ALAM SEKITAR
100
10.0 SIMPULAN DAN TALI TEMALI
10.1 TALI TEMALI
i. Sejarah Tali
Orang Mesir merupakan orang pertama yang menggunakan tali dalam
aktiviti mereka. Tali yang mereka gunakan diperbuat daripada rami yang
halus, dahan kurma, bulu unta dan akar kayu. Kajian yang dilakukan
menunjukkan terdapat kesan penemuan di makam lama Mesir Penduduk
Mesir menggunakan tali lebih kurang 5000 tahun yang lalu (Syed Hasyim,
1983). Setengah-setengah pendapat mengatakan bahawa bangsa Yunani
prasejarah, iaitu seorang dewa Og adalah pembuat tali yang pertama
(Tak joeddin, 1981).
Lagenda tali dan simpulan dihubungkaitkan dengan Raja Iskandar
Zulkarnain dari Mekandonia. Beliau telah diuji kepintarannya dengan
diberikan satu longgokan tali. Beliau gagal mencari hujung tali tersebut
walaupun telah melakukan pelbagai cara. Akhirnya kerana terlalu marah,
beliau telah hilang sabar dan memotong longgokan tali itu dengan
pedangnya sehingga terdapat beberapa hujung tali.
Pada abad-abad pertengahan, tukang tilik dan tukang shir menerapkan
jampi serapah pada simpulan untuk digunakan sabagai azimat. Pengaruh
kepercayaan ini masih lagi terdapat dalam beberapa masyarakat di masa
kini. Setengah-setengah tempat masyarakat Melayu masih mengamalkan
kepercayaan ini.
Tali terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk
berbagai-bagai kegunaan. Contohnya tali digunakan untuk mengangkut,
menarik, mengikat dan menyelamat. Ini menunjukkan ketahanan sesuatu
jenis tali berbeza di antara satu sama lain. Umpamanya, tali yang
digunakan untuk mengikat binatang tidak sesuai digunakan untuk menarik.
101
Contoh aktiviti rekreasi yang melibatkan penggunaan tali ialah:
1. Aktiviti panjat-mamanjat
2. Aktiviti perkhemahan yang melibatkan pembinaan gadget dan
permainan.
3. Aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikan mangsa
dari tebing yang tinggi.
4. Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat.
5. Aktiviti memancing.
10.2 DEFINISI SIMPULAN & IKATAN
SIMPULAN
Menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya
Digunakan pada benda, tempat dan masa, mengikat kasut,
bungkusan mahupun memulakan jahitan
IKATAN
Mengikat kayu, buluh, tiang bendera, menara dan sebagainya
Memerlukan tali dan objek yang perlu dikat bersama
102
10.3 JENIS-JENIS TALI FIBER ASLI
Tali fiber asli merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan
berunsurkan tumbuhan dan haiwan. Contoh tali fiber asli ialah:
Tali belati
• Tali jenis ini selalu digunakan dalam menyelamat walau
bagaimanapun ketuatannya adalah sederhana.
• Mudah didapati dan murah
Manila Hamp
• Fiber ini didapati dari pokok hamp di filipina
• Kekuatan yang sederhana dan digunakan di kebanyakan perlabuhan.
Tali Sisal
• Diperbuat daripada pokok sisal.
• Kekuatan yang sederhana.
• Bersifat licin dan kembang ketika basah.
103
Tali Jut
• Diperbuat daripada jerami.
• Kekuatan yang sederhana.
• Digunakan dalam kerja harian.
Tali Sabut
• Direrbuat daripada sabut kelapa.
• Kurang kukuh,mudah terapung, ringan.
• Digunakan dalam aktiviti menyalamat di laut.
Tali kapas
• Diperbuat daripada kapas.
• Elastik, mudah rosak, lembut.
• Disapu dengan minyak khas untuk menjaga tali jenis ini.
104
10.4 1TALI FIBER TIRUAN (ARTIFICIAL FIBRE)
tali sintetik yang terdin daripada bahan bahan campuran berunsurkan
tumbuhan dan kimia. Contoh tali fiber buatan manusia ialah:
Tali Nilon
• Diperbuat daripada plastik.
• Tidak menyerap air.
• Mudah putus ketika tali panas dan berlaku geseran.
• Sesuai digunakan untuk menyalamat di air.
Tali Polister
• Diperbuat daripada campuran bahan kimia.
• Sejenis tali yang tidak menyerap air.
• Tidak sesuai digunakan untuk menyelamat.
105
Tali Kernmantle
• Tali ini diperbuat dari tali nylon yang terbahagi dua bahagian yang
dipanggil kern yang disaluti dengan mentle.
• Digunakan untuk melakukan aktiviti menanjat
• Terdapat dua jenis iaitu statik dan dinamik
Penjagaan Tali
Kebanyakkan tali yang diperbuat daripada bahan campuran dan rami
manila mempunyai mutu yang baik. Harga tali terutama jenis ini agak
mahal. Tambahan pula rami yang digunakan untuk membuat tali
mengalami berbagai-bagai masalah. Kita seharusnya menjaga dan
menyimpan tali dengan sempuma. Selepas digunakan, tali hendaklah
dilingkarkan sebelum disimpan di tempat yang tali.dibuka lilitannya dan
ditegangkan.
Tali yang basah tidak boleh disimpan. Keadaan ini menyebabkan tali
menjadi cepat reput dan tidak boleh digunakan. Kita tidak boleh
menjemur tali yang basah di bawah panas matahari atau menggunakan
kuasa wap. Sebaliknya ia perlu diudarakan
106
10.5 NOTA SIMPULAN & IKATAN
ENAM JENIS SIMPULAN ASAS
1. Simpul Manuk
2. Simpul Tindih Kasih
3. Simpul Bunga Geti
4. Simpul Balak
5. Simpul Belit
6. Simpul Buku Sila
SIMPUL BUKU SILA
Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain
anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan
untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua
punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.
Fungsinya ialah:
Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.
Teknik:
1. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
2. Masukkan hujung A dibawah B.
3. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.
107
SIMPUL TINDIH KASIH
Fungsi :
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan
mangsa.
Teknik :
a) Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
b) Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam
bulatan tersebut.
SIMPUL BUNGA GETI
Fungsi :
Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
Mengikat tali kesuatu tanjul.
108
Teknik :
a) Mulakan simpul.
b) Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk
simpul seperti rajah
c) Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.
SIMPUL MANUK
Fungsi :
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang
dikehendaki dengan selamat.
Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan
silang gunting.
Teknik :
a) Mulakan simpul pada kayu.
b) Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
c) Tarik hujung tali
109
LILIT BALAK
Fungsi :
Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
Untuk memulakan ikatan serong.
Teknik :
a) Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.
b) Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas
SIMPUL BELIT
Fungsi:
Digunakan bagi mengikat tali pada tiang
Mengikat tali khemah pada pasaknya
Teknik:
a) Mulakan simpul seperti dalam rajah
b) Kemudian buat dua lengkungan
c) Tarik bahagian B untuk kemaskan simpul
110
IKATAN
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk
membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya.
Kebiasaannya dalam kegiatan unit beruniform, beberapa ikatan
digunakan.
• Ikatan Seraya
-Digunakan untuk mengikat dua batang kayu/dua batang buluh yang
bersilang
-Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan
sudut tepat.
Teknik:
A. Dimulakan dengan simpul manuk.
B. Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
C. Seterusnya dililit dicelah kayu.
D. Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.
111
• Ikatan Serong
-Untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan
dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang.
Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan
manok.
-Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang.
-Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejek dan pioneering.
Teknik:
A. Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.
B. Kemudian belitkan membujur dan melintang.
C. Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas.
D. Akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.
112
• Ikatang Lilit Kacang
-Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai
sesuatu gadjet.
Teknik :
a) Mulakan dengan memggunakan simpul manuk atau lilit balak.
b) Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang
sehingga selesai.
113
11.0 PERGERAKAN ASAS KAWAD KAKI
Berkawad adalah asas untuk membentuk disiplin dan tatatertib dalam
pasukan. Perbuatan adalah bertujuan untuk membentuk seseorang ahli
mempunyai tahap disiplin yang tinggi, cergas dan taat perintah.
Kawad kaki mengandungi 5 elemen:
Kawad statik
Kawad dinamik
Kawad asas
kawad formasi
Kawalan kehormatan
Kawad Statik dan Dinamik
Asas kepada pergerakan kawad
Hanya melibatkan pergerakan statik
Penting karena ia merupakan perkara asas pembentukan disiplin
kawad persendirian
11.1 PERGERAKAN KAWAD STATIK Masuk baris
Sedia Membetulkan barisan
Senang diri Pusing kiri/ kanan
Sedia dari senang diri Menghadap ke hadapan/ belakang
Rehatkan diri
a) Sedia
Hukumannya:
SKUAD...SEDIA
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di
sebelah kiri supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah
kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah: kedua-
dua lutut bertahan lurus: badan tegak: timbang keberatan badan antara
tapak kaki dengan tumit: kedua-dua bahu Tarik
114
kebawah dan kebelakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama
rata: kedua-dua tangan lurus ke bawah: kedua-dua siku rapat ke badan:
pergelangan tangan lurus:jari-jari genggam: belakang jari rapat ke peha: ibu
jari lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang
sedikit daripada penjahitan seluar: pastikan kepala memandang terus ke
hadapan.
b) Senang Diri
Hukuman:
SENANG….DIRI
Perbuatan:
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah
kanan sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang
dan letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari
bersilang, empat empat jari bersusun lurus menuju ke bumi, siku lurus, dan
keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri
mesti tegap dan tidak bergerak.
Kesalahan Biasa
I. Siku bengkok
II. Lutut tidak tegap dan tidak dapat bertahan
III. Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci
IV. Menggerakkan kaki kiri menyebabkan rosak lurus barisan
V. Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan
VI. Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu
VII. Bahu jatuh dan badan mengenjut
c) Rehatkan Diri:
Hukuman:
REHATKAN…DIRI
Perbuatan:
Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang
dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan (1, 2, rehat)
kedudukan kaki هtidak berubah. 115
Kesalahan Biasa:
I. Kedua kaki bergerak dan menyebabkan hilang lurus barisan
II. Menggeliat dan bercakap-cakap
Ingatan:
- Dalam keadaan “Rehatkan… Diri” skuad dibenarkan untuk melakukan
pergerakan setakat pinggang sahaja.
- Apabila dapat perintah “Skuad” dengan serta merta balik ke kedudukan
senang diri.
d) Masuk Baris
Arahan masuk baris:
“ Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tid=ga barisan di
hadapan saya, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan,
di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya menghadap. Faham itu
skuad”.
Hukuman:
TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA… GERAK
Perbuatan:
Semua anggota hendaklah bersedia, berlari dengan pantas, berbaris
dalam tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/ jurulatih iaitu
setiap orang mestilah mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan
tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan barisan
yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan
yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam
keadaan sedia.
Kesalahan Biasa:
I. Datang berbaris tidak berlari
II. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum lari
III. Bercakap- cakap
IV. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih.
116
e) Membetulkan Barisan
Hukuman:
KE KANAN… LURUS
Perbuatan:
Penanda kanan diam. Yang lain Langkah kaki kanan 6 inci ke hadapan dan
angkat kaki kiri serta hentak disebelah kanan, kedua-dua tangan lurus dan
rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka
ke kanan: melainkan anggota yang nombor satu dalam barisan: serentak
dengan itu, anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu
melalui sebelah belakang anggota di kanannya, gari genggam dalam
keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah
kanan diam dan kira masa sendiri (2-1) diikuti dengan hentak kaki kaki
(pendek-pendek) sehingga barisan lurus.Penanda kanan hendaklah diam.
Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan baris nelakang hendaklah
mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannnya.
Setiap barisan ini hendaklah berdiri setentang dengan anggota anggota di
hadapan, sesudah barisan lurus, semua diam dan menunggu hukuman
pandang depan.
Hukuman:
LURUSKAN…BARISAN
Perbuatan: Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke
hadapan, Cuma hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus
bergerak betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus, turunkan tangan dan
palingkan muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan
belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan.
f) Berpusing ke Kanan/ Kiri/ Belakang
Hukumannya:
BERGERAK KE KANAN, KANAN… PUSING
117
Perbuatan:
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak
90 darjah ke kanan, diatas tumit kanan dan hujung kaki kiri dengan
mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala
yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan
tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti
kedudukan sedia. Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan
hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa;
I. Tangan tidak rapat ke badan
II. Hentak kaki tentang kuda
III. Membongkok
IV. Lutut bengkok
V. Angkat paha melebihi 45 darjah
g) Menghadap Ke Hadapan/ Belakang
Hukumannya:
MENGHADAP KE BELAKANG.. BELAKANG PUSING
MENGHADAP KE HADAPAN … BELAKANG PUSING
Perbuatan:
Dengan mentepakan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah
mengikut pusingan jam (ikut bahu kanan), diatas tumit kaki kanan dan
hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kakanan dan tumit kaki kiri.
Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi
menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus,
badan tegak seperti kedudukan sedia. Keberatan badan di atas kaki kanan.
Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada
kedudukan sedia.
118
Kesalahan Biasa:
I. Tangan tidak rapat
II. Hentak kaki tending kuda
III. Membongkok
IV. Angkat paha melebihi 45 darjah
V. Badan melonjak ketika berpusing
11.2 Kawad Formasi
Kawad formasi melibatkan pergerakan Kawad Asas dan juga pergerakan
bukan Kawad Asas yang diselitkan dengan pelbagai unsur gerak yang
menarik. Kawad formasi dipelajari untuk menghasilkan kepelbagaian gerak
kawad yang unik.
Unsur Gerak
Keindahan Gerak
Kekayaan gerak formasi
Unsur penghayatan
Unsur suara
Gerakan penutup
Syarat- syarat Kawad Formasi
Tidak boleh memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki,
up, atau psst, sama ada oleh individu dalam platun atau luar platun,
bagi mengendalikan platun.
Isyarat memulakan formasi dibenarkan daripada ketua platun sahaja.
Unsur suara
o Unsur suara yang dibenarkan dalam platun adalah BUKAN bertujuan
untuk memberikan hukuman/ arahan kawad formasi
o Contoh unsur suara yang dibenarkan iailah seperti teriakan slogan secara
serentak atau berkumpulan.
Ketua skuad boleh masuk dalam persembahan formasi
119
Pergerakan setiap formasi hendaklah menghadap ke hadapan dan
perlu dimulakan dan ditamatkan dengan 3 barisan rakan ke kanan
lurus
Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikuti
prosedur tabik yang sah dalam disiplin kawad kaki. Contoh seperti
tabik sambil melompat atau dengan sebelah kaki atau
seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali.
120
12.0 ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Pengertian Pertolongan Cemas:
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan
kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan
segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan
bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan
yang sempurna.
Objektif
a. Menyelamat nyawa
b. Mengelak mangsa cedera lebih serius
c. Mengurangkan kesakitan
d. Menguruskan pemindahan ke hospital
Tujuan dan Prinsip
Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum
tibanya bantuan perubatan.
Tujuan- tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa
121
Prinsip Pertolongan Cemas
Prinsip-prinsip penting yang patut anda patuhi apabila memberi
pertolongan cemas:
122
123
Pertolongan Cemas
1. Melengkapkan satu kotak Pertolongan Cemas persendirian dan
mengetahui penggunaan bahan-bahan yang ada di dalamnya.
2. Mengetahui cara-cara mengambil suhu badan dan denyutan nadi untuk
tindakan dan rawatan selanjutnya.
3. Memberi pertolongan cemas dan bertjndak apabila menghadapi keadaan
tertentu seperti:
o Luka 124
o Terseliuh
o Muntah-muntah
o Terbakar
o Melecur
o Perut masuk angin
o Sengatan serangga
o Sawan
o Tidak sedar diri.
Pemulihan Pernafasan
Terdapat 5 cara-cara yang mudah apabila melakukan CPR iaitu DRABC. DRABC
membawa maksud:
125
LAMPIRAN
126
127
RUJUKAN
Azizi Ahmad. (2019, Jun 15). Kraf Perkhemahan Pandu Puteri Kadet. Slide Share.
https://www.slideshare.net/kheru2006/kraf-perkhemahan-pandu-puteri-kadet
Fauziah Md Yusof. (2021, November 14). Masakan Rimba PPIM. Anyflip.
https://anyflip.com/yrsah/huac/basic
Hindun Abdul Rani. (2016, July 18), Perlembagaan Badan Beruniform PPIM. Slide
Share. https://www.slideshare.net/NUURRUUN/perlembagaan-badan-
beruniform-ppim
Md Asrul Nasid Masrom. (2019, August 26). 5 Rahsia Kelebihan Menjadi
Sukarelawan Mahasiswa. https://news.uthm.edu.my/ms/2019/08/5-rahsia-
kelebihan-menjadi-sukarelawan-mahasiswa/
Nuraina & Tengku. (2021). MPU3062, Retrieved fromfile:
///C:/Users/user/Downloads/TAJUK%202%20PPIM.PDF
NurLyana Ezani„ {2019. Jun 6).: Carta Organisasj Kategori Pangkat. Blogspot.
https://ezadayana.blogspot.com/2019/06/puteri-islam-carta-organisasi-
puteri.html
Rais Wahab. (2013. Feb 24). Pergerakan Puteri Islam. Slide Share.
https://www.slideshara.net/tokumong/pergerakan-puteri-islam
Siti Mastura. (2018, Julai 25). 354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim. Slide
Share.
https://www.slideshare.net/SitiMastura3/354541861pengenalandansejarahppim
128