3.3 PERINGKAT UNIT PELAJAR
Rajah 9: Struktur Organisasi pertubuhan peringkat unit pelajar
50
3.4 CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM:
● Peringkat Unit Kokurikulum
Rajah 10: Carta organisasi peringkat unit kokurikulum
51
3.5 FUNGSI MAJLIS TADBIR:
Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli di
dalam bidang masing-masing dan seterusnya menjadi
contoh/rujukan kepada semua pihak.
Menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan
dan mengukuhkan hubungan kebajikan, kerjasama dan
kesejahteraan bekerja sesama ahli.
Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan
pertubuhan lain yang mempunyai matlamat dan kepentingan
yang serupa.
Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan
berbincang sesama ahli serta dengan pihak pengurusan yang
berkaitan.
52
4.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
4.1 PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN:
a) Borang Kebenaran Ibu bapa
Sebelum didaftarkan, kebenaran daripada ibubapa perlu diperolehi.
b) Borang Ahli
Guru Pemimpin perlu mengedarkan Borang Ahli kepada pelajar untuk diisi
dan kemudian disampaikan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri
untuk mendapatkan Nombor Pendaftaran. Keratan borang hendaklah
dikembalikan kepada sekolah.
c) Pendaftaran Pensyarah/Guru Pemimpin dan Ahli Tidak Beruniform
Guru-guru Pemimpin dan ahli-ahli tidak beruniform perlu mendaftar
dengan menggunakan Borang Permohonan Menjadi Ahli (Tidak
Beruniform). Borang hendaklah disahkan oleh Perhubungan Negeri dan
keratan hendaklah dihantar ke ibu Pejabat PPIM.
4.2 PEMBAHAGIAN AHLI MENGIKUT PASUKAN DAN MENAMAKAN
KUMPULAN:
a. Jumlah ahli setiap pasukan tidak melebihi 40-50 orang dan terdiri
daripada beberapa kumpulan.
b. Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 10-15 orang.
c. Nama setiap kumpuian adalah terpulang kepada sekolah berkenaan.
d. Nama setiap pasukan hendaklah ditentukan oleh negeri masing-masing
mengikut format berikut.
Contohnya:
Pada tahun 1988, Sekolah Seri Puteri Kuala Lumpur menubuhkan PPIM
dengan ahlinya seramai 85 orang.
53
4.3 KUASA PENGANJUR
Memaklumkan pendaftaran tahunan.
Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di
sekolahnya.
Salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi bagi
akaun simpanan atau semasa untuk Pergerakan Puteri Islam
Malaysia.
Mengesahkan penyata akaun unit yang telah disediakan.
4.4 STRUKTUR UNIT
54
4.5 PENGURUSAN BUKU LOG/ FOLIO/ LAPORAN AKTIVITI
CARA MENULIS CATATAN/ AKTIVITI
1. Tarikh/ hari:
2. Masa:
3. Tempat:
4. Tahap: puteri bongsu/ puteri kecil
5. Aktiviti/ catatan:
1. Tatacara perjumpaan:
a) Pengenalan PPIM
Membaca ikrar dan menyalin di dalam buku log
Menyalin suluh kata ppim
Melukis logo ppim
b) Pendidikan rohani ceramah/ tayangan video
• Sumber makanan
• Adab semasa makan
• Makanan seimbang
• Doa sebelum dan selepas makan
55
c) Kesihatan dan Pembangunan diri:
Mencatat dan mengelaskan makanan
Menampal gambar
d) Pesanan guru pemimpin tentang aktiviti minggu
seterusnya
e) Tatacara Penutup:
• Membaca tasbih kafarah dan membaca surah Al asr
• Berselawat sambil bersalam
4.6 TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
Pengerusi
Menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk
memastikan segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan
mengikut perlembagaan.
Setiausaha
Menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan,
menyimpan minit dan surat, menulis laporan mingguan,
menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan
persatuan.
Bendahari
Bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan,
apabila ada kutipan berlaku, beliau perlu menyerahkan wang
dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat.
56
Pensyarah Pemimpin/ Ketua Guru Pemimpin/ Guru Pemimpin
Perlu membeli atau mendapatkan:
a) ) Buku Perlembagaan
b) Bendera PPIM
c) Kaset lagu PPIM
d) Lencana Pemimpin dan Puteri
e) Kad Ahli
f) Uniform -Kain merah jambu
g) Buku Panduan Pemimpin
h) Buku Pengurusan dan Pentadbiran PPIM
i) Sukatan Pelajaran
Menyediakan Keperluan Asas
a) Buku/ Rekod Pendaftaran Ahli (Nama dan butir-butir peribadi)
b) Buku/ Rekod Kehadiran Pasukan
c) Buku/ Rekod Yuran Ahli
d) Buku/ Akaun (Penyata Kewangan)
Lain-lain Keperluan:
a) Fail-fail/ Buku Stok/ Cop-cop
57
4.7 PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
4.8 TAKWIM
58
59
5.0 KRAF PERKHEMAHAN
5.1 PENGENALAN:
i. Konsep Khemah
a. Khemah ialah tempat perlindungan sementara yang selamat dan
mempunyai kemudahan asas yang minima.
b. Maksud tempat perlindungan ialah sebarang jenis dan bentuk tempat
perlindungan, sama ada yang diperbuat daripada kanves, nilon,
dedaunan, buluh atau mungkin juga daripada kayu dan batu. Yang
penting, tempat perlindungan tersebut mampu memberikan perlindungan
daripada hujan, panas, angin dan juga kesejukan.
c. Berkhemah pula ialah penghidupan di luar bangunan, sama ada di
halaman atau di belakang rumah, di dalam hutan, di pantai, di bukit, di
gunung dan sebagainya. Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan
untuk hidup.
d. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individua tau
berkumpulan. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul
beberapa tanggungjawab terhadao pengurusan peralatan, makanan,
dan perlindungan di samping melibatkan diri dalam aktiviti yang
berkaitan dengan perkhemahan.
e. Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji
kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang
terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji
setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan &
ketidakselesaan.
60
ii. Konsep Kraf Perkhemahan
a. Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari
untuk menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam
kegiatan luar atau perkhemahan.
b. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan
apabila individu melakukan akitiviti perkhemahan atau pengembaraan
iii. Rasional
a. Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam
menghadapi cabaran alam semula jadi dan habitatnya
b. Memupuk perasaaan cinta terhadap alam semula jadi dan mensyukuri
akan ciptaan-Nya dan
c. Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati akan keindahan alam
flora dan fauna yang terdapat di muka bumi ini.
iv. Objektif
a. Menggalakkan ahli PPIM untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik
kraf perkhemahan dalam aktiviti luar atau aktiviti perkhemahan
b. Mendedahkan ahli PPIM untuk memahami akan habitat dan alam
semula jadi serta mengetahui cara-cara untuk hidup apabila berada di
dalam hutan atau tapak perkhemahan\
c. Memberikan kesedaran kepada ahli PPIM tentang kepentingan
menjaga alam sekitar dengan cara yang betul dan berkesan.
5.2 PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH
(i) Jenis-jenis khemah
a. Ridge tent:
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Diperbuat
daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.
61
b. Dome tent:
Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan
fleksibal. Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk berkelah
atau perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.
c. Frame tent:
Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga.
Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.
d. Bell tent:
Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah. Khemas jenis ini sudah
jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis “DOME”.
e. Shelter
Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi.
Shelter boleh dilindungi daripada serangga, panas, hujan, angin, salji
dan suhu sejuk. Boleh menyembunyikan diri daripada musuh bahaya
(ii) Jenis-jenis shelter
(a) Phonco-Lean-To
Mudah dan cepat dibina. Diikat pada dua batang pokok. Shelter
tertutup pada satu bahagian sahaja. Pastikan shelter tidak menghala
atah angin.
(b) Phonco Tent
Mudah dibina. Diikat antara dua batang pokok. Shelter tertutup pada
dua bahagian, kiri dan kanan.
62
(c) One man Shelter
Mudah dibina dan terhalang dari rintangan angin. Saiz yang kecil
menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman.
(iii) Pengurusan dan Keselamatan Khemah:
a. Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir
dengan khemah.
b. Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
c. Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah
d. Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau
binatang lain dari memasuki khemah
e. Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.
f. Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan
kemas
g. Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah
h. Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk
digunakan
(iv) Penjagaan Khemah:
a. Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang atau
pancang khemah berada dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir
untuk memudahkan, memasukkan dan mengeluarkan tiang atau pancang
b. Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip jem dan susah
untuk dibuka
c. Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan
daripada binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha
mencari makanan tersebut 63
d. Saranan yang penting sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali
selepas trip atau setelah menggunakannya, dan pastikan anda
memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang tertinggal.
e. Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul-betul kering.
f. Sekiranya khemah anda basah, elakkan dari menekan, menarik, atau
dengan apa cara sekali pun untuk mengelakkan daripada terkoyak.
g. Jangan menggunakan lilin, mancis atau pembakaran terbuka
berdekatan dengan khemah.
h. Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakan kuasa beteri di
dalam khemah dalam usaha mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
5.3 TUJUAN DAN FAEDAH MEMBUAT GAJET
i. Gajet ditakrifkan sebagai perkakasan atau peralatan atau perabot,
seperti pagar, pintu, kerusi, katil, rak barang, ampaian dan sebagainya
yang terdapat di rumah. Gajet-gajet ini diperbuat daripada kayu dengan
menggunakan paku, gam dan sebagainya supaya kelihatan kemas dan
cantik serta sesuai dengan situasi tempat.
ii. Berdasarkan situasi di rumah, gajet juga amat diperlukan dalam aktiviti
perkhemahan kerana satu tapak perkhemahan boleh diibaratkan seperti
sebuah rumah yang memerlukan pintu, pagar, kerusi atau bangku,
ampaian, rak kasut, rak kasut, rak dapur dan seumpamanya.
64
iii. Bezanya, gajet-gajet dalam aktiviti perkhemahan diperbuat daripada
buluh atau batang kayu yang disambung atau diikat menggunakan tali
dengan simpulan dan ikatan yang tertentu. Simpulan dan ikatan ini amat
penting agar gajet-gajet yang dibina menjadi kukuh dan selamat
digunakan. Sebaik-baik gajet perkhemahan ialah gajet yang dibina
tanpa menggunakan sebarang paku.
iv. Gajet-gajet ini dikenali sebagai kraf kayu atau wood craft. Gajet
penting dalam aktiviti luar kerana ia mempunyai pelbagai fungsi.
Antaranya:
a. Menggantikan perkakasan dan perabot di rumah dan
b. Memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan
c. Menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun, teratur
menyeronokkan
v. Tujuan mendirikan gajet adalah untuk:
a. Mempraktikkan ilmu simpulan dan ikatan yang telah dipelajarinya
secara teori dan amali dalam sesi perjumpaan mingguan
b. Membina semangat kekitaan, kerjasama,
bertanggungjawab dan semangat bergotong
-royong dalam kalangan ahli Sekawan/ Patrol
dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan.
vi. Terdapat beberapa faedah mendirikan gajet. Antaranya:
a. Mewujudkan suasana yang tenteram, selesa, lapang dan selamat
b. Menjimatkan kos
c. Alam sekitar menjadi bersih dan nyaman
d. Barangan dan peralatan mudah disimpan dan diambil
e. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman
f. Memanfaatkan sumber alam persekitaran dengan sebaik mungkin
65
vii. Kaedah mendirikan gajet:
a. Ringkas dan praktikal dengan penggunaan bahan dan peralatan
yang minimum
b. Senang dibina dalam jangka masa yang pendek serta boleh serba
guna
c. Menggunakan bahan dan alat yang ada di persekitaran atau yang
dibekalkan tanpa memerlukan kos yang tinggi
d. Menggunakan simpulan dan ikatan yang betul dan kemas
e. Susun atur mendirikan gajet di tempat yang sesuai di dalam
kawasan perkhemahan
f. Jenis dan bilangan sesuai dengan bilangan peserta dan keluasan
tapak.
viii. Bahan-bahan untuk mendirikan gajet:
a. Sebelum sesebuah gajet dibina, beberapa peralatan dan bahan
perlu disediakan terlebih dahulu. Peralatan dan bahan ini bergantung
kepada jenis-jenis gajet yang dibina.
b. Antara peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat
sesebuah gajet (mengikut kesesuaian) ialah:
(i) parang
(ii) gergaji
(iii) tali, sama ada tali rafia, rami atau manila, rotan, dawai atau akar
(iv) buluh, sama ada yang lurus, bulat atau yang telah dibelah (boleh
juga buluh terpakai)
(v) kayu yang berukuran diameter di antara 10cm hingga 18 cm
(vii) ranting dan dahan pokok, sama ada yang lurus atau yang
bercabang
66
(viii) tin-tin kosong
(ix) batu-bata
(x) olastik
(xi) zink
(xii) papan
(xiii) kad manila
(xiv) dedaunan
5.4 JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA
i. Gajet perlu didirikan mengikut kesesuaian kerana terdapat
pelbagai jenis gajet boleh dibinakan sepanjang aktiviti
perkhemahan dijalankan. Namun gajet perlu didirikan pada waktu
yang lapang atau pada waktu yang telah ditetapkan di dalam
jadual perkhemahan.
ii. Antara gajet yang boleh dibina ialah:
a. Tiang bendera
b. Pagar
c. Pintu gerbang
d. Papan kenyataan
e. Ampaian
f. Pangkin, tempat duduk dan meja
g. Rak kasut
h, Rak dapur
i. Rak barang
67
j. Lubang basah dan lubang kering (tempat buangan sampah)
k. Gajet dapur
l. Alas atau rak untukmeletak beg pakaian
m. Menara kawalan
iii. Tiang bendera
a. Tiang bendera didirikan dengan menggunakan kayu atau buluh, tali
dan bendera. Pelbagai bentuk boleh dihasilkan untuk membuat tiang
bendera. Walau bagaimanapun, penghasilannya adalah bergantung
kepada sumber bahan yang ada.
b. Terdapat 2 jenis tiang bendera didirikan dalam aktiviti perkhemahan.
Satu berupa tiang bendera utama yang didirikan di hadapan kawasan
lapang atau tapak perhimpunan yang digunakan untuk mengibarkan
bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera PPIM, manakala satu
lagi berupa tiang bendera yang digunakan untuk mengibarkan bendera
Sekawan atau Patrol di dalam kawasan perkhemahan Sekawan atau
Patrol itu sendiri.
iv. Pagar:
a. Gajet pagar amat penting dibina untuk menentukan keluasan
kawasan perkhemahan Sekawan atau Patrol. Gajet pagar didirikan
dengan menggunakan kayu atau bulu yang dipacak mengelilingi
kawasan khemah kemudian diikat atau dihadang dengan tali untuk
menjadi pagar.
b. Pagar tifak perlu dibina terlalu tinggi. Sebaik-baiknya ketinggian
pagar yang dibina sekitar satu meter sahaja. Untuk memastikan pagar
menjadi kukuh, jarak pancangan kayu atau buluh hendaklah agak rapat
sekitar dua meter antara satu pancangan.
c. Sekawan atau Patrol yang kreatif akan menghiasi pagar mereka
dengan pelbagai corak atau gaya agar pagar kelihatan kemas, menarik
dan cantik. 68
KEDUDUKAN / PLAN PERKHEMAHAN
jv. Pintu gerbang:
a. Gajet pintu gerbang merupakan satu daripada gajet yang amat
penting dibina dalam aktiviti perkhemahan. Selain
sebagai pintu masuk ke dalam kawasan perkhemahan,
pintu gerbang yang baik akan berperanan sebagai
pusat kawalan, di samping sebagai tempat untuk
memasang bendera Sekawan / Patrol.
b. Pembinaan pintu gerbang seharusnya bersesuaian dengan bilangan
hari dan bahan yang ada. Jika tempoh perkhemahan agak lama dan
bahan untuk mendirikan gajet pintu gerbang banyak, seharusnya pintu
gerbang yang didirikan agak besar dan cantik.
c. Antara bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat gajet
pintu gerbang ialah:
(i) beberapa batang kayu atau buluh pelbagai ukuran
(ii) tali, sama ada rami, jut atau rafia
(iii) cangkul, parang dan gergaji
(iv) tangga (jika ada)
69
vi. Papan kenyataan:
a. Gajet ini dibuat untuk mempamerkan beberapa kenyataan atau
maklumat berkaitan ahli Sekawan atau Patrol, pengumuman pemimpin,
pelan atau gambar rajah kawasan perkhemahan Sekawan/Patrol dan
maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
b. Saiz papan kenyataan yang ingin dibuat bergantung kepada
keperluan dan sumber bahan yang ada. Bagi memastikan agar
maklumat yang dipamerkan itu terlindung daripada hujan dan matahari,
kreativiti PPIM amat diperlukan untuk menyediakan bumbung atau
perlindungan yang bersesuaian bagi papan kenyataan berikut.
c. Antara bahan yang diperlukan ialah kayu atau buluh, tali, marker dan
bahan-bahan lain yang sesuai.
PELBAGAI CONTOH PAPAN KENYATAAN
vii. Ampaian:
a. Gajet ampaian boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung
kepada kreativiti pembuatnya. Walau bagaimanapun, gajet ampaian
yang baik ialah gajet yang didirikan tanpa bergantung kepada pokok
atau batang-batang pokok yang hidup.
b. Oleh itu, gajet ampaian digalakkan didirikan di kawasan lapang,
khususnya kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari dan angin
di bahagian belakang kawasan khemah kumpulan.
70
c. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ampaian ialah
kayu atau buluh, kayu bercabang, kayu atau buluh pancang dan tali
atau dawai.
ANTARA CONTOH GAJET AMPAIAN
viii. Pangkin, tempat duduk dan meja:
a. Gajet ini dibuat untuk 2 fungsi. Pertama, sebagai meja makan dan
kedua, sebagai meja persidangan atau perbincangan Sekawan/Patrol.
b. Kebiasaannya gajet ini didirikan di bahagian belakang kawasan
khemah kumpulan, iaitu berdekatan dengan khemah dapur. Ada juga
kumpulan yang membuat gajet tersebut di bahagian hadapan atau
kawasan halaman khemah kumpulan.
CONTOH GAJET PANGKIN / MEJA/ TEMPAT DUDUK
ix. Rak kasut:
a. Gajet rak kasut dibina untuk meletakkan kasut-kasut ahli kumpulan
dalam kawasan perkhemahan tersebut. Tempat yang paling sesuai untuk
membina rak kasut ialah berhampiran dengan khemah ahli, khususnya
berdekatan dengan pintu khemah.
b. Gajet rak kasut dibina dengan menggunakan beberapa batang bulu
atau kayu berukuran antara suku hingga satu meter dan diikat dengan
tali menggunakan simpulan danikatan yang sesuai.
71
CONTOH GAJET RAK KASUT
x. Rak dapur atau tempat memasak:
a. Rak atau gajet dapur atau tempat memasak merupakan antara gajet
yang paling penting yang perlu dibuat. Rak dapur boleh dibuat secara
paling ringkas, yakni tanpa bumbung atau boleh juga dibuat dengan
berbumbung.
b. Gajet dapur yang paling ringkas ialah gajet dapur bergantung yang
biasanya digunakan untuk memasak air. Manakala untuk memasakh
makanan pula, gajet yang paling ringkas ialah yang didirikan di atas
tanah dengan menggunakan batu atau tungku. Antara bahan yang
diperlukan untuk membuat gajet dapur ringkas ialah kayu bercabang,
kayu lurus atau buluuh, batu bata, dawai, tanah kering dan kawasan
berbukit.
GAJET RAK DAPUR/ TEMPAT MEMASAK
xi. Rak barangan dapur:
a. Gajet ini saiznya agak besar dan agak rumit juga untuk membuatnya.
Gajet atau rak ini digunakan sebagai tempat membasuh pinggan
mangkuk yang dilengkapi dengan baldi air atau besen, tuala kecil,
sabun, dan air. Untuk menjimatkan ruang, gajet atau rak ini boleh dibuat
secara bertingkat-tingkat. 72
CONTOH RAK BARANGAN DAPUR
xii. Rak penyimpanan makanan:
a. Gajet ini dibuat berdasarkan kegunaannya. Sekiranya terdapat pokok
di dalam kawasan khemah kumpulan, maka gajet jenis bergantung
sesuai digunakan. Sekiranya tiada pokok dalam kawasan khemah
berkenaan, gajet jenis bertingkat berbentuk kon boleh dibuat.
b. Gajet tempat menyimpan makanan yang baik ialah dihasilkan
bersama penutup yang diperbuat daripada plastic atau dedaun kering
yang dianyam. Antara bahan yang diperlukan ialah kayu atau buluh
yang dibelah dua atau empat, tali, dan plastic atau dedaun kering yang
bersesuaian.
CONTOH RAK MENYIMPAN MAKANAN
73
xii. Tempat buangan sampah basah (sisa makanan) dan sampah kering:
a. Gajet ini juga amat penting dibuat untuk menjaga akan kebersihan
kawasan khemah. Gajet buangan sampah basah dan sampah kering
boleh dibina di atas seperti gambar rajah di bawah atau dengan cara
mengorek lubang di tanah.
b. Demi menjaga kebersihan, pastikan gajet ini dibina di bahagian
belakang berdekatan dengan rak dapur dan ditutup sentiasa untuk
mengelakkan lalat dan serangga lain mengerumuni atau berkumpul
dalam tempat sampah.
CONTOH LUBANG KERING DAN LUBANG BASAH
6.0 IKHTIAR HIDUP
6.1 PENGENALAN
- Ikhtiar hidup atau lebih dikenali sebagai survival boleh diertikan
sebagai suatu situasi atau keadaan genting serta mengalami
kesukaaran dalam usaha untuk meneruskan kehidupan, terutamanya
semasa mengikuti aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit dan
gunung.
- Oleh itu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau sesuatu usaha yang
dilakukan untuk terus hidup atau daya usaha yang diutamakan dalam
proses kelangsungan hidup. Dalam konteks aktiviti luar, ikhtiar hidup
merupakan satu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh sesorang
supaya dia terus hidup semasa menghadapi ancaman semasa menjalani
aktiviti luar seperti perkhemahan.
74
- Situasi ikhtiar hidup ialah apabila berlakunya gejala-gejala seperti
yang berikut:
i. Kehabisan bekalan makanan dan minuman
ii. Ancaman binatang buas
iii. Sesat di dalam hutan
iv. Masalah perlindungan
- Ikhtiar hidup terpaksa dilakukan kerana kelalaian manusia itu sendiri,
sama ada pada peringkat perancangan, persiapan ataupun semasa
pelaksanaan aktiviti. Selain itu, kurang pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran juga boleh menyebabkan situasi ikhtiar hidup.
- Oleh itu, setiap individu yang ingin mengadakan atau menyertai aktiviti
luar perlulah mendalami ilmu dan kemahiran tentang perkhemahan agar
situasi ikhtiar hidup akan dapat dielakkan. Pelbagai cabaran dan risiko
akan sentiasa dilalui speanjang aktiviti luar dilaksanakan.
- Prinsip ikhtiar hidup:
▪ Keselamatan:
- Keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini
dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-
perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Misalnya elakkan
daripada memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui puncanya,
sama ada boleh dimakan atau tidak walaupun dalam keadaan yang
sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi leboh rumit jika soal
keselamatan diri dan nyawa diabaikan.
▪ Usaha:
- Dalam situasi ikhtiar hidup, pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari
semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang
dihadapi.
75
- Sikap berdiam diri dan berseram kepada nasib atau takdir semata-mata
tanpa usaha itu gagal maka hendaklah berusaha dengan cara yang lain
pula asalkan usaha tersebut tidak menjejaskan faktor keselamata. Semakin
banyak usaha yang dilakukan semakin banyak peluang yang akan muncul
untuk mengatasi segala rintangan dan risiko yang dihadapi.
▪ Kawalan diri:
- Dalam situaso ikhtiar hidup kawalan diri sangat penting dilakukan supaya
segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif.
Tanpa kawalan diri, perasaan cemas dan panik serta hilang pertimbangan
akan menyebabkan seseorang itu bertindak secara terburu-buru tanpa
berfikir. Keadaan ini pasti akan menambahkan lagi kerumitan terhadap
masalah yang sedang dihadapi.
▪ Kerjasama:
- Jika dalam pasukan atau kumpulan, kerjasama yang erat dan berterusan
dalam pasukan atau kumpulan amat penting untuk diberikan keutamaan
agar segala kerumitan dan kesulitan dapat diatasi secara bersama.
Kesepakatan membawa berkat. Jika tiada kesempatan, segala masalah
sukar diatasi.
i. Masakan Solar:
a. Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa
menggunakan peralatan dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari
sebagai sumber tenaga pembakar.
b. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak
kebaikan. Antaranya ialah:
- Satu cara untuk mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam sekitar
yang semakin terancam
- Mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api
- Mengurangkan bahaya gas dan kebakaran
- Salah satu ikhtiar hidup jika kehabisan bekalan gas / bahan bakar untuk
memasak makanan 76
c. Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik
d. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
- aluminium foil
- periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam
- kertas kadboard yang tebal atau kotak besar yang kosong
- gam/glue
- pelekat kertas / paper binding tape
- plastic lut sinar
- tali rapia
- tiga batu kecil di bawah periuk semasa memasak
ii. Masakan Rimba
a. Masakan rimba atau backwoodsman iaitu satu cara memasak
makanan semasa di dalam hutan tanpa menggunakan periuk atau lain-
lain peralatan memasak.
b. Memasak dengan kaedah ini adalah lebih sukar berbanding kaedah
masakan solar namun ianya boleh menjadai aktiviti yang menyeronokkan
sebagai salah satu ikhtiar hidup semasa berkhemah
77
c. Pelbagai bahan boleh digunakan sebagai bekas untuk memasakh
seperti buluh, kerajang aluminium, tanah, buah contoh kelapa dan lain-
lain.
d. Kegunaan buluh semasa perkhemahan:
- buluh sangat penting untuk membuat gajet, pioneering dan projek
penerokaan
- bekas makanan / minuman
- memasak makanan
e. Masakan rimba menggunakan buluh:
- pilih ruas buluh yang nipis dan besar saiznya
- pastikan buluh yang dipilih tidak retak
- basuh bahagian dalam buluh hingga bersih
- sediakan bahan yang hendak dimasak dalam buluh contoh nasi atau lauk
- jika memasak nasi di dalam buluh, pastikan sukatan air adalah sama
banyak dengan sukatan beras
- masak nasi atau lauk dengan kaedah yang dtunjukkan dalam rajah 1.
iii. Membuat perangkap
a. Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap
haiwan atau binatang ketika kehabisan makanan semasa menyertai
kegiatan perkhemahan di dalam hutan. Terdapat beberapa jenis
perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:
- perangkap atau jerat pelanduk
- perangkap atau jerat ayam hutan
- perangkap atau jerat hempap dan jerut
- perangkap kurungan
78
b. Perangkap atau jerat pelanduk:
- Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan
sahaja. Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah:
o kayu pelentik
o tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yan sesuai
o kayu cabang berbentuk “Y” yang ditajamkan kedua-dua belah
hujungnya
o kayu pesawat
o alat pemijak
- Tali jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan menggunakan daun-
daun. Daun-daun juga digosok ke tengkuk dan tubuh untuk
menyembunyikan bau badan
c. Perangkap atau jerat ayam hutan:
- Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat
dan jerat sentak yang dibuat bagi memerangkap buruk ruak-ruak. Di
antara bahan-bahan yang digunakan ialah:
o sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai
o dua batang kayu yang bercabang
o tali pesawat
o dua batang kayu Pelepas
o sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm
o beberapa batang kayu pemijak
- Namun begitu, car aini kurang popular kerana badan ayam mungkin
akan tersekat oleh kayu lengkung yang digunakan
d. Perangkap atau jerat hempap dan jerut
- Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk mencederakan
haiwan atau binatang. Perangkap jenis ini mudah dibuat dan dapat
dilihat dengan jelas. Beberapa jenis bahan yang perlu disediakan ialah:
79
o tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang sesuai
o umpan
o tali pemberat tambahan
o batang kayu penghempap
o dua batang kayu penghalang hadapan
o dua batang kayu penghalang belakang
o kayu pesawat
o dua batang kayu Pelepas
o beberapa batang kayu pemijak
- Perangkap atau jerat hempap akan memastikan kaki haiwan terjerut
serta dihempap oleh batang kayu. Namun begitu, masalah yang timbul
ialah mendapatkan kayu Pelepas dan kayu pesawat yang kuat serta
dapat menampung berat kayu penghempap serta kayu pemberat
tambahan.
e. Perangkap atau jerat kurungan:
- Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap
haiwan hidup-hidup. Sungguhpun begitu car aini kurang popular dan
tidak praktis kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan
serta banyak membazirkan tenaga. Bahan yang diperlukan bagi
membuat perangkap jenis ini ialah:
o batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan dinding, kayu
alang, pintu dan sebagainya
o umpan
o gelang rotan
o kayu pesawat
o tali pesawat
- Tiang-tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi
memastikan perangkap atau jerat tidak terbalik akibat dirempuh
binatang liar.
80
7.0 KEBUDAYAAN
7.1 TUJUAN
Melahirkan ahli kadet yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi
Negara dan negeri mengikuti protokol yang betul.
Menanamkan semangat patriotik dan cintakan Negara semasa
menyanyikan lagu patriotik.
Memastikan ahli kadet tahu menyanyikan dan menghayati seni kata
lagu KRS dengan baik.
7.2 PELAKSANAAN AKTIVITI
7.2.1 PANDUAN MENGAJAR NYANYIAN
Lagu yang baik mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat lagu yang
pendek, mudah difahami, lagu yang berulang perkataan dan
melodinya. Melodi, irama dan lirik yang menarik senang diingati.
Para jurulatih perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik lagu yang dipilih
sebelum mengajar kepada para kadet.
Nyanyikan berulang kali untuk para kadet mendengarkannya.
Nyanyika lagu dengan pic yang senderhana tidak terlalu tinggi atau
terlalu rendah.
Para jurulatih perlu bernyayi dalam keadaan menghadap para kadet
supaya mereka dapat memperhatikan cara jurulatih bernyanyi.
Nyanyian jurulatih dan para kadet perlu jelas dan tepat nada serta
sebutannya walaupun menggunakan bahasa lain atau dialek daerah
7.2.2 NYANYIAN / LAGU PERKHEMAHAN
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
Berusaha Mencari Pengetahuan 81
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan
7.2.3 PERMAINAN
API UNGGUN
Api uggun adalah api yang dinyalakan di tempat terbuka.
Api unggun dinyalakan saat malam hari.
Cara membuat iaitu dengan membakar kayu-kayu kering. Kayu-kayu
tersebut dapat kita kumpulkan dari guguran ranting pohon sekitar.
Kumpulan kayu tersebut dibentuk menyerupai lingkaran kecil. Setelah
dibakar, duduklah bersama mengelilingi api unggun itu.
ICE BREAKING
Bertujuan untuk membantu kumpulan untuk memulakan proses
membentuk diri mereka ke dalam pasukan.
Permulaan perbualan biasanya dibentangkan sebagai permainan untuk
"memanaskan” kumpulan dengan membantu ahli-ahli mengenali
antara satu sama lain.
Mereka sering memberi tumpuan kepada berkongsi maklumat peribadi
seperti nama, hobi dan lain-lain.
PERMAINAN TRADISIONAL
Pertandingan permainan tradisional seperti ‘Batu Seremban’ dan
‘Congkak’ diadakan.
Semua peserta melibatkan diri dengan pertandingan.
SARANG GAGAK
Permainan ini terdiri daripada 3 orang.
Pemain mesti berpusing supaya punggung saling berhadapan dan
memaut lengan untuk membentuk bulatan 3 orang.
Setelah berada dalam bulatan ini, mereka mesti berpusing perlahan
dalam satu bulatan.
Sekiranya mereka tidak dapat menjumpai sarang burung gagak,
mereka akan keluar.
7.2.4 MALAM KEBUDAYAAN
Definisi :Merupakan acara kemuncak yang terdapat pelbagai aktiviti bagi
tujuan menghibur. Tujuan adalah untuk mengurangkan rasa bosan selepas
penat berkhemah. 82
TARIAN BOLLYWOOD
Pakaian bertemakan bollywood.
Penggunaan alat muzik gitar dan sebagainya.
Tarian yang disertai oleh semua ahli kumpulan.
TARIAN TRADISIONAL
Pilihan muzik tradisional yang sesuai dan menarik.
Contoh tarian tradisional : Inang, Joget, Endang, Sumazau dan sebagainya.
Berpakaian mengikut tema tarian.
SKETSA CERITA RAKYAT
Sketsa cerita rakyat yang berunsur teladan.
Boleh diselitkan dengan lawak jenaka.
Contoh: Si Tanggang, Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Putih Bwang Merah.
NYANYIAN KUMPULAN
Pilihan melodi lagu yang terkini dan terkenal.
Aktiviti diadakan secara berkumpulan semua ahli terlibat.
Dengan bantuan alat muzik dan sebagainya.
8.0 JALAN LASAK & PANDU ARAH:
8.1 PENGENALAN
Jalan Lasak merupakan aktiviti berjalan atau berlari sejauh 10 km hingga 25 km di
mana individu akan bergerak secara berkumpulan. Trek yang dilalui melibatkan
pelbagai bentuk muka bumi samada jalan raya atau kawasan denai yang kering atau
berlumpur. Aktiviti ini dapat memberikan perspektif baru untuk kumpulan sasaran
dalam dalam meningkatkan ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerjasama
dalam pasukan. Kumpulan sasaran juga akan membawa bersama bebanan bagi
menambahkan lagi cabaran dalam pelaksanaan aktiviti ini. Untuk pelatih kursus asas,
aktiviti ini dilaksanakan sebelum Rutin Bravo.
8.2 TUJUAN
Menguji tahap kekuatan mental dan fizikal kumpulan sasaran
Memupuk semangat setia kawan dan kerjasama (team building dalam kalangan
kumpulan sasaran
Untuk melatih kecekapan pancaindera (tanda, simbol dsb)
Melatih kesabaran dan ketabahan dalam kesusahan
Memberikan pengalaman baharu
Mendisiplinkan diri untuk patuh kepada arahan
83
8.3 Matlamat
Membina ciri-ciri sosial yang baik.
Kebolehan berkomunikasi dalam keadaan tegang.
Membina jati diri yang tinggi serta semangat berpasukan yang jitu.
Membentuk sikap kepimpinan dan pengikut yang baik leadership dan followership.
8.4 Peraturan dan Persediaan
1. Kebenaran
Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat
penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun
penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta
tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita.
2. Persediaan Alatan
Titik kawalan (control point)
Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati
oleh peserta.
Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
Titik kawalan bukanlah "check-point" kerana ia tiada penjaga dititik.
3. Penanda Kawalan
Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih
sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
4. Kad Kawalan
Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai
acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan
tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk
mencatat masa penamat.
5. Peta Utama
Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan
kawalan
Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan
6. Keterangan Kawalan
Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan
dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
84
Di peringkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk
'teks' tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah.
7. Landasan
Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik
kawalan ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini
akan dilukis di atas peta utama dan akan disalin oleh peserta
kemudiannya.
Tanda yang berkenaan landasan adalah :
➔ Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
➔ Titik kawalan dengan tanda bulatan.
➔ Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
➔ 'Leg' adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
8.5 PROSEDUR JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
Sebelum Aktiviti
1.Persiapan landasan
2.Taklimat pemimpin kepada ahli-ahli
3.Semakan alatan dan logistik
4.Semakan peralatan kecemasan
Semasa Aktiviti
1.Semua ahli berkumpul di tempat permulaan aktiviti
2.Pihak bertugas berada di setiap stesen sebelum ahli dilepaskan
3.Ketua aktiviti memberi taklimat kepada ahli
4.Ahli diberikan peralatan/keperluan pandu arah
5.Kumpulan pertama dibawa ke lokasi permulaan dahulu
6.Ahli memulakan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan
7.Membaca kompas, mengira jarak dan membuat catatan
8.Ahli diminta bergerak mengikut kemahiran dan kefahaman sendiri
secara berkumpulan
85
Selepas Aktiviti
1.Pemimpin mengumpulkan semua ahli dan memastikan bilangannya
mencukupi
2.Pemimpin mengenal pasti tahap kesihatan dan kecergasan ahli
3.Semua alatan hendaklah dikembalikan
4.Sesi renungan / refleksi
5.Bersalaman antara pemimpin dan ahli
6.Semua barang disimpan di stor
7.Laporan aktiviti disediakan
8.6 MEMBACA KOMPAS / GLOBAL / POSITIONING SATELLITE (GPS)
Kompas
Untuk menentukan arah.
Dijadikan panduan asas bagi ahli- ahli pengembara menentukan
hala tuju di dalam hutan.
Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah
yang tepat
Kompas Bearing Sudut
Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya ialah
360 darjah.
86
Kompas mata angin 16
Berpandukan empat mata angin yang utama.
Perkara-perkara penting semasa guna kompas
Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi
memastikan arah yang betul dan tepat.
Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus
menghala ke arah yang hendak dituju dengan mudah, misalnya
pokok besar, benda yang ganjil atau batu besar yang berada di
persekitaran.
Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta
1. Letakkan peta di atas permukaan yang rata.
2. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya,
misalnya A dan B.
3. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan. Ini dapat
dilakukan dengan melukis garisan yang selari dengan mana-mana
garisan gred yang berhampiran.
4. Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus.
5. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara
mengkut arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang
menyambungkan kedua-dua titik tersebut.
Aktiviti Penggunaan Kompas
Mengenal arah mata angin.
Mencari arah mata angin.
Mencari arah kiblat.
Praktikal mencari bearing (arah mata angin).
Latihan di kawasan sekolah.
87
Menggunakan peta.
Merintis hutan menggunakan kompas.
Pertandingan mencari bearing di hutan.
Mencari harta karun.
Aktiviti orienteering atau pandu arah.
8.7 KOMUNIKASI RADIO AMATUR / UHF VHF
Merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan
peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam
bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi
menghubungkan seorang yang berada sama ada di dalam kawasan
atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang
tertentu pada frekuensi yang tertentu.
Peggunaan radio amatur boleh dibahagikan kepada 4 perkara
1. Aktiviti komunikasi
Pegendali radio amatur akan berpeluang berhubung dengan jutaan
pengguna dunia menggunakan frekuensi tertentu kerana liputanya tidak
terbatas.
Digambar kelihatan angkasawan negara Dr. Sheikh Muzaffar sedang
berkomunikasi menggunakan radio amatur.
2. Aktiviti ujikaji teknikal
Pegendali radio amatur akan berpeluang membina, menguji
-kaji dalam pembuatan radio, antena dan perkara-
perkara yang berkaitan dengan teknikal
88
3. Perkhidmatan komunikasi semasa kecemasan
Di dalam keadaa darurat peranan radio amatur amat membantu dalam
memberikan kemudahan perhubungan. Contohnya semasa berlaku
bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, banjir dan lain-lain
memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara petugas-
petugas terutama di kawasan pedalaman. Begitu juga semasa
menjalankan operasi SAR mengesan orang yang hilang atau sesat.
4. Memantau (monitoring)
Pegendali radio amatur akan berpeluang memantau frekuensi-frekuensi
didalam dan diluar negara serta stesen angkasa lepas.
8.8 MEMBACA PETA TOPO DAN KEGUNAANNYA
Peta Topografi adalah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi
sesebuah kawasan, selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta
moden. Peta topografi mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan
bujur dan titik pertemuannya menghasilkan koordinat. Koordinat ialah
titik persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta topografi yang
piawai biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat
menunjukkan sesebuah kawasan seluas Putrajaya dengan lebih lengkap
dan sempurna. Peta topografi memiliki beberapa kesamaan dan
perbezaan dengan peta rupa bumi.
8.9 MENGESAN TANDA DAN SIMBOL
Tanda atau simbol digunakan semasa pengembaraan di dalam hutan
atau mendaki bukit. Kita perlu mempelajari supaya apabila sesat di
dalam hutan, kita boleh memberikan isyarat supaya ahli yang lain boleh
menjejaki dengan mudah. Isyarat boleh dibuat menggunakan batu,
rumput, ranting kayu, lorekkan pada tanah dan sebagainya.
89
90
91
8.10 LAPORAN PENGEMBARAAN
Disediakan Oleh :
-Setiausaha aktiviti
Isi Laporan :
- masa, tempat dan aktiviti
- Lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan
- Catatan perjalanan
- Pembagian tugasan ahli
- Gambar-gambar sepanjang aktiviti jalan lasak dan pandu arah
disertakan
92
Contoh laporan
Laporan Pengembaraan unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia
Pada Perkhemahan Unit Beruniform IPGKSM tahun 2013
Tarikh : 19 September 2013
Tempat : Pantai Merang
Peserta : Unit BSMM Semester 4, Ambilan Januari 2012
Semasa perkhemahan Unit Beruniform yang lalu, Pasukan Bulan Sabit
Merah dan Badan beruniform yang lain telah menjalani satu Kembara
dan diikuti dengan slot masakan rimba. Setiap badan beruniform
mempunyai laluan masing-masing semasa mengembara Sebelum
kembara bermun, kami diberikan sedikit taklimat oleh pensyarah-
pensyarah penasihat mengenai aspek keselamatan, laluan, serta mereka
memberikan tugasan untuk kami lakukan semasa aktiviti kembara
Bagi kumpulan BSMM laluan kami bermula di kawasan pantai dan
kemudiannya kan bergerak mendaki bukit Merang. Perjalan kami
dianggarkan sejauh 5 km sebelum kami mendaki bukit sekali lagi
peringatan mengenai keselamatan diberikan kepada kami Selain
mendaki bukit dan mengembara, kami telah ditugaskan untuk
mengenalpasti serta mengambil sampel pokok-pokok yang boleh
dijadikan ubat ubatan atau lebih dikenali sebagai herba.
Perjalanan kami agak mencabar dan ianya bermula ketika kami mulakan
perjalanan Bagaikan sudah ditakdirkan pada hari pengembaraan kami,
cuaca panas terik, kebetulan, kebanyakan daripada kami tidak
membawa topi lantas kami menjadikan kain anduh yang kami bawa
sebagai alat untuk melindungi kami dan panahan cahaya matahari yang
membahang daripada membakar kulit kami. Apabila kami mulakan
aktiviti menjadi pula, pendakian agak sukar berikutan laluannya yang
licin dan sempit. Selain itu, terdapat pokok-pokok yang tumbang yang
turut menghalang laluan kami. 93
9.0 KHIDMAT KESUKARELAWANAN
.1 TAKRIF & MAKNA:
Kerja sukarela atau khidmat sukarela adalah suatu kegiatan yang
dilakukan secara rela hati, tanpa paksaan, ikhlas dan tanpa
mengharapkan balasan yang mendatangkan manfaat kepada sesuatu
pihak yang lain. Kegiatan ini banyak melibatkan perkara yang
kemasyarakatan dan khidmat ini juga dapat memberikan manfaat
kepada golongan / pihak sasaran.
9.2 MATLAMAT KESUKARELAWANAN: (TUJUAN JANGKA PANJANG)
9.3 PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBERI MAKNA DALAM KITA
BERSUKARELA:
Rasa kesetiakawanan
Ajaran atau nilai-nilai agama
Keinginan untuk sentiasa menolong atau melakukan kebaikan
Perasaan belas kasihan
9.4 TUJUAN-TUJUAN JANGKA PENDEK KERJA SUKARELA:
Kasih sayang
Kejasama
Keperihatinan sosial
Persaudaraan / persahabatan
Menjana modal insan & modal sosial
Patriotisme
Pengupayaan masyarakat
94
Ketahanan nasional
Perpaduan
Nilai-nilai kemanusiaan (universal)
9.5 MENGAPA KERJA SUKARELA?
9.6 SCENARIO MASA KINI:
95
9.7 BENTUK – BENTUK KERJA SUKARELA:
9.8 SASARAN:
Individu
Kumpulan - kanak-kanak, pesakit, OKU, mangsa bencana, remaja,
warga tua, pelarian perang, dan lain-lain
Keluarga
Komuniti
Pertubuhan (organisasi)
Alama sekitar
Masyarakat umum
96
9.9 KAEDAH:
9.10 PRINSIP – PRINSIP:
1) Sedia berkongsi
2) Tiada pilih kasih
3) Tidak mengharapkan balasan atau ganjaran material
4) Mementingkan pihak sasaran
5) Manusia sebagai sumber utama (dalam kerja sukarela)
6) Setiap orang boleh menyumbang
97
MINGGU KERJA
BANTUAN KERJA
98
HARI PERINGATAN
MASYARAKAT PENYAYANG
99