The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zzamanau4, 2019-02-18 03:17:02

VISI23-2018

VISI 23 - 2018
BAHASA INGGERIS DEPENDENCY ON SMARTPHONES
BRINGS MORE HARM THAN GOOD
In today’s world, technology has become ubiquitous, touching almost every part of our lives, our communities and our homes. It is undeniable that books have become obsolete these days as people tend to use their smartphones to
retrieve answers of merely any question that pop up in their minds. As you can see, smartphones have begun to dominate our lives, making us to become dependent on these complex, highly-technological electronic devices. However, many people start to question whether we have become slaves to smartphones or we are still in control of technology. In my opinion, I agree with the statement ‘depending on smartphones brings more harm than good’.
Recently, there have been reports stating that people who spend long hours using smartphones are apt to suffer from vision problems such as severe mythopia. Worse still, if we use our smartphones in a dark room, it might even boost possibility to cause blindness. People who are addicted to their phones are dreadfully risky to have these problems. To resolve these problems, we can actually
convert our lifestyle to become more conventional such as to discover news from the newspaper instead of harming our eyes by scrolling through the endless
Facebook Newsfeed. As outdated as it may seem, printed materials like the newspaper offer updated news for everyone and flipping through actual pages definitely feels more heart- warming than thumbing through on- screen pages.
Apart from undermining our health, smartphones are also destructing our minds and souls. Young people are often confronted by the problem of developing a sense of identity, and this fact has also proven they are more apt
to be swayed by
199


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
the pressure of social media. They want to be attractive and wish to get more likes on their social media accounts as a token of winning the approval and appraisal of others. They are unduly conscious of how others depict them, for instance, if someone criticizes them simply based on their appearances and outfits, they might isolate themselves from others and waste time brooding. As you can see, young minds filled with fear, anxiety and gloom owing to the dependency on smartphones can shatter peace of mind and having their emotions influenced by the negative comments on social media.
Dependency on smartphones can also be depicted as a form of addiction. When people are overwhelmed and blinded by the attractive apps installed in their phones, they will slowly neglect real-life relationships that have to be constantly retained and nurtured. In this case, they will be less likely to experience the amazing filial love and blossoming friendships due to spending excessively long hours with their phones. This is an indisputably devastating truth as smartphones which are invented for the convenience
of human beings are now being misused as a way to escape from the real world and enter an altered reality. Upon being addicted to phones, they are also exposing themselves to various temptations such as watching pornography online. Most people will fall into the temptation easily and lead to a self-destructive lifestyle. However, these problems can be averted if we abandon the culture that emphasizes only on smartphones and start taking up hobbies that can benefit our mental as well as physical health.
Pondering upon the points stated above, smartphones can really deprive us of quality lifestyles and generate various problems if we misuse them. However, the invention is still undeniably beneficial to the human world after all, as it has irrevocably changed the world by contributing to the information technology and communication field. Hence, we should use this invention wisely to fully utilize its advantages and not to be trapped in its imperfections. Together we can be wise users of the smartphones without having technology to overtake us and become a threat to the human race.
200
BAHASA INGGERIS


VISI 23 - 2018
BAHASA MALAYSIA
MANFAAT DI SEBALIK KEWUJUDAN
G PUSAT SUMBER SEKOLAH
elombang perubahan tamadun manusia dikatakan sedang berada pada zaman pascaperindustrian dan juga dikenali sebagai zaman ledakan maklumat. Keupayaan penyebaran maklumat secara besar-besaran
menyebabkan manusia seolah-olah berada dalam perkampungan digital. Jadi, jelaslah bahawa kepentingan ilmu kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar pada era modenisasi abad ke-21 ini. Tanpa ilmu, hidup kita akan sesat dalam kegelapan kerana ilmu itu umpama lilin dalam kehidupan. Dalam usaha mentransformasikan sistem pendidikan yang mementingkan perkembangan minda yang sihat dan seimbang dalam golongan pelajar, pihak sekolah telah menyediakan pusat sumber yang boleh mendatangkan impak positif kepada para pelajar. Pusat sumber sekolah dikenali sebagai pemboleh ubah yang penting sekali dalam mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah. Pernyataan ini dapat dibuktikan melalui hujah-hujah yang akan saya bentangkan seterusnya. Marilah
kita menghayati kepentingan pusat sumber sekolah.
Sebagai kupasan saya yang pertama, pusat sumber sekolah dilengkapi dengan pelbagai jenis buku yang meliputi genre yang berbeza termasuklah bahan bacaan fiksyen dan bahan bacaan bukan fiksyen. Buku-buku ini tentulah dapat membina anjakan paradigma dalam minda pelajar dan secara tidak langsung menjana pemikiran secara kreatif dan kritis. Dengan wujudnya persekitaran yang selesa dan kondusif, saya telah memupuk minat membaca dan menjadikan amalan membaca sebagai satu rutin harian dalam jadual pembelajaran saya. Kelengkapan fizikal yang terdapat di pusat sumber sekolah seperti pendingin hawa, komputer-komputer dan kewujudan pelbagai jenis bahan bacaan telah memudahkan dan membantu saya menyiapkan kerja kursus yang diarahkan oleh guru mata pelajaran
tertentu. Hal ini demikian kerana pusat sumber mengandungi pelbagai bahan bacaan sebagai rujukan dan panduan untuk saya menyiapkan tugasan seperti buku-buku bibliografi, kajian teks atau surat khabar dan majalah-majalah ilmiah. Pusat sumber juga membenarkan pelajar menggunakan komputer dengan tujuan untuk mencari maklumat. Oleh itu, saya dapat memperoleh banyak maklumat yang berkaitan dengan hanya satu klik. Hal ini membuktikan bahan bacaan sekarang boleh dibaca pada skrin monitar dan bukan sahaja terhad kepada bahan bercetak sahaja. Pusat sumber sekolah saya amat mengutamakan kecanggihan teknologi supaya pelajar tidak ketinggalan dalam dunia teknologi dan mampu mengikut perkembangan semasa, secara tidak langsung. Maka, benarlah pelbagai jenis buku yang meliputi genre yang
201


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
berbeza merupakan satu manfaat kemujudan pusat sumber sekolah.
Sebagai lontaran idea yang seterusnya, pusat sumber sekolah saya juga memainkan peranan penting dalam membekalkan maklumat kepada saya untuk menjadi pelajar cemerlang. Dengan wujudnya persekitaran yang kondusif, saya akan menggunakan kelebihan itu untuk mengulang kaji pelajaran. Setiap hari selepas tamat sesi persekolahan harian, saya akan mengunjungi pusat sumber untuk membaca buku bagi memanfaatkan masa terluang. Untuk menjadi pelajar cemerlang, saya haruslah memperuntukkan masa yang ada secara optimum melalui penjadualan yang bijaksana. Saya sering mendisiplinkan diri agar habis membaca sebuah buku atau habis mengulang kaji satu bab dalam tempoh satu minggu. Kewujudan pusat sumber sekolah ini menghindari saya daripada melakukan perkara yang kurang berfaedah dan membantu saya untuk fokus dalam pencapaian akademik, bak kata peribahasa ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’. Saya berhasrat untuk memperoleh kejayaan hasil daripada menuntut ilmu tanpa mengenal erti putus asa. Oleh itu, manfaat kewujudan pusat sumber sekolah termasuklah membekalkan pelbagai maklumat kepada pelajar.
Pusat sumber sekolah bukan sahaja menyumbang kepada pencapaian akademik saya, tetapi juga membolehkan saya responsif terhadap isu-isu semasa. Hal ini demikian kerana pusat sumber mempunyai sudut yang meletakkan pelbagai akhbar tempatan. Kadangkala saya akan meluangkan masa untuk membaca akhbar tentang isu yang acap kali menghiasi halaman utama akhbar-akhbar itu, umpama peribahasa ‘yang baik dijadikan
teladan, yang buruk dijadikan sempadan’. Berita- berita lama mahupun baru yang terkandung dalam akhbar-akhbar itu berperanan sebagai peringatan kepda kita untuk tidak mengulangi kesalahan orang lain dan mencontohi nilai- nilai baik yang digambarkan melalui berita- berita ini. Penyediaan akhbar-akhbar tempatan seperti Berita harian, Harian Metro, mahupun News Strait Times di pusat sumber sekolah tentulah dapat menjana pemikiran yang kritis dan menghindarkan saya daripada bersikap seperti katak di bawah tempurung. Jadi, salah satu manfaat kewujudan pusat sumber sekolah termasuklah membuatkan saya responsif terhadap isu-isu semasa.
Jika dilihat secara menyeluruh, pusat sumber sekolah saya merupakan tempat yang penting sekali dalam melahirkan golongan pelajar yang berketerampilan untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. Prasyarat untuk mencapai kecemerlangan ialah kesediaan dan kesedaran untuk mengubah persepsi pemikiran, tingkah laku, dan kefahaman supaya selari dengan perubahan persekitaran. Memang tidak dapat dinafikan pusat sumber sekolah merupakan tulang belakang kepada kegemilangan sekolah saya kerana memiliki cirri-ciri fizikal yang mampu membangunkan potensi individu dalam menerokai ilmu dunia, sesuai dengan peribahasa Melayu ‘membaca itu jambatan ilmu’. Oleh itu, saya berharap pihak sekolah menitiberatkan kepentingan pusat sumber sekolah dan bersama-sama menggemblengkan tenaga untuk memupuk minat membaca dalam jati diri setiap individu pelajar.
Oleh,
LAU JING WEI (5ST1)
202
BAHASA MALAYSIA


VISI 23 - 2018
BAHASA MALAYSIA BKEBAIKANMENGUASAIPELBAGAIBAHASA
ahasa merupakan alat yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung sejak zaman dahulu lagi. Dalam mendepani era globalisasi ini,kemampuan menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan suatu
kelebihan kepada seseorang. Tanpa kemampuan dan kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa, agak sukar seseorang untuk berkomunikasi khususnya dengan individu yang berlainan bangsa. Oleh itu, banyak kepentingan akan diperoleh oleh seseorang dengan menguasai pelbagai bahasa lain selain bahasa ibunda.
Kebaikan pertama menguasai pelbagai bahasa ialah seseorang lebih mudah untuk berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini demikian kerana seseorang akan lebih berkeyakinan untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja. Sebagai contoh, dengan menguasai bahasa Inggeris, seseorang boleh memberitahu tempat-tempat menarik serta keistimewaan yang terdapat di negara kita kepada pelancong yang datang ke negara kita. Faedah daripada itu, para pelancong berasa lebih dihargai malah akan lebih tertarik untuk berkunjung ke negara kita. Seseorang juga akan lebih memahami psikologi serta penutur jati individu tertentu. Sebaliknya, tanpa menguasai pelbagai bahasa seseorang sukar untuk menolong walaupun masih mempunyai niat untuk membantu. Impak daripada itu, para pelancong akan berfikiran negatif dan berkemungkinan menganggap kita tidak peramah dan bersikap sombong. Jelas bahawa, dengan menguasai pelbagai kita mudah berkomunikasi dengan lebih berkesan untuk bertukar fikiran serta maklumat antara satu sama lain.
Selain itu, dengan menguasai pelbagai bahasa
seseoranglebihmudahuntukmemperolehilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana pelbagai
ilmu pengetahuan yang terdapat di dunia ini ditulis dalam pelbagai bahasa, khususnya bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama dunia. Dengan memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan seseorang akan lebih dihormati, dipandang tinggi serta tidak dianggap bagai katak di bawah tempurung. Sebagai contoh, untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang agama Islam seseorang wajib menguasai bahasa Arab yang merupakan bahasa kitab suci Al-Quran. Sementara itu, bagi golongan pelajar mereka lebih mudah untuk membuat rujukan sama ada melalui buku-buku atau Internet. Kemahiran menguasai bahasa Inggeris misalnya, sering kali menjadi halangan kepada pelajar Bumiputera di pusat pengajian tinggi untuk menghasilkan kajian serta bahan ilmiah yang berkualiti. Tegasnya, memiliki kemahiran bahasa Inggeris yang baik sama ada mendengar, bercakap, membaca atau menulis adalah amat perlu sejajar dengan usaha kerajaan Malaysia membangunkan modal insan di negara ini.
Seterusnya, seseorang lebih mudah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, baik di pusat pengajian tinggi awam atau swasta. Tambahan lagi kemampuan menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai
203


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
bahasa menjadi semakin penting sekiranya seseorang hendak melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hal ini demikian kerana hampir semua pusat pengajian tinggi menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kekuatannya sebagai bahasa komunikasi masyarakat dunia. Hal ini dikukuhkan lagi apabila seseorang ingin melanjutkan pelajaran di negara-negara maju seperti Jepun dan Peranchis yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri sebagai bahasa pengantar utama. Tamsilnya, untuk melanjutkan pelajaran di negeri matahari terbit, Jepun pelajar perlulah mengikuti kurusus untuk menguasai bahasa Jepun terlebih dahulu sebagai pakej untuk terpilih untuk mengikuti pengajian di sana. Jelas terbukti bahawa penguasaan pelbagai bahasa memberikan kemudahan kepada setiap orang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di samping mudah untuk memahami budaya dan gaya hidup sesuatu masyarakat yang ditemui.
Akhir sekali, tidak dapat dinafikan bahawa dengan menguasai pelbagai bahasa seseorang lebih mudah untuk memperoleh peluang pekerjaan. Hal ini disebabkan seseorang pekerja yang berkemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa dianggap mempunyai banyak kelebihan serta keistimewaan kerana mampu bertutur dengan pelbagai pihak. Sebagai contoh, di Malaysia seseorang yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Mandarin memiliki ciri-ciri pekerja yang digemari dan disukai majikan kerana masyarakat majmuk
yang terdapat di negara kita. Di samping itu, dengan menguasai pelbagai bahasa membolehkan seseorang itu, menceburkan diri dalam bidang penterjemahan atau jurubahasa dalam bidang kehakiman dan juga sektor pelancongan. Bidang terjemahan dikatakan mempunyai masa depan yang cerah kerana mempunyai permintaan yang tinggi. Begitu juga dalam bidang pelancongan yang amat memerlukan khidmat pemandu pelancong asing yang boleh menguasai bahasa asing. Sesungguhnya, penguasaan pelbagai bahasa dan kemahiran berkomunikasi menjadi suatu kriteria dan pertimbangan utama majikan dalam memilih ciri pekerja yang berkualiti.
Intihanya, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek bahasa tambahan di peringkat sekolah perlulah dipuji bagi memperkasakan lagi modal insan yang bakal dilahirkan. Oleh itu, semua pihak khususnya ibu bapa bukan sahaja perlu menerimanya secara positif malahan memberikan sokongan tanpa wujud perasaan berbelah bahagi. Semua individu khususnya golongan pelajar perlulah merebut peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan kerana kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa akan memberikan nilai tambah sekali gus menyediakan masyarakat yang mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi untuk bersaing di peringkat global. Justeru, tepuk dada tanya selera, adakah kita ingin menjadi individu yang hanya memahami bahasa ibunda atau mampu menguasai pelbagai bahasa yang pastinya memberikan kelebihan kepada kita kelak.
-Internet-
204
BAHASA MALAYSIA


VISI 23 - 2018
1. Polis Malaysia dan polis Indonesia, mana yang lebih tua? Berikan jawapan dengan sebab sekali...
Jawapan: Polis Malaysia yang lebih tua kerana polis Malaysia dipanggil Tok manakala polis Indonesia pula dipanggil bapak.
2. Sebab apa siput babi jalan lambat? Jawapan: Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi.
3. Sukan apa selepas main kita tabik? Jawapan: Golf
4. Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?
Jawapan: Motor sebab pakai tongkat.
5. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak makan?
Jawapan: Kuching, Sarawak.
6. Kuda apa yang tiada kaki? Jawapan: Kuda kepang
7. Binatang apa yang kurang ajar? Jawapan: Kutu kerana dia merayap di atas kepla.
8. Ikan apa yang paling rajin?
Jawapan: Ikan bandaraya sebab suka cuci cermin akuarium.
9. Kereta apakah yang orang tak panggil kereta?
Jawapan: Teksi
10. Dalam banyak-banyak bunga-bunga apa yang berwarna hitam?
Jawapan: Bunga tayar
11. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? Jawapan: Penguin
12. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka ayam jadi apa?
Jawapan: Ayam jadi banyak
13. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?
Jawapan: Kereta kabel
14. Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki? Jawapan: Baju
15. Permainan apa yang paling berat sekali Jawapan: catur (sebab kena bawa raja,permaisuri,kuda dan sebagainya)
16. Bom apakah tidak boleh meletup? Jawapan: Bomba
17. Dalam banyak-banyak batu, batu apa yang sejuk?
Jawapan: Stone Cold
18. Pokok apakah yang berbuah sekali sahaja?
Jawapan: Pokok pisang
19. Ubat ini biasanya berwarna hijau tetapi tidak boleh dimakan. Ubat apakah itu? Jawapan: Ubat nyamuk
20. Negara apakah yang ejaannya huruf berganda?
BAHASA MALAYSIA SIAPA YANG KENA?
Jawapan: Uganda
-Akhbar Sinar-
205


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
CERPEN PERIBAHASA SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT
BAKHIRNYA JATUH KE TANAH JUGA
udin seorang budak yang nakal. Dia suka membuli muri-murid yang lain selain sikapnya yang kasar dan biadap. Budin juga selalu ponteng sekolah. Walaupun dia kerap ditegur oleh gurunya, namun teguran itu
tidak diendahkannya.
Budin ada tiga orang sahabat yang nakal sepertinya. Sahabatnya, Rashid, Balan dan Sidek menganggap Budin seorang yang berani. Hal ini kerana Budin berani mencuri barang-barang peniaga pasar malam. Ketika peniaga sedang sibuk melayan pelanggan, Budin akan berpura- pura memilih barangan. Dia kemudian akan menghulurkan barangan yang hendak dicuri secara sembunyi-sembunyi kepada kawan-kawannya.
Budin dan kawan-kawannya sering menjadikan Tok Din, seorang lelaki tua penjual buah-buahan sebagai mangsa. Kawan-kawan Budin akan berpura-pura terlanggar buah-buahan Tok Din. Apabila Tok Din sibuk mengutip buah-buahan yang jatuh, Budin akan mencuri wang di dalam tempat simpanan wang Tok Din
206
tanpa disedari oleh lelaki tua itu.
Bagaimanapun, pada suatu hari, ketika mereka melakukan perkara yang sama, seorang lelaki terpandang perbuatan mereka. Lelaki iu memekik lalu memaut leher Budin. Budin tidak sempat melarikan diri lalu ditangkap oleh lelaki tersebut. Lelaki itu kemudian membawa Budin ke balai polis. Rashid, Balan dan Sidek turut ditangkap oleh pihak polis kerana bersubahat dengan Budin.
Walaupun seseorang itu sangat licik ketika melakukan pebuatan jahat, lama- kelamaan perbuatan jahat itu akan diketahui juga kerana sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah juga yang berlaku kepada Budin dan kawan-kawannya.


VISI 23 - 2018
GENGGAM BARA API BIAR
SAMPAI JADI ARANG
Jika kita hendak mencapai cita-cita, kita perlu berusaha secara tekal serta sabar apabila menghadapi cabaran dan dugaan. Begitulah maksud peribahasa “genggam bara api biar sampai jadi arang”.
Antara contoh yang ada kaitan dengan peribahasa ini ialah diri murid sendiri. Sama ada murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah atau kolej, mahupun penuntut di universiti, semuanya perlu gigih menuntut ilmu. Semasa di sekolah rendah, kita perlu menduduki peperiksaan UPSR. Di sekolah menengah pula, kita menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM. KIta perlu melalui semua cabaran ini dengan sabar jika hendak berjaya dalam pelajaran.
Bagi peniaga pula, susah payah untuk maju perlu dihadapi terlebih dahulu jika hendak menjadi usahawan berjaya. Jatuh bangun dalam bidang perniagaan bagi seorang usahawan akan mematangkan mereka, seterusnya menjadi tangga untuk mereka lebih maju.
Antara contoh yang lain ialah usaha yang dilakukan oleh penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza Tajuddin. Beliau terus berusaha memajukn diri dan tanah air, dengan membuat persembahan di Royal Albert Hall, London menggunakan perbelanjaan sendiri. Hal ini membolehkan beliau mencipta nama pada peringkat antarabangsa. Semua tokoh terkemuka dunia berjaya hasil usaha gigih. Tokoh pejuang negara seperti Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar dan tokoh kemerdekaan yang lain berusaha gigih untuk memerdekakan negara. Pemimpin pada masa ini pula turut berusaha gigih untuk memajukan rakyat dan negara demi memastikan Malaysia kekal makmur dan merdeka.
Jelaslah bahawa kejayaan akan datang seiring dengan usaha kerana “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”
HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA
Peribahasa merupakan kalimat indah yang dicipta orang-orang tua dahulu yang berperanan menasihati, mendidik, menyindir dan memberi peringatan kepada masyarakat. Hingga kini peribahasa masih dipelajari dan diamalkan dalam hidup sehari-hari.
Antara peribahasa yang biasa kita dengar ialah “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Peribahasa ini bermaksud orang yang membuat kebajikan semasa hidup akan sentiasa diingati. Hal ini mengajar kita agar sentiasa berbakti kepada masyarakat. Hingga kini kita masih mengingati tokoh yang banyak berjasa kepada negara. Contohnya Tunku Abdul Rahman, Dato’ Maharajalela dan Pendeta Za’ba. Mereka telah lama meninggal dunia, tetapi segala jasa yang dicurahkan tetap dikenang.
Tujuan peribahasa ini menggesa kita agar terus berbakti. Kita boleh berbakti kepada agama, keluarga dan negara. Bakti yang paling mudah ialah membuat kebajikan yang dapat dimanfaatkan kepada orang lain seperti menjaga kebersihan.
Apa yang kita kesali dalam kalangan kita ialah kegiatan merosakkan harta benda awam. Sudahlah tidak mahu berbakti, malahan menyusahlan orang lain. Mereka yang bersikap negatif ini kerana tidak mempunyai nila-nilai murni dalam hidup mereka.
Jadi, kita perlu bulat hati untuk membuat kebajikan sepanjang hidup kita. Untuk itu, jangan sesekali hangat-hangat tahi ayam. Sebagai seorang murid yang sentiasa ingin berbakti kepada sekolah, tindakan yang pertama ialah memastikan mematuhi undang- undang sekolah. Walaupun negara dilanda teknologi maklumat (IT), peribahasa ini masih sesuai diamalkan dalam kehidupan kita.
CERPEN PERIBAHASA
207



Click to View FlipBook Version