The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noraini2224, 2023-06-08 03:05:03

MODUL KO-KURIKULUM DAN PERSATUAN

MODUL KO-KURIKULUM DAN PERSATUAN

Keywords: Persatuan,Kelab,Permainan

Kepentingan persatuan • Menjalin hubungan antara rakan sebaya atau orang yang lebih dewasa dalam usaha meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi.


Terima kasih


KAEDAH penubuhan persatuan Minggu ke 2 (15.11.2021)


Tata cara dan Kaedah Penubuhan Persatuan • Penubuhan Persatuan − Struktur Jawatankuasa − Jenis persatuan/kelab − Mengenal pasti ciri-ciri aktiviti berpersatuan − Pekeliling berkaitan kokurikulum persatuan • Kaedah Penubuhan Persatuan − Langkahlangkah penubuhan persatuan − Carta alir penubuhan persatuan − Perlembagaan dan peraturan persatuan • Identiti Persatuan − Mereka cipta identiti persatuan − Logo, moto dan lagu persatuan


• Penubuhan persatuan − Struktur Jawatankuasa − Jenis persatuan/kelab − Mengenal pasti ciri-ciri aktiviti berpersatuan − Pekeliling berkaitan kokurikulum persatuan


− Struktur Jawatan kuasa 1 Setiap persatuan/kel ab yang ditubuhkan perlu digerakkan oleh sekumpulan jawatankuasa pengurusan induk yang dilantik oleh ahli-ahli persatuan. 2 Pelantikan jawatankuasa ini dibuat semasa berlangsungn ya mesyuarat agung tahunan ataupun mesyuarat agung dwitahunan. 3 Senarai jawatankuasa induk terdiri daripada : 4 1.2.1 Pengerusi 5 1.2.2 Naib Pengerusi 6 1.2.3 Setiausaha 7 1.2.4 Bendahari 8 1.2.5 Ahli Jawatankuasa


− Jenis persatuan/kelab


− Mengenal pasti ciri-ciri aktiviti berpersatuan


− Pekeliling berkaitan kokurikulum persatuan • DASAR PERLAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM • Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah." • Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai "Kegiatan Kumpulan". • Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu : • Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut: • Penyertaan dalam sukan dan permainan. • Penyertaan dalam persatuan dan kelab. • Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam. • Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan.


• DASAR UTAMA (1) KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN • (Rujuk Seksyen 18, Akhta Pendidikan 1996 (Akta 550) • “KurikulumKebangsaan ialahsuatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulumyang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diinginidan untuk menyampaikan pengetahuan.” • Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97. • Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB. • Kegagalan @ Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkanbersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am. • Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 ): Penalti Am. • “(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabiladisabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.” • “(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.” • DASAR UTAMA (2) PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB • Matlamat gerakerja kokurikulumyang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.” – {Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}. • Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati. – {Untuk tujuan ini Pengetua/Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A)196/98.}. • Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkod dan diberi penilaian. – {Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986)}. • Ketidakhadiranmurid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplinjika disabitkanbersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas. – {Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka}. • DASAR UTAMA (3) PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB • Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. • Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.). • Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggung jawab yang spesifik, terperinci, dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukandalam bidang kurikulum. • Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawabanpenjawat awam atau pun moral dan wibawakeguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib)(Bab D)”. • DASAR UTAMA (4) PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM” • “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakandi sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripadaproses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilainilai yang dipelajaridi dalam bilikdarjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}. • Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif. • Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantu membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang.


• Kaedah Penubuhan Persatuan − Langkah-langkah penubuhan persatuan − Carta alir penubuhan persatuan − Perlembagaan dan peraturan persatuan


• Identiti Persatuan − Mereka cipta identiti persatuan − Logo, moto dan lagu persatuan


Tatacara & kaedah penubuhan persatuan


Carta alir proses penubuhan persatuam/kelab


PENUBUHAN PERSATUAN/KELAB


objektif Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di IPT dalam konteks kependidikan dan kepimpinan 01 Memberi Pengetahuan dan kefahaman kepada peserta bengkel kaedah atau tatacara untuk menubuhkan persatuan/kelab di IPT masing-masing 02 memberi keyakinan diri kepada peserta untuk memimpin, mengurus,menyelia dan melaksanakan operasi/kegiatan persatuan/kelab pengguna di IPT masing-masing. 03


PERSATUAN/KEL AB


definisi • Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh ahli-ahli yang berdaftar, mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat berpersatuan/kelab yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama.


Matlamat/Tujuan penubuhan persatuan/kelab • Menyediakan peluang dan ruang kepada rakan pelajar yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama untuk bergabung dan menggembeling tenaga, ilmu dan idea dibawah satu pimpinan dan pertubuhan. Kemudian berkongsi mengadakan aktiviti yang lebih besar,sehat dan bermakna supaya boleh dimanaafatkan oleh semua ahli dan komuniti.


BAGAIMANA MENUBUHKAN KELAB ATAU PERSATUAN EMPAT Langkah tatacara penubuhan persatuan/kelab yang biasa dilaksanakan.


LANGKAH 1 : Mewujudkan Jawatankuasa Penaja • menubuhkan jawatankuasa Penggerak/Jawatankuasa Penaja dengan menyenaraikan diri sebagai AJK Penaja .Jawatankuasa Penaja • a. Pengerusi • b. Naib Pengerusi • c. Setiausaha • d. Bendahari • e. 6-7 Ahli AJK biasa


1. MENGADAKAN MESYUARAT • AJK penaja mengadakan mesyuarat sesama sendiri bagi membincangkan perkara berkaitan penubuhan kelab, matlamat dan tujuan, merangka strategi kelulusan,peraturanperaturan, perlembagaan,keahlian, kegiatan/aktiviti, dan lain-lain maklumat berkaitan kelab .


Mesyuarat ini mesti ada agendanya, setiap perbincangan diminitkan dan difailkan /didokumentasikan ; Pelaksanaan tugas hasil mesyuarat adalah mengikut jawatan masing-masing.


LANGKAH 2 : Hebahan Umum dan Persetujuan/Manda t dari Warga/Komuniti • AJK penaja mengadakan mesyuarat agung penajaan/majlis pertemuan dengan keseluruhan pelajar/warga kampus untuk membentangkan hasrat dan mendapat restu persetujuan semua ahli


• Urusan surat-menyurat , jemputan yang dikeluarkan adalah atas nama AJK penaja. Contohnya: kelab pengguna IPG kampus tun abdul razak alamat:…………………………………………………………..


• Semua surat ditandatangani oleh pengerusi AJK penaja. - Cadangan agenda: 1. PERUTUSAN pengerusi 2. Pembentangan senarai nama JK penaja (bayangan) untuk mendapat persetujuan ahli mesyuarat. 3. Penjelasan/penerangan tujuan penubuhan kelab


LANGKAH 3 : Mendapatkan Kelulusan Pendaftar Kelab/Persatu an • Tanggung jawab AJK penaja sebelum mendapat kelulusan pendaftar/pengetua/guru besar 1. Menyediakan perlembagaan kelab/persatuan – mengikut nasihat pendaftaran (boleh dapatkan contoh dari pendaftar pertsatuan: ROS).


2. Mengadakan ‘mesyuarat agung khas - membentangkan perlembagaan’ untuk bincang dan meluluskan perlembagaan KECUALI kalau mesyuarat agung yang lalu telah memberi mandat/kepercayaan sepenuhnya kepada JK penaja untuk meluluskan perlembagaan itu maka mesyuarat khas ini tidak perlu dibuat.


• Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi kepada pendaftar (pengarah,pengetua atau guru besar) dengan menyertakan dokuman termasuk perlembagaan yang telah dipersetujui di atas. • 1. Kertas kerja penubuhan • 2. Minit mesyuarat persatuan/kelab • 3.Perlembagaan (untuk penubuhan persatuan/kelab di sekolah shj)


• Merancang/merangka aktiviti tahunan. (Aktiviti hanya boleh dilaksanakan apabila persatuan/kelab telah diluluskan dan didaftarkan secara sah oleh pendaftar –surat kelulusan sebagai dokumen bukti disimpan untuk rujukan)


Selepas Mendapat Kelulusan


• JK Penaja mengadakan Mesyuarat AGUNG 1. Membuat dan mengedar notis mesyuarat agung dan borang cadangan usul. 2. Draf aktiviti/kegiatan persatuan/kelab 3. Membuat surat jemputan mesyuarat agung kepada semua ahli. 4. Melaksanakan & mengendali mesyuarat agung


• Antara Agenda Mesyuarat:- 1. Perutusan pengerusi 2. Pengesahan minit mesyuarat 3. Perkara berbangkit 4. Melantik JK persatuan/kelab (bilangan AJK hendaklah mengikut perlembagaan) AJK penaja boleh diganti jika ada persetujuan.


• Membentang & Membaca Kandungan Perlembagaan Untuk Maklumat Ahli (Sekiranya Terdapat Pindaan Yang Dibuat Oleh Pihak Pendaftar) • Membentang & Mengesahkan Laporan Kewangan Persatuan/Kelab Berakhir Pada………………..(Jika Sebelum Ini Jk Penaja Mendapat Sumbangan/Kutipan Kewangan Drp Mana-mana Pihak).


LANGKAH 4 : Melaksana Tanggungjawab sebagai AJK Baru • JK persatuan/kelab yang telah dilantik dalam mesyuarat agung perlu mengadakan mesyuarat JK secepat mungkin untuk membincang, melaksanakan usul atau aktiviti yang telah dirancangkan.


• 1. Perutusan pengerusi 2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat JK yang lalu 3. Perkara berbangkit 4. Membentang & mengesahkan penyata kewangan yang berakhir pada:………………………. 5. Membincangkan usul-usul dan tindakan pelaksanaan (usul yang telah diluluskan dlm mesyuarat agung yang lalu). 6. Membincangkan aktiviti tahunan 7. Hal-hal lain


sekian


88


Pada akhir unit, pelajar akan dapat: 89


Mesyuarat JK Penaja (Protem) oleh Guru Penasihat / Pencadang. Sekurang-kurangnya terdiri daripada 7 orang untuk jawatan: Pengerusi, Timb. Pengerusi, Setiausaha, Timb. Setiausaha, Bendahari, 2 AJK Surat permohonan penubuhan daripada Guru Pemimpin/Penasihat Persatuan/Kelab kepada Pendaftar (Pengetua/Guru Besar) ( Rujuk Lampiran 1 ) Surat Kelulusan Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/ Persatuan, Kelab Sukan/Permainan daripada Pengetua/Guru Besar kepada Guru Pemimpin/Penasihat. ( Rujuk Lampiran 3 ) Penubuhan TATACARA PENUBUHAN PERSATUAN 90


SURAT PELANTIKAN DARIPADA PENGETUA Surat Perlantikan daripada Pengetua/Guru Besar kepada Guru Pemimpin/ Penasihat Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/ Permainan. ( Rujuk Lampiran 2 ) SURAT PENURUNAN KUASA KEPADA PENASIHAT Surat Penurunan Kuasa daripada Pemimpin melalui Pengetua/Guru Besar kepada Ahli Jawatankuasa/Guru Penasihat ( Rujuk Lampiran 5 ) TANGGUNGJAWAB GURU/PEMIMPIN Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat. ( Rujuk Lampiran 4 ) Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa. ( Rujuk Lampiran 6 ) Penubuhan TATACARA PENUBUHAN PERSATUAN 91


Surat permohonan PERSATUAN ADA BADAN INDUK/AGENSI KERAJAAN / NGO !


PELAKSANAAN


Pendaftaran 94 Mesyuarat Jawatankuasa setiap Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan. Mesyuarat Agung setiap Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/ Persatuan, Kelab Sukan/Permainan. Mesyuarat Jawatankuasa setiap Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan bagi kali 1,2 ..,. Rancangan aktiviti. 1 2 3 4 5 Reference : The basics you can find anywhere 5 Steps To Successful Storytelling Published on April 5, 2014 Featured in: Marketing & Advertising


Hari Kokurikulum Sekolah. 95 Penilaian Pelaporan 6 7 8 Reference : The basics you can find anywhere 5 Steps To Successful Storytelling Published on April 5, 2014 Featured in: Marketing & Advertising


96 96 1 PERSATUAN/KELAB DI SEKOLAH LAMPIRAN


LAMPIRAN 1 97 Kelab/Persatuan Dan Kelab Sukan/Permainan SK Alor Pongsu, 34300 Bagan Serai , Perak Darul Ridzuan, ___________________________________________________________________________________________________ Ruj. Kami : Tarikh : Guru Besar, SK Alor Pongsu, 34300 Bagan Serai, PERAK DARUL RIDZUAN. Tuan, PERMOHONAN PENUBUHAN PERGERAKAN PENGAKAP Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, NAZARI BIN NOORDIN berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196 , yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan PERGERAKAN PENGAKAP SMK SAUJANA UTAMA mulai 3 hb.Januari , 2005. 2. Bersama-sama ini disertakan : 2.1 Draf Perlembagaan. 2.2 Draf Aktiviti Asas. 2.3 Senarai Nama Jawatankuasa . 3. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, …………………………………….. ( ) Guru Pemimpin Pengakap,


LAMPIRAN 2 98 SK Alor Pongsu, 4300 Bagan Serai , Perak Darul Ridzuan, ___________________________________________________________________________________________________ Ruj. Kami : Tarikh : Tuan, KELULUSAN PENUBUHAN _______________________________________________ Merujuk surat tuan ............................... bertarikh 12 Disember 2004 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk menubuhkan ............................................... SK Alor Pongsu ,34300 Bagan Serai, Perak adalah DILULUSKAN berkuat kuasa mulai ....................................... 2. Semoga tuan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, …………………………………….. ( TN. HJ YEOP BIN MAT ) Guru Besar Cemerlang, SK Alor Pongsu, 34300 Bagan Serai, PERAK. Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2. GPK Kokurikulum 3. S/U Kokurikulum 4. Fail


LAMPIRAN 3 99 SK Alor Pongsu, 4300 Bagan Serai , Perak Darul Ridzuan, ___________________________________________________________________________________________________ Ruj. Kami : Tarikh : Tuan, PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PEMIMPIN PERGERAKAN PENGAKAP Berhubung perkara diatas, dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, bahawa tuan telah dilantik sebagai Guru Pemimpin Pergerakan Pengakap, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting berkuatkuasa mulai 1 hb. Januari 2005 hingga 31hb. Disember 2005. 2. Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh tuan. 3. Semoga dengan pelantikan ini tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi perkhidmatan pendidikan dan pergerakan pengakap. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ……………………………………………. (KADIR BIN MOHAMAD ) Pengetua, SMK Saujana Utama, Persiaran Saujana 3, 47000 Sungai Buloh. SELANGOR. Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH s.k. 1. Fail Peribadi 2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah 3. Fail Pengakap


100 3 1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa. 2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan. 3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah. 4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan. 5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar TANGGUNG JAWAB GURU PEMBIMBING


Click to View FlipBook Version