The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur aqilah, 2020-11-17 10:23:50

company

Modul PM2

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

BAB 5
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran, pelajar dapat:
1. Mengenalpasti rancangan pembangunan dan matlamatnya kepada negara.
2. Membincangkan dasar ekonomi, sosial dan politik yang disasarkan oleh negara.
3. Membezakan latar belakang pembentukan, matlamat dan strategi perlaksanaan bagi setiap dasar

RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN

Konsep Pembangunan

• Pembangunan Sosial
Keadaan dimana masyarakat mampu memperolehi keperluan asas seperti
makanan, tempat tinggal dan pakaian.

• Pembanguan Ekonomi
Dikaitkan dengan pendapatan seseorang dan kemampuan Negara menyediakan
tenaga kerja, berkemahiran, produktif dan berdedikasi.

• Pembangunan Sikap
Perubahan sikap kepada sikap positif seperti menjadi rajin, tabah kerana ingin
merebut peluang-peluang pembangunan yang disediakan

Matlamat Pembangunan Negara

• Menyediakan perkhidmatan pendidikan dengan mendirikan sekolah rendah,
sekolah menengah, maktab dan universiti

• Menyediakan kemudahan perhubungan dan pengangkutan dengan membina
jalanraya dan lebuhraya

• Mendirikan klinik dan hospital
• Menyalurkan bekalan air, elektrik, bantuan teknikal dan kemudahan infrastruktur.
• Meningkatkan kadar masyarakat celik akal dan celik huruf bagi mewujudkan

masyarakat yang berpengetahuaan dan berkemahiran
• Mengawal jangkitan penyakit berjangkit supaya tahap kesihatan rakyat bertambah

baik
• Kadar kematian bayi dapat dikurangkan dengan ini kerajaan mampu mewujudkan

pasaran tenaga kerja yang mencukupi
• Meningkatan peluang pekerjaan dan ini dapat menyumbangkan kepakaran dalam

sektor swasta dan kerajaan
• Dapat memperseimbangkan pembagunan antara luar Bandar dan Bandar dan ini

dapat mengurangkan jurang kemiskinan

51

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN

 Rancangan Pembangunan Lima tahun merupakan dokumen kerja utama untuk
melaksanakan pembangunan kerajaan dengan menetapkan sasaran dalam
tempoh lima tahun.

 Di bawah ini adalah pelan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara (RPLT)

 Rancangan Malaya Pertama [1956-1960]

 Rancangan Malaya Kedua [1961-1965 ]

 Rancangan Malaysia Pertama [1966-1970]

 Rancangan Malaysia Kedua [1971-1975 ]

 Rancangan Malaysia Ketiga [1976-1980]

 Rancangan Malaysia Keempat [1981-1985 ]

 Rancangan Malaysia Kelima [1986-1990]

 Rancangan Malaysia Keenam [1991-1995 ]

 Rancangan Malaysia Ketujuh [1996-2000]

 Rancangan Malaysia Kelapan [2001-2005 ]

 Rancangan Malaysia Kesembilan [2006-2010 ]

 Rancangan Malaysia Kesepuluh [2011 - 2015 ]

 Rancangan Malaysia Kesebelas [2016 -2020]

_________________________________________________________________________________

DASAR EKONOMI
__________________________________

Pengenalan
Dasar ekonomi adalah satu cara kerajaan dalam mengubah ekonomi Malaysia supaya pengagihan
kekayaan negara dapat dimanfaatkan oleh semua kaum. Bermula dengan peristiwa 13 Mei 1969
kerajaan mula sedar dan memainkan peranannya yang luas dalam mengubah status ekonomi
bumiputera yang jauh ketinggalan berbanding bukan bumiputera. Kini, dasar ekonomi terus
dilaksanakan bagi memastikan Malaysia dapat mencapai impian untuk menjadi negara maju selaras
dengan wawasan 2020.

DASAR
EKONOMI NEGARA

DASAR DASAR DASAR MODEL EKONOMI
EKONOMI BARU (DEB) PEMBANGUNAN WAWASAN BARU (MEB)
NASIONAL (DPN) NEGARA (DWN)

Rajah 1: Dasar-dasar Ekonomi yang dilaksanakan di Malaysia

52

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

DASAR EKONOMI BARU (DEB)

1. Latar Belakang

 Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan dalam tahun 1970 reaksi kepada
peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 terutamanya antara orang Cina dan
Melayu.

 Berikutan dengan rusuhan kaum ini, kerajaan telah mengambil tindakan tegas
bagi mengkaji semula matlamat, strategi dan program pembangunan negara.

 Puncanya adalah jurang ekonomi yang menyebabkan timbulnya prasangka
buruk dan perkauman.

 Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjadi satu
rangka rancangan panjang mencakupi tempoh selama 20 tahun (1970-1990).

 Ia melibatkan empat rancangan lima tahun Malaysia yang dimulakan dengan
Rancangan Malaysia ke 2 dan berakhir pada Rancangan Malaysia ke-5.

 Punca kepada permasalahan tersebut adalah:
o Jurang sosioekonomi antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera.
o Jurang sosioekonomi antara desa dengan bandar.
o Jurang sosioekonomi antara negeri pantai timur dengan pantai barat.
o Jurang sosioekonomi antara negeri di Semenanjung Tanah Melayu
dengan Sabah dan Sarawak.

 Jurang kemiskinan menyebabkan perpaduan masyarakat sukar dipupuk
ditambah lagi permasalahan sosioekonomi antara kaum yang berbeza.

 Kaum Bumiputera merupakan kaum yang berada pada kadar kemiskinan
kerana mereka terlibat dengan sektor pertanian tradisional seperti penanaman
padi, pekebun kecil, nelayan dan penternak.

 Faktor yang mengaitkan dengan masalah kemiskinan ialah:
o Bencana alam yang menyebabkan kerosakan tanaman.
o Kejatuhan harga barangan eksport akibat kemelesetan ekonomi dunia.
o Saiz isi rumah yang terlalu besar.
o Pergantungan kepada orang tengah.
o Corak pertanian tradisonal yang mengurangkan input pengeluaran.

2. Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)

 Matlamat DEB bersifat ‘serampang dua mata’ iaitu:
o Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
o Menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi.

53

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

3. Membasmi Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum
 Bagi mencapai matlamat membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum,
pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan iaitu:

o Mewujudkan peluang pekerjaan tanpa mengira kaum
o Memodenkan kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah dan di luar

bandar.
o Menggalakkan penyertaan dalam bidang perniagaan dan perindustrian.
o Memajukan golongan miskin dalam meningkatkan pendapatan mereka.
o Memperbaik taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,

infrastruktur dan sebagainya.

 Strategi pembasmian kemiskinan turut diadakan oleh kerajaan kepada rakyat
di kawasan luar bandar dan bandar seperti:
o Pembasmian kemiskinan di luar bandar dibuat seperti:
 Menyediakan kemudahan perkhidmatan awam untuk kawasan luar
bandar seperti bekalan elektrik, bekalan air, jalanraya dan sebagainya.
 Menyediakan bantuan subsidi baja untuk petani.
 Menyediakan bantuan buku teks percuma, makanan tambahan dan
biasiswa untuk kemudahan pendidikan.
 Menyediakan program rumah murah.
o Pembasmian kemiskinan di bandar disasarkan kepada golongan yang
terlibat dalam sektor perlombongan, pembuatan, pembinaan dan
perkhidmatan.

4. Penyusunan Semula Masyarakat

 Dasar pecah dan perintah penjajahan British menyebabkan wujudnya
pengenalan kaum mengikut pekerjaan.

 Bagi mencapai matlamat untuk menyusun semula masyarakat, kerajaan telah
membuat beberapa strategi seperti:
o MeningkatKan pendapatan kaum melayu dan menyusun kadar kemiskinan
mengikut kaum.
o Penyusunan semula corak guna tenaga untuk membolehkn orang melayu
diserap dalam sektor perniagaan.
o Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat untuk menambahkan
pemilikan rakyat dalam sektor swasta.
o Membina peluang perdagangan untuk bumiputera.
o Membangunan kawasan-kawasan mundur.
o Meluaskan peluang pelajaran dalam luar dan dalam negeri.

54

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

5. Usaha / Strategi Pelaksanaan

 Usaha/ strategi yang dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai dua matlamat
tersebut iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
diserapkan ke dalam program yang dirangka di bawah Rancangan Malaysia
Kedua hingga Rancangan Malaysia Kelima seperti:
o Penubuhan UDA, Permodalan Nasional Berhad dan Amanah Saham
Nasional untuk meningkatkan pendapatan ahli rumah.
o Akta Penyelarasan Perindustrian bagi memastikan kaum bumiputera
berkecimpung dalam bidang perindustrian.
o Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Penswastaan bagi mewujudkan
peluang pekerjaan yang lebih banyak.
o Menggiatkan pembangunan wilayah bagi membangunkan kawasan yang
mundur.
o Dasar Pertanian Negara dan Rancangan Buku Hijau telah dilakukan untuk
meningkatkan hasil pertanian di luar Bandar.
o FELDA, Skim Tanah Rancangan Negeri, Rancangan Tanah Berkelompok
ditubuhkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dalam bidang
pertanian.
o Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor perkilangan.
o Memperbaiki infrastruktur seperti jalanraya, pengairan dan lain-lain
o Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di
luar bandar melalui proses memodenkan kawasan-kawasan luar bandar.
o Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di
kalangan Bumiputera dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan
ekonomi supaya kaum Bumiputera dapat menjadi rakan seperjuangan
kepada kaum bukan Bumiputera dalam kegiatan-kegiatan ekonomi
moden.
o Menambahkan hakmilik rakyat dalam pemilikan modal produktif negara
termasuklah pemilikan saham dalam sektor syarikat supaya kaum
Bumiputera dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% saham dalam sektor
syarikat, 40% oleh tempatan (bukan bumiputera) dan bakinya rakyat asing.
o Menyusun semula corak gunatenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan
secara berperingkat melalui pertumbuhan ekonomi supaya dapat
mencerminkan susunan kaum negara menjelang 1990.
o Memperluaskan peluang pendidikan kepada semua kaum di dalam dan
luar negeri

55

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

6. Kesan Dasar Ekonomi Baru

 Pada tahun 1990, hasil DEB dapat dilihat dalam 2 aspek iaitu kegagalan dan
kejayaan.

 Aspek kegagalan:
o Sasaran DEB ialah kaum bumiputera dapat memiliki pemilikan harta
sebanyak 30% dan kaum bukan bumiputera 40%. Pengagihan ekonomi
secara saksama tidak tercapai sepertimana yang ditargetkan di mana bagi
bumiputera hanya mencapai 20.3% sahaja tetapi bagi kaum lain melebihi
target iaitu 46.7%.
o Susunan guna tenaga bilangan bumiputera dalam sektor moden dan
professional masih rendah.

 Aspek kejayaan:
o DEB telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi di mana KDNK
berjaya ditingkatkan sebanyak 6.7%.
o Kadar ketidakseimbangan ekonomi di bandar dan luar bandar juga telah
berjaya dilaksanakan walaupun tidak sepenuhnya.
o DEB juga telah dapat mengurangkan kadar kemiskinan rakyat walaupun
tidak dapat menghapuskannya secara keseluruhan.
o Berjaya membawa perubahan kearah perpaduan nasional.
o Pencapaian dalam sektor industri serta pembangunan bandar dimana
penduduk Bumiputera di bandar-bandar juga kian meningkat, misalnya
daripada 41.3% (1985) kepada 44% (1988).

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

1. Latar Belakang

 Dasar Pembangunan Nasional dibentuk bagi menggantikan DEB yang telah
berakhir pada tahun 1990.

 Dibentuk pada 1991 – 2000 bertujuan untuk merealisasikan wawasan 2020.
 Mengambil masa selama tempoh 10 tahun dan merupakan 1/3 daripada

wawasan 2020.
 Dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jun 1991.
 Merupakan langkah awal kearah mencapai taraf negara maju.

2. Matlamat

 Matlamat utama DPN adalah untuk mewujudkan perpaduan negara yang
menjadi asas kestabilan sosial dan politik serta mengekalkan pembangunan
ekonomi yang berterusan.

56

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

 DPN masih memfokuskan pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula
masyarakat sebagai sambungan kepada DEB.

 DPN juga menetapkan kepada kecekapan pentadbiran kerajaan dan
kecemerlangan ekonomi.

 DPN merupakan dasar yang digunakan untuk mencapai taraf sebuah negara
maju dan memperkukuhkan kestabilan sosial, ekonomi dan politik

 Tumpuan DPN juga diberikan kepada pembangunan sumber manusia sebagai
asas penting dalam mencapai matlamat pertumbuhan dengan pengagihan
yang saksama.

3. Usaha / Strategi Pelaksanaan

 Meneruskan strategi asas DEB untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan
semula masyarakat.

 Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi
dan pertumbuhan yang saksama.

 Menggalakkan perkongsian yang adil dan saksama supaya faedah yang
diperolehi daripada pembangunan negara dapat dinikmati bersama oleh semua
rakyat Malaysia.

 Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional menerusi pengurangan jurang
pembangunan ekonomi di antara negeri dan di antara kawasan bandar dan luar
bandar.

 Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja
yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran perlu bagi
menghadapi cabarab dalam pembangunan industri menerusi satu budaya
kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.

 Menjadi sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangaan dan
pembangunan sosioekonomi.

 Memberi perhatian kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam usaha
mencapai pembangunan negara.

 Prestasi tenaga kerja ditingkatkan dengan memberi latihan kepada belia-belia
luar Bandar untuk mencapai kualiti yang tinggi

 Penglibatan swasta dalam pendidikan, kesihatan, jalan-jalan luar bandar,
pengakutan, perumahan, bekalan elektrik dan air.

 Amanah Saham Nasional (ASN) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB)
digunakan untuk memperkukuhkan tabungan Bumiputera.

 Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT) dan menyediakan kemudahan
asas disediakan untuk isirumah desa dan dibandar termasuk ladang dan
kampung baru.

 Mewujudkan gunatenaga dan pembangunan pesat sebuah Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB )

57

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

4. Dimensi Baharu Dasar Pembangunan Nasional

 DPN mengandungi beberapa peralihan pendekatan dalam membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
 Pembasmian kemiskinan memberi penekanan kepada:
o Menghapuskan kemiskinan dalam kalangan golongan termiskin yang
berpendaptan 50% kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
Contoh, tahun 1990 kadar PGK adalah RM370.
o Menumpukan perhatian kepada Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ) untuk mengekalkan
golongan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi.
o Latihan diberikan kepada belia di luar bandar untuk membolehkan mereka
mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan lebih
tinggi.
 Penyusunan semula masyarakat memberi penekanan kepada:
o Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri
dalam penyusunan semula masyarakat.
o Latihan diberikan dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan
diutamakan untuk melahirkan usahawan muda.
o Penyertaan Bumiputera dalam industri kecil dan sederhana menerusi
program subkontrak dan francais.
o Usaha sama secara aktif antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera
untuk meningkatkan prospek perniagaan.
o Mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum etnik, antara
golongan kaya dengan miskin dan antara wilayah.
o Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) ditubuhkan pada Januari 1998
untuk menasihati kerajaan mengenai langkah dan strategi untuk
membendung kemerosotan ekonomi dan merancakkan semula
pertumbuhan ekonomi.

5. Kesan Dasar Pembangunan Nasional

 Pencapaian yang berkualiti dan berkekalan dalam aspek-aspek pendidikan dan
latihan.

 Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa menghadapi saingan di peringkat
global, Malaysia telah meningkatkan daya tarikan pelabur dan usahawan asing
supaya memperluaskan aktiviti pelaburan mereka.

 Bagi mengatasi masalah halangan dan perlindungan perdagangan
antarabangsa yang semakin meningkat, Malaysia telah mengamalkan dasar
yang liberal. Dasar ini memberi galakan kepada sektor swasta supaya lebih
bersedia bagi menghadapi sebarang risiko.

 Pengeksport pula digalakkan supaya mengurangkan pergantungan terhadap
Sistem Keutamaan Am (GSP).

58

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

DASAR WAWASAN NEGARA (DWN)

1. Latar Belakang

 Dasar Wawasan Negara telah dilancarkan pada 4 April oleh bekas Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen.

 Dasar ini menjadi program di bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang ke 3.
 Semangat dan falsafah DEB untuk mencapai perpaduan dan penyususunan masyarakat

untuk membasmi kemiskinan dilanjutkan dalam Dasar Wawasan Negara 1991-2020.
 Dasar Ekonomi Baru dan Dasar pembangunan Nasional digabungkan dibawah Dasar

Wawasan negara
 Tema yang utamanya adalah “Meningkatkan keutuhan dan daya saing negara”

2. Matlamat / Dimensi Baharu

 Membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan dan
menghadapi cabaram globalisasi.

 Untuk membina bangsa yang yang berdaya tahan bagi mencapai perpaduan nasional.
 Menggalakkan penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan dan

memperkukuhkan institusi kewangan dan korporat.
 Membasmi kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil miskin di kawasan terpencil

seperti orang asli dan kumpulan minoriti Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
 Pelaburan langsung asing (Foreign Direct Investment) yang berterusan.
 Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik.
 Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan dalam pemilikan ekuiti sekurangnya

30% menjelang 2010.

3. Teras Utama Dasar Wawasan Negara

DWN mengandungi tujuh (7) teras iaitu:
Teras 1: Membina bangsa yang berdaya tahan
 Rakyat perlu bersatu padu, bertolak anssur dan penyayang.
 Kematangan politik penting untuk kestabilan yang berterusan dan mengelakkan
fahaman yang sempit dan ekstrem.
 Memupuk masyarakat yang bertolak ansur dan penyanyang
Teras 2: Mewujudkan masyarakat yang saksama:-
 Membasmi kemiskinan tanpa mengira kumpulan etnik untuk penyusunan semula
masyarakat.
 Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pemilikan ekuiti sekurangnya 30%
menjelang tahun 2020.
 Meningkatkan pemilikan ekuiti kaum India 35% menjelang tahun 2020.
 Mengurangkan perbezaan ekonomi antara wilayah antara kawasan bandar dan luar
bandar.
Teras 3: Mengekalkan pertumbuhan ekonomi:-
 Pengurusan ekonomi makro dengan target pencapaian 7.5% KDNK.
 Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik.
 Meningkatkan sektor perbankan, pasaran modal dan penyeliaan korporat.
 Pelaburan swasta dipertingkatkan.

59

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

Teras 4: Menghadapi persaingan antarabangsa:-
 Persaingan pada peringkat antabangsa menjadi lebih sengit dengan pelaksanaan

Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada 1 Januari 1995 yang beribu pejabat di

Geneva, Switzerland yang diangotai oleh 150 buah negara.
 Persaingan juga semakin meningkat dengan penubuhan Kawasan Perdagangan

Bebas ASEAN (AFTA).
 Melahirkan sektor awam bertaraf dunia.

Teras 5: Membangun ekonomi berasaskan pengetahuan:-
 Memantapkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan Sains dan Teknologi

(S&T)
 Infrastuktur komunikasi dan multimedia dipertingkatkan untuk menyokong

pengaliran pesat maklumat.
 Mengurangkan jurang digitalmelalui penyebaran ICT secara meluas,

memperkenalkan program celik ICT.

Teras 6: Mengukuhkan pembangunan sumber manusia:-
 Sistem pendidikan dan latihan dioreintasikan semula bagi memenuhi keperluan

berasaskan pengetahuan/ K-Ekonomi.
 Meningkatkan penglibatan sektor swasta untuk membantu sektor awam.
 Golongan belia diperlengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan yang

bersesuaian dan penglibatan kaum wanita dalam pembagunan negara.

Teras 7: Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan:-
 Memastikan persekitaran yang bersih dan sihat.
 Mengenakan denda kepada yang melakukan pencemaran.

MODEL EKONOMI BARU (MEB)

1. Pengenalan

 Model Ekonomi Baru (MEB) diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Najib Tun Razak pada 30 Mac 2010.

 MEB terbahagi kepada 2 fasa iaitu :-
Fasa 1: bermula pada 30 Mac 2010.
Fasa2: selepas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

 Model Ekonomi baru akan memacu Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan
Tinggi menjelang tahun 2020 serta menjadi petunjuk pentadbiran dan mengukur
pencapaian negara.

 Model Ekonomi Baru berteraskan kepada peningkatan produktiviti pekerja.Generasi
muda terpaksa menerima liberalisasi perdagangan dan terpaksa bersaing dalam dunia
global.

 Malaysia memerlukan satu model baru ekonomi untuk mentransformasikan ekonomi
negara bagi mencapai status negara maju menjelang 2020. Rancangan Malaysia Ke
Sepuluh (RMK 10) 2011-2015 menyediakan asas yang kukuh bagi mentransformasi
negara kearah ekonomi berpendapatan tinggi. Sebagai penggerak kepada model baru
ekonomi, RMK 10 mencartakan pendekatan dasar dan strategi baru serta program
pembangunan negara kearah menjadikan negara sebuah ekonomi berpendapatan
tinggi berteraskan keterangkuman dan kemampanan.

60

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

 Malaysia sangat bergantung kepada perdagangan antarabangsa. Oleh itu, Malaysia
terpaksa membuka sektor-sektor ekonomi tertentu. Perjanjian-perjanjian antarabangsa
perlu dipatuhi. Antaranya ialah WTO, AFTA dan lain-lain.

 MEB diperkenalkan selari dengan pengenalan empat Tonggak utama yang akan
mendorong perubahan bagi mencapai wawasan 2020 iaitu:
1. Program Transformasi Ekonomi
2. Konsep 1 Malaysia
3. Program Transformasi Kerajaan
4. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMk-10 : 2011-2015)

2. Matlamat Model Ekonomi Baru

 Matlamat DEB masih diteruskan iaitu mengurangkan jurang pendapatan antara kaum
dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

 Membantu meningkatkan pendapatan rakyatyang berpendapatan rendah
 Menganjakkan kedudukan ekonomi daripada sebuah negara yang berada pada

peringkat pendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan tinggi.

61

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

62

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

DASAR SOSIAL

___________________________

Pengenalan

Dasar sosial boleh dianggap sebagai satu jenis dasar yang memberi keutamaan kepada nilai-nilai
sosial yang berlandaskan keadilan, kerohanian dan kemanusiaan. Kesemua nilai ini adalah perlu untuk
pembangunan manusia yang seimbang dalam pelbagai aspek. Dasar sosial diperlukan oleh sesebuah negara
yang membangun untuk menangani pelbagai masalah yang timbul, termasuk masalah sosial.

Dasar sosial menitikberatkan isu-isu seperti perpaduan negara, perhubungan kaum dalam
masyarakat majmuk dan perhubungan kemasyarakatan. Keperluan-keperluan ini dipenuhi melalui pelbagai
dasar seperti pendidikan, kebajikan masyarakat, sumber manusia dan sebagainya.

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAAN

1. Latar belakang

 Sejak sebelum merdeka, beberapa dasar telah diadakan untuk menggubal sistem
pendidikan di negara ini. Sebelum itu telah wujud Laporan Barnes 1950 (Ogos 1950)
bertujuan mengkaji masa depan sistem pendidikan di Tanah Melayu.

 Laporan Fenn-Wu 1951, ditubuhkan 1951 bertujuan mengkaji kedudukan sekolah Cina.
Pada masa sama mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak kaum Cina
disebabkan anggapan Laporan Barnes bertujuan menghapuskan bahasa & budaya Cina.

 Selepas pilihanraya pertama jawatankuasa Pendidikan ditubuhkan pada 1956 dibawah
Tun Abdul Razak. Iaitu Laporan Razak 1956

 Akhirnya, satu dasar pendidikan telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak yang
dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Pada tahun 1960 satu lagi dasar telah diadakan
untuk menyemak semula Penyata Razak 1956. Dasar ini dikenali sebagai Penyata
Rahman Talib 1960.

 Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 dan
Laporan Rahman Talib 1960.

 Selepas itu, Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada 1974 untuk mengkaji semula
dasar pendidikan bagi menyesuaikannya dengan pekembangan ekonomi negara,
membentuk masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin di samping memenuhi
sumber manusia dalam pembangunan negara. Laporan Jawatankuasa ini telah
diterbitkan dalam tahun 1979.

 Proses pembentukan individu cemerlang dan berorientasikan masyarakat ini diasaskan
kepada Falsafah Pendidikan Negara.Langkah-langkah yang telah diambil oleh
Kementerian Pendidikan bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara ialah
memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM).

2. Falsafah Pendidikan Negara

 Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan seperti berikut:
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi
individu secara menyeluruh dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan bekeupayaan mencapai kesejahteraan diri seta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

63

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

3. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan

 Matlamat utama dasar ini ialah untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan di
kalangan rakyat.

 Tiga bidang utama ini ialah perkembangan individu secara menyeluruh, perpaduan
rakyat dan kemakmuran negara.

 Melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memenuhi keperluan negara dan mampu
menghadapi sebarang persaingan serta cabaran masa hadapan. Hasrat Falsafah
Pendidikan Negara memberi penekanan kepada 4 aspek penting bagi pekembangan
seseorang individu iaitu intelek, emosi, rohani dan jasmani (JERI).

 Melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Menggalakkan
perkembangan bidang kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.

 Memenuhi keperluan tenaga rakyat negara dalam jangka masa panjang dan jangka
masa pendek

4. Strategi dan Pelaksanaan

 Beberapa srategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah
ditetapkan seperti berikut:

o Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
o Mengadakan Kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua jenis sekolah

contohny UPSR, PT3, SPM dan STPM.
o Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dengan demokrasikan pendidikan dengan

mengagihkan peruntukan secara adil & termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
o Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang

berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
o Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum
Sekolah Vokasional pada tahun 1978.
o Menjadikan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah
disamping bahasa ibunda masing-masing.
o Menggalakkan aktiviti kokurikulum seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis,
pengakap, Puteri Islam dan lain-lain.
o Pendidikan asas percuma dan menyediakan guru bahasa Cina atau Tamil sekiranya ibubapa
kepada 15 orang atau lebih pelajar Cina dan India meminta kelas-kelas bahasa ibunda.

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

1. Latar Belakang

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Penggubalan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun. Rasional penubuhannya kerana
mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Dasar ini menjadi garis panduan dalam membentuk,
mewujud dan mengekalkan identiti negara di mata dunia antarabangsa.

64

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

Perancangan Kebudayaan bagi sesebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada berbilang
kaum adalah sangat penting supaya ciri-ciri kebudayaan yang lahir akan mencerminkan cara hidup
sesuatu bangsa di sesebuah negara. Perancangan Kebudayaan akan menentukan sifat-sifat yang
terbaik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan.

2. Matlamat

 Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan
 Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada

kebudayaan kebangsaan
 Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian

yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi

3. Falsafah Dasar Kebudayaan Negara

 Kebudayaan Kebangsaan Malaysia berlandaskan unsur-unsur & 3 prinsip utama. Ketiga-tiga
prinsip asas ini adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan
1971. Prinsip tersebut adalah:-

 Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan di bidang bahasa berasaskan
keluarga bahasa Melayu-Astronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah,
kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya.

 Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima.
Unsur budaya Cina, India, Arab, Barat & lain-lain yang sesuai wajar diberi pertimbangan
& penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

 Berteraskan agama Islam.
Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses
pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi
mulia.

4. Strategi dan Pelaksanaan

 Hasil dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:
 Pemeliharaan & pembangunan kebudayaan dan usahasama penyelidikan, pendidikan,
pengembangan & perhubungan budaya.
 Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha membimbing &
melatih peminat, mendukung & menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera
pembangunan yang berkesan.

 Mewujudkan komunikasi berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan &
nasionalisme Malaysia.

 Identiti kewarganegaraan dan seni budaya Malaysia juga didapati dalam perayaan-
perayaan antarabangsa & juga dalam kegiatan seni sukan samaada di peringkat rasmi atau
tidak rasmi. Contohnya, Di peringkat pengajian tinggi pula kerajaan telah lama
menubuhkan jabatan-jabatan pengajian Cina dan Tamil di Universiti Malaya.

 Program-program dalam bahasa Cina dan Tamil kerap disiarkan oleh Radio dan Televisyen
Malaysia (RTM).

 Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Wesak dan Krismas telah diisytiharkan sebagai hari
kelepasan am.

65

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

WAWASAN 2020

1. Latar Belakang

Wawasan 2020 dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pada tahun
1991. Wawasan 2020 mengandungi suatu pemikiran dan rangka kerja tentang matlamat Malaysia
menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi semata-mata tetapi
juga merangkumi aspek politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020,
Malaysia akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari dan progresif dan
makmur.

Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam masyarakat yang demokratik,
bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.
Malaysia akan menjadi negara maju mengikut acuan sendiri tanpa terikut-ikut akan cara dan corak
negara maju yang ada sekarang.

Rancangan Malaysia ke-6 dan ke-7 merupakan pintu gerbang 10 tahun pertama wawasan
2020. Menurut Dr. Mahathir Mohammad wawasan 2020 tidak mampu dicapai sehinggalah rakyat dan
negara mengatasi 9 cabaran yang perlu ditempuhi

2. Matlamat Wawasan 2020

 Pihak kerajaan ingin mencapai taraf negara maju berlandaskan acuan sendiri dengan
mengambil kira kepelbagaian suku kaum, agama, latar belakang sejarah dan budaya, adat
resam serta nilai ketimuran.

 Malaysia bukan sahaja ingin mencapai kemajuan fizikal, malahan kemajuan meliputi nilai-
nilai moral dan etika yang tinggi.

 Malaysia berjaya menjadi negara benar-benar maju, bersatu, progresif dan mampu
berdikari.

 Melahirlah masyarakat yang bertoleransi, berdaya saing, berdaya tahan, dinamik dan
demokratik.

3. Sembilan Cabaran dan Pelaksanaan Wawasan 2020

CABARAN CIRI-CIRI STRATEGI PELAKSANAAN

1. Membina bangsa Malaysia Mewujudkan rakyat Malaysia yang  Sekolah Wawasan, iaitu
perkongsian kemudahan
yang bersatu padu terdiri daripada rakyat berbilang sekolah kebangsaan dengan
sekolah jenis kebangsaan.
kaum yang memiliki matlamat untuk
 Program Khidmat Negara -
melahirkan bangsa Malaysia yang: kepada remaja untuk memupuk
semangat patriotic.
 Menjadikan Malaysia sebuah

negara aman.
 Berintegrasi di peringkat negeri.

66

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

2. Membina masyarakat Rakyat Malaysia diharapkan:  Memperkenalkan cogan kata
yang berjiwa bebas,  Berjiwa bebas, Berkeyakinan - ‘Malaysia Boleh’ pada tahun
tenteram dan
berkeyakinan. keupayaan diri 1990 sebagai pendorong untuk
 Gagah menghadapi pelbagai meningkatkan keyakinan diri
3. Memupuk dan membina
masyarakat demokratik cabaran rakyat.
yang matang.  Tidak mengalah kepada sesiapa  Majlis Perundingan Ekonomi

4. Mewujudkan masyarakat Melahirkan masyarakat Malaysia
yang bermoral dan
beretika yang: (MAPEN) yang merupakan
 Mengamalkan satu bentuk forum untuk perbincangan
5. Mewujudkan masyarakat
yang matang, liberal dan persefahaman yang matang pendapat rakyat berkenaan
bertoleransi  Mengamalkan demokrasi dasar ekonomi diperkenalkan

6. Membina masyarakat kerajaan.
yang maju dan saintifik
Rakyat Malaysia memiliki:  Penekanan mata pelajaran
 Nilai kukuh dalam agama Pendidikan Moral dan
 Nilai moral dan etika yang tinggi Pendidikan Islam terhadap

pelajar.

Mewujudkan masyarakat yang:  Program ‘Citrawarna’yang
 Liberal dan bertolak ansur diadakan setiap tahun
 Bebas mengamalkan adat dan menonjolkan kebudayaan

kebudayaan tersendiri negeri-negeri berbeza, selain
 Mementingkan kesetiaan kepada meningkatkan sektor

negara kita pelancongan.

Mewujudkan masyarakat yang:  Mengadakan projek mega, iaitu
 Memiliki daya perubahan tinggi Koridor Raya Multimedia (MSC)
 Menyumbang kepada sains dan bagi menyediakan masyarakat

teknologi masa depan ke arah negara maju.
 Program Sekolah Bestari, iaitu

setiap sekolah dapat dihubungi

oleh Rangkaian Kawasan

Tampatan (LAN) dan

menghubungkan Rangkaian

Kawasan Meluas (WAN)

7. Mewujudkan masyarakat Mewujudkan masyarakat yang  Rang Undang-Undang
dan budaya penyayang mengutamakan buadaya penyayang, Keganasan Rumah Tangga
iaitu : 1955 diluluskan untuk
 Kepentingan masyarakat lebih membantu mangsa rumah
tangga.
diutamakan
 Mementingkan kebajikan semua  Yayasan Penyayang Malaysia
(CARE) dan Pertubuhan
insan Kebajikan Islam Malaysia
 Mempunyai sistem (Perkim) menyediakan tempat
tinggal dan pembiayaaan
kekeluargaan yang kukuh untuk anak-anak yatim

8. Menjamin masyarakat Masyarakat yang :  Tumpuan diberikan kepada
yang adil dan saksama  Melaksanakan pengagihan pembangunan Masyarakat
ekonominya Perdagangan dan
kekayaan negara secara adil dan Perindustrian Bumiputera
saksama (MPBB) agar meningkatkan
 Perkongsian dalam bidang taraf ekonomi Bumiputera
ekonomi.

67

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

9. Memupuk dan membina Mewujudkan masyarakat makmur  Sistem LRT (Ligh Railway
masyarakat makmur Transit) dan Monorel
dan mempunyai : diwujudkan untuk
 Ekonomi berdaya saing meningkatkan taraf hidup
 Dinamik rakyat
 kental

KONSEP 1 MALAYSIA

1. Pengenalan

Konsep Satu Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran yang baru. Sebaliknya
konsep ini merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan oleh para pemimpin negara terdahulu.
Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 15 Jun 2009 mengatakan bahawa:

“Satu Malaysia bukanlah konsep atau formula baru, sebaliknya matlamat akhir 1 Malaysia
iaitu perpaduan nasional yang juga merupakan wawasan utama pemimpin-pemimpin
negara yang terdahulu yang telah diterjemahkan dalam pelbagai rupa bentuk dan jelmaan
sepanjang lebih lima dekad kita merdeka.”

(Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas, Penggal Kedua, Mesyuarat Kedua, 15 Jun 2009)

Keadilan untuk semua kaum membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela
dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan
kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh yang demikian, 1 Malaysia bertujuan
menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

2. Prinsip Teras Konsep 1 Malaysia

Prinsip
Penerimaan

Prinsip
Teras

1 Malaysia

Prinsip Prinsip
Keadilan Kenegaraan

Sosial

Rajah 1: Prinsip Teras Konsep 1 Malaysia

68

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

3. Lapan Nilai dalam Konsep 1 Malaysia

 Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam
konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan
fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.

8 Nilai Dalam Budaya
Konsep 1 Malaysia Kecemerlangan

Ketabahan

Rendah Hati
Penerimaan

Kesetiaan
Meritokrasi

Pendidikan
Integriti

Rajah 2: Nilai Dalam Konsep 1 Malaysia

 Nilai 1: Budaya

 Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta
pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara
bergantung sejauh mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.

 Budaya berprestasi tinggi memastikan bahawa setiap perkara dan setiap tugas yang
dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan acuh tak acuh tidak boleh
wujud dalam masyarakat yang berdaya maju. Budaya cemerlang perlu dilaksanakan
secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap
pencapaian atau kemajuan. Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan
kecemerlangan.

 Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan
penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.
Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi
menentukan kecemerlangan dan kejayaan.

69

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

 Nilai 2: Ketabahan

 Setiap rakyat Malaysia perlu memiliki nilai ketabahan dalam semua perkara. Perjuangan
untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan
rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan. Rakyat Malaysia perlu tabah
bagi memastikan kejayaan diri, agama dan Negara.

 Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin
maju dan berjaya dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif
perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan.

 Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan
diri, masyarakat dan negara.

 Nilai 3: Rendah Hati

 Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati
dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga
dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.
Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.
Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan.

 Nilai 4: Penerimaan

 Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina
sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India,
pribumi Sabah dan Sarawak perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada
masyarakat negara ini.

 Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya
ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.

 Nilai 5: Kesetiaan

 Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada
kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan. Pengikut perlu menunjukkan
kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia
kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran. Kesetiaan akan membina kepercayaan
serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.

 Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan
ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin. Kritikan
dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan
kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah
lambang setia kawan.

 Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan
niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.

 Nilai 6: Meritokrasi

 Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria yang ditetapkan
dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria tersebut berhak dipilih. Meritokrasi
merupakan hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan
mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan

70

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

negara. Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan kepada prestasi
dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.
 Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat
melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria
yang ditetapkan. Mereka dapat membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-
masing serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan
hasil yang dijanjikan. Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam
menghadapi cabaran globalisasi dunia tanpa sempadan.

 Nilai 7: Pendidikan

 Proses pembelajaran secara berterusan yang berlangsung di dalam dan di luar kelas akan
melahirkan rakyat Malaysia yang dapat berfikir dan bertindak dengan cara yang tidak
mementingkan diri sendiri, sebaliknya lebih untuk komuniti sekeliling mereka.Negara perlu
memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-
galanya.

 Semua aliran, samaada sekolah kebangsaan, agama, sekolah Cina dan sekolah India
hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.
Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai
bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.

 Nilai 8 : Integriti

 Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.Bercakap benar walaupun
perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima. Berusaha memperbaiki kesilapan.
Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan
hasil yang sempurna. Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam
agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan. Menerima

PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP)

1. Pengenalan

Pada tahun 1991, kita melahirkan azam untuk mencapai Wawasan 2020 ke arah sebuah negara maju
pada tahun 2020. Walaupun kita berjaya mencapai kemajuan, pada kadar pertumbuhan waktu ini, negara
kita berada dalam bahaya mengalami kehilangan daya saing dan kekurangan dalam mencapai cita-cita kita
dalam bidang ekonomi dan sosial. Perubahan asas perlu dilakukan dalam pelbagai aspek, bukan sahaja
dalam prestasi ekonomi dan sosial, tetapi juga dalam memenuhi janji dan penyampaian perkhidmatan
awam yang memperkukuh keupayaan kita bagi membangunkan negara.

Program 1 Malaysia, memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program
Transformasi Ekonomi [Economic Transformation Programme (ETP)].

Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun
Razak pada bulan April 2009. Program Transformasi Kerajaan (GTP) merupakan inisiatif yang bercita-cita
tinggi dan meluas. ini bertujuan menangani bidang-bidang utama yang menjadi keprihatinan rakyat di
samping menyokong transformasi Malaysia menjadi negara yang membangun dan berpendapatan
tinggi, selaras dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 bagi mencapai status negara maju
sepenuhnya.

71

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

2. Matlamat GTP

1. Mentransformasikan kerajaan
agar menjadi lebih efektif dalam
penyampaian perkhidmatan dan
bertanggungjawab atas keberhasilan
yang menjadi keutamaan kepada

rakyat

2. Memacu Malaysia ke arah
melahirkan masyarakat yang maju,
bersatu-padu dan saksama dengan

standard kehidupan yang tinggi
untuk semua

RaJAH 1

3. Ciri-Ciri GTP

*Memberikan tumpuan terhadap keutamaan
yang paling penting lagi bermakna kepada
rakyat, iaitu Rakyat Didahulukan

*Mewujudkan perubahan asas di seluruh
negara untuk memberikan keberhasilan besar
yang pantas, iaitu Pencapaian Diutamakan.

Rajah 2

GTP dan ETP menjadi pemangkin untuk menggerakkan keseluruhan proses transformasi supaya
matlamat rakyat berpendapatan tinggi serta kaedah penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat
dapat dibaharui, malah dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan baik dalam memenuhi hasrat rakyat.

Selain itu, GTP dan ETP adalah merupakan hala tuju atau ‘road map’ yang mengariskan HASIL,
berhasilan, initiatif-initiatif yang harus dilaksanakan dalam 6 bidang NKRA (National Keys Result Area) yang
dikenalpasti. GTP dan ETP pula didukung oleh Model Ekonomi Baru (MBE) atau New Economic Model dan
Rancangan Malaysia Ke 10.

 GTP adalah sebuah jentera perubahan keseluruhan manakala Bidang Keberhasilan Negara
(NKRA) adalah alatan dalaman menjalankan tugasnya menjana sebuah perubahan yang
lebih baik daripada semua bahagiannya.

NKRA JABATAN YANG MENGETUAI

Mengurangkan Jenayah Menteri Dalam Negeri
Membanteras Rasuah Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Memastikan Pendidikan Berkualiti
Menteri Pelajaran
72

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Menteri Pembangunan Wanita,
Rumah Berpendapatan Rendah Keluarga dan Masyarakat

Mempertingkatkan Pembangunan Luar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Bandar Wilayah

Mempertingkatkan Pengangkutan Menteri Pengangkutan
Awam Bandar

Menangani Kos Sara Hidup Timbalan Perdana Menteri (TPM)

Program transformasi GTP dan ETP akan dijalankan dan dinilai pencapaiannya mengikut tiga (3) jadual waktu

tertentu yang ditetapkan iaitu Fasa-1 ( 2010-2012), Fasa 2( 2012-2015) dan Fasa 3 (2015-2020).

DASAR POLITIK
__________________________

1. Pengenalan

Dasar politik merupakan Dasar Luar Negara. Dasar ini adalah hubungan Malaysia dengan
negara luar samada melalui pertubuhan ataupun melalui hubungan dua hala antara negara. Setiap
negara yang wujud semestinya memerlukan hubungan dengan negara luar supaya ekonomi dan
kemajuan dapat berkembang dengan berkesan. Dasar luar Malaysia ialah kesinambungan kepada
dasar dalam negeri bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian,
kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara.

Dalam bab ini, tumpuan akan diberikan tentang peranan dan penglibatan Malaysia dalam
arena politik di peringkat antarabangsa. Peranan dan penglibatan Malaysia ini akan dilihat dalam
dua bentuk, iaitu bilateral (hubungan antara 2 negara sahaja) dan multilateral (hubungan dan
serantau yang melibatkan negara-negara jiran yang hampir dan hubungan antarabangsa dengan
negara-negara lain yang berada lebih jauh dari itu).

2. Prinsip Dasar Luar Negara

 Dasar luar Malaysia yang telah dibentuk sejak merdeka telah melalui empat tahap oleh

pemimpin yang berbeza. Semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman (1957-1970), dasar luar
Malaysia lebih bercorak pro-Barat dan antikomunis memandangkan negara baharu sahaja
merdeka dan pada waktu ini ancaman komunis masih kuat.23
 Pada zaman Tun Abdul Razak Hussein (1970-1975), dasar luar Malaysia menitikberatkan
pembangunan dan integrasi sosial dengan mengadakan lebih banyak hubungan diplomatik
dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik.24 Dasar berkecuali ini jelas
memperlihatkan perbezaan dasar luar sebelumnya kerana tidak memihak mana-mana blok.
Perubahan ini dilihat sebagai satu peralihan daripada dasar pertahanan dari segi ketenteraan

23 Tunku Abdul Rahman berpendirian sedemikian berdasarkan kepada pengalaman Persekutuan Tanah Melayu menentang pemberontakan Parti Komunis Malaya
(PKM) sejak dari tahun 1948 hingga tahun 1960.
24 Hasnah Hussin & Mardiana Nordin, Pengajian Malaysia, Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2007, Hal. 329.

73

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

kepada dasar-dasar keselamatan pelbagai hala. Seiring dengan peralihan ini, Malaysia telah
mengadakan hubungan luar yang lebih terbuka.25
 Pada zaman kepimpinan Tun Hussein Onn (1975-1981), penekanan dasar luar adalah
berdasarkan kerjasama pertahanan dan keselamatan negara. Malaysia terus berusaha untuk
mengeratkan kerjasama serantau dan mengamalkan sikap berhati-hati serta mengekalkan
hubungan sama jarak dalam dasar luarnya.
 Semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad (1981-2003), dasar luar negara lebih
mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar-dasar sebelumnya. Selain itu, soal
keamanan dan keadilan masyarakat antarabangsa juga turut menjadi agenda penting. Tun Dr
Mahathir Mohammad dilihat lebih menumpukan perhatian yang kursus dan minat yang
mendalam ke atas hal-ehwal antarabangsa.
 Dasar luar di bawah pimpinan Tun Abdullah Badawi (2003-2007), beliau menekankan hubungan
dagangan dengan Negara China, membuka lembaran baru dalam hubungan antara Malaysia
dengan Singapura di samping meneruskan dasar-dasar pemimpin terdahulu.

Tempoh Dasar
1957- 1969  Dasar Pro-Barat

1970-1980  Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) dimeterikan pada tahun 1957.
1980-an  Kerajaan British menjamin bantuan tentera sekiranya tanah Melayu diserang oleh mana-
1990-an
mana negara.
2000-an
 Dasar Anti-Komunis
 Tunku Abdul Rahman telah memberi sokongan penuh kepada Amerika Syarikat untuk
membendung perluasan pengaruh komunis di Vietnam Selatan.
 Tidak mengiktirafkan Republik Rakyat China yang diperintah oleh kerajaan Komunis.
 Mengutuk pencerobohan China ke atas Tibet pada tahun 1959

 Dasar Kerjasama Serantau
 Menganggotai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama
dengan Negara Thai dan Filipina.
 Menganggotai MAPHILINDO pada tahun 1963.
 Menganggotai ASEAN pada tahun 1967.
 Menganggotai Gerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).
 Menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

 Dasar Berkecuali
 Dasar Pro-Islam
 Penglibatan Yang Aktif Dalam PBB
 Mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur
 Mengurangkan Pergantungan Kepada Barat
 Bergiat Cergas Dalam KOMANWEL
 Lantang menyuarakan isu alam sekitar, mahukan negara maju memikul tanggungjawab

bersama (Sidang Kemuncak Bumi).
 Menjadi tuan rumah kepada IFNGO (Persidangan Badan-badan Bukan Kerajaan dalam

Pencegahan dan Penyalahgunaan Dadah).
 Mengemukakan ketidakpuasan cara PBB menyelesaikan isu Bosnia-Herzergovina.
 Menentang ujian nuklear yang dijalankan oleh Perancis di Lautan Pasifik Selatan.
 Pada tahun 1996, Tan Sri Razali Ismail iaitu Wakil Tetap Malaysia ke PBB dilantik menjadi

Presiden Majlis Keselamatan PBB. (1989-1990)
 Menghantar pasukan tentera untuk menyertai pasukan pengaman PBB di Timor Timur di

Indonesia.

25 Malaysia Kita ,International Law Book Services, 2008, Petaling Jaya Hal 489.

74

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

 Menentang keganasan antarabangsa dan menentang pengambilan tindakan ketenteraan

untuk menghapuskan keganasan.
 Menyeru PBB menganjurkan persidangan antarabangsa untuk mengkaji punca-punca yang

menyebabkan munculnya kumpulan pengganas.
 Menjadi Pengerusi NAM dan OIC pada tahun 2003.

3. Peranan Kementerian Luar Negara

 Kementerian Luar Negara lebih dikenali sebagai WISMA PUTRA adalah agensi kerajaan yang diberi
mandat mengendalikan hubungan luar Malaysia dengan negara-negara asing. Matlamat
penubuhannya untuk:
 Menguruskan hubungan serantau dan dua hala dengan negara lain.
 Mempromosikan pelaburan dan perdagangan dengan negara luar.
 Menjalankan aktiviti penerangan untuk pengukuhan imej negara Malaysia.
 Menjaga, mempertahankan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa.
 Memupuk hubungan baik dan kerjsama dengan negara-negara lain.
 Memperlihatkan komitmen negara dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara.

PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN)

1. Latar Belakang

 Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai Association of South East Asian
Nations (ASEAN) di tubuhkan di Bangkok pada 8 Ogos 1967 yang merupakan cadangan daripada
Tunku Abdul Rahman.

 Pada masa itu anggotanya terdiri daripada lima buah negara sahaja iaitu Malaysia, Thailand,
Singapura, Filipina dan Indonesia. Pada 1984, Brunei turut serta dalam pertubuhan ini, diikuti oleh
Vietnam pada 1995. Pada tahun 1997, Laos dan Myanmar ikut serta dan akhir sekali Kemboja pada
1999.

1. Matlamat Penubuhan ASEAN

 Mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, kemajuan sosial dan
pembangunan kebudayaan serantau.

 Mengekalkan keamanan dan kestabilan kawasan serantau dengan menghormati dan mematuhi
peraturan, undang-undang dan keadilan negara-negara kawasan serantau serta mematuhi
prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 Memupuk kerjasama yang aktif dan mengembangkan kepentingan bersama dalam bidang
ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.

 Membekalkan bantuan dan kemudahan latihan, penyelidikan dan pembangunan dikalangan
negara-negara anggota.

 Mewujudkan kerjasama yang lebih efektif dalam penggunaan sumber yang lebih banyak dalam
industri pertanian, memperluaskan perdagangan dan membuat kajian mengenai masalah
perdagangan komoditi antarabangsa, meningkatkan kemajuan bidang pengangkutan dan
perhubungan serta bekerjasama bagi menaik taraf hidup rakyat negara-negara anggota.

 Meningkatkan bidang pengajian dan pendidikan yang lebih maju di Asia Tenggara.
 Mengekalkan kerjasama yang erat dan berfaedah menerusi pertubuhan serantau serta

pertubuhan antarabangsa yang telah wujud dan mempunyai matlamat yang sama.

75

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

KERJASAMA NEGARA ASEAN

EKONOMI POLITIK SOSIAL
Projek Industri
ASEAN 1976 ZOPFAN (Zon Aman, Sukan SEA
Bebas dan Berkecuali) Menganjurkan pesta filem dan pesta lagu ASEAN.
Skim Pelengkap 1971.26
Industri ASEAN
1981 Perjanjian Berbaik-baik Pertunjukan kebudayaan ASEAN dan pertukaran radio dan televisyen
dan Kerjasama Asia antara RTM, TVRI dan RTB
Kerjasama Tenggara (TAC) 1976.
Ekonomi Asia Kerjasama kesusateraan, sukan dan kesihatan.
Pasifik (APEC) Deklarasi Konkord
ASEAN 1976. Penubuhan SEAMEO (Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia
Rundingan Tenggara) untuk memajukan kerjasama dalam bidang pelajaran, sains
Ekonomi Asia Forum Serantau dan kebudayaan.
Timur ASEAN (ARF) 1994.
Kerjasama dalam mengawal penyalah gunaan dadah.
Perjanjian Zon Bebas
Senjata Nuklear Asia Usahasama dalam menjalankan penyelidikan ke atas penyakit-penyakit
Tenggara (SEANWFZ) seperti Denggi, Hepatitis dan Coxsakie B
1995.
Kerjasama dalam bidang pelancongan dengan mengadakan projek-
Persidangan Menteri projek pelancongan secara bergilir-gilir diantara anggota ASEAN.
Luar ASEAN

PERTUBUHAN PERSIDANGAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)

1. Latar Belakang

 OIC ditubuhkan bersempena Persidangan Dunia Islam yang pertama di Rabat, Maghribi pada 25

September 1969 ekoran kemuncaknya serangan ganas puak zionis terhadap Masjid Al-Aqsa.
Tindakan biadap zionis mendorong pemimpin Islam menubuhkan persatuan untuk
memperjuankan kepentingan umat Islam.

 Tunku Abdul Rahman telah dilantik menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama.27
 OIC merupakan sebuah organisasi antara kerajaan yang kini dianggotai oleh 57 buah negara

Islam meliputi tiga rantau Asia, Timur Tengah dan Afrika.

 Sekretariat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi.

2. Matlamat OIC

 Tujuan utama penubuhan OIC ialah untuk mewujudkan kerjasama antara negara- negara angota
ke arah memupuk perpaduan umat Islam di dunia.

 Mengeratkan perpaduan dan kerjasama di kalangan negara anggota khususnya dalam bidang
ekonomi, sains, sosial dan kebudayaan.

 Memperkukuhkan kerjasama bagi memelihara kehormatan, kemerdekaan dan hak bangsa.
 Menyelesaikan masalah pertelingkahan yang melibatkan negara Islam.
 Menghapuskan sebarang penindasan dan penjajahan bagi mewujudkan keamanan sejagat.
 Menjadi rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum hakam yang dihadapi

oleh umat Islam

26 Konsep ZOPFAN mengiktiraf hak setiap negara, sama ada besar atau kecil untuk wujud secara bebas tanpa sebarang campur tangan luar terhadap urusan dalaman sesebuah negara.
Campur tangan luar dilihat boleh menjejaskan kebebasan, kemerdekaan dan keutuhan negara tersebut.

,27 Mahdi Shuib & Mohd Fauzi Yunus Pengajian Malaysia , Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2002, Petaling Jaya Hal 119.

76

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

3. Program OIC

 Tabung perpaduan Islam yang ditubuhkan selepas Persidangan Kemuncak Islam pada tahun

1974.
 Pengajian Sejarah Tamadun Islam dan bahasa Arab dan menubuhkan Universiti Islam

Antarabangsa di Malaysia dan Nigeria.
 Simposium atau seminar antarabangsa seperti, Penerapan Syariah Islam di Islamabad pada

tahun 1979, Islam dan Dasar Sosial Dalam Konteks Bentuk Baru Ekonomi Antarabangsa di

Geneva pada tahun 1980,
 Islam dan Jurusalam di Paris pada tahun 1981, Kongres Islam Sedunia di Colombo pada tahun

1982.
 Pembiayaan pelajaran, kebajikan, penerbitan dan sukan serta kerjasama menyediakan dan

menghantar doktor dan petugas perubatan sukarela.
 Pembiayaan pembinaan bangunan, membekalkan bahan bacaan dan alat pendidikan dan

menubuhkan ‘fellowship’.
 Bantuan kepada negara Islam Afrika yang menderita termasuk Chad, Gambia, Guinea, Mali,

Maritania, Nigeria, Senegal dan Upper Volta.
 Menumpukan kepada pembangunan kerohanian dan kebajikan khususnya belia Islam

peringkat antarabangsa.
 Menyokong aktiviti Bank Pembangunan Islam (IDB) dan menubuhkan IDB di Malaysia pada

tahun 1995.

4. Peranan Malaysia dalam OIC

 Malaysia telah memainkan peranan aktif dalam usaha perantaraan bagi menyelesaikan konflik

Iran-Iraq melalui OIC. Berikutan pengumuman gencatan senjata antara Iran-Iraq pada bulan

Ogos 1988, sepasukan 15 pegawai tentera Malaysia telah menyertai pasukan tentera

pemerhati PBB.
 Malaysia memberi sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin dan pertubuhan

Pembebasan Palestin (PLO). Malaysia menjadi tuan rumah pada Persidangan Keserantauan

Asia mengenai ‘Persoalan Palestin’ di Kuala Lumpur pada bulan Mei 1983. Dan menyokong hak

rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, termasuk hak mereka untuk mempunyai

sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
 Malaysia juga menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul yang

dibantu oleh tentera Rusia sejak tahun 1979. Malaysia telah membenarkan Mujahidin

Afghanistan membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada tahun 1984.
 Pembinaan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Selangor, telah membantu perkembangan

pendidikan tinggi di kalangan negara- negara Islam.
 Mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia- Herzegovina
 Menganjurkan Musabaqah al- Quran pada tiap- tiap tahun.
 Mengadakan program Nida Ul Islam untuk aktiviti dakwah Islam ke seluruh dunia.
 Memberi bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turki dan

mangsa peperangan di Chechnya.
 Malaysia juga telah membuat pelaburan di beberapa buah negara OIC seperti Petronas di Iran.
 Menjadi tuan rumah kepada Menteri-Menteri Luar OIC.

77

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

KOMANWEL

1. Latar Belakang

 Pertubuhan Komanwel merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh
negara-negara bekas jajahan British yang telah merdeka. Komanwel telah ditubuhkan
dengan rasminya pada tahun 1931 dan dinaungi oleh Ratu England. Pentadbiran Pertubuhan
Komanwel telah dijalankan oleh sebuah sekretariat yang diketuai oleh Setiausaha Agung
Komanwel.

 Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Komanwel sejak dari tahun 1957. Malaysia telah
memperolehi banyak faedah menerusi penyertaannya dalam Komanwel terutamanya dalam
bidang pertahanan, perdagangan dan pendidikan.

2. Matlamat penubuhan

 Memberi kemudahan dan faedah kepada negara anggota.
 Mewujudkan hubungan diplomatik antara negara-negara anggota dan bukan anggota.
 Untuk mewujudkan persahabatan diantara negara-negara bekas jajahan British suatu masa

dahulu.

3. Program KOMANWEL

 Kerjasama perdagangan, penyelidikan dan bantuan ekonomi dan sosial.
 Persidangan speaker-speaker Komanwel pada tahun 1987.
 Persidangan ketua-ketua Negara Komanwel pada tahun 1999 di Kuala Lumpur.
 Rancangan Colombo adalah program yang paling aktif yang mana ditubuhkan pada tahun

1950 selepas Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negara Komanwel di Colombo, Sri Lanka. Ia
membekalkan pakar-pakar latihan dan penyelidikan pendidikan, pertanian, kesihatan dan
sebagainya.
 Rancangan Biasiswa dan Fellowship Komanwel dan Tabung Komanwel.
 Isu Antartika sebagai “Warisan Bersama Dunia”.
 Menyediakan tempat latihan di universiti-universiti bagi yang memerlukan bantuan dan
peralatan bagi penyelidikan dan bantuan
 Pembiayaan projek-projek pembangunan fizikal dan bantuan kesihatan, pertanian dan
pemasaran.
 Menjadikan isu Antartika sebagai agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

4. Peranan Malaysia dalam KOMANWEL

 Malaysia mengutarakan isu masalah perdagangan antabangsa, penjajahan dan
penentangan terhadap “Isu Aparthied” dalam Deklarasi Kuala Lumpur yang berkaitan
dengan Dasar Apartheid.28

 Menjadi tuan rumah Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun
1989.

 Deklarasi Langkawi yang berkaitan dengan alam sekitar.
 Malaysia turut memberi kerjasama kepada Sekretariat Komanwel bagi merangka program

kerjasama teknikal yang lengkap dan menyeluruh di bawah Tabung Komanwel bagi
Kerjasama Teknik (CFTC).

28 Melalui Deklarasi Kuala Lumpur, negara-negara Komanwel bertekad untuk memansuhkan Dasar Apartheid yang di Afrika Selatan yang telah di amalkan sejak 300
tahun dahulu.

78

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

 Mempengerusikan Kumpulan Perundingan Komanwel mengenai Pengurusan Teknologi
sejak penubuhannya pada tahun 1989. Pada tahun 1995 Malaysia telah mempengerusikan
Gabungan Komanwel bagi Pengurusan Teknologi (CPTM).

 Melibatkan diri dalam sukan Komanwel dan menjadi tuan rumah pada tahun 1998.
 Malaysia meyarankan supaya badan ini memainkan peranan yang lebih agresif dalam isu

ketidakadilan ekonomi dan perdagangan dalam Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan
Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Vancouver, Kanada pada tahun 1987.

5. Faedah daripada Kerjasama KOMANWEL

 Bidang Pertahanan
Malaysia mendapat bantuan ketenteraan untuk peringkat 10 tahun selepas merdeka dan
mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan beberapa negara komanwel.

 Bidang Pendidikan
Negara anggota Komanwel telah memberi nasihat dalam penubuhan maktab-maktab
perguruan dan A-Level.

 Bidang Ekonomi
Negara –negara maju telah memberi sokongan pemberian status Skim Keutamaan AM
(GSP) bagi barangan Malaysia. Ini membolehkan cukai bagi barangan Malaysia boleh
direndahkan seterusnya meningkatkan persaingan barangan Malaysia dengan barangan
negara lain di pasaran luar.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

1. Latar Belakang

 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di San
Francisco,California.Selepas perang dunia kedua, secretariat ini dipindahkan ke New York
pada 1946.

 PBB ditubuhkan bagi menggantikan Liga Bangsa-Bangsa Bersatu yang dibubarkan kerana
kegagalannya menghalang perang dunia berlaku. Keahliannya terbuka kepada semua
negara di seluruh dunia.

 Malaysia diterima menjadi anggota ke-82 pada 17 September 1957.29 Keputusan untuk
menyertai PBB dibuat selaras dengan dasar luar Malaysia untuk berbaik-baik dan
bekerjasama dengan semua negara demi menjamin keamanan dan kemakmuran dunia.

 PBB memainkan peranan dalam dua perkara yang berkaitan dengan politik dunia iaitu
Perhimpunan Agong PBB dan Majlis Keselamatan PBB. Setiausaha Agong PBB yang pertama
ialah Trygve Lie dari Norway.

 Keputusan Perhimpunan Agung mengenai perkara-perkara yang mustahak dibuat
berasaskan sokongan 2/3 daripada ahli-ahli yang hadir. Keputusan mengenai perkara-
perkara lain hanya memerlukan sokongan lebih suara.

 PBB mempunyi 5 ahli tetap yang mempunyai kuasa VETO iaitu kuasa pembatal dan penentu
keputusan. Ahli terdiri daripada negara Amerika Syarikat, Britain, Perancis, China dan Rusia.

29 Ruslan Zainuddin, Mohd Mohadee Ismail dan Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia, Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2010, Hal. 366.

79

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

2. Matlamat PBB

 Mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia.
 Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang-bidang ekonomi, sosial dan

kebudayaan.

 Melindungi hak-hak asasi manusia tanpa mengira jaum, jantina atau agama dan

menyelesaikan sebarang isu atau pertelingkahan dunia.

3. Program PBB

 Mahkamah Keadilan Antarabangsa ditubuhkan untuk menyelesaikan pertikaian undang-
undang antarabangsa

 Menjaga kesihatan penduduk dengan penubuhan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)
 Bantuan kecemasan kepada mangsa perang seperti Persekutuan Antarabangsa Palang

Merah.
 Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) menyediakan

khemah-khemah pelarian sebagai tempat perlindungan dan mendapat bekalan makanan
dan ubatan.
 Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF)
 Rancangan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP)
 Hadiah Nobel untuk Keamanan atas usaha menjaga keamanan dunia.
 Membantu pelarian Vietnam dan Kampuchea dan mendirikan penempatan sementara.

4. Peranan Malaysia dalam PBB

 Selaku ahli PBB, Malaysia menyertai secara aktif dalam perbincangan PBB dengan
menyuarakan pendirian mengenai pelbagai isu yang mempunyai kepentingan kepada
Malaysia dan negara-negara membangun.

 Penyertaan Malaysia dalam misi pengaman PBB seperti di Congo (1961), Somalia (1995),
Bosnia-Herzegovina (1996), sempadan Iran-Iraq (1990), Timur Leste (2006) dan lain-lain.

 Malaysia dipilih untuk memimpin negara-negara Kumpulan 77 yang ditugaskan
membincangkan isu pembangunan dunia.

 Malaysia juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDATT, iaitu agensi antarabangsa yang
bertugas untuk membanteras penyalahgunaan dadah.

SOALAN PERBINCANGAN

1. Sekiranya anda merupakan seorang perdana menteri Malaysia, apakah model ekonomi yang akan
anda laksanakan untuk membantu membetulkan keadaan ekonomi negara.

2. Bincangkan adakah dasar ekonomi yang dilaksanakan kerajaan lebih condong kepada sesuatu pihak.
3. Pada pendapat anda, apakah DEB berjaya dalam mencapai matlamatnya.
4. Bincangkan apakah yang berlaku sekiranya Malaysia berdiri tanpa menjalinkan hubungan dengan

negara luar.
5. Jelaskan sumbangan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada masyarakat Bumiputera. [Sesi1/2020]
6. Bincangkan cadangan untuk memajukan ekonomi negara pada masa kini. [Sesi 1/2020]
7. Dasar Ekonomi Baru merupakan Rancangan jangka panjang selama 20 tahun. Pencapaian ekonomi

bumiputera tidak tercapai seperti yang ditargetkan. Jelaskan hujah anda kenapa Bumiputera gagal
mencapai sasaran ekonomi yang ditargetkan? [ Sesi 2/2020]

80

PENGAJIAN MALAYSIA 2 (MPU 2163) Edisi Khas PKP 2020

BIBLIOGRAFI

Mardiana Nordin & Hasnah Hussin, 2018, Pengajian Malaysia, Edisi Keenam, Kuala Lumpur : Penerbit Oxford
Fajar Sdn.Bhd.

Mardiana dan Hasnah, 2007, Pengajian Malaysia, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd

Mahdi Shuib & Mohd Fauzi Yunus, Pengajian Malaysia, Selangor : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Maarof Redzuan & Asnarulkhadi Abu Samah, 2000, Kenegaraan Dan
Kewarganegaraan, Pearson Hall Sdn Bhd.

Ranjit Singh Malhi (Dr), Pengajian Am: Kenegaraan Malaysia, TQM Consultants Sdn Bhd.

Ruslan Zainudin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia, Selangor: Penerbit Fajar Bakti.

Wong Khek Seng, Raminah Hj. Sabran & Kok Meng Kee, Pengajian Am Kertas 1 & 2, Selangor: Penerbit Fajar
Bakti

81


Click to View FlipBook Version