The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdfahmi1620, 2021-11-08 04:26:45

Tugasan 2 GKEB1072 BM SK 3 - Fahmi

GKEB1072

GKEB1072

PETA I-THINKKEMAHIRAN MEMBACA & MEMBUAT NOTA

DISEDIAKAN OLEH: MOHD NOR FAHMI

ISI KANDUNG

Pengenalan
Kepentingan
Justifikasi
Jenis Peta I-Think
Sumber rujukan

PENGENALAN

Menurut Kamarudin Husin (1996) , proses
menulis nota ialah suatu alat untuk melahirkan perasaan
melalui lambang bunyi. Sewaktu menulis nota beberapa
kemahiran perlu digunakan seperti kemahiran membaca dan
mendengar. Ianya merupakan aktiviti merekod elemen penting

sewaktu kuliah,ceramah dan sebagainya.



oleh itu, membuat nota merupakan elemen yang sangat
penting untuk mengingat segala maklumat yang berguna












Pumfrey (1977) menyatakan
bahawa membaca bukanlah
hanya bersifat mekanik iaitu
dengan hanya membaca apa
yang tertulis dan menjawab apa

yang dibaca.
Namun, membaca adalah suatu

proses yang membina yang
melatih kita untuk menganalisis
serta mengulas apa yang dibaca

KEPENTINGAN KEMAHIRAN
MEMBACA & MEMBUAT
NOTA

Menurut Kamarudin Husin (1998) membaca mempunyai dua
tujuan utama iaitu membaca serta merta ataupun secara
lanjut. Membaca serta merta bertujuan untuk hanya
memahami isi kandung yang dibaca manakala membaca

secara lanjut pula bermaksud pembacaan dilakukan sebagai
pengetahuan serta untuk menyelesaikan masalah di dalam
kehidupan seharian. Selain itu, membaca juga adalah untuk
mengisi masa lapang, untuk tujuan kerohanian dan juga bagi
mempelajari pelbagai jenis ilmu. Seterusnya, bagi melakukan

analisis secara kritikal berkaitan sesuatu isu dan
mengulangkaji pelajaran.







Menulis nota amatlah penting lagi-lagi untuk mereka yang
sedang berada di peringkat sekolah menengah mahupun

universiti. Antara kepentingan menulis nota adalah
membantu sebagai rujukan untuk menghadapi

peperiksaan. Selain itu, sewaktu menulis nota kita secara
tidak langsung sedang membaca dan mengulangkaji topik

tersebut. Akhir sekali, sebagai cara untuk kita mengenal
pasti ringkasan ataupun isi-isi penting sesuatu topik.

JUSTIFIKASI MEMILIH
PETA I-THINK

Teknik pemetaan i-think merupakan antara kaedah yang paling
berkesan untuk memupuk kemahiran berfikir serta menyelesaikan
masalah secara lebih kreatif dan efektif. Selain itu, kaedah ini juga

memudahkan lagi proses pemahaman pelajar terhadap sesuatu
konsep. Berdasarkan cara penggunaan 8 peta minda yang kreatif,guru

mampu melahirkan pelajar yang kreatif serta inovatif dalam
melaksanakan tugasan. Secara tidak langsung mampu melahirkan
pelajar yang cekap dalam berfikir serta mahir dalam menghasilkan

nota yang lebih mudah untuk difahami. Khairuddin (2011) turut
mengakui bahawa pembelajaran menggunakan peta i-think

sememangnya mampu membantu murid memahami kronologi
sesuatu topik. Selain itu, Siti Zubaidah (2006) menyatakan bahawa
penggunaan peta minda telah terbukti mampu meningkatkan mutu

penulisan karangan.

PETA BUIH

DIGUNAKAN BAGI
MENGENAL PASTI SESUATU

DENGAN TERPERINCI

PETA BULATAN

MEMBERI MAKLUMAT
MENGIKUT KONTEKS

PETA BUIH BERGANDA

MEMBANDING BEZA
SESUATU PERKARA ATAU

SITUASI

PETA POKOK

MENGKLASIFIKASIKAN IDEA

PETA DAKAP

DIGUNAKAN UNTUK ANALISIS
OBJEK FIZIKAL. GARISAN

BAHAGIAN KIRI ADALAH NAMA
ATAU IMEJ MANAKALA GARISAN

PADA BAHAGIAN SEBELAH
ADALAH BAHAGIAN UTAMA

PETA ALIR

UNTUK
MENUNJUKKAN

TURUTAN

PETA PELBAGAI ALIR

UNTUK
MENGANALISIS
SEBAB & AKIBAT

PETA TITI

BAGI
MENERANGKAN
PROSES ANALOGI
BERDASARKAN

FAKTOR

PENUTUP

Kesimpulannya, peta i-think ini
amatlah berguna untuk
membantu pelajar dalam

membuat nota yang mudah
difahami dan menarik. Ini kerana

pengunaannya adalah sangat
sistematik serta relevan untuk pdp

abad ke-21 ini. Akhir sekali, saya
berharap agar pelajar-pelajar

dapat memanfaatkan alat berfikir
ini dengan sebaiknya.

SUMBER RUJUKAN





Husin, K. (1998). Kemahiran Mendengar Dan Bertutur. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman
Khairudin Ahmad. (2011). Keberkesanan kaedah peta konsep
terhadap pencapaian, sikap, dan kemahiran memahami kronologi
dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Tesis Sarjana Pendidikan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
K, & Husin, K. (1996). Permainan Bahasa. Budiman.
Pumfrey, N. R. (1977). Children's difficulties in reading, spelling and
writing: challenges and responses,London
Siti Zubaidah Mohamed. (2006). Kesan pendekatan penyabatian
kemahiran berfikir dalam pengajaran karangan deskriptif dan
karangan imaginatif dalam kalangan pelajar tingkatan 4. Tesis Dr.
Fal. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.
Yahya Othman & Azemy Othman. (2012). Keberkesanan
penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran
karangan agumentatif di sekolah menengah Arab di Negara Brunei
Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3 (9): 32-45.
Zamri Mahamod. (2011). Memperkasa guru, mempercekap pelajar:
Pengajaran dan pembelajaraan Bahasa Melayu dalam abad ke-21.
Prosiding Seminar Bahasa Melayu Singapura, 1-29. Singapura:
Pusat Bahasa Melayu Singapura

SEKIAN


Click to View FlipBook Version