KERTAS KONSEP PERTANDINGAN
VIDEO PENDEK PESANAN KHIDMAT
MASYARAKAT COVID 19
#JejakJuaraKL2021
ANJURAN
Unit Kokurikulum
SJK(T) Jalan Bangsar
TARIKH:
07 JULAI 2021 – 25 JULAI 2021
Kertas Konsep Pertandingan Video Pendek Pesanan Khidmat Masyarakat COVID 19 I 1
ISI KANDUNGAN
Mukasurat Pertandingan
3 PENGENALAN, MATLAMAT, SASARAN DAN OBJEKTIF
4 TEMA / TAJUK DAN PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN
5 PERINGKAT PERTANDINGAN, PROSES PENJURIAN DAN
KRITERIA PENILAIAN
6 HADIAH DAN PROSEDUR PENYERTAAN
7 BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN
Kertas Konsep Pertandingan Video Pendek Pesanan Khidmat Masyarakat COVID 19 I 2
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan Bangsar
Unit Kokurikulum
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT COVID 19
SEKOLAH RENDAH
1.0 PENGENALAN
Pertandingan VIDEO PENDEK PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT
COVID 19 Sekolah Rendah ini merupakan salah satu aktiviti anjuran Unit
Kokurikulum SJK(T) Jalan Bangsar. Pertandingan ini merupakan platform
kepada murid-murid sekolah rendah dalam mengetengahkan kreativiti serta
percambahan minda dalam menghasilkan video pendek berdasarkan tema
yang diberikan. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan
ini meliputi kepada aspek mencari, mengumpul maklumat, penyusunan
bahan, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, dan literasi digital yang
dapat dipersembahkan menerusi pembikinan video pendek.
2.0 MATLAMAT
Murid masih berpeluang untuk menyertai aktiviti kokurikulum dalam bidang
ko-akademik. Selain itu, memupuk semangat menyebarkan maklumat
kesihatan dalam kalangan masyarakat dewasa kini. Murid juga dapat
mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21.
3.0 SASARAN
Terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Jalan Bangsar, Prasekolah hingga Tahun 6.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Mewujudkan budaya berfikir secara kreatif dan inovatif dalam
menyediakan skrip pembikinan video pendek kesihatan.
4.2 Meningkatkan keberkesanan pelbagai kaedah dalam pengajaran
kesihatan.
4.3 Meningkatkan tahap pengajaran secara inkuiri supaya pembelajaran
Murid-murid menjadi lebih berkesan khususnya dalam pemahaman
konsep kesihatan dan isu semasa kesihatan.
4.4 Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik mengikut
kaedah dan prosedur yang betul.
Kertas Konsep Pertandingan Video Pendek Pesanan Khidmat Masyarakat COVID 19 I 3
5.0 TEMA / TAJUK VIDEO PENDEK: PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT COVID 19
Cadangan Tajuk Video Pendek
5.1 Apa itu Covid 19
5.2 Tanda-tanda dijangkiti Covid 19
5.3 Cara-cara memakai pelitup muka
5.4 Cara-cara mencuci tangan menggunakan sabun
5.5 Cara-cara mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman
5.6 Elakkan 3S ( Sesak, Sempit, Sembang Dekat) dan Amalkan 3W (Wash, Wear
dan Warn)
5.7 Vaksin
5.8 Tajuk-tajuk berkaitan dengan Covid 19 akan diterima
6.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
6.1 Pertandingan ini dijalankan pada 07 Julai 2021 hingga 25 Julai
2021. Penghantaran akhir video adalah pada 25 Julai 2021 sebelum
atau pada jam 5:00 petang.
6.2 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan (Tamil) Jalan Bangsar (Prasekolah hingga Tahun 6).
6.3 Penyertaan pertandingan ini adalah secara individu dan pendaftaran
penyertaan hendaklah diisi dalam Google Form Link yang disediakan.
6.4 Setiap pelajar boleh menghantar MAKSIMUM 1 VIDEO penyertaan
sahaja. Tempoh durasi video tersebut adalah 1 minit hingga 2 minit
sahaja. Video yang telah dihantar TIDAK BOLEH ditukar.
6.5 E-Sijil akan diberikan kepada setiap peserta yang memenuhi syarat
pertandingan. Nama yang tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu
pendaftaran dalam talian.
6.6 Bahasa yang dibenarkan untuk penghasilan video adalah dalam Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja.
6.7 Video mesti selari dengan tema pertandingan.
6.8 Penghasilan video mestilah asli dan tidak pernah dikomersialkan, dipaparkan
atau dikemukakan ke mana-mana media.
6.9 Keputusan penjurian adalah muktamad. Sebarang aduan tidak akan dilayan.
Kertas Konsep Pertandingan Video Pendek Pesanan Khidmat Masyarakat COVID 19 I 4
6.10 Aplikasi penggabungan video yang dicadangkan adalah seperti
berikut :-
• TikTok
• Filmora
• Windows Movie Maker
• Inshot Mobile Apps
• Lain-lain aplikasi yang bersesuaian
7.0 PERINGKAT PERTANDINGAN
7.1 Peringkat Pertama:
Tapisan mengikut Penganjur
Laporan dan video akan disahkan / diperiksa oleh pihak penganjur untuk
memastikan bahawa pendaftaran memenuhi syarat penyertaan dan prosedur
pendaftaran.
7.2 Peringkat kedua:
Menilai berdasarkan video.
Video yang diterima akan dinilai oleh panel hakim. Panel hakim akan menilai
dan memilih video pendek yang memenuhi elemen penilaian.
8.0 PROSES PENJURIAN
8.1 Semua urusan penilaian pertandingan video pendek ini akan dilaksanakan
secara atas talian.
8.2 Fail Video telah siap perlu:
a. dihantar kepada penganjur melalui Guru Kelas mengunakan
TELEGRAM.
9.0 KRITERIA PENILAIAN
Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria berikut:
9.1 ISI KANDUNGAN (30%)
9.1.1 Kandungan video berkaitan dengan Covid 19
9.1.2 Peserta berpengetahuan dan berkeyakinan tentang tajuk dihasilkan.
9.1.3 Video memberi faedah yang jelas kepada penonton atau
keberkesanan kepada kesedaran tentang Covid 19.
Kertas Konsep Pertandingan Video Pendek Pesanan Khidmat Masyarakat COVID 19 I 5
9.2 PERSEMBAHAN DAN PENYAMPAIAN (30%)
9.2.1 Penyampaian adalah sistematik dan menarik, jelas, padat serta
mudah difahami.
9.2.2 Penyediaan bahan yang bersesuaian untuk membantu persembahan
seperti poster/risalah/brosur.
9.2.3 Penggunaan ruang optima dan berkesan.
9.3 KREATIVITI (20%)
Video hendaklah kreatif dan berkaitan Covid 19.
9.4 PAKAIAN DAN PROPS (20%)
8.4.1 Menggunakan pakaian yang bersesuaian.
8.4.2 Props yang berkaitan dengan topik yang ingin disampaikan.
8.4.3 Penggunaan bahan tambahan seperti slide, bahan maujud dan tulisan
sebagai medium penyampaian
10.0 HADIAH
Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:
Johan : Plak, Hadiah Iringan dan sijil pencapaian
Naib Johan : Plak, Hadiah Iringan dan sijil pencapaian
Ketiga : Plak, Hadiah Iringan dan sijil pencapaian
5 Hadiah Saguhati : Hadiah Iringan dan sijil pencapaian
11.0 PROSEDUR PENYERTAAN
Proses pendaftaran mesti mengikut prosedur berikut:
11.1 Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.
11.2 Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan
lengkap dan betul.
11.3 Peserta diminta untuk menggunakan akaun email moe untuk mengakses
borang dalam talian.
11.4 Pengelola berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak lengkap
atau lewat.
12.0 URUSETIA PERTANDINGAN
Mani Arasan A/L Parameswaran 011 - 12813901
Kertas Konsep Pertandingan Video Pendek Pesanan Khidmat Masyarakat COVID 19 I 6
BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN VIDEO PEND
Aspek NO PROJEK 30 -25
Penilaian Sangat Baik
Sub Kriteria / Aspek
ISI KANDUNGAN 30 -25
(30%) Kandungan video berkaitan dengan Covid 19. Peserta Sangat Baik
berpengetahuan dan berkeyakinan tentang tajuk dihasilkan. Video
memberi faedah yang jelas kepada penonton atau keberkesanan 20 -17
kepada kesedaran tentang Covid 19. Sangat Baik
PERSEMBAHAN DAN Penyampaian adalah sistematik dan menarik, jelas, padat serta
PENYAMPAIAN mudah difahami. Penyediaan bahan yang bersesuaian untuk
(30%) membantu persembahan seperti poster/risalah/brosur. Penggunaan
ruang optima dan berkesan.
KREATIVITI (20%) Video hendaklah kreatif dan berkaitan Covid 19.
PAKAIAN DAN 20 -17
PROPS (20%) Sangat Baik
Menggunakan pakaian yang bersesuaian. Props yang berkaitan
dengan topik yang ingin disampaikan. Penggunaan bahan tambahan
seperti slide, bahan maujud dan tulisan
sebagai medium penyampaian
JUMLAH MARKAH
Rumusan Hakim:
Tandatangan Hakim:
Kertas K
DEK PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT COVID 19
24 -20 19 -11 10 - 5 4/3/2/1 Skor Markah (%)
k Baik Memuaskan Lemah Sangat lemah
/ 30%
24 -20 19 -11 10 - 5
k Baik Memuaskan Lemah 4/3/2/1 Skor Markah (%)
Sangat lemah
16 - 13 12 -9 8 -5 / 30%
k Baik Memuaskan Lemah 4 -1
Sangat lemah Skor Markah (%)
16 - 13 12 -9 8 -5
k Baik Memuaskan Lemah 4 -1 / 20%
Sangat lemah
/ 20%
/ 100 %
Konsep Pertandingan Video Pendek Pesanan Khidmat Masyarakat COVID 19 I 7
Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 8