Membaca
Integriti Peniaga
Integriti Peniaga
Irfan menulis cerpen daripada kisah pengalaman dia dan ibunya, Puan Nurin,
berurusan dengan peniaga dalam talian.
Aku menggelengkan kepala. Aku terkilan kerana
barangan aku yang dibeli oleh ibu belum tiba. Aku
masih teringat akan pesanan ayah kepada ibu pada
tempoh hari.
“Nurin, apabila kamu hendak membeli barangan
dalam talian, pastikan syarikat peniaga itu berdaftar.
Kamu perlu faham tentang harga, keterangan produk,
terma, dan syarat pembelian. Barangan itu mesti
mempunyai jaminan,” pesan ayahku.
“Irfan, semua maklumat yang sepatutnya ibu dapatkan daripada peniaga telah
pun lengkap. Pembayaran dalam talian sudah pun ibu buat. Bukti pembayaran
pun ibu sertakan,” beritahu ibu kepada aku.
Selepas seminggu membuat bayaran, barangan yang dipesan oleh ibu masih
belum tiba. Oleh sebab telefon ibu mengalami masalah, butiran nombor telefon
peniaga turut hilang. Ibu mula berasa dirinya tertipu.
Pada keesokannya, ibu menerima satu mesej.
“Barangan anda baru sahaja dipos. Yang berikut ialah nombor jejakan pesanan
anda. Sila semak nombor tersebut dalam laman sesawang syarikat pengeposan,”
ujar ibu membaca mesej itu.
Ibu juga melihat mesej-mesej sebelumnya semula. Ternyata peniaga telah
menyatakan bahawa barangan itu dijual secara pratempahan. Barangan hanya
akan dipos selepas seminggu.
Ibu menarik nafas lega. Ibu tersenyum memikirkan tingkahnya yang tidak
senang duduk selama seminggu itu. Ibu sedar akan silapnya kerana tidak
membaca mesej dengan telitinya. Ibu berasa bersalah kerana telah buruk sangka
terhadap peniaga itu.
Dua hari kemudian, barangan yang dibeli oleh ibu pun tiba. Aku memeriksa
keadaan barangan tersebut dan berpuas hati. Ibu segera memaklumkan hal itu
kepada peniaga tersebut.
192
Sejak peristiwa itu, Irfan selalu mengingatkan ibunya agar membuat senarai
semak selepas urusan pembelian dalam talian. Cara ini dapat menjamin
ketelusan antara peniaga dengan pembeli.
Senarai Semak
Perniagaan Maju
Maklumat
Penting Peniaga Semakan 21 November 20
Perniagaan Maju
1. Status Ada Terima kasih kerana menghubungi
Pendaftaran kami. Kami merupakan pengedar
Syarikat bertauliah bagi produk jenama Sari
Dandan. Kami juga berdaftar dengan
2. Harga Jelas Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Nombor
pendaftaran kami ialah K-71639.
Anda boleh membuat tempahan
3. Pembayaran _______ dengan melayari laman sesawang
www.perniagaanmaju.com.my.
Penghantaran akan dibuat dalam
4. _______ ERC24051988MY tempoh tiga hari waktu bekerja selepas
anda membuat pembayaran.
5. _______ _______ 10:00 pagi
Baiklah, saya maklum.
Adakah barangan 1:50 tengah hari
yang aku beli kali 24 November 20
ini akan selamat Perniagaan Maju
aku terima? Mungkinkah aku Terima kasih, Puan Nurin. Kami
akan berurusan telah menerima pesanan anda.
dengan peniaga Nombor jejakan pesanan anda ialah
ini lagi? ERC24051988MY. Sila semak status
pengeposan melalui https://jejakan.
pospantas.com.my.
11:00 pagi
kandungan info qr code standard ar code
Aktiviti pembelajaran
Baca dan analisis teks cerpen dan perbualan telefon untuk
membuat ramalan.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
• Bimbing murid membaca teks dan menganalisis kandungan karya sastera dan karya bukan sastera.
Unit
2.3.1 • Bimbing murid membuat ramalan.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Meramalkan 193
EMK: Nilai Murni – Kejujuran
nota guru laman halaman rangsangan
Menulis
Tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya
Tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya
Faris membaca satu e-buku tentang tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS) dalam komputernya.
TANGGUNGJAWAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
menjadi tenaga
menjadi pendengar pengajar kepada
yang faham akan murid yang lemah
masalah rakan
dalam pelajaran
memimpin menjadi suri
kumpulan teladan kepada
perbincangan murid lain
membantu guru
kaunseling dalam mematuhi etika
aktiviti bimbingan kerahsiaan
dan kaunseling
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) memainkan peranan penting di sekolah. Mereka
menjadi pendengar yang faham akan masalah rakan. Cara ini membantu
rakan mereka menghilangkan tekanan.
____
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Tulis perenggan untuk menyatakan pendapat secara kritis dan kreatif.
Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
• Bimbing murid membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis dan
3.2.1 kreatif daripada bahan. Unit
194 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menilai – Mencadangkan
EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab
nota guru laman halaman rangsangan
Seni Bahasa
Pesan Ibu
Pesan Ibu
Dayang Afni selalu diingatkan oleh gurunya supaya tidak membazirkan
penggunaan elektrik dan air, khususnya ketika berada di rumah. Contohnya,
dia perlu sentiasa mematikan suis dan menanggalkan plag peralatan elektrik
yang tidak digunakan. Pili air juga haruslah ditutup dengan kemasnya. Gurunya
juga berpesan bahawa jimat cermat amalan mulia.
Aktiviti
Persembahkan keindahan seni tulisan Jawi melalui kata-kata hikmat.
Nota Guru
• Bimbing murid mempersembahkan keindahan seni tulisan Jawi melalui kata-kata hikmat.
4.4.2 Strategi PdP: KP – Visual Ruang KBAT: Mencipta – Menghasilkan
EMK: Kreativiti dan inovasi 195
Tatabahasa
Amanah Kita
Amanah Kita
Irfan membaca maklumat tentang MyKad. Baginya, masyarakat perlu buka
mata dan sedar bahawa menjaga MyKad tanggungjawab masing-masing.
Sikap lepas tangan boleh menyebabkan MyKad disalah guna. Dia berkongsi
maklumat itu dalam satu hantaran media sosial.
Kepentingan
Menjaga MyKad
Ciri-ciri MyKad
• Pemilik MyKad wajib
• berbentuk segi empat membawa kad ini
ke mana-mana.
• berwarna biru laut
• MyKad penting kerana
• mempunyai reka bentuk terkini kad ini menentukan
• dilengkapi cip mikropemproses warganegara kita.
• Untuk mengelakkan salah
guna MyKad, pemilik
MyKad Malaysia
MyKad Malaysia bertanggungjawab
melaporkan kehilangan
kad kepada pihak polis
dengan segeranya.
CONTOH • Pemalsuan MyKad
boleh dianggap sebagai
perbuatan pecah amanah
kepada negara.
Keistimewaan MyKad
• menyimpan nilai wang untuk transaksi tanpa tunai
• menyimpan rekod cap jari
• mempunyai cetakan pelangi yang boleh berubah warna
• menggunakan teknologi turisan laser pada gambar dan
nombor MyKad
Aktiviti
(Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara)
Kenal pasti kata majmuk dalam bahan. Kemudian, tulis perenggan dengan
menggunakan kata majmuk.
Nota Guru
• Bimbing murid memahami pelbagai kata majmuk.
5.2.2 • Bimbing murid membina perenggan dengan menggunakan pelbagai kata majmuk.
196 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina
EMK: Patriotisme
UNIT Integriti Nadi
26 Kemakmuran Negara
UNIT 1
Mendengar dan Bertutur
Tanggungjawab Awam
Tanggungjawab Awam
Ibu Irfan, Puan Nurin, menerima kunjungan rakannya, Doktor Hayati. Beliau
menceritakan pengalamannya pada hari yang melibatkan tanggungjawab
awam.
7:00 pagi
7:15 pagi
ternampak kemalangan
memberikan rawatan awal
menelefon
Helo, ada talian 999
kemalangan 8:00 pagi
di Jalan Melati ... .
pergi ke hospital
7:20 pagi
mangsa kemalangan
8:10 pagi dibawa ke hospital
9:00 pagi
merawat mangsa
Aktiviti
Bercerita tentang situasi dalam gambar dengan sebutan, intonasi, gaya, dan
ekspresi yang sesuai.
Nota Guru
• Bimbing murid menganalisis bahan.
1.3.1 • Bimbing murid bercerita dengan sebutan, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai.
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi – Melakonkan 197
EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab
Membaca
Cekal, Berani, Setia
Cekal, Berani, Setia
Irfan membaca rencana tentang pasukan Senoi Praaq. Daripada bacaan itu, dia
menghasilkan syair untuk dipersembahkan semasa sambutan Kempen Integriti
di sekolahnya.
Senoi Praaq:
Pasukan yang
Penuh Integriti
Oleh: Zul Hazmi Hamad
Pasukan Senoi Praaq adalah antara paling besar ialah aktiviti penyeludupan
unit dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pencerobohan. Sifat amanah dan
yang ditubuhkan pada tahun 1956. beretika dalam tugasan memastikan
Senoi Praaq bermaksud orang perang sempadan dan kedaulatan negara tidak
dalam bahasa suku kaum Semai. diceroboh sewenang-wenangnya.
Penubuhannya memperlihatkan nilai Amalan integriti dalam pasukan Senoi
integriti masyarakat Orang Asli untuk Praaq mempamerkan imej baik kepada
turut mempertahankan negara daripada diri, organisasi, dan negara. Pengorbanan
ancaman komunis ketika itu. dan kewibawaan mereka di perbatasan
Selain bertanggungjawab menjejaki wajarlah diteladani oleh generasi hari ini.
ancaman komunis, pasukan ini juga
menunjukkan ketaatan dengan mematuhi [Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)]
arahan bagi menyertai beberapa misi
keamanan di luar negara. Khidmat mereka
ditagih lantaran keberanian mereka telah
terbukti semasa operasi di dalam hutan.
Pasukan ini pernah dianugerahi “Beret
Maroon” oleh Rejimen 22 Perkhidmatan
Khas Udara Tentera British atas dedikasi
dan khidmat cemerlang mereka.
Kini, mereka masih setia dan teguh
mempertahankan negara di sekitar
belantara. Ketika ini, ancaman yang
198
Syair Senoi Praaq
Syair Senoi Praaq
Marilah kawan kita dengarkan,
Kisah teladan satu pasukan,
Pasukan Senoi Praaq nama diberikan,
Pertahankan negara elak dibinasakan. Ilmu
Sebelum merdeka telah ditubuhkan, Kita wajar menjadikan
Ilmu di hutan bakat digunakan, keberanian pasukan
Tangkas mereka musuh ditumpaskan, ini sebagai teladan.
Di dalam hutan mereka diharapkan.
Nilai
Sentiasa tekun setiap masa,
Demi negara agama dan bangsa, Berani
Sempadan negara selamat sentiasa,
Penyeludup ditangkap tidak bersisa.
Ilmu
Berkorban hingga hujung nyawa,
Tanda mereka insan berwibawa, Kita harus ____
Terus berjasa tekad di jiwa,
Pabila gugur maruah dibawa.
Nilai
Sematkan di dada sayangi negara,
Sikap integriti harus dipelihara, Semangat patriotisme
Inilah hasrat syair bersuara,
Hargai pengorbanan setiap wira.
Nukilan: Irfan Nabil Ilmu
_____________
Info
Pasukan Senoi Praaq kini di bawah kawalan Briged Utara Nilai
Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Batalion 3 dan Batalion 18.
_____________
Aktiviti
Baca rencana dan syair serta kenal pasti ilmu dan nilai. Kemudian, persembahkannya
dalam pelbagai bentuk.
Nota Guru
• Bimbing murid membaca dan menghargai ilmu dan nilai daripada pelbagai bahan.
2.3.2 • Bimbing murid membuat persembahan dalam pelbagai bentuk.
Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menganalisis – Menghasilkan 199
EMK: Patriotisme
Menulis
Kisah Pengganti Raja
Kisah Pengganti Raja
Irfan membaca buku cerita tentang kisah pengganti raja.
Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang sangat adil dan bijaksana. Oleh sebab
usia baginda semakin tua dan tidak mempunyai putera, baginda menjadi risau. Selepas
bermesyuarat dengan para penasihatnya, baginda mendapat satu idea.
Baginda telah memanggil semua pemuda di negeri itu. Baginda mengurniai mereka
satu bekas kecil. Baginda menitahkan mereka balik dan menanam biji benih di dalam
bekas kecil itu. Pemilik pokok yang paling besar dan subur akan dipilih menjadi pengganti
baginda. Kesemua pemuda pulang dalam kegembiraan.
Salah seorang pemuda itu bernama Yasir. Yasir pemuda yang jujur. Dia menanam
semua biji benih itu. Pada setiap hari, dia menyiramnya tanpa jemu walaupun biji
benih itu masih tidak bertunas. Yasir tetap tidak berputus asa.
Selepas beberapa bulan, raja menitahkan semua pemuda itu hadir ke istana
bersama dengan pokok mereka. Para pemuda di negeri itu teruja. Mereka yakin
bahawa mereka akan dipilih menjadi pengganti raja.
Lain pula dengan Yasir. Dia sangat sedih setelah mendengar berita itu. Baginya, dia
telah gagal kerana biji benihnya tidak bertunas. Namun begitu, ibunya mengingatkan
Yasir bahawa baginda mahu melihat hasil tanaman daripada semua pemuda
di negeri itu.
Tibalah hari yang dijanjikan. Semua pemuda hadir ke istana membawa
pokok-pokok yang subur dan sihat. Hanya Yasir yang hadir tanpa sebarang pokok.
Baginda menitahkan Yasir untuk menceritakan perihal biji benihnya itu. Baginda sukacita
mendengar pengakuan jujur Yasir. Akhirnya, baginda berkenan melantik Yasir untuk
menggantikan tempat baginda.
Selepas beberapa hari, pemilihan Yasir sebagai pengganti raja masih menjadi
buah mulut pemuda lain ibarat rumah siap pahat berbunyi.
Pada pendapat kamu, adilkah cara pemilihan ini? Apakah cara lain yang sesuai
untuk melantik seorang raja?
Pada pendapat saya, cara
pemilihan ini ____. Untuk
melantik seorang pengganti
raja, baginda boleh _____.
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Hasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.
Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
• Bimbing murid menganalisis bahan.
Unit
3.2.2 • Bimbing murid menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.
200 Strategi PdP: Pembelajaran Berasaskan KBAT: Menilai – Mencadangkan
Penyelesaian Masalah
EMK: Nilai Murni – Kejujuran
nota guru laman halaman rangsangan
Seni Bahasa
Integriti Amalan Kita
Integriti Amalan Kita
Irfan menghadiri sambutan Hari Polis pada 25 Mac. Kemudian, dia membaca
maklumat tentang lencana Integriti Amalan Kita, Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Lencana ini hendaklah dipakai oleh warga PDRM
kecuali pegawai polis berpakaian preman yang
melakukan tugas risikan dan operasi.
Latar Belakang Biru
Bunga Raya
Warna latar biru
Bunga melambangkan berdasarkan bendera
sikap mesra anggota Sang Saka Biru, lambang
polis terhadap rakyat jelata yang menjadi
masyarakat serta keutamaan pasukan PDRM.
semangat patriotisme
terhadap negara.
Integriti Amalan Kita
Moto yang menjadi
Bintang Lima pegangan anggota
PDRM bagi
Bintang menjadi memartabatkan
simbol keperibadian integriti.
tinggi anggota polis
yang berprinsip dan [Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)]
berintegriti.
Lencana ini dipakai di sebelah kanan pada dada
bagi menjunjung integriti anggota polis.
kandungan info qr code standard ar code
Aktiviti pembelajaran
Hasilkan sajak dengan bahasa yang indah dan persembahkannya
secara kreatif.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
• Bimbing murid menganalisis bahan. Unit
4.3.1 • Bimbing murid menghasilkan sajak dan mempersembahkannya secara kreatif.
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mencipta – Menghasilkan 201
EMK: Kreativiti dan inovasi
nota guru laman halaman rangsangan
TatabahasaTatabahasa
Peluang Kedua
Peluang Kedua
Dalam satu rancangan radio, Irfan mendengar kisah motivasi
seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
ayat Adila nama saya. Oleh sebab saya pegawai Jabatan Kebajikan
susunan Masyarakat yang dilantik, saya sentiasa mendampingi masyarakat.
songsang Pada suatu hari, kami menerima laporan tentang seorang lelaki
yang tidak terurus.
ayat
susunan Nama saya Adila. ___.
biasa
ayat Untuk berjumpa dengan lelaki itu, kami ke sana. Kami berikan
susunan segala bimbingan dan nasihat kepadanya. Membuahkan hasil
songsang usaha kami tersebut. Sejak hari itu, dia berazam untuk menjadi
seorang pembekal dan pengedar telur.
Pada hari ini, kehidupan lelaki itu sudah pun berubah. Setelah
mendapat peluang kedua, dia amat bersyukur. Sebagai tanda
kesyukuran, dia bertekad untuk membantu orang yang senasib
dengannya dahulu.
Aktiviti
Tukarkan ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa.
Nota Guru
• Bimbing murid mengenal pasti ayat susunan songsang dalam bahan.
5.3.4 • Bimbing murid membina ayat susunan biasa.
202 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina
EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab
UNIT Kejujuran Asas Jati Diri
27
UNIT 1
Mendengar dan Bertutur
Jujur kepada Ilmu
Jujur kepada Ilmu
Irfan dan Faris berbual-bual selepas selesai menjawab kuiz.
Irfan: Faris, kenapakah wajah kamu sugul? Ada yang tidak kena?
Faris: Saya sebenarnya rasa bersalah, Irfan.
Irfan: Mengapakah kamu berkata begitu? Kamu ada membuat apa-apa kesalahan?
Cuba ceritakan.
Faris: Begini, Irfan. Kelmarin, saya telah membuat nota ringkas untuk mata pelajaran
Sains. Saya amat yakin bahawa saya dapat menjawab kuiz tadi. Namun
begitu, tumpuan saya agak terganggu.
Irfan: Oh, begitu! Faris, saya fikir kamu agak tertekan.
Faris: Inilah yang membuatkan saya sangat kecewa. Saya hilang fokus semasa
menjawab kuiz tadi.
Irfan: Faris, kamu telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kamu juga
telah menjawab kuiz dengan sejujurnya. Usaha yang jujur pasti akan
mendatangkan keberkatan. Yang penting, kita perlu jujur kepada ilmu.
Faris: Itulah yang saya fikirkan sekarang. Kita harus ____.
Irfan: Jadikanlah ini sebagai pengajaran untuk kamu lebih bersedia pada masa
hadapan, Faris.
Faris: Terima kasih, Irfan. Saya akan ____.
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Bertutur untuk membuat rumusan dan ramalan.
Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
• Bimbing murid menganalisis kandungan bahan.
Unit
1.2.1 • Bimbing murid bertutur untuk membuat rumusan dan ramalan tentang sesuatu perkara secara
bertatasusila. 203
Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menganalisis – Merumus
EMK: Nilai Murni – Kejujuran laman halaman rangsangan
nota guru
Membaca
Tokoh Wartawan Negara
Tokoh Wartawan Negara
Irfan mengikuti ibunya ke majlis pelancaran buku. Di sana, dia mendengar
ucapan Tan Sri Johan bin Jaaffar yang merupakan Tokoh Wartawan Negara.
Yang saya hormati, pengacara majlis, yang saya raikan, penulis buku “Liku-liku
Seorang Wartawan”, Encik Zainal bin Abu, dan seterusnya undangan sekalian.
Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang
mengundang saya hadir ke majlis pelancaran dan resensi buku ini.
Hadirin sekalian,
Bidang kewartawanan sebenarnya boleh mengangkat kredibiliti seseorang.
Apabila seseorang wartawan mula menggarap berita, mereka harus menjadikan
integriti sebagai nilai utama dalam pemberitaan mereka. Penulisan yang hanya
mementingkan retorik semata-mata tidak selari dengan etika kewartawanan
yang sebenar. Seseorang wartawan mesti menyemak sumber berita mereka dan
memastikannya sahih.
Beberapa dekad dahulu, wartawan dekat dengan masyarakat kerana akhbar
berperanan sebagai wadah perjuangan. Namun begitu, pada era
digital ini, syarikat akhbar perlu proaktif semasa melaporkan berita.
Masyarakat kini lebih bijak menilai sesuatu berita kerana jaringan
media sosial yang luas. Wartawan perlu mengintegrasikan
media sosial untuk membina kepercayaan masyarakat.
Akhir kata, saya dengan sukacitanya merasmikan
buku “Liku-liku Seorang Wartawan” ini. Saya
berharap semoga integriti kewartawanan
akan terus mekar.
Sekian, terima kasih.
Aktiviti
Baca dan rujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan,
sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat.
Nota Guru
• Bimbing murid membaca teks dan mengenal pasti perkataan yang berwarna merah.
2.1.2 • Bimbing murid merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan, sebutan
204 yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat.
Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Mengaplikasi – Melaksanakan
EMK: Nilai Murni – Kejujuran
Menulis
Helaian Kertas Bermakna
Helaian Kertas Bermakna
Irfan menulis satu cerita berdasarkan pengalaman kakaknya, Irdina.
Pada suatu hari, Irdina
ke perpustakaan
sekolahnya. Dia ingin
meminjam sebuah
buku. Setelah memilih
buku yang diinginkan,
dia pun mendaftarkan
pinjamannya di kaunter. terselit
mencadangkan berjumpa
meminta maaf berterima kasih
Aktiviti
Tulis cerita berdasarkan gambar dan teks secara koheren dan kohesi.
Nota Guru
• Bimbing murid memahami bahan.
3.3.1 • Bimbing murid menghasilkan penulisan tidak berformat secara koheren dan kohesi.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mencipta – Menghasilkan 205
EMK: Nilai Murni – Kejujuran
Tatabahasa
Kejujuran untuk Manfaat Bersama
Kejujuran untuk Manfaat Bersama
Irfan ingin memulangkan buku teks di Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks
Sekolah (BOSS).
“Murid-murid, tandai buku yang kamu bawa pada hari ini. Minta pastikan semua
bilangan buku teks cukup,” pinta Cikgu Rizal kepada semua murid.
Tiba-tiba, Prasad mengangkat tangan.
“Cikgu, bagaimanakah jika buku saya hilang?” tanya Prasad.
Cikgu Rizal meminta Prasad supaya membeli buku teks baharu bagi
menggantikannya.
Semua murid mengikat buku teks dan membawanya ke Bilik Operasi Skim
Pinjaman Buku Teks Sekolah (BOSS).
“Wah, kemasnya rakan-rakan menyusun buku di sini!” kata Mun Chew ketika
tiba di sana.
Mereka membaca poster tatacara semasa di BOSS.
Tatacara semasa di BOSS
1. Murid dikehendaki mematuhi peraturan berikut:
• Dilarang masuk tanpa kebenaran.
• Dilarang memakai kasut.
KEMPEN SAYANGI • Dilarang membawa beg, makanan, atau minuman.
U
BUKU TEKS • Dilarang membawa sebarang perkakasan, bahan,
T
S
K
E
K
U
B
atau buku keluar tanpa keizinan.
PENJAGAAN BUKU TEKS 2. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan.
TANGGUNGJAWAB KITA
Apakah … Letakkan …
Aduhai, …
BAHASA MELAYU SAINS MATEMATIK
BAHASA INGGERIS SEJARAH PENDIDIKAN SENI VISUAL
Aktiviti
Bina pelbagai jenis ayat berdasarkan gambar.
Nota Guru
• Bimbing murid menganalisis bahan.
5.3.2 • Bimbing murid membina pelbagai jenis ayat berdasarkan bahan.
206 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina
EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab
Pemulihan
Tulis cerita berpandukan gambar.
Selamatkan Kucing Jalanan
Selamatkan Kucing Jalanan
Rakan Irfan, Shu Ying, telah membantu kakaknya menjalankan aktiviti
menyelamatkan kucing jalanan.
• terjumpa kucing
• rasa bertanggungjawab
• membawa kucing itu pulang
Kakak Shu Ying, Shu Yee, telah
terjumpa seekor kucing yang cedera.
Dia berasa bertanggungjawab untuk
merawat kucing itu. Dia membawa
kucing itu pulang ke rumahnya.
• berjumpa dengan doktor haiwan
• membayar kos rawatan
• berkongsi dalam media sosial
Pak Cik Lam
Selamat sejahtera.
Tahniah, atas
usaha murni
kamu membantu
kucing jalanan! • menjalankan aktiviti
Bolehkah pak cik
menyumbangkan menyelamatkan kucing jalanan
dana untuk • mendapat banyak sokongan
menyokong usaha
itu? • memberikan sumbangan
Shu Yee
Terima kasih,
pak cik. Saya
berbesar hati
menerimanya.
• mengajak rakan lain
• memberikan makanan
• membersihkan dan
merawat kucing
3.3.1
207
Pengayaan
Permainan Membuat Ramalan
Permainan Membuat Ramalan
Cara Bermain Tempat Situasi
1. Baca infografik dan syair untuk Bilangan
mendapatkan maklumat. Titik
Dadu Semasa saya
2. Lontar dadu sekali untuk
menentukan tempat dan sekali lagi
untuk menentukan situasi. mendapati baki
nilai kad tunai
3. Ramalkan tindakan yang akan kamu saya tidak cukup.
lakukan berdasarkan situasi itu.
di kantin, tersedar kad tunai
saya hilang.
mendapati baki
tambah atau nilai kad tunai
pindah nilai pada rakan tidak cukup.
bila-bila masa
menggunakan terjumpa kad tunai
nombor orang lain.
keselamatan
jika kad
hanya tiada di kedai buku, membuat
imbas untuk Kelebihan perancangan
pembayaran sebelum berbeli.
Kad Tunai
menyedari waktu
nilai rehat hampir
semasa tamat.
kad tunai
tambah nilai boleh
secara dalam diimbas Contoh: Semasa di kantin, saya
talian tersedar kad tunai saya
hilang. Saya akan ______.
Syair Kad Tunai
Wahai rakan saya sampaikan, Masa berlalu ibarat emas,
Syair ini kita fahamkan, Menunggu baki terasa rimas,
Tanpa tunai wajar diamalkan, Guna kad tunai urusan kemas,
Banyak faedah dapat dirasakan. Mengejar masa tidaklah cemas.
Firaaz Aidiputra bin Aiman
Firaaz Aidiputra bin Aiman
Berjimat cermat jadi amalan, Kad diberikan jaga sendiri,
Pesanan untuk sahabat kenalan, Pabila hilang harus dicari,
Kewangan dirancang setiap bulan, Jika terjumpa segera diberi, IMBAS SAYA
Belanja cukup tiada terkilan. Sikap amanah diri sendiri.
Nukilan: Faqeeh Adam
2.3.1
208
Pengukuhan
Bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai.
Jiranku yang Amanah
Jiranku yang Amanah
1 2
Kamu perlu pergi
ke sana segera
selama seminggu.
3 Siapalah yang 4
dapat membantu
aku memberi
arnab-arnabku
makanan.
5 6
7 8
Terimalah hadiah daripada saya.
Terima kasih kerana membantu
1.3.1 saya menjaga arnab-arnab saya.
209
Penilaian
Bina ayat berdasarkan gambar. Kemudian, ceritakannya.
Ceritakan situasi
ayat penyata dalam gambar
di atas.
ayat tanya
ayat perintah
ayat seruan
ayat susunan
biasa
ayat susunan
songsang
1.3.1
5.3.2
210 5.3.4
64