Pertandingan VIDEO PENDEK PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT COVID 19 Sekolah Rendah ini merupakan salah satu aktiviti anjuran Unit Kokurikulum SJK(T) Jalan Bangsar. Pertandingan ini merupakan platform kepada murid-murid sekolah rendah dalam mengetengahkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan video pendek berdasarkan tema yang diberikan. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi kepada aspek mencari, mengumpul maklumat, penyusunan bahan, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, dan literasi digital yang dapat dipersembahkan menerusi pembikinan video pendek.