BIL. ISI KANDUNGAN 1 Ucapan Guru Besar SK Putrajaya Presint 16(2) 2 Ucapan Yang Dipertua PIBG (YDP) 3 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung kali ke-15 dan Laporan Tahunan Aktiviti PIBG sesi 2023/2024 4 Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-15 5 Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2023 6 Perbahasan usul 2023/2024 7 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG 2023/2024 8 Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG tahun 2024/2025 9 Ucapan Penangguhan (i)
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU JPWPP/PIBG/WBA2007 SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 16(2) Jalan P16, Presint 16, 62150 Wilayah Persekutuan Putrajaya TEL :03-8888 8744 FAKS:03-88888743 Ibu bapa/Penjaga SK Putrajaya Presint 16(2) Melalui, Guru Besar SK Putrajaya Presint 16(2) Ruj Kami : SKPP16(2)100/JLD3(28) Tarikh : 23 April 2024 Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-16 SK PUTRAJAYA PRESINT 16(2) Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2. Sebagai makluman pihak tuan/puan, Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu bapa dan Guru kali ke-16 akan diadakan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 11 Mei 2024 (Sabtu) Masa : 8:30 pagi Tempat : Dewan sekolah 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : 3.1 Ucapan Guru Besar SK Putrajaya Presint 16(2) 3.2 Ucapan Yang Dipertua PIBG (YDP) 3.3 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-15 dan Laporan Tahunan Aktiviti PIBG sesi 2023/2024 3.4 Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-15 3.5 Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2023 3.6 Perbahasan usul 2023/2024 3.7 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG 2023/2024 3.8 Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG tahun 2024/2025 3.9 Ucapan Penangguhan 4. Sehubungan dengan itu, besar harapan kami agar pihak tuan/puan dapat menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut bagi memantapkan lagi fungsi PIBG dan kecemerlangan murid serta kemajuan sekolah. 1
Kerjasama dan komitmen daripada tuan/puan adalah amat kami hargai. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ………………………………….. (AFIHAN BIN ABDUL RAHMAN) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Putrajaya Presint 16(2) s.k. Fail PIBG 2
TENTATIF PROGRAM MASA ATURCARA 8.00 – 8.30 PAGI • PENDAFTARAN IBU BAPA / GURU 8.30 – 8.40 PAGI • NYANYIAN LAGU NEGARAKU & LAGU WILAYAH 8.40 – 8.5 PAGI • BACAAN DOA 8.45 – 8.50 PAGI • UCAPAN ALUAN GURU BESAR EN. MUHAMMAD HAFIZULNIZAM BIN JAMALUDDIN 8.50 – 9.00 PAGI • UCAPAN ALUAN YDP PIBG EN. AFIHAN BIN ABDUL RAHMAN • PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA AJK PIBG SESI 2023/2024 9.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI • PERSEMBAHAN MURID • PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-15 • LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2023/2024 • MENERIMA DAN PENGESAHAN MINIT • PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN PIBG • PERBAHASAN USUL / CADANGAN • PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA 2023/2024 • PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA 2024/2025 • HAL-HAL LAIN • UCAPAN PENANGGUHAN 12.00 TENGAH HARI • BERSURAI 3
BAHAGIAN 1
Selamat pagi, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. Dato’, Datin, tuan, puan serta ibu bapa dan penjaga murid yang saya hormati sekalian. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya segala perancangan dan usaha jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-16 dapat bersua semula pada hari ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, PIBG merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan pihak sekolah dan komuniti setempat. Justeru, PIBG seharusnya bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah. Terima kasih kepada PIBG kerana sentiasa memberikan sokongan dan komitmen dalam apa jua aktiviti yang dilaksanakan. Ini selari dengan matlamat dan teras Program Transformasi Sekolah (TS25) iaitu mengukuhkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid. Pentaksiran dan penilaian terhadap anak-anak masih diteruskan dengan pemerkasaan PBD ekoran Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dimansuhkan. Pentaksiran ini dijalankan sepanjang tahun. Ini melibatkan semua mata pelajaran yang diajar di sekolah. Saya amat mengharapkan kerjasama daripada ibu bapa supaya cakna dan peka dengan perubahan ini. Semua murid terlibat dengan penilaian dan pentaksiran ini, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam. Bagi murid tahun enam, pentaksiran akhirakan diambil kira untuk kemasukan ke sekolah menengah. Markah PAJSK bermula tahun empat hingga tahun enam turut diambil kira untuk kemasukan ke sekolah menengah. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang diterajui oleh Encik Afihan bin Abdul Rahman yang banyak memberi sokongan baik dalam bentuk kewangan mahupun idea serta tenaga kerja. Tidak keterlaluan jika katakana barisan PIBG sekolah ini amat berdedikasi dan komited dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan kecemerlangan. 4 KATA ALUAN GURU BESAR
Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang, seterusnya menjadi tonggak kemajuan negara satu hari nanti. Sekian, terima kasih. MUHAMMAD HAFIZULNIZAM BIN JAMALUDDIN Guru Besar SK Putrajaya Presint 16(2) 5
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati, Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayah-Nya kita dapat meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah hingga ke saat ini. Kepada semua guru dan ibu bapa, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda semua telah bekerja keras tanpa rasa penat dan lelah untuk memastikan anak-anak kita berjaya dengan cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran tetapi juga dalam pembentukan sahsiah diri. Perjalanan persatuan ini adalah didukung sepenuhnya oleh ahli PIBG. AJK yang telah dilantik adalah sebagai pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dengan semua ahli PIBG. Saya amat berharap ibu bapa yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-16 ini dapat menyumbang dari pelbagai sudut seperti tenaga, kewangan dan buah fikiran kerana itu adalah sumbangan yang paling berharga bagi persatuan ini. Semua daripada kita mempunyai peranan masingmasing yang harus dipikul tanpa berbelah bahagi selaras dengan sarana ibu bapa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai dalam bidang akademik dan kokurikulum. Semoga kejayaan ini terus dikekalkan pada masa-masa akan datang. Harapan kami sebagai ibu bapa agar pihak sekolah akan terus berusaha melahirkan generasi yang lebih terbilang sebagai pemangkin ke arah kejayaan masa depan. 6 KATA ALUAN YDP PIBG
Akhir kata, saya memohon kemaafan jika terdapat kesilapan sepanjang saya memegang jawatan YDP ini. Sesungguhnya segala kebaikan datangnya daripada Allah Ta’ala dan segala kekurangan itu datang daripada kelemahan saya sendiri. Sekian, terima kasih. AFIHAN BIN ABDUL RAHMAN YDP PIBG SK Putrajaya Presint 16(2) 7
AHLI JAWATANKUASA PIBG PENASIHAT/GURU BESAR : En. Muhammad Hafizulnizam bin Jamaluddin YDP PIBG : En. Afihan bin Abdul Rahman NYDP PIBG : En. Muhamad Syazmir bin Ahmad Najib SETIAUSAHA PIBG : En. Muhammad Afiq bin Mohd Munir BENDAHARI PIBG : Pn. Nur Adrina binti Mat Yasin AJK IBU BAPA : En. Radzial Alwi bin Mohamed : En. Mohd Fairuz bin Kamarulzaman : En. Syed Mohamad Akmal bin Syed Mashor : Pn. Siti Maisarah binti Roslan : Pn. Siti Noorul Ainee binti Mohd Yusoff : Pn. Norazlinawati binti Azmi JURUAUDIT : Pn. Asnida binti Mohd Bakri (Dalaman) Pn. Maslina binti Mansor (Luaran) AJK GURU : Pn. Azeatie binti Adinan : En. Muhammad Syazrin bin Ahmad : En. Muhammad Zikery bin Hassan : Pn. Aifaa Normaliza binti Ismail : Pn. Teh Ahara binti Saidin 8
AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-16 BIL AJK TUGAS 1 PENYAMBUT TETAMU / PENUNJUK ARAH 1. En. Muhammad Hafizulnizam bin Jamaluddin 2. En. Afihan bin Abdul Rahman 3. En. Muhamad Syazmir bin Ahmad Najib 4. Pn.Norhafizah binti Kamaruddin 5. Pn. Siti Hanifah binti Rahmat 6. En. Ismail bin Ghazali 7. Pn. Nor Hasiah binti Ismail 8. Pn. Azeatie binti Adinan 9. Pn. Faizath binti Sariman ✔ Menyambut ketibaan tetamu ✔ Menunjuk arah kepada tetamu ke dewan 2 PENGACARA MAJLIS 1. Pn. Fauziah binti Husin (K) 2. Pn. Rosathira binti Rospandi 3. Adik Maliha Aafiya Husna binti Abdul Halim ✔ Menyediakan skrip pengacara majlis yang sesuai ✔ Mengendalikan majlis supaya dapat berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir ✔ Melatih dan membimbing pengacara cilik 3 BACAAN DOA 1. Ustaz Muhammad Abid bin Hj. Hashim 2. Adik Mohamad Al-Fateh Shah bin Mohamad Kamil ✔ Menyiapkan teks bacaan doa ✔ Mengetuai bacaan doa semasa majlis ✔ Melatih dan membimbing murid untuk mengetuai bacaan doa 4 PENYEDIAAN TEKS UCAPAN 1. Pn. Rafika Awanis binti Dasimon (GB) 2. En. Muhammad Afiq bin Mohd Munir (YDP) ✔ Menyediakan teks ucapan Guru Besar dan YDP ✔ Menghantar draf teks ucapan kepada Guru Besar untuk disemak ✔ Menyediakan salinan hard copy teks ucapan dan diletakkan atas rostrum ketika hari berlangsung. ✔ Memberi satu salinan teks ucapan kepada SU PIBG 9
5 PENDAFTARAN 1. Pn. Siti Suraya binti Razali (K) 2. Pn. Norihan Aida binti Che Ngah 3. Pn. Hasmida binti Hashim 4. Pn. Rosliza binti Razali 5. Pn. Amriatun Nadiyah binti Ayub 6. Cik Fatin Nadjwa binti Nazori ✔ Menyediakan google form / link dan juga QR CODE untuk kehadiran ibu bapa & guru ✔ Membantu ibu bapa semasa pendaftaran ✔ Menyediakan borang kehadiran ibu bapa (Nama ibu bapa, nama anak, kelas anak) 6 BUKU PROGRAM 1. Pn. Nurfidanis binti Azid (K) 2. Cik Nurulhuda binti Mansur 3. Cik Nur Farahin binti Ahmad Ghazi ✔ Menyediakan dan mencetak buku program ✔ Menyediakan QR Code / Anyflip untuk dikongsi di media sosial (3 hari sebelum program) ✔ Mengagihkan buku Program kepada VIP & Pentadbir (14 buah buku; 7 warna, 7 hitam putih) 7 POSTER 1. Pn. Nurnazurah binti Nazaraly (K) 2. En. Shahrum Azmi bin Saad ✔ Menyediakan poster dan menghebahkannya secara berperingkat 8 BACKDROP / INTER SLIDE 1. En. Muhammad Zikery bin Hassan (K) 2. Pn. Noor Hafizah binti Ishak ✔ Menyediakan dan menyusun atur slaid ✔ Menyediakan Backdrop slaid ✔ Mengerakkan slaid semasa program 9 VIDEO AKTIVITI SEKOLAH / KEJAYAAN SEKOLAH / PIBG 1. Pn. Suharyanti binti Hanapi (K) 2. Pn. Nan Nurussya'adah binti Megat Yaacob 3. Pn. Siti Amirah binti Mohamad Rodzizan (SU KURI) 4. Cik Nur Shafiqah Atirah binti Anuar (SU HEM) 5. Pn. Rahimah binti Abu Kadir (SU KOKO) ✔ Mengumpul bahan-bahan untuk tayangan ✔ Membina video di Canva ✔ Membuat salinan video untuk simpanan dokumentasi 10 JURUGAMBAR 1. En. Muhamad Hazim bin Rahmat (K) 2. Pn. Norulhasnain binti Hassan Basri ✔ Mengambil gambar sebelum dan semasa program berlangsung. 10
11 DOKUMENTASI 1. Pn. Ummi Wahida binti Ghazali (K) 2. Cik Nurdiyana Amalin binti Norazan ✔ Mengumpul bahan berkaitan, menyusun bahan dan menyediakan laporan program secara hardcopy dan softcopy ✔ Menyerahkan laporan kepada pentadbir dalam tempoh masa yang telah ditetapkan ✔ Dateline: 1 minggu selepas mesyuarat 12 SIARAYA 1. En. Rusly bin Osman (K) 2. Ustaz Mohd Adam Azmi bin Omar 3. En. Muhammad Aizat bin Abdullah ✔ Memastikan alat siaraya yang mencukupi dan menguji peralatan yang akan digunakan sebelum majlis ✔ Memastikan peralatan berfungsi dengan baik ✔ Menyusun atur kedudukan mikrofon untuk perjalanan mesyuarat. (2 Stand Mic, 2 Wireless Mic) 13 PERSIAPAN TEMPAT 1. En. Muhammad Syazrin bin Ahmad (K) 2. En. Muhammad Ridhuan bin Mohd Noor 3. En. Mohd Azzriq bin Rohaizad 4. En. Yuhanas Faizal bin Hashim 5. En. Hazim bin Harun 6. En. Meor Muhamad Faris bin Ahmad Marzuki 7. En. Mohamad Amir Fakhri bin Ismail 8. En. Jailani bin Mohd Yusoff 9. Ustaz Mohammad Aidilnizam bin Razali 10. Ustaz Abd Rahman bin Mazlan 11. Ustaz Ahmad Najmie bin Jafridin 12. Ustaz Muhammad Alif Abror bin Ahmad Shuhaimi ✔ Menyediakan satu rostrum untuk VIP di atas pentas. ✔ Menyediakan meja dan kerusi di hadapan dewan (AJK PIBG.-18 orang) ✔ Menyediakan ruang / zon untuk pencatat minit (zon tepi tempat duduk) – 12 orang. ✔ Menyediakan 2 meja hadiah dan cenderahati (atas pentas) ✔ Menyediakan 10 meja pendaftaran di luar dewan ✔ Menyediakan 2 meja teknikal, 2 kerusi ✔ Menyediakan 4 meja makanan di luar dewan ✔ Menguruskan persiapan dewan sebelum, semasa dan selepas majlis. ✔ Menyediakan pelan susun atur kerusi dan meja ✔ Memastikan semua peralatan yang digunakan disimpan di tempat asal setelah berakhir mesyuarat 14 AJK LABEL 1. Cik Nur Arissha binti Yusof (K) 2. Pn. Nur Azie Ameera binti Md Din 3. Pn. Nur Izzati binti Abdullah Suki 4. Pn. Zaleha binti Zainudin ✔ Menyediakan label tempat duduk pentadbir, AJK PIBG Ibu Bapa dan Guru ✔ Menyediakan label untuk ruang / zon tertentu (pencatat minit, meja makanan, meja AJK PIBG) ✔ Menyediakan penunjuk arah ke tempat mesyuarat, tandas, tempat makanan ✔ Menampal QR CODE MYLINK di sekitar kawasan sekolah 11
15 HIASAN DEWAN 1. Pn. Hasnaa binti Md. Noh (K) 2. Pn. Amirah binti Ahmad 3. Pn. Noraisha binti Md Ali 4. Pn. Bani Zanuril Anis binti Ahmad Shukri 5. Pn. Marni binti Baharom @ Ismail 6. Pn. Nurultiah binti Gudin 7. Pn. Nor Syuhada binti Mohd Yusof 8. Pn. Saidatul Nafisah binti Ahmad@Hj Nahrowi 9. Pn. Teh Ahara binti Saidin 10. Pn. Nur Azzlina Azzurina binti Azmi 11. Pn. Hayati binti Mohd Aris ✔ Menetapkan hiasan pentas / meja VIP yang bersesuaian ✔ Menyediakan alas meja bagi meja VIP, makan, pendaftaran dan pencatat minit 16 SIJIL & CENDERAHATI Sijil 1. Pn. Siti Nurbaya binti Ramli (K) 2. Pn. Wan Syamimi binti Wan Nor@Nordin 3. Pn. Asnida binti Mohd Bakri Cenderahati 1. Pn. Ariesha Khana binti Ahmad@Mohammed (K) 2. Pn. Anita Suhaini binti Mohamad 3. Pn. Mardhiyah binti Abd Muthalib 4. Pn.Faizath binti Sariman ✔ Mendapatkan senarai nama AJK PIBG ✔ Menyemak senarai nama dan ejaan ✔ Menyerahkan sijil yang telah dicetak untuk ditandatangan oleh Guru Besar ✔Menyediakan dulang dan simpan di pejabat setelah selesai majlis ✔Mengurus dan menyediakan cenderahati kepada semua AJK PIBG dan pentadbir (22 orang) 17 JURUKIRA UNDI 1. Pn. Nur Athirah binti Mohd Afandi (K) 2. Cik Nurul Afiqah binti Ahmad Saberi 3. Pn. Nurul Akma binti Salleh 4. Pn. Thaneshiny A/P Murugan 5. Cik Nur Syafiqa Ayuni binti Mohd Nor 6. Pn. Siti Ruhaida binti Md Morad 7. Pn. Nurul Fadlina binti Mohamad 8. Pn. Noor Aisyah binti Mahmud 9. Pn. Siti Mahfudzah binti Abdullah 10. Pn. Norhidayah binti Satiman ✔ Menyediakan papan putih mini dan pen marker ✔ Mengira jumlah undi mengikut lorong masingmasing dan mengemukakan keputusan kiraan undi kepada ketua juru kira undi ✔ Mengira undi bagi setiap calon yang dicadangkan dan mengemukakan keputusan kepada pengerusi sementara 12
18 PENCATAT MINIT 1. Pn. Mariam binti Ahmad (K) 2. Pn. Nor Asiah binti Mohd Kamaruddin 3. Pn. Farah Hafizah binti Abdul Hakim 4. Pn. Siti Nur Adila binti Izal 5. Cik Nur Fara Ayuni binti Abdul Raffar 6. Pn. Nur Amelia Azera binti Alwi 7. Cik Nursyafiqah binti Mohd Hanappi 8. Pn. Lina Mastura binti Muslin 9. Pn. Khairunnisa binti Zakaria 10. Cik Siti Sakinah binti Ismail 11. Ustazah Norazlina binti Ahmad 12. Pn. Nor Hassylla binti Muhammad ✔ Mencatat minit mesyuarat agung semasa mesyuarat dijalankan ✔ Menyediakan borang pencatat minit mengikut agenda mesyuarat ✔ Menyiapkan minit mesyuarat dengan lengkap dan menyerahkan minit kepada S/U & PK HEM ✔ Dateline : 1 minggu selepas program 19 MAKANAN GURU / IBU BAPA 1. Ustazah Elyza binti Awang (K) 2. Ustazah Suhaida binti Mohamad 3. Ustazah Zazila binti Ismail 4. Ustazah Hayati binti Jaafar 5. Pn. Nurfarahin binti Mohamad 6. Pn. Aifaa Normaliza binti Ismail 7. Pn. Siti Nur Azillah binti Mohamad Rashid 8. Pn. Fatihatunsolehah binti Salleh 9. En. Wan Mohd Azlan bin Wan Jusoh 10. Ustaz Adnan bin Mustafa 11. En. Muhammad Haziq bin Mohd Nazam 12. Cik Norsuhaila binti Muhamad 13. Cik Ain Afrina binti Azman 14. Cik Wan Fatin binti W. Mohd Zuki ✔ Menetapkan menu ✔ Menguruskan tempahan makanan dan minuman ✔ Mengedar dan memastikan makanan dan minuman mencukupi ✔ Menyediakan air mineral kepada juru acara dan AJK sepanjang majlis berlangsung 20 KEBERSIHAN 1. Ustazah Mahiran binti Mahamed (K) 2. En. Mohd Asri bin Haji Mohamad 3. Ustaz Ahmad Humaize bin Md Nor 4. Pn. Nurul 'Izzah Abdullah@Phang Wei Hon 5. Pn. Ain Yuhannis binti Aidil Fitri ✔ Memastikan kebersihan dewan sebelum, semasa dan selepas dalam keadaan bersih. 13
6. Pn. Hermawati binti Hj Abdul Samad 7. Pn. Norazlina binti Ahmad 8. En. Syairul Mus Azreen bin Mustafha 9. Pn. Bibi Aza binti Pauzi 10. Cik Nur Dayana binti Abd. Aziz 11. Cik Mawar Salsabilla Hayat binti Nasuha 14
BAHAGIAN 2
1 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 16(2) Tarikh : 10 Jun 2023 (Sabtu) Masa : 8:30 pagi Tempat : Dewan SK Putrajaya Presint 16(2) Turut Hadir : Tiada 1. UCAPAN PENASIHAT PIBG (GURU BESAR) Makluman 2. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (YDP) 1.1 Encik Muhammad Hafizulnizam bin Jamaluddin, Guru Besar SK Putrajaya Presint 16(2)selaku penasihat PIBG merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapadan penjaga yang hadir. 1.2 Beliau memaklumkan bahawa penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bertujuan mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah selain dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama. Oleh itu beliau berharap perbincangan dan kata sepakat bagi memilih dan melantik Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 serta usul-usul daripada ibu bapa berkaitan akademik, kokurikulum serta kebajikan murid-murid pada mesyuarat kali ini dapat dicapai. 1.3 Beliau turut memaklumkan bahawa kejayaan dan kecemerlangan di dalam bidang akademik dan kokurikulum yang dicapai sekolah menggambarkan usaha serta kerjasama di antara guru dan ibu bapa. PIBG juga telah banyak memberi sumbangan dalam bentuk tenaga kerja mahupun kewangan untuk sekolah termasuklah penambahbaikan prasarana bagi keselesaan murid serta pemberian insentif kepada murid yang berjaya mewakili. 2.1 Kapten Roslan bin Aziz, YDP SK Putrajaya Presint 16(2) mengucapkan ucapan terima kasih dan selamat datang kepada semua ibu bapa yang hadir pagi ini. Kehadiran ibu bapa merupakan satu penghargaan buat anak-anak kerana ia adalah permulaan sokongan kepada mereka. 2.2 Beliau memberi amanat bahawa perjuangan PIBG semakin lama semakin hebat ditambah pula dengan data terkini yang menunjukkan hampir separuh pelajar tidak menyambung pelajaran mereka selepas peperiksaan SPM. Beliau menyatakan kerisauan tentang apa yang akan terjadi pada generasi lima tahun akan datang di mana perjuangan dan cabaran yang semakin hebat dengan adanya teknologi Artificial Intelligent dan media sosial. Ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi daripada ibu bapa kerana tanpa komitmen mereka untuk membantu anak-anak, ia akan menyumbang kepada peratusan yang lebih tinggi anak-anak yang tidak mahu menyambung pembelajaran. 15
2 Makluman 3. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS 3.1. Ralat pembetulan tarikh mesyuarat AJK PIBG Bil.2 sesi 2022/2023 iaitu 10 Januari 2023 oleh Encik T.S. Hariadi bin Hinta. 3.2. Encik Mohd Fauzi bin Md Wazir mencadangkan agar diadakan seminar atau bengkel kepada ibu bapa sebagai langkah awal persediaan dan hala tuju murid-murid selepas tamat tahun 6. Beliau mengusulkan agar sekolah menyediakan analisis data statistik akademik dan pergerakan murid tahun enam ke sekolah menengah. 3.3. Dibentang oleh : Kapten Roslan bin Aziz Dicadang untuk disahkan oleh : Ir. Dr. Azfarizal bin Mukhtar Disokong untuk pengesahan oleh : Encik Afihan bin Abdul Rahman Makluman 4. PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG SESI 2022/2023 4.1 YDP membentangkan aktiviti tahunan PIBG sesi 2022/2023 dalam buku PIBG pada halaman 19-42. Makluman 5. PERKARA BERBANGKIT Tiada 6. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN PIBG 2.3 Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, barisan pentadbir , AJK-AJK PIBG yang telah memberikan komitmen 200% bagi menjalankan aktiviti sejak dari dulu lagi sehingga sekolah telah melahirkan ramai murid yang berjaya dan mengucapkan selamat maju jaya buat semua ibu bapa dan memohon maaf di atas segala kekhilafan beliau selama menerajui PIBG selama ini seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 15. 6.1 Bendahari PIBG, Cikgu Marni binti Baharom membentangkan penyata kewangan PIBG sesi 2022/2023 bagi tahun berakhir 31 Disember 2022 pada halaman 43-49. 6.2 Bendahari PIBG memaklumkan segala butiran-butiran yang dilampirkan di dalam buku PIBG adalah jelas dan benar. Hal ini juga telah diaudit oleh juruaudit iaitu Cikgu Asnida binti Mohd Bakri dan Puan Marlina binti Rusli. 6.3 Beliau memaklumkan bahawa jumlah sumbangan ahli PIBG pada tahun 2022 ialah RM 21 970.00 dan jumlah pendapatan adalah sebanyak RM 33 802.82 manakala jumlah perbelanjaan 16
3 Makluman 7. PERBAHASAN USUL DAN CADANGAN 2022/2023 Makluman 7.3 USUL HAL EHWAL MURID adalah RM 208 233.10. Baki keseluruhan pada 31 Disember 2022 adalah sebanyak RM 320 552.77. 6.4 Pengesahan penyata kewangan tahunan oleh: Dicadang untuk disahkan oleh : Encik Johari bin Abdullah Disokong untuk pengesahan oleh : Encik Mohamad Fikri bin Abdullah 6.5 YDP berharap agar sumbangan PIBG dapat ditingkatkan lagi. Ibu bapa juga digalakkan untuk menyumbang lebih daripada amaun yang telah ditetapkan dan mensasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM 50.00 satu keluarga dapat mencapai jumlah RM 50 000.00 bagi sesi 2023/2024. 7.1 YDP membacakan usul dalam buku PIBG pada bahagian lima halaman 50-68. Beliau memaklumkan telah menerima usul dan cadangan yang telah dibuat oleh urusetia melalui Google Forms pada mesyuarat kali ini dan berharap agar pencadang usul hadir untuk memberi maklum balas. 7.2 YDP memaklumkan sekiranya pembawa usul tidak hadir tetapi usul tersebut perlu dibincangkan, ibu bapa boleh mengangkat tangan dan membincangkan usul tersebut. 7.3.1 Encik Yuhanas Faizal bin Hashim mencadangkan supaya menaik taraf fasiliti tandas untuk kelesaan murid. Jawapan mesyuarat: Tidak dibahaskan kerana pembawa usul tidak hadir. 7.3.2 Puan Maznah binti Ibrahim mencadangkan supaya pihak sekolah menyediakan sabun di tandas bagi kegunaan murid-murid. Jawapan mesyuarat: Tidak dibahaskan kerana pembawa usul tidak hadir. 7.3.3 Puan Siti Sumayah binti Abdul Rashid membawa tiga usul iaitu: i. Pertama, beliau mencadangkan pihak sekolah menaiktaraf tandas dengan menggantikan separuh daripada tandas cangkung kepada tandas duduk. ii. Kedua, meningkatkan keceriaan tandas dan mengiktiraf rating bincang. 17
4 iii. Ketiga, pic tandas dan AJK tandas juga boleh diwujudkan. Jawapan mesyuarat: Tidak dibahaskan kerana pembawa usul tidak hadir. 7.3.4 Encik Saiful Mizi bin Mohamed mencadangkan pembersihan tandas secara berkala kerana keadaan tandas yang kotor. Ini kerana tandas juga memainkan peranan penting untuk menarik minat pelajar ke sekolah. Jawapan mesyuarat: Tidak dibahaskan kerana pembawa usul tidak hadir. 7.3.5 Puan Nurulaslah binti Mohamed Anuar mengutarakan mengenai tandas murid yang kotor. Beliau berharap agar pihak sekolah boleh mencetak animasi atau kartun yang berkaitan dengan kepentingan menjaga kebersihan tandas dan menampal kartun tersebut di pintu bilik air supaya murid-murid mengetahui tatatertib sebelum dan selepas menggunakannya. Jawapan mesyuarat: Tidak dibahaskan kerana pembawa usul tidak hadir. 7.3.6 Puan Nur Aisyah binti Razali mengatakan kebersihan tandas adalah tanggungjawab semua. Beliau membawa dua usul iaitu: i. Pertama, pihak sekolah menyediakan kaedah seperti kiosk mengikut kategori i. Pertama, beliau mencadangkan agar pihak sekolah boleh mencetak animasi atau kartun berkaitan dengan kepentingan menjaga kebersihan tandas dan menampal kartun tersebut di pintu bilik air supaya murid-murid mengetahui tatatertib sebelum dan selepas menggunakannya. ii. Kedua, murid diajar perkara asas tatacara penggunaan tandas seperti menyangkut selur, menyangkut hos selepas menggunakan, basuh tangan. Jawapan mesyuarat: Tidak dibahaskan kerana pembawa usul tidak hadir. 7.3.7 Puan Siti Norbaiti binti Zulkiflie mencadangkan untuk pihak kantin memperbanyakkan lagi menu yang menarik. Jawapan mesyuarat: Tidak dibahaskan kerana pembawa usul tidak hadir. Walau bagaimanapun, YDP memaklumkan bahawa telah ada AJK yang dilantik untuk menguruskan kebajikan kantin. 7.3.8 Puan Noor Fariza Suzainie binti Md Diah mencadangkan dua usul iaitu: 18
5 makanan bagi mengelakkan murid beratur lama untuk membeli sehingga tidak sempat untuk makan. ii. Kedua, pihak sekolah menyediakan sabun di setiap sinki basuh tangan bagi menjaga kebersihan murid. Jawapan mesyuarat: Tidak dibahaskan kerana pembawa usul tidak hadir. Namun YDP memaklumkan bahawa isu ini telah ditangani oleh pihak sekolah dan telah membuat penambahbaikkan dengan penggunaan kaedah cashless money seperti yang telah dicadangkan. 7.3.9 Puan Norfadilah binti Nordin mencadangkan untuk mewujudkan bayaran bulanan makan di kantin bagi murid. Jawapan mesyuarat: Tidak dibahaskan kerana pembawa usul tidak hadir. 7.3.10 Puan Nur Syamilah binti Ahamed Mokhtar mencadangkan supaya pihak sekolah mengarahkan sekuriti sekolah supaya memantau pergerakan keluar masuk murid yang duduk berseorangan di pintu pagar sekolah. Jawapan mesyuarat: Tidak dibahaskan kerana pembawa usul tidak hadir, namun YDP memaklumkan bahawa pengawal keselamatan sekolah hanya bertugas di dalam kawasan sekolah sahaja dan murid perlu menunggu ibu bapa di dalam kawasan sekolah yang telah ditetapkan. 7.3.11 Puan Nur Syamilah binti Ahamed Mokhtar mencadangkan supaya pihak sekolah mengarahkan sekuriti sekolah supaya memantau pergerakan keluar masuk murid yang duduk berseorangan di pintu pagar sekolah. Jawapan mesyuarat: Tidak dibahaskan kerana pembawa usul tidak hadir, namun YDP memaklumkan bahawa pengawal keselamatan sekolah hanya bertugas di dalam kawasan sekolah sahaja dan murid perlu menunggu ibu bapa di dalam kawasan sekolah yang telah ditetapkan. 7.3.12 Puan Noorahayu Yahya mencadangkan supaya pihak sekolah memantau pergerakan keluar masuk murid. Jawapan mesyuarat: Tidak dibahaskan kerana pembawa usul tidak hadir. 19
6 7.3.13 Encik Syed Mohamad Akmal bin Syed Mashor membawa empat usul iaitu Jawapan mesyuarat: 7.4 USUL KURIKULUM 7.3.13 Puan Suhaila binti Mohd Suhaimi mencadangkan supaya pihak sekolah memaklumkan kepada ibu bapa berkenaan pintu pagar A sekolah hanya untuk urusan mengambil dan menurunkan murid, bukan untuk menunggu. Jawapan mesyuarat: Tidak dibahaskan kerana pembawa usul tidak hadir, namun YDP memaklumkan supaya ibu bapa ambil cakna dengan perkara ini dan mengamalkan konsep “Berhenti 20 Saat” seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak sekolah. Usul yang dikemukakan oleh Encik Syed Mohamad Akmal telah dijawab dan dinyatakan dalam buku program halaman 60. Beliau bersetuju dengan makluman yang diberikan namun memberikan cadangan supaya pihak sekolah mengambil inisiatif seperti di kawasan Presint 8 dimana anggota polis berada di kawasan tersebut untuk memantau lalu lintas dan berharap perkara ini dapat dilaksanakan di SK Putrajaya Presint 16(2). YDP juga memaklumkan supaya pihak AJK PIBG yang akan datang akan mengambil tindakan seterusnya dengan menjalankan kerjasama antara pihak MIROS, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya supaya isu keselamatan murid dapat diselesaikan. i. Pertama beliau mencadangkan mewujudkan lampu isyarat khas bagi murid melintas ke kawasan perhentian bas bertentangan sekolah atau ada lantikan pegawai khas bukan dari kakitangan sekolah bagi mengawal lalu lintas. ii. Kedua, menaikkan papan tanda kawasan sekolah, papan tanda had laju dan mengeluarkan memo mengenai kesedaran lalu lintas. iii.Ketiga, pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa supaya tidak sewenang-wenangnya memberhentikan kenderaan di sisi jalan utama. iv.Keempat, mewujudkan kerjasama dengan perkhidmatan van sekolah untuk urusan mengambil dan pulang murid. 7.4.1 Puan Nurul Hidayah binti Mohd Zain mencadangkan pihak sekolah supaya dapat meningkatkan lagi fokus murid dalam pembelajaran. Jawapan mesyuarat: Tidak dibahaskan kerana pembawa usul tidak hadir. 7.4.2 Puan Raja Khairunnisa binti Raja Alauddin mencadangkan pihak sekolah supaya guruguru dapat berkongsi maklumat mengenai kerja rumah di dalam whatsapp group kelas bagi anak-anak tahap satu. 20
7 i. Pertama beliau mencadangkan pihak sekolah supaya mengadakan program memperkasakan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah kepada murid tahun enam sebagai persediaan melangkah ke sekolah menengah. ii. Kedua, aktiviti kokorikulum dan kelab dapat dipertingkatkan dan mungkin boleh dibiayai oleh ibu bapa. Jawapan mesyuarat: Usul yang dikemukakan oleh Puan Norazlinawati binti Azmi telah dijawab di dalam buku program halaman 63 dan bersetuju dengan jawapan yang diberikan. YDP juga memaklumkan sekiranya semua pihak bersetuju untuk melaksanakan program seperti bengkel atau seminar menjawab soalan, program ini dapat dilaksanakan pada sesi seterusnya. 7.5 USUL-USUL LAIN i. Pertama beliau mencadangkan supaya pihak kedai buku menjual barangan yang bermanfaat dan berkualiti kepada murid. ii. Kedua, penggunaan barang seperti pemadam, gam dan sapu tangan yang tidak berkualiti dan boleh mendatangkan bahaya kepada murid. Jawapan mesyuarat: Usul yang dikemukakan oleh Puan ‘Aina Madia telah dijawab di dalam buku program halaman 66 dan bersetuju dengan jawapan yang diberikan. Jawapan mesyuarat: Tidak dibahaskan kerana pembawa usul tidak hadir. 7.4.3 Puan Norazlinawati binti Azmi mengemukakan dua usul iaitu 7.5.1 Puan Aisyah Inani binti Mohd Saad mencadangkan pihak sekolah supaya dapat mewajibkan satu sesi pengucapan awam oleh ibu bapa di dalam kelas anak-anak selama 10 hingga 15 minit. Jawapan mesyuarat: Tidak dibahaskan kerana pembawa usul tidak hadir. Namun, YDP memaklumkan bahawa pihak PIBG tidak mempunyai sebarang tentangan sekiranya ada ibu bapa yang berkeinginan untuk melaksanakan sesi pengucapan awam tetapi perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak sekolah (Unit Bimbingan dan Kaunseling) berkaitan pelaksanaan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. 7.5.2 Puan ‘Aina Madia binti Omar mengemukakan dua usul iaitu: 21
8 7.6 USUL KOKURIKULUM 7.6.2 Puan Intan Noorazura binti Abd. Ghafar mengemukakan dua usul iaitu: Jawapan mesyuarat: 8. PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA 2022/2023 Makluman Tidak dibahaskan kerana pembawa usul tidak hadir. 7.6.1 Puan Nurulaslah binti Mohamed Anuar mencadangkan pihak sekolah supaya dapat perbanyakkan aktiviti pasukan sekolah atau permainan agar murid dapat menyertai lebih dari satu pasukan, permainan atau persatuan. Jawapan mesyuarat: Tidak dibahaskan kerana pembawa usul tidak hadir. Namun, YDP menyarankan supaya ibu bapa memaklumkan kepada guru kelas berkaitan kepakaran murid supaya kepakaran itu dapat digilap dengan lebih baik lagi di masa akan datang. i. Pertama beliau mencadangkan supaya pihak sekolah menyediakan memo atau makluman awal kepada ibu bapa berkaitan pertukaran atau rombakan rumah sukan, kelab atau persatuan. ii. Kedua, murid diberi pilihan untuk menyertai mana-mana sukan, kelab atau persatuan mengikut minat murid dan bukan ditentukan oleh pihak sekolah secara rawak. 8.1 Tuan YDP mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, barisan pentadbir, guru-guru, Naib YDP En Azlee bin Abu Bakar, barisan AJK sesi 2022/2023 dan tidak dilupakan juga barisan AJK sebelum ini yang telah banyak memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah terutamanya semasa melalui fasa pandemik. 8.2 Tuan YDP memohon izin untuk melantik Guru Besar, Encik Muhammad Hafizulnizam bin Jamaluddin sebagai pengerusi sementara. Cadangan ini telah mendapat sokongan majoriti daripada ahli mesyuarat. 8.3 Tuan YDP seterusnya membubarkan AJK PIBG bagi Sesi 2022/2023 dan menyerahkan kepada Guru Besar selaku pengerusi sementara untuk meneruskan sesi lantikan AJK PIBG bagi sesi 2023/2024. 22
9 9. PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG 2023/2024 9.1 Yang Dipertua PIBG (YDP) Dicadang oleh : Encik Muhamad Syazmir bin Ahmad Najib Makluman 9.2 Naib Yang Dipertua (NYDP) Dicadang oleh : Puan Azeatie binti Adinan Makluman 9.3 Setiausaha Guru Besar melantik Encik Muhammad Afiq bin Mohd Munir sebagai Setiausaha. Makluman 9.4 Bendahari Guru Besar melantik Puan Nur Adrina binti Mat Yasin sebagai Bendahari. Makluman 9.5 Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa 9.5.1 Puan Siti Maisarah binti Roslan telah bersetuju menjadi AJK secara sukarela. 9.5.2 Kapten Roslan bin Aziz mencadangkan Puan Siti Noorul Ainee binti Mohd Yusoff sebagai AJK. 9.5.3 Encik Afihan bin Abdul Rahman mencadangkan Encik Radzial Alwi bin Mohamed sebagai AJK. 9.5.4 Encik Sahnan Nuddin bin Abdul Razak mencadangkan Encik Mohd Fairuz bin Kamarulzaman sebagai AJK. 9.5.5 Puan Siti Nurbaya binti Ramli mencadangkan Puan Norazlinawati binti Azmi sebagai AJK. 9.5.6 Puan Suhaida binti Mohamad mencadangkan Encik Syed Mohamad Akmal bin Syed Mashor sebagai AJK. Cadangan perlantikan barisan AJK ini telah disokong oleh Encik Muhamad Syazmir bin Ahmad Najib supaya dipersetujui oleh ahli mesyuarat dan ianya telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat yang hadir. Makluman Mencadangkan calon : Encik Afihan bin Abdul Rahman Disokong oleh : Ir. Dr. Azfarizal bin Mukhtar Mencadangkan calon : Encik Muhamad Syazmir bin Ahmad Najib Disokong oleh : Puan Wan Syamimi binti Wan Nor@Nordin 23
10 9.6 Juru Audit Luaran 9.6.1 Puan Norazlinawati binti Azmi mencadangkan Puan Maslina binti Mansor sebagai Juru Audit Luaran dan dipersetujui oleh ahli mesyuarat. Makluman 9.7 Ahli Jawatankuasa Guru 9.7.1 Guru Besar melantik barisan guru SK Putrajaya Presint 16(2) sebagai AJK guru iaitu : i. Puan Azeatie binti Adinan ii. Encik Muhammad Syazrin bin Ahmad iii. Encik Muhammad Zikery bin Hassan iv. Puan Aifaa Normaliza binti Ismail v. Puan Teh Ahara binti Saidin Makluman 9.8 Keputusan penuh pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 adalah seperti berikut: Penasihat : Encik Muhammad Hafizulnizam bin Jamaluddin Yang Dipertua : Encik Afihan bin Abdul Rahman Naib Yang Dipertua : Encik Muhamad Syazmir bin Ahmad Najib Setiausaha : Encik Muhammad Afiq bin Mohd Munir Bendahari : Puan Nur Adrina binti Mat Yasin Ahli Jawatankuasa Guru : Puan Azeatie binti Adinan : Encik Muhammad Syazrin bin Ahmad : Encik Muhammad Zikery bin Hassan : Puan Aifaa Normaliza binti Ismail : Puan Teh Ahara binti Saidin Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa : Encik Radzial Alwi bin Mohamed : Encik Mohd Fairuz bin Kamarulzaman : Encik Syed Mohamad Akmal bin Syed Mashor : Puan Siti Maisarah binti Roslan : Puan Siti Noorul Ainee binti Mohd Yusoff : Puan Norazlinawati binti Azmi Juru Audit Dalaman : Puan Asnida binti Mohd Bakri (Guru) : Puan Maslina binti Mansor (Ibu Bapa) Makluman 24
11 10. HAL-HAL LAIN 10.1 Sumbangan PIBG 10.1.1 YDP menyatakan sumbangan PIBG adalah sebanyak RM 50.00. Sekiranya tiada masalah amoun sumbangan PIBG dikekalkan sebanyak RM 50.00 untuk satu keluarga dan mendapat persetujuan majoriti ahli mesyuarat yang hadir. Makluman 10.2 Tabungan Dana Korporat dan Tabungan Sumbangan Ibu bapa 10.2.1 Ir. Dr. Azfarizal bin Mukhtar mencadangkan supaya keperluan yang memerlukan kewangan disenaraikan supaya ianya dalam makluman ibubapa . Secara tidak langsung, ibu bapa dapat memberikan sumbangan serta membantu kepada pembangunan majlis sekolah seperti Majlis Hari Guru. Melalui ini dapat meningkatkan kokurikulum dan aktiviti sekolah. Jawapan mesyuarat: YDP memaklumkan dana PIBG dapat dijana seperti mana yang dimaksudkan oleh Ir. Dr. Azfarizal bin Mukhtar melalui dua sumbangan yang membolehkan pihak sekolah membuat permohonan kepada ibu bapa melalui satu kaedah. Sumbangan ini mempunyai tatacaranya yang akan dilihat semula. Oleh itu, AJK PIBG akan membuat perbincangan. 10.2.2 Encik Ahmad Zulkifli bin Saad menyokong cadangan Ir. Dr. Azfarizal bin Mukhtar yang mungkin memerlukan dana tambahan. Dengan ini, pihak sekolah perlu merancang lebih awal untuk aktiviti supaya ibu bapa ada persediaan yang lebih awal untuk membantu dari segi kewangan, idea dan motivasi. Cadangan ini dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Makluman 10.3 Penambahbaikan Rancangan Aktiviti untuk Kalendar akan datang 10.3.1 Ir. Dr. Azfarizal bin Mukhtar juga mencadangkan supaya pihak sekolah dapat merancang lawatan ke sekolah berprestasi tinggi seperti SBP dan MRSM supaya adanya program seperti Mentor-Mentee. Melalui program ini, muridmurid dapat bekerjasama dengan pelajar-pelajar cemerlang serta boleh dijadikan inspirasi untuk mengikuti jejak langkah mereka. 25
12 10.3.2 YDP memaklumkan cadangan ini akan dilaksanakan. Beliau mewakili AJK PIBG mengucapkan terima kasih kepada ahli PIBG yang sudi hadir. YDP mengharapkan agar komitmen dapat diteruskan untuk masa akan datang. Makluman 11. UCAPAN PENANGGUHAN 11.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan syabas kepada AJK yang baru dilantik. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.57 pagi. Disediakan oleh, Disemak oleh, MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD MUNIR MUHAMMAD HAFIZULNIZAM BIN JAMALUDDIN Setiausaha Guru Besar Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-15 SK Putrajaya Presint 16(2) SK Putrajaya Presint 16(2) Disahkan oleh, AFIHAN BIN ABDUL RAHMAN Yang Dipertua PIBG SK Putrajaya Presint 16(2) 26
BAHAGIAN 3
LAPORAN AKTIVITI PIBG 2023/2024 ❖ Mesyuarat AJK PIBG SK Putrajaya Presint 16(2) telah diadakan sebanyak empat kali dan tarikh mesyuarat adalah seperti berikut: 1. Mesyuarat AJK PIBG Bil.1 Sesi 2023/2024 – 25 Julai 2023 2. Mesyuarat AJK PIBG Bil.2 Sesi 2023/2024 – 20 November 2023 3. Mesyuarat AJK PIBG Bil.3 Sesi 2023/2024 – 4 Mac 2024 4. Mesyuarat AJK PIBG Bil.4 Sesi 2023/2024 – 22 April 2024 BIL. NAMA 25/07/2023 20/11/2023 4/3/2024 22/4/2024 1 En. Muhammad Hafizulnizam bin Jamaluddin (Guru Besar) / / / / 2 En. Afihan bin Abdul Rahman (YDP) / / / / 3 En. Muhamad Syazmir bin Ahmad Najib (NYDP) / / / / 4 En. Muhammad Afiq bin Mohd Munir / / / / 5 Pn. Nur Adrina binti Mat Yasin / / / / 6 Pn. Azeatie binti Adinan / / / / 7 En. Muhammad Syazrin bin Ahmad 0 / / / 8 En. Muhammad Zikery bin Hassan / / / / 9 Pn. Aifaa Normaliza binti Ismail 0 / / 0 10 Pn. Teh Ahara binti Saidin / / / / 11 En. Radzial Alwi bin Mohamed / 0 0 0 12 En. Mohd Fairuz bin Kamarulzaman 0 / 0 0 13 En. Syed Mohamad Akmal bin Syed Mashor 0 0 / 0 14 Pn. Siti Maisarah binti Roslan / / / 0 15 Pn. Siti Noorul Ainee binti Mohd Yusoff / / / / 27
16 Pn. Norazlinawati binti Azmi / / / 0 17 Pn. Asnida binti Mohd Bakri (Juru Audit Dalaman) / / / 0 18 Pn. Maslina binti Mansor (Juru Audit Luaran) 0 0 / 0 ❖ Turut Hadir BIL. NAMA 25/07/2023 20/11/2023 4/3/2024 22/4/2024 1 Pn. Norhafizah binti Kamaruddin (GPK Pentadbiran) / / / / 2 Pn. Siti Hanifah binti Rahmat (GPK Hal Ehwal Murid) / / / / 3 En. Ismail bin Ghazali (GPK Kokurikulum) / / / / 4 Pn. Nor Hasiah binti Ismail (GPK PPKI) / / / / 28
❖ SUMBANGAN DAN AKTIVITI PIBG SK PUTRAJAYA PRESINT 16(2) BIL. AKTIVITI TARIKH 1 MESYUARAT AJK PIBG BIL.1,2,3,4 a) Bil.1: 25/07/2023 b) Bil.2: 20/11/2023 c) Bil.3: 4/3/2024 d) Bil.4: 22/4/2024 TAHUN 2023 2 KEJOHANAN MERENTAS DESA 2023 24/06/2023 3 LAWATAN PENGOPERASIAN KANTIN SKPP 16(2) 21/07/2023 4 MENGGANTUNG PITA AWAS DI KAWASAN SELEKOH SEKOLAH 27/07/2023 5 PEMBAIKAN KEROSAKAN TEMPAT MENUNGGU (PINTU PAGAR A) 15/08/2023 6 TAKLIMAT & SESI SOAL JAWAB PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 MRSM TAHUN 2024 18/08/2023 7 TEMASYA SUKAN SEKOLAH 2023 20/08/2023 8 PENYERAHAN WANG SUMBANGAN KEPADA GURU LANTIKAN SEMENTARA (GLS) KAFA SKPP 16(2) 23/08/2023 9 PENYERAHAN WANG INSENTIF KEPADA WAKIL ANAKANAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN (MSSM) 06/09/2023 10 SUMBANGAN HARI KANAK-KANAK SKPP 16(2) 31/10/2023 11 SUMBANGAN LAPTOP DAN PAPARAN HABLUR CAIR (LCD) UNTUK KEGUNAAN PdPc 03/11/2023 12 SUMBANGAN PROGRAM KEM MAIWP INSANI SKPP16(2) 25/11/2023 13 MAJLIS HARI APRESIASI TAHUN ENAM 2023 25/11/2023 14 SUMBANGAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN SEKOLAH 15/12/2023 TAHUN 2024 1 MAJLIS HARI APRESIASI 2023 03/02/2024 2 SUMBANGAN BANTUAN BUKU PERSEKOLAHAN KEPADA ANAK-ANAK ASNAF 04/03/2024 3 PROGRAM PRELOVED FREE MARKET 09/03/2024 4 SUMBANGAN ALAT GOTONG ROYONG 09/03/2024 5 PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH 11/03/2024 6 PROGRAM GOTONG-ROYONG BUBUR LAMBUK 23/03/2024 7 SUMBANGAN TIANG GOL BOLA SEPAK 05/04/2024 8 SUMBANGAN TIANG BOLA JARING 22/04/2024 9 SUMBANGAN KERUSI TEMPAT MURID MENUNGGU IBU BAPA 30/04/2024 29
BIL. GAMBAR BUTIRAN 1 Gambar 1 Gambar 2 MESYUARAT AJK PIBG BIL. 1,2,3,4 i. Tarikh: Bil.1: 25/07/2023 Bil.2: 20/11/2023 Bil.3: 4/3/2024 Bil.4: 22/4/2024 2 Gambar 1 LAWATAN PENGOPERASIAN KANTIN SKPP 16(2) i. Tarikh: 21 Julai 2023 ii. Tujuan: Memastikan kuantiti makanan mencukupi, sistem pembayaran lancar, kepelbagaian makanan iii. Gambar 1: En. Muhammad Hafizulnizam bin Jamaluddin (Guru Besar) bersama-sama pentadbir, En. Afihan bin Abdul Rahman (YDP PIBG), barisan AJK PIBG & pengusaha kantin berbincang mengenai pemerkasaan operasi kantin. 30
3 Gambar 1 MENGGANTUNG PITA AWAS DI KAWASAN SELEKOH SEKOLAH i. Tarikh: 27 Julai 2023 ii. Gambar 1: Pemasangan pita awas oleh Pn. Siti Maisarah dan En. Syed Akmal (AJK PIBG) di kawasan selekoh (Pintu pagar A) 4 Gambar 1 Gambar 2 PEMBAIKAN KEROSAKAN TEMPAT MENUNGGU (PINTU PAGAR A) i. Tarikh: 15 Ogos 2023 ii. Gambar 1: Kerosakan pada tempat menunggu di bahagian bumbung. iii. Gambar 2: En. Syed Akmal telah membaiki bumbung tersebut dan telah melaporkan aduan pada pihak Perbadanan Putrajaya. 31
5 Gambar 1 Gambar 2 TAKLIMAT & SESI SOAL JAWAB PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 MRSM TAHUN 2024 i. Tarikh: 18 Ogos 2023 ii. Gambar 1: En. Muhammad Hafizulnizam bin Jamaluddin (Guru Besar SKPP16(2) bersama En. Afihan bin Abdul Rahman (YDP PIBG) menyerahkan cenderahati kepada En. Mohamad Sabri bin Mohamad Zainon, Ketua Penolong Pengarah (Pengambilan & Penempatan) Bahagian Pendidikan Menengah MARA. iii. Gambar 2: En. Mohamad Sabri sedang menyampaikan taklimat berkenaan permohonan kemasukan ke MRSM. 6 SUMBANGAN ENAM BUAH KHEMAH DAN HAMPER SEMASA TEMASYA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH i. Tarikh: 20 Ogos 2023 ii. Gambar 1: Suasana ibu bapa sedang memberikan sokongan. iii. Gambar 2: Rumah Sukan Topaz sedang memberikan semangat kepada ahli pasukan. Gambar 1 Gambar 2 32
7 Gambar 1 PENYERAHAN WANG SUMBANGAN KEPADA GURU LANTIKAN SEMENTARA (GLS) KAFA SKPP 16(2) i. Tarikh: 23 Ogos 2023 ii. Gambar 1: En. Muhammad Hafizulnizam (Guru Besar), En. Afihan (YDP PIBG), Pn. Nur Adrina (Bendahari PIBG) bersama-sama guru GLS KAFA SKPP 16(2). 8 PENYERAHAN WANG INSENTIF KEPADA WAKIL ANAK-ANAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN (MSSM) i. Tarikh: 6 September 2023 ii. Gambar 1: En. Muhammad Hafizulnizam (Guru Besar), En. Afihan (YDP PIBG), dan En. Ismail (PKKO) memberikan insentif murid ke MSSM kepada Cik Nurul Afiqah. iii. Gambar 2: Murid-murid yang berjaya ke peringkat kebangsaan. Gambar 1 Gambar 2 33
9 Gambar 1 SUMBANGAN HARI KANAKKANAK SKPP 16(2) i. Tarikh: 31 Oktober 2023 ii. Gambar 1: Penajaan makanan oleh YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob. Sumbangan meliputi 1. BJC FOOD (MALAYSIA) SDN BHD Wise Cottage Fries 56 Cartons (2016 pcs) 2. FRANCESTLE CONFECTIONERIES (M) SDN. BHD. Alfredo Chocolate 1920 Chocolate Bars 3. NESTLE (MALAYSIA) BERHAD Van Milo iii. Sumbangan PIBG Dry Soopa Doopa 34
10 Gambar 1 Gambar 2 SUMBANGAN KOMPUTER RIBA DAN PAPARAN HABLUR CAIR (LCD)UNTUK KEGUNAAN PdPc i. Tarikh: 3 November 2023 ii. Gambar 1: En. Muhammad Hafizulnizam (Guru Besar – Tengah), En. Afihan (YDP PIBG – Kanan) bersama wakil syarikat. iii. Gambar 2: Sumbangan komputer riba jenama Lenovo danpaparan hablur cair jenama Epson (LCD). 11 Gambar 1 SUMBANGAN PROGRAM KEM MAIWP INSANI SKPP16(2) i. Tarikh: 25 November 2023 ii. Gambar 1: En. Muhammad Hafizulnizam (Guru Besar – Tengah), En. Muhamad Syazmir (NYDP), Pn. Siti Hanifah (GPK HEM) dan Ustazah Ariesha Khana menyerahkan cenderahati kepada peserta. iii. Gambar 2: En. Muhamad Syazmir (NYDP) sedang 35
Gambar 2 memberikan taklimat kepada peserta perkhemahan. 12 SUMBANGAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN SEKOLAH i. Tarikh: 15 Disember 2023 ii. Gambar 1: Pembaikan siling kelas iii. Gambar 2: Pembaikan lubang manhole yang tersumbat. iv. Kerosakan yang telah dibaiki antaranya: • Tiles Tepi Dewan Yang Merbahaya • Pagar D Sekolah Yang Rosak • Siling Dewan Sekolah Banyak Jatuh • Saluran Paip Bocor di Bilik Guru • Saluran Grease Kantin Yang Tersumbat • Kebocoran Tangki di Kantin Sekolah • Kerosakan Saluran Tandas Pra Sekolah • Kebocoran di Tandas Pra Sekolah • Kipas Bilik Darjah Rosak Gambar 1 Gambar 2 36
13 Gambar 1 SUMBANGAN BANTUAN BUKU PERSEKOLAHAN KEPADA ANAK-ANAK ASNAF i. Tarikh: 4 Mac 2024 ii. Gambar 1: En. Afihan (YDP PIBG) bersama En. Muhammad Hafizulnizam (Guru Besar) menyerahkan bantuan buku persekolahan kepada murid yang terlibat. 14 PROGRAM PRE-LOVED FREE MARKET i. Tarikh: 19 Mac 2024 ii. Gambar 1: Situasi ibu bapa yang hadir semasa Program Pre-Loved Free Market. iii. Gambar 2: En. Afihan (YDP PIBG), En. Muhamad Syazmir (NYDP) bersama barisan AJK PIBG dalam menjayakan Program PreLoved Free Market. Gambar 1 Gambar 2 37
15 Gambar 1 SUMBANGAN ALAT GOTONG ROYONG i. Tarikh: 9 Mac 2024 ii. Gambar 1: Sumbangan PIBG dalam menyediakan alat-alat gotong-royong seperti alat mencuci dan sebagainya semasa program. 16 PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH i. Tarikh: 11 Mac 2024 ii. Gambar 1: En. Afihan (YDP PIBG) memberikan set alat tulis kepada murid yang berjaya hadir ke sekolah. iii. Gambar 2: Murid bergambar dengan maskot. Gambar 1 Gambar 2 38
17 Gambar 1 GOTONG-ROYONG BUBUR LAMBUK i. Tarikh: 23 Mac 2024 ii. Gambar 1: En. Afihan (YDP PIBG) bersama Pn. Noorul Ainee, Pn. Maslina dan ibu bapa serta guru sedang menyiapkan menu bubur lambuk. 18 Gambar 1 SUMBANGAN TIANG GOL BOLA SEPAK i. Tarikh: 5 April 2024 ii. Gambar 1: Sumbangan tiang gol oleh PIBG untuk pembangunan sukan bola sepak. 39
19 Gambar 1 SUMBANGAN TIANG BOLA JARING i. Tarikh: 22 April 2024 ii. Gambar 1: Sumbangan tiang bola jaring oleh PIBG untuk pembangunan sukan bola sepak. 20 Gambar 1 SUMBANGAN KERUSI TEMPAT MURID MENUNGGU IBU BAPA i. Tarikh: 30 April 2024 ii. Gambar 1: Sumbangan 12 buah kerusi tempat murid menunggu ibu bapa 40
BAHAGIAN 4
LAPORAN TAHUNAN 2023 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK PUTRAJAYA PRESINT 16(2) PENYATA KEWANGAN DAN LAPORAN JURUAUDIT BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 41
LAPORAN TAHUNAN 2023 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK PUTRAJAYA PRESINT 16(2) AKUAN AHLI JAWATANKUASA PIBG Pada pendapat kami, ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(2) segala butir-butir penyata kewangan yang dilampirkan telah disusun supaya menunjukkan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan sehingga 31 Disember 2023 dan hasil perjalanannya bagi tahun 2023 sehingga 31 Disember 2023 serta aliran tunainya untuk tahun tersebut. Bagi pihak ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, NUR ADRINA BINTI MAT YASIN AFIHAN BIN ABDUL RAHMAN BENDAHARI PIBG YANG DI-PERTUA PIBG SESI 2023/2024 SESI 2023/2024 LAPORAN JURUAUDIT DALAMAN Kami telah mengaudit penyata kewangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Presint 16(2) yang mengandungi Penyata. Pendapatan dan Perbelanjaan sehingga 31 Disember 2023. Kami percaya bahawa bukti audit yang kami peroleh adalah mencukupi dan menyediakan asas yang munasabah bagi pembentukan pendapat kami. Pada pendapat kami, penyata kewangan telah disediakan untuk memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai penyata kewangan bagi tahun 2023 berakhir 31 Disember 2023 dan kedudukan kewangan serta aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut. ASNIDA BINTI MOHD BAKRI MASLINA BINTI MANSOR JURUAUDIT PIBG JURUAUDIT PIBG SESI 2023/2024 SESI 2023/2024 42
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 16(2) PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 TARIKH TERIMA AMAUN (RM) AMAUN (RM) DEBIT KREDIT PENDAPATAN Sumbangan Sumbangan Anggota PIBG 34,100.00 Sewa Tapak Gerai Hari Temasya Sukan 2023/2024 (13 unit) 17/7/2023 1,300.00 Sumbangan Pengoperasian KAFA 31/7/2023 26,400.00 Sumbangan Hari Sukan 2023/2024 9/8/2023 16,150.00 77,950.00 Dana Aktiviti/Program Lebihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023/2024 25/1/2023 3,000.00 Terimaan Sumbangan Asnaf daripada MAIWP 25/1/2023 30,000.00 Program Tahun 6 2023/2024 7 Jun 2023 7/4/2023 38,790.00 Sumbangan Ibu Bapa bagi Pertandingan Hoki di Stadium Lembah Pantai Kuala lumpur 10-13 Julai 2023 26/6/2023 2,500.00 Sumbangan syarikat untuk Pertandingan Nasyid di Masjid Putra pada 28 Julai 2023 6/7/2023 2,300.00 Sumbangan Unit Pendingin Hawa PPKI (1 unit) 15/8/2023 3,500.00 Sumbangan Bendera oleh PPj 17/8/2023 300.00 Duit Lebihan Kutipan Yuran KAFA (Tumpang) 23/9/2023 44,065.35 43
Dana Projek Khas daripada Pejabat PM sempena Hari Sukan 2023/2024 17/10/2023 5,000.00 Sumbangan Apresiasi Tahun 6 di KDN pada 25 November 2023 15/11/2023 5,455.00 Sumbangan PIBG untuk Gotong Royong PIBG pada 28 November 2023 28/11/2023 10,000.00 144,910.35 Lain-lain Pendapatan Keuntungan Simpanan di Bank Islam (profit paid) 322.11 322.11 JUMLAH PENDAPATAN 223,182.46 44