The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadyusoff81, 2022-05-09 07:48:35

BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)

Penilaian


Teliti grafik dan penyataan. Kemudian, lakukan aktiviti berikutnya.
Inovasi Perkhidmatan Farmasi
Inovasi Perkhidmatan Farmasi

• Daftar sebagai pengguna. • Penghantaran ubat
• Hantarkan SMS tarikh janji temu. ke klinik kesihatan
• Datang pada tarikh janji temu. atau hospital pilihan
• Pesakit tidak perlu menunggu lama. pesakit.
• Boleh gunakan telefon, e-mel, atau • Pesakit yang jauh
faksimile untuk janji temu. di pedalaman mudah
• Penghantaran mendapat rawatan.
ubat terus ke
rumah pesakit.
• Kaedah ini • Tetapkan tarikh
menjimatkan janji temu.
masa dan caj • Ambil ubat
penghantaran tanpa perlu
berpatutan. turun dari
kenderaan.

Sistem Pesanan Sistem Pendispensan
Ringkas (SMS)
dan Ambil
Ubat Bersepadu
Ubat melalui Pos Farmasi Pandu Lalu
Malaysia






(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
Penyataan

Firhan dan ibunya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kemudian, mereka
ke kaunter farmasi untuk mengambil ubat. Firhan dan ibunya berbincang dengan
pegawai farmasi tersebut tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak farmasi
untuk memudahkan para pesakit.


Berdasarkan bahan grafik dan penyataan:
1. Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk membuat rumusan
dan ramalan. Kemudian, mereka membentangkannya di hadapan kelas.
2. Semua ahli kumpulan duduk di kerusi di hadapan kelas untuk menjadi “pakar”
atau “watak” yang akan menjawab soalan daripada murid-murid kumpulan lain.
(Aktiviti Kerusi Panas)


1.1.3
142 2.2.1
3.2.3

TEMA
TEMA PERTANIAN DAN


7 PENTERNAKAN































































Jelaskan kegiatan pertanian dan penternakan yang kamu tahu
berdasarkan gambar.

143

UNIT Penternakan Janakan
19 Pendapatan


UNIT 1
Mendengar dan Bertutur


Ayuh, Kita Berternak!
Ayuh, Kita Berternak!

Kelab Pertanian SK Seri Permai bercadang untuk menternak haiwan. Mereka
berbincang tentang perkara tersebut.















Faedah memperkenalkan kegiatan penternakan
di sekolah:
• Murid berpeluang untuk berjinak-jinak dalam
bidang penternakan.
• Kawasan sekolah dimanfaatkan dengan
kegiatan penternakan.
• Murid boleh menternak arnab, ayam, lembu,
dan kambing.
• Murid memperoleh pengalaman memerah
susu lembu, memungut telur, dan menghalau
itik masuk ke reban.
• Ahli Kelab Pertanian dapat mengurus ladang
dengan bantuan guru penasihat.
• Kelab Pertanian mengaut keuntungan
daripada hasil jualan ternakan.
– Mohd Zulfikri bin Ahmad,
Guru Penasihat Kelab Pertanian,
SK Seri Permai.

Sasaran Ternakan Kelab Pertanian SK Seri Permai
Sasaran Ternakan Kelab Pertanian SK Seri Permai




6 20 2
ekor ekor ekor




kambing dan ayam dan itik lembu dan
bebiri kerbau





10 2 15
liter
biji
ekor sehari sehari


arnab susu lembu telur ayam
segar dan telur itik





Irfan: Kelab Pertanian bercadang untuk menjalankan kegiatan penternakan
di sekolah. Apakah pendapat rakan-rakan tentang cadangan ini?
Nalini: Saya bersetuju dengan cadangan Kelab Pertanian tersebut. Banyak
faedah yang diperoleh jika kegiatan tersebut dilaksanakan ____.
Robin: Benar, Nalini ____.
Shu Ying: Saya tidak keberatan seandainya Kelab Pertanian hendak menjalankan
kegiatan penternakan. Bagaimanapun, kita perlu mengambil kira beberapa
masalah yang mungkin kita hadapi ____.
Irfan: ____.
Nalini: Apakah sasaran ternakan Kelab Pertanian?
Robin: _____
Shu Ying: _____
Irfan: _____


kandungan info qr code standard ar code
Aktiviti pembelajaran
Berhujah dengan idea yang kritis dan kreatif berdasarkan bahan.


Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
• Bimbing murid mengenal pasti maklumat tersurat dan tersirat berdasarkan bahan.
Unit
1.2.2 • Bimbing murid berhujah dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif berdasarkan
maklumat tersurat dan tersirat. 145

Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti
EMK: Keusahawanan nota guru laman halaman rangsangan

Membaca


Perikanan Darat
Perikanan Darat
Semasa di pusat sumber sekolah, Irfan telah membaca majalah. Dalam majalah
itu, terdapat cerpen dan iklan tentang perikanan darat.


Nelayan Tasik Biru
Nelayan Tasik Biru
Dani melihat tiga buah bot sedang menghampiri jeti. Tiba-tiba, Dani terkenang akan
kegigihan nelayan Tasik Biru membina jeti itu. Mereka sepakat menyumbangkan buah
fikiran, tenaga, dan wang.
“Apakah yang kaumenungkan, sahabat?” tiba-tiba suara Alwi memecah lamunan
Dani.
“Eh, Alwi! Aku teringat akan jerih perih kita memajukan kegiatan perikanan
di sini,” kata Dani.
“Banyak yang telah kita lalui, Dani. Segala cabaran kita atasi. Aku masih ingat, Tasik
Biru ini telah diserang oleh ikan raja. Habis anak ikan tempatan seperti tilapia, baung,
dan lampam dimakannya,” keluh Alwi.
“Benar, Alwi. Ikan import yang berasal dari Sungai Amazon itu telah mengancam
pembiakan ikan tempatan. Ikan itu pada mulanya hanyalah ikan hiasan. Siapatah
yang tidak bertanggungjawab telah membuangnya ke dalam Tasik Biru,” tambah Dani.
Untuk mengatasi masalah itu, Dani telah mengadakan pertandingan memancing
ikan raja. Pertandingan itu mendapat sambutan hangat. Selepas pertandingan, kaki
pancing masih digalakkan untuk memancing ikan pemangsa itu. Jabatan Perikanan
Negeri pula telah memacakkan papan tanda larangan, “Dilarang Melepaskan Ikan
Import ke dalam Tasik”.
Lama-kelamaan, ikan raja semakin pupus di Tasik Biru. Ikan-ikan tempatan dapat
membiak kembali. Hasil tangkapan nelayan pun meningkat semula.
“Syukur, Dani. Kita dapat mengatasi serangan ikan raja itu,” kata Alwi.
“Syukur, Alwi. Sumbangan engkau pun besar juga kepada nelayan Tasik Biru.
Koperasi nelayan yang kautubuhkan itu banyak
membantu mereka memasarkan hasil tangkapan
dan produk daripada ikan. Mereka juga dapat
menabung untuk keperluan pada masa hadapan,”
Dani memuji Alwi.
Dani dan Alwi melemparkan pandangan
ke Tasik Biru. Jauh di sudut hati, mereka berharap
agar Tasik Biru akan terus menjadi punca rezeki
nelayan darat di kampung mereka.









Ikan tilapia Ikan patin Ikan lampam
(Macrognathus aculeatus) (Pangasius spp.) (Puntius schwanefeldii)

146

KEDAI KOPERASI NELAYAN TASIK BIRU














Ikan patin dan • Pekasam ikan puyu
pes gulai tempoyak • Pekasam ikan lampam Ikan sepat kering
RM30.00/ RM7.00/ RM20.00/
seekor ikan dan 120 gram 500 gram
sepeket pes


Kami juga menjual lampam, puyu, baung, toman,
belida
ikan segar dari tilapia
Tasik Biru.

Harga yang Berpatutan patin, temoleh,
sepat






Cerpen









Perikanan
Darat








Iklan

Aktiviti kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Baca cerpen dan iklan serta lengkapkan Peta Bulatan. Kemudian,
jelaskan tafsiran tentang perikanan darat.
Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
• Bimbing murid membaca dan memahami bahan sastera dan bahan bukan sastera.
Unit
2.1.1 • Bimbing murid mentafsir bahan sastera dan bahan bukan sastera.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Memahami – Mentafsir 147
EMK: Nilai Murni – Kesungguhan
nota guru laman halaman rangsangan

Menulis


Menternak Angsa
Menternak Angsa

Irfan mendapati banyak kesalahan bahasa dalam risalah tentang penternakan
angsa yang dibacanya. Dia mahu membetulkannya.



PENTERNAKAN
PENTERNAKAN
ANGSAANGSA




Pembinaan Reban
Reban biasanya dibuat untuk angsa
berteduh, bertelur dan tidur sahaja. Angsa Pengeraman
tidak suka tinggal di dalam reban tetapi Telur angsa perlu diambil setiap dua hari.
lebih suka berkeliaran. Kotak atau tayar Sebarang kelewatan akan menyebabkan
buruk yang beralas rumput, jerami, atau kadar penetasan telur berkurangan.
kain disediakan untuk angsa bertelur. Jangka masa pengeraman telur angsa
adalah antara 29 hingga 30 hari. Pakar
Pemakanan mensarankan suhu yang paling baik sekali

Haiwan ini kuat makan dan cepat untuk menyimpan telur angsa adalah
membesar. Angsa makan pelete makanan antara tujuh darjah Celsius sampai 13
ayam dalam kuantiti yang lebih banyak darjah Celsius.
berbanding dengan unggas lain. Kadang
kala angsa boleh diberi makanan rumput, Penjagaan Anak Angsa
batang pisang muda, sayur, soya hampas Selepas telur menetas, anak angsa telah
dan daun pandan. diletakkan di dalam tempat mengeram
selama tiga hingga tujoh hari sehingga
Pembiakan bulunya kering. Hendaklah selalu
Sebaik-baiknya angsa dibela sepasang dibersihkan supaya bebas daripada
atau bertiga bagi tujuan pembiakkan. hama dan tidak dihurung agas. Selepas
Angsa betina mampu bertelur sehingga itu, ia boleh dialihkan ke reban
sepuluh tahun. Angsa yang menghasilkan yang ditutup dengan jaring atau
telur lebih banyak pada tahun kedua kalambu.
berbanding dengan tahun pertama.


Ayuh kita menternak angsa.
Ayuh kita menternak angsa.
Aktiviti Ayuh kita menternak angsa.
Secara berkumpulan, bincangkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam
bahan. Kemudian, edit dan murnikan teks.
Nota Guru
• Bimbing murid mengenal pasti kesalahan bahasa dari aspek ejaan, tanda baca,
3.3.2 penggunaan imbuhan, penggunaan kata, serta struktur frasa dan ayat.
148 • Bimbing murid mengedit dan memurnikan teks.
Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Menganalisis – Mengesan
EMK: Nilai Murni – Kerajinan PAK-21: Perbincangan di Meja

Seni Bahasa


Seloka Menjadi Penternak
Seloka Menjadi Penternak
Audio seloka
Audio seloka
Kerana susah mencari wang
Masa depan semakin kabur
Banyak graduan lepas peluang
Bidang ternakan tidak dicebur.

Peluang kerja tiada kelibat
Kalau memilih kerja yang enak
Tidak mengapa sijil yang hebat
Daripada menganggur baik menternak.

Mahu kerja berpakaian cantik
Tapi permohonan tidak berbalas
Elok diternak ayam dan itik
Daripada diternak sifat pemalas.


Kerja berpeluh badan sakit
Hasilnya nanti tentu berpada
Tidak mengapa kotor sedikit
Daripada segak duit tak ada.


Kerja begini elak tekanan
Kerenah orang makin berkurang
Kalau didamping haiwan ternakan
Tekanan hilang berpunca orang.

Seloka dikarang bermotivasi diri
Jangan terlalu pilih kerjaya
Bidang ternakan tinggi potensi
Usah lepaskan peluang yang ada.

Nukilan: Ibnu Din Assingkiri




Aktiviti

Lafazkan dan lagukan seloka dengan nada yang sesuai serta nyatakan
pengajarannya.
Nota Guru
• Bimbing murid melafazkan dan melagukan seloka dengan nada yang sesuai.
4.2.1 • Bimbing murid menyatakan pengajaran yang terkandung dalam seloka.
Strategi PdP: KP – Muzik KBAT: Mengaplikasi – Melagukan 149
EMK: Nilai Murni – Bercita-cita

Tatabahasa


Ketam Nipah Kotak
Ketam Nipah Kotak
Irfan terbaca iklan dalam Internet tentang kursus penternakan ketam nipah
di dalam kotak. Dia telah berjumpa dengan Pak Cik Rasid.

CARIAN Ketam nipah di dalam kotak

Semua Imej Video Jualan Peta Lagi
SYARIKAT AKUAKULTUR MESRA
KURSUS PENTERNAKAN
KETAM NIPAH Bayaran: RM899.00
DI DALAM KOTAK Tarikh Kursus:
• 17 Oktober 20 • 12 Disember 20
Anda berminat? Hubungi kami. • 24 Oktober 20 • 19 Disember 20
Anda berminat? Hubungi kami.
012-3456789 Pilih tarikh yang sesuai dengan anda.
AkuakulturMesra
AkuakulturMesra
akuakultur.blogspot.com
Ketam Nipah Makanan Ketam Nipah
• membiak secara semula jadi di kawasan • dihasilkan daripada ikan baja yang
paya bakau, kuala sungai, atau tepi pantai disiang, iaitu dibuang kepala, ekor,
• boleh diternak di dalam kolam di sekitar dan isi perut
paya bakau tetapi memerlukan kawasan • diberikan satu atau dua kali sehari
yang luas
Penyakit Ketam Nipah
Penternakan di dalam Kotak • berpunca daripada kualiti air
• menggunakan kotak gentian yang disusun yang kurang baik
bertingkat • perlu diatasi dengan membuat
• di mana-mana tempat bertutup yang pemantauan dari tengah malam
berbumbung, berdinding, dan mempunyai hingga awal pagi
punca kuasa elektrik
Ingin tahu lebih lanjut? Ikuti kursus kami.
Ingin tahu lebih lanjut? Ikuti kursus kami.
Irfan: Apa khabar, Pak Cik Rasid?
Pak Cik Rasid: Khabar baik, Irfan. Sudah lama Irfan tidak datang ke rumah
pak cik. Tentu ada hal menarik yang hendak Irfan sampaikan.
Irfan: Saya teringat akan pak cik apabila terbaca iklan tentang kursus
penternakan ketam nipah. Adakah pak cik masih berminat untuk
menternaknya?
Pak Cik Rasid: Ya, pak cik masih berminat. ____?
Irfan: ____.

Aktiviti


Teliti ayat penyata dan ayat tanya. Kemudian, lengkapkan dialog dan lakonkan.
Nota Guru
• Bimbing murid memahami ayat penyata dan ayat tanya berdasarkan bahan.
5.3.2 • Bimbing murid melengkapkan dialog dengan menggunakan ayat penyata dan ayat tanya.
150
150 Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
EMK: Nilai Murni – Kesungguhan

UNIT

20 Rezeki daripada Tanah


UNIT 1
Mendengar dan Bertutur


Menanam Sayur di Rumah
Menanam Sayur di Rumah
Irfan dan abangnya, Irshad, baru berjinak-jinak dengan penanaman sayur
di rumah. Mereka sedang memilih sayur yang hendak ditanam sebagai
percubaan. Mereka bersoal jawab tentang perkara tersebut untuk membuat
rumusan dan keputusan.
Tomato
(Lycopersicon
esculentum L.)
Bayam Putih • Tempoh keluar hasil –
(Amaranthus 10 minggu
viridis) • Sukar ditanam
• Tempoh keluar hasil – • Harga benih –
4 minggu RM4.00/50 biji
• Mudah ditanam • Baik untuk kesihatan
• Harga benih – kulit dan mata
RM25.00/500 gram
• Baik untuk kesihatan
kulit dan rambut
Kubis Bunga
(Brassica oleracea
var. botrytis)
Lada Benggala • Tempoh keluar hasil –
(Capsicum annuum) 8 minggu

• Tempoh keluar hasil – • Sukar penjagaannya
7 – 9 minggu • Harga benih –
• Mudah ditanam RM3.00/40 biji
• Harga benih – • Baik untuk
RM5.00/60 biji kesihatan usus
• Baik untuk pelihatan


kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti

Bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan.

minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
• Bimbing murid menganalisis bahan. Unit
1.2.3 • Bimbing murid bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan.
Strategi PdP: KP – Interpersonal KBAT: Menilai – Membuat keputusan 151
EMK: Nilai Murni – Rasional
nota guru laman halaman rangsangan

Membaca


Pahlawan Cangkul di Tengah Kota
Pahlawan Cangkul di Tengah Kota

Irfan membaca risalah tentang pertanian bandar.
Dia merujuk kamus serta media elektronik untuk
mendapatkan makna perkataan dan penggunaan
perkataan yang tepat.







Konsep Pertanian Bandar
Program pertanian bandar ialah
program untuk membantu penduduk
bandar menghasilkan bahan
makanan sendiri. Mereka mendapat
(ajaran/bimbingan) daripada Jabatan
Pertanian.








Perkataan Penggunaan Makna
ajaran tidak tepat pengetahuan yang
diajarkan
bimbingan tepat perbuatan
membimbing




Tujuan Pertanian Bandar
• menggalakkan penduduk setempat
bercucuk tanam untuk keperluan harian
serta mengurangkan kos sara hidup
• memperoleh pendapatan (lebihan/
sampingan) melalui jualan hasil tanaman
• membantu kerajaan memastikan bekalan
makanan negara mencukupi
• memupuk (keinsafan/kesedaran) tentang
keceriaan kawasan bandar melalui aktiviti
152 pertanian

Kebun Dapur


Ruang kecil di rumah seperti di (hadapan/halaman)
rumah, belakang rumah, balkoni, atau atas bumbung
digunakan untuk bercucuk tanam. Tanaman boleh
ditanam di atas tanah, di dalam beg politena, atau
di dalam pasu. Selain itu, (bahan/barang) terpakai
juga boleh digunakan sebagai ganti pasu. Hasil kebun
dapur lazimnya digunakan untuk kegunaan sendiri.





Kebun Komuniti

Tanah di kawasan perumahan menjadi tempat
bertani. Daripada kebun ini, petani bandar
mendapatkan barang dapur. Selain itu, masyarakat
dapat mempelajari pelbagai perkara tentang
pertanian. Antaranya termasuklah mereka belajar
(membina/membuat) tapak semaian, membatas,
dan (merenjis/menjirus) tanaman. Hasil jualan
tanaman juga digunakan untuk usaha kebajikan.






Kebun Institusi

Kebun ini bertujuan untuk pendidikan, terapi minda,
dan (khidmat bakti/ khidmat masyarakat). Letaknya
di institusi awam atau institusi swasta seperti
sekolah, hospital, pejabat, dan tempat ibadat.
Kebun ini diurus oleh staf institusi berkenaan. Hasil
jualan tanaman digunakan untuk kebajikan atau
dimasukkan ke dalam (dana/tabung) kewangan
institusi.



Aktiviti

Baca teks dan rujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan
dan penggunaan perkataan yang tepat.
Nota Guru
• Bimbing murid membaca teks dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari
2.1.2 makna perkataan.
• Bimbing murid menentukan penggunaan perkataan yang tepat. 153
Strategi PdP: Belajar Cara Belajar KBAT: Menilai – Menentukan
EMK: Nilai Murni – Kerajinan

Menulis
Menulis


Teka-teki Buah-buahan
Teka-teki Buah-buahan
Irfan hendak menghasilkan poster tentang
buah-buahan. Dia akan menulis pantun
teka-teki dengan tulisan berangkai dalam
poster tersebut.
tepi lurah berjalan lambat,
tepi lurah berjalan lambat,
Hendak pulang berasa letih;
Hendak pulang berasa letih;

Kulitnya merah rambutnya lebat,
Kulitnya merah rambutnya lebat,
Rasa cemerlang isinya putih.
Rasa cemerlang isinya putih.
berlatih menyemat bertam,

berlatih menyemat bertam,
Secara selesa duduk bersila;
Secara selesa duduk bersila;
putih berkulit hitam,
putih berkulit hitam,
rasa seperti gula.
rasa seperti gula.
dibuat atap disemat,
dibuat atap disemat,

Hingga hening waktu dinihari;
Hingga hening waktu dinihari;
kuat rasanya nikmat,
kuat rasanya nikmat,
kuning kulit berduri.
kuning kulit berduri.
kudap lepat liat,
kudap lepat liat,
Jamukan nanti orang kota;

Jamukan nanti orang kota;
Rasa sedap banyak khasiat,
Rasa sedap banyak khasiat,
seperti batu permata.
seperti batu permata.
Serigala pasang pelita,
Serigala pasang pelita,
gelita di tengah medan;

gelita di tengah medan;
atas kepala ada mahkota,
atas kepala ada mahkota,
mata lekat di badan.
mata lekat di badan.
Kelapa tua jangan disimpan,
Kelapa tua jangan disimpan,
santannya sebelum rosak;
santannya sebelum rosak;
dua seperti sampan,
dua seperti sampan,
ranumnya pinang masak.
ranumnya pinang masak.
Aktiviti Nukilan: Zarina M. Rais
Tulis pantun teka-teki dalam bentuk poster dengan menggunakan
tulisan berangkai.
Nota Guru
• Bimbing murid menjawab pantun teka-teki.
3.1.1 • Bimbing murid menulis pantun teka-teki dengan tulisan berangkai yang kemas.
154 Strategi PdP: KP – Visual Ruang KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
EMK: Kreativiti dan inovasi PAK-21: Kedai Kopi

Seni Bahasa


Ada Padi Ada Beras
Ada Padi Ada Beras
Petak sawah telah pun kering
Padi masak kian menguning
Makin menunduk makin berisi
Menunggu masa untuk dituai.


Waktu ini musuhnya banyak
Tikus, burung, serangga perosak
Tanpa dijaga tiada sisa
Segala usaha hanya sia-sia.


Telah diletakkan orang-orang
Tin-tin bertali juga direntang
Tikus dan burung lalu berundur
Racun serangga turut disembur.


Jentera gagah turun ke sawah
Menuai padi dengan megah
Ke badan lori padi dipunggah
Dihantar ke kilang tiada lengah.

Beras asalnya daripada padi
Setelah dimasak menjadi nasi
Dimakan kenyang senang hati
Syukur mendapat nikmat rezeki. Info
Bahasa berirama ialah susunan kata-kata yang
Begitulah jasa pak tani mempunyai rentak dan keindahan yang tersendiri.
Kepada tanah dia berbudi Dari segi penciptaan, bahasa berirama tidak terikat
seperti penciptaan pantun dan syair.
Jasa yang baik kita hargai
Hasilnya padi kita nikmati.


Nukilan: Amira Salma




Aktiviti

Persembahkan bahasa berirama dengan penuh penghayatan dan
keindahan bahasa.

Nota Guru
• Bimbing murid mempersembahkan bahasa berirama dengan penuh penghayatan dan
4.2.2 keindahan bahasa.
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mencipta – Mempersembahkan 155
EMK: Nilai Murni – Kesyukuran

Tatabahasa


Enaknya Harum Manis
Enaknya Harum Manis
Irfan telah berkunjung ke rumah ibu saudaranya di Perlis.

Jemputlah rasa harum
manis ini, Irfan.
Eh, pokok harum
manis Mak Wan
sudah berbuah!
Ya, Irfan. Cuba
lihat di sana. Terima kasih,
Mak Wan.
Syabas, Mak Wan,
buahnya lebat sekali!




Wah, manis Benar, Irfan. Lihatlah cuaca
sungguh harum di sini. Panas pada siang hari
manis ini! dan sejuk pada malam hari.
Lihat pula tanahnya. Tanahnya
tanah batu kapur. Cuaca dan
tanah seperti itu sesuai untuk
tanaman harum manis.








Amboi, panjangnya
penerangan Mak Wan! Eh, ada lagi! Mangga ini lebih harum berbanding
dengan mangga lain. Isinya tebal dan kuning
kejinggaan. Harum manis boleh dimakan begitu
saja. Buat jus atau campurkannya dengan
makanan lain. Ingat, usah makan banyak
sangat pula. Nanti sakit perut.



Munsyi Cilik
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan
untuk melahirkan pelbagai perasaan.
Aktiviti Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan
untuk memberikan suruhan, larangan,
Teliti ayat seruan dan ayat perintah silaan, atau menyampaikan permintaan.
dalam bahan. Kemudian, bina dialog.

Nota Guru
• Bimbing murid memahami ayat seruan dan ayat perintah berdasarkan bahan.
5.3.2 • Bimbing murid membina dialog dengan menggunakan ayat seruan dan ayat perintah.
156 Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
EMK: Nilai Murni – Baik hati

UNIT

21 Dunia Tani dan Ternak


UNIT 1
Mendengar dan Bertutur


Pokok Serba Guna
Pokok Serba Guna
Irfan hendak menyertai pertandingan bercerita. Dia bercadang untuk bercerita
tentang pokok betik dan pokok kelapa yang berguna kepada manusia.

Saya amat berguna kepada
manusia. Saya dijual di pasar Saya juga mempunyai
basah dan di pasar raya. banyak kegunaan. Saya juga
dijual di merata-rata tempat.

Pucuk – dibuat ulam dan kerabu
Daun – melembutkan daging Pucuk – dibuat sarung ketupat
Lidi – dibuat penyapu


Getah – ubat
penyakit kulit Air – menghilangkan
dahaga


Buah – Batang – dibuat
pencuci mulut
titi


Khasiat
• kaya vitamin Khasiat
A dan C • mencegah
• penawar dehidrasi
sembelit • menjaga
daya tahan
tubuh
Produk
• jus
• halwa Produk
• jem • jeli
• sabun • berus
• kosmetik • kraf tangan
• ubat • minyak
masak
• kosmetik
Aktiviti

Bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai.

Nota Guru
• Bimbing murid menganalisis bahan.
1.3.1 • Bimbing murid menyampaikan cerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya,
dan ekspresi yang sesuai. 157
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mencipta – Menyampaikan
EMK: Nilai Murni – Hemah tinggi

Membaca


Susu Kambing Segar
Susu Kambing Segar
SK Seri Permai telah mengadakan lawatan ke sebuah ladang kambing. Ladang
tersebut mengeluarkan susu kambing segar. Maklumat tentang lawatan tersebut
telah dicatat oleh Irfan dalam blognya.


irfannabil.blog.com
LATAR BELAKANG CATATAN BLOG ALBUM FOTO HOBI
Hari ini dalam kenangan
Hari ini dalam kenangan
Catatan harian Irfan Nabil.
Catatan harian Irfan Nabil.


Ahad, 12 September 20
Kami telah melawat ke ladang ternakan
kambing di Rembau, Negeri Sembilan.
Ternakan kambing tempatan Encik Aizat
bin Haji Suhaimi ini dibantu oleh ayahnya,
Tuan Haji Suhaimi bin Kamil.










1 Rumput yang subur di ladang ini menjadi
sumber makanan yang berkhasiat untuk
kambing. Oleh itu, kambing di sini terhindar
daripada serangan penyakit. Kesannya,
ternakan di sini menghasilkan susu yang
berkualiti.




2 Kandang dan kawasan ladang yang
luas terjaga dengan baiknya. Udara
di sini juga bersih dan segar. Persekitaran
ini membolehkan kambing yang diternak
secara gembala lebih sihat, aktif, dan
bersih.





158

3 Susu kambing di ladang ini diperah dengan
menggunakan tangan. Produk susu ini asli,
iaitu tidak bercampur dengan air dan perisa
tiruan. Susu kambing ini juga kaya dengan
protein, kalsium, riboflavin, serta rendah
laktosa, dan bersifat alkali.














4 Pada masa ini, terdapat 100 ekor kambing dengan
seliaan tiga orang pekerja di sini. Produk daripada
ladang ini dipasarkan ke sekitar Negeri Sembilan
dan Lembah Klang.



Sebab Ramalan

ladang ada
1 sumber
makanan
Rumusan
2



3
Info

Laktosa ialah gula yang terdapat
dalam susu.
4
Riboflavin ialah vitamin B
kompleks yang terdapat dalam
makanan seperti sayur-sayuran
hijau, ikan, susu, dan hati.



kandungan info qr code standard ar code
Aktiviti pembelajaran
Baca dan taakul teks blog. Kemudian, buat rumusan dan ramalan
berdasarkan Peta Pelbagai Alir.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
Unit
• Bimbing murid membaca, memahami, dan menaakul bahan untuk membuat rumusan dan ramalan.
2.2.1 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Mentafsir
EMK: Nilai Murni – Kegigihan 159
nota guru laman halaman rangsangan

Menulis


Pokok Lidah Buaya
Pokok Lidah Buaya
Pak Cik Salim berhasrat untuk menanam pokok lidah buaya atau aloe vera secara
komersial. Oleh itu, Irfan telah membantu pak ciknya itu mendapatkan beberapa
maklumat. Berdasarkan maklumat tersebut, Irfan menyampaikan pendapatnya
kepada Pak Cik Salim.

Produk
Produk
Terdapat kosmetik
lebih 500 minuman diet gel kulit
spesies. ubat-ubatan
gel rambut

Anugerah
berharga
dari alam.




Pokok
Lidah Buaya LAMAN UTAMA PRODUK MUAT TURUN HUBUNGI KAMI

Pokok lidah buaya mempunyai isi yang berlendir. Bahan ini digunakan dalam
perubatan, kosmetik, dan minuman.

Kandungan Kegunaan

1. zat galian yang 1. mengecutkan jerawat
diperlukan oleh tubuh 2. merawat kulit melecur
manusia 3. meredakan ruam
2. banyak vitamin untuk 4. mengatasi masalah
kesihatan manusia sembelit
3. asid amino untuk 5. menurunkan berat
membina sel dan badan
tisu tubuh
4. pelbagai jenis zat
makanan dan nutrien
yang berkhasiat
kandungan info qr code standard ar code
Aktiviti pembelajaran

Bina dan tulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis dan
kreatif daripada poster dan laman sesawang.
Nota Guru minda aktif laman kreatif uji minda kbat
• Bimbing murid menganalisis bahan. Unit
3.2.1 • Bimbing murid membina dan menulis perenggan untuk menyatakan pendapat yang kritis
160 dan kreatif.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menilai – Memberikan pendapat
EMK: Sains dan teknologi nota guru laman halaman rangsangan

Seni Bahasa


Hasil Bumi Ini
Hasil Bumi Ini



























































kandungan info qr code standard ar code
Aktiviti pembelajaran

Hasilkan sajak dengan bahasa yang indah dan santun. Kemudian,
persembahkannya.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
Unit
• Bimbing murid menghasilkan sajak dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan.
4.3.1 • Bimbing murid mempersembahkan sajak dengan gaya yang kreatif.
Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Mencipta – Mempersembahkan 161
EMK: Nilai Murni – Kesyukuran nota guru laman halaman rangsangan

Tatabahasa

Ikan Sangkar
Ikan Sangkar


memberi ikan






Shu Ying melihat penternakan ikan
di dalam sangkar. Sahabat ayahnya,
Pak Cik Zaidi, menternak ikan patin dan
tilapia dengan cara tersebut. Sangkar
ikan beliau terletak di Sungai Pahang, pelet dua kali sehari
Temerloh.
Pak Cik Zaidi membina sangkar
dengan menggunakan besi dan jaring. menuai hasil

Besi menjadi rangka sangkar ikan itu.
Jaring pula membolehkan air sungai
mengalir secara semula jadi. Pak Cik
Zaidi memasang pelampung supaya
sangkar ini terapung.


sajian kegemaran enam hingga lapan bulan menjadi


jualan di pasar














pilihan pembeli berjualan
berselera

memasak menikmati Munsyi Cilik
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi
Aktiviti kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

Kenal pasti dan bina ayat aktif berdasarkan bahan.
Nota Guru
• Bimbing murid memahami ayat aktif berdasarkan bahan.
5.3.3 • Bimbing murid membina ayat aktif berdasarkan bahan.
162 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
EMK: Keusahawanan

Pemulihan


Edit dan murnikan teks dengan memilih jawapan yang betul.


Menanam Jagung di Tanah Terbiar
Menanam Jagung di Tanah Terbiar
Encik Burhan hendak menanam jagung manis. Beliau membajak tanah dan
(mensediakan/menyediakan) batas. Seterusnya, beliau membuat lubang yang
dalamnya kira-kira lima (sentimeter/sentimiter). Jarak (di antara lubang/antara
lubang) pula kira-kira 0.6 meter.
Encik Burhan telah memilih benih jagung yang (paling baik sekali/paling baik).
Beliau (memasukan/memasukkan) tiga butir biji benih ke dalam lubang. Jika
(ketiga/ketiga-tiga) biji benih itu bercambah, beliau perlu mencabut salah satu
anak pokok. (Dua anak pokok terbaik kekal./Dua anak pokok terbaik yang kekal.)
“(Berapa/Beberapa) bulan lagi, anak pokok ini akan membesar. Aku akan
menjaga tanaman ini dengan baiknya,” kata Encik Burhan.
Pokok-pokok jagung telah (bersiram/disiram) oleh Encik Burhan pada setiap
hari. (Beliau juga telah membajai pokok tersebut./Beliau juga telah membajai.)
Beliau juga telah mengawalnya (dari/daripada) serangan penyakit dan rumpai.
Lebih dua bulan telah berlalu. (Jagung manis yang ditanam oleh Encik Burhan
boleh dituai./ Jagung manis yang Encik Burhan tanam boleh dituai.) Beliau menjual
jagung manis (kepada/pada) penduduk di kawasan kediamannya.
“Wah, (untung/untong) juga bertanam jagung ini!” kata Encik Burhan.



































3.3.2
163

Pengayaan


Dua orang rakan niaga membuat pilihan sama ada hendak menternak udang kara
atau udang galah. Mereka bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan.
Simulasikan.
Udang Kara, Udang Galah
Udang Kara, Udang Galah

Perkara Udang Kara Udang Galah

Kaedah 1. Kolam di tanah 1. Kolam di tanah
penternakan 2. Kolam simen 2. Kolam plastik
3. Kolam kanvas 3. Tangki politena

Mutu air kolam 1. Air tawar 1. Air tawar atau air payau
2. Suhu antara 28 darjah 2. Suhu antara 25 darjah
Celsius hingga 34 Celsius hingga 34
darjah Celsius darjah Celsius
3. Kebersihan dan kitaran 3. Kebersihan dan kitaran
udara di dalam air perlu udara di dalam air perlu
dijaga dijaga

Makanan 1. Pelet 1. Makanan semula jadi
2. Kentang yang dipotong yang terdapat di dalam
dadu kolam
3. Daun ketapang yang 2. Makanan tambahan
dibuang urat – makanan berumus
4. Lobak putih dan lobak yang diperoleh
merah daripada pembekal
5. Lebihan daun bayam – campuran pelbagai
dan kangkung kecuali jenis bijirin seperti
akar dedak padi, kacang,
6. Anak ikan gapi dan sebagainya

Tuaian hasil Empat hingga lima bulan Tiga hingga empat bulan




Harga Runcit di Pasar Utama
Harga Runcit di Pasar Utama
1
9
di Malaysia bagi Tahun 2019
di Malaysia bagi Tahun 20
(RM/kilogram)
(RM/kilogram)
Udang Kara Udang Kara
46.00 – 150.00 36.00
Semenanjung Sarawak
Malaysia Udang Galah dan Sabah Udang Galah
60.00 – 81.00 60.00

1.2.3 (Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia, 2021)
164

Pengukuhan


Baca, fahami, dan tafsir bahan di bawah ini.

Ayuh, Kutip dengan Mudahnya! !
Ayuh, Kutip dengan Mudahnya
Jabatan Pertanian melalui Bahagian Kejuruteraan Pertanian telah mencipta alat
penuai cili api. Alat ini dibuat daripada keluli tahan karat. Dengan menggunakan
alat ini, masalah menuai cili api yang rumit telah dapat diatasi. Oleh itu, jumlah
kutipan cili api dapat ditingkatkan.




jumlah jumlah
kutipan 20 tidak kutipan 20
kilogram/ menggunakan kilogram/
8 jam elektrik 4 jam






cili api Tanpa Alat Dengan Alat cili api tidak
bertaburan Penuai Cili Api menggunakan Penuai Cili Api bertaburan
di tanah tangan di tanah







menuai cili tidak menuai cili
api dengan menggunakan api dengan
lambatnya bahan bakar pantasnya




















(Sumber: Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian, Kompleks Pertanian Serdang, Selangor, 2013)


2.1.1
165

Penilaian


A. Baca teks di bawah dengan telitinya. Kemudian, buat rumusan dan ramalan
tentang masa depan penanaman buluh di Malaysia.

Penanaman Buluh Secara Komersial
Penanaman Buluh Secara Komersial
Buluh ialah tumbuhan tidak berkayu yang banyak kegunaannya. Tumbuhan ini
cepat membiak tanpa penjagaan rapi. Selain itu, tempoh matang buluh singkat,
iaitu antara tiga hingga lima tahun.
Secara tradisi, buluh digunakan untuk membuat lemang manakala rebungnya
dijadikan makanan. Buluh juga berguna dalam penghasilan produk seperti kraf
tangan, bubu, bidai, pencungkil gigi, lidi sate, dan perabot. Selain itu, buluh menjadi
tanaman landskap di kediaman persendirian atau taman awam.
Buluh dapat dikomersialkan bukan sahaja untuk pasaran tempatan malahan
untuk pasaran antarabangsa. Oleh itu, produk daripada buluh mestilah
dipelbagaikan, misalnya dalam penghasilan pelbagai produk yang terkini.
Antaranya termasuklah papan, pakaian, kertas, dan peralatan farmasi.












Produk daripada buluh


B. Rujuk kamus untuk mencari makna bagi menentukan penggunaan perkataan
yang tepat.

Pokok buluh madu senang tumbuh tanpa (mengira/menentu) jenis tanah. Namun
demikian, buluh ini lebih baik ditanam di kawasan yang mempunyai (perairan/
saliran) yang elok. Buluh madu biasanya ditanam melalui anak pokok. Pada
peringkat awal, anak pokok disiram dua kali sehari (selama/sepanjang) sebulan
untuk mengelakkan pokok mati. Pokok ini juga perlu dibaja sekali dalam tiga bulan.
Bagaimanapun, pokok buluh madu tidak memerlukan kawalan serangga perosak
kerana pokok ini (tegap/lasak) dan boleh tumbuh liar.












2.1.2
166 2.2.1

TEMA EKONOMI, KEUSAHAWANAN,
TEMA


8 DAN PENGURUSAN KEWANGAN














Ladang
Pengusaha
Itik Penelur


Pasar
Pagi




Hotel
Nelayan Kucing
Belangkas









Ladang
Inap Rusa
Desa
Simpanan
Pendidikan



















Lakukan sumbang saran berdasarkan kegiatan dalam gambar.

167

UNIT Sumber Ekonomi
22


UNIT 1 Video inap desa
Mendengar dan Bertutur

Inap Desa Pilihan
Inap Desa Pilihan
Izzah dan keluarganya ingin bercuti. Dia melayari Internet untuk mencari
inap desa yang sesuai. Izzah terlihat video tentang inap desa tradisional yang
menarik. Dia menunjukkan video itu kepada keluarganya.




RM250.00 Inap Desa
sehari Kampung Kaseh
Rasai pengalaman
bermalam di rumah
tradisional Melayu dalam
suasana kampung.

luas dan selesa suasana rumah tradisional








mengalami pengalaman
di dusun buah-buahan
makanan selera kampung menggagau ikan di sawah (diskaun 50% daripada harga
(RM30.00 seorang) (RM10.00 seorang) pasaran)

Ayah dan ibu,
cuba lihat inap
desa ini.
Saya ______.











Aktiviti

Ceritakan maklumat yang didengar, ditonton, dan dibaca dengan sebutan yang
betul, intonasi, gaya, dan ekspresi yang sesuai.

Nota Guru
• Bimbing murid mendengar, menonton, dan membaca bahan.
1.3.2 • Bimbing murid menceritakan maklumat dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan ekspresi
168 yang sesuai.
Strategi PdP: KP − Verbal-linguistik KBAT: Menganalisis – Menggunakan
EMK: Keusahawanan

Membaca

Belangkas Sumber Rezeki
Belangkas Sumber Rezeki
Izzah mengikuti ayahnya ke Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan Belangkas
Seri Indah. Dia tertarik akan ucapan yang disampaikan oleh Pegawai Jabatan
Perikanan dalam majlis tersebut.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Saiful bin Zin, Ketua
Kampung Seri Indah, dan sekalian yang hadir.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada para nelayan yang telah
berjaya mewujudkan pusat pengumpulan belangkas ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi,
Bagi sesetengah orang, belangkas merupakan haiwan yang mengganggu nelayan
kerana merosakkan jaring mereka. Namun begitu, tangkapan belangkas sebenarnya
dapat menjanakan pendapatan yang lumayan. Dalam hal ini, Encik Azman bin Salihin
ialah nelayan yang boleh kita contohi. Beliau pada awalnya hanya nelayan pinggir
pantai yang menggunakan bot kecil. Kini, beliau menjadi nelayan yang berjaya setelah
mengeksport belangkas ke luar negara. Sekarang, beliau telah mula menternak
belangkas secara komersial pula.
Nelayan kampung ini wajar mengambil peluang atas kejayaan Encik Azman.
Para nelayan boleh menjual belangkas di pusat pengumpulan ini. Syarikat milik Encik
Azman pula akan mengeksport belangkas tersebut ke luar negara.

Hadirin sekalian,
Dengan ini, saya merasmikan pembukaan Pusat Pengumpulan Belangkas Seri
Indah. Saya akhiri ucapan ini dengan dua rangkap pantun.
Burung undan di tepi perahu, Dengan bingkas terbang bertiga,
Dengan bingkas terbang bertiga; Di pohon ara hinggap sebaris;
Tuah badan siapalah yang tahu, Tangkap belangkas untuk berniaga,
Tangkap belangkas untuk berniaga. Di luar negara terjual laris.

Apakah pendapat
sumber Izzah tentang Encik Azman seorang yang
pendapatan nelayan Encik Azman dan _____ kerana _____.
_______
_______
perusahaannya?
Belangkas Saya meramalkan
_______
_______
_______ Sumber _______ perusahaan ini akan _____.
Rezeki
kandungan info qr code standard ar code
_______
_______
Aktiviti pembelajaran
Baca teks. Kemudian, lengkapkan Peta Bulatan untuk membuat ramalan
tentang perusahaan belangkas.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
Unit
• Bimbing murid membaca dan menganalisis maklumat berdasarkan bahan.
2.3.1 • Bimbing murid membuat ramalan.
Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menganalisis − Meramalkan 169
EMK: Nilai Murni − Rasional nota guru laman halaman rangsangan

Menulis




Pasar Pagi Unik
Pasar Pagi Unik
Sewaktu melayari Internet, Izzah terbaca forum tentang Pasar Pagi Kampung
Guntong. Izzah tertarik untuk turut sama memberikan cadangan dalam forum
tersebut.

Forum Maya


Pasar Pagi Kampung Guntong terletak di Pasir Puteh, Kelantan. Pasar ini
dibuka pada hari Jumaat dari awal pagi hingga tengah hari. Lokasinya
unik kerana terletak di dalam kebun getah. Antara jualan di pasar ini
termasuklah barang terpakai, anak pokok, sayur-sayuran, dan mainan
Gina kanak-kanak. Barang-barang jualan kebanyakannya diletakkan di atas
hamparan tikar plastik.


Betul kata kamu, Gina. Saya juga pernah ke sana dengan keluarga.
Pada mulanya, sukar juga untuk kami sampai ke situ kerana tiada
papan tanda penunjuk arah. Setelah tiba, ayah saya menghadapi
masalah untuk mendapatkan tempat letak kereta pula.
Logan
Semasa kami masuk ke kawasan pasar, matahari memancar terik.
Pasar juga telah sesak kerana pengunjung agak ramai. Kami perlu
berjalan secara berhati-hati agar tidak terlanggar akar pokok getah.


Saya bersetuju dengan pandangan Gina dan Logan. Semasa di sana,
saya pernah terfikir beberapa persoalan tentang Pasar Pagi Kampung
Guntong ini. Pertama, bagaimanakah pasar ini dapat mempertingkatkan
ekonomi penduduk setempat? Kedua, apakah perkara yang perlu

Munir ditambah baik untuk menarik lebih banyak pelanggan?
Rakan-rakan forum, boleh berikan cadangan?




_______
_______
Izzah
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti

Tulis jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
• Bimbing murid menganalisis teks. Unit
3.2.2 • Bimbing murid menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.
170 Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Menganalisis − Membuat inferens
EMK: Keusahawanan nota guru laman halaman rangsangan

Seni Bahasa


Cenderamata Bumi Kenyalang
Cenderamata Bumi Kenyalang
Izzah dan keluarganya mengunjungi sebuah kedai cenderamata semasa
bercuti di Sarawak. Sewaktu memilih cenderamata, mereka berbual-bual
dengan pemilik kedai tersebut. Izzah kagum akan usaha pemilik kedai yang
memajukan ekonomi keluarganya.













− ke bengkel − belakang kedai − melihat
− pengusaha kedai cenderamata anyaman tikar rotan Sarawak
− berniaga di bandar − istimewa − dianyam oleh ibu bapanya













− manis mulut − dapat sambutan − amalan baik − harga berpatutan
− banyak pelanggan − pelancong − memenuhi cita rasa − nilai estetika














− bersyukur − pekerja rajin − semakin maju
− kedai sentiasa kemas − bersih − buka cawangan


Aktiviti

Hasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun berdasarkan bahan
rangsangan dan persembahkannya secara kreatif.

Nota Guru
• Bimbing murid menghasilkan cerita dengan bahasa yang indah dan santun.
4.3.2 • Bimbing murid mempersembahkan cerita secara kreatif.
Strategi PdP: KP − Verbal-linguistik KBAT: Mencipta − Mereka 171
EMK: Keusahawanan

Tatabahasa
Ayat aktif
Tingkatkan Ekonomi Bersama Ayat pasif
Tingkatkan Ekonomi Bersama
Puan Zuraini, ibu Faris, mengusahakan perniagaan kuih-muih tradisional. Kuih
tradisional seperti keria, nagasari, dan seri muka dibuat oleh beliau.
Perusahaan itu dijalankan oleh semua ahli keluarganya. Dengan cara itu,
mereka dapat mempertingkatkan ekonomi keluarga. Puan Zuraini berniaga
di gerai yang tersedia oleh pihak berkuasa tempatan. Jualan kuih mereka habis
lebih awal pada setiap hari. Para pelanggan sering bersungut kerana tidak
dapat membeli kuih kegemaran mereka.
“Kita mesti memastikan kuih-muih kita dapat dinikmati oleh banyak
pelanggan. Tambahan pula, jenis kuih yang lain tidak mampu kita tambah
kerana kekurangan tenaga kerja,” kata Puan Zuraini kepada ahli keluarganya.
Bagi mengatasi masalah itu, jiran ... .













dipelawa dibantu terjual













mempromosikan dipasarkan menubuhkan




Munsyi Cilik
Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek
asal sebagai subjek baharu.
Contoh ayat pasif: Contoh ayat aktif:
Kuih-muih dijual Faris. Faris menjual kuih-muih.
Aktiviti (objek) (kata kerja pasif) (subjek) (subjek) (kata kerja aktif) (objek)

Kenal pasti ayat aktif dan ayat pasif. Kemudian, sambung cerita dengan
membina ayat aktif dan ayat pasif daripada perkataan yang diberikan.
Nota Guru
• Bimbing murid memahami ayat aktif dan ayat pasif.
5.3.3 • Bimbing murid membina ayat aktif dan ayat pasif mengikut konteks.
172 Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi − Membina
EMK: Keusahawanan

UNIT Usahawan Berjaya
23


UNIT 1 Video pembuatan
Mendengar dan Bertutur
telur asin
Usahawan Telur Asin
Usahawan Telur Asin
Izzah dan ayahnya ke rumah saudara mereka, Pak Cik Roslan. Pak Cik Roslan
pengusaha telur asin yang berjaya.
Situasi 1

Wah, banyaknya itik ternakan
pak cik! Apakah yang pak cik buat Pak cik ternak itik ini untuk
dengan itik-itik ini? mendapatkan telurnya.
Pak cik proses telur ini
Kongsilah menjadi telur asin.
pengalaman pak
cik dengan saya. Boleh, Izzah. Sebelum
mula menternak itik, pak
cik menghadiri kursus.
Pak cik belajar tentang
pemilihan baka dan
pemakanan itik untuk
mendapatkan telur yang
bermutu. Selain itu, pak
cik belajar cara membuat
telur asin yang berkualiti.
Oleh itu, telur asin ini boleh
dijual dengan harga yang
tinggi.

Kemudian, Izzah menceritakan pengalaman tersebut kepada kawan-kawannya.
Situasi 2


Kawan-kawan, lihat
foto saya dengan Wah, menariknya! Kongsilah
usahawan telur asin rahsia kejayaan usahawan
yang berjaya. ini dengan kami.





Aktiviti IZZAH AMNA

Dengar ujaran dan cam sebutan tentang rahsia kejayaan usahawan. Kemudian,
sebut ujaran itu semula. NALINI
Nota Guru
• Bimbing murid mendengar dan mengecam sebutan berdasarkan bahan.
1.1.1 • Bimbing murid menyebut ujaran semula dalam pelbagai situasi.
Strategi PdP: KP − Verbal-linguistik KBAT: Mengaplikasi − Menggunakan 173
EMK: Keusahawanan

Membaca

Pengusaha Hotel Kucing
Pengusaha Hotel Kucing
Izzah sekeluarga ingin bercuti. Mereka berhasrat untuk meninggalkan kucing
kesayangan mereka di sebuah hotel kucing di bandar. Semasa berurusan
di sana, Izzah sempat berbual-bual dengan pengusaha hotel kucing tersebut.
Banyak ilmu dan nilai yang diperolehnya.

Izzah: Mengapakah puan menceburi bidang perhotelan kucing ini?
Puan Fiza: Sebenarnya, saya sekeluarga sangat menyayangi kucing. Suami dan
anak sulung saya pula merupakan doktor veterinar. Hal ini menyebabkan
kami bekerjasama dalam perusahaan ini. Oleh sebab itu, terdapat spa
kucing dan klinik khas untuk rawatan kucing di hotel kucing ini. Inilah
kelebihan hotel kucing milik saya.
Izzah: Wah, hebatnya! Tahniah, puan. Apakah rahsia kejayaan puan?
Puan Fiza: Terima kasih, Izzah. Rahsianya saya tidak sesekali membuat pinjaman
kewangan untuk memulakan perniagaan ini. Saya bermula dengan
perniagaan yang kecil. Pada masa yang sama, saya gigih mempelajari
selok-belok dalam bidang ini.
Izzah: Apakah pengalaman yang tidak dapat puan lupakan sepanjang
mengusahakan hotel ini?
Puan Fiza: Banyak pengalamannya. Suka ada, sedih pun ada. Namun begitu,
saya tidak dapat melupakan satu peristiwa, iaitu salah seekor kucing
yang menginap di sini telah sakit. Sebagai pengusaha yang
bertanggungjawab, pihak kami telah merawat kucing tersebut secara
percuma. Kejadian tersebut membuatkan saya lebih tabah.
Izzah: Saya lihat banyak pakej yang ditawarkan, mengapa?
Puan Fiza: Sebagai usahawan yang prihatin, saya perlu memenuhi pelbagai
permintaan pelanggan. Jadi, pelanggan boleh memilih pakej yang
sesuai.
Izzah: Baiklah, pasti kucing saya seronok tinggal di sini nanti. Terima kasih puan
kerana berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman.
Puan Fiza: Sama-sama, Izzah.



Pakej Harian



Pakej RM20.00
Pakej RM15.00 Pakej RM18.00 Pelanggan perlu
Pelanggan perlu Pelanggan perlu membawa kucing
membawa membawa sahaja. Makanan
makanan dan makanan kucing. dan pasir kucing
pasir kucing. kami sediakan.






174

Semasa menunggu ayah dan ibunya mendaftarkan kucing mereka di hotel
tersebut, Izzah membaca sajak yang tergantung pada dinding hotel.

Usahawan Kita

Kerjanya luar biasa
walau hanya manusia biasa
tabah hadapi dugaan
geliga mindanya
usahawan berjaya
meniti masa.

Bijak menyusun masa
bijak merancang usaha
melangkah dengan wawasan
membina empayar niaga
rancak mengaut laba.
Lincah mengatur langkah
pantas menjejak peluang
pintar menyusun strategi
gigih berdikari
yakin potensi diri.

Meski di puncak jaya
tidak lupa diri
ikut resmi padi
tunduk meski berisi
doa dan tawakal
bertindak tanpa noktah.

Nukilan: Hasmir
















Aktiviti

Baca bahan serta nyatakan ilmu daripada dialog dan nilai daripada sajak dengan
menggunakan peta pemikiran yang sesuai. Kemudian, persembahkannya.
Nota Guru
• Bimbing murid membaca dan menyatakan ilmu dan nilai daripada bahan.
2.3.2 • Bimbing murid mempersembahkannya dalam pelbagai bentuk.
Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti 175
EMK: Keusahawanan

Menulis

Rezeki daripada Rusa
Rezeki daripada Rusa
Semasa membantu pak ciknya di ladang rusa, Izzah sangat seronok. Hasil
pemerhatiannya mendapati bahawa perusahaan ternakan rusa dapat
memberikan pulangan yang lumayan.















Pak Hassan penternak rusa yang
berjaya. Beliau mempunyai lima ekor Pak Hassan
rusa jantan dan 45 ekor induk rusa. Penternak dan Penjual Rusa
Rusa-rusa ini diternak di ladang yang luas Sila Hubungi: 015-1234567
di belakang rumahnya.
Pak Hassan menyembelih rusa dan Harga Jualan Rusa:
menjual daging rusa di pasar. Selain itu, Rusa Jantan − RM3500.00 seekor
beliau juga menjual induk rusa kepada Rusa Betina − RM4000.00 seekor
individu yang ingin menjadi penternak rusa. Harga Jualan Daging Segar:
Kini, permintaan terhadap daging rusa Daging tanpa tulang − RM80.00/kg
segar dan induk rusa semakin meningkat. Daging dengan tulang − RM70.00/kg
Oleh itu, Pak Hassan memerlukan Kami juga menjual bahagian-bahagian
perancangan yang rapi untuk memajukan lain seperti tanduk, kulit, dan kepala.
perusahaannya lagi. (harga mengikut pasaran semasa)


jualan daging segar

Pada pendapat kamu,
Perusahaan
Ternakan _______ apakah tindakan yang
_______
Rusa dapat dilakukan oleh Pak
Hassan untuk memajukan
perusahaannya lagi?
_______
_______
kandungan info qr code standard ar code
pembelajaran
Aktiviti
Catat maklumat tentang perusahaan ternakan rusa dan berikan pendapat
berdasarkan persoalan yang diberikan.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
• Bimbing murid menganalisis bahan untuk mencatat maklumat. Unit
3.2.3 • Bimbing murid menjanakan idea berdasarkan bahan.
176 Strategi PdP: Kajian Masa Depan KBAT: Menganalisis − Mengenal pasti
EMK: Keusahawanan
nota guru laman halaman rangsangan

Seni Bahasa


Pedoman untuk Berjaya
Pedoman untuk Berjaya
Audio lagu
Setelah melihat infografik tentang kunci kejayaan usahawan, Amna mendapat
ilham untuk menghasilkan seni kata lagu.


Kunci Kejayaan Usahawan


1 cekap mengurus masa





2 bijak merancang






3 mesra pelanggan





4 berpandangan jauh


Usahawan produk tenusu di Malaysia


5 tidak mudah berputus asa




6 kreatif dan inovatif







Orang yang berjaya memberikan usaha. Orang yang gagal memberikan alasan.



kandungan info qr code standard ar code
Aktiviti pembelajaran

Hasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan dan persembahkannya dengan
gaya yang kreatif.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
• Bimbing murid menghasilkan seni kata lagu berdasarkan bahan. Unit
4.3.3 • Bimbing murid mempersembahkannya dengan gaya yang kreatif.
Strategi PdP: KP − Muzik KBAT: Mencipta − Mereka 177
EMK: Keusahawanan nota guru laman halaman rangsangan

Tatabahasa
Tadika Cerdas
Tadika Cerdas
Puan Zurina menghantar anaknya ke tadika milik Puan Lisa. Puan Zurina tertarik
akan pengurusan tadika itu.


Guru-guru menyantuni murid dengan
mesranya. Dengan ramahnya, mereka
menyambut kehadiran murid. Mereka
mendidik murid dengan berdedikasinya.
Ibu bapa yakin akan kebolehan guru-guru.


Di sebuah tadika, Puan Lisa pernah bekerja.
Beliau mendapat pengalaman di situ. Puan
Lisa menyimpan wang juga. Beliau berjaya
membuka tadikanya sendiri. Wang simpanan
digunakan oleh Puan Lisa.


Tadika Cerdas nama tadika Puan Lisa. Beliau
bijak berniaga. Tadika Cerdas diiklankan oleh
PENDAFTARAN
MURID beliau dalam media sosial. Beliau ke karnival
MURID
BAHARU
TADIKA
usahawan juga. Di situ, beliau memperkenalkan
CERDAS
tadikanya. Terkenal Tadika Cerdas. Murid Tadika
Cerdas semakin bertambah.
Perniagaan Puan Lisa semakin maju. Pemilik 5
lima buah tadika beliau sekarang. Puan Lisa
bersyukur. Kejayaan ini hasil kerjasama para
pekerjanya. Turut memberikan sokongan
ahli keluarganya.




Munsyi Cilik
Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya di hadapan dan predikatnya di belakang.
Contoh: Puan Zurina menghantar anaknya ke tadika.
Ayat susunan songsang ialah ayat susunan biasa yang disongsangkan, iaitu predikat,
sama ada keseluruhan atau sebahagian, mendahului subjek.
Contoh: Menghantar anaknya ke tadika Puan Zurina. (seluruh predikat)
Aktiviti Ke tadika Puan Zurina menghantar anaknya. (sebahagian predikat)


Kenal pasti dan tukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang.
Nota Guru
• Bimbing murid memahami ayat susunan songsang.
5.3.4 • Bimbing murid membina ayat susunan songsang mengikut konteks.
178 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi − Membina
EMK: Keusahawanan

UNIT Bijak Mengurus Wang
24


UNIT 1
Mendengar dan Bertutur

Misi Agihan Dana
Misi Agihan Dana
Cikgu Nurul memperdengarkan iklan kepada murid-muridnya. Izzah dan rakan
sekelasnya berbincang tentang cara mengurus dana yang berjaya dikumpulkan.

... rakyat Malaysia yang budiman, kami merayu tuan puan agar dapat
menyumbangkan derma seikhlas hati kepada Rumah Anak-anak Yatim
Ceria. Kami memerlukan derma ini untuk membeli bekalan makanan
harian dan keperluan barangan persekolahan.


Pemberian Pemberian
Wang Tunai Barangan Keperluan
• urusan lebih • perlu membeli
mudah barangan
• serahan lebih • perlukan
cepat pengangkutan IZZAH
• mereka bebas untuk penghantaran
membeli keperluan • senarai barang
NURUL
keperluan

Bincangkan bentuk
sumbangan yang Saya
ingin kita sampaikan mencadangkan
kepada mereka. ____ kerana
____.









Saya pula
mencadangkan ____
kerana ____.

Aktiviti

Dengar dan berikan respons terhadap maklumat yang diujarkan dalam
pelbagai situasi.
Nota Guru
• Bimbing murid mendengar dan memahami maklumat yang diujarkan dalam pelbagai situasi.
1.1.2 • Bimbing murid memberikan respons terhadap maklumat.
Strategi PdP: Pembelajaran Koperatif KBAT: Mengaplikasi − Menggunakan 179
EMK: Nilai Murni − Keprihatinan

Membaca

Tabungan Berwarna
Tabungan Berwarna
Ayah Izzah berkongsi rencana dengan ahli keluarganya tentang cara-cara
menabung yang menarik dan berkesan. Izzah pula telah menunjukkan bahasa
berirama yang diperoleh daripada Internet. Kemudian, mereka berbincang.


Amalan menabung wang antara perkara penting untuk
kestabilan kewangan sendiri. Amalan ini penting sebagai
persediaan untuk menghadapi perkara yang tidak
dijangka. Namun begitu, penabung wang memerlukan
disiplin kendiri.
Amalan menabung akan menjadi lebih menarik
dan seronok jika dilakukan secara kreatif. Salah satu
caranya adalah dengan menyimpan wang kertas
mengikut warna di dalam tabung lut sinar. Lebih meriah
jika aktiviti ini melibatkan semua ahli keluarga.
Tabung milik ayah hanya boleh disimpan wang kertas
yang bernilai RM20.00. Ibu pula perlu menyimpan wang
yang bernilai RM10.00. Begitu juga dengan abang dan
kakak perlu menyimpan wang yang bernilai RM5.00.
Akhir sekali, anak bongsu perlu menyimpan wang yang
bernilai RM1.00. Setiap orang memiliki tabung yang
berbeza.
Lokasi tabung juga perlu sesuai dan selamat. Letaklah
tabung di tempat yang senang untuk kita memasukkan
wang pada setiap hari. Jangan sesekali buka tabung tersebut selagi belum cukup
tempoh yang dijanjikan. Jika dijanjikan setahun, maka pada 31 Disember, bukalah
tabung dan kira wang bersama-sama. Hasilnya pasti mengejutkan.










CONTOH CONTOH CONTOH CONTOH CONTOH CONTOH













180

Tabiat Menabung Amalan Mulia
Tabiat Menabung Amalan Mulia
Usah boros banyak menyimpan Banyak berhutang orang mencaci
Demi kegunaan masa hadapan Kurang kawan banyak membenci
Latih diri untuk menabung Resah jiwa fikiran merana
Melentur buluh waktu rebung. Otak buntu gundah-gulana.


Tahu beza keperluan mendesak (korus)
Sentiasa beringat sebelum sesak Tahu beza keperluan mendesak
Juga kehendak sentiasa waspada Sentiasa beringat sebelum sesak
Kawal belanja membeli seada. Juga kehendak sentiasa waspada
Kawal belanja membeli seada.
Sisih sedikit sebagai simpanan
Gaya hidup main peranan (korus)
Banyak menabung jadikan amalan Sisih sedikit sebagai simpanan
Jauhi pembaziran rezeki berkekalan. Gaya hidup main peranan
Banyak menabung jadikan amalan
Jauhi pembaziran rezeki berkekalan.

Nukilan: Nimoiz T.Y

Apakah pendapat Izzah
tentang kaedah tabungan
berwarna? Bolehkah Hana jelaskan
sikap penabung yang
berjaya?














kandungan info qr code standard ar code
Aktiviti pembelajaran
Baca teks rencana dan bahasa berirama dengan telitinya. Kemudian,
berikan tafsiran terhadap persoalan yang dikemukakan.
minda aktif laman kreatif uji minda kbat
Nota Guru
• Bimbing murid membaca dan memahami bahan. Unit
2.1.1 • Bimbing murid mentafsir bahan sastera dan bukan sastera.
Strategi PdP: Pembelajaran Berasaskan Projek KBAT: Menganalisis − Menganalisis 181
EMK: Pendidikan Kewangan
nota guru laman halaman rangsangan

Menulis

Panduan Bijak Berbelanja
Panduan Bijak Berbelanja
Kelab Penabung Muda sebuah bank tempatan telah menganjurkan pertandingan
syarahan untuk murid-murid sekolah. Izzah dan Amna ingin menyertai pertandingan
itu. Tajuk syarahan tersebut ialah “Panduan Berbelanja”. Mereka berbincang dan
berlatih bersama-sama sebagai persediaan.

anduan Berbelanja
P
Panduan Berbelanja

Sebelum Berbelanja Semasa Berbelanja Selepas Berbelanja
Senarai Barang
1. Sayur
2. Telur Jualan
3. Tepung
4. Ayam Murah
5. Daging
Kedai Runcit
Pasar Raya

• kira jumlah
perbelanjaan
• beli ikut senarai • catat dalam buku
• banding beza harga rekod perbelanjaan
dapat jimatkan masa, • simpan baki
tenaga, dan wang


Karangan Izzah dan Amna

Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis,
tuan guru besar, guru-guru, dan Pendahuluan
rakan-rakan. Tajuk syarahan saya pada kata alu-aluan
pagi ini ialah “Panduan Berbelanja”.

Hadirin yang saya hormati, kata penghadapan
Isi 1
Isi 2

Isi 3

Kesimpulannya, ... . Penutup

Aktiviti Sekian, terima kasih. ucapan terima kasih

Hasilkan karangan syarahan secara koheren dan kohesi.
Nota Guru
• Bimbing murid menganalisis bahan.
3.3.1 • Bimbing murid menghasilkan karangan syarahan secara koheren dan kohesi.
182 Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme KBAT: Mengaplikasi − Membina
EMK: Nilai Murni − Berjimat cermat

Seni Bahasa

Jimat Cermat Amalan Mulia
Jimat Cermat Amalan Mulia

Izzah mendapat anugerah Tokoh Penabung Cilik yang dianjurkan oleh Kelab
Keusahawanan sekolahnya. Izzah menerima banyak hadiah. Antara hadiah yang
memikat hatinya termasuklah penanda buku. Penanda buku tersebut bertulisan
Jawi yang mengandungi kata-kata hikmat, jimat cermat amalan mulia.







jimat
ya
mim
jim
ta







cermat ta mim ra ca








nun lam mim ain amalan










mulia

alif ya lam wau mim



Aktiviti

Kenal, cam, sebut, dan tulis huruf tunggal yang ditulis mengikut tulisan Jawi
dalam kata-kata hikmat. Kemudian, persembahkannya.
Nota Guru
• Bimbing murid mengenal, mengecam, menyebut, dan menulis huruf tunggal yang ditulis
4.4.1 mengikut tulisan Jawi dalam kata-kata hikmat.
• Bimbing murid mempersembahkannya. 183
Strategi PdP: KP − Visual Ruang KBAT: Mencipta − Mereka
EMK: Kreativiti dan inovasi

Tatabahasa

Misi Duit Tabungan
Misi Duit Tabungan
Amalan menabung sesungguhnya penting untuk keperluan pada masa hadapan.
Oleh itu, Izzah telah menyertai Kelab Nuri Bank Rakyat. Kelab tersebut memberinya
panduan tentang cara pengurusan wang dengan bijaknya.
A C 20% untuk Diri
B
20% Kongsikan
60% Simpanan
Sendiri
• Sebolehnya duit • Bagusnya berkongsi • Sewajarnya duit
tabungan bukan duit tabungan dengan tabungan anda
untuk dihabiskan ahli keluarga. belanja untuk diri
begitu sahaja. sendiri.
• Alangkah gembiranya
• Sebaik-baiknya mereka. • Belanjakan duit
asingkan duit tabungan • Anda boleh berderma tabungan dengan
untuk simpanan dan juga. bijaknya.
pelaburan. • Belanjakannya untuk
• Bukan kepalang
• Sesungguhnya anda alat tulis atau bahan
beruntung berbuat baiknya. bacaan.
demikian.










Kata Tugas
Bahawasanya
menabung ialah
IZZAH
amalan yang baik.
Kata Penekan Kata Pembenda Mari bertindak
dengan segeranya.







Munsyi Cilik Munsyi Cilik

Kata penekan ialah kata yang Kata pembenda ialah kata yang
memberikan penegasan terhadap menukarkan atau menjadikan kata
sesuatu. lain sebagai kata nama atau benda.
Contoh: sebolehnya, sesungguhnya, Contoh: laju − kata adjektif
Aktiviti bahawasanya, dan hakikatnya. lajunya − kata nama
Kenal pasti kata penekan dan kata pembenda. Kemudian, bina ayat.

Nota Guru
• Bimbing murid mengenal pasti kata penekan dan kata pembenda berdasarkan bahan.
184 5.1.4 • Bimbing murid membina ayat dengan menggunakan kata penekan dan kata pembenda
mengikut konteks.
Strategi PdP: Pembelajaran Masteri KBAT: Mengaplikasi − Menggunakan
EMK: Nilai Murni − Berjimat cermat

Pemulihan

Sumber Pendapatan Sampingan
Sumber Pendapatan Sampingan
Arahan:
1. Baca bahan.
2. Pilih kisah yang ingin diceritakan.
3. Ceritakan kisah tersebut dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya, dan
ekspresi yang sesuai.



Kisah 1− Aktiviti Sofia dan Keluarga















kumpul jual mendapat pulangan

Sofia anak yang rajin. Dia sering ____.











Kisah 2 − Aktiviti Arisa dan Keluarga













tanam tuai jual simpan


Arisa anak yang rajin. Dia ____.





1.3.2
185

Pengayaan



Projek Mini Multimedia
Projek Mini Multimedia
Langkah Kerja:
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan perlu menyediakan perancangan perniagaan yang ingin
dijalankan.
3. Perancangan perniagaan tersebut perlulah mempunyai maklumat berikut:
(a) Nama syarikat
(b) Nama produk
(c) Ciri-ciri dan keistimewaan produk
(d) Strategi pemasaran
(e) Kewangan
(i) Sumber modal
(ii) Jumlah kos
(iii) Keuntungan
4. Bina pelbagai ayat seperti ayat aktif dan ayat pasif dalam persembahan
Projek Mini Multimedia tersebut.
5. Buat persembahan dengan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint
atau video. Kemudian, persembahkannya.



Danish


































5.3.3
186

Pengukuhan



Baca petikan. Kemudian, berikan cadangan terhadap penyataan yang berwarna
biru secara kritis dan kreatif.
Lazat, Lembut, dan Gebu
Lazat, Lembut, dan Gebu
Izzah dan keluarganya menonton rancangan “Usahawan Jaya” dalam televisyen.
Mereka bangga akan kisah kegigihan dan kejayaan usahawan yang disiarkan.
























Roti Canai
Roti Canai
Sejuk Beku
Puan Faizah peniaga roti canai. Warung roti canainya Sejuk Beku
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada
orang ramai. Segera dapatkan
Segera dapatkan
Puan Faizah seorang yang gigih dan kreatif dalam roti canai sejuk
roti canai sejuk
berniaga. Perniagaan beliau dari pukul 6:00 pagi beku yang
beku yang
pastinya lazat
hingga pukul 2:00 petang. Sementara menunggu pastinya lazat
pesanan pelanggan, beliau akan menebar roti canai
untuk dijadikan roti canai sejuk beku. Puan Faizah
juga bijak merancang dan mengurus masa bekerja.
Perusahaan ini dilakukan bersama dengan ahli
keluarganya. Mereka sentiasa melontarkan buah ROTI CANAI
fikiran bagi penambahbaikan pada produk. Terbaru,
mereka menggunakan teknik pembungkusan dan
pelabelan yang menarik.
Kini, pelanggan di warungnya semakin ramai
dan roti canai sejuk beku juga semakin laris.
Puan Faizah sentiasa berfikir tentang cara agar lazat ...
beliau dapat mengekalkan jenama produknya lembut ...
dalam pasaran. gebu ...





3.2.2
187

Penilaian







Lakukan tugasan berikut.

Penilaian Berasaskan Projek
Penilaian Berasaskan Projek
• Hasilkan buku skrap.
• Tajuk buku skrap ialah “Cara-cara Mengurus Kewangan”.
• Lengkapkan buku skrap tersebut dengan gambar dan maklumat yang
berkaitan.
• Bina ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang yang sesuai.
• Nyatakan ramalan jika tidak membuat perancangan dalam pengurusan
kewangan.
• Bentangkan hasil kerja di dalam kelas.


Panduan Membuat Buku Skrap
1. Kumpulkan bahan daripada pelbagai sumber seperti gambar, keratan surat
khabar, majalah, atau sumber Internet yang bersesuaian dengan tajuk.
2. Tulis maklumat yang diperlukan.
3. Tampalkan bahan yang dikumpulkan pada kertas.
4. Susun bahan mengikut kesesuaian.



Gam









1 TABUNGAN
BANYAK KEISTIMEWAAN


Simpanan dijamin kerajaan berserta dividen yang kompetitif.
SIMPANAN
Dilengkapi manfaat perlindungan takaful yang komprehensif.
PERLINDUNGAN
CABUTAN BERTUAH
Berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.
Daftar secara dalam talian hari ini!

(Sumber: https://sspni.mysspniplus.com)


1.3.2
188 2.3.1
5.3.4

TEMA
TEMA


9 INTEGRITI






Ayam bertaji di pohon sintuk, Burung merpati terbang berlima,
Geraknya ligat lari berhasta; Di pohon cemara hinggapnya cermat;
Generasi terpuji akhlak dibentuk, Teras integriti asas utama,
Amanah sejagat pegangan kita. Makmur negara sejahtera nikmat.

Terbang angsa geraknya laju,
Rezeki dicari sekawan bersama;
Hebatnya bangsa negara maju,
Kukuh jati diri asas utama.












































Lafazkan pantun integriti dan nyatakan maksudnya.
189

UNIT
25 Amanah Sejagat


UNIT 1
Mendengar dan Bertutur


Hargai Alam Kita
Hargai Alam Kita
Irfan dan keluarganya melawat ke Taman Negara Tanjung Piai, Johor. Di sana,
mereka mendapat penerangan tentang hutan paya bakau.













Negara kita mempunyai kawasan hutan paya
bakau yang terbesar di Asia Tenggara. Hal ini
menyebabkan banyak pantai di negara kita
selamat daripada hakisan kerana dilindungi
oleh pokok paya bakau. Oleh itu, hutan paya
bakau merupakan anugerah Tuhan yang
perlu kita pelihara dan hargai.







Terima kasih, tuan. Saya ____
dengan penyataan tuan. Hutan
paya bakau ialah satu amanah Untuk melaksanakan
yang ____. tanggungjawab itu,
saya akan ____.




















190

Audio pendengaran
Audio pendengaran





Hut
Hutan Paya Bakau
an P
a Bakau
ay
• Pokok bakau tumbuh dengan
banyaknya di dalam tanah masin
dan air payau.
• Kita perlu memelihara hutan paya
bakau untuk tatapan generasi akan
datang.
• Pemeliharaan hutan paya bakau
tanggungjawab kita bersama.






































Aktiviti

Dengar, tafsir, dan berikan respons terhadap penyataan pada dialog dan infografik.
Nota Guru
• Bimbing murid mendengar dan mentafsir penyataan berdasarkan bahan.
1.1.3 • Bimbing murid memberikan respons yang kritis dan kreatif.
Strategi PdP: KP – Naturalis KBAT: Menilai – Memberikan alasan 191
EMK: Kelestarian global


Click to View FlipBook Version