The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majalah Sekolah SK Kampung Baru, New Village
Edisi April 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nvskkbb, 2022-04-28 10:37:40

NEW VILLAGE APRIL 2022

Majalah Sekolah SK Kampung Baru, New Village
Edisi April 2022

NNeeww
VViillllaaggee

toHSausctceenss

APRIL 2022

Dari Meja
Sidang Pengarang..

Salam sejahtera dan salam perpaduan kepada warga SK Kampung Baru, Bintulu yang dikasihi
dan warga pembaca yang dihormati sekalian. Syukur kepada Tuhan atas berkat limpah
kurniaNya, Majalah Sekolah 'New Village' SK Kampung Baru, Bintulu edisi bulan April dapat
diterbitkan dengan jayanya.

Keluaran kali ini agak istimewa dengan menampilkan sedikit kelainan berbanding keluaran
bulan lepas. Sambutan Hari Raya bakal menjelma dan menjadikan majalah kita pada bulan ini
lebih menarik hati para pembaca.

Sekalung apresiasi buat barisan editor yang telah bertungkus lumus merialisasikan impian
sekolah untuk menerbitkan Majalah Sekolah pada setiap bulan. Tahniah dan terima kasih
kepada guru-guru dan murid-murid yang turut terlibat dalam penulisan beberapa segmen
dalam edisi bulan April ini. Kerjasama anda semua telah menjayakan penerbitan Majalah
Sekolah kita.

Terima kasih juga buat barisan pentadbir SK Kampung Baru, Bintulu yang sentiasa menyokong
penerbitan Majalah Sekolah pada setiap edisi.

Semoga anda semua terhibur dengan membaca setiap halaman yang terkandung dalam
Majalah Sekolah Edisi Bulan April ini.

Cikgu Helen Chia anak Legai

Editor

1

SIDANG PANITIA BAHASA MELAYU
REDAKSI CIKGU JOSPHINE LIMON ANAK UNGGANG

APRIL
PANITIA BAHASA INGGERIS
2022 CIKGU MONIKA ANAK DAMPA

PENGERUSI PANITIA BAHASA IBAN
CIKGU ROZITA ANAK LASAN
EN. AWANGKU ALI UDIN BIN

HAJI PENGIRAN ADENANI PANITIA BAHASA ARAB
USTAZAH ATIKAH BINTI ABDUL KODI
PENASIHAT
PANITIA SAINS
TN. HJ. KHAIRUL BASIR BIN
CIKGU JULIALIS RACHEL TOGANG
MOHAMED
PANITIA MATEMATIK
EDITOR 1 PUAN NUR HIDAYAH BINTI DANI
CIKGU THOMAS MASON LIM
PANITIA PENDIDIKAN MORAL
EDITOR 2 CIKGU CHRISTINE SANGAN ANAK BRAYUN
CIKGU HELEN CHIA ANAK LEGAI
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
EDITOR 3 USTAZAH KHAIRUNISA BINTI MAT
CIKGU ROZITA ANAK LASAN
PANITIA SEJARAH
CIKGU SARIMAH BINTI JULI

UNIT HAL EHWAL MURID
CIKGU FARIZAH BINTI HASBI

BILIK KHAS APRIL 2022
CIKGU DAYANGKU SITI NORHANA AWANG JAFAR

NIPSS
CIKGU HALIMAH BINTI ZAMAHARI

TRANSISI TAHUN 1
CIKGU ZAHORANORWATI BINTI MORSHIDI

PICKIDS SKKBB 2022
USTAZAH FADHILAH BINTI SHUIB
USTAZAH JAMILAH BINTI SALEH

2

VISI SEKOLAH

PENDIDIKAN

BERKUALITI
INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA




MISI SEKOLAH

MELESTARIKAN SISTEM

PENDIDIKAN YANG


BERKUALITI UNTUK

MEMBANGUNKAN


POTENSI INDIVIDU

BAGI MEMENUHI


ASPIRASI NEGARA

3

Lencana Sekolah

MERAH BIRU

BERANI
BEKERJASAMA

MENGHADAPI
SEBAGAI SATU

RISIKO DAN

PASUKAN
PROAKTIF

KUNING PUTIH

BERFIKIRAN
IKHLAS DAN

POSITIF SABAR

PADI BBEUNLTAUTK


KEJAYAAN
OBOR MELAMBANGKAN

DITUAI HASIL
PERPADUAN,

USAHA YANG
BERSEMANGAT

BERUSAHA AGAR
KESEPAKATAN

GIGIH DAN
DAN KERJASAMA
TERANCANG OUTPUT

CEMERLANG

DAN DIREDHAI

4

Bendera Sekolah

KUNING

menggambarkan perundangan, peraturan, perpaduan serta kestabilan

dalam kalangan warga sekolah yang berbilang kaum.



HITA

M

melambangkan kekayaan ilmu, kejayaan-kejayaan murid serta

semangat teguh guru berserta PIBKS di pelbagai peringkat.




MER

AH

melambangkan keberanian dan kesungguhan guru, murid dan ibu bapa

dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta

mempertahankan kemajuan sekolah.

5

Lirik Lagu Sekolah

Kalau Sang Suria terang, Kami semua pelajar,
Guru jadi teman bergirang, Berjanji akan rajin dan usaha,
Kalau malam tidak berbulan, Tidak membuang masa,
Guru jadi pemandu jalan. Belajar dengan penuh tenaga.

Kalau semak hutan belukar, Kami akan amalkan, 6
Guru jadi perintis akar, Segala tunjuk dan pengajaran,
Kalau luas laut gelora, Didikan guru-guru Sekolah

Guru jadi bintang utara. Kampung Baru,
Tempat kami belajar dan

Itulah sebabnya, menuntut ilmu.
Kami dididik dengan

sempurna, Kami akan berusaha,
Supaya menjadi, Jadi insan mulia,
Murid yang baik dan juga
Agar sekolah kita,
berguna. Terkenal walau di mana jua.

Sertai saluran
Telegram SKKBB
Imbas kod QR di ba
wah untuk sertai


channel SKKBB bagi mendapatkan

maklumat terkini.

CHANNEL INFO

SEMASA IBU BAPA SK


KAMPUNG BARU

7

NAMA
8
KELAS
SKKBB

SUPERB

KUDOS

KNIGHTLY

BRILLIANT

BRAVO

Bagi ibu bapa yang ingin memesan makanan
untuk anak masing-masing dari kantin
sekolah, sila rujuk menu ini untuk jenis
makanan dan harga.

Sila pastikan anak anda
membawa wang yang

mencukupi untuk membeli

9

makanan.

KESALAHAN MURID MENGELUARKAN

KATA-KATA LUCAH DAN KESAT –


WAJAR DI BERI PERHATIAN

Kalau zaman dulu jika nak bercakap kasar atau sebut perkataan

‘bodoh’ memang takut. Apatah lagi nak sebut di khalayak ramai
memang dah kena cubit dan kena pukul mulutnya oleh ibu bapa.
Tapi berlainan dengan masa kini. Murid-murid darjah 1 pun boleh
menyebut perkataan ini tanpa takut dan segan apatah lagi
murid-murid di Tahap 2. Walaupun dalam kesalahan disiplin
kesalahan mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat ini dianggap
kesalahan ringan tapi perlu ditekankan murid-murid sudah dididik
dari prasekolah lagi.
Semua agama juga menekankan tutur kata yang baik dan sopan
untuk setiap penganutnya. Adakah kerana budaya yang terlalu
terbuka dan sangat terdedah dengan media sosial yang
menyebabkan segelintir anak-anak masa kini tidak ada perasaan
‘malu ‘ dan menganggap mengeluarkan kata – kata kasar seperti
"BODOH!.BABI.!" adalah satu cara mereka untuk menunjuk-nunjuk
kehebatan diri dan ego yang menimbulkan rasa sombong dan
angkuh sehingga tidak kisah perbuatan mereka itu memberi
kesan kepada mangsa ‘buli lisan’ mereka tadi.

Definisi bahasa menurut Kamus Dewan (2222:87) , ialah satu
sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.
Contohnya antara seorang individu dengan individu yang lain dan
sebagainya.

10

Sementara Nik Safiah Karim (1992:11) , menyatakan bahasa
mengikut Sapir didefinisikan sebagai “ cara yang digunakan oleh
manusia untuk menyampaikan buah fikiran , perasaan dan hasrat
melalui lambang-lambang yang dihasilkan dengan sukarela…
Perkataan kasar pula bermaksud tidak halus, tidak licin,tidak
tertib atau tidak bersopan santun.(Kamus 2002 : 581) Justeru
bahasa tidak sopan atau bahasa kasar bermaksud bahasa yang
dituturkan tidak mengikut tatatertib atau tidak menepati
peraturan dalam berbahasa seperti sebutan nahu yang teratur,
mengawal ketertiban semasa berinteraksi serta memikirkan
kesan selepas mengeluarkan kata-kata yang yang tidak sopan
atau kasar tersebut.
Pihak sekolah khususnya memandang serius perlakuan murid-
murid dalam pengucapan tutur kata yang kasar dan tidak sopan.
Kata-kata yang kasar dan kesat bukan sahaja merujuk kepada
kata-kata lucah dan tidak sopan malah juga menyentuh isu-isu
perkauman. Pihak sekolah kerap kali menegur dan mengambil
tindakan serius terhadap salah laku disiplin ini kerana boleh
memberi kesan yang sangat mendalam sehinggakan ada murid-
murid lain takut hendak ke sekolah kerana tidak tahan dibuli
secara lisan . “ kau tambigeley….kau makan BABI…..badan kau
gemuk…kau BODOH macam Babi..Badan gemuk macam BABI ….
Kata-kata ini adalah pengalaman yang pernah penulis dengar
sebagai seorang guru..malah perkataan yang lebih teruk dari itu
kerap kali diucapkan.

11

Jika didapati melakukan kesalahan ini. Pihak sekolah akan
memberi amaran dan sesi kaunseling. Guru kelas akan merekod
setiap kesalahan dan memberitahu ibubapa. Jika kesalahan
berulang maka sesi kaunseling akan diberi. Peranan untuk
mendidik sahsiah dan moral anak-anak semestinya bermula dari
rumah.
Pihak sekolah hanya mampu menasihati dan menegur anak-anak
tapi tidak lebih dari itu. Di luar sekolah anak-anak sepatutnya
lebih dekat dengan ibu bapa. Jika anak-anak sentiasa berada di
persekitaran yang menjaga tutur kata dan mengamalkan nilai
akhlak yang tinggi maka kesalahan ini tidak akan berlaku di
sekolah.
Kesalahan ini bukan sahaja dilakukan murid-murid yang berumur
11 dan 12 tahun malah semuda 7 tahun.Kebimbangan pihak
sekolah khasnya guru-guru di sekolah adalah wajar. Seorang
pelajar yang cemerlang dan berjaya diukur bukan sahaja
pencapaian akademik tapi mempunyai nilai akhlak yang tinggi. Ini
bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia yang
mahukan usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek,rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.

12

Welcome to

SKKBB

CIKGU MUHAMAD RIZANI BIN ROHIDI USTAZAH SITI NADIAH BINTI ZAMRI

Selamat datang ke SKKBB. Semoga sentiasa cemerlang dan


13 bersemangat mengajar anak-anak murid SKKBB.

Thank You

for choosing SKKBB for your
School Based Experience (PBS)

Guru-guru pelatih bersama Guru Besar

Guru-guru pelatih bersama guru-guru pembimbing, Cikgu Aidi dan
14
Cikgu Ngu, serta Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Zuraidah.

BILIK KHAS SKKBB APRIL 2022

PEJABAT AM

Pejabat Am SK Kampung Baru merupakan tempat tumpuan
utama apabila tetamu yang hadir bertandang ke Sekolah
Kampung Baru sama ada dalam urusan rasmi jabatan ataupun
urusan peribadi dalam kalangan guru serta murid-murid selaku
warga sekolah. Pejabat Am terbahagi kepada beberapa ruang
iaitu, kaunter pertanyaan, ruang kerja, pantri, bilik guru besar
serta penolong kanan dan ketua pembantu tadbir.
Ruang pertama merupakan kaunter pertanyaan, ruangan ini
merupakan tumpuan utama sekiranya ada pertanyaan daripada
pelawat yang hadir ke sekolah. Di ruangan ini juga warga
sekolah akan berurusan jika memerlukan sesuatu.

15

Ruangan kedua iaitu ruang kerja, di mana ruangan ini
merupakan tempat kerani sekolah menjalankan tugas mereka
masing-masing dalam mengurus hal ehwal sekolah dari segi
pentadbiran sekolah, keselamatan, perpindahan murid,
pengurusan cuti dan pengurusan surat menyurat yang
berkaitan dengan sekolah.

Ruangan ketiga iaitu pantri (ruangan makan). Ruangan ini
digunakan oleh staf yang bertugas di pejabat untuk makan dan
minum pada masa rehat. Ruangan ini disediakan dengan tempat
memasak untuk staf menyediakan makanan sewaktu masa rehat
di pejabat.

Seterusnya, ruang yang keempat iaitu bilik Guru Besar. Di 16
ruangan ini digunakan untuk Guru Besar menjalankan tugas
harian beliau dalam mentadbir dan mengurus hal ehwal yang
berkaitan dengan sekolah. Di sini juga beliau akan menerima
tetamu dan pelawat yang datang bertandang ke sekolah dalam
urusan kerja. Selain itu, bilik Guru Besar juga dijadikan bilik
untuk pihak pentadbir, guru-guru dan AKP berbincang tentang
perkara yang berkaitan sekolah.

Ruangan yang terakhir ialah bilik penolong kanan dan juga
bilik ketua pembantu tadbir. Terdapat 3 bilik penolong kanan
terdapat di pejabat am dan satu bilik ketua pembantu tadbir.
Bilik ini merupakan bilik khas untuk setiap pegawai tersebut
iaitu, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Penolong Kanan Kokurikulum serta ketua pembantu
tadbir.

Bilik tersebut merupakan ruang untuk mereka menjalankan
tanggungjawab dan tugas yang diberikan dalam membantu Guru
Besar mengurus hal ehwal pentadbiran sekolah. Sekiranya anda
berhasrat untuk hadir ke pejabat am SKKBB, sila hubungi
pejabat dahulu melalui nombor telefon 086-315643.

17

PIBG SKKBB 2021/2023 18

Perakuan Pendaftaran PIBG
SK Kampung Baru, Bintulu

19

"In all things of nature, there is something of the marvelous."
- Aristotle

7 NATURAL WONDERS OF THE
EARTH

WRITTEN BY: ADAM NAZRULLAH BIN ISWANDY
(6 BRILLIANT)

Mother Earth has her own way to enchant and make

us in awe with her own natural creations. There are
several wonderful natural creations such as the
Grand Canyon and Niagara Falls, the breathtaking
wonders like a pink lake in Australia and mystical
peaks in China, and more rich natural wonders to
explore across the globe.

Here are some of wonderful natural wonders that you
should visit in your lifetime!

20

THE NORTHERN LIGHTS:
AURORA BOREALIS

Aurora Borealis or known as the
Northern lights, is the display of
dancing lights near the Arctic
Circle. This phenomenon is caused
by the collision of various gaseous
particles with charged particles
from the sun's atmosphere. This
stunning explosion of colors dance
beautifully on the high sky above
when it's dark and this has been
one of the main attractions why
Norway should be in your bucket
list of places to visit!

PARICUTIN VOLCANO

Have you ever heard about
volcanoes? Did you ever imagine a
volcano might erupt in your
backyard? Paricutin Volcano is
located in the state of Michoacán in
Mexico. Its steep conical shape is
made out of debris. The first time
this volcano erupted was in 1943 on
a cornfield and the final eruption

was in 1952. This volcano was
known to be the youngest one ever
existed. Now, this volcano
remained silent and hardened ever
since. You can climb it and it will be
a great experience!

21

“A JOURNEY OF A THOUSAND
MILES BEGINS WITH A SINGLE
STEP” – LAO TZU

VICTORIA FALLS

If we are being asked about the most
famous waterfalls, we will definitely
be thinking about Niagara Fall or
Iguazu Fall. However, there is one of
nature's creations that is listed as
one of the seven wonders of nature
which is located in Zimbabwe, South
Africa. It is known as Victoria Falls.

What makes Victoria Falls so
special? It is the largest waterfall in
the world. The noise of its waterfall
can be heard as far as 40 kilometers
in distance. Due to its visible water
mist, this waterfall is called Mosi-o-
Tunya or “The smoke that thunders”
by the local tribe.

THE GRAND CANYON

Next on the list is The Grand
Canyon. It is situated in Arizona,
United States, and has become
one of the most famous tourists
attraction and it is a must-visit
place. The oldest human
artifacts were found here. They
were recorded to be 12,000
years old and date to the Paleo-
Indian period. There are many
hidden caves in this canyon.
There are about 1000 estimated
caves and ancient marine fossils
were recorded to be found here.

22

THE GREAT BARRIER REEF

One of the seven natural wonders
located off the coast of Australia's
Queensland. It is home to a vast
range of marine life. Why it is so
special? The Great Barrier Reef is the
largest coral reef system and the
only living organism that can be
spotted from space! It also has a
breathtaking view and thus has
become one of the places that must
be on your bucket list.

HARBOR OF RIO DE JANEIRO

A beautiful and the largest bay is The
Harbor of Rio De Janeiro, Brazil. It was
one of the natural wonders because of
the water volume it contains. Besides
that, this is a unique and beautiful
place to visit. The high mountains, the
sea, and sandy beaches merge and
made it to become an interesting
place to visit. Thus, that is why you
need to write down this place on your
bucket list.

MOUNT EVEREST

The final place in our 7 Natural
Wonders list is Mount Everest. Most of
us know about this mountain which is
set to be the highest in the world.
Located in Nepal and marks the
border between Tibet and Nepal.
Mount Everest is estimated to be 60
million years old and never stops
growing! How amazing is that?
Although this mountain seems to be
full of snow, it actually can be warm
especially in mid-May every year,
and allow people to try to summit.

23

KOMITMEN

SKKBB

24

USAHA MURNI WARGA SKKBB

Where we are

TODAY

25

Tahukah Anda???

Operasi-operasi matematik seperti tambah, tolak, darab

dan bahagi sering digunakan dalam kehidupan seharian.


Namun, tahukah anda bagaimana wujudnya simbol-

simbol yang kita sering gunakan tersebut? Bagaimana

boleh terbentuk simbol-simbol tersebut? Jom baca fakta


menarik ini!

TAMBAH DAN TOLAK

Operasi tambah dan tolak merupakan operasi matematik terawal yang kita

pelajari. Perkataan “add” berasal daripada perkataan Latin iaitu “et” yang

bermaksud dan. Tamadun Mesir Purba kira-kira beribu-ribu tahun yang

lalu telah menggunakan operasi tambah. Mereka menggunakan sepasang

kaki yang berjalan mengikut arah penulisan mereka sebagai simbol

tambah malah mereka turut menggunakan simbol kaki terbalik bagi

mewakili operasi tolak.

Pada tahun 1489, simbol tambah dan tolak pertama kali dicetak di dalam

buku Mercantile Arithmetic karya Johannes Widmann. Penampilan pertama

simbol + dan – dalam bahasa Inggeris adalah dalam buku The Whetstone

of Witte yang ditulis oleh ahli matematik Inggeris, Robert Recorde pada

tahun 1551.

DARAB

Simbol darab pertama kali diperkenalkan oleh William Oughtred, seorang 26
ahli matematik yang berasal dari England kira-kira pada abad yang ke 16.
Oughtred dikreditkan dengan menggunakan 150 simbol yang berbeza dalam
karyanya, namun hanya beberapa simbol yang terselamat dan salah
satunya adalah “x” yang mewakili pendaraban.

Sebenarnya, terdapat simbol lain untuk pendaraban. Sebagai contoh, ahli
matematik Switzerland, Johann Rahn, (1622-1676), menggunakan tanda
bintang * dalam karyanya Teutsche Algebra (1659). Simbol ini juga masih
digunakan di zaman sekarang. Dalam bidang pengaturcaraan misalnya,
simbol * digunakan sebagai simbol darab.

BAHAGI

Ahli matematik Jerman, Gottfried W. Leibniz, memperkenalkan
simbol titik bertindih bagi mewakili (:). Simbol : digunakan bagi
mewakili nisbah atau “ratio” dalam bahasa inggeris. Ia
merupakan antara simbol yang paling banyak digunakan
sekarang. Bagi Leibniz, kelebihan menggunakan simbol ini ialah
pembahagian dapat dikekalkan di sepanjang garisan yang
sama dan hubungan antara pembahagian dengan pendaraban
juga dapat dikekalkan.

Simbol obelus atau simbol bahagi yang selalu digunakan
sekarang, ÷ turut diperkenalkan oleh Johann Rahn dalam buku
Teutsche Algebra. Simbol itu kemudian diperkenalkan ke London
melalui hasil kerja ahli matematik Inggeris Thomas Brancker
yang menterjemah karya Rahn.

SAMA DENGAN

Robert Recorde, seorang ahli fizik dan matematik dari Wales telah mencipta
simbol ‘sama dengan’ (=). Beliau memperkenalkan simbol = dalam bukunya
yang bertajuk The Whetstone of Witte pada tahun 1557. Simbol tersebut
diperkenalkan kerana beliau penat mengulang perkataan sama dengan banyak
kali dalam buku tulisannya.

Sebelum itu, beliau telah menulis perkataan sama dengan lebih daripada 200
kali pada 200 muka surat pertama. Jadi, beliau menggantikan perkataan ‘sama
dengan’ dengan 2 garis melintang yang sama panjang iaitu ‘=’. Robert Recorde
menyatakan yang beliau memilih simbol tersebut kerana pada pendapat beliau,
tiada dua benda yang lebih setara berbanding simbol ‘=’.

RUJUKAN

1. Guardian News and Media. (2014, May 21). Notation, notation, notation: a brief history of mathematical symbols | Joseph
Mazur. The Guardian. https://www.theguardian.com/science/alexs-adventures-in-numberland/2014/may/21/notation-
history-mathematical-symbols-joseph-mazur.
2. Livio, M. (2017, December 7). Where and When Did the Symbols “+” and “–” Originate? HuffPost.
https://www.huffpost.com/entry/where-and-when-did-the-sy_b_2860100.
3. Cajori, F. (2015). A history of mathematical notations. CosimoClassics.

27

Sikap Bertanggungjawab Amalan Terpuji

Amalan nilai bertanggungjawab bukanlah perkara yang asing lagi
bagi kita. Nilai murni yang bersifat universal ini merangkumi
tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, sekolah, dan
masyarakat sekeliling.

Salah satu amalan bertanggungjawab kepada diri sendiri adalah
dengan menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Pada era endemik
Covid-19 ini, setiap individu wajib memastikan kebersihan dan
kesihatan diri terjaga. Patuhi dan kekalkan SOP sepanjang masa
untuk mengekang penularan penyakit yang boleh memudaratkan
diri sendiri dan juga orang lain di sekitar kita.

Selain itu, tanggungjawab terhadap keluarga juga menjadi
keutamaan bagi setiap individu. Contohnya, seorang anak hendaklah
menjaga nama baik dan maruah keluarga dalam segala hal. Fikir
dahulu baik dan buruk sebelum melakukan sesuatu perkara, nescaya
maruah keluarga kita akan terpelihara.

Di samping itu, kita selaku warga sekolah memikul tanggungjawab
terhadap sekolah. Antaranya adalah seperti mematuhi dan
menghormati peraturan sekolah, menjaga dan memelihara harta
benda sekolah serta sentiasa berusaha untuk mengharumkan nama
sekolah dalam setiap bidang yang kita ceburi.

Dalam era globalisasi ini, tanggungjawab terhadap masyarakat juga
tidak seharusnya dipandang remeh. Sebagai individu yang
bertanggungjawab, kita hendaklah peka terhadap kebajikan orang
lain yang berada di sekitar kita. Antaranya adalah dengan cara
menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk sama ada dari segi
sokongan fizikal, emosi dan juga kewangan kepada golongan yang
memerlukan seperti golongan orang kurang upaya (OKU), warga
emas dan mereka yang ditimpa bencana.

Sikap bertanggungjawab adalah amalan terpuji yang perlu sentiasa
dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Justeru, segenap lapisan
masyarakat wajar memainkan peranan dalam melaksanakan
tanggungjawab masing-masing untuk memastikan keamanan dan
keharmonian hidup sentiasa terjalin.

28

Sejarah SKKBB

Sekolah Kebangsaan Kampung Baru atau nama ringkasnya

SKKBB, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang

terletak di D/A, Pejabat Pelajaran DaerahBintulu.



Di sebalik bangunan yang tersergam indah SK Kampung
Baru ini, tersimpan sejarahnya yang tersendiri. Tahukah
anda, pada suatu ketika dahulu, penduduk Kampung Baru
terpaksa menyeberangi sebatang sungai untuk menghantar
anak-anak menimba ilmu di SRK orang Kaya Mohammad?
Nak tahu kisah seterusnya, jom baca sejarah SK Kampung
Baru.
Suatu ketika dahulu sekolah yang ada di bandar Bintulu
hanya SRK Orang Kaya Mohammad. Pertambahan
penduduk Bintulu menyebabkan sekolah tersebut tidak

29

mampu menampung bilangan kanak-kanak yang begitu
ramai ingin menimba ilmu pada ketika itu. Lantaran itu,
bagi memastikan kanak-kanak ini tidak tercicir dalam
menuntut ilmu, maka pada tahun 1969 diwujudkan sebuah
cawangan SRK Orang Kaya Mohamad iaitu di bawah salah
sebuah rumah penduduk Kampung Sebiew iaitu rumah
Allahyarham Tuan Haji Hamzah Keria. Dengan adanya
sekolah cawangan sementara tersebut, dapatlah
mengurangkan kos pengangkutan penduduk kampung
yang sebelum ini terpaksa menyeberangi sungai menuju ke
SRK Orang Kaya Mohammad.

Namun demikian, keadaan penduduk yang semakin

bertambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan

menyebabkan sekali lagi sekolah yang sedia ada

mengalami masalah ketidakcukupan bilik darjah. Oleh itu,

bilik darjah kedua telah dibina di bawah rumah

Allahyarham Cikgu Bujang Taha. Pada ketika itu, bilangan

guru yang mengajar hanya tiga orang sahaja iaitu Tuan

Haji Hamdani Bin Kasah (Guru Besar), Puan Sadariah dan

Allahyarham Bostani dengan bilangan murid seramai 90

orang. Sekolah cawangan itu beroperasi di bawah rumah

selama tiga tahun.

30

Akhirnya pada tahun 1972, bangunan sementara telah
dibina hasil kerjasama dan gotong-royong penduduk
setempat di atas tanah wakaf salah seorang penduduk

Kampung Baru. Di sinilah titik permulaan kelahiran SK
Kampung Baru. Dengan adanya pertambahan bilik darjah
dapatlah murid-murid belajar dengan selesa dan teratur.

Bangunan Pertama
SK KAMPUNG BARU, 1972

Pelbagai usaha telah dilaku
kan oleh pihak pentadbir,
pejabat Pelajaran Daerah dan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru SK Kampung Baru (PIBG) untuk kemajuan dan
keselesaan pengajaran dan pembelajaran anak-anak
penduduk kampung setempat. Pada tahun 1980 terbina
lagi dua blok bangunan yang mempunyai 24 bilik kelas,
sebuah bilik guru dan sebuah bilik pejabat Am . Pada tapak
yang sama juga dibinanya dua blok bangunan untuk SMK
Bandar, Bintulu.

31

Bangunan Kedua
SK KAMPUNG BARU

Dua blok bangunan baharu yang dibina pada tahun 1980 an.

Kiri: SMK Bandar, Kanan: SK Kampung Baru

Setelah 22 tahun SK Kampung Baru beroperasi dengan

terancang dan sempurna, berlaku peristwa menyayat hati.

Malang tidak berbau, pada 23 Jun 2002 kira-kira pukul

2.00 pagi satu kebakaran yang dasyat telah berlaku

hingga memusnahkan dua blok bangunan dan semua harta

benda SK Kampung Baru. 32

33

Bagi meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran murid-
murid, Pegawai Pelajaran Daerah pada masa itu telah
mengarahkan SK Kampung Baru untuk ditempatkan
sementara di SJK Siong Boon pada Jun 2002 sehingga 22
Jun 2004.

Pada 22 Ogos 2004, SK Kampung Baru sekali lagi
dipindahkan ke bangunan asrama lelaki SMK Bintulu agar
para murid dan guru berasa lebih selesa untuk meneruskan
sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekolah ini mempunyai
dua blok bertingkat dua, sebuah blok kantin dan sebuah
blok bersaiz sederhana untuk tandas murid. Pelan awal
pengisian dua buah blok bertingkat dua itu ialah untuk
menempatkan sebuah Perpustakaan dan Bilik Alat Pandang
Dengar, Bilik Guru, Pejabat Pentadbiran, Bilik ICT, Bilik
Informasi dan Dua belas bilik darjah. Kemudahan untuk
riadah sekolah ini agak terbatas.

Bangunan Asrama Lelaki SMK Bintulu 2017

Pada 2009, bilangan pelajar Sekolah Kebangsaan
Kampung Baru semakin meningkat iaitu 494 orang pelajar
lelaki dan 412 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah

keseluruhan pelajar seramai 906 orang manakala bilangan
guru seramai 51 orang. Pada 2021 bilangan pelajar terus
meningkat iaitu seramai 563 pelajar lelaki dan 525 pelajar
perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar seramai
1088 orang bagi kelas perdana manakala murid Prasekolah
seramai 100 orang. Guru pula seramai 62 orang.

Setelah 9 tahun lebih menumpang di asrama lelaki SMK
Baru, akhirnya SK Kampung Baru dapat kembali berpindah
ke tapak asal umpama sireh pulang ke gagang pada
Februari 2013 . Bangunan yang cantik ini mempunyai lima
buah kelas untuk setiap tahun 1,2,3,4,5,dan 6 (30 buah
kelas). Kini bilangan murid mencecah seramai 1124 orang,
Murid prasekolah pula seramai 100 orang dan ditempatkan
di empat buah kelas manakala bilangan guru seramai 61
orang.

Begitulah sejarah SK Kampung Baru, Bintulu. Harapan buat
semua agar sama-sama kita menjaga kecantikan dan
keindahan bangunan serta harta benda milik SK Kampung
Baru, demi masa depan anak bangsa.

34

Ahlan Ya

Ramadhan

Kedatangan bulan Ramadhan

amat ditunggu-tunggu oleh umat


islam kerana dalam bulan

Ramadhan mempunyai kelebihan


yang tersendiri. Dalam bulan

Ramadhan umat islam diwajibkan


untuk berpuasa selama sebulan.

35

Seperti yang selalu kita dengar, bulan Ramadhan mempunyai
banyak kelebihan yang sangat di nanti-nantikan umat islam
sehingga bulan Ramadhan ini digelar sebagai bulan ibadah,
bulan untuk mengejar pahala berganda-ganda.

Antara kelebihan bulan Ramadhan ialah :
1.Pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup
-“Apabila telah tiba Ramadhan,dibuka pintu-pintu syurga dan
ditutup semua pintu neraka dan didikat semua syaitan”
-Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

2.Di ampuni segala dosanya yang lalu
-“Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan
keikhlasan nescaya akan diampuni segala dosanya yang telah
lalu”
-Hadith Riwayat An-Nasai’e

3.Pahala berlipat ganda
-“Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat gandakan
pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda.Allah
berfirman : “Kecuali puasa,sesungguhnya puasa itu adalah
untuk-Ku dan Aku memberikan balasan kepadanya kerana dia
telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana
Aku”.
-Hadith Riwayat Muslim

36

4.Jauh dari api neraka
-“Barangsiapa yang berpuasa sehari [ada jalan Allah nescaya
Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh
perjalanan) 70 tahun.”
-Hadith Riwayat Al-Bukhari

5.Perisai dari seksaan
-“Puasa itu perisai yang dipergunakan seseorang hamba untuk
membentengi dirinya dari seksaan api neraka.”
-Hadith Riwayat Imam Ahmad

6.Doa sangat mustajab
-“Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa
orang yang di zalimi dan orang yang musafir.”
-Hadith Riwayat Al-Bukhari, Ahmad dan Tirmizi

7.Masuk dalam syurga
-“Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan
pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk
daripadanya (dan) tidak seseorang pun selain mereka
memasukinya..”
-Hadith Riwayat Al-Bukhari

37

PROGRAM TRANSISI

TAHUN 1

Imbas kod QR untuk
2022
tonton video montaj


Program Transisi

Tahun 1 2022

38

Program Transisi Tahun Satu 2.0 dilaksanakan bagi memastikan semua murid Tahun
1 daripada pelbagai latar belakang, tahap penguasaan dan kesediaan dapat
meneruskan proses pembelajaran mereka seterusnya. Kerangka konsep Program
Transisi Tahun Satu 2.0 dibangunkan berasaskan lima aspek iaitu sosioemosi, sikap
dan nilai, kognitif (termasuk literasi dan numerasi asas), kreativiti dan estetika serta
kesejahteraan fizikal dan kesihatan. Kelima-lima aspek ini dilaksanakan berasaskan
pendekatan bertema dan bersepadu. Kejayaan pelaksanaan Program Transisi Tahun
Satu 2.0 bergantung kepada kerjasama dan sokongan ibu bapa/penjaga, pentadbir
dan guru. Persekitaran sekolah dan rumah yang kondusif serta memberangsangkan
juga amat penting dalam proses pembelajaran murid.

Program Transisi dilaksanakan secara 2 fasa:

FASA 1 : FASA PENYESUAIAN (DUA MINGGU) 21 MAC - 1 APRIL 2022
• Dilaksanakan selama 2 minggu mengikut peruntukan waktu sehari yang


telah ditetapkan.
• Merangkumi aktiviti rutin harian,perbualan awal, suai kenal, aktiviti fizikal,


aktiviti pembelajaran dan rehat.
•Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid.

FASA 2 : FASA KESEDIAAN (DUA MINGGU) 4 APRIL - 15 APRIL 2022
• Dilaksanakan 2 minggu mengikut jadual waktu Tahun Satu

• Merujuk tema seperti dalam Kit PTTS 2.0. Pemilihan tema adalah mengikut

minat, latar belakang dan persekitaran murid . Aktiviti yang bersesuaian

boleh dirancang dengan tahap kesediaan murid.
• Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbeza berdasarkan

tahap kesediaan murid.
• Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

menggunakan item dalam Senarai Semak Kesediaan Murid .




39

MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN
HADIAH PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0

TAHUN 2022

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah Program Transisi 2.0 Tahun 1

diadakan pada 20 April 2022 di bilik Motivasi. Memandangkan masih


berada di fasa endemik, hanya pihak pentadbir dan AJK Program Transisi

bersama murid yang mendapat hadiah sahaja yang dibenarkan berada di


dalam Bilik Motivasi.
Majlis dimulakan dengan ucapan penutupan program oleh guru besar Encik

Awangku Ali Udin bin Haji Pengiran Haji Adenani. Hadiah telah disampaikan

oleh guru besar serta diiringi oleh PKP Puan Zuraidah binti Che Mahamood


dan PK HEM Tuan Haji Khairul Basir bin Mohamed.




40

HADIAH PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2.0
TAHUN 2022

1. Murid Terbaik Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains
2. Pertandingan Mewarna
3. Literasi maklumat (Pusat Sumber Sekolah)

41

PROGRAM

IMUNISASI COVID-19


KANAK-KANAK

(PICKIDS)
SKK
BB

Imbas kod QR untuk

tonton video montaj


PICKIDS SKKBB

2022.

42

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-
kanak (PICKids) telah dimulakan secara rasmi di
peringkat Kebangsaan bermula Februari 2022 dengan
menyasarkan golongan kanak-kanak berusia 5
hingga bawah 12 tahun (mengikut tarikh lahir).
Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua
suntikan dos vaksin dengan selang masa lapan (8)
minggu selepas dos pertama.

Berdasarkan data terkini yang diperolehi, selang
masa lapan (8) minggu di antara dua dos yang
diberikan akan memberi kesan tindak balas imuniti
dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta
berpotensi untuk memberikan perlindungan yang
lebih lama. PICKids adalah satu usaha untuk
melindungi kanak-kanak daripada jangkitan teruk
COVID-19 dan memastikan risiko jangkitan di sekolah
dapat dikurangkan. Kementarian Kesihatan Malaysia
(KKM) telah berkerjasama dengan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) mewujudkan PPV Sekolah
bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi proses
pemberian vaksin kepada murid sekolah.

43

Pada 18 dan 19 April 2022, Sekolah Kebangsaan
Kampung Baru Bintulu dengan kerjasama Hospital
Columbia Asia Bintulu telah melaksanakan Program
Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) untuk dos
kedua bagi murid-murid yang telah lengkap dose
pertama pada 21 dan 22 Februari lepas. Program ini
bermula jam 8.30 pagi sehingga 1.30 petang. Seramai
610 murid yang terlibat dengan program ini. Senarai
nama murid telah di keluarkan oleh pihak Hospital
Columbia Asia berdasarkan rekod murid yang telah
lengkap dos pertama. Kehadiran murid juga amat
memberangsangkan. Sepanjang program ini berjalan,
semua ibu bapa dan murid dapat mematuhi peraturan
dan mengikuti SOP yang di tetapkan. Alhamdulillah
dan syukur kerana program ini berjalan lancar
sehingga penghujungnya.

Akhir kalam, tahniah dan terima kasih kepada
ibu bapa dan murid-murid atas kerjasama yang di
berikan. Tidak lupa juga, tahniah dan jutaan terima
kasih juga kepada barisan pentadbir SKKBB, Ajk
pelaksana PICKids SKKBB dan barisan staf Hospital
Columbia Asia Bintulu kerana telah berjaya
melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kanak-
Kanak (PICKids) dengan lancar dan terbaik.

44

45

KARYA
MURID SKKBB

Pan
tun 1

Murid: Natasha Elsiera Mindha anak Jati
Guru: Cikgu Josphine Limon anak Unggang

Anak rusa minum di sungai,
Harimau datang terus mengejar,
Jika ingin menjadi pandai,
Mari kita sama belajar.

Anak berudu mandi di perigi,
Mandi di perigi tidak bersabun,
Biar buruk rupa diri,
Asalkan kita bersopan santun.

Ikan keli di atas rakit,
Kancil sembunyi di dalam gua,
Gosok gigi supaya tidak sakit,
Barulah hidup sihat sejahtera.

47

PANTUN 2 48

Jessica Rata Jefferey
Cikgu Josphine Limon anak Unggang

Tinggi sungguh si pokok buluh,
Daunnya hijau melambai-lambai,
Mari belajar bersungguh-sungguh,

Kelak kita menjadi pandai.



Ikan gelama si ikan haruan,
Berenang di dalam sungai,
Pupuk kerjasama erat perpaduan,
Barulah hidup aman dan damai.



Kuda berlari di tepi pantai,

Tersepak si anak penyu,
Jika hendak menjadi pandai,
Mari mendengar nasihat guru.

ASAMLABNADTAAING
WINDER CIDA
6 Superb

Nyadi batang mandai tu nitihka pengarap kitai
Iban, udah kitai parai semengat kitai pulai ke menua
siti di kumbai kitai sebayan. Tang taja pia, semangat
sida ke nyadi manang enda pulai ke menua kin, nda
sama enggau kitai ke mensia biasa.

Lebuh bala sida manang tu tadi udah mati,
semangat sida ia pulai ngagai tuchung Bukit Rabung.
Bukit Rabung tu tumbuh di tebing batang kedugau
tunga ngagai pati batang kepuas Indonesia kin.
Nyadi, bukit tu tinggi sereta ranjan. Bukit tu mega
ulih dipeda ari menua pegai tunga Sri Aman nyentuk
ke diatu laban bukit tu tumbuh antara menua
Sarawak enggau menua Kalimantan.

49


Click to View FlipBook Version