The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aziesafri91, 2022-05-23 04:02:05

OLAHRAGA

OLAHRAGA

CABARAN KEMAHIRAN MSSJ DALAM TALIAN TAHUN 2021
(2021 ONLINE MSSJ SKILLS CHALLENGE)

Nama Pertandingan Cabaran Kemahiran Olahraga MSSJ Dalam Talian Tahun 2021
Penganjur
Tarikh Majlis Sukan Sekolah Johor
Kelayakan Peserta
Kategori 1-25 SEPTEMBER 2021
Syarat Penyertaan
Sebagaimana Perkara PERATURAN 4 dalam Peraturan AM MSSJ

L & P Bawah 12, 15 dan 18 tahun

1. Penyertaan adalah secara individu mengikut kategori umur
2. Setiap sekolah boleh menghantar 2 orang peserta bagi setiap

acara.
3. Setiap peserta hanya boleh mengambil bahagian dalam satu

acara sahaja.
4. Wajib mengisi Borang Kebenaran Ibubapa.

Kemahiran Dipertandingkan 1. Lompat Menegak Berdiri (L& P; B12, B15, B18)
2. Lompat Jauh Berdiri (L& P; B12, B15, B18)
3. Lompat Kijang Berdiri (L& P; B15, B18)

Kaedah Menentukan 1. Pemenang ditentukan dengan jarak yang paling jauh.
Pemenang / Format 2. Perlu jujur dan amanah untuk menghantar keputusan lompatan.
Pertandingan 3. Menggunakan rakaman video berterusan yang menunjukkan aksi

lakuan dan pengukuran.

Pelaksanaan Pertandingan / 1. Pelaksanaan Pertandingan
Penghantaran Keputusan i. Peserta perlu melakukan lakuan lompatan di kawasan
Larian rumah masing-masing dan aspek keselamatan perlulah
dititikberatkan.
ii. Dengan dibantu oleh seorang atau lebih individu, lakuan
lompatan peserta hendaklah dirakamkan secara berterusan
dari permulaan hingga selesai pengukuran dibuat.
iii. Jarak yang dicapai hendaklah dizoomkan menggunakan
alat rakaman sehingga tiada keraguan pada bacaan yang
dicapai.
iv. Peserta boleh membuat seberapa banyak percubaan,
tetapi hanya satu sahaja catatan lakuan percubaan yang
dirakamkan perlu dihantar untuk dinilai oleh pihak juri.

2. Penghantaran Keputusan
i. Peserta perlu menghantar keputusan video percubaan di
dalam link google form yang disediakan oleh pihak MSSJ.
ii. Peserta WAJIB melengkapkan segala maklumat yang
diperlukan di dalam google form tersebut.
iii. Bukti lakuan percubaan berbentuk video yang
menunjukkan peserta membuat percubaan dan jarak yang
dicapai WAJIB disertakan.
iv. Persijilan dikeluarkan peringkat negeri

Peralatan / Teknikal i. Lompat Menegak Berdiri
Penghakiman Pita pengukur/pembaris, kapur/tepung sebagai penanda

ii. Lompat Jauh Berdir dan Lompat Kijang Berdirii
Pita pengukur/pembaris, kayu/lidi sebagai penanda

Am : kasut yang sesuai, baju sukan yang sesuai dan tidak mencolok
mata.

Penilaian Pemenang Setiap kategori pada 29 & 30 September 2021

Peserta yang mencatatkan jarak yang paling jauh dan disokong oleh
bukti video yang meyakinkan juri akan dikira sebagai pemenang.

Keputusan panel penilai adalah muktamad

Juri Penghakiman BIL JURI PENGHAKIMAN BIL
Penghantaran Penyertaan 1 Ketua Juri 1
2 Penyelaras Olahraga 1
3 PTPS Olajraga MSSJ 1
4 Ketua Jurulatih Olahraga MSSJ 1
5 PTPS MSSD 11
6 Jurulatih-jurulatih MSSJ 22
7 Teknikal Olahraga MSSJ 3
JUMLAH 40

Peserta dikehendaki memuat naik penyertaan melalui aplikasi google
form yang disediakan oleh MSSJ bermula 1 September 2021 (Ahad)
sebelum 25 September 2021 Jam 11.59 malam.

Maklumat Urus setia Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan PTPS MSSD
daerah masing-masing. (Rujuk Lampiran B)

Lampiran A

CABARAN KEMAHIRAN OLAHRAGA
MSSJ 2021

1. PENGENALAN

Cabaran kemahiran Olahraga MSSJ 2021 dilaksanakan kerana kekangan akibat wabak
pandemik Covid-19 pada tahun ini. Konsep abaran ini adalah berdasarkan aktiviti yang boleh
dilakukan oleh murid di rumah masing-masing. Peralatan yang digunakan untuk cabaran ini juga
adalah dari bahan yang boleh didapati dirumah peserta.

2. ACARA-ACARA

Acara/ Peringkat LELAKI PEREMPUAN
Umur 18 15 12 18 15 12

Lompat Menegak XXX XXX
Lompat Jauh Berdiri XXX XXX
Lompat Kijang Berdiri XX XX

3. HADIAH-HADIAH

3.1 Semua acara akan diberi hadiah dari tempat pertama hingga ke-20

4. CARA PERTANDINGAN

4.1 Setiap sekolah dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 2 orang peserta bagi tiap-tiap
acara.

4.2 Setiap peserta hanya dibenarkan mendaftar untuk 1 acara sahaja.

4.3 Tahun lahir seseorang peserta adalah seperti berikut:

Umur Tahun Lahir

18 tahun 2003, 2004,2005

15 tahun 2006, 2007, 2008

12 tahun 2009 ke atas

4.4 Setiap peserta hendaklah menghasilkan video yang berterusan semasa perlakuan aktiviti .
Antara paparan dan audio yang perlu ada dalam video tersebut adalah :
4.4.1 Nama dan sekolah peserta
4.4.2 Aksi perlakuan cabaran yang lengkap
4.4.3 Aksi pengukuran jarak yang dicapai
4.4.4 Jarak ukuran yang dicapai.

5. PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA

5.1 Pendaftaran peserta hendaklah menggunakan kaedah yang akan ditentukan oleh UPBM
JPNJ :-
5.1.1 Nama (mengikut Kad Pengenalan/Sijil Lahir)
5.1.2 Nombor Kad Pengenalan/ Sijil Lahir
5.1.3 Tarikh Lahir
5.1.4 Nama Penuh Sekolah
5.1.5 Nama MSSD/Daerah
5.1.6 Acara yang disertai
5.1.7 Catatan jarak acara yang diambil
5.1.8 Link video peserta melakukan kemahiran

6. CARA PENENTUAN KEDUDUKAN

6.1 Pemenang setiap acara adalah peserta yang mencatatkan jarak terjauh dan evidens
ketika melakukan catatan tersebut diterima.

6.2 Keputusan hakim adalah muktamad.

Lampiran B

LOMPAT JAUH BERDIRI

1. Prosedur :

1.1 Tandakan garisan permulaan dan lekatkan pita ukur pada lantai yang rata
dengan tanda sifar (0) tepat berada di garisan permulaan.

1.2 Murid berdiri dengan kedua belah kaki rapat ke garisan dan buka kaki seluas
bahu. (tidak memijak / berdiri terlalu jauh dari garisan).

1.3 Murid berdiri di hujung bebola kaki.

1.4 Murid membuat lompatan ke hadapan sejauh mungkin dengan bantuan
hayunan tangan.

1.5 Bacaan jarak lompatan dikira pada mana-mana bahagian tumit yang paling
belakang semasa mendarat.

1.6 Murid diwajibkan memakai kasut sukan.

2. Peralatan : Pita ukur
Pita Penanda
Lantai bersimen/Trek/Tumput

UJIAN LOMPAT JAUH BERDIRI

LOMPAT MENEGAK
(SARGENT JUMP)

1 Prosedur :

1.1. Murid mencelup jari tangan dominan ke dalam serbuk kapur atau tepung.

1.2. Berdiri dengan posisi bahagian bahu badan menyisi dinding. Sebelah tangan
berada dalam posisi mencekak pinggang.

1.3. Luruskan tangan yang telah dicelup serbuk kapur dan membuat tanda pada
dinding dengan posisi kedua-dua belah kaki mencecah lantai dan
dirapatkan.

1.4. Murid bergerak tanpa mengubah kedudukan kedua-dua belah tangan,
bengkokkan lutut dan lompat setinggi yang boleh dengan membuat tandaan
kedua. Tangan tidak boleh dihayun untuk membantu meningkatkan
momentum lompatan.

1.5. Bacaan diambil dari penanda pertama dan penanda kedua. Perbezaan
bacaan kedua –kedua penanda adalah bacaan jarak lompatan murid.

1.6 Murid diwajibkan memakai kasut sukan.

1.7 Bacaan dicatat pada paras mata penguji.

1.8 Penguji hendaklah berdiri di atas bangku.

1.9 Pelajar dibenarkan melakukan 2 kali percubaan.

2. Peralatan : - Pita Ukur
- Pita penanda
- Serbuk Kapur / Tepung

UJIAN LOMPAT MENEGAK

LOMPAT KIJANG BERDIRI
(STANDING TRIPLE JUMP)

1. Prosedur :

1.1. Tandakan garisan permulaan dan lekatkan pita ukur pada lantai yang rata dengan
tanda sifar (0) tepat berada di garisan permulaan.

1.2. Peserta berdiri di belakang garisan permulaan dan membuat lompatan dengan aksi
hop-step-jump serta mendarat dengan kedua-dua belah kaki

1.3. Catatan diukur dari garisan lonjakan ke bahagian terdekat kawasan mendarat.

1.4. Bacaan jarak lompatan dikira pada mana-mana bahagian tumit yang paling belakang
semasa mendarat.

1.5. Peserta wajib memakai kasut.

2. Peralatan :

i. Pita pengukur
ii. Penanda

Standing Hop Step jump

Lampiran C

SENARAI NAMA URUSETIA CABARAN KEMAHIRAN SUKAN OLAHRAGA MSSJ 2021

Bil Nama No. Telefon Jawatan
1. ENMOHD FAIZAL BIN SARMAN 0197317007 UPBM JPNJ
2 EN. MOHD HANAFI BIN ALI 0132007308 UPBM JPNJ
3 TN HJ MOHAMMAD FAIZ BIN SALLEH 0197652287 PTPS MSSJ
4 EN NOR AZAM BIN IBRAHIM 0197332436 PTPS MSSD KOTA TINGGI
5 EN MOHD AZUAN BIN SANI 0127457773 PTPS MSSD KLUANG
6 EN MOHD MUSLIM BIN JAPRI 0137862760 PTPS MSSD PONTIAN
7 EN MUZAKKIR AKMALBIN RAHMAN 0126827703 PTPS MSSD MUAR
8 EN AHMAD BIN TANJONG 01112710800 PTPS MSSD KULAI
9 CIK NURUL FUZIAH BT MUHAMMAD PTPS MSSD JOHOR
0126916411 BAHRU
10 EN MD SOLEHHUDDIN BIN MD TAHIR PTPS MSSD MERSING
11 EN TEH CHEE SENG 0197178657 PTPS MSSD SEGAMAT
12 EN ROSLAN BIN ALI 0127732898 PTPS MSSD BATU PAHAT
13 EN SAROZI BIN ABU BAKAR 0197771414 PTPS MSSD P. GUDANG
14 EN. MOGGILAVANNAN A/L ARUMUGAM 0197794775 PTPS MSSD TANGKAK
0105637016


Click to View FlipBook Version