The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin edisi khas bertajuk "DR HJ ABD AZIZ BIN SAHAT@ASHARI
PEMACU TRANSFORMASI DI KOLEJ VOKASIONAL MUAR" ini adalah bersempena persaraan beliau

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-41032753, 2022-08-17 21:32:27

EDISI KHAS DR ABD AZIZ BIN SAHAT @ ASHARI

Buletin edisi khas bertajuk "DR HJ ABD AZIZ BIN SAHAT@ASHARI
PEMACU TRANSFORMASI DI KOLEJ VOKASIONAL MUAR" ini adalah bersempena persaraan beliau

Keywords: Dr Hj Abd Aziz,Abd aziz

Hak Cipta Kolej Vokasional Muar 2022

DR HJ ABD AZIZ BIN SAHAT@ASHARI
PEMACU TRANSFORMASI
DI
KOLEJ VOKASIONAL MUAR
2017 - 2022

SIDANG REDAKSI
“ DR HJ ABD AZIZ BIN SAHAT@ASHARI
PEMACU TRANSFORMASI DI KOLEJ VOKASIONAL MUAR”

Penaung Dr. Hj. Abd Aziz bin Sahat@Ashari
Pengerusi
Timbalan Pengerusi 1 En. Mohd Saufi bin Omar
Timbalan Pengerusi 2
Penyelaras Tuan Hj. Abd Rahim bin Razali
Setiausaha
Ketua Pengarang En. Ismail bin Mustaffa
Pengarang
Grafik Pn. Norazuan binti Hamzah
Jurugambar
Pn. Nazeerah bt Shaipol
Dokumentasi
Pn. Siti Norazah binti Satam
Penyusunan Gambar
Dr. Hj. Abd Aziz bin Sahat@Ashari
Penyunting
Pembaca Pruf En. Yunus bin Yusoff
Pengedaran
● En. Mohammad Helmi bin Mohd. Murad
● En. Shahril bin Asan Barseni
● En. Ahmad Azim bin Kamaruddin
● Pn. Munawwarah binti Mohammad

● Pn. Azura Syafika binti Arsyad
● Pn. Noramirah Zakiah binti Mohammad Dimyati
● Pn. Ekajuliana binti Hussein

● Cik Norfaizah binti Omar
● Pn. Siti Norazah binti Satam
● Pn. Nurzana binti Lamyu
● Muhammad Zulhelmi bin Mohd. Nazam
● Hakimi Rizal bin Mohd. Nasid

Cik Norfaizah binti Omar

Pn. Hjh. Alina@Elena binti Hasan
En. Azizi bin Mohd Sahabudin

● Koperasi Kolej Vokasional Muar Berhad

SIDANG REDAKSI
DR HJ ABD AZIZ BIN SAHAT@ASHARI
PEMACU TRANSFORMASI DI KOLEJ VOKASIONAL MUAR 2017-2022

ISI KANDUNGAN

1. Prakata
2. Tinta Penulis
3. Sekalung Penghargaan
4. Mengenali Diriku
5. Galeri Memori Menggamit Kenangan
6. Pengalaman Sebagai Pendidik
7. Pendahuluan
8. Menerajui KV Muar 2017
9. Strategi Pengurusan Dan Pentadbiran
10. Konsep Kerja Pengarah KV Muar
11. Transformasi KV Muar
12. Strategi Pengurusan Akademik
13. Strategi Pengurusan Sokongan Akademik
14. Strategi Pengurusan Jaminan Kualiti
15. Pendekatan Terhadap Pensyarah dan AKP
16. Kolaborasi bersama komuniti
17. Kejayaan Yang Diraih Sepanjang di KV Muar
18. Hasil Penulisan
19. Foto Kenangan Bersama Keluarga
20. Sayonara KV Muar
21. Di Sebalik Tabir Penghasilan Buku
22. Penutup
23. Bibliografi

PRAKATA

PRAKATA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor.

Alhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana
dengan izin-Nya, saya diberikan peluang merakamkan kata
alu-aluan dalam buku yang berjudul, ‘Dr. Hj. Abd Aziz bin
Sahat@Ashari : Pemacu Transformasi Kolej Vokasional
Muar (2017- 2022).

Saya mengenali Dr. Hj Abd Aziz bin Sahat@Ashari
setelah beliau dilantik sebagai Pengarah Kolej Vakosional
Muar bermula pada tahun 2017. Beliau sangat menonjol
sebagai seorang pemimpin yang mempunyai visi dan misi
untuk menaik taraf Kolej Vokasional Muar agar duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan kolej-kolej
vokasional yang lain.

Beliau dilihat sebagai seorang pemimpin yang berani serta cekal dalam membuat perubahan
yang besar dan amat mencabar. Transformasi yang beliau lakukan di Kolej Vokasional Muar
menjadi penanda aras kecemerlangan beliau sebagai pemimpin yang disenangi ramai. Ini
dibuktikan apabila sebanyak lima kohort pelajar berjaya memperoleh diploma dalam pelbagai
bidang bermula daripada 2017 hingga 2021.

Saya juga melihat beliau sebagai seorang yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.
Beliau sentiasa ada untuk membantu, berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk
memastikan setiap program yang dirancang di Kolej Vokasional Muar berjalan dengan lancar. Hal
ini jelas menunjukkan beliau merupakan seorang pemimpin yang berwawasan dan sentiasa
mengamalkan ciri-ciri kepimpinan melalui teladan.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan tahniah atas usaha murni Unit Buletin Kolej Vokasional
Muar menyempurnakan buku ini untuk dimanfaatkan oleh generasi pemimpin pada masa akan
datang.

EN.MOHD SAUFI BIN OMAR
TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK
KOLEJ VOKASIONAL MUAR

1

PRAKATA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Syukur ke hadrat

Ilahi atas izin-Nya saya dapat mencoretkan sepatah dua kata

dalam buku ini. Saddasdaasdasdasdasddasdasdasd

Peluang yang diberikan oleh Unit Buletin Kolej Vokasional
Muar untuk menulis tentang tokoh yang mencorak transformasi
Kolej Vokasional Muar tidak akan saya sia-siakan begitu
sahaja. Seiring dengan perubahan waktu, Kolej Vokasional
Muar menerima kehadiran pengarah baharu yang bersilih
ganti. Bermula detik 1 Januari 2017, Kolej Vokasional Muar
mula diterajui oleh Dr. Hj. Abd Aziz bin Sahat@Ashari yang
sebelum itu merupakan Timbalan Pengarah Akademik di Kolej
Vokasional Kluang.

Beliau merupakan individu yang dikagumi ramai atas kebolehannya dalam pengurusan
interpersonal dan intrapersonal. Beliau seorang yang tegas walaupun pada zahirnya dilihat amat
tenang. Sikap beliau yang mesra, mudah didekati, bersahaja, bertimbang rasa, suka menolong,
tidak sombong serta bijak berkomunikasi menjadi resepi kejayaan beliau.
Di bawah kepimpinan beliau landskap Kolej Vokasional Muar berubah seratus peratus. Buktinya
landskap fizikal kolej berubah menjadi lebih kemas dan ceria. Seterusnya landskap budaya kerja
pensyarah, Anggota Kumpulan Pelaksana, disiplin pelajar dan juga tanggapan pihak PPD, JPN,
KPM dan BPLTV kepada Kolej Vokasional Muar juga berubah sama sekali.

Apakah rahsia kejayaan beliau? Rahsianya ialah beliau meletakkan kepentingan Kolej
Vokasional Muar jauh lebih utama daripada kepentingan diri beliau sendiri. Kolej Vokasional Muar
sungguh bertuah kerana dipimpin oleh pemimpin yang bersifat glokal. Buku ini akan merungkai
kejayaan yang dicapai oleh Kolej Vokasional Muar sepanjang di bawah pimpinan beliau.

fgh

SITI NORAZAH BINTI SATAM
KETUA PENGARANG
UNIT BULETIN KOLEJ VOKASIONAL MUAR

2

SEKALUNG PENGHARGAAN

Syukur kepada Allah S.W.T atas keberkatan-Nya dapat disempurnakan buku ini. Seluruh
jawatankuasa Unit Buletin Kolej Vokasional Muar ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih kepada semua termasuklah orang perseorangan yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung, kepada pihak pentadbir dan khususnya pihak daripada BPLTV atas sokongan
dan komitmen yang ditunjukkan sehingga sempurnanya buku ini. Tanpa usaha yang anda semua
sumbangkan, pastinya buku ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya.

1 Pengarah 6 Semua Ketua Program
Dr.Hj Abd Aziz bin Sahat@ Ashari 7 Semua Ketua Unit
8 Semua Ketua Bengkel
2 Timbalan Pengarah Akademik 9 Anggota Kumpulan Pelaksana
En Mohd Saufi Bin Omar

Timbalan Pengarah Sokongan
3 Akademik

Tn Hj Abd Rahim Bin Razali

4 Ketua Jaminan Kualiti
En Ismail Bin Mustaffa

5 Semua Ketua Jabatan 10 Jawatankuasa Unit Buletin

3

MENGENALI DIRIKU

Detik jam 11.00 malam Jumaat pada 19.07.1963 lahirlah seorang putera kepada Sahat@Ashari bin
Temat dan Kamsiah binti Ismail di rumah kepunyaan datuknya yang terletak di Sungai Kelat, Muar. Beliau
anak kedua dalam enam beradik dan merupakan anak lelaki sulung. Beliau mempunyai seorang kakak, dua
adik perempuan dan dua adik lelaki. Kehidupan beliau daripada kecil sering berpindah randah kerana arwah
bapanya bekerja sebagai tentera wataniah (askar kerahan) walaupun pekerjaan tetap bapanya ialah buruh
kasar di Majlis Tempatan Kulai yang sekarang dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kulai. Beliau mula
menjejakkan kaki ke alam sekolah rendah pada tahun 1970, di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Ali, Muar
Johor (kalau tidak silap dahulu dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Sungai Gersik). Tidak sampai sebulan
bersekolah di sini beliau berpindah pula ke Sekolah Kebangsaan Pangkalan Rinting kerana mengikut ibu
yang berseorangan menjaga diri dan kakaknya. Hal ini demikian kerana bapanya ditugaskan di Kelantan
menjaga perbatasan. Semua ini berlaku semasa beliau dalam darjah satu. Di sini juga beliau tidak lama
kerana sekali lagi terpaksa berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kulai sehingga tamat Darjah 6 pada tahun
1975.

Beliau melangkah ke peringkat sekolah menengah iaitu di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim, Kulai
bermula pada tahun 1976 sehingga tamat Tingkatan Lima pada tahun 1980. Semasa di sekolah menengah,
beliau bekerja secara sambilan sebagai penjaja kuih, penjaja buah-buahan, membersihkan kawasan rumah
orang, bekerja di kebun cili kepunyaan seorang tauke Cina. Sementara menunggu keputusan SPM, beliau
masih bekerja sambilan di kebun cili tersebut. Pada tahun 1981 hingga 1982 beliau melanjutkan pelajaran ke
peringkat Tingkatan 6 di Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru (English College). Setelah memperoleh
keputusan STPM yang kurang memberangsangkan, beliau mengambil keputusan untuk bekerja sementara di
sebuah Kilang Mardec selama setahun iaitu pada tahun 1983. Pada tahun 1984 beliau mendapat tawaran
bekerja sebagai guru sandaran di Sekolah Kebangsaan Sedenak. Beliau menerima tawaran tersebut kerana
ingin mengambil peperiksaan STPM sekali lagi secara persendirian pada tahun 1984. Beliau berhajat untuk
mencapai cita-cita dan memenuhi impian kedua ibu bapanya yang menginginkan beliau melanjutkan
pelajaran ke menara gading.

Alhamdulillah keputusan STPM itu melayakkan beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya di
fakulti Sastera bidang Pengajian Melayu / Antropologi Sosiologi. Beliau berjaya menamatkan pengajian
dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian. Usai menamatkan pengajian, beliau tidak betah
duduk goyang kaki sahaja lantas mengintai peluang bekerja di negara jiran, Singapura sebagai pekerja
kontrak di sebuah kilang besi dan selepas itu beliau bekerja di sebuah kilang cermin mata di Senai (Polycore).
Pada 1988, beliau mendapat peluang mengikuti program Kursus Lepasan Ijazah (KPLI) selama setahun.

4

Tanggal 1 Disember 1989, beliau menerima surat tawaran penempatan pertama di Sekolah Menengah
Vokasional Kota Tinggi dengan opsyen subjek Bahasa Melayu. Pada tahun 2000, beliau dinaikkan pangkat
sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam usianya menginjak 36 tahun. Semangat untuk meneruskan
pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak pernah luntur dalam dirinya, lantas beliau menyambung pengajian ke
peringkat Sarjana dalam bidang Teknologi Pendidikan secara sambilan bermula pada tahun 1995 hingga
1997.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar basah.
Perikatan ini menyebabkan beliau bertekad untuk mengambil keputusan melanjutkan pengajian ke peringkat
PhD pada tahun 1999 hingga 2008 dalam bidang yang sama iaitu Teknologi Pendidikan. Pengajian ini juga
dibuat secara sambilan. Memang banyak ranjau dan duri yang terpaksa beliau lalui sepanjang pengajian
PhD. Tambahan lagi ianya dibuat secara sambilan. Beliau perlu bijak membahagikan masa antara belajar,
bekerja, keluarga, kawan-kawan dan dirinya sendiri. Alhamdulillah semuanya dapat beliau harungi dengan
lancar berkat keizinan daripada Allah S.W.T.

Menyentuh tentang pekerjaan, pada bulan Ogos tahun 2007, beliau dinaikkan pangkat sebagai
Penolong Kanan 1 di Sekolah Menengah Teknik Pontian hingga Januari tahun 2009. Pada awal Februari
2009, beliau dilantik sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah dengan memangku gred
DG48. Pada tahun berikutnya iaitu Mei 2010 beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah di
BPTV. Bermula 1 Jun 2010 bermulalah episod beliau bertugas di BPTV. Sewaktu di BPTV beliau berpeluang
untuk bersama rakan-rakan di Kementerian Pendidikan Malaysia merancang dan melaksanakan transformasi
pendidikan Vokasional di seluruh Malaysia. Beliau merasa bersyukur kerana transformasi pendidikan
vokasional semakin mantap dan diterima umum sebagai pendidikan yang penting kepada pembangunan
negara, walaupun langkah permulaannya penuh ranjau dan duri.

Berulang-alik setiap hari dari rumahnya di Melaka ke Putrajaya agak meletihkan. Tetapi itu pilihannya
kerana beliau tidak mahu isteri dan anak-anaknya terjejas emosi dan mental kerana kerap berpindah. Jarak
rumahnya yang jauh dengan tempat bekerja, menyebabkan akhirnya beliau mengambil keputusan untuk
kembali berkhidmat di sekolah.

Setelah 5 tahun berkhidmat di BPTV permohonan pertukaran beliau akhirnya diluluskan sebagai
Timbalan Pengarah Akademik di Kolej Vokasional Kluang pada bulan Mac 2015. Pada bulan Jun 2015, beliau
mengikuti kursus NPQEL yang menjadi syarat untuk beliau bergelar seorang pengetua. Seterusnya pada
penghujung tahun 2015, beliau menjalani praktikal kepengetuaan di Kolej Vokasional Muar.

Tanggal 1 Januari 2017, secara rasminya beliau bergelar Pengarah Kolej Vokasional Muar yang baharu
bagi menggantikan Tuan Haji Salim bin Bahari yang telah bersara wajib. Selama 5 tahun 5 bulan berada di
sini terlalu banyak kenangan manis, suka dan duka yang beliau peroleh. Catatan seterusnya akan merungkai
lebih lanjut apa yang telah beliau lalui bersama-sama warga Kolej Vokasional Muar sepanjang tempoh
tersebut.

5

GALERI MEMORI MENGGAMIT KENANGAN

Gambar sewaktu menyertai
Pertandingan Inovasi Peringkat
Kebangsaan di Kilang Mardec

Tingkatan 6 di Maktab Sultan Abu Bakar
6

Berbakat dalam seni Menyertai program Khidmat Bakti
nyanyian

Memegang jawatan
sebagai pengawas sekolah

7

Bersama rakan setugas (Allahyarham Cikgu
Zakaria) di Sekolah Menengah Teknik Kota

Tinggi

Sewaktu Majlis Konvokesyen
Peringkat Ijazah Sarjana

8

Konvokesyen peringkat Ijazah
Sarjana Muda

Konvokesyen peringkat PhD

Hasil penulisan tesis semasa Ijazah Sarjana
dan PhD

9

GALERI MEMORI MENGGAMIT KENANGAN

Menjadi Guru Ditawarkan Ditawarkan
Sandaran Tidak sebagai Guru sebagai Pegawai

Terlatih di Sandaran Perkhidmatan
Sekolah Terlatih di Pendidikan
Kebangsaan Sekolah
Sedenak pada Menengah (PPP) pada 1
Januari 1984 Vokasional Kota Februari 1990 di
sehingga Tinggi 4
pertengahan Disember 1989 sekolah yang
tahun 1985 sama

Menjadi Menjadi Guru Menjadi Guru
Pengetua di Penolong Kanan Penolong Kanan
Pentadbiran di (HEM) di sekolah
Sekolah yang sama tetapi
Menengah Sekolah
Teknik Melaka Menengah telah bertukar
Tengah pada 1 Teknik Pontian nama daripada
Februari 2009 pada 1 Ogos
hingga 31 Mei 2007 hingga Sekolah
Januari 2009 Menengah
2010 Vokasional
kepada Sekolah
Menengah
Teknik pada 1
Januari 2000
hingga Julai

2007

Menjadi Ketua Menjadi Menjadi
Penolong Timbalan Pengarah Kolej
Pengarah Vokasional Muar
Pengarah di Akademik di dari 1 Januari
BPTV pada Kolej Vokasional 2017 hingga 31
1.6.2010 hingga Kluang pada 1
28 Februari 2015 Mac 2015 hingga Mei 2022
31 Disember

2016

10

KENANGAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MELAKA TENGAH
11

12

13

KENANGAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KOTA TINGGI
14

Meraikan Majlis Hari Lahir
15

Menerima Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Teknik
Guru Bidang Bahasa di Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi.

16

PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN

Sijil Perkhidmatan Cemerlang 1995 Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2002

Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2007

17

Anugerah Kecemerlangan Sekolah
Menengah Teknik Guru Bidang
Bahasa 2003

18

PENDAHULUAN

Transformasi Pendidikan Vokasional telah menaik taraf semua sekolah vokasional kepada penubuhan
kolej vokasional pada tahun 2013. Objektif penubuhan Kolej Vokasional adalah untuk menghasilkan
lepasan pendidikan Kolej Vokasional yang memiliki sijil kemahiran atau diploma diiktiraf oleh kerajaan dan
badan-badan persijilan kebangsaan. Sasaran penubuhan Kolej Vokasional untuk melahirkan sebanyak 20
peratus pelajar yang akan mengikut pengajian Vokasional ke peringkat yang lebih tinggi manakala 10
peratus lagi berupaya menjadi usahawan yang berdaya saing. Ini bagi menghasilkan lepasan pendidikan
Kolej Vokasional yang mempunyai tahap kebolehpekerjaan yang tinggi.

Selaras dengan transformasi pendidikan vokasional struktur pentadbiran dan pengurusan kolej
vokasional turut berubah mengikut sistem pentadbiran Pengajian Tinggi Awam di mana jawatan Pengarah,
Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua Jaminan Kualiti, Ketua
Jabatan dan Ketua Unit. Dasar ini bagi menggantikan struktur pentadbiran sekolah menengah bagi
mencapai objektif penubuhan Kolej Vokasional. Sehubungan itu Pengarah Kolej Vokasional
bertanggungjawab mengurus aktiviti kokurikulum seperti On Job Training, School Enterprise, Production
Based Education dan Entrepreneurship. Membangunkan pelajar, sumber manusia, kewangan, kemudahan
fizikal, mengurus pentadbiran pentaksiran pusat dan pentaksiran berasaskan kolej, jaminan kualiti dan
sebagainya. Pengarah juga perlu merealisasikan slogan Bahagian Teknik dan Vokasional (BPTV)
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu “A Promise for Human Capital Building and Skill” seterusnya
berkolaborasi dengan industri bagi membentuk kurikulum yang bersesuaian dengan kehendak industri
semasa.

Sehubungan itu, kolej vokasional perlu mengalami transformasi untuk menjadi pelaksana aspirasi
negara dalam mengembangkan bakat dan potensi pelajar serta menyediakan peluang ke arah peningkatan
profesionalisme pelajar. Pihak kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah 3.7 bilion ringgit untuk
melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-
2020) bagi menjana sumber tenaga kerja berkemahiran tinggi. Jumlah kolej vokasional,pelajar,tenaga
pengajar dan perbelanjaan pengurusan yang meningkat setiap tahun menunjukkan kepentingan kolej
vokasional dalam pembangunan negara.

Hal ini memerlukan pemimpin kolej vokasional yang berkemahiran, berkebolehan dan berpengalaman
merancang strategi pengurusan menerusi matlamat dan dasar yang jelas agar seiring dengan agenda
kerajaan, keperluan semasa industri dan juga individu. Hal ini demikian kerana seorang pemimpin institusi
pendidikan mempengaruhi kejayaan sebuah institusi tersebut (Lokman dan Mohd Anuar,2011;Sharil,2000;
dan Baharom Mohamad et.al,2009), suasana budaya pembelajaran,tahap profesionalisme, reputasi dan
moral guru serta menentukan tahap pencapaian pelajar (Sergiovanni,1996). Oleh itu, pemimpin yang bijak
melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya diperlukan dalam mengurus kolej vokasional (Jainabee dan
Jamil, 2012). Oleh itu, kepimpinan pengarah kolej vokasional yang cemerlang sebagai pengurus di Kolej
Vokasional Muar diperlukan dalam mengarusperdanakan pendidikan vokasional di negara ini.

19

MENERAJUI KV MUAR 2017

Dr. Hj Abd Aziz bin Sahat@Ashari menyedari bahawa sebuah organisasi yang cemerlang seharusnya

disokong oleh barisan pentadbir yang lain. Beliau amat menekankan konsep musyawarah dan kerjasama

dalam mencapai keputusan secara kolektif. Beliau berpendapat tugas sebagai pentadbir ialah

satu peluang yang perlu direbut dan bukan untuk dikesalkan. Beliau turut menekankan pentingnya

penghayatan dan pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam kalangan warga kolej. Tegasnya

barisan pentadbir memainkan peranan penting untuk menjadikan suasana kolej sebagai tempat yang

menyeronokkan untuk setiap pensyarah, AKP dan pelajar. Pentadbir juga perlu mempunyai hubungan

yang erat dengan pihak PIBG dan komuniti setempat untuk kepentingan bersama. .

Berpandukan teori pentadbiran iaitu PDCA :P- Plan , D- Do, C- Control, A- Action beliau menetapkan
setiap perkara yang hendak dilaksanakan perlu adanya perancangan. Seterusnya adanya kawalan dan
tindakan setelah mencapai sesuatu keputusan. Beliau secara terbuka mengakui corak kepimpinan ada
masanya bersifat autokratik, demokratik dan laissez-faire. Ini bergantung kepada situasi yang diharapkan.
Walau bagaimanapun yang penting kepimpinan itu menghasilkan matlamat dan outcome yang berkesan.
Merujuk kepada 3 prinsip yang disebut oleh Dato’ Imran Idris, sewaktu baru dilantik menjawat jawatan baru
ialah:

1. Apabila anda baru dilantik akan ada orang yang mendekati dan cuba mengenali. Anda hanya
dengar, jangan terpengaruh.

2. Zahirkan secara umum penghargaan kepada pemimpin terdahulu dan semua pegawai terlibat.
3. Elakkan membuat perubahan sehingga anda memahami sistem dan organisasi baru.

Pengamatan penulis mendapati bahawa beliau mengamalkan panduan tersebut sepanjang berada di Kolej
Vokasional Muar.

20

STRATEGI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

PENTADBIRAN

Pentadbiran melibatkan proses Perancangan penyusunan, pengarahan, Pengurusan kewangan, sumber
manusia, dan penilaian kualiti kerja (Sufean Hussin, 2005 ).Dalam sesebuah institusi pentadbiran adalah
sinonim dengan bidang-bidang tugas yang berkaitan dengan urusan dasar-dasar polisi undang-undang
pekeliling dan juga kerja-kerja perkeranian. Dalam konteks institusi pendidikan Kolej Vokasional pengarah
sebagai pentadbir bertanggungjawab terhadap tugas-tugas pentadbiran yang meliputi kerja-kerja staf
pengurusan hal-hal rasmi penjadualan kerja dan waktu belajar, kewangan dan belanjawan serta pakar
dalam pendidikan Berikut adalah skop peranan pengarah sebagai pemimpin pentadbiran (Mohd
Salleh,2000).

KEWANGAN

Pentadbiran kewangan institusi pendidikan seperti Kolej Vokasional tertakluk kepada peruntukan yang
terdapat di bawah akta pendidikan 1961 dan akaun dan audit audit rules 1992(KPM 1994). Peruntukan
tersebut menyatakan bahawa pengarah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan kewangan
perlu menyimpan dengan sempurna akaun-akaun dan rekod-rekod berkaitan dengan kewangan, dan
mengemukakan satu pernyataan akaun berkenaan satu kewangan yang baru berlalu kepada pihak audit
tidak lewat daripada 31 Mac pada tiap-tiap tahun. Surat Pekeliling kewangan bil 4/88 pula menetapkan pihak
institusi perlu mengemukakan penyataan kewangan akaun satu bulan lebih awal iaitu sama ada pada 28
Februari atau 29 Februari tahun berikutnya (yang mana berkenaan) agar pelarasan atau pembetulan dapat
dibuat pada penyataan akaun tersebut jika perlu.

Pengarah kolej juga perlu mengagihkan kumpulan wang audit kepada Kumpulan Wang Kerajaan
Kumpulan Wang SUWA (Sumbangan Awam) dan Kumpulan Wang Asrama secara Optima bagi
melancarkan perjalanan pentadbiran institusi. Sistem pentadbiran kewangan kini meletakkan pengarah
bertanggungjawab penuh bagi merancang mengurus mengawal serta menentukan pengurusan kewangan di
institusi dengan cekap dan berkesan. Justeru, pengarah perlu memahami dengan jelas serta mematuhi
semua prosedur kewangan mengikut rang undang-undang kewangan yang telah ditetapkan oleh buku
panduan kewangan sekolah, arahan perbendaharaan, surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh Bahagian
Kewangan KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menentukan kelancaran pentadbiran
kewangan.

Selaku ketua pentadbir Dr Hj Abd Aziz bin Sahat @ Ashari memgambil langkah drastik untuk membaiki
pentadbiran kewangan di KV Muar. Beliau telah melantik pegawai yang bertanggungjawab dan seterusnya
mengadakan sesi kursus bersama-sama jurulatih luar bagi memantapkan lagi pengurusan kewangan.
Natijah darIpada itu, KV Muar telah memperoleh Audit Kewangan “BAIK” selama tiga tahun berturut-turut
bermula pada tahun 2018 hingga 2020.

21

STRATEGI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Tahniah!

Pencapaian CEMERLANG
Prestasi Pembayaran Bil

dan Tuntutan dalam
tempoh 7 hari bagi tahun

2021

22

KONSEP KERJA PENGARAH KV MUAR:

P Peka: Semua warga KV Muar perlu sentiasa peka kepada semua keperluan pelajar, isu semasa
dan urusan dengan pihak luar terutamanya BPLTV, JPN, PPD, ibu bapa dan masyarakat

C setempat.
Cepat: Semua warga KV perlu sentiasa cepat bertindak untuk menyelesaikan masalah dengan
sentiasa mengamalkan konsep bermusyawarah. Penyaluran data–data kepada pihak

C berkepentingan juga harus diurus tanpa berlengah.
Cekap: semua warga kerja perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan
sentiasa bersedia untuk membantu bagi mengelakkan daripada ketinggalan terutamanya dalam

I penyaluran data kepada stake holder.
Integriti: Semua warga Kv Muar perlu mempunyai integrity yang tinggi semasa melaksanakan
tugas dan tanggungjawab agar tidak dipertikai. Segala permasalahan perlu diselesaikan bersama

T Tepat: Semua warga Kolej Vokasional perlu memastikan tindakan yang diambil tepat dan tidak
dipertikai dengan justifikasi dalam melaksanakan tindakan. Urusan data juga perlu tepat dan
tempoh yang ditetapkan.

Semua warga Kolej Vokasional perlu memastikan tindakan yang diambil tepat
dan tidak dipertikai dengan justifikasi dalam melaksanakan tindakan. Urusan data juga
perlu tepat dan mengikut tempoh yang ditetapkan. Mulai tahun 2021 konsep kerja
pengarah telah diperluaskan kepada Prinsip Kerja Warga Kolej Vokasional. Prinsp
kerja ini berasaskan singkatan kepada nama Kolej Vokasional Muar (KOVAR).
Prinsip ini diperkenalkan agar semua warga Kolej Vokasionall Muar dapat memahami,
menghayati mengamalkandan mengakui bahawa Prinsip tersebut adalah milik
bersama yang harus dijayakan bersama-sama. Prinsip ini juga melibatkan Pengawal
Keselamatan dan Pekerja Kontrak Kebersihan.

Knowledge- Warga Kv Muar perlu ada ilmu dalam bidang masing-masing dan mengaplikasikan
ilmu tersebut dalam tugas bagi memastikan kerjabuat terlaksana dengan berkesan. Pemerolehan
ilmu tersebut mestilah dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.

K Outcome- Semua warga KV Muar yang mempunyai ilmu dapat mengaplikasikan ilmu dalam
O tugas masing-masing dan dapat menghasilkan outcome berkualiti selaras dengan kepakaran
V yang dimiliki.

Vision- Semua warga KV Muar perlu memahami, menghayati dan melaksanakan visi yang
ditetapkan oleh kolej agar outcome yang dihasilkan menepati dan mencapai visi kolej
untuk jangka masa panjang.

A Adroit- Semua warga kolej perlu mempertingkatkan kemahiran tangan dan kemahiran
minda bagi memastikan kemahiran warga kolej diperakui dan warga KV Muar menjadi rebutan
pihak berkepentingan. Perkara tersebut perlu menjadi keutamaan kerana sesuai dengan kolej
vokasional sebagai institusi TVET.

R Responsibility- Semua warga KV Muar perlu tahu bahawa mereka mempunyai tanggungjawab
yang besar terhadap jatuh bangunnya institusi yang mereka naungi. Semua warga KV Muar
bertanggungjawab terhadap usaha untuk mempertingkat imej Kolej Vokasional Muar di khalayak
umum.

23

TRANSFORMASI KV MUAR

Transformasi Pendidikan Vokasional telah dilancarkan dengan gilang gemilang pada 6 Januari 2012,
bertempat di Dewan Gemilang, German-Malaysia Institute (GMI), Bangi oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin
Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran. Kolej Vokasional Muar
juga tidak ketinggalan mengalami transformasi tersebut apabila menerima kemasukan kohort pertama
ambilan pelajar tahun 1 SVM pada tahun 2013. Berbekalkan pengalaman sewaktu berkhidmat di BPLTV Dr
Hj. Abd Aziz bin Sahat@Ashari diberikan amanah yang besar untuk memastikan kepimpinan organisasi di
KV Muar perlu dilaksanakan dengan baik seiring dengan kehendak yang ditetapkan oleh pihak jabatan.
Sehubungan itu, beliau merangka perubahan KV Muar dari segi fizikal dan mental.

Perubahan Aspek Fizikal:
Pembangunan fizikal bagi institusi pendidikan adalah mengikut ketetapan keperluan kurikulum pada

semua peringkat pendidikan. Peranan utama pengarah ialah memastikan pembangunan fizikal agar
menepati arus perkembangan dan kemajuan pendidikan. Titik kemudahan seperti bilik darjah, bengkel-
bengkel mata pelajaran, makmal-makmal, pusat sumber, makmal komputer, Bilik Bimbingan dan Kaunseling
dan 8 fizikal yang lain perlu bagi menyokong pelaksanaan kurikulum pendidikan. Pembangunan fizikal yang
selesa akan membantu kemajuan institusi pendidikan itu seluruhnya.

Dalam konteks kolej vokasional perubahan kurikulum yang menekankan aspek kemahiran memerlukan
perubahan pembangunan fizikal terutama bengkel-bengkel, makmal-makmal dan juga kemudahan asrama
yang selari dengan teknologi masa kini. Pengarah perlu merancang dengan teliti berasaskan analisis dan
kajian tepat mengenai pembangunan fizikal kolej vokasional yang memerlukan perubahan pembangunan
fizikal agar dapat menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat.

Dr. Hj. Abd Aziz bin Sahat@Ashari merasakan Kolej Vokasional Muar perlu mengorak langkah seiring
dengan perubahan semasa. Usaha ini perlu dilakukan bersama-sama dengan seluruh warga KV Muar.
Beliau telah mengambil langkah awal dengan menstruktur semula bilik-bilik Ketua Jabatan, mewujudkan bilik
Ketua Unit Pendidikan Umum, bilik Ketua Unit HEP, bilik Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri.
Seterusnya mewujudkan bilik Pengurusan Sukan, bilik Eviden Berpusat, menyelenggara Pusat Sumber
dengan menambah pelbagai kemudahan sesuai dengan keperluan MQA dan MBOT. Menyusun semula
pentadbiran dan pengurusan koperasi Kolej Vokasional Muar Berhad dengan fokus kepada urusan sebagai
pengeluar (cenderamata dan air Aloe Vera). Menyelenggara segera kerosakan di bengkel dan asrama,
mengubah landskap fizikal KV, bilik pensyarah, makmal, menyelenggara tandas-tandas pensyarah dan
pelajar, bilik data, bilik JPP sesuai dengan keperluan MQA dan MBOT.

Di samping itu beliau mewujudkan Galeri Kejayaan (Gloire), mengubah suai Bilik Seminar Jauhari, bilik
Ketua Jabatan Hospitaliti, bilik Ketua Jabatan Seni Reka Fesyen dan studio untuk program Seni Reka
Fesyen. Menggantikan salur gas berpusat di Dewan Seri Mutiara dan bengkel Kulinari, melengkapkan
peralatan di bengkel PPU, Elektronik, Elektrik, Automotif dan Kimpalan. Menyusun semula bilik tenaga
pengajar di bengkel Pemesinan Industri, menyelenggara sebahagian meja makmal, Bengkel Kosmetologi,
Restoran Cilantro, parkir kereta staf dan van KV. Beliau turut menggantikan karpet surau, mengadakan
program wakaf kerusi di kafe, membina pentas di Dewan Terbuka bersama PIBG, menyelenggara pentas di
Dewan Ilmu bersama PIBG, membina semula astaka yang roboh akibat dihempap pokok tumbang kerana
ribut. Seterusnya mewujudkan Taman Herba, Taman Aloe Vera, membina beberapa wakaf untuk pelajar,
menaik taraf pintu masuk utama dan kedua kolej, membina tempat rehat berbumbung di hadapan bilik Ketua
Unit HEP, menyelenggara susur gajah dari bangunan blok Bijaksana hingga ke Dewan Seri Mutiara,
menyelenggara bilik sumber di blok asrama lelaki, membina pagar anti climbing di antara asrama puteri dan
asrama putera dan menggantikan kerusi batu lama kepada baru di hadapan Koperasi Kolej Vokasional Muar
Berhad.

24

PANORAMA KOLEJ VOKASIONAL MUAR
25

WAJAH HADAPAN KOLEJ
26

PEJABAT PENTADBIRAN
27

BILIK PENGARAH
28

RUANG KERJA DI PEJABAT PENTADBIRAN
29

GLOIRE KV MUAR

ANJUNG INFORMASI
Laman di Anjung Informasi

30

SURAU AL MUHTADIN
31

PERPUSTAKAAN UNGKU OMAR
32

JABATAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
33

BILIK MESYUARAT PERDANA

ANJUNG INFORMASI
34

ANJUNG INFORMASI
3254

ANJUNG INFORMASI
36

BILIK SEMINAR JAUHARI

ANJUNG INFORMASI
37

38

BILIK KETUA UNIT HAL EHWAL PELAJAR (HEP)
39

40

41

BILIK KETUA UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI
42

43

44


Click to View FlipBook Version