• CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Novel yang saya kaji di tingkatan empat ialah di sebalik dirana karya dayang
noor.Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel ini.
Cadangan penambahbaikan yang pertama ialah mengurangkan perbuatan yang tidak
menyenangkan seperti ini dalam novel supaya perkara ini tidak diikuti atau
dipengaruhi . Sebagai contoh dalam novel ini ialah memasukkan cip dalam badan
seseorang tanpa pengetahuan orang tersebut.
Cadangan penambahbaikan yang kedua ialah memotong bahagian tersebut dalam
novel supaya perkara tersebut tidak dipengaruhi . Contoh yang terdapat dalam novel
ini watak yang bermata duitan.
Cadangan penambahbaikan yang ketiga ialah penulis boleh mencipta satu watak lagi
yang bersifat murah hati yang boleh membantu meringankan beban hidup watak
utama . Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat sebuah peristiwa di mana watak
utama mengalami waktu yang sukar dan masalahnya bertambah.
Cadangan penambahbaikan yang keempat ialah mengurangkan ujian terhadap watak
utama dalam satu masa supaya para pembaca dapat membaca dengan tenang. Ini
adalah kerana terdapat peristiwa yang amat menyukarkan watak utama dalam satu
masa
Cadangan penambahbaikan yang kelima ialah menyediakan kulit buku yang lebih
menarik dan moden serasi dengan tajuk novel tersebut supaya mendapat sambutan
orang ramai.
➢ JENDELA MENGHADAP JALAN , KARYA RUHAINI MAT DARIN
• KEKUATAN
Novel yang saya kaji di tingakatan empat ialah Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Mat Darin .Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini.
Kekuatan yang pertama ialah jalan cerita yang saspens. Ia menimbulkan rasa tertanya-
tanya sewaktu membaca.Pembaca menjadi teruja meneruskan bacaan untuk
mengetahui penghujung cerita ini . Contoh yng terdapat dalam novel ini ialah
pembaca tertanya-tanya orang yang melarikan kubah surau
Kekuatan yang kedua ialah monolog dalam penceritaan .Ia menambat hati pembaca
tentang pengucapan watak secara bersendirian di dalam novel .contoh dalam novel ini
, datuk bermonolog tentang perubatan traditional yang sekian lama dipeloporinya di
kampung itu
Kekuatan yang ketiga ialah mempunyai jalan cerita tentang imbas kembali tentang
perisitiwa yang telah lepas.Imbas muka dapat memberi gambaran kepada pembaca
terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku.,Melalui imbas muka, pengarang
memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku
kesan daripada tindakan dan aksi watak dalam cerita itu.contoh yng terdapat dalam
novel ini ialah datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili
Kekuatan yang keempat ialah mempunyai pertuturan antara dua watak atau lebih
daripada dua watak .Pembaca tidak bosan membaca. Sebagai contoh yang terdapat
dalam novel ini ialah dialog antara datuk dan Daniel tentang perubatan moden
Kekuatan yang kelima ialah pengajaran yang boleh diamalkan dalam kehidupan
harian iaitu kecekalan untuk menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan
-contoh yng terdapat dalam novel ini ialah lili tidak pernah menelefon ibunya yang
berada di bandar untuk mengadu nasib sebaliknya, dia berusaha sedaya upaya
menempuh semua ujian tersebut dengan semangat yang kental.
• KELEMAHAN
Novel yang saya kaji di tingakatan empat ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Mat Darin .Terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini.
Kelemahan yang pertama ialah pembongkaran rahsia yang mengecewakan. Hal ini
dikatakan demikian kerana penulis membuat pembaca bertanya-tanya tentang maksud
jendela yang Menghadap jalan di rumah datuk watak utama, hanya untuk penulis
mendedahkan rahsia dengan sekali imbas dan tidak lagi menerangkan secara mendalam
dan meninggalkan pembaca dengan rasa tidak puas hati
Kelemahan kedua ialah penggambaran objek yang tidak realistik.Hal ini dikatakan
demikian kerana sebuah kubah yang sepatutnya digunakan untuk srbuah surau dikatakan
telah dicuri oleh seorang lelaki. Walau bagaimanapun, ia sangatlah tidak realistik untuk
seorang lelaki berumur 30-40an mengangkut sebuah kubah yang besar berseorangan. Dan
cara kubah itu dicuri dan dibawa tidaklah dinyatakan penulis,
Kelemahan yang ketiga ialah umur karakter tidak dinyatakan. Hal ini dikatakan demikian
kerana umur karakter tidak jelas dan sebaliknya hanya diberi dengan ayat2 yang samar-
samar, seperti bagaimana danel dikatakan berumur sama dengan lili yang baru sahaja
tamat pengajian sekolah menengahnya tetapi danel mempunyai lesen kereta yang
membenarkan membawa kereta ke pekan.
Kelemahan yang keempat ialah plot utama bertukar separuh jalan.Hal ini dikatakan
demikiamn kerana: pada bahagian awal novel, plot novel merupakan misteri tentang
jendela di rumah2 kampung, misteri ini langsung dilupakan dengan hanya beberapa baris
ayat untuk mengekalkan misteri pada setiap beberapa bab pada bahagian pertengahan
novel kerana plot secara tiba2 bertukar kepada konflik kubah surau yang tidak
mempunyai kena mengena dengan jendela. Pertukaran plot membuatkan pembaca berasa
tidak puas hati kerana saspen misteri pertama sudah pun hilang
Kelemahan yang kelima ialah kedua -dua plot cerita, misteri dan konflik, tidak ditutup
dengan elok.Hal ini dikatakan demikian kerana walaupun penulis telah menggunakan plot
misteri pada bahagian pertama novel dan plot konflik pada bahagian kedua novel, kedua2
plot ini tidak ditutup dengan sempurna dan hanya di selesaikan dengan beberapa baris
ayat atau penerangan.novel. Ini telah meninggalkan pembaca terasa sia-sia kerana
penyelesaian yang tidak memuaskan
• CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Novel yang saya kaji di tingakatan empat ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Mat Darin .Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel ini.
Cadangan penambahbaikan yang pertama ialah menceritakan setiap perkara yang telah
berlaku dengan lebih terperinci .Hal ini disebabkan sesetengah jalan cerita yang
tergantung
Cadangan penambahbaikan yang kedua ialah merealistik sesuatu penggambaran objek
dengan lebih logik . Hal ini dikatakan demikian kerana purata yang membaca novel
adalah pelajar yang boleh berfikir secara rasional jadi secara tidak langsung telah
menyusahkan setiap pelajar untuk menyuarakan pendapat yang sama.
Cadangan penambahbaikan yang ketiga ialah menambah baik dari segi pengakhiran plot.
Hal ini dikatakan demikian kerana boleh mendatangkan ketidak puasan hati bagi
seseorang pembaca
Cadangan penambahbaikan yang keempat ialah menyatakan umur setiap karakter dengan
tepat. Hal ini adalah kerana menimbulkan kekeliruan dikalangan pembaca berdasarkan
sesetengah plot cerita dimana melibatkan umur watak - watak yang berkenaan
Cadangan penambahbaikan yang kelima ialah sentiasa fokus untuk menceritakan plot
utama. Hal ini dikatakan demikiam kerana sesetengah plot utama hanya diceritakan
separuh jalan dan ini menyebabkan pembaca berasa tidak puas hati atas kerana jalan
cerita yang tergantung.
➢ PANTAI KASIH , KARYA AZMAH NORDIN
• KEKUATAN
Novel yang saya kaji di tingakatan empat ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin
.Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini.
Kekuatan yang pertama ialah mempunyai klimaks .Pembaca tidak bosan membaca
.Klimaks novel ini ialah kemalangan Doktor Uwang dalam kawasan Pusat Rawatan
Pantai Kasih akibat lutut kakinya yang kejang dan pergelangan tangannya yang kebas.
Kekuatan yang kedua ialah mempunyai teknik plot pemerian .Pembaca menjadi tenang
sewaktu membaca kerana jalan cerita teratur.Pengarang mengarang tentang kebolehan
Doktor Uwang membangunkan Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada sebuah pusat
rawatan kecil sehingga menjadi pusat rawatan yang besar dan terkenal.
Kekuatan yang ketiga ialah jalan cerita yang saspens. pembaca tertanya-tanya dan
meneka apa yang mungkin akan terjadi selepas ini dan membuat andaian sendiri.Contoh
dalam novel ini ialah kematian Rohayu sering diimbas kembali oleh Raiha kerana dia
belum mendapatkan kepastian punca kematian anak istimewanya itu
Kekuatan yang keempat ialah mempunyai permulaan yang menarik.Ia membuatkan
pembaca seronok membaca dan mempunyai anggapan yang bagus . Permulaan novel ini
mengisahkan Raiha yang mengalami konflik setelah meneliti sinar-X terbaharu milik
pesakit Unong Siron. Raiha tidak percaya dan mengeluh apabila Unong Siron terpaksa
menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul sebanyak lima kali di bawah
pengawasan Doktor Uwang. Raiha turut mengalami konflik jiwa akibat kematian anak
tunggal kesayangannya.
Kekuatan yang kelima ialah mempunyai kejutan di pertengahan novel. Pembaca menjadi
tidak sangka dengan perkara yang sedang berlaku.Sebagai contoh, pembaca tidak
menyangka bahawa Raiha dengan lantangnya berani menuduh suaminya, Doktor Sadiz
yang telah menyebabkan kematan anak tunggal kesayangan mereka walaupun mahkamah
syariah telah mengisytiharkan bahawa Doktor Sadiz didapati tidak bersalah dalam kes
tersebut.
• KELEMAHAN
Novel yang saya kaji di tingakatan empat ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin
.Terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini.
Kelemahan yang pertama ialah sudut pandangan karakter sering bertukar2 tanpa amaran
atau isyarat.Hal ini dikatakan demikian kerana di dalam novel sudut pandangan karakter
sering berubah-rubah karakter tanpa penanda sebelum perubahan. Ini menyebabkan
pembaca bingung untuk memberi fokus kepada karakter mana dahulu.
Kelemahan yang kedua ialah imbas balik yang tidak diperlukan dan diberi secara tiba2 .
Hal ini dikatakan demikian kerana
novel ini memberikan terlalu banyak imbas balik secara berkerat-kerat dan sekali lagi
dengan tidak memberikan penanda atau amaran. Imbas balik yang diberi juga, diberi
sikit2 memaksa pembaca membuat sambung dari perenggan ke perenggan lain dengan
sendiri. Ini juga menyebabkan pembaca bingung kerana susah untuk mengklasifikasikan
mana yang dahulu dan sekarang
Kelemahan yang ketiga ialah membawa moral-moral yang tidak elok untuk kanak-kanak
bawah umur.Hal ini dikatakan demikian kerana
penulis telah meletakkan terlalu banyak nilai dan unsur-unsur negatif dan lucah untuk
novel ini yang mempunyai target pembaca dalam lingkungan 13-17 tahun, dan kerana
novel ini rata-rata digunakan dalam sistem pendidikan menengah Malaysia, ia membawa
teladan dan pengajara yang tidak sesuai dibincangkan di dalam kelas bersama guru dan
pelajar
Kelemahan yang keempat ialah tidak mempunyai pembinaan saspen yang skala.Hal ini
dikatakan demikian kerana
pada bahagian awal novel ini, ia tidak mempunyai pembangunan plot yang linear dan
bermula secara tiba-tiba. Pengenalan karakter dan latar temoat diberi dengan sekilas
pandang, dan motif karakter tidak diberi secara mendalam. Ini membuatkan pembaca
tidak tahu tujuan watak utama dan kenapa mereka perlu mengikut cerita watak tersebut.
Kelemahan yang kelima ialah misteri yang hanya diterangkan dengan sekilas pandang.
Hal ini dikatakan demikian kerana misteri yang dinaikkan merupakan peristiwa yang
dipanggil peristiwa hitam. Pada bahagian pertama, ia telah membuat pembaca berasa
teruja dan saspen dalam mengetahui apakah peristiwa hitam yang dimaksudkan, tetapi
pada bahagian hujung novel, peristiwa hitam ini tidak diberikan penerangan, sebaliknya
penulis beharap pembaca dapat meneka sendiri yang perenggan terakhir novel merupakan
imbas balik tentang peristiwa hitam yang diceritakan. Pembaca ditinggalkan dengan rasa
kecewa kerana memberi jangkaan yang peristiwa hitam tersebut merupakan sesuatu yang
lebih dalam
• CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Novel yang saya kaji di tingakatan empat ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin
.Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel ini.
Cadangan penambahbaikan yang pertama ialah memperbanyakkan lagi nilai-nilai positif.
Hal ini dikatakan demikian kerana menjejaskan ia kesesuaian bagi pelajar - pelajar yang
membaca sesebuah novel dimana terdapat banyak nilai negatif berbanding nilai positif.
Cadangan penambahbaikan yang kedua ialah mengurangkan timbulnya lebih banyak
persoalan dalam sesebuah jalan cerita. Hal ini dikatakan demikian kerana jalan cerita
tersebut terlalu padat dengan beberapa masalah semasa serta terlalu banyak persoalan
yang dibangkitkan.
Cadangan penambahbaikan yang ketiga ialah memperbanyakkan nilai yang mendorong
kepada kepentingan masyarakat berbanding kepentingan diri. Hal ini dikatakan demikian
kerana purata peratusan menunjukkan yang membaca novel tersebut adalah para pelajar
dan guru - guru yang dimana dalam lingkungan umur 16 hingga 50 tahun dan memupuk
sikap kemasyarakatan dalam diri mereka.
Cadangan penambahbaikan yang keempat ialah mengurangkan jalan cerita yang lebih
mendorong kepada sikap atau perbuatan negatif. Hal ini dikatakan demikian kerana murid
akan kurang didedahkan dengan nilai-nilai murni dan sikap yang positif
Cadangan penambahbaikan yang kelima ialah menepati matlamat subjek kompenan
sastera (Komsas) di sekolah dan bukan hanya berkonsepkan popular semata-mata . Hal
ini dikatakan demikian kerana matlamatnya ialah membentuk pembangunan diri dan
memupuk nilai murni di kalangan pelajar
➢ SONGKET BERBENANG EMAS , KARYA KHAIRUDDIN AYIP
• KEKUATAN
Novel yang saya kaji di tingkatan lima ialah songket berbenang emas karya
khairuddin ayip.Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini
Kekuatan yang pertama ialah banyak nilai yang dapat dipelajari.Pembaca yang
menghayati novel ini akan mendapat pelbagai nilai. Sebagai contoh, sikap
tanggungjawab dahlia iaitu sebagai seorang pelajar dan anak sulong
Kekuatan yang kedua ialah jalan cerita yang menarik.Pembaca tidak akan berasa
bosan apabila membaca novel ini kerana mempunyai binaan plot yang menarik dan
tersusun
Kekuatan yang ketiga ialah sifat watak yang dapat dijadikan teladan.Hal ini dikatakan
demikian kerana pembaca boleh mencotohi sifat-sifat positif yang terdapat pada
watak di dalam novel
Kekuatan yang keempat ialah menonjolkan sifat kekeluargaan yang kuat. Ini adalah
kerana ia dapat menyemarakkan semangat pembaca ketika mambaca novel ini
Kekuatan yang kelima ialah sifat kegigihan yang ditunjukkan oleh dahlia . Hal ini
dikatakan demikian kerana pembaca akan lebih gigih utk mencapai apa yg diingini
KELEMAHAN
Novel yang saya kaji di tingkatan lima ialah songket berbenang emas karya
khairuddin ayip. Terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini.
Kelemahan yang pertama ialah cerita yang hambar .Penceritaan yang perlahan yang
membuatkan pembaca berasa bosan dan kemungkinan besar pembaca tidak mampu
menyambung pembacaan tersebut
Kelemahan yang kedua ialah penduduk yang hanya memikirkan diri sendiri dan tidak
mahu membantu orang susah.Dahlia dan keluarganya terpaksa belajar dalam keadaan
kurang selesa di pusat pemindahan banjir, tetapi tiada seorang pun datang untuk
membantu keluarga Dahlia.
Kelemahan yang ketiga ialah pembinaan plot cerita yang panjang. Hal ini dikatakan
demikian kerana jalan cerita dipanjangkan walaupun plot nya pendek membuatkan
pembaca kurang berminat untuk terus membaca tanpa melangkau halaman.
Kelemahan yang keempat ialah sikap penduduk kampung yang kita tidak patut
contohi.Sebagai contoh penduduk yang memandang serong kepada keluarga dahlia
yang sepatutnya tidak patut berlaku dan dinormalisasikan di kalangan masyarakat
Kelemahan yang kelima ialah dialog yang bosan.Hal ini dikatakan demikian kerana
sesetengah dialog yang hanya berbual kosong dan tiada hala tuju yang boleh
ditukarkan kepada plot cerita yang lebih penting
• CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Novel yang saya kaji di tingkatan lima ialah songket berbenang emas karya
khairuddin ayip . Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel ini.
Cadangan penambahbaikan yang pertama ialah mengurangkan jalan cerita yang
mengimbas kembali supaya tidak mengelirukan para pembaca.
Cadangan penambahbaikan yang kedua ialah memperbanyakkan teknik plot . Hal ini
dikatakan demikian supaya dapat memantapkan pemikiran para pembaca dalam
menganalisis novel.
Cadangan penambahbaikan yang ketiga ialah memperbanyakkan penulisa dialog
antara dua watak atau lebih . Dengan ini , pembaca tidak jemu untuk membaca dan
tertarik untuk meneruskan membaca.
Cadangan penambahbaikan yang keempat ialah menerapkan nilai-nilai murni yang
bagus . Hal ini dapat menjadi inspirasi dan teladan kepada para pembaca.
Cadangan penambahbaikan yang kelima ialah memantapkan jalan cerita dalam novel
ini . Hal ini dikatakan demikian kerana jalan cerita di dalam novel agak hambar dan
membuatkan para pembaca jemu dan tidak teruja untuk membaca
➢ TIRANI , KARYA BEN SABARIAH
• KEKUATAN
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 iaitu Novel Tirani karya Beb Sabariah terdapat
bebearapa kekuatan yang terkandung dalam novel ini.
Kekuatan pertama yang terkandung dalam novel ini adalah jalan cerita yang
mengimbas kembali peristiwa lalu.Ini dapat membuatkan jalan certa novel lebih
menarik. Sebagai contoh, Waheeda terkenang kata-kata semangat ayahnya yang
semasa dia dan Ghazi berada dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari banglo
mewah Pak Cik Aziz. Ayahnya mengatakan bahawainsan tanpa kejayaan umpama
mati sebelum ajal.
Kekuatan kedua yang terkandung dalam novel ini adalah teknik imbas muka yang
digunakan yang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa
yang berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.Sebagai contoh,
Bazilah berasa gerun semasa membayangkan keadaan meja bedah dan alat perkakasan
yang lazim digunakan semasa sesi pembedahan dijalankan sewaktu mendengar
penerangan tentang prosedur pembedahan dari Dr Zahari.
Kekuatan yang ketiga adalah novel ini membuatkan pembaca saspens terhadap
jalan cerita yang disampaikan kerana dapat menimbukan perasaan tertanya –tanay dan
ingin tahu terhadap peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. Peristiwa ketika
keputusan DNA anak Waheeda dikeluarkan. Pembaca tertanya-tanya, adakah Izzati
anak kepada Zahid atau tidak ? Akhirnya keputusan itu mengesahkan bahawa Izzati
ialah anak kandung Zahid.
Kekuatan yang keempat adalah kejutan yang terdapat dalam novel untuk pembaca.
Sebagai contoh, Peristiwa serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas. Pembaca
tidak menyangka bahawa monyet-monyet itu bertindak agresif hingga sanggup
mencederakan orang-orang yang berada di situ, iaitu Waheeda.
Kekuatan yang kelima adalah novel ini mempunyai monolog dalam diri watak yang
menggunakan kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak, sama ada ditujukan
kepada orang lain atau dirinya sendiri.Sebagai contoh, Waheeda bermonolog ketika
teruja dan seronok untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Waheeda
berbisik dalam hati bahawa kalau boleh hendak menjalani pembedahan plastik
sekarang juga.
• KELEMAHAN
Novel yang saya kaji di tingkatan lima ialah tirani karya beb sabariah . Terdapat
beberapa kelemahan dalam novel ini
Kelemahan yang pertama ialah jalan cerita sering menyimpang jauh dari plot utama .
Hal ini dikatakan demikian kerana memanjangkan jalan cerita dengan isi-isi yang
tiada kaitan dengan jalan cerita utama menyebabkan pembaca berasa bosan
Kelemahan yang kedua ialah penghujung cerita yang mengecewakan . Penutup novel
ini ialah seorang suami yang telah meminta cerai atas sebab suaminya berasa isterinya
curang, padahal itu hanyalah kerana perasaan cemburu namun bagaimanapun,
isterinya tetap memaafkan suaminya. Hal ini telah membuatkan ramai pembaca tidak
berpuas hati dengan keputusan penulis untuk membuat kesimpulan cerita ini sebegini.
Kelemahan yang ketiga ialah personaliti watak yang tidak berubah untuk menjadi
yang lebih baik . Sebagai contoh , watak utama yang pemaaf , sanggup memaafkan
bekas suaminya yang berperangai keji berkali-kali terhadap nya.
• CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan penambahbaikan yang pertama ialah memperbanyakan lebih banyak. Hal ini
dapat mempengaruhi kehidupan harian pembaca.
Cadangan penambahbaikan yang kedua ialah menyemak kesalahan ejaan sebelum
dicetak. Hal ini dikatakan demikian kerana menggangu pembaca sedang membaca
dengan meneka perkataan yang ditulis oleh penulis
Cadangan penambahbaikan yang ketiga ialah mengubahsuai kulit buku.Hal ini dikatakan
demikian kerana dengan adanya kulit buku yang gempak dapat menarik perhatian para
pembeli.
Cadangan penambahbaikan yang keempat ialah memantapkan jalan cerita. Hal ini
dikatakan demikian kerana jalan cerita di dalam novel ini sering menyimpang jauh dari
plot utama.
Cadangan penambahbaikan yang kelima ialah membuat penghujung cerita yang
memuaskan hati para pembaca . Hal ini dikatakan demikian kerana penulis membuat
kesimpulan cerita yang biasa-biasa sahaja.
➢ BIMASAKTI MENARI , KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP
• KEKUATAN
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 iaitu Novel Bimasakti Penari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop terdapat bebearapa kekuatan yang terkandung dalam novel ini.
Kekuatan pertama yang terkandung dalam novel adalah teknik pemerian yang
digunakan oleh pengarang untuk menerangkan peristiwa dalam plot secara
langsung. Sebagai contoh, Pengarang menggambarkan keunikan rumah Ikhtiar
Teknoalam sebagai kediaman mesra alam yang kelihatan seperti rumah tradisional
Melayu tetapi mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi.
Kekuatan kedua adalah novel ini menggunakan monolog yang menarik pada diri
watak. Sebagai contoh, Nurul Hafsa bercakap sendirian tentang kekecewaan para
pelawat yang tidak dapat melihat kelip-kelip dan kaitan antara kelip-kelip di
kawasan paya dengan bintang yang tidak kelihatan di langit.
Kekuatan ketiga adalah novel ini menggunakan teknik saspens yang membuat
pembaca tertanya-tanya tentang jalan cerita novel tersebut. Sebagai contoh,
Pembaca tertanya-tanya sama ada Nurul Hafsa dapat menerima hakikat bahawa
langit semakin terancam oleh pencemaran cahaya.
Kekuatan keempat adalah novel ini mempunyai jalan cerita yang memberikan
kejutan kepada pembaca. Sebagai contoh, Pembaca tidak menyangka bahawa
Maryam Wickham Abdullah sebenarnya ialah ibu kandung kepada Muhammad
Taufik.
Kekuatan yang kelima adalah novel ini mempunyai pennggunaan dialog diantara
watak. Sebagai contoh, Nurul Hafsa berbual-bual dengan pengemudi bot tentang
laluan sungai yang tidak boleh dilalui oleh mereka.
• KELEMAHAN
Novel yang saya kaji di tingkatan lima ialah bimasakti menari karya sri rahayu mohd
yusop . Terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini.
Kelemahan yang pertama ialah penceritaan yang tidak spesifik.Dalam novel ini ,
penulis tidak menceritakan dengan lebih mendalam tentang sesuatu situasi dan
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembaca. Sebagai contoh , penulis
menceritakan bahawa Nurul Hafsah sudah dibebaskan oleh penculik tetapi penulis
tidak memberitahu lokasi dimanakah Nurul Hafsah dibebaskan
Kelemahan yang kedua ialah sikap ceroboh dan sembrono seorang watak.Penulis
tidak menerapkan nilai kebijaksanaan dalam menceritakan sesuatu situasi. Sebagai
contoh , Muhammad Taufik tahu dirinya akan diculik tetapi dia masih pergi ke arah
van tersebut seorang diri tanpa apa-apa perancangan
Kelamahan yang ketiga ialah penulis tidak berfikiran luas .Dalam novel inj , penulis
menceritakan tentang pesanan ringkas yang dihantar ke telefon bimbit Tan Sri
Muhaimin. Inspektor Lim pula menjumpai lokasi tersebut hanya disebabkan oleh
aduan penduduk. Penulis tidak mengembangkan ideanya dalam penggunaan
teknologi. Jika kita lihat pada zaman kini, pihak polis mempunyai pelbagai
kemudahan untuk menangkap penjenayah , salah satunya ialah menggodam pesanan
ringkas yg dihantar oleh penjenayah untuk mencari lokasi mereka. Perkara ini
menyebabkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pembaca
Kelemahan yang keempat ialah penulis tidak menerapkan nilai kemaafan di dalam
novel. Penulis mewujudkan watak yang bersikap negatif seperti mempunyai dendam
yang tidak berkesudahan. Sebagai contoh, Johan Arlington menaruh dendam yang
tidak pernah padam terhadap Tan Sri Muhaimin berpunca daripada Maryam Wickham
memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami sehingga membawa kepada kes penculikan
anak mereka iaitu Muhammad Taufik.
Kelemahan yang kelima ialah kulit buku yg tidak menarik . Ini adalah kerana ia
menggunakan warna yg gelap menyebabkan pengguna tidak tertarik dan mula
membuat ekspetasi tentang cerita novel tersebut tidak menarik dan membosankan
tanpa membacanya.
• CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Novel yang saya kaji di tingkatan lima ialah bimasakti menari karya sri rahayu mohd
yusop . Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel ini.
Cadangan penambahbaikan yang pertama ialah mengubahsuai kulit buku . Hal ini
dipersoalkan kerana dengan adanya kulit buku yang menarik dapat menarik perhatian
para pembeli di antara novel-novel yang lain .
Cadangan penambahbaikan yang kedua ialah menambahkan contoh perisitiwa di
dalam novel ini . Dengan ini ,pembaca tidak akan bosan semasa membaca dan akan
lebih tertarik .
Cadangan penambahbaikan yang ketiga ialah membuat kejutan ataupun saspens di
dalam novel ini . Pembaca akan menjadi teruja dan tertanya-tanya akan apa yang
bakal berlaku selepas ini .
Cadangan penambahbaikan yang keempat ialah mengatur latar tempat mahupun latar
masa yng terdapat dalam novel ini . Dengan ini , jalan cerita dapat teratur elok dan
tidak berterabur .
Cadangan penambahbaikan yang kelima ialah memperbanyakkan watak dalam novel
ini . Hal in dikatakan demikian kerana pembaca tidak akan tertumpu sepenuhnya
kepada watak utama dan tidak jemu kerana banyak watak yng mengendong sikap
yang berbeza.
SILIR DAKSINA , KARYA NIZAR PARMAN
KEKUATAN
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman
terdapat beberapa kekuatan yang terkandung dalam novel ini.
Kekuatan petama yang terkandung dalam novel ini adalah novel ini mempunyai
teknik pemerian yang sangat menarik. Ini kerana pengarang menerangkan atau
menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung.Sebagai contoh,
Penulis menceritakan Tauke Lim yang sudah tinggal di kampong tersebut.
Kekuatan kedua adalah teknik imbas kembali yang digunakan watak untuk
mengingati peristiwa yang lalu. Sebagai contoh, Haiqal teingat terhadap peristiwa
dimana dia hampir terlanggar seorang budak kecil.
Kekuatan yang ketiga adalah keadaan saspens yang dipertengahkan di dalam jalan
cerita novel tersebut. Sebagai contoh, Peristiwa semasa Haiqal diberitahu oleh uminya
bhawa walid bukan ayah kandungnya.
Kekuatan yang keempat adalah kejutan terhadap watak yang ditulis di dalam
cerita.Ini membuatkan pembaca berasa lebih teruja untuk membaca untuk membaca
jalan cerita novel tersebut. Sebagai contoh, Haiqal tidak menyangka bahawa Umi,
Walid dan adik tiri Haiqal datang pada waktu malam.
Kekuatan yang kelima adalah teknik monolog yang digunakan di dalam watak untuk
menambat hati pembaca. Sebagai contoh, Haiqal berkata-kata dalam hatinya apabila
mendengar cerita Ong See Hwa tentang kepandaian ayahnya memasak terutama ikan
haruan yang menjadi kegemaran See Hwa.
• KELEMAHAN
Novel yang saya kaji di tingkatan lima ialah silir daksina karya nizar parman .
Terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini.
Kelemahan yang pertama ialah penulis kurang dalam memberikan gambaran
situasi.Hal ini dikatakan demikian kerana sesetengah pembaca tidak dapat
membayangkan situasi atau penceritaan secara dialog kerana terdapat beberapa
individu yang lebih gemar untuk melihat gambaran rajah daripada membacanya.
Kelemahan yang kedua ialah kurang menarik dari segi plot penceritaan.Pembaca akan
berasa bosan kerana lebih mengharapkan banyak kejutan daripada kisah Haiqal.
Kelemahan yang ketiga ialah penulis tidak menerapkan nilai kasih sayang di dalam
sesuatu penceritaan. Sebagai contoh , Abdullah Kayan berpisah dengan isterinya,
Rafiqah. Rafiqah melarang Haiqal berhubung dengan ayahnya menyebabkan Haiqal
tidak mendapat kasih sayang ayahnya. Penceraian yang berlaku dalam sesebuah
keluarga telah menyebabkan seseorang anak tidak mendapat kasih sayang daripada
ayah atau ibu.
Kelemahan yang keempat ialah watak yang tidak dapat berfikir tentang akibat kepada
keluarga. Sebagai contoh , Tauke Lim terpaksa berhijrah ke tempat lain bersama
keluarganya kerana harta peninggalan ayahnya habis dijual oleh abangnya yang gila
judi untuk membayar pinjaman daripada ceti haram.
Kelemahan yang kelima ialah penceritaan watak yang mementingkan diri sendiri
.Sebagai contoh , Rafiqah mementingkan diri sendiri sehingga menyekat Haiqal untuk
mengenali wajah ayah kandungnya dan melawat arwah ayahnya yabg meninggal
dunia.
• CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Novel yang saya kaji di tingkatan lima ialah silir daksina karya nizar parman .
Terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini.
Kelemahan yang pertama ialah penulis kurang dalam memberikan gambaran
situasi.Hal ini dikatakan demikian kerana sesetengah pembaca tidak dapat
membayangkan situasi atau penceritaan secara dialog kerana terdapat beberapa
individu yang lebih gemar untuk melihat gambaran rajah daripada membacanya.
Kelemahan yang kedua ialah kurang menarik dari segi plot penceritaan.Pembaca akan
berasa bosan kerana lebih mengharapkan banyak kejutan daripada kisah Haiqal.
Kelemahan yang ketiga ialah penulis tidak menerapkan nilai kasih sayang di dalam
sesuatu penceritaan. Sebagai contoh , Abdullah Kayan berpisah dengan isterinya,
Rafiqah. Rafiqah melarang Haiqal berhubung dengan ayahnya menyebabkan Haiqal
tidak mendapat kasih sayang ayahnya. Penceraian yang berlaku dalam sesebuah
keluarga telah menyebabkan seseorang anak tidak mendapat kasih sayang daripada
ayah atau ibu.
Kelemahan yang keempat ialah watak yang tidak dapat berfikir tentang akibat kepada
keluarga. Sebagai contoh , Tauke Lim terpaksa berhijrah ke tempat lain bersama
keluarganya kerana harta peninggalan ayahnya habis dijual oleh abangnya yang gila
judi untuk membayar pinjaman daripada ceti haram.
Kelemahan yang kelima ialah penceritaan watak yang mementingkan diri sendiri
.Sebagai contoh , Rafiqah mementingkan diri sendiri sehingga menyekat Haiqal untuk
mengenali wajah ayah kandungnya dan melawat arwah ayahnya yabg meninggal
dunia.
RUJUKAN
RUJUKAN NOVEL:
▪ NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA
PELAJARAN BAHASA MELAYU - NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA
BANGSA-KARYA ABDUL LATIP TALIB.
▪ NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA
PELAJARAN BAHASA MELAYU-NOVEL DISEBALIK DINARA -
KARYA DAYANG NOOR
▪ NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA
PELAJARAN BAHASA MELAYU-NOVEL JENDELA MENGHADAP
JALAN-KARYA RUHAINI MAT DARIN
▪ NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA
PELAJARAN BAHASA MELAYU-NOVEL PANTAI KASIH-KARYA
AZMAH NORDIN
▪ NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA
PELAJARAN BAHASA MELAYU-NOVEL SONGKET BERBENANG
EMAS-KARYA KHAIRUDDIN AYIP
▪ NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA
PELAJARAN BAHASA MELAYU-NOVEL TIRANI-KARYA BEB
SABARIAH
▪ NOVEL KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) DALAM MATA
PELAJARAN BAHASA MELAYU-NOVEL BIIMASAKTI MENARI-
KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOP
RUJUKAN INTERNET
▪ https://www.studocu.com/my/document/sunway-university/business-law/sinopsis-
novel-left-adnan-bab/20588701
▪ https://www.ipendidikan.my/novel-di-sebalik-dinara.html#Tema
▪ https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-jendela-menghadap-jalan.html
▪ https://www.ipendidikan.my/novel-pantai-kasih.html#Tema
▪ https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-songket-berbenang-emas.html
▪ https://karangan.net/novel-tirani/
▪ https://karangan.net/novel-bimasakti-menari/
▪ https://karangan.net/leftenan-adnan-wira-
bangsa/#Tema_Novel_Leftenan_Adnan_Wira_Bangsa
▪ https://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2019/01/nota-komsas-novel-tingkatan-4-
jendela.html?m=1
▪ https://kirblogblvins.blogspot.com/2022/03/nota-komsas-novel-tingkatan-4-dan-
5.html
▪ https://sksungaitong.blogspot.com/2017/10/nota-komsas-tingkatan-5-novel.html?m=1
▪ https://upuonline.net/nota-novel-komsas-tingkatan-5/