The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadyusoff81, 2022-05-09 18:16:44

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI T6 SK (SEMAKAN 2017)

RUKUN NEGARA


Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;


Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;


Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden.


MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:


KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN



(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

1
AND
T
AH (SEMAKAN 20
ARD SEK
OL
AH REND
UM S
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017)
KUR
IKUL
7
)











SEKOLAH KEBANGSAAN








MOHD RAHIM BIN MOHD SHARIF

ABDUL KARIM BIN DAUD
NORAZUAN BIN ROZALI





HAFIZUL BIN ADNEN
MUHAMMAD FAIZ BIN MOHAMAD ALI





ALIF FALIQ BIN ZULKIFLI





MUHAMMAD IZZUAN BIN IDRIS










Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
2021
2021

A
N
H
A
G
G
N
A
PENGHARGAAN
R
PE
No. Siri: 0008
KK 607-221-0102011-49-3283-20101 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak.
ISBN 978-983-49-3283-1 Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada
semua pihak yang terlibat:
Cetakan Pertama 2021
© Kementerian Pendidikan Malaysia 2021
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan Kementerian Pendidikan Malaysia.
dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan
semula, disimpan dalam cara yang boleh Bahagian Pembangunan Kurikulum,
dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan Kementerian Pendidikan Malaysia.
dalam sebarang bentuk atau cara, baik Jawatankuasa Penyemakan Pruf Muka Surat,
dengan cara bahan elektronik, mekanik, Kementerian Pendidikan Malaysia.
penggambaran semula mahupun dengan
cara perakaman tanpa kebenaran terlebih Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera,
dahulu daripada Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jawatankuasa Peningkatan Mutu,
Perundingan tertakluk kepada perkiraan Dewan Bahasa dan Pustaka.
royalti atau honorarium.
Panel Pembaca Luar, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan
Malaysia oleh: SK Sri Langat, Banting, Selangor.

Dewan Bahasa dan Pustaka, SK Lembah Subang, Petaling Jaya, Selangor.
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur. SK Felda Neram Satu, Kemaman, Terengganu.
No. Telefon: 03-2147 9000 (8 talian) SMK Canossian Convent, Kluang, Johor.
No. Faksimile: 03-2147 9643
Laman Web: http://www.dbp.gov.my Terima kasih juga ditujukan kepada organisasi atau
orang perseorangan yang bersama-sama menjayakan
Reka Letak dan Atur Huruf:
Reka Cetak Sdn. Bhd. penerbitan buku ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
Muka Taip Teks: Azim light
Saiz Taip Teks: 13 poin

Dicetak oleh:
Sinaran Bros Sdn. Bhd.
No. 1 & 3, Jalan 118C,
Desa Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.

PENERANGAN IKON iv



PENDAHULUAN vi




APLIKASI REKA BENTUK 1

TEKNOLOGI KEJURUTERAAN






REKA BENTUK 23

PENGATURCARAAN







PEMBANGUNAN PRODUK 45






















iii

PENERANGAN IKON
PENERANGAN IKON







Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang
dapat menguji dan mencungkil pemahaman
murid terhadap kandungan yang dipelajari.






Arahan ringkas kepada guru bagi menjalankan
aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang Nota Guru
Nota Guru
bersesuaian dengan kandungan pembelajaran.






Standard pembelajaran yang terdapat dalam
5.2.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
yang perlu dikuasai oleh murid.






Aktiviti pengukuhan, pemulihan dan pengayaan MEDAN AKTIVITI
yang perlu dilakukan oleh murid sama ada
secara berkumpulan atau individu.




Rumusan dalam bentuk rajah pengurusan
IMBAS
KEMBALI grafik pada akhir setiap unit pembelajaran
agar murid dapat mengimbas kembali
kandungan pembelajaran.




Soalan latihan pelbagai aras pada akhir setiap
unit pembelajaran yang bertujuan untuk
menguji dan menilai kefahaman murid.


iv

Simbol atau tanda yang menunjukkan murid
harus berhati-hati semasa menggunakan
alatan berkenaan.






Maklumat sokongan yang boleh diimbas dengan
menggunakan peranti mudah alih seperti telefon
pintar atau tablet.





PAK-21 Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21)
yang merangkumi pelbagai kemahiran untuk
dikuasai oleh murid seperti literasi digital,
komunikasi interaktif, kolaboratif, fleksibiliti,
produktiviti dan akauntabiliti.




Maklumat, aktiviti atau soalan yang berkaitan
dengan teknologi maklumat dan komunikasi.





TAHUKAH Maklumat tambahan yang berkaitan dengan
kandungan pembelajaran untuk meningkatkan
KAMU
pengetahuan murid.



W AD AH
WADAH
ILMU
Penerangan secara mendalam mengenai ILMU
sesuatu konsep atau teori sebagai
pengetahuan tambahan kepada murid.





Maklumat yang berkaitan dengan Sains,
STEM
STEM
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
serta pemikiran komputasional untuk
menerapkan nilai tambah dalam diri murid.
v

Buku teks Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6 Sekolah Kebangsaan
merupakan pelengkap kepada buku teks Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4
Sekolah Kebangsaan dan Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5 Sekolah
Kebangsaan. Kandungan buku teks ini ditulis berpandukan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Reka Bentuk dan Teknologi
Tahun 6 bagi mencapai matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
(Semakan 2017) Kementerian Pendidikan Malaysia serta menyokong hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Kandungan buku ini bertujuan memberikan panduan kepada murid
dengan menghasilkan produk elektromekanikal dan memperkenalkan
asas sistem robotik. Unit terakhir pula murid ditunjuk ajar untuk
membangunkan produk berdasarkan bidang-bidang ilmu di Tahun 4,
Tahun 5 dan Tahun 6.


Setiap unit mengandungi halaman rangsangan dan diikuti dengan
isi pembelajaran, rumusan dan soalan latihan. Di samping itu, terdapat
penyendal seperti Wadah Ilmu, Tahukah Kamu?, Jejak TMK, Medan Aktiviti,
KBAT, Imbas Saya, PAK-21 dan STEM untuk membangkitkan rasa ingin
tahu, meningkatkan cara berfikir kritis dan kreatif dan menggalakkan kerja
berkumpulan.


Penghasilan produk reka bentuk yang ditunjukkan dalam buku ini
hanyalah sebagai panduan dan rujukan. Murid digalakkan menghasilkan
produk menggunakan idea dan kreativiti sendiri dengan mengolah bahan
atau aktiviti mengikut kesesuaian persekitaran mereka.


Akhir sekali, kandungan buku teks Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6

Sekolah Kebangsaan ini diharapkan dapat melahirkan murid yang
membudayakan pemikiran kritis, kreatif dan inventif serta berinovatif bagi
menghasilkan produk baharu dan seterusnya mampu menjadi pereka
bentuk yang kompetitif dan bersedia menyahut cabaran sebagaimana yang
dihasratkan oleh negara.




vi

UNIT APLIKASI REKA BENTUK

1 TEKNOLOGI KEJURUTERAAN









Aiman dan adiknya sedang bermain kereta
kawalan jauh di halaman rumah sewaktu
ayah mereka pulang dari kerja.



















Sekejap, adik. Abang
sedang mengawal
Abang, tolong adik
masukkan bateri ini. kereta menggunakan
alat kawalan jauh.


























Nota Guru
• Hubung kait situasi di atas dengan reka bentuk produk elektromekanikal yang akan
dipelajari oleh murid. 1
• Bersoal jawab dengan murid tentang elemen elektromekanikal yang terdapat dalam
gambar.

ELEMEN ELEKTROMEKANIKAL


Banyak perkakasan di sekeliling kita mempunyai gabungan komponen elektrik,
elektronik dan mekanikal. Gabungan ketiga-tiga komponen ini merupakan
elemen elektromekanikal yang membolehkan sesebuah perkakasan itu
berfungsi mengikut tugasnya.


Apakah perkakasan elektromekanikal yang dapat kamu perhatikan dalam
gambar berikut?
Terdapat motor untuk
Mesin basuh ialah contoh memusingkan dram
perkakasan yang mempunyai dan panel kawalan bagi
elemen elektromekanikal. memberikan arahan
khusus kepada mesin
basuh.

Ibu, apakah contoh
perkakasan elektromekanikal
yang terdapat di rumah kita?






























Elemen
Komponen elektrik Komponen elektronik
elektromekanikal



Komponen mekanikal


Nota Guru
• Berbincang dengan murid tentang perbezaan antara elemen elektrik, elektronik dan 5.2.1
mekanikal dalam perkakasan elektromekanikal.
2
• Berbincang dengan murid tentang perkakasan elektromekanikal selain yang dinyatakan
di atas.

BAGAIMANAKAH ELEMEN ELEKTROMEKANIKAL BERFUNGSI?



Mari lihat contoh yang ada di sekeliling kita. Mesin basuh merupakan contoh
perkakasan yang mempunyai elemen elektromekanikal. Yang berikut ialah
elemen elektromekanikal yang ditunjukkan melalui keratan rentas sebuah
mesin basuh:
Plag 3 pin
(ke bekalan kuasa elektrik)


Panel
kawalan Dram




Sensor Takal
keseimbangan
dram
TAHUKAH
KAMU
Tali sawat Terdapat beberapa
sensor pada mesin
basuh yang mempunyai
fungsi tersendiri seperti
Motor mengesan aras air,
mengesan suhu dan
lain-lain lagi.

Komponen Elektrik Komponen Elektronik Komponen Mekanikal
• Plag 3 pin • Panel kawalan • Takal
• Motor • Sensor keseimbangan dram • Tali sawat

Yang berikut ialah contoh operasi elemen elektromekanikal apabila mengaktifkan tetapan
SPIN untuk mengeringkan pakaian pada mesin basuh:
1 Bekalan kuasa elektrik Tekan butang ON 3 Tekan butang Tekan butang START.

disambungkan ke 2 pada panel SPIN untuk proses 4 Panel kawalan
kawalan. Mesin
menghantar arahan
mesin basuh melalui basuh berada dalam mengeringkan kepada motor dan sensor
plag 3 pin. pakaian.
keadaan sedia. keseimbangan dram.
6 7
Motor memusingkan takal yang Sensor keseimbangan dram Dram akan berhenti
5 dihubungkan dengan tali sawat. Takal akan menghentikan putaran berputar mengikut
akan memusingkan dram pada kelajuan dram sekiranya putaran masa yang telah
tinggi untuk mengeringkan pakaian. dram tidak seimbang. ditetapkan.

Nota Guru
5.2.2 • Bersoal jawab dengan murid tentang perbezaan fungsi komponen yang terdapat pada
mesin basuh. 3
• Dram mesin basuh merupakan komponen utama yang dihubungkan dengan komponen
mekanikal, elektrik dan elektronik.

Elemen elektromekanikal melibatkan komponen-komponen elektrik, elektronik
dan mekanikal.


Komponen Elektrik

Plag 3 pin
(E) (N)
Plag 3 pin terdiri daripada tiga tamatan, iaitu hidup (L),
neutral (N) dan bumi (E).
Plag 3 pin menyambungkan perkakasan elektrik
kepada bekalan kuasa elektrik. Kebanyakan
Fungsi
(L) perkakasan elektrik di rumah menggunakan
plag 3 pin. Contohnya, peti sejuk dan mesin basuh.

Motor
Motor menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik
untuk menghasilkan pergerakan.
Motor akan dihubungkan dengan komponen
Fungsi mekanikal lain. Contohnya, takal dan tali sawat untuk
memusingkan dram mesin basuh.

Terdapat dua jenis motor, iaitu motor arus terus
dan motor arus ulang-alik. Cari perbezaan
kedua-dua jenis motor ini menggunakan enjin
JEJAK TMK carian.
JEJAK TMK
Komponen Elektronik

Panel kawalan

Panel kawalan terdiri daripada papan litar yang dipasang
dengan komponen-komponen elektronik kepada mikropengawal.
Panel kawalan mengawal keseluruhan sistem
Fungsi elektromekanikal. Contohnya, mengawal kelajuan
putaran dram mesin basuh.

Sensor
Sensor ialah peranti yang dapat mengesan perubahan
persekitaran seperti cahaya, haba, tekanan, kelembapan dan
sebagainya.
Sensor akan mengesan perubahan dan menghantar
isyarat elektrik kepada panel kawalan untuk tindakan
Fungsi selanjutnya. Contohnya, apabila sensor mengesan
ketidakstabilan putaran dram mesin basuh, dram
tersebut akan berhenti berputar.

Nota Guru
• Guru boleh menayangkan video atau menunjukkan gambar yang berkaitan dengan 5.2.2
komponen elektrik dan elektronik.
4
• Tenaga kinetik ialah tenaga yang ada pada sesuatu objek akibat pergerakannya.

Komponen Mekanikal


Takal
Takal ialah roda yang mempunyai alur rim yang sesuai
dipasang dengan tali atau rantai padanya.
Takal berfungsi untuk menggerakkan sesuatu objek
Fungsi seperti memutarkan dram mesin basuh setelah
dihubungkan dengan motor menggunakan tali sawat.


Tali sawat
Tali sawat ialah sejenis tali yang menghubungkan dua atau
lebih takal.
Tali sawat berfungsi untuk memindahkan putaran yang
Fungsi
dihasilkan oleh motor ke takal.

Selain takal dan tali sawat, terdapat komponen mekanikal lain yang sering digunakan dalam
produk elektromekanikal, iaitu gear, gegancu dan rantai.




Gear merupakan susunan roda
bergigi yang dihubungkan
dengan roda bergigi lain bagi
memindahkan kuasa supaya
kelajuan atau arah Dua gegancu dihubungkan
pergerakan melalui rantai untuk
mesin dapat memindahkan pergerakan.
ditukarkan. Gegancu digerakkan oleh
motor yang menukarkan
PAK-21 tenaga elektrik kepada
tenaga kinetik.


Bentukkan tiga kumpulan.
1. Setiap kumpulan perlu memilih salah satu elemen elektromekanikal di bawah:
(a) Komponen elektrik
(b) Komponen elektronik
(c) Komponen mekanikal
2. Setiap ahli dalam kumpulan mencari maklumat tentang komponen yang dipilih
daripada pelbagai sumber. Kemudian, tulis soalan-soalan yang berkaitan
dengan komponen yang dipilih pada kad yang berbeza.
3. Lakukan aktiviti Kekipas dan Pilih berdasarkan soalan yang dibina dengan
kumpulan lain.

Nota Guru
5.2.2 Guru menayangkan video atau menunjukkan gambar yang berkaitan seperti
basikal elektrik, kren dan kereta kabel. Seterusnya, bincangkan penggunaan elemen 5
elektromekanikal yang ditunjukkan dalam video atau gambar tersebut dengan murid.

JOM, BINA KERETA KAWALAN JAUH!


Aiman dan rakan-rakannya bercadang membina sebuah kereta yang
mempunyai elemen elektromekanikal. Mereka mempunyai pelbagai idea
dan cadangan yang menarik.
Semua elemen
Kita perlu menghasilkan produk Kita boleh menghasilkan elektromekanikal
berasaskan elemen elektromekanikal. kereta kawalan jauh. ada pada kereta
kawalan jauh.

















Papan litar isyarat penerima
Komponen mekanikal seperti gear, Motor dan bateri dan papan litar isyarat
gegancu dan rantai serta takal dan sebagai komponen pemancar sebagai
tali sawat boleh digunakan. elektrik. komponen elektronik.

















Yang berikut ialah kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh Aiman dan rakan-rakannya:


Menyediakan
Melakarkan Menilai Membuat lakaran alatan dan
idea lakaran yang ditambah baik bahan



Membuat
Membina Menguji Membuat
produk kefungsian kemasan pembentangan
produk

Nota Guru
Produk yang ditunjukkan dalam buku ini adalah sebagai panduan sahaja. 5.2.3
Penghasilan produk sebenar perlu mengikut kesesuaian sekolah masing-masing.
6

MELAKARKAN IDEA


Aiman dan rakan-rakannya mencadangkan tiga lakaran idea untuk membina kereta
kawalan jauh.
Lakaran Idea 1






Motor Alat kawalan
2O cm berwayar





2 cm
3.5 cm

6 cm
Gear
9 cm 3.5 cm
2 cm



Lakaran Idea 2

Panel solar


Antena penerima

Motor
2O cm Papan isyarat

penerima
Rantai

2 cm
3.5 cm

6 cm
3.5 cm Gegancu
9 cm
2 cm




Gunakan enjin carian untuk memperoleh maklumat
tentang reka bentuk kereta kawalan jauh.
JEJAK TMK
JEJAK TMK
Nota Guru
5.2.3 • Jelaskan kepada murid bahawa lakaran perlu dibuat secara bebas tanpa menggunakan
pembaris. Pastikan lakaran bermaklumat. 7
• Dimensi produk bergantung pada kesesuaian produk yang akan dihasilkan.
Dimensi yang ditunjukkan di atas adalah untuk produk dalam buku ini.

Lakaran Idea 3




Antena penerima




Pemegang bateri Papan isyarat
penerima

Motor
2O cm



Tali sawat

2 cm
3.5 cm


Takal
6 cm

9 cm 3.5 cm
2 cm





MEDAN AKTIVITI PAK-21
Bentukkan kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli.
1. Lantik seorang ketua kumpulan.
2. Ketua kumpulan mengagihkan tugasan, iaitu setiap ahli kumpulan
perlu memilih dan membuat satu lakaran berbeza berdasarkan
maklumat pada kad yang dipilih:
• Kad 1 : Panel solar, alat kawalan berwayar, motor dan gear.
• Kad 2 : Bateri, papan isyarat penerima, motor, gegancu dan rantai.
• Kad 3 : Panel solar, papan isyarat penerima, motor, takal dan tali sawat.
3. Ketua kumpulan berbincang dengan ahli kumpulan tentang masa yang
diperlukan untuk menyiapkan lakaran.
4. Ketua kumpulan mempengerusikan sesi perbincangan berkenaan lakaran
yang dihasilkan melalui aktiviti Kerusi Panas.
5. Ketua kumpulan membuat rumusan tentang perbincangan yang telah
dibuat.
6. Ketua kumpulan berbincang dengan ahli kumpulan untuk menilai lakaran
bagi menghasilkan satu lakaran elektromekanikal yang terbaik.

Nota Guru
• Terangkan kaedah PAK-21 dalam medan aktiviti di atas kepada murid. Nyatakan juga 5.2.3
contoh-contoh lain kaedah PAK-21 dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
8
• Minta murid menyatakan perbezaan yang terdapat pada Lakaran Idea 1, 2 dan 3
berdasarkan elemen elektromekanikal.

MENILAI LAKARAN


Yang berikut ialah contoh penilaian terhadap ketiga-tiga lakaran idea dan
cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan:


Kesesuaian
Elemen Elemen Lakaran Lakaran Lakaran
Reka Elektromekanikal Huraian 1 2 3 Catatan
Bentuk
S TS S TS S TS
Kemaskan
Elektrik Susunan wayar yang kemas. / / /
susunan wayar.
Susunan komponen yang
Elektronik / / /
Rupa kemas.
Susunan komponen
Mekanikal mekanikal tidak menjejaskan / / /
rupa produk.
Reka letak wayar tidak
Elektrik / / /
berselerak.
Reka letak papan litar tidak
Elektronik / / /
Bentuk mengganggu bentuk produk.
Reka letak komponen
Mekanikal mekanikal tidak mengganggu / / /
bentuk produk.
Saiz wayar bersesuaian
Elektrik dengan arus elektrik yang / / /
digunakan.
Panel solar
Saiz komponen elektronik
Elektronik yang sesuai dengan saiz / / / memerlukan
produk dihasilkan. saiz yang
Saiz besar.
Gegancu,
Saiz komponen mekanikal rantai, takal
yang digunakan bersesuaian dan tali sawat
Mekanikal / / /
dengan saiz produk yang memerlukan
dihasilkan. saiz produk
yang besar.
Ruang jarak antara wayar Rapatkan
Elektrik / / /
sesuai. wayar.
Ruang letak komponen yang
Elektronik / / /
sesuai.
Ruang
Gegancu,
Ruang letak komponen rantai, takal
Mekanikal mekanikal tidak mengganggu / / / dan tali sawat
fungsi produk. memerlukan
ruang besar.
(S - Sesuai / TS - Tidak Sesuai)
Nota Guru
5.2.4 Minta murid berbincang dengan ahli kumpulan lain untuk menilai lakaran idea yang
dihasilkan serta cadangan penambahbaikan.
9

MEMBUAT LAKARAN YANG DITAMBAH BAIK


Berdasarkan penilaian, beberapa elemen daripada Lakaran Idea 1, 2 dan 3
dipilih dan digabungkan bagi menghasilkan satu lakaran baharu yang
ditambah baik. Papan isyarat penerima dipasang Untuk komponen elektrik

pada kereta. Oleh itu, kita perlu
Kita akan menggunakan dan mekanikal, kita akan
bateri dalam produk ini. memasang papan isyarat pemancar menggunakan motor dan
pada alat kawalan jauh. gear kerana ruang dan
saiznya yang kecil.






















Lakaran yang Ditambah Baik


Antena penerima

Pemegang bateri

Papan isyarat
Motor penerima
2O cm


Gear
2 cm
3.5 cm

6 cm


9 cm 3.5 cm
2 cm



Nota Guru
• Bimbing murid menambah baik lakaran seperti yang dibincangkan dalam penilaian. 5.2.4
• Berbincang dengan murid tentang elemen elektromekanikal yang dipilih dalam
10
reka bentuk produk.

MENYEDIAKAN ALATAN DAN BAHAN




Setelah lakaran selesai dinilai dan ditambah baik, tibalah masanya
untuk melakukan kerja-kerja menghasilkan produk elektromekanikal.
Alatan dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan produk
adalah seperti yang berikut:

Alatan

1. Gunting serba guna
2. Pelucut wayar
3. Pensel
4. Pembaris keluli
5. Pisau boleh laras
6. Pemutar skru Phillip
7 7. Gerudi mudah alih
2 8. Alas pemotong
3 4 5 6
1 8


Bahan

1
1. Kertas kotak
2. Glu sentuh
6
4 3. Batang aiskrim
4. Pita perekat
5. Tiub pengecutan haba
2 3 5 6. Bol dan nat
7. Gear
8. Gandar
9. Roda
10. Pemegang bateri
11. Bateri
12. Motor
13. Antena penerima
14. Antena pemancar
15. Papan isyarat penerima
7 10 11 15 16 16. Papan isyarat pemancar
9
8
13 14
12




Nota Guru
5.2.5 Guru bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti setiap alatan dan bahan yang
akan digunakan dalam menghasilkan produk ini.
11

MEMBINA PRODUK


Yang berikut ialah langkah-langkah membina produk elektromekanikal:


Mengukur Menanda Memotong Mencantum


Memasang komponen Menguji
• mekanikal Membuat
• elektrik kefungsian kemasan
produk
• elektronik

Untuk membina kereta kawalan jauh ini, terdapat tiga bahagian utama,
iaitu mereka bentuk kereta, mereka bentuk alat kawalan jauh dan membina
badan kereta. Bahagian-bahagian ini merangkumi pemasangan komponen
mekanikal, elektrik dan elektronik.



Bahagian A: Mereka Bentuk Kereta
(a) Membina Kerangka Kereta



1 Ukur dan tandakan pada kertas
kotak bagi membentuk kerangka
kereta.











2 Potong kertas kotak mengikut
ukuran yang sudah ditandakan.


Pastikan Ruang untuk
ruang untuk posisi gear
gear dipotong
dengan betul
dan sesuai.



Nota Guru
• Sebelum kerja memotong dilakukan, letakkan komponen pada kertas kotak yang ditanda 5.2.5
untuk melihat kesesuaian saiz potongan.
12
• Jelaskan kepada murid bahawa mereka bebas membuat reka bentuk yang kreatif dan
berfungsi.

3 Cantumkan dua batang aiskrim 4 Tebuk hujung batang aiskrim
dengan menggunakan glu sentuh. dengan menggunakan
gerudi mudah alih.




(b) Memasang Komponen Mekanikal


























5 Pasangkan gandar pada 6 Lengkapkan pemasangan
batang aiskrim. Kemudian, roda pada gandar.
pasangkan roda, diikuti
gear pada gandar dengan
berhati-hati.




Nota Guru
5.2.5 • Bersoal jawab dengan murid tentang cara menebuk lubang pada batang aiskrim dan saiz
lubang yang bersesuaian untuk gandar. 13
• Minta murid supaya berhati-hati semasa menggunakan alatan tangan yang tajam.

7 Pasangkan kerangka 8 Pasangkan gear pada gandar
dan lekatkannya dengan motor. Kemudian, rapatkannya
menggunakan glu sentuh. dengan gear pada gandar
roda. Pastikan gigi gear saling
bersentuhan antara satu sama lain.

(c) Memasang Komponen Elektrik

9 Lekatkan motor pada kerangka
kereta. Kemudian, lekatkan
pemegang bateri pada kerangka
menggunakan glu sentuh.

W
WADAH
AD
AH
ILMU
ILMU
Glu sentuh perlu disapu pada
kedua-dua permukaan yang
hendak dicantum dan dibiarkan
seketika sebelum dicantumkan.
MEDAN AKTIVITI
1. Masukkan bateri pada pemegang bateri. Sambungkan wayar
pemegang bateri terus kepada motor.
2. Perhatikan dan jelaskan perkara yang berlaku apabila:
(a) Gigi antara gear dirapatkan dengan ketatnya.
(b) Gigi antara gear dijarakkan atau dilonggarkan.
(c) Kekutuban bateri ditukarkan.
3. Terangkan kedudukan gigi gear yang betul supaya produk dapat
bergerak dengan lancarnya.

Nota Guru
Bimbing murid memasang gear dengan betul agar produk dapat berfungsi dengan lancar. 5.2.5
14

(d) Memasang Komponen Elektronik




























10 Lekatkan papan isyarat penerima 11 Sambungkan wayar
pada kerangka kereta dengan teliti. dari motor dan papan
Kemudian, pasangkan antena penerima isyarat penerima dengan
pada papan isyarat penerima dengan pemegang bateri dengan
menggunakan pemutar skru. menggunakan tiub
pengecutan haba.



W AD AH
WADAH
ILMU
ILMU
Terdapat beberapa
perkakasan yang
menggunakan
frekuensi. Contohnya,
walkie-talkie, pagar
automatik dan kipas
kawalan jauh.







Sambungan litar yang telah siap pada kereta. IMBAS SAYA
Litar Bergambar Kereta
Kawalan Jauh

Nota Guru
5.2.5 • Jelaskan kepada murid tentang frekuensi isyarat pemancar dan isyarat penerima.
• Terangkan kepada murid tentang jenis frekuensi dan aplikasi frekuensi dalam kehidupan 15
harian.

Bahagian B: Mereka Bentuk Alat Kawalan Jauh

(a) Membina Kerangka Alat Kawalan Jauh


12 Ukur dan tanda pada kertas kotak
bagi membentuk alat kawalan jauh.














13 Potong kertas kotak yang •
telah ditandakan.







Lubang

14 Tebukkan satu •
lubang untuk wayar Bahagian
pemegang bateri ke belakang
bahagian belakang.




Bahagian
depan

(b) Memasang Komponen Elektrik




15 Masukkan wayar pemegang bateri
ke dalam lubang pada kerangka.
Kemudian, lekatkan pemegang
bateri dengan glu sentuh.




Nota Guru
• Bimbing murid semasa membuat kerja-kerja penyambungan wayar. Kesilapan 5.2.5
penyambungan wayar akan menyebabkan alat kawalan jauh gagal berfungsi.
16
• Murid boleh membuat lakaran idea untuk alat kawalan jauh sebelum membinanya.

(c) Memasang Komponen Elektronik

16 Pasangkan antena pemancar
pada papan isyarat pemancar dan
ketatkannya dengan bol dan nat.














17 Sambungkan wayar pemegang bateri
dengan wayar papan isyarat pemancar.

















18 Letakkan bahagian penutup
alat kawalan jauh dan pastikan
butang maju dan butang undur
boleh ditekan.









19 Cantumkan kerangka alat
kawalan jauh dengan pita
perekat.








Nota Guru
5.2.5 • Bersoal jawab dengan murid tentang situasi yang akan berlaku jika antena pemancar dan
antena penerima diperbuat daripada bahan bukan logam. 17
• Terangkan kepada murid bahawa kesilapan penyambungan wayar papan isyarat pemancar
dengan pemegang bateri akan mempengaruhi pergerakan maju dan undur kereta.

Pandangan hadapan Pandangan belakang


20 Bahagian alat kawalan jauh yang telah siap.





Bahagian C: Membina Badan Kereta





























21 Ukur dan tandakan kertas kotak. 22 Potong kertas kotak yang
Ukuran badan kereta mestilah telah ditandakan.
padan dengan kerangka kereta.






Nota Guru
• Bersoal jawab dengan murid tentang kesesuaian reka bentuk badan produk agar sesuai 5.2.5
dengan saiz keseluruhan produk yang akan dihasilkan.
18
• Murid telah didedahkan dengan lakaran idea reka bentuk badan kereta semasa di Tahun 4.

23 Cantumkan bahagian-bahagian 24 Badan kereta siap dicantumkan.
yang dipotong dengan glu sentuh.


Reka bentuk badan kereta ini
dibuat melengkung. Bagaimanakah
cara melengkungkannya?

MENGUJI KEFUNGSIAN




IMBAS SAYA
Video Kereta
Kawalan Jauh
25

Masukkan bateri pada kedua-dua
pemegang bateri kereta dan alat
kawalan jauh.








26
Tekan butang maju dan butang
undur pada alat kawalan jauh.








Nota Guru
5.2.5 Reka bentuk badan kereta boleh dibuat mengikut kreativiti murid.
19

27 Mengapakah kita tidak boleh
mencantumkan badan kereta dan
Perhatikan pergerakan kereta. Jika kereta gagal kerangka dengan glu sentuh?
bergerak, kenal pasti kesilapan pemasangan
dan lakukan penambahbaikan. Jika berjaya,
cantumkan badan kereta dengan pita perekat.
















Terangkan punca bagi situasi berikut:
(a) Kereta tidak bergerak dan tiada bunyi
putaran motor.
(b) Kereta tidak bergerak tetapi terdapat Adakah saiz gear yang
bunyi putaran motor. digunakan akan mempengaruhi
(c) Kereta bergerak tetapi tidak lancar. kelajuan kereta? Bincangkan.


MEMBUAT KEMASAN


Kerja membuat kemasan pada produk elektromekanikal ini dilakukan pada
peringkat akhir, iaitu apabila produk ini telah berfungsi dengan baiknya.

Yang berikut ialah contoh bahan yang boleh digunakan untuk membuat
kemasan:









Cat sembur Cat licau









Pen penanda Kertas pelekat


Nota Guru
• Pastikan murid menjaga kebersihan dan keselamatan diri semasa melakukan kerja 5.2.5
membuat kemasan produk.
20
• Pastikan murid memakai apron semasa melakukan kerja membuat kemasan produk.

PEMBENTANGAN PRODUK



Produk yang telah siap perlu dibentangkan kepada guru dan rakan-rakan.
Terdapat pelbagai kaedah pembentangan produk yang boleh digunakan
seperti pembentangan secara lisan atau persembahan multimedia.
























Senarai yang berikut boleh dijadikan panduan semasa membuat
pembentangan atau persembahan produk.

Bil. Perkara Ada Tiada Catatan

1. Memperkenalkan diri/ahli kumpulan.

2. Menyatakan tajuk projek/nama produk.

3. Menunjukkan lakaran yang dihasilkan.

Menyatakan komponen dan fungsi bagi:
(a) Komponen elektrik
4.
(b) Komponen elektronik
(c) Komponen mekanikal

5. Menyatakan alatan dan bahan yang digunakan.
6. Demonstrasi kefungsian produk.

Menyatakan masalah yang dihadapi serta cara
7.
menyelesaikan masalah.

8. Sesi soal jawab.


Nota Guru
5.2.6 • Pastikan setiap murid memainkan peranan semasa pembentangan produk.
• Pastikan pembentangan kreatif dan berfokus pada elemen reka bentuk elektromekanikal.
21

IMBAS
KEMBALI

Melakar reka bentuk
Menyatakan elemen Menerangkan elemen produk elektromekanikal
elektromekanikal. elektromekanikal. yang akan dihasilkan.



Menilai lakaran yang Membuat produk Membentangkan
dipilih untuk membuat berdasarkan lakaran produk yang
penambahbaikan. dengan menggunakan dihasilkan.
bahan dan peralatan
yang sesuai.


Jawab semua soalan di bawah.

1. Apakah maksud elektromekanikal?

2. Kenal pasti elemen elektromekanikal bagi komponen yang berikut:










3. (i) Nyatakan fungsi bagi setiap komponen yang berikut:
(a) (b) (c)






(ii) Berikan satu contoh perkakasan atau peralatan yang menggunakan
elemen elektromekanikal seperti yang ditunjukkan dalam 3(i).
(a) ____________________________________
(b) ____________________________________

(c) ____________________________________

4. Senaraikan alatan, bahan dan komponen yang kamu gunakan untuk
menghasilkan produk elektromekanikal.
5. Aiman telah menggantikan bateri dengan panel solar yang
bersesuaian pada kereta kawalan jauhnya. Adakah kereta tersebut
akan berfungsi? Mengapa?


Nota Guru
• Minta murid menyatakan perkara penting yang telah dipelajari oleh mereka dalam unit ini.
• Berbincang dengan murid jawapan bagi soalan di atas.
22

UNIT

2 REKA BENTUK PENGATURCARAAN







Murid-murid di dalam kelas ini kelihatan gembira. Mereka
sedang menguji pengaturcaraan yang dibuat pada set robot
yang telah dibina.


Jonis, robot ini dapat berfungsi
setelah saya memuat naik
pengaturcaraan yang kita buat.




Wah, robot kita sudah
boleh berfungsi!

































Kita sedang membina pengaturcaraan.
Setelah selesai nanti kita akan menguji
pada robot yang telah kita pasang.


Nota Guru
• Bersoal jawab dengan murid tentang situasi di atas dan pengaturcaraan yang pernah
mereka buat di Tahun 4 dan Tahun 5. 23
• Berbincang dengan murid tentang perbezaan antara memuat turun dengan memuat naik
pengaturcaraan.

PENGENALAN ASAS SISTEM ROBOTIK




Robotik merupakan satu bidang sains yang berkaitan dengan reka bentuk,
pembuatan, penggunaan dan sebagainya yang berkaitan dengan robot.


Bidang robotik membawa kemajuan besar dalam kehidupan manusia.
Penggunaan robot dapat dilihat dalam industri seperti yang berikut:

















Industri Automotif Industri Pertanian
















Industri Makanan Industri Elektronik



Robot boleh melaksanakan tugas yang sukar dan
berisiko tinggi kepada manusia. Cari maklumat dan
bincangkan, bagaimanakah robot boleh melakukan
JEJAK TMK
JEJAK TMK tugas seperti eksplorasi angkasa lepas atau planet?

MEDAN AKTIVITI
Buat satu koleksi gambar robot atau Mampukah robot
produk yang mempunyai elemen robotik menandingi kecekapan
dalam pelbagai industri. Kemudian, manusia melakukan
pamerkannya di dalam kelas. kerja? Mengapa?

Nota Guru
• Berbincang dengan murid tentang robot yang menjalankan pelbagai tugas manusia.
• Minta murid menyatakan kelebihan penggunaan robot dalam melakukan pekerjaan.
24

ELEMEN SISTEM ROBOTIK



Asas sistem robotik mempunyai elemen yang berikut:


Kawalan Kuasa


Elemen Sistem Robotik



Sensor Pergerakan




ELEMEN KAWALAN


Elemen kawalan berfungsi untuk menghasilkan sesuatu tindakan seperti pergerakan
mekanikal, mengeluarkan bunyi atau memancarkan cahaya. Tindakan ini
berdasarkan pengaturcaraan yang telah ditetapkan pada papan mikropengawal.



Antara papan mikropengawal
yang digunakan sebagai
elemen kawalan dalam
sistem robotik.




ELEMEN KUASA


Elemen kuasa yang digunakan pada sistem robotik terdiri daripada kuasa elektrik
seperti bateri dan panel solar agar robot dapat beroperasi sepenuhnya.















Panel Solar Bateri



Nota Guru
6.5.1
6.5.2 • Berbincang dengan murid tentang sumber kuasa seperti tenaga boleh baharu atau
tenaga fosil.
25

ELEMEN SENSOR


Elemen sensor ialah peranti yang boleh mengesan perubahan pada persekitaran
seperti cahaya, haba, tekanan, kelembapan, jarak dan sebagainya. Semua perubahan
input ini akan dihantar kepada mikropengawal untuk diproses dan ditukarkan kepada
output yang dikehendaki seperti pergerakan dan lain-lain.

Objek
Sensor Gelombang bunyi
Contohnya, sensor ultrasonik akan mengesan
kedudukan objek dalam jarak tertentu dari sensor.
Isyarat akan dihantar kepada mikropengawal untuk
melakukan tindakan seperti membunyikan penggera, Jarak
menghidupkan lampu dan sebagainya. Gambar rajah menunjukkan
sensor ultrasonik berfungsi.








Sensor Ultrasonik





ELEMEN PERGERAKAN


Elemen pergerakan yang ada pada
robot membolehkannya melakukan
pelbagai gerakan mengikut fungsi atau Sendi
kerja yang ditetapkan. Robot juga boleh
digerakkan dengan menggunakan
sistem pneumatik dan hidraulik.


WADAH
AD
AH
W
ILMU
ILMU
Pneumatik ialah sistem penggerak
yang menggunakan tekanan udara
sebagai tenaga penggeraknya, manakala Lengan robot bergerak mengikut
hidraulik pula menggunakan tekanan cecair. darjah kebebasan atau paksi gerakan
yang ada pada sesuatu sendi.




Nota Guru
6.5.2
• Berbincang dalam kumpulan tentang gerakan yang boleh dilakukan oleh robot ketika
melakukan kerja yang diprogramkan.
26
• Minta murid mencari maklumat tentang jenis sensor yang ada pada robot dengan
bimbingan guru.

PEMASANGAN PERKAKASAN PADA ROBOT


Robot yang dibina perlu dipasang dengan perkakasan yang sesuai. Biasanya,
perkakasan yang dipasang mempunyai elemen kawalan, kuasa, pergerakan dan
sensor. Pemasangan perkakasan pada badan robot dibuat pada bahagian yang
berbeza mengikut pergerakan robot tersebut.
Kawalan
Kuasa Papan mikropengawal
Perkakasan kuasa dipasangkan dipasangkan pada kedudukan
pada tempat yang mudah untuk yang memudahkan pemasangan.
menggantikan bateri.










Sensor










Sensor ultrasonik dipasangkan
pada bahagian hadapan bagi
mengesan halangan dari jarak
tertentu.
Pergerakan

Pergerakan

Motor servo
dipasangkan
pada bahagian
Motor arus terus dipasangkan yang memerlukan
pada bahagian bawah untuk pergerakan pada
robot bergerak ke hadapan atau sudut tertentu.
ke belakang.

Kita juga boleh membina sistem robotik sendiri menggunakan perkakasan,
reka bentuk, fungsi dan pengaturcaraan yang kita inginkan.


Nota Guru
6.5.3 Tunjukkan contoh beberapa papan mikropengawal yang berbeza kepada murid.
27

MARI MELAKARKAN ROBOT PENJAGA AIR TANAMAN



Dengan menggunakan perkakasan yang telah dipelajari, kita boleh membina
sistem robotik sendiri. Di samping itu, kita juga boleh menggunakan perisian
pengaturcaraan seperti yang telah dipelajari di Tahun 5.















Abang, tanaman
di dalam takung ini Sofea, abang rasa kita
sudah layu kerana perlu membina sistem
airnya telah kering. robotik bagi mengesan
Saya tidak tahu waktu kandungan air di dalam
untuk menambah air. takung tanaman.
























Yang manakah idea terbaik
untuk dijadikan sebagai
robot penjaga air tanaman?








Nota Guru
• Bimbing murid mencari masalah yang terdapat di persekitaran atau menyelesaikan 6.5.4
masalah yang diberikan oleh guru.
28
• Terangkan kepada murid tentang kepentingan menjanakan idea.
• Penghasilan produk sebenar perlu mengikut kesesuaian sekolah masing-masing.

Lakaran Idea 1

Sensor Motor Servo
Paku dijadikan sebagai sensor Menggerakkan bendera
untuk mengesan kandungan air. pada sudut tertentu
apabila air kering.

Papan Mikropengawal 1O cm
Mengawal sistem robotik.
Apabila air kering, paparan
LED akan menunjukkan ikon X. Takung tanaman
18 cm 2O cm




Lakaran Idea 2

Sensor 4 cm
Paku dijadikan sebagai sensor Motor Servo
untuk mengesan kandungan air. 4 cm Menggerakkan
kepala robot pada
sudut tertentu
3 cm apabila air kering.

Papan Mikropengawal
Takung Mengawal sistem robotik.
tanaman Apabila air kering, paparan
LED akan menunjukkan ikon X.




Lakaran Idea 3 4 cm
Sensor
Papan Mikropengawal 4 cm Paku dijadikan sebagai sensor
Mengawal sistem robotik. untuk mengesan kandungan air.
Apabila air kering, paparan
LED akan menunjukkan ikon X. Takung
tanaman
18 cm
Pembaz
Berbunyi apabila air di
dalam takung kering. 7 cm





Nota Guru
6.5.4 • Pastikan murid melakarkan sekurang-kurangnya dua lakaran idea untuk mereka bentuk
sistem robotik. 29
• Berbincang dengan murid tentang elemen lakaran yang telah dipelajari di Tahun 4.

MENILAI DAN MENAMBAH BAIK LAKARAN




Berdasarkan penilaian yang telah dibuat, Lakaran Idea 3 telah dipilih sebagai lakaran
yang terbaik. Lakaran ini perlu dinilai semula untuk membuat penambahbaikan. Kita boleh
mengubah, mengekalkan atau membuang mana-mana bahagian pada lakaran tersebut.



Elemen Elemen Kesesuaian
Reka Sistem Huraian Tidak Catatan
Bentuk Robotik Sesuai sesuai
Paku dijadikan sensor untuk mengesan
Sensor /
kandungan air.
Pemegang bateri untuk dua unit bateri
Kuasa /
saiz AA.
Papan mikropengawal berada di dalam
Rupa Kawalan /
badan robot.
Robot tidak mempunyai tangan untuk
Pergerakan menunjukkan pergerakan dan memberikan / Tambahkan tangan di
bahagian tepi robot.
peringatan.
Sensor berkeupayaan mengesan kandungan
Sensor /
air.
Dua unit bateri saiz AA membekalkan kuasa
Kuasa /
kepada sistem robotik.
Bentuk
Papan mikropengawal padan dengan fungsi
Kawalan /
sistem robotik.
Tidak ada motor servo untuk menggerakkan
Pergerakan / Tambahkan motor servo.
tangan robot.
Sensor Saiz sensor sesuai dengan fungsinya. /
Dua unit bateri saiz AA membekalkan kuasa
Kuasa /
kepada sistem robotik.
Saiz Kawalan Papan mikropengawal padan dengan fungsi /
sistem robotik.
Motor servo mempunyai saiz
Pergerakan Tiada elemen pergerakan. / yang sesuai untuk dipasang
di bahagian tepi robot.
Sensor Pemasangan sensor di bahagian luar robot. /
Pemegang bateri tidak menghalang
Kuasa /
perkakasan lain.
Ruang Kawalan Papan mikropengawal mempunyai ruang /
untuk penyambungan perkakasan lain.
Tiada elemen pergerakan di bahagian tepi
Pergerakan robot walaupun mempunyai ruang yang / Pasangkan dengan satu
mencukupi. motor servo.





Nota Guru
Beritahu murid bahawa lakaran terakhir mestilah lakaran bermaklumat. Oleh itu, minta 6.5.5
murid menulis semua maklumat pada lakaran yang telah ditambah baik.
30

CARTA ALIR ROBOT PENJAGA AIR TANAMAN


Lakaran yang Ditambah Baik




Motor servo Bekas makanan
11 cm
Papan mikropengawal Bod impra


Sensor paku 18 cm

Kotak
Takung tanaman
7 cm
Botol minuman
Wayar sensor


Berdasarkan lakaran yang telah ditambah baik, kita boleh membina robot. Sebelum
itu, kita perlu membuat carta alir bagi menghasilkan atur cara untuk digunakan
dalam robot penjaga air tanaman ini.

Carta Alir Struktur Kawalan Ulangan Robot Penjaga Air Tanaman

Aiman memikirkan satu sistem robotik yang sentiasa mengesan kadar kandungan
air di dalam takung tanaman. Jika air masih penuh, paparan LED menunjukkan ikon
3, tetapi jika air telah kering paparan LED akan menunjukkan ikon X. Tangan robot
bergerak dan pembaz berbunyi sebagai peringatan kepada Aiman dan adiknya
untuk mengisi air. Sistem peringatan ini akan berfungsi secara automatik.

MULA




Mengesan kandungan air

Tidak
Ada air ?

Ya
• Papan LED menunjukkan ikon X
Papan LED
• Pembaz berbunyi
menunjukkan ikon 3 • Motor servo bergerak



TAMAT
Nota Guru
6.5.6 Berdasarkan situasi dan carta alir robot penjaga air tanaman, tulis pseudokod dan
carta alir struktur kawalan pilihan.
31

ATUR CARA ROBOT PENJAGA AIR TANAMAN

IMBAS SAYA
Langkah-langkah atur cara menggunakan Editor MakeCode. Laman Sesawang
Editor MakeCode
Langkah-langkah

Langkah 1
a. Klik New Project.
b. Taip nama projek.
Kemudian, klik Create.


Langkah 2 Blocks Palette Scripts Area

a. Klik blok fungsi Basic.
b. Pilih show icon [ ] dan
masukkan ke dalam on
start.
c. Pilih ikon senyum.


Langkah 3
a. Klik blok fungsi Basic.
b. Pilih forever dan tarik ke
ruang Scripts Area.
c. Susun forever di sebelah
on start.

Langkah 4
a. Klik blok fungsi Logic.
b. Pilih if [ ] then, else dan
tarik ke ruang Scripts Area.
c. Masukkan ke dalam
forever.



Langkah 5

a. Klik blok fungsi Input.
b. Pilih pin [P0] is pressed dan
tarik ke ruang Scripts Area.
c. Masukkan ke dalam if [ ]
then, else.
• if [ pin [P0] is pressed ]
then, else.
d. Tukar P0 kepada P1.


Nota Guru
• Berbincang dengan murid tentang fitur-fitur antara muka perisian atur cara seperti yang 6.5.7
telah dipelajari di Tahun 4 dan Tahun 5.
32
• Langkah 3 boleh dilangkau sekiranya blok fungsi forever sudah tersedia di dalam Scripts
Area.

Langkah-langkah Blocks Palette Scripts Area

Langkah 6
a. Klik blok fungsi Basic.
b. Pilih show icon [ ] dan tarik
ke ruang Scripts Area.
c. Masukkan ke dalam if [ ]
then, else.
d. Klik pada show icon [ ]
dan pilih ikon ¥.

Langkah 7

a. Klik kanan pada show
icon [3].
b. Klik Duplicate.
c. Susun di bawah else.
d. Tukar kepada ikon X.
• if [ pin [P1] is pressed
] then show icon [3 ],
else show icon [X].


Langkah 8
a. Klik blok Music.
b. Pilih play tone [Middle C]
for [1 beat] dan tarik ke
ruang Scripts Area.
c. Susun di bawah show icon
[X].
d. Tukar [1 beat] kepada
[2 beat].
Langkah 9

a. Klik blok fungsi Advanced.
Kemudian, klik Extensions.
b. Pilih dan klik servo.
c. Klik blok fungsi Servos.
d. Pilih set servo [P0] angle
to [90]° dan tarik ke ruang
Scripts Area.
e. Susun di bawah play tone
[Middle C] for [2 beat].
f. Tukar [P0] kepada [P2]
dan nilai sudut 90°
kepada 180°.



Nota Guru
6.5.7 Selain mencari blok fungsi dalam Blocks Palette, murid boleh menyalin blok fungsi dengan
cara Duplicate dalam Scripts Area.
33

Langkah-langkah Blocks Palette Scripts Area

Langkah 10
a. Klik blok fungsi Basic.
b. Pilih pause (ms) [100] dan tarik ke
ruang Scripts Area.
c. Susun di bawah set servo [P2]
angle to [180]°.
d. Tukar nilai milisaat 100 kepada
1000 (1 saat).
Langkah 11

a. Klik kanan pada set servo [P2]
angle to [180]° dan pilih Duplicate.
b. Susun di bawah pause (ms) [1000].
c. Tukar nilai sudut 180° kepada 0°.





Langkah 12
a. Klik kanan pada pause (ms) [1000]
dan pilih Duplicate.
b. Susun di bawah set servo [P2]
angle to [0]°.



Langkah 13

Klik Save untuk simpan fail atur cara yang telah siap.

Fail ini akan dimuat turun
pada papan mikropengawal.


















Robot Penjaga Air Tanaman


IMBAS SAYA
Nota Guru
Pengaturcaraan
Murid boleh melihat hasil atur cara pada ruang simulasi. Menggunakan 6.5.7
mBlock
34

MEMBINA ROBOT PENJAGA AIR TANAMAN



Mari kita sediakan alatan dan bahan untuk membina robot penjaga air
tanaman berdasarkan lakaran yang telah ditambah baik.


Alatan



1. Gunting
1
2. Pisau boleh laras
3. Rod perekat panas
4. Pembaris keluli
2 3
5. Pistol perekat panas

5
4


Bahan
2



1. Kotak
1 2. Botol minuman
3
3. Bekas makanan
5 6 4. Bod impra
4 5. Papan mikropengawal
6. Pembaz
7. Motor servo

8 8. Bateri
9. Paku
10. Kabel USB
11. Pemegang bateri bersuis
7 9 11 12. Klip buaya

12
10




TAHUKAH
KAMU Kabel USB mempunyai
pelbagai jenis.



Nota Guru
6.5.8 • Galakkan murid menggunakan bahan kitar semula yang terdapat di sekitar mereka untuk
menghasilkan produk yang dirancang. 35
• Murid boleh menggunakan kotak sedia ada yang telah siap atau membuat kotak sendiri.
• Berbincang dengan murid tentang alatan dan bahan yang akan digunakan.

Bahagian A : Membina Badan Robot


Langkah 1

Ukur, tanda dan potong kotak pada bahagian A, B , C, D, E dan F untuk
dipasangkan dengan perkakasan berikut:

A: Paparan LED mikropengawal D: Pemegang bateri bersuis
B: Pembaz E: Sambungan kabel USB
C: Motor servo F: Sambungan wayar sensor



C
B
E





A
A

F



D

Pandangan hadapan Pandangan hadapan Pandangan belakang
dan sisi kanan dan sisi kiri


Langkah 2 Langkah 3
Potong botol untuk dijadikan Lekatkan botol yang dipotong pada sisi bekas
sebagai leher robot. makanan untuk dijadikan kepala robot.




















Nota Guru
• Alatan dan bahan yang digunakan mestilah sesuai dengan produk yang akan 6.5.8
dihasilkan.
36
• Guru mestilah sentiasa mengingatkan murid agar menjaga keselamatan ketika
menggunakan alatan yang tajam dan panas.

Bahagian B : Menyambungkan Perkakasan


Langkah 4

Sambungkan motor servo, pembaz dan paku dengan klip buaya terlebih
dahulu sebelum membuat penyambungan ke papan mikropengawal.


Sambungan Sambungan pembaz Sambungan paku
motor servo














TAHUKAH
KAMU

Langkah 5
Selain paku, logam lain juga boleh
Buat pemasangan papan digunakan sebagai konduktor elektrik
mikropengawal pada badan robot. untuk diinovasikan sebagai sensor.

(a) Pemasangan Papan Mikropengawal







Papan mikropengawal tidak
boleh dilekatkan terlalu rapat
dengan dasar kotak. Hal ini
bertujuan untuk:
(a) Membolehkan pengaliran
udara yang baik supaya
papan mikropengawal
tidak panas.
(b) Memudahkan klip buaya
dipasangkan pada papan
mikropengawal.






Nota Guru
6.5.8 • Berbincang dengan murid tentang elemen robotik yang telah dipelajari semasa membuat
penyambungan dan pemasangan perkakasan. 37
• Bimbing dan bantu murid ketika membuat penyambungan dan pemasangan perkakasan.
• Murid boleh membuat pengujian litar sebelum menyambung dan memasang perkakasan.

(b) Pemasangan Pemegang Bateri (c) Pemasangan Motor Servo

























Sambungkan wayar dari motor servo ke
papan mikropengawal.
Lekatkan pemegang bateri bersuis pada • Wayar hitam ke jalur pin bumi (GND).
kedudukan D (rujuk Langkah 1). Kemudian, • Wayar merah ke jalur pin kuasa 3V.
sambungkan wayar pemegang bateri ke • Wayar hijau ke jalur pin 2.
soket papan mikropengawal. Kemudian, lekatkan motor servo pada
kedudukan C (rujuk Langkah 1).

(d) Pemasangan Sensor (e) Pemasangan Pembaz

























Sambungkan kaki positif (merah) pembaz
Sambungkan klip buaya dari paku ke jalur pin 0 ke jalur pin 0 dan kaki negatif (hitam) ke
dan jalur pin 1 pada papan mikropengawal jalur pin GND. Kemudian, lekatkan pembaz
untuk berfungsi sebagai sensor. pada kedudukan B (rujuk Langkah 1).


Nota Guru
• Bimbing murid untuk melekatkan perkakasan pada badan robot dengan menggunakan 6.5.8
bahan perekat yang sesuai.
38
• Susun wayar di dalam kotak dengan kemas.

Langkah 6

Sambungkan kabel USB ke papan mikropengawal. Kemudian, masukkan
kabel ke lubang E (rujuk Langkah 1) dan wayar sensor ke lubang F
(rujuk Langkah 1) pada bahagian belakang kotak.



























Langkah 7

Lengkapkan pemasangan badan robot dengan mencantumkan bahagian
kepala dan kaki seperti gambar di bawah. Potong bod impra untuk
membuat tangan robot dan lekatkan pada B dan C (rujuk Langkah 1).
























• Pastikan tangan kanan dilekatkan dengan betul pada motor servo.
• Tangan kiri perlu ditebuk lubang pada bahagian atas supaya bunyi
daripada pembaz tidak terhalang.

Nota Guru
6.5.8 • Guru hendaklah mengingatkan murid bahawa penyambungan wayar perlu dibuat
dengan betul supaya robot dapat berfungsi dengan baik. 39
• Bimbing murid untuk membuat kemasan pada badan robot yang telah siap dibina.

Bahagian C: Memindahkan Atur Cara


Kita akan memuat naik atur cara yang telah dihasilkan ke dalam papan
mikropengawal robot yang telah siap dipasang.









Langkah 8
Sambungkan kabel
USB dari robot ke port
USB pada komputer.












Langkah 9
1. Klik Download
untuk menyimpan
fail (.hex).
2. Klik fail projek
dan tarik masuk
ke dalam fail
mikropengawal
• Lampu
pada papan
mikropengawal
akan berkelip.
• Tunggu hingga
muat turun
selesai.


TAHUKAH
KAMU

Daripada Download, kita boleh memindahkan
terus atur cara ke fail mikropengawal.

Nota Guru
• Guru juga boleh merujuk cara muat turun atur cara seperti yang telah dipelajari semasa 6.5.9
di Tahun 5.
40
• Pengujian atur cara mestilah dilakukan setiap kali kita memuat turun atur cara yang
dibuat.

MENGUJI KEFUNGSIAN ROBOT PENJAGA AIR TANAMAN



Robot penjaga air tanaman sudah siap dibina. Jom, kita uji kefungsian robot ini!










Langkah 1 Langkah 2

Hidupkan suis Masukkan sensor,
pada robot. iaitu paku ke
• Paparan LED dalam air.
menunjukkan • Paparan LED
ikon X. menunjukkan
• Pembaz ikon 3.
berbunyi. • Pembaz dan
• Tangan robot tangan robot
bergerak. akan berhenti
berfungsi.








IMBAS SAYA
Pastikan sensor tidak bersentuhan antara satu sama lain.
Video Robot
Berfungsi


Sekiranya Langkah 1 dan 2 berjaya diuji, maka atur cara dan pemasangan
perkakasan yang dibuat adalah betul. Sekarang, bolehlah kita meletakkan
robot ini di sebelah takung tanaman untuk menjaga kandungan air supaya
tidak kering.




Buat perbandingan antara sensor yang menggunakan paku dengan
sensor yang menggunakan kayu. Nyatakan dapatannya dan
mengapakah hal tersebut boleh berlaku?



Nota Guru
6.5.9 • Murid boleh membuat kemasan mengikut kreativiti masing-masing supaya produk lebih
menarik. 41
• Berbincang dengan murid mengapa paku yang berfungsi sebagai sensor tidak boleh
bersentuhan antara satu sama lain ketika pengujian Langkah 1.

MEMBUAT RUMUSAN


Antara rumusan yang boleh kita buat tentang sistem robotik adalah seperti
yang berikut:


Perkara Rumusan Contoh
Kepentingan Penggunaan robot adalah penting dalam
sistem robotik kehidupan manusia pada masa kini. Robot dapat
membantu manusia melakukan pelbagai kerja
sukar seperti dalam:
(a) Industri automotif
(b) Industri pertanian Robot sedang
(c) Industri makanan memasang komponen
(d) Industri elektronik automotif.

Elemen sistem Pada asasnya terdapat empat elemen sistem
robotik robotik, iaitu:
(a) Sensor
(b) Kuasa
(c) Kawalan Produk yang mempunyai
(d) Pergerakan elemen sistem robotik.

Pengaturcaraan Robot memerlukan pengaturcaraan yang boleh
diprogramkan untuk melakukan sesuatu kerja.







Pengaturcaraan sistem
kawalan robotik.
Sistem robotik Semua orang boleh menghasilkan produk robot
sendiri untuk membantu tugasan harian mereka.



Robot pembersih
hampa gas (vakum)
yang dihasilkan untuk
membantu tugas harian.

PAK-21 Cari maklumat berkenaan dengan sistem pengesan hujan. Kemudian, buat satu


atur cara menggunakan perisian yang kamu pilih untuk dipindahkan pada robot
pengesan hujan. Bina robot pengesan hujan tersebut dengan sistem robotik yang
sesuai mengikut kreativiti kamu menggunakan bahan yang ada di persekitaran.

Nota Guru
• Bentukkan beberapa kumpulan. Bincangkan rumusan hasil aktiviti membuat reka bentuk 6.5.10
pengaturcaraan dan bentangkan hasil perbincangan kumpulan.
42
• Untuk aktiviti PAK-21, guru boleh mengubah suai aktiviti mengikut kesesuaian.


Click to View FlipBook Version