkat negeri terletak pada Gabenor/Raja/Yang di-pertua Negeri.
e) Setiap negeri mempunyai Majlis Undangan Negeri. Pentadbiran negeri diketua Menteri Besar/ Ketua
Menteri.
2. Pemberian taraf kewarganegaraan dibuat berasaskan perkara-perkara berikut:
Mereka yang telah menjadi warganegara Persekutuan sebelum Hari Merdeka.
Semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu pada atau selepas Hari Merdeka.
Mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan di Persekutuan dan telah bermastautin
selama lima daripada tujuh tahun yang terdahulu, boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan
mengangkat sumpah taat setia.
Mereka yang berumur 21 tahun ke atas yang dilahirkan di luar Persekutuan, tetapi telah
bermastautin selama lapan daripada 12 tahun yang terdahulu, dan boleh bertutur dalam bahasa
Melayu serta mengangkat sumpah taat setia.
Pemilikan dua kerakyatan tidak dibenarkan, kecuali bagi mereka yang memiliki kerakyatan
Komanwel.
3. Peruntukan tentang bahasa, iaitu:
a) Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan di Tanah Melayu. Pembelajaran dan penggunaan Bahasa
bahasa asing yang lain secara umumnya tidak dilarang.
b) Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam persidangan Majlis Mesyuarat Undangan dan mahkamah atau
lain-lain urusan rasmi dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka.
4. Terdapat dua peruntukan lain yang berhubung dengan agama Islam dan kedudukan istimewa orang
Melayu, iaitu:
a) Agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan
bebas di mana-mana tempat dalam Persekutuan.
b) Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin oleh perlembagaan, iaitu berhubung dengan pemberian
tanah di kawasan simpanan, kuota 4/5 dalam perkhidmatan awam dan 3/5 dalam perkhidmatan lain
serta keutamaan dalam pemberian biasiswa, lesen perniagaan dan lain-lain bantuan kerajaan
PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN
1. Perjanjian Persekutuan TM mengiktiraf TM sebagai negara yang merdeka dan berdaulat, ditandatangani
pada 5 Ogos 1957 oleh raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald Mac Gallivary di King’s
House, Kuala Lumpur.
2. Perkara yang ditambah dalam Perlembagaan 1957 ialah menggantikan jawatan PesuruhjayaTinggi British
dengan YDPA ,pemberian kerakyatan diperluaskan,kuasa kehakiman diserahkan kepada rakyat
tempatan.
3. Pada pukul 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan
Sultan Abdul Samad, Padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka) sebagai menandakan berakhirnya
penjajahan British di Tanah Melayu dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang
merdeka
4. Pada pagi 31 Ogos 1957di Stadium Merdeka, Duke of Gloucester yang mewakili Ratu Elizabeth II
menyerahkan dokumen pengisytiharan kemerdekaan TM kepada Tunku selaku Perdana Menteri
pertama. Tunku kemudiannya melaungkan perkataan ‘merdeka’ sebanyak tujuh kali dan disambut oleh
ribuan rakyat yang hadir
40
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
SOALAN PERBINCANGAN
1. Jelaskan konsep kemerdekaan berdasarkan pengetahuan anda sendiri. [sesi 1/2020]
2. Jelaskan kepentingan kemerdekaan bagi sesebuah negara.
3. Bandingkan perlembagaan Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
4. Sekiranya Malayan Union berjaya dilaksanakan pada tahun 1946, bagaimanakah situasi politik,
ekonomi dan sosial Malaysia pada hari ini? [sesi 1/2020]
5. Berikan pandangan anda terhadap tindakan sesetengah pihak yang telah membawa pulang abu
mayat mendiang Chin Peng dari Thailand ke Malaysia pada tahun 2019. [sesi 1/2020]
6. Adakah kemerdekaan bermaksud bebas daripada penjajahan semata-mata? Bincangkan.
[Sesi 2/2020]
7. Gerakan penentangan berlaku secara secara menyeluruh di Tanah Melayu termasuk di Sabah dan
Sarawak. Sekiranya anda berada pada masa itu adakah anda turut menyertai gerakan penentangan
tersebut? Terangkan sebab penyertaan anda. [Sesi 2/2020]
41
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
BAB 4
PEMBENTUKAN MALAYSIA
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran, pelajar dapat:-
1. Mengenalpasti faktor-faktor ke arah usaha menggabungkan wilayah lain dengan Tanah Melayu
2. Menganalisis reaksi wilayah yang terlibat kearah Pembentukan Malaysia
3. Mengaitkan sejarah pembentukan Malaysia dengan situasi berlarutan kini iaitu tuntutan terhadap Sabah
oleh Kesultanan Sulu
PENGENALAN
Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan Perdana Menteri Persekutuan Tanah
Melayu, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.21 Dalam ucapan tersebut, beliau telah menyuarakan idea
untuk mewujudkan satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu
dengan wilayah jajahan British, iaitu Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei.
STATUS POLITIK 5 buah negeri yang mahu bergabung dibawah pembentukan Malaysia iaitu Brunei, Sabah,
Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.
- Kelima negeri ini mempunyai status politik yang berbeza iatu ada yang dah merdeka dan belum
dibebaskan oleh penjajah.
- Tanah Melayu sahaja yang bebas daripada penjajahan Inggeris kerana telah mendapatkan
kemerdekaan pada 1957.
- Singapura masih berada dibawah status koloni kerana Inggeris belum memberi kebebasan yang
mutlak.
- Manakala Brunei, Sabah dan Sarawak masih lagi berada dibawah naungan dan penjajahan Inggeris.
- 4 buah negeri yang mahu bergabung di bawah Malaysia akan mendapat kebebasan daripada
penjajahan Inggeris.
CADANGAN PENUBUHAN MALAYSIA
Cadangan penubuhan Malaysia bukan saja dicadangkan oleh British tetapi juga pihak tempatan. David
Marshall pernah mencadangkan Singapura bercantum dengan Tanah Melayu. Tokoh di Tanah Melayu yang
mencadangkannya ialah Ghazalie Shafie dan Tan Cheng Lock. Lee Kuan Yew juga menyatakan cadangannya
untuk menyatukan Singapura dan Tanah Melayu.
Semasa persidangan UMNO 1955,Tunku Abdul Rahman menjemput Singapura untuk bergabung sekaligus
mencapai kemerdekaan bersama. 6 bulan kemudian Tunku menyatakan kesediannya untuk bergabung bukan
saja dengan Singapura tetapi juga Brunei, Borneo Utara British (Sabah) dan Sarawak tetapi dengan kerelaan
masing-masing.
Pengumuman oleh Tunku ini dibuat setelah beliau mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh tertentu
seperti Lee Kuan Yew, Mc Millan dan Senu Abdul Rahman. Senu Abdul Rahman adalah orang yang
bertanggung jawab meninjau pandangan Brunei, Sabah dan Sarawak mengenai penggabungan tersebut.
Tahun 1963 barulah cadangan ini dibincangkan dengan serius setelah melalui banyak rintangan dan halangan
yang timbul.
21 Ucapan Tunku Abdul Rahman berlangsung di Hotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengah hari di
hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara. Mardiana Nordin & Hasnah Hussein, Pengajian
Malaysia Edisi Kelima, (Selangor: Herald Printers Sdn. Bhd., 2014), hlm. 110.
42
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terbentuknya Gagasan Malaysia. Dan faktor ini
menjadi sebab kukuh kepada usaha-usaha konkrit yang dilaksanakan oleh banyak pihak yang terlibat seperti
dari pihak Tunku, Singapura, Sabah dan Sarawak serta Brunei.
1. MENGELAKKAN ANCAMAN DAN PENGARUH KOMUNIS
Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura membimbangkan
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengaruh komunis mula menyusup masuk ke dalam parti yang
memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew.
Kegiatan dan pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan
Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihanraya kecil pada
tahun 1961 bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis semakin merebak di
Singapura.
Perkembangan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kerana beliau khuatir Singapura akan dikuasai
oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu.
2. MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA
Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan
Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan
negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British semasa cadangan ini
ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkkan dalam status negeri jajahan, manakala
Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.
Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua
tahun. Jika Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan secara berasingan, besar kemungkinan
kemerdekaan itu tidak akan tercapai biarpun dalam tempoh lima tahun ataupun sebaliknya.
Dalam tahun-tahun 1960-an, kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk memberi
kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahannya. Sabah dan Sarawak merupakan wilayah jajahan British
yang belum bersedia untuk merdeka apatah lagi untuk berdikari kerana suasana ekonomi dan politiknya
yang kurang memuaskan.
Tunku Abdul Rahman berpendapat kerajaan British tidak bercadang untuk memberi kemerdekaan
kepada Sabah dan Sarawak walaupun dalam masa lima tahun. Oleh itu, Tunku percaya dengan
membawa masuk Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan
mempercepatkan kemerdekaan dua wilayah ini disamping dapat mengelakkan hasrat komunis untuk
membentuk tampuk pemerintahannya.
Sekiranya kemerdekaan tidak diberikan kepada wilayah tersebut, pihak British khuatir wilayah tersebut
akan dipengaruhi oleh komunis dan akan menyebabkan British akan hilang kepentingan ekonomi dan
sosial pada masa yang akan datang. Disamping itu, terdapat juga pengaruh-pengaruh luar seperti Filipina
dan Indonesia yang berminat terhadap negeri Sabah, Sarawak dan Brunei.
3. PERKONGSIAN FAEDAH EKONOMI
Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan
perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara anggota yang kaya dengan
sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber
ekonomi sekaligus ia dapat meningkatkan pembangunan ekonomi, terutama di Sabah dan Sarawak
yang masih belum maju dari segi ekonominya.
Tanah Melayu, Singapura dan Brunei boleh menjadi penyumbang kepada negara-negara yang masih
belum maju seperti Sabah dan Sarawak. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah,
Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Manakala Singapura pula akan lebih selamat dari segi
ekonomi sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia.
43
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
4. MEMBELA MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SABAH& SARAWAK.
Sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, nasib penduduk di wilayah ini tidak sama
dengan nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, terutama golongan Bumiputera. Kebanyakan
jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut dipegang oleh bangsa asing. Sebahagian
besar penduduk pula terlibat dalam sektor pertanian dan penggunaan tanah untuk sistem penanaman
tetap hanya pada kadar 3% sahaja.
Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan ke dalam Persekutuan Malaysia, Kemungkinan layanan
istimewa akan diberikan kepada penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih besar. Malahan,
kedudukan dan keistimewaan Bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Golongan Bumiputera di kedua-dua wilayah ini juga tidak mendapat layanan yang baik daripada kerajaan
British manakala orang-orang luar yang datang ke wilayah ini diberi perhatian. Justeru, tahap
pendidikan, penguasaan ekonomi, kadar celik huruf dan pengisian jawatan kerajaan lebih tinggi di
kalangan orang luar. Kaum Bumiputera yang mempunyai pendidikan tinggi sangat sedikit dan faktor ini
membataskan peluang mereka untuk menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan.
5. MENJAGA KEPENTINGAN DAN HAK KAUM BUMIPUTERA DI SEMUA WILAYAH TERBABIT
Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah
Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura
sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk
Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan
dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan
terbesar.
Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja, bilangan masyarakat Cina
akan menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran penduduk Tanah Melayu
pada tahun 1960, orang Melayu kira-kira 50% dan orang Cina 36.9%. Justeru, apabila penduduk Sabah dan
Sarawak diambil kira, bilangan kaum Bumiputera termasuk Melayu akan menjadi 46.3%, sementara
orang Cina menjadi 42.4%. Ini bermaksud untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan Bumiputera
tidak terancam, kemasukkan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan Melayu dan Bumiputera
kekal sebagai kumpulan terbesar.
REAKSI TANAH MELAYU, SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA
Reaksi Tanah Melayu
- Sokongan terhadap konsep Malaysia lebih menyeluruh tetapi ada juga pihak-pihak tertentu yang
berlainan pendapat.
- Sebilangan pemimpin Umno ragu-ragu penggabungan dengan Singapura kerana bimbangkan orang
Melayu akan rugi berdasarkan nisbah penududuk.
- Kemasukan Sabah dan Sarawak menghilangkan keraguan kerana nisbah penduduk tidaklagi serius.
- Sokongan terhadap penubuhan ini makin meluas apabila Duta Malaya IAITU Senu Abdul Rahman
membuat laporan yang penduduk Borneo Utara berminat untuk bergabung.
- PAS dengan lantang menyuarakan tentangan kerana mendakwa orang Melayu akan kerugian
dengan penggabungan ini.
- PAS lebih berminat dengan konsep MAFILINDO yang menggabungkan Malaya, Filipina dan
Indonesia
44
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
Reaksi Sabah
Pada peringkat awal, wujud beberapa penentangan daripada beberapa buah parti politik yang
melaungkan sentiment anti-Malaysia. Misalnya Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu dan Pasok
Momogun Kebangsaan Borneo Utara yang masing-masing ditubuhkan pada tahun 1961 dan 1962
menentang keras pembentukan Malaysia, malahan berjuang untuk kemerdekaan Sabah.
Walau bagaimanapun, terdapat parti politik Sabah yang menerima rancangan Tunku Abdul
Rahman, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu. Sehingga Oktober 1962, masih ramai
penduduk Sabah yang sangsi dengan pembentukan Malaysia.
Menjelang lewat tahun 1962 dan awal tahun 1963, sebahagian besar penduduk berubah fikiran
setelah menerima lebih banyak penerangan. Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu,
Donald Stephens yang dulunya menentang telah memberikan sokongan kuat dan memujuk
masyarakat Kadazan menerima pembentukan Malaysia.
Reaksi Sarawak
Di Sarawak, Parti Negara Sarawak (PANAS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti
Kebangsaan Sarawak (SNAP) menentang kuat pembentukan Malaysia. Hanya parti Barisan Rakyat
Jati Sarawak (BERJASA) menyokong cadangan pembentukan Malaysia ini.
Reaksi Brunei
Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong konsep pembentukan Malaysia. Kebanyakan rakyat Brunei
berminat menyertai Malaysia, Cuma mereka lebih berhasrat untuk memperoleh kemerdekaan sendiri
dahulu sebelum digabungkan.
Walau bagaimanapun, penentangan hebat datang daripada Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan
A.M Azahari. A.M Azahari lebih berminat terhadap cadangan penyatuan Borneo Utara yang
melibatkan Brunei, Sabah dan Sarawak yang dipanggil kerajaan Kalimantan Utara.
Parti Rakyat Brunei ini berjaya mempengaruhi penduduk Brunei untuk menentang pembentukan
Malaysia. A.M Azahari berpendapat pembentukan Malaysia merupakan cara kerajaan British
mengekalkan pengaruhnya di wilayah-wilayah yang pernah dijajah oleh mereka supaya penguasaan
ekonominya berkekalan dan menjamin keselamatan mereka.
Reaksi Singapura
Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) menyambut baik
rancangan pembentukan Malaysia. Dengan pembentukan ini, mereka dapat menyelamatkan PAP
daripada ancaman golongan kiri.
Parti Rakyat SIngapura (UPP) menentang gagasan Malaysia dengan alasan penggabungan ini
merupakan satu rancangan kerajaan British untuk mengekalkan pengaruhnya.
Keadaan menjadi semakin tegang apabila calon PAP telah dikalahkan oleh calon Parti Rakyat
SIngapura dan Parti Buruh dalam satu pilihan raya kecil di Hong Lim dan Anson pada bulan April 1961.
Justeru, Lee Kuan Yew bersetuju memasuki Persekutuan Malaysia walaupun tidak dipersetujui oleh
sesetengah parti berhaluan kiri yang tetap dengan pendirian mereka menantang gagasan Malaysia.
45
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
REAKSI NEGARA-NEGARA ASEAN
Terdapat tentangan yang perlu dihadapi dari 2 negara iaitu Filipina dan Indonesia. Filipina memprotes
pembentukan Malaysia dan Indonesia pula menghalang pembentukan Malaysia sehingga berlaku
konfrantasi dan hubungan diplomatik terputus dengan Malaysia.
Konfratasi Malaysia- Filipina
Presiden Macapagal mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada milik negaranya. Beliau bersama
pegawai-pegawai tinggi Filipina menuntut hak Filipina keatas Sabah dan pernah menuntut kerajaan
British mengembalikan Sabah kepada mereka melalui surat rasmi bertarikh 22 Jun 1962. Namun,
kerajaan British tidak melayan tuntutan tersebut.
Rentetan hal ini, Presiden Macapagal telah membuat kecaman secara terbuka terhadap
pembentukan Malaysia semasa Kongres Filipina pada 28 Januari 1963.
Peristiwa ini menyebabkan hubungan diplomatik antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Filipina
terjejas
Konfrantasi Malaysia- Indonesia
Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrantasinya pada 20 Januari 1963 dengan slogan
‘Ganyang Malaysia’. Alasan Sukarno ialah kerana Tanah Melayu membelakangkan Indonesia semasa
penubuhan Malaysia. Tindakan ini adalah kerana penubuhan Malaysia mengancam idea
pembentukan empayar Indonesia Raya. Ianya juga merupakan taktik mengalih perhatian rakyatnya
daripada beberapa masalah dalaman.
Indonesia menetang kerana menganggap Tanah Melayu tidak mengajaknya untuk berunding di
peringkat awal. Mereka mendakwa yang Malaysia mahu menubuhkan struktur politik baru dengan
membelakangi kepentingan Indonesia.
Dasar konfrantasi Sukarno memuncak dengan penghantaran Tentera Indonesia sempadan Sabah
dan Sarawak. Malahan, sekumpulan tentera juga dihantar ke pantai barat Johor untuk tujuan
pengintipan dan menjalankan tindakan subversive. Semua serangan ini berjaya dikalahkan oleh
Malaysia tetapi hubungan antara dua negara ini menjadi renggang.
Beberapa langkah telah diambil oleh Persekutuan Tanah Melayu dan kerajaan British bagi mengatasi
persengketaan ini, misalnya penubuhan MAPHILINDO.22
Pada tahun 1965, Sukarno telah digulingkan oleh Jeneral Suharto. Menteri Luar Indonesia, Adam
Malik membuat perjanjian damai bagi mengakhiri konfrantasi pada bulan ogos 1966.
LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
Proses perbincangan dan perundingan kearah pembentukan Malaysia ini sebenarnya sangat panjang dan
kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadangan ini dapat
direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukanini memuaskan hati
semua pihak.
1. JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (JPPM)
Pada bulan Julai 1961, satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah Melayu
dan Borneo telah diadakan di Singapura. Semasa mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah
Melayu dan Singapura telah mengambil peluang ini untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada
22 MAPHILINDO merupakan suatu cantuman gugusan tiga buah negara, iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia,
tujuan utama penubuhan ikatan ini adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan
menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia. Ianya ditubuhkan pada Julai
1963 khususnya untuk menangani konflik yang timbul ekoran pembentukan Malaysia.
46
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
perwakilan Sabah, Sarawak dan Brunei yang hadir ke mesyuarat tersebut. Penerangan ini didapati telah
mengurangkan salah faham, terutama di kalangan pemimpin tiga wilayah tersebut tentang penubuhan
Malaysia.
Kesan daripada persefahaman ini, mesyuarat telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menerangkan dengan lebih jelas
akan konsep Malaysia kepada orang ramai, khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Untuk
tujuan ini, jawatankuasa akan mengumpul dan membandingkan idea-idea serta pendapat yang
dikemukakan berhubung Malaysia. Keterangan-keterangan dan perbincangan akan dilaksanakan
dengan lebih giat untuk menyegerakan rancangan pembentukan Malaysia ini.
Selain itu, jawatankuasa juga seboleh mungkin berusaha mendapatkan kata sepakat daripada
pemimpin-pemimpin politik di semua daerah terbabit. Semenjak pembentukan jawatankuasa ini,
mereka telah mengadakan perjumpaan sebanyak empat kali, iaitu pertamanya di Jesselton (Kota
Kinabalu sekarang) pada 21 Ogos 1961, kedua di Kuching pada 18 Disember 1961, ketiga di Kuala Lumpur
pada 6 Januari 1962 dan keempat di Singapura pada 1 Februari 1962.
2. SURUHANJAYA COBBOLD
Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara atau Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan setelah satu
rundingan dibuat antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British pada bulan
November 1961. Suruhanjaya ini dilantik secara rasmi pada 16 Januari 1962.
Suruhanjaya ini dipanggil Suruhanjaya Cobbold sempena nama ketuanya, iaitu Lord Cobbold seorang
berbangsa Inggeris. Ahli-ahli suruhanjaya ini ialah Lord Cobbold, iaitu bekas Gabenor Bank England
sebagai ketua, Anthony Abell dan David Waterson yang mewakili kerajaan British, sementara Dato’
Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara dan
Sarawak berkenaan hal ini dan membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu.
Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari 1962 dan berakhir
pada bulan April 1962. Dalam tempoh dua bulan tersebut, Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan 50
perjumpaan di 35 buah tempat, iaitu 20 di Sarawak dan 15 di Sabah serta telah menemui lebih daripada
4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah kumpulan.
Selain itu, suruhanjaya ini juga mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum daripada
orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka. Semasa menjalankan tugasnya, suruhanjaya telah
menerima lebih daripada 2000 (lebih kurang 600 pucuk surat dari Sabah dan selebihnya dari Sarawak )
memorandum yang dikemukakan sama ada oleh lembaga-lembaga bandaran, ketua-ketua kaum, Majlis
Daerah, parti-parti politik, persatuan-persatuan, dewan-dewan perdagangan, pemimpin-pemimpin
agama mahupun orang perseorangan.
Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian mengemukakan
sebuah laporan penyiasatan kepada kerajaan British kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Jun
1962. Menurut laporan suruhanjaya ini, lebih kurang 80% daripada penduduk Sabah dan Sarawak
menyokong pembentukan ini dan sebahagian besar daripada mereka ialah kaum Bumiputera. Secara
keseluruhan, bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi kepada tiga golongan iaitu:
o 1/3 daripada dua buah negeri ini menyokong penuh penggabungan tanpa syarat
o 1/3 lagi turut menyokong, tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu.
o 1/3 lagi separuhnya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung dan separuhnya yang
menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan British. Bilangan yang menentang ini dicatatkan
hanya lebih kurang 20% sahaja.
47
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
Gambar 9: Ahli Suruhanjaya Cobbold
3. JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN
Selepas Suruhanjaya Cobbold membuat laporan yang agak memuaskan, tugas untuk merangka syarat-
syarat Persekutuan secara terperinci telah dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang dipanggil
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang bertindak sebagai
Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-
wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura.
Jawatankuasa ini telah membentuk satu perlembagaan khususnya yang melibatkan permintaan Sabah
dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada parti-parti politik di Sabah dan
Sarawak.
4. REFERENDUM SINGAPURA
Singapura turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil Referendum Singapura. Kerajaan
Singapura membuat keputusan untuk mengadakan referendum sebagai satu cara meninjau pendapat
penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat Singapura berhubung
penubuhan Malaysia. Secara keseluruhan, pungutan suara ini bukan bertujuan untuk membenarkan
rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka
yang tertentu.
Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak komunis yang
tidak bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah memulau pungutan suara
dengan membuang undi kosong. Namun selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi
menyokong pembentukan Malaysia.
FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA.
1. PERLEMBAGAAN
Mengikut perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai kastam, cukai eksais dan
cukai pendapatan. Hasil yang dikutip akan dibahagikan berasaskan 60% untuk Singapura dan baki 40% lagi
untuk kerajaan Persekutuan. Oleh sebab beban cukai Singapura paling ringan dan bertambahnya
perbelanjaan pertahanan akibat konfrontasi, kerajaan Persekutuan bercadang mengkaji semula agihan
hasil dan Singapura perlu menyerahkan 60% daripada jumlah hasilnya dan bukanya 40% seperti yang
dipersetujui sebelumnya.
48
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
Cadangan ini dibantah oleh Singapura kerana mengikut perjanjian Malaysia, terdapat satu persetujuan
bahawa sehingga bulan Disember 1968, kerajaan Persekutuan perlu mendapat kebenaran kerajaan
Singapura sebelum mengenakan cukai import yang baharu.
Pada bulan Disember 1964, apabila kerajaan Persekutuan membentangkan belanjawan bagi tahun 1965,
terdapat pelbagai cukai baharu yang dikenakan. Kerajaan Singapura membantah pengenalan cukai-cukai
baharu kerana mereka dikatakan tidak dibawa berunding terlebih dahulu. Pada akhir bulan Februari 1965,
Menteri Kewangan, Tan Siew Sin mengarahkan para pengusaha di Singapura berunding dahulu dengan
kerajaan Persekutuan tentang perlindungan tarif, sebelum membuka kilang. Arahan ini menimbulkan
kemarahan para pengusaha di Singapura sehingga mendapat liputan media yang meluas.
2. PERSAINGAN POLITIK ANTARA PAP DAN MCA
Keadaan ini dapat dilihat apabila pada 9 September 1963, Lee kuan Yew telah menyatakan bahawa
kegiatan politik PAP hanya terbatas di Singapura dan PAP tidak bercadang untuk mengambil bahagian
dalam pilihanraya di anah Melayu dalam tempoh lima tahun selepas penyatuan. Kemudianya, PAP
mengubah keputusan itu dan bertanding dalam pilihanraya umum di Tanah Melayu pada tahun 1964.
Pada masa tersebut Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu
atas sifatnya sebagai sebuah parti perkauman Cina. Penglibatan PAP yang terlalu awal dalam kegiatan
politik di Tanah Melayu juga menjejaskan perpaduan kaum, terutama hubungan UMNO dengan MCA.
Malahan, PAP dikatakan berminat untuk mengantikan MCA bagi mewakili kaum Cina dalam Kerajaan
Perikatan.
3. MASALAH PERKAUMAN
Masalah perkauman ini dapat dilihat pada hubungan antara UMNO dengan PAP yang menjadi semakin
renggang akibat beberapa peristiwa yang berlaku di Singapura. Setelah menyertai Malaysia, orang
Melayu di negeri itu ‘berasa diri mereka diabaikan’ dan kerajaan Singapura tidak mengambil tindakan
untuk membaiki kedudukan mereka. Oleh itu, beberapa buah pertubuhan yang mewakili orang Melayu
menemui Tunku Abdul Rahman untuk melaporkan perkara itu.
Keadaan menjadi semakin rumit selepas Setiausaha Agong UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin
PAP, Lee Kuan Yew cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu di Singapura. Kerajaan Singapura
sering mengencam golongan yang disifatkan sebagai ‘pelampau’ dalam kerajaan Persekutuan, terutama
Syed Jaafar Albar yang dituduh oleh para pemimpin PAP sebagai bertanggungjawab menyebabkan
tercetusnya rusuhan kaum di Singapura pada bulan Julai dan September 1964.
Sikap para pemimpin politik di Singapura yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia juga kurang
disenangi oleh para pemimpin UMNO. Konsep ini seolah-olah mengenepikan institusi dan mencabar
kedudukan istimewa orang Melayu. Pada bulan Mei 1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysian Solidarity
Convention sebagai satu pakatan dikalangan parti pembankang dengan slogan A democratic Malaysian
Malaysia untuk menandingi parti Perikatan. Beliau menyeru diwujudkan satu ‘persamaan hak bagi semua”
melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.
4. PERBEZAAN PENDEKATAN PARTI PERIKATAN DAN PAP
PAP berhasrat untuk mewujudkan masyarakat ‘bukan perkauman’ secara serta-merta dan berpendapat
konflik timbul akibat wujudnya dua bentuk masyarakat yang berlainan. PAP berminat untuk berdebat
secara terbuka dalam hampir semua isu politik dan melaksanakan dasar-dasar baharu dengan segera.
Parti Perikatan terutama UMNO merupakan parti yang dibentuk dengan struktur perkauman berdasarkan
masyarakat majmuk yang sedia wujud di Malaysia. Parti Perikatan berpendapat perbincangan secara
terbuka tentang perbezaan kaum boleh mencetuskan ketegangan dan kekacauan. Perbezaan
pendekatan dalam menghadapi isu-isu perkauman ini mencetuskan pergeseran antara Parti Perikatan
dengan PAP.
49
PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020
BRUNEI
Pada mulanya, gagasan Malaysia ini mendapat sokongan kuat daripada Sultan Omar Ali Saifuddin. Namun
menjelang bulan Julai 1963, Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia.
FAKTOR BRUNEI TIDAK MENYERTAI MALAYSIA
Brunei Darussalam merupakan sebuah negara yang terletak di Kepulauan Borneo, sperti juga negeri Sabah
dan Sarawak yang telah menyertai Malaysia pada 1963. Seperti yang dinyatakan sebelumnya, Brunei hampir-
hampir menyertai Malaysia, tapi beberapa faktor telah menyebabkan Sultan Omar Ali Saifuddin membatalkan
hasrat untuk menyertai Malaysia. Antaranya, ialah kerana isu-isu dan faktor-faktor yang berikut:
Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini namun telah ditolak oleh Parti Rakyat
Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M.Azhari. Penentangan ini dibuat kerana beliau berpendapat Brunei
mestilah mendapat kemerdekaan terlebih dahulu sebelum bergabung dengan Persekutuan Tanah
Melayu. Ditambah lagi, beliau tidak mahu Brunei menjadi jajahan Malaysia. A.M. Azahari juga yakin
bahawa Indonesia dan Filipina akan menyokong pendirian beliau. Penentangan ini telah membantutkan
usaha Brunei untuk menyertai Malaysia.
Pada peringkat awal, Sultan Brunei bersetuju menyertai gagasan tersebut,akan tetapi telah menolak
cadangan itu kerana baginda tidak bersetuju untuk membayar cukai hasil pengeluaran minyak kepada
kerajaan pusat dalam tempoh 10 tahun dan baginda juga tidak berpuas hati kerana tidak diberi
keistimewaan kedudukan dalam majlis raja-raja.
Keghairahan awal Sultan Brunei untuk menyertai Malaysia anehnya tidak berkesudahan apabila Sultan
Omar Ali Sarifuddin membatalkan rancangan untuk menyertai Malaysia. Perubahan itu berlaku kerana
Sultan Brunei kecewa sebab ada di antara tuntutan dan syarat baginda tidak dipenuhi. Antara tuntutan
tersebut ialah:
o Sekurang-kurangnya Brunei mendapat 10 kerusi di Parlimen.
o Hasil minyak adalah dibawah penguasaan Brunei.
o Brunei juga diberi memegang autonomi kewangan.
o Semua pelaburannya hendaklah dikekalkan.
o Kadar cukai yang rendah dikekalkan.
o Program pendidikan dan kebajikannya diteruskan.
o Jaminan keselamatan keatas Brunei terjamin.
o Sultan Brunei inginkan kedudukan lebih tinggi dalam senarai yang akan menjadi Yang DiPertuan
Agong.
SOALAN PERBINCANGAN
1. Bincangkan kebaikan yang diperolehi dari negara baru yang bergabung membentuk Malaysia.
2. Adakah kemasukan Singapura di dalam Malaysia mempunyai kepentingan peribadi oleh pemimpinnya
iaitu Lee Kuan Yew.
3. Bincangkan apakah yang akan berlaku sekiranya Brunei menyertai Malaysia?
4. Apakah kepetingan dua hala dengan negara-negara jiran?
5. Idea pembentukan Malaysia meletakkan Tanah Melayu ke satu tahap yang lebih tinggi daripada
kemunculannya pada tahun 1957 selepas kemerdekaan. Huraikan kesan-kesan yang timbul kpeada
Tanah Melayu hasil daripada Pembentukan Malaysia. [Sesi 2/2020]
6. Huraikan keistimewaan yang akan dinikmati oleh masyarakat Cina dan India hasil daripada penubuhan
negara baru Malaysia. [Sesi 1/2020]
7. Sekiranya Singapura masih lagi bersama dengan Malaysia sehingga ke hari ini. [Sesi 1/2020]
50