KAJIAN 8 NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
NAMA PELAJAR : NUR FIFI LYANA BINTI SHAMSUHAIMI
NO.MAKTAB : PB 190146
HOMEROOM : PUAN SHARIDA BT SUHAIMI
NAMA GURU : PUAN SITI NOR HARYANI BINTI CHE NORDIN
KANDUNGAN FOLIO
1) ISI KANDUNGAN
2) PENGHARGAAN
3) PENGENALAN SETIAP 8 NOVEL
a) CERITA SECARA RINGKAS TENTANG NOVEL
b) BIOGRAFI SETIAP PENULIS
c) KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL
4) SINOPSIS & NOVEL
a) SINOPSIS KESELURUHAN
b) SINOPSIS SETIAP BAB
5) 5 KEKUATAN SETIAP NOVEL
6) 5 KEKURANGAN SETIAP NOVEL
7) 5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
8) RUJUKAN :
a) 8 RUJUKAN NOVEL
b) 7 RUJUKAN LINK WEB
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru mata
pelajaran Bahasa Melayu,Puan Siti Nor Haryani Bt Che Nordin atas tunjuk ajar
dan bantuannya bagi menyiapkan tugasan folio saya.Beliau juga telah memberi
sepenuh perhatian semasa dalam tempoh menyiapkan folio ini.Semangat guru
amatlah saya hargai.
Ucapan yang sama saya rujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Encik
Shamsuhaimi bin Mohd Shariff dan Puan Normah binti Mohameddi atas dorongan
dan sokongan mereka sehingga saya berjaya menyiapkan folio ini.Selain itu,tidak
lupa kepada rakan-rakan saya iaitu Farah Yasirah binti Muhammad Yaacob dan
Swarupha a/p Kanakapuram Raghavendra Shyam Prasad serta semua pihak yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh saya
menyiapkan folio ni.Mereka telah membantu saya dan mengorbankan masa dan
tenaga tanpa memintak sumbangan.Kerjasama rakan-rakan dan ibu bapa saya
amatlah saya hargai.
PENGENALAN 8 NOVEL
a) CERITA RINGKAS TENTANG NOVEL
➢ LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA , KARYA ABDUL LATIP TALIB
Mengisahkan keberanian dan keperwiraan seorang anggota tentera Melayu dalam
mempertahankan tanah airdaripada dijajah oleh kuasa asing. Leftenan Adnan bin
Saidi telah menunjukkan keberanian dan kecekalan sejak kecil serta mendapat
dorongon daripada bapanya untuk menjadi askar. Keperwiraan beliau terbukti apabila
beliau berjuang menentang musuh hingga penghujung nyawa.
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan
semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu,
termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke
Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu
adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang
sehingga ke titisan darah yang terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa,
Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang
sehingga ke hujung nyawa.
➢ DI SEBALIK DIRANA , KARYA DAYANG NOOR
Mengisahkan ketaasuban terhadap teknologi hingga menghilangkan sifat
kemanusiaan.Watak utama novel iaitu Farisha, pakar penggodam sistem
perkomputeran menjadi mangsa kepada ayah kandungnya sendiri yang taasub untuk
mencipta sesuatu yang baharu. Ayahnya, Karl mengorbankan nilai-nilai kemanusiaan
asalkan hajatnya tercapai.
➢ JENDELA MENGHADAP JALAN , KARYA RUHAINI MAT DARIN
Mengisahkan kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.
Sepanjang berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di
Kuala Lumpur untuk mengadu nasib atau berkongsi masalah. Sebaliknya, dia
berusaha sedaya upaya menempuh semua ujian tersebut dengan semangat yang
kental.Peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh Rafiq di sebuah pondok buruk
tidak mematahkan semangatnya. Sebaliknya, peristiwa tersebut menguatkan
keinginannya untuk mengikuti perkembangan diri Rafiq dan Haziq, sekali gus cuba
membantu mereka.
➢ PANTAI KASIH , KARYA AZMAH NORDIN
Mengisahkan ketabahan seorang wanita dalam menghadapi rintangan dan cabaran
hidupnya untuk melupakan peristiwa hitam yang sering menghantui fikirannya.Anak
perempuan tunggal Raiha itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu
'down sinDoktorom'. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya
meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak
tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak
tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu
itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan
anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu
melebihkan anaknya daripada dia.Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa
marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri.
Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena
tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu
amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah
dengan sengaja membakar anaknya itu.Kegagalan rumah tangga antara Raiha dan
suaminya Doktor Sadiz disebabkan keengganan Raiha mendengar nasihat suaminya
agar menggugurkan kandungannya yang didapati cacat atau 'down sinDoktorom'.
Raiha juga melebihkan perhatian kepada anaknya apabila sudah dilahirkan
menyebabkan kemarahan suamnya berganda. Kejadian kematian anaknya akibat
disambar api kereta mewah yang sedang marah merupakan kemuncak kemarahan
suaminya, apatah lagi setelah bekas suaminya menang kes dalam mahkamah dalam
menentukan kesalahan siapakah punca kematian anaknya itu.
➢ SONGKET BERBENANG EMAS , KARYA KHAIRUDDIN AYIP
Ketabahan seorang gadis menghadapi cabaran dan dugaan hidup.Dahlia seorang
remaja berusia 19 tahun tabah menghadapi dugaan hidupnya apabila menghadapi
masalah kesihatan ibu. Emaknya, Saleha menghadapi tekanan perasaan dan
dimasukkan ke hospital untuk rawatan pemulihan. Masalah kesihatan ibunya ini
menyebabkan Dahlia terpaksa mengambil alih semua tugas menguruskan adik-adik
dan keperluan rumah.
➢ TIRANI , KARYA BEN SABARIAH
Mengisahkan tentang kecantikan fizikal bersifat sementara dan bukan penentu
kebahagian hidup. Manakala ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang yang
dapat menutup kekurangan danmelindungi kelemahan diri.Waheeda obses terhadap
kecantikan dan berjaya melakukan pembedahan plastik tetapi akhirnya kerana beliau
cantik, Zahid cemburu buta terhadap Waheeda sehingga menceraikan Waheeda.
Namun waheda tabah membesarkan anaknya dan perniagaannya sehingga menjadi
ahli perniagaan yang berjaya.
➢ BIMASAKTI MENARI , KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Mengisahkan tentang kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam
sekitar.Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam
berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-
kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan
mencerap bintang. Mereka telah berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan
terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara.
Dalam masa yang sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan projek perumahan
Ikhtiar TeknoAlam dengan membina rumah mesra
➢ SILIR DAKSINA , KARYA NIRZA PARMAN
pengorbanan dalam memperjuangkan kebudayaan dan kesusasteraan. Tema ini dapat
dibuktikan melalui watak Abdullah Bin Kayan dan Haiqal Haqimi.Pengorbanan
Abdullah Bin Kayan ialah beliau sanggup berpisah dengan isteri dan anaknya kerana
kecintaannya terhadap sastera dan warisan budaya iaitu tarian zapin yang ada di
kampungnya iaitu Kampung Seri Purnama, Batu Pahat, Johor. Semasa di Batu Pahat,
Johor, Abdullah Bin Kayan telah berusaha untuk mengembangkan seni tarian zapin.
Beliau telah menghidupkan semula kumpulan zapin jincat D'Purnama. Beliau juga
telah menubuhkan Aksara di Kampung Seri Purnama untuk mengembangkan
kesusasteraan dalam kalangan masyarakat Kampung Seri Purnama.Pengorbanan
Haiqal pula ialah dapat dilihat apabila dia sanggup meninggalkan umi, walid dan adik
tirinya Nurul Asiyah semata-mata untuk ke Johor bagi menjejaki kisah hidup
ayahnya. Semasa di Kampug Seri Purnama, Haiqal berusaha mengaktifkan kumpulan
zapin D'Purnama. Haiqal telah bekerjasama dengan penduduk kampung untuk
menganjurkan persembahan tarian zapin di Kampung Seri Purnama. Haiqal juga
bercita-cita ingin menghidupkan semula Aksara peninggalan ayahnya kerana Aksara
telah lenyap begitu sahaja setelah kematian ayahnya.
BIOGRAFI PENULIS
➢ ABDUL LATIP TALIB
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di
persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2
Jun 1954 mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai
genre;skrip drama tv, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah
seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen
Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi
hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja
Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Penulis ini telah
menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal,
dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.
➢ DAYANG NOOR
Dayang Noor (Noor Aziza Sulaiman, lahir pada 1974 di Pahang, Malaysia) ialah
seorang penulis novel Bahasa Melayu sambilan. Beliau memiliki ijazah dalam
Kejuruteraan Elektronik dan Komputer dan kini bekerja sebagai Eksekutif IT dengan
salah satu syarikat penyepaduan sistem IT terbesar di Selangor, Malaysia. Beliau telah
menulis 2 buah novel fiksyen pulpa dalam bahasa Melayu - Jerat (2011) dan Hilang
(2012). Dia tinggal di Selangor, Malaysia bersama suami dan 3 anak lelaki.
➢ RUHAINI MAT DARIN
Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah.Mendapat
pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan Kewangan, pernah berkhidmat sebagai
juruaudit, pengurus kewangan dan penasihat kewangan di beberapa buah syarikat
pembinaan dan konsultansi. Pernah berkhidmat di Tak Community Collegge sebagai
tenaga pengajar separuh masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun
2016 memilih untuk bekerja secara freelance (tapi hal ini ternyata menambah
kesibukannya terhadap kerja hakiki) supaya boleh menulis pada bila-bila masa yang
disukai dan melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat selain bekerja keras hanya
untuk membayar bil dan cukai-cukai. Ahli Badan Bahasa dan Sastera Sabah serta ahli
seumur hidup Penulis Nasional (PENA). Menjadi pembimbing dan mentor bagi MPR
peringkat negeri Sabah, bengkel penulisan novel dan cerpen anjuran unit Penerbitan
DBP cawangan Sabah. Alumni Mastera novel 2016. Pengasas bersama SUNTIK,
sebuah program bicara karya eceran (puisi dan cerpen) di surat khabar Sabah yang
dianjurkan setiap bulan bermula bulan Ogos 2017. Pengasas bersama program bicara
santai Kupi & Snek Sastera Malaysia - sejak Oktober 2020. Penikmat kopi dan
pencinta kucing.Pengagum Marquez.
Menyukai tempat-tempat sunyi dan tenang. Kurang menyukai kebisingan tapi
kebisingan sering memberi ilham kepada proses penulisannya.
Penerima pingat Bintang Kinabalu BK, sempena hari keputeraan TYT negeri Sabah
2020.
➢ AZMAH NORDIN
Azmah Nordin merupakan seorang pengarang buku di Malaysia. Beliau dilahirkan
pada 10 Januari 1958 di Kulim, Kedah. Azmah Nordin kemudiannya mendapat
pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Pada 1973 beliau
berpindak ke Sabah dan menetap di sana.Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan
pada awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana.Kecenderungannya menulis dalam
bidang sastera bermula pada awal tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak,
cerpen dan novel.
➢ KHAIRUDDIN AYIP
Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja,
Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik.
Ayahnya pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969,
beliau mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau
meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980,
Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar.
Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam
bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di
Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985, Khairuddin
bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di
sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia
Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK
Seksyen 20, Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996, beliau melanjutkan pelajaran dalam
bidang Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm
Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau
bertugas di SM Teknik, Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai
School Improvement Specialist Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah
Petaling Perdana, Selangor.
➢ BEB SABARIAH
Beb Sabariah atau nama penuhnya puan Hajah Bibi Sabariah binti Haji Abang Awet.
Beliau lahir di Kampung Hulu, Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak pada 7
November 1949. Beliau bersekolah dasar di Sekolah Melayu Pusa dan Sekolah
Rendah Enche Buyong Kuching. Beliau ke sekolah menengah di Madrasah Melayu
Kuching sebelum ke Sekolah Menengah Kerajaan Green Road Kuching. Beliau
meneruskan pendidikan ikhtisas di Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei,
Sarawak dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor.Beliau
mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen. puisi
dan rencana. Beb Sabariah ialah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan
PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak). Karya beliau dimuatkan dalam
sebuah kumpulan cerpen berjudul Mawar Magenta dan beberapa buah antologi cerpen
serta puisi. Antaranya ialah KEPEZI SATU dan KEPEZI DUA (Terbitan Haqaf
Enterprise - Selenggaraan Zaharah Nawawi), Antologi Pengucapan Puisi Hari
Wilayah-Bandar Raya (2003,2004, 2005), Antologi Puisi Pertemuan Budayawan
BIMP-EAGA (2000), Pelagus-Antalogi Sastera Sarawak Jilid 1 (2003), dan Memori
Sebuah Rindu terbitan DBP cawangan Sarawak.Selain itu, cerpen dan puisi beliau
juga pernah disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu Mingguan,
Berita Minggu, Utusan Sarawak, Mingguan Sarawak serta Dewan Sastera dan
Majalah Wanita.Selain itu beliau juga pemah memenangi Anugerah Penghargaan
Penulis Sarawak daripada DBP cawangan Sarawak pada tahun 2001 dalam genre
Puisi dan Johan sayembara menulis cerpen tentang sambutan 50 tahun DBP pada
tahun 2006 daripada Bahagian Penerbitan dan Penulisan Sastera Kreatif DBP
cawangan Sarawak. Sehingga kini, beliau telah menerima beberapa lagi pengiktirafan
dan hadiah melalui sayembara termasuk cerita rakyat. Beliau juga telah menghasilkan
karya untuk bacaan kanak-kanak.Pada tahun 2003, Beliau menerima Pingat
Perkhidmatan Setia daripada Kerajaan Negeri Sarawak. Pada 27 Januari 2004
dianugerahi Pingat Pangkuan Negara (PPN).
➢ SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Sri Rahayu Mohd Yusop adalah seorang penulis wanita dari Malaysia.Pada 31
Oktober 2011, dalam majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-
ExxonMobil 2010 (HSKU) Sri Rahayu bagi tahun keenam berturut-turut apabila
karyanya Bima Sakti Menari diumumkan sebagai pemenang tempat pertama. Sebagai
pemenang, Sri Rahayu membawa pulang wang tunai berjumlah RM7,000 dan hadiah
iringan.HSKU kali ke-26 ini dianjurkan sejak 1985 dan ia juga merupakan antara
acara sempena program Sastera Utusan 2011 yang turut memuatkan Malam Puisi
Utusan 2011 pada 5 Oktober 2011.
➢ NIRZA PARMAN
NIZAR Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31
Ogos 1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah
Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja, Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya di
Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992.Nizar Parman gigih berkarya serta
meraih pelbagai anugerah penulisan.Nizar Parman gigih berkarya serta meraih
pelbagai anugerah penulisan.Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan
pengajian di Maktab Perguruan Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun
2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu
Sekolah Rendah daripada Open University of Malaysia.Nizar Parman mula menulis
pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau terdorong untuk menulis setelah
membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan penulis
tersohor tanah air semasa menuntut di sana. Setiap minggu, beliau akan meminjam
buku di perpustakaan.Bermula dengan membaca karya hebat seperti Konserto
Terakhir, Rimba Harapan, Seorang Tua di Kaki Gunung, Daerah Zeni, dan Senjakala,
beliau mula terfikir, sampai bilakah harus membaca karya orang lain? Lantaran
pertanyaan itu, beliau mula memberanikan diri menulis puisi dan kemudiannya
cerpen. Karyanya berupa cerpen, puisi, dan rencana tersiar dalam pelbagai media,
seperti Berita Harian, Mingguan Malaysia, Utusan Malaysia, Dewan Siswa, Dewan
Pelajar, Pelita Bahasa, Mingguan Wanita dan URTV. Beliau juga menulis novel.
KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL
➢ LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA , KARYA ABDUL LATIP TALIB
➢ DI SEBALIK DIRANA , KARYA DAYANG NOOR
➢ JENDELA MENGHADAP JALAN , KARYA RUHAINI MAT DARIN
➢ PANTAI KASIH , KARYA AZMAH NORDIN
➢ SONGKET BERBENANG EMAS , KARYA KHAIRUDDIN AYIP
➢ TIRANI , KARYA BEN SABARIAH
➢ BIMASAKTI MENARI , KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP
➢ SILIR DAKSINA , KARYA NIRZA PARMAN
SINOPSIS & NOVEL
SINOPSIS KESULURUHAN
➢ LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA , KARYA ABDUL LATIP TALIB
➢ SINOPSIS KESELURUHAN :
Pada awal penceritaan,novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil.Beliau
dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal,Selangor. Rata-rata penduduk
kampung itu masih berada dalam kemiskinan.Kehidupan mereka bergantung pada
sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja.Keadaan ini turut
dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah,iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan
tiga orang anak,iaitu Adnan,Ahmad dan Amarullah.Adnan merupakan anak sulung
keluarga Pak Saidi.Sejak kecil,Adnan rajin membantu keluarganya dan merupakan
anak yang taat akan perintah orang tuanya.Walaupun usianya baru mencecah sepuluh
tahun,setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah membantu orang tuanya menoreh
getah.Selain itu,dia turut membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang.Pak
Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang masa dengan duduk bersembang di
kedai kopi.
Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan.Beliau sengaja merahsiakan
keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya
menjadi orang buruan inggeris.Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa
Adnan.Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal.Pak Saidi amat
mengambil berat tentang sejarah tanah air.Beliau sentiasa menekankan betapa
pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri.Para penjajah
telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam
kemiskinan.Nasib orang Melayu terpinggir dan tidak terbela.Pak Saidi tidak mahu
anak-anaknya mewarisi pekerjaannya.Pengetahuan Pak Saidi yang luas tentang
sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk kampungnya.Pak Saidi banyak
membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh Al-
Hadi.Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said,Mat Kilau,Datuk Bahanam,dan
Datuk Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat
patriotisme yang ada dalam dirinya.
Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan
pendidikan terbaik untuk anak-anaknya.Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada
agama,bangsa,dan tanah air.Oleh sebab itu,Adnan telah dilengkapi dengan ilmu
keagamaan dan ilmu persilatan.Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan
sahajalah negara akan dapat dibangunkan.Pihak penjajah sememangnya tidak suka
orang melayu menjadi pandai.Pelajaran yang diperolehi mereka setakat boleh
membaca dan menulis sahaja.Atas dasar itu,Pak Saidi berhasrat mahu menghantar
anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris untuk memperoleh ilmu
pengetahuan.Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada
masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama
Kristian dan seterusnya menjadi murtad.Tentangan penduduk kampung itu tidak
mematahkan semangat Pak Saidi untuk menghantar anak-anaknya menimba ilmu di
sekolah aliran inggeris.Bagi Pak Saidi,masyarakat Melayu perlu belajar daripada
orang Inggeris yang lebih maju dalam pelbagai bidang keilmuan.Anak-anak perlulah
dilengkapi dengan ilmu pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk mengambil alih
pemerintahan negara ini daripada tangan penjajah.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris.Di sekolah, Adnan
terkenal sebagai pelajar rajin dan pintar.Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh
teman-teman dan juga guru-guru sekolah.Adnan menyatakan cita-citanya untuk
menjadi askar.Setelah tamat persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di
Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun,bidang perguruan bukanlah minatnya.Cita-
citanya hanyalah satu,iaitu untuk menjadi askar.Adnan telah terpilih menjadi askar
dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di Port Dikson.Kejayaan Adnan terpilih
untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah mulut di pelosok kampung.
Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi
tentera.Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut
Inggeris.Adnan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya.Beliau
menjadi pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah
25 orang.Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar
Melayu dalam perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan King
George VI di London.Adnan telah berkahwin dengan Sophia,anak Pak Fakih.Adnan
membawa Sophia dan anak-anaknya ke Singapura.Namun,Adnan terpaksa menghantar
anak-anaknya dan isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita yang
mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun mahu menyerang Singapura.Mereka
juga mahu menjajah Tanah Melayu.Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis
askar Melayu ini telah berjaya menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan
anak-anak muda Melayu menjadi tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu.Pada
1 Januari 1935,pasukan percubaan Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen
Askar Melayu dengan kekuatan anggota sebanyak 150 orang.Kemudian dipercepatkan
pengambilan anggota baharu menjadi 232 orang.Mereka dibahagikan kepada dua
kompeni dilengkapi dengan platun mesingan,seksyen semboyan, dan unit tambur.Pada
1 Januari 1938,Batalion Pertama Askar Melayu ditubuhkan dengan dianggotai 17
pegawai British,6 pegawai melayu,11 pegawai waran,759 pegawai,dan lain-lain
pangkat.Pada bulan Mac 1941,Rejimen Askar Melayu ditambah kekuatan menjadi dua
batalion.Mereka diberi tanggungjawab untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada
serangan Jepun.
Pada Sabtu 6 Disember 1941,satu persidangan telah berlangsung di Manila yang
dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British.Laporan
perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju Asia.Risikan
mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal
tempur,kapal penjajap,dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan.Hal ini
merupakan isyarat jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan askar
Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember
1941.Pada hari pertama askar Jepun mendarat,mereka telah ditentang hebat oleh askar
Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai.Pada
hari kedua,kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai
menyebabkan ramai yang terkorban.Hal ini banyak menyebabkan askar India yang
berkhidmat dengan tentera British melarikan diri.Namun,askar Melayu terus bertahan
dan berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun.Namun,pada hari ketiga,askar
Melayu yang sedang bertempur diarahkan berundur.Dengan itu,askar Jepun berjaya
mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.
Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh Jepun dalam
masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di Kota
Bharu,Kelantan.Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun
yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya,negeri-negeri
di Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun.Kemudian,mereka terus
mara ke Singapura dan dalam masa 69 hari Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada
Jepun.
Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis serangan
askar Jepun.Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun
mendarat di Kota Bharu,Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang
pantai.British juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince Of Wales dan
Repulse untuk mempertahankan Tanah Melayu.Malangnya,kedua-dua buah kapal
perang kebanggaan British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang
melakukan serangan kamikaze.Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah
mengejutkan British sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya.
Namun,mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap kebal ialah
Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi
oleh askar Jepun.Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di
Singapura,askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan
yang hebat. Sebanyak 152 orang askar melayu,termasuk 7 pegawai Melayu yang
dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban.Antara pegawai askar Melayu yang
terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi.Beliau bersama-sama dengan 42
orang anggotanya yang masih hidup telah berjuang sehingga titisan darah yang
terakhir.Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah
berlaku pertempuran hebat.Akhirnya British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
➢ SINOPSIS SETIAP BAB :
Bab 1-Darah Pahlawan
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil)
bersama keluarganya.Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang
anak lelaki. Yang sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang
bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai
Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya
pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi
tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa yang menentang
Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak suka
kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak
banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.
Bab 2-Kampung Sungai Ramal
Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan
Kampung Sungai Ramal bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi
suasana di kampung menjadi kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan
beratus-ratus penyamun sedang menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk
kampung yang terbunuh manakala rumah pula banyak yang terbakar. Adnan sering
bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering membayangkan dirinya sebagai
Hang Tuah.Pagi-pagi Adnan ke kebun getah membantu ayahnya, setelah solat Zohor
dia akan turun ke sawah pula untuk membantu ayahnya.
Bab 3-Harapan Seorang Ayah
Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan
bunyi loceng basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut
oleh anak-anaknya yang sedang belatih silat di halaman rumah. Adnan melayan
ayahnya dengan membawakan minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat
bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain perang olok-olok dan biasanya Adnan
yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu mengalah. Adnan juga
memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab walaupun ketika membantu
keluarganya mahupun ketika bermain. Permintaan anak-anak Pak Saidi tidak pernah
dikecewakan olehnya. Walaupun sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan
meminta ayahnya membuat senapang kayu pula.
Bab 4-Dusun Durian Di Tanah Perkuburan
Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan.
Pak Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah
Perkuburan sebab itulah dusun itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak
Saidi yang dermawan menyebabkan orang kampung menyenanginya. Apabila tiba
musim buah-buahan, dia selalu bersedekah buah-buahan kepada penduduk kampung.
Pak Saidi menceritakan kepada anak-anaknya bahawa asal usul dia dan ibu Adnan
dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia pernah membantu
Dol Said Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk
kampung tidak memandang serong. Pak Saidi menceritakan bagaimana Dol Said
dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi
juga menceritakan bagaimana British boleh masuk dan menjajah Tanah Melayu.
Sejak itulah orang Melayu menentang penjajahan British bukan melalui senjata tetapi
melalui politik.
Bab 5-Harapan Seorang Ibu
Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam
pula Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adnan
menyatakan hasrat untuk bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak
bersetuju kalau Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan
pandangan Pak Saidi. Pak Saidi berpendapat belajar di sekolah Inggeris dapat
mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah agama ataupun sekolah Melayu. Milah
menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang kampung tetapi Pak Saidi
menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi menggunakan senjata
tetapi berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris. Pak Saidi
menyatakan hasrat menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-
tiga orang anaknya dan mereka menerimanya dengan senang hati. Milah juga
akhirnya akur dengan kehendak Pak Saidi.
Bab 6-Guru Besar Steward
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk
kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan
menjadi murtad namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya
menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi
mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.
Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat memakai baju baharu, seluar
baharu dituruti oleh Pak Saidi.Walaupun sudah bersekolah di sekolah Inggeris, namun
Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam agar anak-
anaknya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-
anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya
supaya tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh orang lain.
Bab 7-Mereka Tidak Mengerti
Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan
anaknya di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan
membantah tindakan Pak Saidi. Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya
meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan
menghalau mereka sekiranya mereka masih berdegil. Namun, Tuk Ketua menyatakan
bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya anak Abu yang tidak elok
perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu berasa marah dengan
kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk
Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.
Bab 8-Seteguh Karang
Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil
jualan getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya
mengambil tindakan terhadap Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah
Inggeris. Pak Saidi tidak mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu
kerana dia yakin dia tidak melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa
sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi
menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa yang berjaya supaya anak-anak
kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia marah dengan British tetapi
dia suka dengan ilmu yang mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim yang
perempuan semuanya tidak mampu untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah
nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungi oleh Tuk Ketua
kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi menerangkan tujuan dia
menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah
itu juga akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar
pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak
disenangi oleh Lebai Pian.
Bab 9-Anak-Anak Kampung
Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris.
Adnan menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa
perkataan bahasa Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia
belajar di sekolah Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa
dia tidak akan lupa agama dan tidak akan berubah walaupun sudah belajar di sekolah
Inggeris apatah lagi di waktu malam dia tetap belajar mengaji dengan ayahnya.
Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-cita apabila besar
nanti. Adnan mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan Negara dari
serangan musuh. Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak
dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang,
walaupun ada seorang yang mengena belatinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar
basikal milik Pak Saidi. Pak Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia
membertahu isterinya mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada
malam tempoh hari dan dibaling belati oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat
pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap untuk menjadi askar
yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.
Bab 10-Masuk Jawi Basikal Baharu
Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun
Tuk Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan
mengintai dari luar. Adnan menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk
membelikan basikal baharu apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan
tidak gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum selepas dikhatankan. Kira-kira dua
minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang dijanjikan ayahnya membawa
pulang sebuah basikal baharu.
Bab 11-Yakin Boleh
Pak Saidi bertanya kepada Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan
bahawa dia seronok belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri
memulakan perhimpunan pagi dengan pengumuman tentang Pertandingan Syarahan
dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian
sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana syarahan tersebut dalam
bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta beberapa orang
lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam
pertandingan tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun
ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat
kepada Adnan dan semakin bertambahlah semangat berkobar-kobar Adnan kerana
mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan menjadi
juara, Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.
Bab 12-Jaguh Kampung
Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya
mengalahkan pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan
mereka tidak berpuas hati. Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh
Kampung Sungai Ramal dan jaguh Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut
oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak muda kampungnya. Manakala Budin
mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang dirancang akhirnya
berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana beranggapan
pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan.
Penyokong mereka tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan
Adnan bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang
ke rumah setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan
menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan tidak mencuri rambutan kerana masih
mendengar pesan ayahnya.
Bab 13-Darah Muda
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar
di sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia
bercita-cita menjadi seorang askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi
askar Melayu.Semenjak kecil Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-
pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi askar Melayu bagi
mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula bertiup semangat
kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam kalangan guru-guru.
Bab 14-Askar Melayu Diraja
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil
anak-anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan
hendak menjadi tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh
beberapa anggota tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan
yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa
pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan
oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa.
Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-
cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.
Bab 15-Buku Bertemu Ruas
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke
kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan
menumpang lori barang dari Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port
Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang
anggota tentera yang datang ke rumahnya.
Bab 16-Perwira
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal
dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan
kesungguhan yang mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut
terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat
yang paling mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua
rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan
akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut
telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka
kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.
Bab 17-Kehidupan Baharu
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima
kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau
turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama
kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan.
Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang
guru dikampungnya bernama Sophia Pakih Muda
Bab 18-Berhari Raya Di Kampung
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan
kehadiran tiga orang anak iaitu dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak
perempuan. Tetapi bayi perempuan itu meninggal dunia.Pada akhir tahun 1941,
Leftenan Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya
bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang
dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup bahagia.
Bab 19-Perang Dunia Kedua
Apabila berlaku Perang Dunia Pertama dan Jepun bersedia untuk menjajah Tanah
Melayu maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka
di Kajang. Ini merupakan masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya,
Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir
mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia membawa anak-anaknya
pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya ke Singapura, Adnan mula
mengatur persiapan. Askar Melayu dan tentera British bekerjasama membantu
penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang
menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.
Bab 20-Bukit Candu
Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir
Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka
mempertahankan satu tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan
bahawa British mahu mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit
tersebut ada kilang Candu kepunyaan Inggeris. Mereka pun berkemas ke Bukit
Candu kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang penting. Di situ ada
penduduk kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan memerintahkan supaya
dibina kubu. Setelah itu kubu-kubu siap dibina melalui gotong-royong. Keesokan
harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan berjumpa Penghulu Sidek bagi
membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak Berjaya
mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah
memperketatkan kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan
gembira apabila mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua
ahli keluarganya dalam keadaan selamat. Sebenaranya askar British, Nepal dan India
juga tidak berminat untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa
Melayulah yang harus mempertahankan tanah air.
Bab 21-Di Ambang Perang
Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir
Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun
dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami
pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di
Kelantan dan Singapura.Cadangan Laksamana Thomas C. Hart mendapat persetujuan
ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak British mengetahui tahap
kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya penduduk kampung
mula mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka bersetuju untuk
berpindah. Dalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh rumah
penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan
askar, kedua-dua lembaga tersebut berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak
mencuri dan salah seorang daripada mereka ialah Samad.
Bab 22-Hati-Hati Yang Resah
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat
pengkalan tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan
datang melaporkan diri pada sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan
ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah
sejam meninjau di udara akhiranya Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan
ternampak tiga buah kapal di lautan dan dipantai. Mereka berpendapat Jepun telah
membuat persiapan untuk berperang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu juga
pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera Jepun hilang dari lautan yang
sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan. Tentera Britsih
mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit
Candu dan Pasir Panjang supaya mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang
sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan
termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan. Dia takut
kehilangan Adnan.
Bab 23-Bermulanya Sengketa
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan
menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau
penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga
bercerita mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun
dia berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam
askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan
Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi bangga kerana ketiga anaknya berada
dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku
peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil
memberi kata-kata perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.
Bab 24-Perangkap Tidak Mengena
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang
dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam
British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah
jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar
menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah
pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan
dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan
yang sengit. Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap
tentera Jepun yang mula mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepunm
termasuk komander batalionnya iaitu Mejar Nakamura yang mengetuai orang-
orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam
bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan
dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang
kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat
kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap
dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan
pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara
berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan
kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang penyerang kedua
tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British yang mengakibatkan
jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah
dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan mebolosi kedudukan
Dogra. Walaupun membuat serang balas, kedudukan supai India tidak dapat
dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.
Bab 25-Gagalnya Operasi Matador
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pengkalan
Tentera British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa
tinjauan udara di Teluk Siam mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera
Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh
sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan mendapat berita tersebut
lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun mendarat di Kota Bharu. Namun tersekat di
Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit berlaku
dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan. Pegawai dan askar yang
menjaga Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta Api Kuala Krai.
Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh
tidak dapat menggunakannya. Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang
Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera
Jepun Berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun
menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British
menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut
IJN Awajisan Maru yang perupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam
Perang Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera British di Butterworth dan
juga di Kuantan, Alor Star dan Sungai Petani.
Bab 26-Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun
dalam masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang
kebangaan British HMS Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura
menuju ke Kelantan. Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu Berjaya
dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakukan
serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang British itu. Akhirnya dua buah
kapal perang British Berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11 Disember
1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan
tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyerang
tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah
pesawat pengebom Jepun menyerang pertahanan Brtish di Pulau Pinang. Walau
bagaimanapun mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap kawasan
awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera Jepun
menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan kepada
tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan
Gurkha. Walau bagaimapaun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah
mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang
dan turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung kebimbangan memikirkan
nasib suaminya.
Bab 27-Perancangan Dua Jeneral
31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera
Jepun. Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan
berkeliaran di mana-mana. Akibat tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera
Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini memberikan
tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap paling kuat di dunia.
Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert Brooke-
Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall.
Pada petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan
Jepun. Pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah
meletupkan Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan
sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera British. Hasil dari maklumat
Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan
Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan
kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah
Melayu.
Bab 28-Pertempuran Demi Pertempuran
3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral
Yamashita menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di
bahagian utara Singapura berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan
supaya tenteranya memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut
Singapura. Pasukan atileri Jepun pula menyerang Pengkalan Udara Tengah di Seletar
dan di Sembawang. Markas tentera Jepun dipindahkan ke Istana Bukit Serene di
Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara Singapura berlangsung sepanjang hari dari
pagi hingga ke petang. British terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes dan
Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan
menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen Askar Melayu
bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih
bersemangat untuk bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan
anggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun
anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang
yang tinggi mampu memberikan tentangan sengit kepada musuh.
Bab 29-Terus Berjuang
Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pengkalan. Petang
itu Penghulu Deraman daripada pengawal kampong datang bertemu Leftenan Adnan
untuk menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu
menentang tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan
dua orang adalah pengintip Jepun dan menganggap tali barut seperti Samad tidak
harus dibiarkan. Malam itu Penghulu Deraman Berjaya mengesahkan bahawa Samad
adalah tali barut Jepun. Malam keesokannya mereka berjaya dikalahkan. Jeneral
Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati ditembak askar Melayu.
Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun menambahkan kebimbangan
Jenaral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan menggunakan
kereta kebal. Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah
beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun
berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh tentera Jepun yang marah.
Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatah lagi Kapten Rix bagai membiarkan
sahaja askar Melayu mempertahankan Pasir Panjang.
Bab 30-Serangan Balas
Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat
Subuh, mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi
gempar apabila dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan
mengarahkan anggotanya bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk
berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti dengan pengeboman tentera
Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua pihak. Banyak nyawa yang
terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran ini
memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun tidak
berupaya mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera Jepun.
Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak
membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang.
Tentera Jepun menyamar dengan memakai pakaian tentera Sikh telah ditawan. Adnan
tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya Adnan
menyerang tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun banyak
kehilangan nyawa.
Bab 31-Biar Putih Tulang
Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang
tersebut hingga musnah.Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat
dengan jelas tentera Jepun sedang mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan
di Bukit Candu telah musnah tiba-tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah
bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang Jepun menyerang semula kedudukan
mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit Candu masih kukuh. Koperal
Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin genting kerana musuh
menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal
dunia. Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-mula
tadi Adnan memerintahkan supaya jangan berundur dan mengalah. Penghulu
Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih kerana tidak dapat membantu Adnan
sebagaimana janjinya.
Bab 32-Tumpah Darah Perwira
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan,
termasuk bom tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata
mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam
pertempuran berhadapan menggunakan bayonet tetapi mereka kekal bertahan
menyebabkan pihak musuh kecewa. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai
dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya
menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannya
telah menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh.
Tentera Jepun marah kerana keberaniannya menentang musuh sehingga ramai yang
terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera
Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu
pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera
Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok
ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan
Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan bayonet. Kejadian itu dilihat oleh
Koperal Yaakob.
Bab 33-Jatuhnya Kota Singa
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah
kalah, Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran
dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah
banglo lalu memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu
bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat
tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang masih hidup
lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun menceritakan kehebatan askar
Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk
kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.
Bab 34-Darah Mengalir di Sungai Ramal
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal,
Kajang. Mereka mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah
berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan
keluarga Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat
anak-anak muda bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan
pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu
Bab 35-Perjuangan Belum Berakhir
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah
pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan
keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba
kekurangan. Rakyat terpaksa makan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas
perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji
lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam panas. Pada 15
Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh
British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang
dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk
menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula,
Sophia telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama
memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan
akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang
bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia
disahkan menghidap penyakit leukimia dan meninggal dunia.
➢ DI SEBALIK DIRANA , KARYA DAYANG NOOR
➢ SINOPSIS KESELURUHAN
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA.
Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk
menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki
rumahnya kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu
rumahnya yang disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan
adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah
simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari
kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah
kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah
pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan
RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer
Soft Lab dalam tempoh empat minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan
Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis
sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara.
Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah
physical backup kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat
bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya,
Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah
sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha
untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka
Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida
mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba
dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang
besar.
Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala
secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle
Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua
orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam
kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat
tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat
kepada keluarga Azraai.
Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun
Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang
penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang
merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk
mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar,
Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak
memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl.
Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida
menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui
minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat
Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan
Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram
mencuba menerobos minda Shida namun gagal.
Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah
Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa
Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung
dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ
kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara
serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan
mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan
terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar.
Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan
meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti Shida tetapi gagal.
Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila
Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia.
Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida yang sedia kala.
Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara sebenar yang
terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang
semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk
menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan
Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn
(Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan
kerana Karl yang sebenar sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa
dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00
malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram
berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari
mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup
meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.
➢ SINOPSIS SETIAP BAB
BAB 1
Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem baru sahaja selesai
bermesyuarat di NusaJaya. Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha berkenalan
dengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam kapalterbang ke
KLIA. Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang merupakan
pusat kawalan elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha
terperanjat sekali lagi apabila melihat pintunya juga telah terpasang “retinal scanner”. Farisha
terpaksa menunggu Shida kawan serumahnya yang sedang bermain skuasy dengan JUJU
sebuah android untuk masuk ke apartment mereka. Farisha ingin tidur awal kerana besok dia
akan menghadiri satu simposium di Hotel Renaissance. Dalam masa yang sama rupa-rupanya
Aqram sudah dapat mencuri cawan minuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan
dapat bekerjasama dengan Dr.Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.
BAB 2
Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah simposium
yang akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa.
Bermula daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur kedudukan dalam
simposium tersebut semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana
Phillips Young menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui hologram sahaja. Tanpa
diduga Farisha bertemu lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan ini Aqram menyatakan
keinginannya mencari jururunding untuk sebuah projek mini di makmalnya. Dalam pada itu
Aqram telah berjaya menerobos fikiran Farisha menggunakan penetrator berupa sebatang pen
berwarna perak. Tetapi pendinding WALL yang dimiliki oleh Farisha dapat menangkis
segala maklumat yang dikumpul dalam ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan
cuba menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.
BAB 3
Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu projek, Farisha
dan Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju membincangkan perkara itu di
Puchong, berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi
peringkat kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5
juta kepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam
tempoh empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum
pulang Farisha dan Rosman diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah.
Projek Dinara yang diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit.
BAB 4
Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di
Cyberjaya. Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul
Anwar di Soft Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang
canggih termasuklah penggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram juga menunjukkan
beberapa bilik dan ruang di situ yang canggih dan lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya
apabila dia memasuki pusat data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan
data. Di sinilah Farisha mendapat kepastian bahawa tugasnya ialah menggodam dan
mengukuhkan sistem Dinara. Pada petangnya barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan
mereka pulang bersama-sama. Namun dalam masa yang sama Dr.Maxi, Aqram, dan Khairul
Anwar mengadakan perbincangan. Rancangan mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha
dan Shida untuk berada di Soft Lab untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka amat
perlukan Shida juga sebagai physical backup kepada Farisha. Mereka akan mengusahakan
untuk memasukkan mikrocip ke dalam tubuh Shida, sebagaimana yang ada dalam tubuh
Farisha. Pada malam itu juga Dr.Maxi akan memadamkan beberapa ingatan dan perasaan
Alia sebuah cyborg canggih supaya ia tidak akan mengganggu rancangan yang diatur untuk
Farisha dan Shida.
BAB 5
Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab.Shida dibawa oleh Khairul
Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua kod program
yang ada dalam Soft Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi taklimat kepada
Farisha. Aqram menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi hypervisor di
dalam Dinara, tetapi Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah berjaya
menyusupkan satu virus bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa
yang ditetapkan. Sebenarnya inilah tugas Farisha dengan bayaran RM1.5 dia perlu
membersihkan virus bom jangka itu dan mengatasi semua kelemahan Dinara. Pada petang itu
juga Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas
di Soft Lab kerana dia terpaksa meneruskan projek di Senawang yang telah menawarkan
bayaran dua kali ganda daripada perjanjian awal.Farisha bersetuju. Farisha pulang dengan
kepala yang berat memikirkan tentang Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti tugasnya
amat berat. Di Soft Lab, Alia pula bertengkar dengan Dr.Maxi kerana banyak data
pengetahuan dan perasaannaya telah dipadamkan dan tindakan Alia itu juga menggambarkan
dia mempunyai perasaan cemburu dan tidak gemar jika ada perempuan lain ada sebarang
hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama Khairul Anwar menjelaskan bahawa Rosman
tidak akan mengganggu mereka di Soft Lab lagi kerana dia telah mempengaruhi syarikat di
Senawang itu untuk membesarkan lagi skop kerjanya. Pada malam itu Farisha mengalami
mimpi ngeri sehingga dia terlambat bangun.
BAB 6
Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu. Farisha
berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia telah memasukkan mikrocip ke
dalam tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi dengan Karl.Dalam komunikasi itu Karl
meminta pertolongan daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Oleh kerana tidak dapat
mengesan butiran perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas
beberapa ketika Farisha sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil yang
diberikan oleh Aqram. Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan persoalan
tentang seorang penyelidik yang bernama Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat
dikesan. Hal ini diterangkan oleh Shida melalui kajiannya di Arkib.
BAB 7
Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured Shell. Ketiga-
ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka berbincang tiba-
tiba Farisha mengalami sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya.
Hasrat meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas pulang. Sementara itu
mereka diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ bahawa dia bergegas keluar dari kedai
runcitnya kerana terlihat beberapa orang turun tangga pejabat Secured Shell dengan
membawa beberapa perkakas besi termasuk suatu barang yang serupa dengan piring tv
satelit. Tiada laporan polis dibuat. Dua malam selepas kejadian itu, Farisha telah diundang
oleh Abang Azraai utk makan malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai,
kak Mariah dan kedua-dua anak mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih
apabila dia mendapat tahu abangnya mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat
mengejutkannya ialah, dirinya adalah anak angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam itu
Farisha tidak dapat melelapkan mata.
BAB 8
Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar, tiba-tiba Farisha
pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan
Dr.Maxi hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama
tiada pula maklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha
dibawa ke hospital, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa
Shida. Beberapa soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha. Dr.Maxi
ingin tahu sama ada Farisha mengandung.
BAB 9
Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu menggantikan Farisha
dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha telahpun ditanam
dengan mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl menggunakan
teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan Farisha. Pada jam 5.30
petang mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah dan cuba
mencari sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun Shida terjumpa satu
bukti yang menyatakan bahawa Farisha ialah anak angkat.Apabila Shida dan Rosman
melawat Farisha, dia sangat lemah dan terdapat satu benjolan kecil di belakang
tengkuknya.Tetapi Farisha menyatakan itu tidak apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit
kemudian, Farid dan Amin datang ke katil Farisha menggunakan peranti untuk mendapatkan
maklumat yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh WALL. Tetapi
kali ini meraka berjaya kerana WALL lemah apabila Farisha lemah. Selepasitu Aqram pula
mencari maklumat pada badan Farisha menggunakan satu alat sepanjang enam sentimeter.
Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah yang menunjukkan tahap kesihatan
Farisha tidak memuaskan. Farisha terus lena kerana abangnya Azraai meminta doktor
memberi ubat tidur. Azraai juga membohongi doktor bahawa mikrocip di dalam badan
Farisha yang kelihatan di CT-scand itu adalah dalam pengetahuan Farisha yang dia sendiri
sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah universiti. Perkara itu juga adalah amanah ibu
bapanya supaya semua mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti
berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Tengah malam itu Dr.Maxi menyarankan bahawa
Shida akan menggantikan tempat Farisha.
BAB 10
Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik bernama
Medina di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu pembedahan untuk
menanam mikrocip telah dilakukan ke atasnya. Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas
sedar, apa yang dilakukan ke atas Farisha dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini tindak
balasnya lebih teruk lagi. Tetapi Dr.Maxi berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini
selepas lima minit. Ini akan merosakkan otak seseorang. Dalam masa yang sama, Farisha
dalam tidak sedar dapat berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut dirinya sebagai
mummy. Di suatu tempat yang lain pula, Farid dan Amin berasa amat hairan dan dapat
melihat keajaiban teknologi kerana perempuan tua yang menyuruh mereka mengekori dan
berbuat sesuatu ke atas Farisha menjerit gembira dan mengatakan dia berjaya menghubungi
anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya lebih hebat daripada lelaki itu. Farid menyanggah
perbuatan perempuan tua itu kerana sanggup melakukan ujikaji ke atas anaknya sendiri. Dia
tidak peduli. Apa yang dia mahu adalah inginmembuktikan siapa yang benar dan yang lebih
hebat daripada ‘lelaki’ itu. Manakala Shida tetap murung, berada di bilik Farisha, dan tidak
pulang ke rumah malam tadi. Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah
menerima mikrocip WALL atau kesilapan Dr.Maxi yang tetap meneruskan ujikajinya ke atas
Shida. Shida tidak mahu bercakap, makan, atau minum malah menjadi garang seperti kucing
liar yang ketakutan.
BAB 11
Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan penjelasan daripada
abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua yang dia tahu tentang
Farisha. Farisha menjadi adik angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada
dijadikan bahan ujikaji ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan beberapa orang
lagi telah diamanahkan menjaga keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan bahawa
dia dapat berkomunikasi dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas dan menyatakan
bahawa Farisha dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke
arah selatan. Azraai bercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah
daripada orang tersebut di Perhentian Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh
Dr.Maxi untuk mempengaruhi otak Shida. Akhirnya Dr.Maxi dapat berkomunikasi dengan
Karl melalui Shida. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang
disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan yang akan bukan sahaja memusnahkan Dinara tetapi
ribuan manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi Farisha sudah meninggalkan Kuala Lumpur.
Azraai ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi dalam perjalanan Farisha diculik pula oleh
dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam masa yang sama di Soft Lab sesuatu berlaku kepada
Shida. Karl bercakap melalui Shida. Karl menyatakan bahawa Khairul Anwar ialah seorang
budak pengemis yang bernama Muhammad Irfan yang telah diganti ingatannya. Khairul