The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norumumar, 2022-03-25 06:31:01

BUKU PENGURUSAN SMK SERI INDAH SESI 2022/2023

SSASA


Pengurus Penerbitan

Pn.Hajah Roslina Bt.Che Omar@Talib

Pengetua Cemerlang

Timbalan Pengurus Penerbitan
En. Mohammad Bin Ismail

Penolong Kanan Pentadbiran

Penyelaras
Pn. Nor Zizan Binti Abd Rahman
Penolong Kanan Petang

Susun atur : Penolong Kanan HEM Pn. Sharmila Binti Ali

: Penolong Kanan Pn. Mazuraini Binti Abdul Malek
Kokurikulum
: Penolong Kanan Petang Pn. Nor Zizan Binti Abd Rahman
: GKMP Kemanusiaan Pn. Zahanom Binti Jalal
: GKMP Sains & Matematik Pn. Nik Rosmita Binti Nik Man

: SU Kurikulum Pn. Martini Binti Misdon
: SU HEM Pn. Zamalina Binti Hambari
: SU Kokurikulum Pn. Siti Suzana Binti Mohamed Taib
Grafik : Penolong Kanan Petang Pn. Nor Zizan Binti Abd Rahman
Editor : Pengetua Pn. Kamariah Binti Che Ngah

: Penolong Kanan Petang Pn. Nor Zizan Binti Abd Rahman
: GKMP Kemanusiaan Pn. Zahanom Binti Jalal
: GKMP Sains & Matematik Pn. Nik Rosmita Binti Nik Man






T – Together


E- Everyone


A - Achieves


M - More

KEJAYAAN
S SUCCESS ● “Be the First”

● Berfikiran positif
CEKAP
E EFFICIENT ● Warga SEINDAH yang cekap
Multifunctional

● Berfikir di luar kotak

I INNOVATIVE DATA DRIVEN

Mencetuskan idea dan solusi baharu
BERKECUALI
N NEUTRAL ● Menerapkan aura positif
● Menolak aura negatif

D DYNAMIC RESPOND TO CHANGE
Anjakan Paradigma

A ASPIRE BERCITA-CITA TINGGI


H HARMONY KESEPADUAN

Kesepakatan dan Kejelekitan

KONSEP 8 K
● Kecekapan Pengurusan
Kecerdasan Minda

● Kecelikan ICT
K KECEMERLANGAN ● Kecantikan Sahsiah

● Kecergasan Kokurikulum
● Keceriaan Fizikal
● Kecanggihan Prasarana
● Keterampilan warga SEINDAH
A ARIF BIJAKSANA DAN BERPENGETAHUAN


S SELAMAT SEKOLAH SELAMAT

I INSAN MODAL INSAN - JERIS


H HARAPAN CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT





MAKLUMAT PERIBADI

NAMA :

NO K.P. : GRED :

JAWATAN : TELEFON (HP) :

TELEFON (PEJ.) : NO. PASPORT :

E-MEL :

PERINGATAN

NO. FAIL JPS : KOD SEKOLAH :

LANTIKAN :
PERTAMA

LANTIKAN :
JAWATAN SEMASA

MULA BERTUGAS :

NO. CUKAI :
PENDAPATAN

MAKLUMAT WARIS

NAMA :

ALAMAT :
NO. TELEFON :

PROFIL SEKOLAH
MAKLUMAT SEKOLAH

BIL. GURU JANTINA PAGI PETANG JUMLAH STAFF JUMLAH
LELAKI MELAYU 8 6 14 1 15

CINA 0 0 0 0 0
INDIA 0 0 0 1 1

LAIN-LAIN 0 0 0 0 0
JUMLAH 8 6 14 2 16

PEREMPUAN MELAYU 35 23 58 7 66

CINA 6 1 7 0 7
INDIA 0 3 3 0 3

LAIN-LAIN 0 1 1 0 1

JUMLAH 41 28 69 7 77

JUMLAH BESAR 49 34 83 9 93

ISI KANDUNGAN
PERKARA MS
BIL
1. Kata Alu-Aluan Pengetua 14
2. Falsafah Pendidkan Negara 15
3. Pelan Pembangunan Pendidikan 16
4. Visi, Misi, Moto dan Slogan Sekolah 18
5. Objektif dan Piagam Pelanggan Sekolah 19
6. Ikrar Guru, Ikrar Integriti 20

7. TS25 21
Peranan dan Tanggungjawan PPP
8.
24
9. KPI Pengetua 25
10. Panduan Peraturan Kerja Guru 26
11. Perihal Cuti Mengikut Perintah-Perintah Am 39

12. Panduan Untuk Guru 43
13. Kalendar Akademik sesi 2022/2023 47
14. Hari Kelepasan Am 2022/2023 48
15. Pelan Kedudukan Kelas 49
16. Pelan Tindakan Kebakaran 50
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

17. Senarai Guru & Staf Sokongan SMK Seri Indah 52
18. Jadual Bertugas Pentadbir - Penggal 3 sesi 2021/2022 58
19. Jadual Bertugas Pentadbir Sesi 2022/2023 60
20. Jadual Bertugas Mingguan Sekolah dan 68

Jadual Tugas Amalan Guru Penyayang penggal 3 sesi 2021/2022
21. Jadual Bertugas Mingguan Sekolah dan 69

Jadual Tugas Amalan Guru Penyayang sesi 2022/2023
22. Senarai Penyelaras dan Guru Tingkatan Tahun 2022/2023 75

23. Takwim Persekolahan Sesi 2021/2022 – Penggal 3 76
24. Takwim Persekolahan Sesi 2022/2023 79
25. Carta Organisasi Pengurusan dan Pentadbiran SMKSI 2022/2023 96
26.Pengurusan dan Pentadbiran SMKSI 2022/2023

26.1 Majlis Pengurusan dan Pentadbiran Tertinggi Sekolah 97
26.2 Pengurusan dan Pentadbiran 97
26.3 Jawatankuasa Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) 97
26.4 Jawatankuasa Aset Sekolah 98
26.5 Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Sekolah 99
26.6 Jawatankuasa Pengurusan Mesyuarat 99

26.7 Jawatankuasa Pemantapan Kehadiran Murid 100
26.8 Jawatankuasa Protokol Sekolah 101
26.9 Jawatankuasa Latihan Personel(LP) 102
26.10 Jawatankuasa Pengurusuan Data/Statistik 103
26.11 Jawatankuasa Penghayatan Islam/Nilai Murni 104

26.12 Jawatankuasa Pengurusan Bilik-Bilik Khas 104
26.13 Jawatankuasa Perancangan Strategik Sekolah 107
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 7

26.14 Jawatankuasa Pengurusan i-THINK/KBAT 107

26.15 Jawatankuasa Pembudayaan Melindungi Masa
Instruksional (MMI) 108
26.16 Jawatankuasa SKPMg2 108
26.17 Jawatankuasa ICT & GCR 109
26.18 Jawatankuasa Eksplorasi ICT 110
26.19 Jawatankuasa Pembangunan Guru Baharu (Novice)/Praktikum 111
26.20 Jawatankuasa Pengurusan Teknikal dan Siar Raya 111
26.21 Jawatankuasa Pengurusan Pusat Sumber (PSS) 112
26.22 Jawatankusa Bencana 113

26.23 Jawatankuasa Dialog Prestasi 114
26.24 Jawatankuasa Pemantauan Sekolah 114
26.25 Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) 115
26.26 Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 2022/2023 116

KURIKULUM
KPI KURIKULUM 118

27. Carta Organisasi Unit Kurikulum 2021 119
28. Pengurusan Kurikulum 2022/2023
28.1 Jawatankuasa Kurikulum 120

28.2 Jawatankuasa Peperiksaan Sekolah 121
28.3 Jawatankuasa Pemantauan Unit Kurikulum 124
28.4 Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 125
28.5 Jawatankuasa Pengurusan Jadual Waktu 125
28.6 Jawatankuasa Intervensi Bahasa Melayu 126

28.7 Jawatankuasa Intervensi Matematik 126
28.7 Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Melayu
dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) 127
28.8 Jawatankuasa Program Peningkatan Akademik 127

28.9 Jawatankuasa Program Tuisyen Rakyat Selangor(PTRS) 127
28.10 Jawatankuasa Strategi Untuk Kecemerlangan Seluruh Selangor(SUKSeS)127
28.11 Jawatankuasa Highly Immersive Program (HIP) 128
28.12 Jawatankuasa Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) 128
28.13 Bidang dan Panitia Mata Pelajaran 128
28.14 Jawatankuasa Pengurusan Pencerapan 130

Senarai Nama Pencerapan 2022/2023 132
28.15 Jawatankuasa Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid 134
28.16 Jawatankuasa Pengurusan eRPH 134
28.17 Jawatankuasa Pengurusan Pemilihan Murid Tingkatan 4 135

28.18 Pilihan Elektif Kelas Tahun 2022/2023 136
28.19 Program Peningkatan Akademik SPM SMKSI 2022/2023 138
29 Pelaksanaan Professional Learning Community 139

PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 8

30 Senarai Nama PBPPP 2022/2023 142

HAL-EHWAL MURID
KPI HEM 146

31 Carta Organisasi Unit Hal Ehwal Murid 2022/2023 148
32 Pengurusan Hal Ehwal Murid

32.1 Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid 149
32.2 Jawatankuasa Lembaga Disiplin 150

32.3 Jawatankuasa Badan Disiplin 150
32.4 Badan Pengawas 151
32.5 Jawatankuasa Pengurusan Tingkatan(BAKTI) 152
32.6 Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling /PPDa/PRS 153

32.7 Jawatankuasa Sekolah Selamat 154
32.8 Jawatankuasa Kebersihan, Keselamatan dan 155
Kesihatan (3K)/Keceriaan
32.9 Jawatankuasa Pelaksana Ujian Kendiri Covid-19 156

32.10 Jawatankuasa Kantin 157
32.11 Jawatankuasa Kebajikan Murid/BAP 158
32.12 Jawatankuasa Bantuan KWAPM /EMK/Biasiswa 159
32.13 Jawatankuasa Bilik BOSS SPBT 160
32.14 Jawatankuasa Data SSDM 161

32.15 Jawatankuasa Perhimpunan 161
32.16 Jawatankuasa Siar Raya 162
32.17 Jawatankuasa Badan Kerohanian Dan Bina Insan (BADAR) 162
32.18 Jawatankuasa Pemuafakatan Dan Sarana Ibu Bapa/PIBG/
Sarana Sekolah 163
32.19 Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah 163

KOKURIKULUM
KPI KOKURIKULUM 165

33 Carta Organisasi Unit Kokurikulum 2021 169
34 Pengurusan Kokurikulum 2022/2023
34.1 Jawatankuasa Induk Kokurikulum 170

34.2 Jawatankuasa Pelaksana Kokurikulum 172
34.3 Jawatankuasa Pemantauan Unit Kokurikulum 173
34.4 Senarai Nama Guru Penasihat 174
34.5 Jawatankuasa Majlis Sukan Sekolah 176
34.6 Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti Sukan dan Permainan 176

35 Maklumat Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Tahun 2022/2023 179
36 Tarikh Aktiviti Perjumpaan 180
37 Lokasi Perjumpaan 182
38 Program-Program Kokurikulum 2022/2023 183
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 9

39 Panduan Keselamatan Pelaksanaan Kokurikulum 185

40 Jawatankuasa Majalah Dan Penerbitan 186
41 Ahli Lembaga Koperasi (ALK) 187
LAMPIRAN

L1 Semakan Fail Rekod Mengajar Dan eRPH 192

L2 Senarai Nama Penyelaras Ujian Lisan /Amali SPM 193
Tambahan Jadual Guru Ganti(Relief)

L3 Kutipan Bayaran dan Sumbangan Tahun 2022/2023 194
L4 Format Minit Mesyuarat 195
L5 Format Kertas Kerja 197
L6 SSDM (Sistem Sahsiah Diri Murid) 198

L7 Pengurusan Dan Organisasi Kelas 200
L8 Pemarkahan Kebersihan Dan Keceriaan Kelas 203
L9 Senarai Semak Pendaftaran Murid Baharu 205
L10 Senarai Semak Perpindahan Keluar Murid 206
L11 Senarai Semak Fail Murid Tamat tingkatan 5 207

CATATAN EKSEKUTIF 208




















































PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 10

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah
Taman Sri Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon : 03-89434263
: 03-89456695
No. Faks
E-mel : http://[email protected]

Ruj. Kami : SMKSI/ 500-2/13/1( )
Tarikh : 21 Mac 2022

Kepada,

….……………………….
SMK Seri Indah
Taman Sri Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.


Tuan/Puan,

PERLANTIKAN JAWATANKUASA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan sekolah telah melantik tuan/puan sebagai ahli
jawatankuasa seperti yang tercatat dalam buku ini.

3. Perlantikan ini berkuatkuasa dari 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023.

4. Pihak pengurusan sekolah berharap agar tuan/puan dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan
penuh komitmen dan tanggungjawab selaras dengan kehendak visi dan misi sekolah dan dasar pendidikan
kebangsaan.

5. Segala perhatian dan tindakan daripada tuan/puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang Menjalankan Amanah,


……………………………………
(ROSLINA BINTI CHE OMAR)
Pengetua Cemerlang,
SMK Seri Indah.

PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 11

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah
Taman Sri Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon : 03-89434263
No. Faks
: 03-89456695
E-mel : http://[email protected]

Ruj. Kami : SMKSI/ 500-2/13/1( )
Tarikh : 21 Mac 2022

Pengetua
SMK Seri Indah
Taman Sri Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.


Tuan/Puan,

MENERIMA PELANTIKAN JAWATAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU SMK SERI INDAH
TAHUN 2022/2023

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya, ……………………………………………………No.K/P : ……………………………..
dengan ini menerima pelantikan jawatan yang diberi. Saya berjanji akan melaksanakan tugas dengan
amanah dan penuh tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,


……………………………………..
( )
Tarikh :















12
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE"

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah
Taman Sri Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon : 03-89434263
No. Faks : 03-89456695
E-mel
: http://[email protected]










































































PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 13

KATA ALU-ALUAN PENGETUA







Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan
izin-Nya kita masih lagi diberi kekuatan dan kesungguhan untuk memikul amanah sebagai pendidik di SMK
Seri Indah pada tahun 2022 ini. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada ahli Jawatankuasa Buku Pengurusan
2022/2023 kerana telah berjaya menyempurnakan buku ini. Sesungguhnya, buku panduan pengurusan ini
sangat penting sebagai rujukan dan garis panduan kepada guru-guru dan Anggota Kakitangan Pelaksana
(AKP) dalam melaksanakan tugas dengan lebih efisien, berfokus dan berintegriti.
Selaku Pengetua, saya turut berasa bangga dengan pencapaian anak-anak didik di sekolah ini.
Keputusan SPM tahun 2020 yang lalu telah mencatatkan satu sejarah dalam tempoh 6 tahun ini yang boleh
dibanggakan bagi semua warga SEINDAH iaitu yang tertinggi di daerah Petaling Perdana . Sekolah kita telah
menerima lonjakan saujana dengan peningkatan GPS sebanyak 0.82 dan peningkatan peratus sebanyak
10.55 berbanding tahun 2019. Semoga segala cita-cita menuju kecemerlangan diteruskan kerana kejayaan
dan kecemerlangan bukanlah suatu destinasi tetapi suatu perjalanan dan kembara yang tiada batas
sempadannya. Semoga semua warga SEINDAH diberi kekuatan untuk berdiri teguh dan melangkah dengan
penuh semangat bagi merealisasikan visi dan misi sekolah. Kita sedia maklum, bahawa bidang pendidikan
negara sememangnya bersifat dinamik bagi memenuhi keperluan semasa khususnya di peringkat global.
Oleh hal yang demikian, warga pendidik dan AKP merupakan pemangkin yang memikul tanggungjawab yang
besar dalam memberikan pendidikan, menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah sekali gus
menjana potensi murid ke arah yang lebih optimum.
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 5, diteruskan pada tahun ini yang merupakan
sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid
dan sekolah berkualiti. Oleh itu, saya berharap semua warga SEINDAH berusaha untuk mengaplikasikan
amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan
pengajaran (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 – 2025. Sehubungan dengan itu, diharapkan buku pengurusan ini dapat membantu guru-guru
dan AKP membuat perancangan dan menyediakan program-program khusus dalam semua aspek sepanjang
tahun 2022 bagi merealisasikan matlamat tersebut.
Kita sebagai warga pendidik perlu sentiasa memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran
pembelajaran abad ke-21 bagi mendepani cabaran masa hadapan dalam menempuh Revolusi Industri 4.0.
Dalam hal ini, warga pendidik seharusnya bekerja sebagai satu pasukan bermula di peringkat panitia masing-
masing sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh individu seharusnya
dikongsi dan dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Secara tidak
langsung, hal ini dapat membentuk warga SEINDAH yang berketerampilan, profesional, berkualiti dan
beretika.
Saya yakin dan percaya bahawa warga SEINDAH mampu menyediakan landskap pembelajaran yang
terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Selain itu, saya juga
melihat bahawa SMK Seri Indah dapat menjadi wadah terbaik untuk melahirkan insan yang mempunyai
kecemerlangan ilmu dan keunggulan sahsiah yang akhirnya menjadi khalifah yang dapat menyempurnakan
tuntutan agama, bangsa dan negara.
Selamat menjalankan tugas sepanjang tahun 2022/2023.

Sekian terima kasih.

(ROSLINA BINTI CHE OMAR @TALIB)
PENGETUA CEMERLANG
SMK Seri Indah

PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 14

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.






9 ASPEK DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA(PPPM)
2013-2025
• Memartabatkan profesion perguruan.
• Meningkatkan kepimpinan sekolah.
• Meningkatkan kualiti sekolah.

• Memantapkan standard kkurikulum dan pentadbiran.
• Meningkatkan pelbagai Bahasa.
• Penglibatan ibu bapa, sector swasta dan social sebagai rakan kongsi.

• Meningkatkan kesdiaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
• Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan sumber.



PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA(PPPM)
2013-2025


GELOMBANG PERTAMA 2013-2015

• Peningkatan dalam kemahiran guru.
• Peningkatan dalam kualiti pengajaran.
• Peningkatan keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah serta mutu kepimpinan
sekolah.

GELOMBANG KEDUA 2016-2020


• Kesemua 410 000 guru dan 10 000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerjaya baru.
• Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran.

GELOMBANG KETIGA 2021-2025

• Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi

standard minimum.







PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 15

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA(PPPM)
2015-2025


5 TERAS ASPIRASI SISTEM


• AKSES 100% enrolmen semua tahap pendidikan daripada
prasekolah hingga menengah atas pada 2020.



• KUALITI Kedudukan sepertiga teratas dalam kalangan
negara yang menyertai pentaksiran antarabangsa

seperti PISA dan TIMMS dalam tempoh 15 tahun.

• EKUITI 50% pengurangan jurang pencapaian(bandar/luar

bandar), sosioekonomi dan gender) pada 2020.

• PERPADUAN Satu sistem pendidikan yang memberi kanak-

kanak ruang untuk berkongsi nilai pengalaman

dengan menghargai kepelbagaian.

• KECEKAPAN Satu sistem yang memaksimumkan murid melaui

bajet yang diperuntukkan.



6 ASPIRASI PELAJAR


• PENGETAHUAN Setiap kanak-kanak akan membaca, menulis dan mengira,

menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan
Sains dan mempunyai pengetahuan kukuh

mengenai Malaysia, Asia dan dunia.

• KEMAHIRAN BERFIKIR Setiap kanak-kanak akan belajar cara mendapat pendidikan
sepanjang hayat, cara untuk menghubung kait pelbagai

pengetahuan yang berbeza dan cara untuk menjana

pengetahuan yang baharu.
• KEMAHIRAN MEMIMPIN Setiap kanak-kanak akan dapat mencapai potensi diri

sepenuhnya melalui peluang bekerja dalam kumpulan dan
memegang peranan kepimpinan secara formal dan

informal.

• KEMAHIRAN DWIBAHASA Setiap kanak-kank pada tahap minima akan dapat

menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan
digalakkan untuk mempelajari Bahasa tambahan.

• ETIKA DAN KEROHANIAN Setiap kanak-kanak akan mempunyai asas moral yang kukuh

untuk mendepani pelbagai cabaran kehidupan dan
membantu mereka dengan berani membuat keputusan

yang tepat.

• IDENTITI NASIONAL Setiap kanak-kanak tidak mengira agama, etnik atau
sosioekonomi , akan merasa bangga dikenali sebagai anak
Malaysia.






PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 16

SEBELAS ANJAKAN TRANSFORMASI

ANJAKAN 1
Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

ANJAKAN 2
Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris.

ANJAKAN 3

Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.

ANJAKAN 4
Mentransformasi profesien keguruan menjadi profesien pilihan.

ANJAKAN 5
Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah .

ANJAKAN 6
Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan.


ANJAKAN 7
Memanafaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.

ANJAKAN 8
Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

ANJAKAN 9
Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.



ANJAKAN 10
Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.


ANJAKAN 11
Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.











PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 17

VISI KPM/SEKOLAH

“PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”








MISI KPM/SEKOLAH

“MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA”








MOTO SEKOLAH

“ILMU KASIH AMAL”


SLOGAN SEKOLAH

“SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE”





















PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 18

OBJEKTIF SEKOLAH

• Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

• Melahirkan insan yang berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.

• Meningkatkan prestasi akademik murid dalam semua mata pelajaran.

• Menanamkan kecintaan kepada ilmu pengetahuan dalam kalangan warga pendidikan.

• Mengembangkan potensi individu murid melalui pembangunan program kokurikulum dan
sukan.

• Melahirkan pemimpin pendidikan yang berilmu dan berketrampilan untuk mengurus
sekolah kearah kecemerlangan.
• Meningkatkan kepakaran pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan supaya menjadi
pendidik yang berkualiti dan berprestasi tinggi.

• Menyediakan prasarana yang cukup, berfungsi dan kondusif bagi pengajaran dan
pembelajaran.

• Menyediakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang moden, efisien dan efektif.

• Membina perhubungan dan permuafakatan pendidikan yang kukuh dan berkekalan dengan
agensi-agensi luar bagi menjamin pendidikan dapat diteruskan sepanjang hayat.






PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

Kami berusaha untuk memberi perkhidmatan berkualiti dan adil kepada semua pelanggan:
• Memberi peluang pembelajaran serta mengembangkan potensi murid.

• Memastikan kebajikan warga sekolah diutamakan.

• Melayan ibu bapa/ penjaga/ komuniti dengan mesra.

• Memastikan dasar dan arahan kerajaan dilaksanakan





PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
Sekiranya ada mana-mana pihak/pelanggan samada institusi atau individu yang kurang berpuas hati
dengan perkhidmatan yang diberi, pihak berkenaan boleh menghubungi pengetua untuk
mengemukakan aduannya. Pihak kami akan berusaha untuk membaiki keadaan dalam tempoh yang
tidak melebihi dua minggu daripada tarikh aduan yang diterima.




PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 19

IKRAR GURU

KAMI
PANDUAN PERATURAN KERJA GURU

GURU-GURU SMK SERI INDAH

DENGAN INI BERIKRAR

AKAN MELAKSANAKAN TUGAS KAMI

DENGAN PENUH
KESEDARAN

KEIKHLASAN

DAN KOMITMEN YANG TINGGI

UNTUK MEMENUHI

HASRAT RUKUN NEGARA

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN





IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM

Kami pegawai awam Malaysia dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan,
memperkukuh integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala
bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut;

Pertama - berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah.
Kedua - menutup ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan
rasuah.

Ketiga - bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang,
peraturan dan etika jabatannya.

Keempat - bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk
memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah.

Kelima - bertindak tegas terhadap mereka yang cuba mengugat integriti dan
imej pegawai awam.

Keenam - mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai
murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.




PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 20

PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 21

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025

Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti
tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.
Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta
pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
2. Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.

3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
4. Komitmen komuniti yang padu.




OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)


1. Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.
2. MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang

komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta
pembimbing kepimpinan.

3. Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan


MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah
menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di


Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
1. Memantapkan kepimpinan sekolah.


2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti

Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

3. Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi

kejayaan murid.













PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 22

PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 23

PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 24

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)
PENGETUA SMK SERI INDAH
2022 / 2023


 Melestarikan Sekolah TS 25
 Mencapai Skor 4 dalam Standard Pengoperasian SKPMg2 meliputi aspek
Kepimpinan, Pengurusan Organisasi, Pengurusan Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan
Kokurikulum serta aspek Pembelajaran dan Pemudahcaraan.
 Mencapai Skor 4 dalam Standard Kemenjadian SKPMg2 meliputi aspek
Kemenjadian Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah.
 Pencapaian murid dalam pentaksiran/peperiksaan:
PBD : Sekurang-kurangnya mencapai TP4 semua mata pelajaran melebihi
30 %
SPM : Meningkatkan peratus lulus melebihi 88.43%

: Meningkatkan GPS kepada 4.82
 Membudayakan PdPc Abad ke 21 (PAK 21) oleh semua guru.
 Meningkatkan peratus kehadiran murid kepada 90%.
 Memastikan 85 % Kelas kondusif dan bercirikan PAK 21
 Meningkatkan keceriaan, kebersihan dan keselamatan seluruh kawasan sekolah ke
arah “Sekolahku Rumahku” dan “Sekolahku Duniaku”
 Meningkatkan peratus kehadiran keseluruhan murid dalam aktiviti kokurikulum
kepada 81.3 %
 Mencapai sekurang-kurangnya tiga (3) tempat teratas dalam pertandingan MSSD
 Mencapai pengurusan Kokurikulum cemerlang di peringkat daerah.
 Meningkatkan pencapaian laporan audit baik kepada cemerlang dalam
pengurusan kewangan dan akaun

 Meningkatkan peratus kehadiran ibu bapa dalam program sekolah kepada 14 %
 Meningkatkan peratus ibu bapa yang terlibat secara sukarela dalam aktiviti
PIBG /sekolah kepada 5 %
 Meningkatkan hubungan komuniti dan perkongsian pintar berdasarkan situasi

menang- menang bagi peluasan jalinan dan jaringan meningkat daripada 20 agensi
kepada 30 agensi.
























PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 25

PANDUAN PERATURAN KERJA GURU

1. WAKTU PERSEKOLAHAN

1.1 SESI PAGI
7.30 pagi - 1.50 tengah hari
(Isnin hingga Khamis )
7.30 pagi - 12.30 tengah hari
(Jumaat )

1.2 SESI PETANG
1.05 petang - 6.45 petang
(Isnin hingga Khamis )
2.20 petang - 6.50 petang
(Jumaat)

2. KEDATANGAN GURU (Rujuk kepada Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981, Lampiran 1)

2.1 SESI PAGI
7.20 pagi - 2.00 petang
(Isnin hingga Khamis )
7.20 pagi - 1.00 tengah hari
(Jumaat )

SESI PETANG
12.20 tengah hari - 6.50 petang
(Isnin hingga Khamis )
2.00 petang - 6.50 petang
(Jumaat)

2.2 MASA BAGI GURU BERTUGAS
SESI PAGI
7.00 pagi - 2.30 petang
(Isnin hingga Khamis)
7.00 pagi - 1.30 tengah hari
(Jumaat)

SESI PETANG
12.00 tengah hari - 7.15 petang
(Isnin hingga Khamis)
1.00 tengah hari - 7.15 petang (Jumaat)

2.3 Semua guru dikehendaki menggunakan Kad Perakam Waktu dan Buku Catatan
Kehadiran untuk Pengesahan kehadiran.

2.4 Kad Perakam Waktu akan berwarna merah selepas pukul 7.20 pagi dan pukul 12.20
tengah hari.





PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 26

2.5 Guru-guru yang lewat hendaklah mendapatkan pengesahan pengetua pada Kad
Perakam Waktu pada hari yang sama dengan menulis sebab-sebab yang munasabah
dengan ringkas di ruangan yang disediakan bagi mengelakkan dikenakan tindakan
selanjutnya. Hanya 3 kali kebenaran daripada Pengetua atau PKP serta PK Petang
sebagai budi bicara untuk pengesahan kehadiran lewat. Sekiranya guru dan AKP tiga
kali lewat atau lebih tanpa kebenaran Pengetua, kad perakam waktu akan
ditukarkan warna dan diminta mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak
pengurusan.
[Rujuk kepada Surat Pekeliling Am Bil. 11, 1981]

2.6 Guru dan AKP bertanggungjawab untuk mengetik (punch in/punch out) dan
merekodkan kehadiran sendiri setiap hari. Sekiranya didapati ada yang mengetik bagi
pihak orang lain, tindakan akan diambil oleh pihak Pengurusan.

2.7 Bagi AKP dan Pengetua, menggunakan Waktu Bertugas Fleksibel bermula pukul
7.30 - 9.00 pagi dan pulang pada pukul 4.30 - 6.00 petang. Sekiranya AKP lewat, perlu
mendapatkan pengesahan Pengetua. Bagi Pembantu Makmal, kehadiran ditentukan
oleh giliran bertugas mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan sekolah.

3. KEHADIRAN UPACARA/KEGIATAN SEKOLAH

3.1 Semua guru dikehendaki hadir untuk semua acara rasmi sekolah (dengan pakaian
rasmi). Semua guru diminta tidak mengasingkan diri di bilik guru semasa acara rasmi
sedang berlangsung.
3.2 Guru-guru diminta hadir menyaksikan perlawanan-perlawanan/pertandingan-
pertandingan yang melibatkan pasukan sekolah dan berlangsung di kawasan sekolah.

4. KETEPATAN MASA

4.1 Guru-guru hendaklah sentiasa mengamalkan ketepatan masa pada waktu-waktu
upacara berikut supaya menjadi contoh yang baik kepada murid-murid :-
● Kedatangan ke sekolah
● Perhimpunan rasmi
● Masuk ke kelas
● Mesyuarat/Perjumpaan rasmi
● Aktiviti Kokurikulum
(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1981)

5. KETIDAKHADIRAN GURU

5.1 Bagi setiap guru yang tidak hadir atas apa sebab pun, satu jadual gantian perlu
disediakan. Untuk melicinkan urusan penyediaan jadual gantian ini, guru-guru yang
tidak dapat hadir kerana sakit hendaklah memohon dengan Pengetua dan
memaklumkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran atau Penolong Kanan Petang
dan AJK Guru Ganti sebelum pukul 7.00 pagi bagi guru-guru sesi pagi dan sebelum
pukul 11.00 pagi bagi guru-guru sesi petang.
5.2 Sijil Sakit hendaklah diserahkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran
jika Pengetua tiada di sekolah (sebaik sahaja guru kembali bertugas)




PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 27

5.3 Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana menghadiri mesyuarat, taklimat,
bengkel, seminar atau kursus di luar sekolah, hendaklah menulis di papan kenyataan
dan memaklumkan kepada AJK Jadual Waktu sekurang-kurangnya 2 hari sebelum
tarikh berkenaan.
5.4 Apabila seseorang guru tidak berada di dalam kelas selepas 5 minit loceng berbunyi,
Ketua Kelas hendaklah dimaklumkan supaya memberitahu pejabat untuk urusan guru
ganti.

6. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH

6.1 Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah pada waktu mengajar
kecuali atas arahan Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri atau pihak
sekolah. Jika atas urusan peribadi hanya urusan yang penting dan tidak dapat dielakkan
sahaja akan dibenarkan.
6.2 Guru-guru yang meninggalkan kawasan sekolah kerana urusan rasmi atau peribadi
dikehendaki memaklumkan kepada Pengetua, Penolong Kanan atau Penolong Kanan
Petang. Perlu diingatkan bahawa hanya urusan yang penting sahaja akan dibenarkan
kecuali bagi kecemasan yang berlaku secara mendadak. Semua permohonan ini
hendaklah disampaikan kepada Pengetua sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh
urusan itu. Sekiranya tempoh masa bertugas pada hari tersebut tidak mencukupi
separuh dari masa bertugas ,Cuti Rehat Khas hendaklah dimohon.
6.3 Guru-guru yang meninggalkan kawasan sekolah atas urusan keluarga mestilah
memohon Cuti Rehat Khas sekiranya tempoh masa bertugasnya pada hari tersebut tidak
mencukupi separuh dari masa bertugas. Bagi guru-guru yang ada temujanji hospital sila
dapatkan time slip/cuti sakit (MC). Sila catatkan masa keluar dan pulang.
6.4 Guru yang keluar dari kawasan sekolah kerana bertugas atau mengikuti seminar
ataupun mesyuarat dikehendaki mengisi "Borang keluar masuk waktu bertugas” yang
disediakan di pejabat sebelum menghadiri kursus/seminar/mesyuarat.
6.5 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kerana urusan bukan rasmi
kecuali dengan kebenaran Pengetua dan mengisi borang keluar masuk waktu bertugas
di pejabat. Guru perlu mengetip pada kad perakam waktu untuk masa keluar dari
pejabat serta menyatakan keterangan bagi hal tersebut sebagai bahan bukti.
6.6 Apabila kembali semula ke sekolah guru berkenaan perlu mencatatkan waktu balik
dalam borang yang sama dan juga perlu mengetip pada kad perakam waktu seperti yang
telah disediakan.
6.7 AJK Jadual Waktu juga hendaklah dimaklumkan untuk urusan jadual gantian jika perlu.
Kelas tidak boleh ditinggalkan tanpa guru pada bila-bila masa.
6.8 Guru-guru yang menghadiri sebarang kursus, taklimat, mesyuarat, bengkel atau
seminar di luar sekolah dikehendaki mengisi Minit Curai apabila kembali ke sekolah.
Borang ini terdapat di pejabat dan hendaklah diisi dalam 2 salinan. Satu salinan
hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan/HEM dan satu lagi kepada Pengetua.
6.9 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis kepada
murid-murid melalui Penolong Kanan atau Guru Jadual Waktu untuk digunakan oleh
guru ganti.











PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 28

7. PERHIMPUNAN SEKOLAH

7.1 Perhimpunan Rasmi Sekolah
7.1.1 Perhimpunan Rasmi Sekolah akan diadakan dua kali sebulan pada hari Isnin
minggu pertama dan minggu ketiga persekolahan. Oleh itu, semua guru
dikehendaki hadir tepat pada masanya dan sentiasa menjaga ketertiban dan
“dignity” (maruah) upacara tersebut.
7.1.2 Guru-guru lelaki diwajibkan memakai tali leher pada perhimpunan ini.
(Pemakaian Blazer digalakkan).
7.1.3 Perhimpunan ini diadakan di tapak perhimpunan pada pukul 7.20 pagi bagi sesi
pagi dan pukul petang bagi sesi petang.
7.1.4 Untuk penyampaian hadiah/cenderahati/sijil/sumbangan/penghargaan, setiap
penerima hendaklah disediakan berhampiran tempat penerimaan (pentas).
Tempat hadiah hendaklah disediakan dengan indah dan kemas dan penyampaian
hadiah hendaklah dibuat terus-menerus sehingga selesai dan guru unit
berkenaan diminta berada di tempat penyampaian hadiah pada majlis ini.
7.1.5 Perhimpunan ini dikendalikan oleh AJK Perhimpunan, AJK Disiplin dan Lembaga
Pengawas, AJK Siaraya dan guru bertugas mingguan.
7.1.6 Perhimpunan mingguan ini diadakan pada setiap hari Isnin walaupun dengan
ketiadaan Pengetua. Tugasnya akan diambilalih oleh Penolong Kanan.
7.1.6 Jika hari Isnin merupakan hari cuti umum, tidak ada perhimpunan rasmi pada
hari Selasa sebagai ganti.
7.1.7 Jika waktu perhimpunan melebihi masa yang ditetapkan, setiap waktu PdPc akan
dikurangkan 5 minit untuk membolehkan jadual hari tersebut disempurnakan.
7.1.8 Guru Perhimpunan wajib memastikan persiapan perhimpunan seperti kerusi,
lagu, bendera dan susunan murid lengkap sebelum menjemput Pengetua.

7.2 Perhimpunan Harian

7.2.1 Perhimpunan dikendalikan oleh AJK Perhimpunan, Pengumuman, AJK Disiplin,
Lembaga Pengawas dan Guru Bertugas Mingguan.
7.2.2 Semua murid dikehendaki berada di tapak perhimpunan tepat pada pukul
7.20 pagi untuk sesi pagi dan 12.30 tengah hari bagi sesi petang.

8. MESYUARAT GURU/ REFLEKSI/DIALOG PRESTASI, LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

8.1 Semua guru diwajibkan menghadiri semua mesyuarat guru/Taklimat/Dialog Prestasi
Sekolah manakala kursus-kursus perkembangan staf, kursus dalaman serta mesyuarat-
mesyuarat panitia mata pelajaran dan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu adalah
wajib bagi guru-guru yang terlibat.
8.2 Kehadiran guru dalam semua mesyuarat/Taklimat/Dialog Prestasi di atas akan direkod
dan guru yang tidak hadir tanpa Sijil Sakit diminta memberi surat makluman.
8.3 Mesyuarat guru/Taklimat/Dialog Prestasi diadakan pada hari Khamis (mengikut
keperluan). Oleh itu, guru-guru sesi pagi dikehendaki balik lewat manakala sesi petang
diminta datang awal. Sekiranya tiada mesyuarat guru dan sebagainya , guru-guru boleh
datang dan balik seperti biasa.
Waktu Mesyuarat/Taklimat /Dialog Prestasi:
Sesi Petang 11.30 pagi - 1.00 tengah hari
Sesi Pagi 1.50 tengah hari - 3.30 petang


PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 29

8.4 Guru yang tidak dapat menghadirkan diri sewaktu pihak sekolah membuat Latihan
Personel(LP) hendaklah memberi surat makluman atau Sijil Cuti Sakit kepada
Pengetua sebelum atau selepas.
8.5 Guru yang tidak menyertai LP tersebut mesti membaca sebuah buku ilmiah dan
membuat ringkasan dan pembentangan kepada Pengetua selepas dua minggu LP
berlangsung.

9. PAKAIAN GURU

9.1 Guru-guru hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan bersih, sesuai dengan profesion
keguruan dan masyarakat timur serta menjadi contoh yang baik kepada murid-murid.
9.2 Semua guru diwajibkan berpakaian baju batik pada setiap hari Khamis dan digalakkan
memakai baju melayu lengkap (lelaki) pada hari Jumaat.
9.3 Pakaian berbentuk seluar tidak dibenarkan bagi guru-guru perempuan.
9.4 Baju tanpa lengan dan ‘skirt’ yang pendek adalah tidak sesuai dan tidak dibenarkan.
9.5 Selipar/sandal yang tidak bertumit tidak dibenarkan.
9.6 Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai
pakaian sesuai seperti seluar trek panjang, kemeja T, Baju Trek dan kasut sukan atau
kasut getah. Pakaian yang sama juga hendaklah dipakai semasa latihan sukan dan
permainan.

10. TANDA NAMA

10.1 Semua guru diwajibkan memakai tanda nama pada setiap hari persekolahan, dan
dalam majlis rasmi sama ada di sekolah ataupun di luar sekolah.

11. eRPH (FAIL REKOD MENGAJAR)

11.1 Penulisan eRPH dibuat secara dalam talian dan hendaklah ditulis dengan teliti, kemas
dan lengkap mengikut format yang betul. Guru-guru dikehendaki mengisi maklumat-
maklumat lain seperti Sukatan Pelajaran, Rancangan Pengajaran, senarai nama murid-
murid dalam kelas-kelas yang diajar, markah-markah ujian dan peperiksaan, butir- butir
diri guru dan perkara-perkara lain yang terkandung dalam Fail Rekod Mengajar.
11.2 eRPH perlu ditulis setiap hari sebelum PdPC dijalankan.
11.3 eRPH perlu dicetak untuk tujuan pemantauan pihak Pentadbir, PPD, JPN atau KPM.
11.4 eRPH hendaklah dihantar secara dalam talian setiap hari Jumaat untuk disemak oleh
Pentadbir.

12. PENYELIAAN/PENCERAPAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

12.1 Semua pentadbir akan menyelia/mencerap semua guru di dalam kelas yang diajar
dari semasa ke semasa dan semua pentadbir juga akan masuk ke kelas untuk
memberi bimbingan kepada guru di bawah seliaannya. Langkah ini bertujuan untuk
membimbing dan membantu guru-guru supaya perlaksanaan kurikulum berjalan
dengan berkesan. (Rujuk Pekeliling Penyeliaan; SPI Bil 3/1987).









PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 30

12.2 Penyeliaan/pencerapan ini dibuat mengikut jadual yang akan dimaklumkan kepada
guru-guru terlebih dahulu atau tanpa diberitahu.

13. GURU GANTIAN

13.1 Semua guru akan diberi waktu gantian dari semasa ke semasa apabila ada guru yang
tidak hadir kerana sakit atau bertugas di luar sekolah.
13.2 Semasa waktu gantian, pastikan PdPC berjalan seperti biasa dengan menggunakan
bahan yang telah disediakan.
13.3 Guru yang diberi waktu gantian wajib memasuki kelas berkenaan. Adalah menjadi
tanggungjawab guru berkenaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini dalam
kelas semasa ketiadaannya.

14. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

14.1 Selain daripada tugas Kurikulum, HEM dan Kokurikulum guru-guru juga diberi tugas-
tugas khas. Tugas-tugas khas ini hendaklah dilaksanakan dengan penuh
tanggungjawab dan dedikasi.

15. PEMERIKSAAN KERJA BERTULIS

15.1 Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan Petang/Guru Kanan Mata Pelajaran/
Ketua Panitia boleh meminta buku latihan/rampaian atau buku catatan murid-murid
untuk diperiksa.
15.2 Pemeriksaan buku-buku ini dibuat mengikut jadual yang akan dimaklumkan kepada
guru-guru terlebih dahulu.
15.3 Guru-guru hendaklah memastikan kerja-kerja bertulis diberi seperti mana yang telah
ditetapkan oleh panitia masing-masing.

16. KEGIATAN KOKURIKULUM

16.1 Di samping mengajar, guru-guru dikehendaki bergiat proaktif untuk memimpin murid-
murid dalam kegiatan kokurikulum. Tugas dan tanggungjawab ini hendahlah
dilaksanakan dengan dedikasi dan cekap.
16.2 Sebagai Penasihat persatuan/kelab/badan beruniform/sukan dan permainan, guru
hendaklah memberi bimbingan aktif untuk menentukan arah kegiatan serta
peningkatan arah pencapaian badan-badan tersebut di samping sentiasa mengawasi
disiplin, aktiviti dan kewangannya.
16.3 Mesyuarat/taklimat badan-badan Kokurikulum tidak boleh diadakan pada waktu
sekolah.
16.4 Guru penasihat bertanggungjawab untuk memastikan semua kegiatan kokurikulum
tidak bercanggah dengan tujuan yang termaktub dalam perlembagaan yang
diluluskan.
16.5 Guru penasihat hendaklah menghadiri semua mesyuarat/perjumpaan jawatankuasa
badan-badan Kokurikulum dan aktivitinya, dan menandatangani kehadiran dalam
Buku Aktiviti Kokurikulum yang akan disemak oleh Penolong Kanan Kokurikulum.
16.6 Keselamatan dan kebajikan murid-murid/ahli-ahli semasa kegiatan-kegiatan
dijalankan adalah tanggungjawab guru penasihat.




PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 31

17. PEMBELIAN BARANG/PERALATAN

17.1 Hanya Ketua Panitia dan guru-guru tertentu sahaja dibenarkan menguruskan
pemesanan pembelian barang dan peralatan selepas mendapat kelulusan Ketua
Jabatan.
17.2 Kertas kerja untuk sesuatu program unit atau panitia mesti dihantar kepada Ketua
Jabatan untuk mendapatkan kelulusan 4 minggu sebelum program dijalankan
disertakan dengan nota minta dan 3 sebut harga pembekal yang berlainan.
17.3 Selepas mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan, kertas kerja, nota minta dan
sebutharga WAJIB diserahkan kepada PT Kewangan.
17.4 Semua pesanan hendaklah melalui Borang Permohonan Pembelian dan Borang
Pesanan Tempatan (Local Oder) yang akan ditandatangani oleh Ketua Jabatan.
17.5 Pembelian boleh dibuat dan invois asal diserahkan kepada PT Kewangan untuk
membuat bayaran. PT Kewangan akan menyediakan cek pembekal dalam masa 14
hari.
17.6 Pastikan Borang Pesanan Tempatan dicap dan ditandatangani oleh pembekal sebaik
sahaja pesanan diterima.
17.7 Semua invois hendaklah ditandatangani oleh guru yang menerima pesanan dan
direkod dalam buku/kad stok dengan tepat dan kemas.
17.8 Semua pembelian kecil yang dibuat melalui Panjar Wang Runcit hendaklah tidak
melebihi RM 100.00. Pembelian yang melebihi RM100.00 hendaklah dibuat melalui
Borang Pesanan Tempatan.
17.9 Sebarang kemusykilan hendaklah dirujuk kepada Ketua Pembantu Tadbir dan PT
Kewangan.

18. BUKU STOK/KAD INVENTORI

18.1 Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru-guru tertentu adalah bertanggungjawab
menguruskan buku stok/kad inventori bagi bahagian masing-masing.
18.2 Maklumat dalam buku stok/inventori hendaklah tepat, lengkap dan sentiasa
dikemaskinikan.
18.3 Buku stok/kad inventori akan diaudit oleh Audit Dalaman dalam minggu terakhir
tahun persekolahan dan disemak oleh Audit Sekolah, Jemaah Nazir, Pengetua atau
Penolong Kanan pada bila-bila masa.

19. PENGGUNAAN ALAT-ALAT

19.1 Penggunaan alat-alat seperti alat perakam audio dan video, radio, televisyen dan
komputer hendaklah digunakan dengan betul mengikut cara dan peraturannya.
19.2 Penggunaan alat-alat tersebut hendaklah mendapat kebenaran daripada ketua-ketua
bahagian berkenaan atau penjaga stok dan hendaklah direkodkan dalam buku yang
disediakan. Tempahan awal perlu dibuat untuk mengelakkan sebarang pertembungan.
19.3 Guru-guru adalah bertanggungjawab untuk memastikan alat-alat ini digunakan
dengan baik serta memulangkan kembali sebaik sahaja tamat digunakan dan dalam
keadaan baik.
19.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru-guru yang
dipertanggungjawabkan untuk dibaiki.






PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 32

20. DISIPLIN MURID

20.1 Semua guru di sekolah ini adalah bertanggungjawab menjaga disiplin murid-murid
serta membuat teguran apabila perlu. Semua guru adalah guru disiplin seperti Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 yang bertarikh 24 September 2001.
20.2 Guru-guru mata pelajaran (termasuk guru-guru ganti) bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap disiplin kelasnya dan dibenarkan mendenda muridnya yang melakukan
kesalahan ringan seperti membuat bising atau mengganggu rakan-rakan yang sedang
belajar dengan hukuman yang sesuai dan berbentuk positif. Hukuman berdiri diatas
meja atau kerusi adalah dilarang. Hukuman yang berbentuk fizikal dilarang sama
sekali. (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983.
20.3 Guru-guru hendaklah memberi teguran dan nasihat atau amaran kepada murid-murid
yang menggunakan bahasa-bahasa kesat.
20.4 Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas untuk ke tandas atau urusan lain mesti
mendapat kebenaran terlebih dahulu sebelum Pas Keluar ditandatangani oleh guru.
Hanya seorang (1) murid sahaja dibenarkan setiap kali untuk ke tandas.
20.5 Guru-guru yang membawa murid-murid ke Pusat Sumber atau mana-mana bilik khas
atau mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup, Sains, ERT, Pendidikan Seni dan
Pendidikan Jasmani yang memerlukan murid-murid meninggalkan kelas hendaklah
memastikan bahawa murid-murid berjalan berdua-dua dalam barisan untuk pergi dan
balik ke kelas. Pastikan juga murid-murid balik terus ke kelas selepas Pendidikan
Jasmani.
20.6 Setiap guru hendaklah sentiasa menegaskan kepada murid-murid betapa mustahaknya
mengetahui dan mematuhi peraturan sekolah. Di samping itu, setiap guru hendaklah
memberi bimbingan kepada murid-murid melalui nasihat (Kaunseling) dan dengan
menjadi contoh yang baik.
20.7 Semua guru hendaklah melatih murid-murid supaya menjaga keselamatan harta
benda sekolah pada setiap masa.
20.8 Guru-guru yang mengajar waktu pertama, satu waktu sebelum dan selepas rehat dan
waktu terakhir, hendaklah tidak membenarkan murid-murid keluar pada waktu
tersebut.
20.9 Persediaan mengajar yang sempurna dapat mengawasi disiplin murid. Kurang
persediaan di pihak guru biasanya menjadi penghalang kepada disiplin yang baik
dalam kelas.

21. KEBERSIHAN SEKOLAH

21.1 Setiap guru bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan sekolah. Jadual bertugas
murid hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Guru Tingkatan hendaklah
memastikan jadual ini dipatuhi dan segala peralatan untuk menjaga kebersihan kelas
hendaklah digunakan dengan baik dan disimpan dengan selamat.
21.2 Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru-guru lain yang mempunyai bilik-bilik khas seperti
bilik ERT, bengkel, bilik kaunseling, makmal, bilik Pendidikan Seni, bilik Koperasi, bilik
sembahyang dan lain-lain, bertanggungjawab penuh terhadap kebersihan bilik-bilik
tersebut.
21.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan
murid.
21.4 Guru yang mengajar waktu terakhir, sama ada di sesi pagi atau petang,
bertanggungjawab untuk memastikan sampah-sampah dikeluarkan daripada laci meja


PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 33

murid, papan hitam dipadamkan, bakul sampah dikosongkan dan kelas ditinggalkan
dalam keadaan kemas dan bersih. Jika waktu terakhir murid-murid meninggalkan
kelas untuk ke bilik-bilik khas, guru waktu kedua terakhir akan bertanggung jawab.
21.5 Guru-guru yang mengajar waktu pertama, sama ada sesi pagi atau petang, yang
mendapati kelas mereka tidak bersih/dalam keadaan kotor hendaklah memastikan
kelas dalam keadaan bersih dan kondusif.

22. KESELAMATAN SEKOLAH

22.1 Pelawat yang ingin berjumpa dengan guru atau murid-murid mestilah terlebih dahulu
mendapatkan kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan atau Penolong Kanan HEM
atau Penolong Kanan Petang, dan menandatangani buku yang disediakan di pejabat.
22.2 Pelawat-pelawat, terutamanya wakil penerbitan atau insuran serta juru jual tidak
dibenarkan masuk ke Bilik Guru tanpa kebenaran Pengetua. Pas pelawat akan
diberikan kepada pelawat-pelawat yang akan berjumpa guru. Guru-guru hendaklah
memastikan hal ini sebelum melayan/menerima sebarang pelawat.
22.3 Murid-murid tidak boleh ditemuramah/ditemubual melainkan dengan kebenaran
Pengetua. Pengetua atau wakil perlu hadir bersama.
22.4 Jika terdapat orang-orang yang disyaki atau orang-orang yang tidak berhak berada
dalam kawasan sekolah, perkara ini hendaklah dimaklumkan kepada pihak polis
dengan segera.
22.5 Sebelum meninggalkan sekolah setiap hari, guru-guru hendaklah memastikan bahawa
semua tingkap, suis lampu dan suis kipas/alat pendingin udara ditutup atau pintu
dikunci.
22.6 Murid-murid yang sakit dibenarkan balik hanya jika dijemput oleh ibu bapa/penjaga
dan perlu mengisi butir-butir yang diperlukan dalam borang yang disediakan di
pejabat sekolah.
22.7 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa ditemani oleh guru

semasa waktu persekolahan. Jika murid sakit, ibu bapa/penjaga tidak dapat dihubungi,
guru bertugas pada hari itu bertanggungjawab menghantar murid yang sakit ke
hospital atau ke rumah.
22.8 Murid-murid tidak dibenarkan merayau-rayau di kawasan sekolah tanpa tujuan.
22.9 Sebarang kegiatan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tertentu
oleh organisasi atau individu luar sama ada dengan cara
tinjauan/pemerhatian/siasatan/temuduga/kajian/penyelidikan ataupun membuat
perhubungan dengan pihak sekolah tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran
daripada JPN dan Pengetua atau wakilnya. Maksud organisasi individu luar di sini ialah
organisasi atau individu bukan kerajaan yang tidak mempunyai kuasa atau yang tidak
diberi kuasa mengikut mana-mana peraturan Kementerian atau Jabatan Pelajaran
ataupun undang-undang negara bagi maksud yang tersebut di atas.
22.10 SOP Covid -19 ; Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan anak-anak yang hadir ke sekolah
tidak bergejala, tiada kontak rapat dengan pesakit Covid-19 dan bukan dalam tempoh
kuarantin atau sedang menunggu keputusan ujian Covid-19. Semua murid perlu mematuhi
Prosedur Operasi Standard (SOP).







PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 34

23. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

23.1 Semua guru diminta memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan
harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada secara
sengaja atau tidak sengaja hendaklah di bawa ke pengetahuan pihak sekolah untuk
tindakan selanjutnya.

23.2 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia hendaklah memastikan adanya peraturan-
peraturan bagi penggunaan alat-alat di bilik-bilik khas seperti makmal, bengkel dan
lain-lain.

24. KUNCI

24.1 Semua kunci hendaklah disimpan di pejabat.
24.2 Hanya guru sahaja yang dibenarkan mengambil kunci dari pejabat.
24.3 Sebarang kunci yang diambil hendaklah direkodkan dalam buku yang disediakan.
24.4 Guru yang hendak menyimpan kunci-kunci bilik-bilik tertentu hendaklah mendapat
kebenaran daripada pihak Pengetua dan mencatat dalam buku yang disediakan. Guru
tersebut bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan kunci dan bilik
berkenaan. Walau bagaimanapun, kunci ini hendaklah dikembalikan ke pejabat
sekolah sebelum cuti akhir tahun.

25. PENGGUNAAN TELEFON SEKOLAH

25.1 Penggunaan telefon sekolah hanya untuk urusan rasmi sahaja.
25.2 Tiap-tiap panggilan yang dibuat hendaklah direkodkan dalam Buku Panggilan Telefon
yang disediakan di pejabat.

26. KELAB KEBAJIKAN GURU & KAKITANGAN (KKGK) /PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU(PIBG)

26.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan
Pelaksana (KKGK) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) penyertaan dan
penglibatan dalam kegiatan kedua-dua badan ini adalah wajib.
26.2 Jumlah yuran keahlian Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan (KKGK) tertakluk
kepada keputusan mesyuarat.



























PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 35

27. LAWATAN SAMBIL BELAJAR

27.1 Lawatan boleh dikelolakan oleh sesuatu persatuan/badan atau kelas jika selaras
dengan tujuan persatuan/badan atau kelas itu.
27.2 Setiap lawatan perlu mendapat kebenaran Pengetua dan kelulusan Jabatan
Pendidikan Negeri. Pastikan borang-borang yang telah ditetapkan mengikut Undang-
undang Pelancongan sekolah-sekolah 1957 diisi dengan lengkap dan diserahkan
kepada Penolong Kanan HEM untuk dipanjangkan ke JPN sekurang-kurangnya lima
minggu sebelum tarikh lawatan.
27.3 Setiap lawatan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga
sebelum borang permohonan dilengkapkan.
27.4 Setiap lawatan perlu ada dua (2) orang guru pengiring. Jika lawatan disertai oleh
murid-murid perempuan, seorang guru perempuan perlu ikut sama.
27.5 Peraturan keselamatan hendaklah diterangkan dengan jelas sebelum lawatan.
Contohnya jika melawat ke laut aktiviti berenang adalah dilarang sama sekali

melainkan ada kebenaran daripada guru pengiring dan ada anggota penyelamat
nyawa yang bertauliah.
27.6 Alat-alat pertolongan cemas yang lengkap hendaklah dibawa bersama.
27.7 Disiplin murid hendaklah dijaga rapi dan mereka mesti mengikut semua arahan guru
pengiring sepanjang masa lawatan.
27.8 Lain-lain langkah yang difikirkan sesuai mengikut keadaan.
27.9 Tempat-tempat yang digalakkan untuk lawatan:-
i. Tempat-tempat bersejarah
ii. Industri-industri/kilang-kilang
iii. Tempat-tempat yang ada kaitan dengan matapelajaran Geografi seperti
kawasan- kawasan pertanian.
iv. Tempat-tempat yang boleh menambah pengetahuan am
v. Tempat-tempat yang boleh menambah pengetahuan Sains
vi. Tempat-tempat suci agama
27.10 Laporan lawatan hendaklah dibuat selepas setiap lawatan untuk diserahkan kepada
Penolong Kanan HEM/Kokurikulum dan difailkan dalam fail Persatuan/Kelab/Badan
Uniform berkenaan dan dihantar ke JPN.

28. MELANCONG/MELAWAT KE LUAR NEGARA

28.1 Semua lawatan ke luar negara, sama ada rasmi atau tidak rasmi, sama ada dalam
masa cuti sekolah atau tidak, perlu mendapat kelulusan daripada Pejabat Pendidikan
Daerah 5 minggu sebelum lawatan dengan sokongan Pengetua.
28.2 Insuran kerajaan hanya diberi sekali setahun dan untuk kali yang seterusnya perlu
mendapatkan insuran swasta.

29. MELANJUTKAN PELAJARAN
29.1 Guru-guru yang ingin melanjutkan pelajaran, sama ada Ijazah Lanjutan dan Doktor
Falsafah secara sambilan, perlu mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendidikan
Negeri terlebih dahulu.
29.2 Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Pengetua







PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 36

30. PENGUMUMAN

30.1 Semua pengumuman harian adalah di bawah kelolaan Guru Bertugas Mingguan
sebelum PdPC dimulakan.
30.2 Pengumuman melalui sistem siar raya hanya boleh dibuat pada waktu perhimpunan
rasmi sahaja. Hanya pengumuman yang agak penting yang ditujukan kepada semua
murid boleh dibenarkan pada waktu-waktu lain.
30.3 Pengumuman yang ditujukan kepada sebilangan murid sahaja atau badan tertentu
seperti kelab atau persatuan hendaklah ditulis di papan kenyataan yang disediakan.
30.4 Pengumuman yang akan dibuat melalui sistem siar raya hendaklah ditulis dengan jelas
atas borang yang disediakan dan disampaikan kepada Penolong Kanan HEM/KOKU/
Penolong Kanan Petang untuk mendapatkan kebenaran/kelulusan terlebih dahulu.
Borang-borang ini boleh diperoleh di pejabat sekolah.
30.5 Pengumuman yang dibuat hendaklah disemak terlebih dahulu untuk mengelak
daripada sebarang kekeliruan tentang maksud pengumuman itu.

31. PENJUALAN PERNIAGAAN

31.1 Sebarang penjualan dan perniagaan persendirian di sekolah adalah DILARANG. Hanya
jualan yang berkaitan dengan koperasi sekolah atau sesuatu aktiviti kelab/persatuan
yang telah diluluskan oleh Pengetua sahaja dibenarkan.
31.2 Kelab/persatuan yang ingin mengadakan jualan hendaklah mengemukakan
permohonan bertulis melalui guru penasihat, lengkap dengan butir-butir mengenai
jualan yang akan diadakan seperti tarikh, masa, tempat, tujuan, anggaran
perbelanjaan dan harga jualan.
31.3 Semua permohonan hendaklah sampai kepada Pengetua sekurang-kurangnya
4 minggu sebelum tarikh jualan tersebut.

32. PERHUBUNGAN SESAMA GURU

32.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat
sesama rakan sejawatan dan sentiasa mengawal tutur kata.
32.2 Guru juga seharusnya mewujudkan semangat kekitaan dan saling bantu membantu
antara satu sama lain. Semangat kekitaan ini perlu dipupuk supaya dapat
menghasilkan kerjasama bagi memastikan kejayaan semua rancangan dan program
sekolah.
32.3 Jika menghadapi sebarang masalah berhubung dengan perkhidmatan dan tugas
ikhtisas hendaklah berunding untuk menyelesaikannya dengan mengikut hierarki
kecuali urusan peribadi kerana ada pertimbangan lain, iaitu:-
i. Rakan sejawat yang berpengalaman
ii. Ketua Panitia Mata pelajaran
iii. Guru Kanan Mata Pelajaran
iv. Penolong Kanan Petang
v. Penolong Kanan
vi. Pengetua







PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 37

33. PERMOHONAN PEKERJAAN LUAR SEBAGAI PENSYARAH/TUTOR SAMBILAN
DI UNIVERSITI/PUSAT PENGAJIAN TINGGI/GURU TUISYEN

33.1 Guru-guru yang ditawarkan sebagai pensyarah atau tutor sambilan di Universiti atau
Pusat Pengajian Tinggi perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan
Pendidikan Negeri.
33.2 Permohonan untuk menjadi pensyarah atau tutor sambilan ini hendaklah dibuat
melalui Pengetua.
33.3 Kerja-kerja luar ini jika diluluskan tidak boleh mengganggu tugas-tugas sekolah
sehingga mengakibatkan kecekapan sebagai guru merosot.

34. SURAT RASMI

34.1 Surat yang diterima oleh pihak sekolah akan diedarkan kepada guru untuk diambil
tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti yang dikehendaki
dalam surat berkenaan.
34.2 Jika tarikh diberi untuk menghantar maklumat yang dikehendaki, guru-guru hendaklah
memastikan maklumat ini diserahkan kepada pejabat sekolah sekurang-kurangnya 2
hari sebelum tarikh tersebut untuk disemak oleh Pengetua.
34.3 Jika surat ini dialamatkan kepada guru berkenaan “Melalui dan Salinan” kepada
Pengetua, surat itu boleh disimpan oleh guru berkenaan setelah tindakan diambil.
Jangan lupa turunkan tandatangan dalam buku surat sebagai bukti penerimaan.
34.4 Jika surat ini dialamatkan kepada Pengetua tetapi diedarkan kepada guru untuk
tindakan, maka guru berkenaan hendaklah:
i. Menandatangani Buku Surat sebagai bukti penerimaan salinan surat tersebut,
Salinan asal disimpan dalam fail di pejabat sekolah.
ii. Mengambil tindakan seperti yang dikehendaki.
iii. Menyerahkan maklumat yang dikehendaki kepada pejabat sekolah sekurang-
kurangnya 2 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk semakan Pengetua. Satu
salinan maklumat ini serta salinan surat lampiran akan disimpan dalam fail di
pejabat sekolah bersama surat asal yang diterima.
iv. Maklumkan kepada Penolong Kanan atau Penolong Kanan HEM tentang
tindakan yang diambil.
v. Menyimpan salinan surat yang diterima dan maklumat berkenaan dalam fail
panitia atau fail kokurikulum yang ada dalam simpanan guru berkenaan.

35. PENERIMAAN BARANGAN BELIAN ONLINE

35.1 Guru dan AKP tidak dibenarkan menggunakan alamat sekolah untuk tujuan tersebut.
35.2 Dalam keadaan terdesak, guru dan AKP hendaklah menerima barangan itu sendiri
daripada agen penghantaran.
35.3 Pegawai keselamatan sekolah tidak boleh menerima dan menyimpan barangan yang
dihantar bagi pihak guru dan AKP.











PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 38

PERIHAL CUTI MENGIKUT PERINTAH-PERINTAH AM


1. CUTI PENGGAL

Mengikut Perintah-perintah Am Bab C, guru-guru tidak berkelayakan mendapat cuti rehat.
Sebagai ganti cuti rehat, guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah
dengan syarat bahawa guru-guru boleh dipanggil untuk menjalankan tugas-tugas selain
daripada tugas-tugas mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang
tidak melebihi separuh daripada cuti penggal sekolah dalam satu tahun itu.

2. CUTI SAKIT

2.1 Kemudahan cuti sakit kerajaan boleh diluluskan mengikut Perintah Am Bab “C”
manakala cuti sakit klinik atau hospital swasta berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 2006 sebagaimana syarat-syarat berikut:
i. Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik
swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh
Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika memberi jumlah cuti sakit yang
tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun kalendar atau
ii. Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalaman di hospital atau
klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan
oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti
sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar dan
iii. Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan
yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun
kalendar, di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90
hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha.
2.2 Kenyataan cuti dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah setiap akhir tahun.

3. CUTI SEPARUH GAJI

3.1 Cuti Separuh Gaji hanya boleh diberi atas sebab-sebab yang berikut sahaja:-
i. Sebab-sebab kesihatan guru itu sendiri dan perakuan sebuah Lembaga
Perubatan.
ii. Sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada guru itu dengan
dokumen-dokumen sokongan daripada pihak doktor.
iii. Kerana membuat lawatan sambil belajar di seberang laut yang telah diluluskan
oleh Kementerian Pendidikan.
3.2 Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti separuh gaji kepada guru-guru bagi
perkhidmatan yang melayakkan atas kadar 30 hari bagi tiap-tiap satu tahun tetapi
tidak melebihi 180 hari.

4. CUTI TANPA GAJI

4.1 Mengikut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab
persendirian yang mustahak.
4.2 Kelayakan Cuti tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi
tidak melebihi 360 hari.



PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 39

4.3 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negara hanya boleh diambil sekali dalam masa 4
tahun telah berlalu selepas cuti yang pertama.
4.4 Sebarang Cuti Tanpa Gaji yang jatuh pada cuti penggal sekolah akan terus dianggap
sebagai Cuti Tanpa Gaji.
4.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri manakala Cuti Tanpa Gaji yang melebihi jumlah ini akan
diluluskan oleh Kementerian Pendidikan.
4.6 Laporan cuti bersama surat kelulusan cuti dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah
setiap akhir tahun.

5. CUTI KE LUAR NEGARA

5.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara dalam masa cuti penggal mesti
mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Pejabat Pendidikan Daerah.
5.2 Borang permohonan perlu dihantar selewat-lewatnya 5 minggu sebelum tarikh mula
bercuti.

6. CUTI REHAT KHAS

6.1 Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
6.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab-sebab kecemasan dan
upacara agama bagi tempoh 10 hari dalam satu-satu tahun.
6.3 Garis panduan tentang permohonan dan pemberian Cuti Rehat Khas adalah seperti
berikut:-
i. Menziarahi ahli keluarga atau saudara terdekat yang sakit tenat atau kematian
ahli keluarga yang rapat kepada guru itu.
“Ahli keluarga” ertinya suami atau isteri dan anak-anak guru itu.
“Ahli keluarga yang rapat” ertinya ibu bapa, adik- beradik, mertua, datuk, nenek,
suami dan isteri.
ii. Menyertai upacara atau perayaan agama yang dianuti oleh guru itu.
iii. Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran,
banjir dan sebagainya.
iv. Menunaikan fardu haji sekiranya tempoh selama 40 hari seperti mana yang
telah ditetapkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1984 yang tidak
mencukupi.
v. Kursus suai kenal bagi kursus luar kampus.
vi. Majlis Konvokesyen bagi guru-guru atau anak-anak mereka.
vii. Menghadiri temuduga kenaikan pangkat atau pelantikan dalam Perkhidmatan
Pendidikan yang diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),
atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
viii. Perkahwinan guru-guru atau anak-anak mereka.
ix. Menghantar ahli keluarga atau yang rapat menunaikan fardu haji
x. Mendaftar anak ke Institut Pengajian Tinggi/Sekolah Berasrama Penuh.

6.4 Semua permohonan Cuti Rehat Khas hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari
sebelum tarikh bercuti kecuali dalam keadaan kecemasan.






PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 40

6.5 Dokumen-dokumen sokongan hendaklah disertai bersama-sama borang permohonan.
Jika pegawai gagal mengemukakan dokumen sokongan maka Cuti Rehat Khas tidak
layak dipertimbangkan maka pegawai boleh dianggap gagal bertugas.

7. CUTI TANPA REKOD

7.1 Kebenaran diberi dengan syarat guru berkenaan telah mendapat kebenaran secara
bertulis daripada Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk
mengikut pengajian berikut.
7.2 Permohonan untuk cuti ini (Cuti Tanpa Rekod) hendaklah diserahkan bersama salinan
surat kebenaran mengikut pengajian dan salinan jadual peperiksaan.
7.3 Cuti isteri bersalin diberi selama 7 hari termasuk hari rehat mingguan dan cuti
kelepasan am. Cuti ini bermula pada tarikh isteri bersalin atau hari berikutnya jika
bersalin berlaku selepas waktu pejabat. Cuti hanya dihadkan 5 kali sepanjang tempoh
perkhidmatan.
7.4 Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat (suami, isteri, ibu/
bapa kandung atau ibu/bapa angkat, ibu/bapa mentua, anak kandung, anak angkat
yang sah disisi undang undang) selama 3 hari.
7.5 Cuti Tanpa Rekod untuk menunaikan Umrah 7 hari tidak termasuk hari rehat
mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Perkiraan 7 hari bermula
dari tarikh penerbangan sebenar dan diberikan sekali sahaja dalam tempoh
perkhidmatan.

8. CUTI BERSALIN

8.1 Oleh sebab tempoh cuti bersalin agak panjang (90 hari) dan guru ganti sukar didapati,
maka guru yang akan mengambil cuti bersalin hendaklah menyelesaikan rancangan
pengajaran mengikut jadual dengan mengadakan kelas tambahan sebelum atau
selepas bersalin atau menyediakan nota-nota pelajaran.
8.2 Kemudahan cuti isteri bersalin (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/2002) kepada guru
lelaki sebanyak 7 hari (termasuk hari rehat iaitu Sabtu dan Ahad serta hari kelepasan
am) dan dikira sebagai Cuti Tanpa Rekod.

9. CUTI KUARANTIN

9.1 Sekiranya mana-mana anak pegawai yang telah diberi perakuan oleh mana-mana
pegawai perubatan kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu
dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan cuti
kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.
9.2 Pegawai yang layak cuti kuarantin adalah ibubapa yang sah.
9.3 Anak adalah termasuk: (a) anak kandung, (b) anak tiri tanggungan (c) anak angkat de
facto, (d) anak angkat, dan (e) anak pelihara.
9.4 Pemberian cuti kurantin adalah terhad kepada maksimum 5 hari bagi setiap kes atau
selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan
kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat
mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
9.5 Senarai penyakit berjangkit adalah; (a) Penyakit tangan, kaki dan mulut,
(b) Demam denggi dan demam denggi berdarah, (c) Campak, (d) Chickenpox,
(e) Difteria dan (f) Malaria.

PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 41

9.6 Cuti kuarantin untuk Covid -19: Perlu mendapatkan surat pengesahan daripada
Pejabat Kesihatan Daerah.

10. TEMU JANJI-TEMU JANJI LAIN

10.1 Semua temu janji dengan doktor hendaklah dibuat di luar waktu bertugas atau pada
masa cuti sekolah kecuali dalam keadaan yang mendesak.
10.2 Sebarang temu janji lain hendaklah dibuat di luar waktu bertugas.
10.3 Guru hendaklah memohon kebenaran Pengetua dan mengisi Buku Rekod Pergerakan
Keluar Masuk Guru & AKP Sekolah dan Buku Kebenaran Keluar Kawasan Sekolah
sebelum menghadiri temu janji.

















































“Kesabaran itu ada dua perkara : sabar atas
sesuatu yang tidak kau ingin dan sabar menahan
diri dari sesuatu yang kau ingini.”- Ali Bin Abi
Thalib




PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 42

PANDUAN UNTUK GURU


I. GURU MATA PELAJARAN

Senarai Tugas

1. Memiliki, memahami, dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan Dokumen
Standard dan Pentaksiran (DSKP) KSSM , sukatan mata pelajaran dan huraian mata
pelajaran berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan berkaitan dengan mata
pelajaran yang diajar serta menentukan matlamat yang harus dicapai iaitu dari segi
pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi
tiap tingkatan.
3. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar/eRPH yang kemaskini dan
menyerahkannya kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.
4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap
untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajarannya
mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan.
5. Menyediakan dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku
latihan murid dan memulangkan semula secepat mungkin, menyerahkan/
menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua/wakilnya pada masa yang
dikehendaki.
6. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada murid, merekodkan soalan-soalan
dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.
7. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan.
8. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi serta
melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia.


II. GURU TINGKATAN

Senarai Tugas

1. Pengurusan dan organisasi kelas.
1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong
Ketua Tingkatan, Bendahari, AJK Kebersihan, AJK Keceriaan dan AJK SPBT.
Memastikan AJK Kebersihan mengagihkan murid untuk membersihkan papan
putih, menyapu lantai, lap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang
sampah. Memastikan AJK Kebersihan sentiasa mengemaskini papan kenyataan
dan papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir dan bunga
jika perlu untuk kelas.
1.2 Menentukan perkara yang berikut ada di dalam kelas.
i. Jadual waktu
ii. Jadual tugas
iii. Perabot kelas seperti kerusi meja murid dan meja guru, dan papan putih
telah diinventorikan.
iv. Moto kelas
v. Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah.
1.3 Menentukan kawad elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.



PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 43

1.4 Melaporkan perabot dan alatan elektrik yang rosak kepada guru yang
berkenaan,
1.5 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
1.6 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara
murid, tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:
i. Keceriaan kelas
ii. Kebajikan murid

2. Rekod Kedatangan Murid
2.1 Menandakan kedatangan murid harian dalam sistem APDM selewat-lewatnya
sebelum pukul 9.00 pagi (sesi pagi) dan sebelum pukul 2.00 petang Isnin -
Khamis; 3.00 petang - Jumaat (sesi petang).
2.2 Melengkapkan semua butiran/data murid dalam sistem APDM dengan betul dan
terkini.
2.3 Memastikan kelas mempunyai Buku Kawalan Pergerakan Murid dan Buku
Catatan Suhu Murid , diselenggarakan seperti diarahkan:
i. Buku diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang ditetapkan.
ii. Menjamin keselamatan buku tersebut.

3. Laporan Peperiksaan dan Pentaksiran, Sijil Berhenti, Surat Akuan
3.1 Memastikan setiap murid mempunyai laporan Sistem Analisa Peperiksaan
Sekolah (SAPS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
3.2 Mengisi markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan
fizikal murid bagi setiap semester/penggal.

4. Masalah Pembelajaran/Kesihatan Diri dan Disiplin, Sistem Sahsiah Diri Murid
(SSDM)
4.1 Memberi galakan, motivasi dan merangsang minat murid terhadap akademik.
4.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah
(jika perlu).
4.3 Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika terdapat kemerosotan
pelajaran dalam kalangan murid.
4.4 Sentiasa prihatin terhadap masalah murid.
4.5 Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat murid yang menghadapi
masalah kesihatan.
4.6 Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat murid yang melanggar disiplin
sekolah.
4.7 Melaporkan kes penting mengikut prosedur yang berikut:
4.8 Mendapatkan dan mengisi dalam 2 salinan borang “Melanggar Peraturan
Sekolah” yang dapat diperoleh dari bilik disiplin.
4.9 Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.

5. BukuTeks/Biasiswa dan Bantuan
5.1 Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks diagihkan kepada murid dan memastikan
buku-buku tersebut dibalut, ditulis nama murid.
5.2 Mengemaskini fail SPBT dari semasa ke semasa.





PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 44

5.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan, menyenaraikan nama
murid yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan
senarai kepada guru SPBT.
5.4 Mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain
dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.
5.5 Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran
murid yang mendapat biasiswa.

6. Kutipan Sumbangan PIBG
6.1 Mengutip sumbangan PIBG
6.2 Mengeluarkan resit kepada murid bagi sumbangan PIBG yang diserahkan
6.3 Menyerahkan kutipan wang sumbangan PIBG kepada Bendahari PIBG
6.4 Membuat permohonan dalam Mesyuarat Agung PIBG dan mendapat kelulusan daripada
PPD Petaling Perdana atau Jabatan Pendidikan.

7. Pengurusan Murid Masuk (Daftar Murid)

7.1 Menerima kemasukan murid baru daripada Penyelaras Tingkatan.
7.2 Mendaftarkan murid baru ke dalam Buku Daftar murid dan mendapatkan
nombor pendaftaran.
7.3 Menyemak jika murid ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan
kepada Guru Biasiswa.
7.4 Memastikan ada menerima Laporan PBD, PAJSK, SSDM dan markah kerja kursus
dari sekolah yang terdahulu.
7.5 Menentukan rumah sukan.
7.6 Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

8. Pengurusan Murid Keluar ( Perpindahan Murid)
8.1 Menentukan Laporan PBD, PAJSK, SSDM dan markah kerja kursus dihantar
ke pejabat. (Fail peribadi lengkap)
8.2 Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi murid Tingkatan
3 dan 5.
8.3 Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima oleh Pihak Sekolah.
8.4 Menentukan buku teks telah dipulangkan (di luar Zon).
8.5 Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.

9. Pendaftaran Sukan, Persatuan, Kelab dan lain-lain
9.1 Menentukan setiap murid mempunyai rumah sukan.
9.2 Memastikan setiap murid menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan
senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang
dipilih kepada penyelaras Kokurikulum.
9.3 Menggalakkan murid bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.

III. GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN


Senarai Tugas

1. Guru Bertugas Harian hendaklah mematuhi ketetapan masa bertugas seperti berikut:
Guru Bertugas Sesi Pagi:
7.00 pagi - 2.30 petang (Isnin hingga Khamis)
7.00 pagi - 1.30 tengah hari (Jumaat)
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 45

Guru Bertugas Sesi Petang:
12.00 tengah hari - 7.15 petang (Isnin hingga Khamis)
1.00 tengah hari - 7.15 petang (Jumaat)

2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sampah telah dibuang serta lampu
dan kipas telah ditutup setelah tamat persekolahan.
3. Mengawasi disiplin murid bersama-sama guru disiplin di luar waktu belajar seperti
waktu rehat dan waktu akhir di sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan
segera dan munasabah jika perlu.
4. Memastikan kebersihan dan kualiti makanan yang dijual di kantin sekolah.
5. Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/rumah.
6. Memastikan kebersihan bilik-bilik darjah, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan murid yang mohon.
8. Mengawasi murid menepati waktu datang ke sekolah dan pulang dari sekolah, masa
rehat dan masa pertukaran guru.
9. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan kehilangan barang-barang.
10. Memastikan keselamatan murid di sekitar sekolah seperti sukan, persatuan-
persatuan, unit-unit beruniform dan aktiviti lain yang dijalankan serta mengawasi
harta benda sekolah.
11. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang
hari/minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas. Perkara-perkara yang
dicatatkan ialah:
11.1 Kedatangan murid, guru dan staf sokongan.
11.2 Murid ponteng, tidak hadir atau sakit.
11.3 Lawatan-lawatan/pelawat.
11.4 Ucapan/pengumuman-pengumuman penting dalam perhimpunan.
12. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu
laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera diambil.
13. Perhimpunan
13.1 Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan.
13.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk telah
disediakan.
13.3 Memastikan murid telah beratur dengan tersusun mengikut kelas.































PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 46

PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 47

HARI KELEPASAN AM 2022/2023




BIL KELEPASAN HARI TARIKH

1. Cuti Tahun Baru 1 Januari 2022 SABTU
2. Thaipusam 18 Januari Selasa

3. Tahun Baru Cina 1-2 Februari Selasa - Rabu

4. Hari Pekerja 1 Mei Ahad
5. Hari Wesak 15 Mei Ahad

6. Hari Nuzul Al-Quran (Negeri) 19 April Selasa

7. Hari Raya Aidilfitri 3-4 Mei Selasa - Rabu
8. Hari Raya Haji 10 - 11 Julai Ahad - Isnin

9. Hari Kebangsaan 31 Ogos Rabu

10. Awal Muharam 30 Julai SABTU
11 Hari Keputeraan DYMM Yang 6 Jun Isnin
Dipertuan Agong

12. Hari Malaysia 16 September Jumaat
13. Hari Deepavali 24 Oktober Isnin

14. Hari Keputeraan Nabi Muhammad 9 Oktober Ahad
S.A.W
15. Hari Keputeraan Sultan Selangor 11 Disember Ahad

16. Hari Krismas 25 Disember Ahad

17. Cuti Tahun Baru 1 Januari 2023 Ahad
18. Tahun Baru Cina 22 – 23 Januari Ahad - Isnin

19. Thaipusam 4 Febuari Sabtu





CUTI TAMBAHAN PERAYAAN 2022
YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BIL PERKARA CUTI UMUM CUTI KPM

1. Tahun Baru Cina 1- 2 Februari 31 Januari & 3 Februari

2. Hari Raya Aidil Fitri 3 - 4 Mei 5 - 6 Mei
3. Hari Deepavali 24 Oktober 25 - 26 Oktober





PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 48

PELAN KEDUDUKAN KELAS TAHUN 2022/2023






















































































PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 49

PELAN TINDAKAN KEBAKARAN TAHUN 2022/2023






















































































PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 50


Click to View FlipBook Version