KOPERASI KOLEJ VOKASIONAL MUAR BERHAD
45
RESTORAN CILANTRO
46
47
LANDSKAP
Taman Herba di antara
Blok Fikir dan Blok Gigih
Pondok wakaf di hadapan Pejabat Pentadbiran
Taman Aloe Vera
48
BILIK PENYELIA ASRAMA
49
KOLEJ KEDIAMAN PUTERA
50
KOLEJ KEDIAMAN PUTERI
Bilik Sakit
Landskap dalam kawasan blok Kolej Kediaman Puteri
51
Meja dan kerusi batu hasil Projek Tahun Akhir(PTA) pelajar
Program Teknologi Pembinaan
Pagar baharu di kawasan
Kolej Kediaman Puteri
52
Dewan Sri Mutiara
Pentas di Dewan Sri Mutiara yang baharu diubahsuai
53
Ruang dalam di Dewan Seri Mutiara
54
PERUBAHAN ASPEK MENTAL:
Dr. Hj Abd Aziz bin Sahat@ Ashari melaksanakan perubahan daripada aspek mental
dengan :
❖ Menerapkan pemikiran positif dalam kalangan pensyarah, staf, pekerja dan pelajar untuk
sentiasa memahami dan menjalankan peranan masing-masing dengan cara yang terbaik.
❖ Sentiasa berusaha untuk membuat penambahbaikan dari segi pencapaian.
❖ Menggalakkan pensyarah serta pelajar serta pekerja untuk sama-sama memberi idea yang
bernas untuk kebaikan institusi yang dinaungi.
❖ Memberi sokongan moral, material kepada rakan sekerja serta pelajar yang membawa
nama kolej dalam pelbagai aktiviti di luar.
❖ Mengetengahkan idea-idea motivasi untuk menggerakkan minda para pensyarah, AKP dan
pelajar untuk kreatif dan inovatif selaras dengan moto Kolej Vokasional Muar: KREATIF
DAN INOVATIF
Sepanjang berada di Kolej Vokasional Muar beliau mengamalkan sikap fleksibel dan
berupaya mencorak gaya kepimpinan apabila menghadapi situasi yang berlainan. Beliau juga
berupaya menyesuaikan corak dan gaya kepimpinannya mengikut keperluan keadaan kolej
dan para pensyarahnya melalui elemen-elemen yang terdapat dalam kepimpinan
transformasional. Hal ini bertepatan dengan hasil kajian Troy A McCarley, Michelle L Peters
and John M Decman (2014) menyatakan sebahagian besar pendidik menyokong bahawa
terdapat hubungan antara faktor-faktor kepemimpinan transformasi dan iklim sekolah.
Pengetua dapat memanfaatkan hasil kajian untuk menganalisis persepsi guru mereka sebagai
pemimpin transformasi dan keterbukaan mereka dalam iklim sekolah masing-masing. Melalui
faktor kepimpinan pengaruh individu dan dimensi iklim sekolah, seorang pengetua mempunyai
keupayaan untuk menyasarkan tingkah laku kepimpinan tertentu yang akan menggalakkan
iklim sekolah agar lebih berjaya.
Kejayaan demi kejayaan yang diperoleh oleh pihak kolej jelas membuktikan beliau
merupakan seorang pengarah yang sentiasa menonjolkan kepimpinan yang berkarismatik,
mampu memberikan pengaruh yang tinggi, mempunyai pertimbangan individu yang seimbang,
memberikan rangsangan intelektual kepada pensyarah, kakitangan kolej dan para pelajarnya.
Beliau juga sentiasa memberikan inspirasi motivasi yang positif kepada kakitangan di bawah
pentadbirannya. Ini sekali gus merapatkan hubungan di antara pentadbir dan kakitangan
untuk terus bekerjasama dalam keadaan yang selesa, ceria dan harmoni.
55
KEMENJADIAN
PELAJAR LEPASAN
KOLEJ VOKASIONAL
MUAR
56
KEMENJADIAN
PELAJAR LEPASAN
KOLEJ VOKASIONAL
MUAR
57
58
KEMENJADIAN
PELAJAR LEPASAN
KOLEJ VOKASIONAL
MUAR
59
KEMENJADIAN
PELAJAR LEPASAN
KOLEJ VOKASIONAL
MUAR
• Muhammad Danial
• PEKERJAAN: Commis Chef di The
Westin Desaru Coast (Prego Italian
Fine Dining Restaurant)
• PENDAPATAN: Rm1500
60
PENGESANAN GRADUAN
61
62
STRATEGI PENGURUSAN AKADEMIK
Kurikulum Kolej Vokasional memainkan peranan penting dalam memastikan tahap penguasaan
seseorang pelajar. Keupayaan seorang pelajar itu diukur melalui penilaian yang dijalankan sepanjang
tempoh pengajian. Kolej vokasional juga menawarkan kurikulum yang disusun semula dan pada peringkat
sijil serta diploma yang diakreditasi iaitu Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Sijil dan diploma ini diiktiraf
untuk mendapatkan kredit di bawah standard kebangsaan dan antarabangsa. Kurikulum diploma yang
baharu ini mengandungi 70 peratus latihan kemahiran praktikal dan 30 peratus pendidikan akademik
umum. Kurikulum ini juga melibatkan komponen latihan industri selama 6 bulan. Pelbagai rakan kongsi
industri dirujuk bagi memastikan keselarasan dengan standard dan amalan industri. Sehubungan itu Kolej
Vokasional juga memberi peluang pelajar yang sederhana dalam akademik memilih bidang kemahiran
diminati mengikut kecenderungan masing-masing. Pelajar di sini akan didedahkan dengan teori dan
praktikal dalam pengajian melalui bimbingan tenaga pengajar masing-masing. Ini bertepatan dengan teras
kepada strategi unit kurikulum adalah falsafah yang meletakkan tanggungjawab pensyarah kolej untuk
membantu pelajar membina kerjaya.
Dunia pendidikan di kolej juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri. Kejayaan
kolej dan kecemerlangan pentadbiran seringkali dikaitkan dengan tugas utama pengetua,iaitu kepimpinan
pengajaran. Oleh itu, kajian Mislina Salleh dan Lokman Mohd Tahir (2010) dalam menilai kepimpinan
pengajaran strategik politik pengetua cemerlang telah melaksanakan 11 fungsi dalam kepimpinan
pengajaran iaitu merangka matlamat, memperjelas matlamat, mencerap dan nilai pengajaran, menyelaras
kurikulum, memantau kemajuan akademik pelajar, mengawal waktu pengajaran, beri sokongan aktiviti
pengajaran, insentif kepada guru, membudayakan perkembangan staf, tetap dan kuat kuasa dasar
akademik serta memberi ganjaran kepada pelajar. Sepanjang menerajui kepimpinan di Kolej Vokasional
Muar jelas membuktikan Dr. Hj Abd Aziz bin Sahat@ Ashari telah mempraktikkan amalan sebagaimana
yang telah dinyatakan.
63
PROGRAM YOUNG EXECUTIVE TALK
PROGRAM NILAM
64
PROGRAM YOUNG EXECUTIVE TALK
Tuan Pengarah melihat produk
yang dihasilkan oleh pelajar.
Pelajar daripada Program Seni
Kulinari menerima sijil penyertaan
daripada Tuan Pengarah
Majlis penyampaian Majlis penyampaian hadiah
hadiah kepada pelajar dijalankan di Dewan Terbuka
Program Teknologi Elektrik
Sewaktu menjalani praktikal NPQEL di KV
Muar. Merakamkan kenangan bersama
pelajar Teknologi Pembinaan dan Tn.Hj
Salim bin Bahri
Pelajar Program Teknologi
Pemesinan Industri
merakamkan kenangan
bersama Tuan Pengarah
Sesi soal jawab bersama pelajar Teknologi Automotif yang sedang membuat persembahan
65
STRATEGI PENGURUSAN SOKONGAN AKADEMIK
Seterusnya akan dibincangkan strategi yang diperkenalkan oleh pengarah dari sudut pengurusan
sokongan akademik. Unit Pengurusan Sokongan Akademik merupakan cabang pentadbiran yang benar-
benar berhubung secara langsung dengan pelajar dan ibu bapa. Seterusnya akan dibincangkan elemen-
elemen yang terkandung di dalam strategi unit pengurusan sokongan Akademik ini. Unit pengurusan
sokongan akademik melaksanakannya berdasarkan tiga prinsip utama :
● Menerima pelajar seadanya
● Membantu pelajar sedaya mungkin
● Penghargaan perlu dizahirkan
Menerima pelajar seadanya
KV Muar menerima semua pelajar baik yang cemerlang sederhana mahupun lemah. Menerima pelajar
bukan bermaksud menerima kerana tiada pilihan, tetapi pihak kolej menerima dengan penuh
kesedaran akan keupayaan mereka. KV Muar berusaha mengembangkan potensi pelajar berdasarkan
falsafah pendidikan kebangsaan bahawa setiap pelajar mempunyai potensi masing-masing.
Hakikatnya bukan hanya akademik atau intelektual sahaja yang dipandang, namun pendekatan
pengarah lebih banyak ditumpukan kepada murid yang sederhana dan lemah agar potensi mereka
akan dapat dikembangkan.
Membantu pelajar sedaya mungkin
Setiap pensyarah mesti mempunyai niat untuk membantu para pelajar mereka. Tahap membantu
hanya akan dapat dicapai jika setiap pensyarah telah mempunyai tahap memahami para pelajarnya.
Hakikatnya ada pelajar yang perlu dibantu baik dari segi emosi mahupun kewangan. Banyak masalah
disiplin yang lahir hanya kerana berpunca daripada permasalahan peribadi dan keluarga. Jika pihak
kolej tidak membuka pintu hati bagi cuba memahami sekali situasi ini ia memang tidak akan diketahui.
Tidak dinafikan juga ramai yang sebenarnya ingin membantu para pelajar. Apa yang penting di sini
hanyalah peluang dan ruang. Sehubungan itu pengarah menekankan bahawa setiap pensyarah
bertanggungjawab membantu apa jua permasalahan pelajarnya.
Penghargaan perlu dizahirkan
Kontijen dan pasukan yang keluar mewakili kolej perlu mendapat kebenaran dan persetujuan
mewakili kolej. .Setiap pengurusan pasukan perlu membentangkan pelan strategik pasukan masing-
masing sebelum mendapatkan kelulusan mewakili sekolah. Kaunselor juga diberi tanggungjawab untuk
memberikan suntikan motivasi kepada pasukan terbabit. Sudah menjadi kemestian setiap pasukan yang
bertolak untuk bertanding akan mendapat kata-kata semangat dan dorongan daripada tuan pengarah
sendiri. Seterusnya setiap kejayaan yang dicapai akan diberikan penghargaan. Pada kebiasaannya
pengumuman kejayaan dan penyampaian hadiah akan dibuat dalam majlis perhimpunan rasmi kolej.
Selain itu setiap pelajar dan pensyarah akan diraikan dalam jamuan makan. Kejayaan para pelajar akan
didokumentasikan dan diabadikan dalam Gloire KV Muar.
66
KV Muar memperoleh Johan dalam
VOKTEK kategori bola tampar 2019
Majlis pelancaran gimik VOKTEK
peringkat kebangsaan 2019
Majlis penyampaian hadiah acara
merentas desa oleh Dr Hj Abd Aziz
67
68
Johan Keseluruhan VOKTEK
Zon Johor Tahun 2018
Tempat ketiga Voktek Peringkat
Kebangsaan Tahun 2018
Tempat kedua VOKTEK
Zon Johor Tahun 2019
69
PENYERAHAN JERSI KEPADA PASUKAN KV MUAR YANG TERLIBAT
DENGAN VOKTEK
70
MAJLIS KHATAM AL QURAN OLEH PELAJAR ASRAMA KV MUAR 2022
71
PROGRAM MENGIMARAHKAN RAMADAN 2022
72
PROGRAM GEROBOK DELICIOUS
73
STRATEGI PENGURUSAN JAMINAN KUALITI
Tahun 2015 merupakan tahun ke- 4 pelaksanaan Kolej Vokasional di seluruh negara. Pada tahun tersebut
pelajar di KV Muar telah mula memasuki program diploma. Setelah lulus peringkat Sijil Vokasional Malaysia
(SVM) dengan syarat-syarat yang telah ditentukan. Sebagai sebuah Institusi Pemberi Pendidikan Tinggi
(PPT) Kolej vokasional perlu melalui proses perakuan Akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Melalui akreditasi ini program-program di kolej vokasional akan mendapat pengiktirafan untuk
membolehkan graduannya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Semua program di Kolej
Vokasional Muar perlu melalui dua fasa akreditasi iaitu Akreditasi Sementara (MQA-01) dan Akreditasi
penuh (MQA -02). .
Proses mengemukakan borang permohonan Akreditasi Sementara (MQA-01) telah mula dilaksanakan
untuk 10 program di Kolej Vokasional Muar yang akan menghasilkan graduan pada tahun 2017. Proses ini
merupakan perkara baru bagi warga KV Muar khususnya. Ini merupakan satu proses pembelajaran baru
bagi semua warga KV Muar untuk mempelajari falsafah berkaitan akreditasi serta beberapa istilah penting
berkaitan pelaksanaannya. Sektor Jaminan Kualiti yang diterajui oleh En.Ismail bin Mustaffa bersama
barisan warga KV Muar telah merancang pelbagai strategi bagi memastikan proses akreditasi ini dapat
dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan. Dasar penjaminan kualiti Kolej Vokasional Muar
adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan melalui tatacara kerja yang bersepadu dan
penambahbaikan yang berterusan. Semua proses yang dipraktikkan Kolej Vokasional ditentukan, diberi
sumber yang mencukupi, didokumenkan dipantau dan diukur bagi memastikan kepatuhan dan pencapaian
kepada keperluan pelanggan, visi, misi dan objektif Kolej Vokasional Muar serta kehendak statuori dan
regulatori berkaitan. .
Berpandukan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berasaskan standard MS ISO 9001:2008 yang merupakan
satu standard bertulis yang menetap dan menyenaraikan keperluan-keperluan asas yang perlu ada dalam
SPK sesebuah kolej. Standard SPK ini mengenal pasti kehendak pelanggan, pemimpin atasan merancang
dan mengawal proses yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi kehendak pelanggan, menyediakan latihan
pembangunan kompetensi yang sesuai dan secukupnya bagi anggota yang terlibat dalam SPK dan
menjalankan pengauditan bagi memastikan keberkesanan proses-proses dalam SPK mencapai
matlamatnya. Standard MS ISO 900:2008 menjadi keutamaan dalam pengurusan bagi mewujudkan
persekitaran pembelajaran berkualiti dalam kalangan pelajar, pensyarah dan kakitangan kolej
74
SIJIL PERAKUAN AKREDITASI OLEH
MQA DAN MBOT
75
76
PENDEKATAN TERHADAP PENSYARAH DAN AKP
Kepimpinan berkesan amat penting untuk keberkesan dan peningkatan sekolah. Mengikut Harris, Daydan
Had eld (2003), sekolah yang berkesan dan mempunyai kapasiti untuk meningkat adalah dipimpin oleh
pengetua yang boleh memberi impak besar terhadap keberkesanan para guru dan staf. Leithwood dan Jantzi
(1997) berpendapat bahawa kepimpinan transformasional adalah satu gaya kepimpinan yang cemerlang bagi
mengurus perubahan dan keadaan yang tidak menentu. Pendekatan kepimpinan ini berpotensi untuk
membina tahap komitmen tinggi dalam kalangan guru dalam persekitaran berkenaan. Pendekatan ini juga
berpotensi untuk membina keupayaan guru dalam menangani cabaran yang disediakan oleh persekitaran
tersebut. Hallinger (2003) menjelaskan bahawa kemunculan kepimpinan transformasional dalam proses
transformasi sekolah adalah amat bersesuaian kerana gaya kepimpinan ini memberi fokus terhadap
penurunan kuasa kepada guru, kepimpinan berpenyertaan, dan peningkatan organisasi melalui pembelajaran.
Hallinger menegaskan bahawa kepimpinan transformasional adalah penting dalam menjamin kejayaan proses
pembelajaran sesebuah sekolah.
Sehubungan itu pengarah yang cemerlang dapat mengawal dan mendorong guru dan kakitangan
bekerjasama sebagai satu pasukan dengan mengarah staf, menggunakan sumber-sumber yang ada di kolej
masing-masing supaya visi dan matlamat institusi dapat dicapai (Andrew dan Soder, 1987). Pemimpin
pentadbiran perlu memainkan peranan dalam memberikan pertolongan kepada guru-guru untuk mencapai
matlamat dan objektif sekolah (Sergiovanni,1994). Pelaksanaan dijalankan dengan menyediakan sistem
maklumat tentang dasar, peraturan dan undang-undang dan sebagainya untuk guru-guru kepimpinan
pentadbiran dikaitkan dengan kebolehan pengarah dalam menyelaraskan institusinya.
Golongan pentadbir juga perlu mengubahsuaikan dimensi amalan transformasi atau gaya kepimpinan
yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan yang dihadapi di sekolah supaya tidak mengetepikan keperluan
dan kepentingan diri sendiri serta subordinat. Amalan kepimpinan transformasi wajar ditingkatkan dalam
kalangan pentadbir sekolah di Malaysia kerana telah terbukti keberkesanannya kepada peningkatan
kepuasan kerja supaya dapat membawa kemajuan dan kecemerlangan terhadap sesebuah sekolah (Kong
Chung Bing, Mohd Izham Mohd Hamzah, 2017). Tingkah laku kepimpinan transformasi pengetua, komitmen
organisasi dan efikasi guru harus diberikan perhatian serius oleh pihak bertanggungjawab. Kajian
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara kepimpinan transformasional dengan
komitmen organisasi walaupun pada tahap sangat kecil. Ini menunjukkan hubungan positif tersebut mampu
memberikan impak yang besar terhadap guru-guru dan keseluruhan sistem organisasi sekolah.
Bertitik tolak daripada usaha memotivasikan pensyarah dan AKP, Dr. Hj. Abdul Aziz juga berusaha
menawan hati dan emosi mereka. Beliau memandang setiap pensyarah dan AKP mempunyai kelebihan
masing-masing. Lantas beliau menetapkan setiap pensyarah dan AKP perlu diberikan jawatan setaraf dengan
gred pejawatan yang disandang. Beliau memastikan setiap cadangan dan saranan yang ditimbulkan oleh
mereka perlu dipertimbangkan dengan sewajarnya. Strategi beliau adalah membuat setiap pensyarah dan
AKP berasa gembira. Matlamatnya untuk menjadikan mereka berasa seronok bekerja tanpa ada sebarang
tekanan. Sekiranya pensyarah dan AKP gembira pastinya dapat memaksimumkan usaha mereka untuk
memajukan prestasi kolej.
Di Kolej Vokasional Muar, Tuan Pengarah telah berjaya membentuk semangat berpasukan yang
sangat jitu dan padu. Hasilnya para pensyarah dan AKP menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing
mendukung apa saja aspirasi yang ingin dibawa oleh Tuan Pengarah. Beliau juga memandang setiap
pensyarah sebagai rakan, apa yang lebih penting lagi beliau juga melihat dirinya juga sebagai seorang
pensyarah. Tegasnya, Tuan Pengarah berfikir dan bertindak selaras dengan realiti dunia pendidikan.
77
PROGRAM KOLEJ
Majlis APC 2020
Majlis penyampaian hadiah Bulan Patriotisme 2020
78
Perasmian I ❤️ KV MUO oleh
Tuan Pengarah
Majlis Perasmian
Students’ Aspiration Centre (SAC),
projek pertama Majlis Pemikir Kolej
Majlis Pelancaran Pembilang
Kemasukan ke Perpustakaan
Ungku Omar pada 25 Mei 2022
yang dirasmikan oleh
Dr Hj Abd Aziz bin Sahat @
Ashari
79
Dr Hj Abd Aziz b Sahat @
Ashari menandatangani
archelic perasmian
Terowong Antidadah pada
31 Mei 2022.
80
MERAIKAN HARI LAHIR PENSYARAH DAN AKP
81
Meraikan Guru Pelatih Yang Telah
Tamat Menjalani Latihan Praktikal di
Kolej Vokasional Muar
Penyerahan Surat Kenaikan
Pangkat Kepada Pensyarah
82
MERAIKAN GURU-GURU YANG DAPAT BERTUKAR
83
SAMBUTAN HARI GURU
Sambutan Hari Guru 2018
84
SAMBUTAN HARI GURU, HARI PEKERJA DAN JAMUAN
HARI RAYA AIDILFITRI
18 MEI 2022
TEMPAT : DEWAN TERBUKA KV MUAR
85
86
87
ANUGERAH KUALITI
ANUGERAH KUALITI 2021
88
KV MUAR SEBAGAI TUAN RUMAH MAJLIS APC ZON JOHOR 2021
89
MAJLIS KONVOKESYEN PELAJAR DIPLOMA 2021
90
91
MERAIKAN MAJLIS PERSARAAN PENSYARAH DAN AKP
92
93
MERASMIKAN MAJLIS SUMBANGAN PENAPIS AIR COWAY KEPADA
WARGA KOLEJ VOKASIONAL MUAR
94