The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majalah Sekolah, Sekolah SMKBBSP 2018 - VISI23.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zzamanau4, 2019-03-04 20:43:55

VISI23-2018

Majalah Sekolah, Sekolah SMKBBSP 2018 - VISI23.





VISI 23 - 2018
PENGENALAN
Selamat menghayati tahun 2018 kepada semua warga SMKBBSP dan pembaca Majalah
VISI edisi ke-23 SMK Bandar
Baru Seri Petaling (SMKBBSP). Lembaga
Sidang Redaksi dengan
ikhlas dan komited mengharapkan agar penghasilan majalah ini
dapat menyingkap rentetan
setiap detik bermakna sepanjang tahun 2018. Kami berharap agar para pembaca dapat menyusuri setiap lembaran VISI edisi 23 ini dengan penuh penghayatan. Ilustrasi kulit majalah VISI edisi ke-23 ini merupakan hasil garapan idea kreatif antara pihak Sidang Redaksi dan
juga pihak penerbit.
Pada 2018, percetakan VISI masih lagi dicetak dalam bentuk CD untuk pengedaran. Pada
tahun ini majalah VISI 23 balik ke bentuk portrait.
Konsep majalah digital
ini adalah hasilan daripada
pengetua SMKBBSP, Tn. Haji
Mohamad Saadon bin Haron yang ingin mengalu-alukan era digital dan teknologi masa kini.
1


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
ISI KANDUNGAN
STAF AKADEMIK
21
SAMBUTAN RAYA
95
BULAN KEMERDEKAAN
98
MAJLIS GRADUASI
107
MERENTAS DESA
59
2
3 LEMBAGA SIDANG REDAKSI 7 IDENTITI SEKOLAH
11 KATA ALU-ALUAN 19 TADBIR & STAF
27 PENCAPAIAN AKADEMIK 35 PENCAPAIAN KOKURIKULUM
45 KEJOHANAN BALAPAN & PADANG
49 NOSTALGIA 113 ORGANISASI 149 ALBUM KELAS
169 KANDID
175 GRADUAN SEKOLAH
193 EKSPRESI LITERASI


VISI 23 - 2018
LEMBAGA SIDANG REDAKSI 2018
Barisan duduk (Guru-guru penasihat):
Pn Siti Amelia binti Mohd. Aris, Pn Noor Fatihah binti Muhammad, Pn Raja Maya Karleena binti Raja Haroon Arashid, En Raja Azizu bin Raja Yunus, Dr Ros binti Zakaria, Tn Hj Mohamad Saadon bin Haron, Cik Liew Lai Foong, Cik Norhayati binti Ahmad, Pn Ku Seew Ling, Cik Mastura Alias
Barisan tengah:
Tam Eh Li, Lau Jing Wei, Wong Pei Jun, Yap Zi Lin, Wong Theng Loke, Chang Jun Wei, Chan Xiao Qi, Chin Pei Tong,
Tan Kah Yee, Chin Lin Wei, Careme
Lim Kai Yan, Damia Dayana binti
Mohd. Asri
Barisan belakang:
Nur Amira Syafiqah binti Mahadi, Nasrullah bin Barakajhullah, Edward Tan Hung Ling, Benjamin Gun Jin Wei, Yap Chee Hoe, Megat Aqil Harith bin Abdul Muhaimin, Kenneth Chong Chu Shen, Muhammad Ilyas bin Mohd Abdul Hakim, Nur Atiqah Balqis binti Ahmad Ezanee, Rachel Kow Yi Ting
3
EDITORS
&
ADVISORS


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
EDITOR’S SWAY
e are honoured to be given the chance to express our gratitude in successfully completing VISI
23. This year the Editorial Board has two assigned editors, let us introduce ourselves, I am Chang Jun Wei and she is Chan Xiao Qi, we are both from 5ST1. Throughout the year we’ve been working on the magazine together.
First and foremost, we would like to thank the school and our teacher advisors, Ms Liew Lai Foong and Ms Norhayati Ahmad for giving us the opportunity to be the Editors- in-chief for the year 2018. Through these 2 years in the Editorial Board, we’ve faced plenty of challenges, but we’ve learnt to
overcome them. We have had our hearts broken as we were not able to have a printed version of the magazine for this year, we hope the school supports future magazines to be printed instead of producing only a digital copy of the magazine.
We would also like to thank our teacher advisors, Miss Liew Lai Foong and Miss Norhayati Ahmad for guiding us and giving us helpful advices. We would also like to thank our sub-editor, Tam Eh Li for helping us whenever she could. We would like to wish her the best in leading the next batch of Editorial Board members and her studies as it is challenging to cope with both academics and co-curriculum activities. Next we would like to express our appreciation to the each and every one of the reporters, photographers, marketing team and designing team members. Their commitment is something that we admire. Without them, the magazine would not have been completed.
We would also like to take this opportunity to apologize for all the mistakes that we have made. Thank you to those who supported us throughout the year. We would like to end this with our hope that every one of you will enjoy the magazine. Good luck fellow friends and best wishes to all our juniors.
4


VISI 23 - 2018
EDIBOARD
EDITOR
&
SUB-EDITOR
From left to right:
Chan Xiao Qi 5ST1 (Editor-in-chief ), Tam Eh Li 4ST1 (Sub-editor), Chang Jun Wei 5ST1 (Editor-in-chief )
PHOTOGRAPHERS
From left to right:
Nur Amira Syafiqah Binti Mahadi 3U1, Damia Dayana binti Mohd Asri 3U1, Chang Jun Wei 5ST1, Tan Ka Yee 5AK1, Lau Jing Wei 5ST1
5


Wong Pei Jun 5ST1
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
EDIBOARD
From left to right:
Chan Xiao Qi 5ST1, Chin Lin Wei 5ST1, Lau Jing Wei 5ST1, Nasrullah bin Barakajhullah 3U1, Wong Theng Loke 5ST2, Damia Dayana binti Mohd Asri 3U1, Nur Atiqah Balqis Binti Ahmad Ezanee 3U2
REPORTERS
MARKETING
DESIGNER
First row from left to right:
Nasrullah bin Barakajhullah 3U1, Yap Chee Hoe 5AK1, Edward Tan 3T1
Second row from left to right :
Wong Theng Loke 5ST2, Lau Jing Wei 5ST1
6


VISI 23 - 2018
LENCANA SEKOLAH
MAKSUD LENCANA SEKOLAH
BINTANG 14
13 negeri dan Wilayah Persekutuan dalam Negara Malaysia
5 JALUR
5 Prinsip Rukun Negara
BUKU TERBUKA
Ilmu dalam semua bidang untuk membangunkan intelek, rohani, emosi dan jasmani
KUNING
Kedaulatan Agong dan Raja-raja dalam kerajaan Raja Berperlembagaan
MERAH
Keberanian untuk menghadapi cabaran masa depan ke abad-21
PUTIH
Kesucian ilmu dan Rukun Negara
HIJAU
Alam semula jadi wajib dikekalkan untuk kehidupan atau kemajuan generasi masa depan
COGANKATA SEKOLAH
ILMU ASAS KEMAJUAN
7


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
LAGU SEKOLAH
SMBBSP kami,
sekolah yang dibanggakan, ke mercu kecemerlangan, ilmu asas kemajuan.
SMBBSP kami,
pupuk budaya penyayang, akhlak mulia diamalkan, jadi insan sempurna.
Pelajar tunggak wawasan negara, mari kita jayakan bersama, terapkan nilai-nilai murni, bersatu sekolah gemilang.
Pelajar tunggak wawasan negara, mari kita jayakan bersama, terapkan nilai-nilai murni, bersatu sekolah gemilang.
LIRIK
8


VISI 23 - 2018
VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
MATLAMAT
MELAHIRKAN GENERASI BERDAYA ILMU, BERSAHSIAH TERPUJI DAN BERUPAYA MENGHADAPI CABARAN DALAM KEHIDUPAN
9


TAKWIM SEKOLAH
MEI
n PENYAMPAIAN SIJIL KEHADIRAN & CERAMAH ALAM SEKITAR
JUN
n PENUTUPAN MINGGU BAHASA
n SAMBUTAN HARI GURU & SAMBUTAN HARI RAYA
AIDILFITRI
JULAI
n HARI TERBUKA OGOS
n PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
SEPTEMBER
n MAJLIS PELANCARAN WORLD CHILDREN’S DAY n HARI KOKURIKULUM DAN KEUSAHAWAAN
n PENUTUPAN BULAM KEMERDEKAAN
n MAJLIS RESTU PT3
OKTOBER
n MAJLIS GRADUASI 2018
NOVEMBER
n MAJLIS RESTU SPM
n SAMBUTAN PERSARAAN PENGETUA
DECEMBER
n PENYAMPAIAN KEPUTUSAN PT3 2018
DECEMBER
n HARI ORIENTASI PERALIHAN & TINGKATAN 1
JANUARY
n ORIENTASI TINGKATAN 4
n AMALAN GURU PENYAYANG
n GOTONG ROYONG
n PROGRAM REKRUT
n MERENTAS DESA
n MESYUARAT PIBG
n MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS
FEBRUARI
n PELANCARAN MENTOR MENTEE n SAMBUTAN TAHUN BARU CINA n SUKANTARA
MAC
n PENETAPAN TARGET PT3 & SPM
n PENYAMPAIAN KEPUTUSAN SPM 2017 n PRA-SUKAN
APRIL
n PENUTUPAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK n PROGRAM PENGAYAAN NILAM & LITERASI
MAKLUMAT, MAJLIS PERLANTIKAN PSS, MAJLIS
PERASMIAN MINGGU KEMANUSIAAN
n BENGKEL PROGRAM PEMANTAPAN SASIAH DAN JATI
DIRI
n PROGRAM ISRAK DAN MIKRAJ
n MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG n PERASMIAAN MINGGU BAHASA n HARI SUKAN
2018
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
10


VISI 23 - 2018
KATA
ALU-ALUAN FOREWORD
11


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
MENTERI PENDIDIKAN
MALAYSIA
SAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
ekalung tahniah saya hadiahkan buat Sidang Redaksi Majalah atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah bagi tahun 2018. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, segala jerit payah dan
sumbangan dalam penerbitan majalah merupakan usaha yang dihargai kerana ia satu usaha murni dalam merakamkan sejarah bangsa dari segenap sudut.
Pihak Kementerian mengambil pelbagai inisiatif ke arah melahirkan generasi yang cemerlang dan terdidik bagi menjana rakyat dan masyarakat yang memiliki minda kelas pertama. Sebarang usaha penambahbaikan secara konsisten dan istiqamah diperlukan bagi memastikan mutu
pendidikan negara kita setanding dengan pendidikan di negara-negara maju.
Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang kepada kemenjadian pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelajar seharusnya dilengkapi ilmu dan akhlak untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada agama, bangsa dan tanah air. Ilmu semata-mata tanpa dihiasi dengan akhlak mulia dan karakter yang dinamik tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu berjaya dan berguna kepada masyarakat.
Perpaduan adalah teras kepada pembentukan negara dan telah menjadi agenda pendidikan sejak Penyata Razak 1956 lagi. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang antara kaum demi memupuk perpaduan nasional melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, dan bahasa pengantar di sekolah. Walau bagaimanapun, penguasaan Bahasa Inggeris tidak kurang juga pentingnya kerana ia memperlihatkan kematagan pemikiran pelajar dalam menerima ilmu sekali gus menempatkan warga Malaysia mampu bersaing di peringkat global.
Dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti integrasi melalui program penerbitan majalah sekolah ini, Kementerian berharap usaha ini telah dapat mencapai matlamatnya iaitu untuk melahirkan generasi Malaysia yang mempunyai identiti nasional yang kukuh serta dapat menerima, menghormati dan menghayati keunikan kepelbagaian kaum negara ini. Saya berharap agar suasana pembelajaran dan pengajaran di sekolah akan dipenuhi dengan budaya kasih sayang, kegembiraan dan saling hormat menghormati.
Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi serta semua pihak yang telah berusaha gigih bagi merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini.
Selamat Maju Jaya.
“PENDIDIKAN ADALAH KEGEMBIRAAN, KASIH SAYANG DAN SALING HORMAT-MENGHORMATI”
DR. MASZLEE BIN MALIK
12


VISI 23 - 2018
KETUA PENGARAH PELAJARAN
MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, USalam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.
capan terima kasih kepada warga sekolah kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majalah sekolah bagi tahun 2018.
Ucapan tahniah dan syabas buat warga sekolah khususnya sidang redaksi majalah yang telah berjaya menerbitkan majalah sekolah 2018. Juga ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menyempurnakan penerbitan majalah sekolah ini.
Saya yakin majalah sekolah ini dapat memperlihatkan solidariti, komitmen, usaha, dan kegigihan dalam meneruskan legasi kegemilangan sekolah. Semoga majalah sekolah ini dijadikan sebagai panduan bagi mengingkatkan semangat cinta terhadap sekolah serta meneruskan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah.
Akhir kata, saya menyeru kepada semua warga sekolah untuk sama-sama menggembeling tenaga dengan penuh iltizam ke arah mempertingkatkan penguasaan ilmu demi kejayaan dan kegemilangan agama, bagnsa dan negara. Saya berharap usaha murni ini dapat memenuhi visi pendidikan dan aspirasi murid untuk keperluan negara pada masa hadapan.
SELAMAT MAJU JAYA!
DATUK Dr. AMIN BIN SENIN
13


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan inayah- Nya, saya diberi kesempatan menitipkan kata alu-aluan untuk majalah sekolah bagi tahun 2018.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah Sekolah dan semua pihak yang terlibat kerana telah berjaya menerbitkan majalah sekolah tahun 2018. Berkat usaha yang disumbangkan oleh warga sekolah mencerminkan kesepaduan jalinan
kerjasama dan iltizam ke arah mewujudkan suatu budaya atau komuniti akademik. Hasrat saya juga agar warga sekolah bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada murid, ibu bapa, komuniti tetapi menawarkan perkhidmatan kepada mereka dan semua tindakan yang dilaksanakan secara pantas, iaitu SIRE (Strong Implementation Rapid Execution).
Kejayaan dalam menghasilkan majalah sekolah merupakan simbol kejayaan pengurusan sekolah itu sendiri dengan hasil kerjasama, permuafakatan dan interaksi yang terjalin antara guru, murid-murid, ibu bapa dan komuniti. Sesungguhnya usaha untuk menerbitkan majalah sekolah adalah satu langkah yang bijak dan perlu diteruskan oleh pihak sekolah kerana majalah merupakan satu dokumentasi dan rekod perjalanan aktiviti-aktiviti sekolah sepanjang tahun dalam semua bidang sama ada kurikulum atau kokurikulum di samping murid-murid juga dapat melontar dan merakamkan idea kreatif mereka. Segala paparan yang berkualiti mencakupi kepelbagaian bidang akan mempertingkatkan keterampilan murid-murid dan imej sekolah dalam mengharungi era globalisasi dan mampu bertindak balas dengan arus perdana. Suasana keprihatinan warga sekolah terhadap perubahan dan anjakan pemikiran masa kini diharap dapat merencanakan perkembangan ilmu yang merangkumi skop yang lebih luas selaras dengan transformasi pendidikan masa kini.
Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa warga sekolah akan terus berjuang bersungguh-sungguh untuk melahirkan murid-murid berpendidikan, kukuh jati diri, berakhlak tinggi dan bersemangat kental sekali gus mampu mengangkat dan memartabatkan sistem pendidikan negara kita.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
HAJI ISMAIL BIN MUSA
14


VISI 23 - 2018
PENGETUA
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.. SAelamat Sejahtera..
lhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata sebagai cetusan
paradigma istimewa buat warga SMKBBSP pada tahun terakhir saya berkhidmat.
Tahniah dan syabas diucapkan kerana berjaya menyempurnakan
penghasilan majalah ini dengan jayanya. Tanpa kesungguhan dan
komitmen yang tinggi sudah tentu VISI ini tidak dapat disiapkan seperti
yang dirancang. Oleh itu, saya selaku Pengetua SMK Bandar Baru Seri Petaling ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa dan ucapan terima kasih kepada ahli yang terlibat kerana telah mempamerkan kesungguhan dalam merealisasikan VISI tahun 2018.
Warga SMKBBSP, sekolah ini merupakan sekolah terakhir saya. Saya akan bersara daripada perkhidmatan, namun jiwa pendidik ini tidak mungkin akan bersara daripada dunia pendidikan. Saya berharap dengan perubahan dan penambahbaikan yang saya lakukan sepanjang saya di sini, akan dapat menyemarakkan budaya kerja dalam kalangan guru dan semangat menimba ilmu dalam diri anak-anak murid SMKBBSP. Jadilah modal insan yang boleh memanfaatkan agama, bangsa, dan negara.
Akhir kalam, saya dengan rasa rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Sidang Redaksi dan semua warga SMKBBSP yang telah berusaha gigih sehingga berjaya menyempurnakan VISI edisi ke-23 ini dengan jayanya.
Sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian hari. Insya Allah.
Don’t Just Stand There, Make Something Happen. Sehingga kita berjumpa lagi.
Terima kasih.
TUAN HAJI MOHAMAD SAADON BIN HARON
15


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
YDP PIBG Selamat sejahtera warga SMKBBSP,
ekalung terima kasih saya utuskan kepada Sidang Redaksi SMKBBSP kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berbicara dalam Majalah VISI kebanggaan kita ini.
Sidang pelajar sekalian, kemunculan majalah ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh warga sekolah. Naskah bersejarah ini menggambarkan wajah-wajah warga sekolah ini sepanjang tahun 2018. Di samping itu, naskah ini juga merupakan satu lapangan atau landasan buat murid- murid memaparkan idea bernas dan menarik. Satu kenyataan yang jelas terpapar adalah semangat kerjasama dan komitmen warga sekolah yang dipertontonkan bagi mencerminkan gambaran menyeluruh tentang aktiviti, program, dan kejayaan SMKBBSP.
Rentetan itu merupakan pautan yang jitu antara peranan guru dan tanggungjawab seorang murid bagi menyusuri arus perubahan yang melanda dunia pendidikan negara kita. Untuk merealisasikan hasrat ini, kita semua perlu mengamalkan profesionalisme yang tinggi.
Pemuafakatanantaraibubapadangurumerupakantunjangpentingmelahirkankejayaan anak-anak. Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing akan menyediakan landasan yang kukuh untuk anak-anak meletakkan diri mereka sebelum mereka melakar kejayaan. Kejayaan dan komitmen yang jitu ini akan mampu membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak sama ada dalam kurikulum maupun kokurikulum . Jelaslah di sini, komitmen semua pihak mampu menjayakan wawasan negara yang berfalsafah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Justeru, saya menyeru ibu bapa agar sentiasa memberi sokongan moral dan material kepada pihak sekolah dalam usaha melahirkan pelajar yang berketerampilan, berwibawa dah sahsiah terpuji serta cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum. Permuafakatan, sikap saling membantu dan berkerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu kunci kepada kejayaan tersebut.
Terima kasih kepada seluruh warga pendidik SMK Bandar Baru Seri Petaling yang telah melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab mendidik serta membimbing anak-anak kami.
Semoga SMKBBSP terus gemilang. Sekian, terima kasih.
VIKNESWARAN A/L RAJA GOPAL
16


VISI 23 - 2018
KETUA PENGAWAS TSalam sejahtera saya ucapkan kepada warga sekolah yang dikasihi,
erlebih dahulu, ribuan terima kasih dilemparkan kepada ahli- ahli Sidang Redaksi SMK Bandar Baru Seri Petaling selain setinggi-tinggi penghargaan. Atas usaha ahli-ahli yang banyak
menempuh cabaran, mustahillah majalah sekolah dapat diterbitkan
semata-matanya untuk meneruskan kesinambungan penerbitan
majalah tradisi sekolah. Meskipun penerbitan majalah dalam bentuk
media elektronik, namun usaha ahli-ahli untuk mengekalkan penerbitan
majalah dalam bentuk media cetak patut dipuji dan dihargai. Khususnya,
guru penasihat Sidang Redaksi, Cik Liew Lai Foong bersama-sama pengerusinya, Chan Xiao Qi. Syukurlah atas kerja keras mereka untuk menghasilkan majalah sekolah yang berkualiti. Pada masa yang sama, saya ingin berterima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata untuk dipaparkan dalam majalah ini.
Sepanjang 2018, saya berasa amat syukur kerana dilantik untuk menyandang jawatan sebagai Ketua Pengawas SMK BBSP. Situasi ini seperti durian runtuh kerana diberi kepercayaan yang sepenuh-penuhnya untuk mengendalikan disiplin murid-murid oleh para pentadbir serta guru pengawas. Selanjutnya, saya turut menghargai kerjasama para AJK Tertinggi Lembaga Pengawas dalam menjayakan setiap program sekolah selain memastikan keharmonian murid-murid.
Rakan-rakan sekalian,
Saban tahun, SMK BBSP telah melahirkan sekumpulan pelajar yang bijaksana lagi cekap sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum. Bak kata pepatah, “ Badan cergas, otak cerdas” . Sebagaimana yang kami tahu, Kumpulan Bola Jaring SMK BBSP telah mengharumkan nama sekolah di persada negeri dalam setiap pusingan pertandingan. Bukan itu sahaja, kumpulan pelajar dari Persatuan Bahasa Cina turut mengaktifkan diri dalam mengadakan beraneka jenis aktiviti semata-matanya untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli dari pelbagai tingkatan selain memupuk kerjasama. Terdapat sesetengah pelajar juga giat mewakili sekolah untuk menyertai aktiviti seperti “ International Understanding Day”, “Leadership Board Day”, “Larian Seputeh 2018” anjuran pihak sekolah lain untuk meningkatkan kefahaman diri terhadap pelajar sekolah lain di samping menimba pengalaman dan mengenali rakan-
17


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
rakan yang bermultietnik. Yang membanggakan sekali adalah olahragawan SMK BBSP, Yap Chee Hoe telah memecahkan rekodnya dalam pertandingan lompat jauh di peringkat negeri. Semangat pelajar SMK BBSP yang membara-bara haruslah diteruskan oleh setiap generasi sebagai teladan.
Inilah usaha guru-guru yang penuh berdedikasi serta berkasih sayang setiap kala meyalurkan ilmu tatakala sesi pembelajaran. Buktinya, menjelang PT3 mahupun SPM, merekalah yang tidak lesu menyediakan program-program intensif seperti Program Juara, Kem Akademik di Pacific Hotel, Kem Akademik UNITEN serta kelas anjal. Bimbingan guru-guru tingkatan serta para ketua panitia dari segi moral mahupun kewangan amat kami hargai. Justeru, tidak hairanlah kadar kelulusan pelajar SMK BBSP mempunyai peningkatan.
Seperti peribahasa “ Bumi mana dipijak tidak ditimpa hujan”, pelajar Tingkatan 5 2018 meskipun tidak sehandal seperti generasi murid sebelum ini, namun usaha mereka dalam mencipta kejayaan haruslah dipuji. Kecekalan calon SPM 2018 untuk memastikan kelulusan pembelajaran harus diberi galakan. Kelak, saya percaya bahawa kumpulan pelajar yang akan meninggalkan sekolah ini pasti gilang gemilang. Yakinlah bahawa memori sebegini akan terpahat dalam minda setiap pelajar Tingkatan 5. Semoga calon SPM berjaya , semoga SMK BBSP terus gilang-gemilang, semoga pelajar SMK BBSP berakhlak mulia, semoga warga sekolah BBSP sihat sejahtera.
SELAMAT TAMAT PENGAJIAN!.
TAN JIA JIN
18


VISI 23 - 2018
TADBIR &
STAFF
ADMIN & STAFF
19


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
20
PENTADBIRAN
AKADEMIK Guru Kanan
HAL EHWAL MURID
Penyelaras Kokurikulum
Urusan Pentadbiran Sesi Petang
Bimbingan & Kaunseling
Staf Sokongan
ICT
Perancangan Sekolah
Data/Statistik
Perkembangan Staf
Jadual Waktu & Relief
PBS
Mesyuarat Guru
Ahli Jawatankuasa
Ketua Darjah
Jadual Kedatangan
Pendaftaran Pelajar
Disiplin
Lembaga Pengawas
Insurans Pelajar
Kantin
Kedai Buku
Siaraya
SPBT
Biasiswan & Kebajikan
Pesonalia Murid
Pembimbing Rakan
Kurikulum
Pusat Sumber
Peperiksaan
Setiausaha Kokurikulum
(Luaran/Dalaman)
Borang Markah/Laporan
Peningkatan Prestasi
Semua Ketua Panitia
PENTADBIRAN
Kelab/Persatuan
Unit Beruniform
Guru Penasihat
Papan Kenyataan
Yuran Kelab
Matapelajaran
Daftar Murid
Kantin
Penyelenggaraan
Perabot & Bangunan
PBS/PTS/SPM
Desk Copy
Majalah Sekolah
MBMMBI
Frog VLE
Program 5S
Sekolah
Laporan-laporan Kelab
PENOLONG KANAN TADBIR & AKADEMIK Dr. Ros Zakaria
PENOLONG KANAN
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Pn Nurliana Koh Abdullah
PENOLONG KANAN PETANG
Pn Khaw Phaik Hoon
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
CARTA ORGANISASI KURIKULUM
PERSATUAN IBU BAPA & GURU
Bahasa
Sains & Matematik
Teknik & Vokasional Kemanusiaan
Rumah Sukan Olahraga
Permainan
Semua Guru
Kedai Buku
Aset Sekolah Perhimpunan

HAL EHWAL MURID
En Sivakumar Thannimalay
Kebersihan, Keceriaan & Keselamatan Sekolah
RIMUP
1 Murid 1 Sukan KPJ
Staf Sokongan
Koperasi
PENGETUA
Tn Hj Mohamad Saadon bin Haron
Setiausaha Sukan
Sebaya


VISI 23 - 2018
21
STAF AKADEMIK
Baris 1: Anitha Antonette a/p Arulappan, Lam Sui Leng, Sabariah bt Yusoff, Assemah bt Johan, Nurliana Koh bt Abdullah, Dr. Ros bt. Zakaria, Mohamad Saadon b Haron, Sivakumar a/l Thannimalay, Khaw Phaik Hoon, Sawiyah bt Abd Kadir, Nik Meriam bt Nik Li, Farah Diba bt Mohd Zain, Zubaidah bt Abdul Halim
Baris 2: Wan Norizal bt Wan Abdul Rahman, Nirmal Kaur, Vun Yee Ling, Norhayati bt Ahmad, Jeannie Tang Suet Ling, Noor Harlida bt Mohd Halimi, Fazilah bt Mohamad, Mastura bt Alias, Lim Beng Fui, Noor Fatihah bt Muhamad, Liew Lai Foong, Sim Ley Yee, Ku Swee Ling, Suriani bt Mohd Shakiri, Shararina bt Ab Rahman, Wan Farah Affiny bt Wan Azizuddin, Muliani bt Mat Nor, Juneiza bt Jamaluddin, Siti Fatmawati bt Muhamad Ubaidillah
Baris 3: Syazana bt Mat Salleh, Bahiah bt Othman, Husni Ayobee bt Selahuddin Ayobee, Maizureen bt Mohd Khalid, Normazlina bt Yaacub, Badariah bt Muhamat Kawangit, Jeyanthi a/p Rama Rao, Malisa Hanim bt Abdullah, Elyayuzaida bt Harun, Cheong Kai Tian, Dew Lee Ling, Nurul Najjua bt Saaray, Norsuhada bt Mohaidin, Noraini bt Mohd Noor, Nee Kah Ming, Siti Mariam bt Abu Bebakar
Baris 4: Mahyan bt Mohd Hassim, Maisarah bt Osman, Wong Mee Fah, Azimah bt Aziz, Woo Siew Sien, Muhammad Faris b Mahusin, Mohd Izwan b Abd Rahman, Nurul Syahnizzah bt Abdul Rahman, Noor Azizah bt Mohamad Raib, Hanim bt Ali, Raja Maya Karleena bt Raja Haoon Arashid, Nurul Akma bt Yusop, Zuraini bt Darus
Baris 5: Mohd Harez b Md Robi, Shurvaswaran a/l Munusamy, Saiful Adli b Jamil, Muhamad Saiful b Wahib, Kamaruzzaman b Hamzah, Mohd Redzuan b Khalid, Mohd Asyraf b Muhammad Hilmi, Raja Azizu b Raja Yunus


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
22
Barisan duduk (pentadbir sekolah):
STAF SOKONGAN
Pn Nurliana Koh binti Abdullah, Dr Ros binti Zakaria, Tn Hj Mohamad Saadon bin Haron, En Sivakumar a/l Thannimalay, Pn Khaw Phaik Hoon
Barisan berdiri (staf sokongan):
Pn Marziyana binti Marjuni, En Fairulanuar bin Talib, En Muhamad Hamzah bin Awang, En Rosli bin Su, En Sahabuddin b. Ramli, En Muhammad Afiq bin Jalaluddin, Pn Zalina binti Tumin


VISI 23 - 2018
PIBG
YDP PIBG: En. Vikneswaran a/l Raja Gobal
Naib YDP PIBG: Pn. Noor Eshah Tom bt. Abdul Wahab
AJK Ibu Bapa: En. Danny Baindis Pn. Mark Yoke Kean
Pn. Siti Hawa bt. Awang
Pn. Khairul Bariah bt. Samsuddin Pn. Wan Yoke Kit
Pn. Catherine anak Jemat
Pn. Sansitha a/p Adimoolom
Pn. Zarazila bt. Mohd Ripin
Juruaudit Ibu Bapa: En. Wong Choong Ming
23


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
LEMBAGA PENGAWAS
GURU-GURU PENASIHAT:
Tn Hj Mohamad Saadon bin Haron, Dr Ros binti Zakaria, En Sivakumar a/l Thannimalay, Pn Khaw Phaik Hoon, En Shurvaswaran a/l Munusamy, Pn Nirmal Kaur, Pn Siti Amelia binti Mohd Aris, Pn Wan Farah Affiny binti Wan Azizuddin, Pn Wong Mee Fah (tiada di dalam gambar), En Muhamad Saiful bin Wahib (tiada di dalam gambar)
JAWATANKUASA SESI PAGI:
JAWATANKUASA SESI PETANG:
Ketua Pengawas:
Penolong Ketua: Pengawas 1
Penolong Ketua: Pengawas 2
Setiausaha:
Penolong: Setiausaha
Bendahari:
Penolong: Bendahari
Ketua Biro: Kerohanian
Ketua Biro: Tugas-tugas Khas
Ketua Biro: Akademik & Sukan
Ketua Biro: Penerangan
Ketua Biro Disiplin:
Ketua Biro Keceriaan: & Kebersihan
24
Tan Jia Jin (5ST1)
Nur Ain binti Abd Murad (5ST1)
Nur Fatin Najiha binti Zainal (5ST2)
Amizar Qistina binti Aminuddin (4AK1)
Nasrullah bin Barakajhullah (3U1)
Nur Aainaa Nabihah binti Azmi (4AK1)
Adlyn Adriana Ahmad Ashfiq (3U2)
Muhd Areef bin Abdul Khani (5ST2)
Nicholas Yeo Dong Hong (5EK)
Nurul Farhana binti Zamzuzzaman (4EK)
Lim Joy Joo (5AK1)
Nur Khairina Putri binti Khairul Putra (3T1)
Natasha An Nayra binti Shaharom (5AK2)
Ketua Pengawas:
Penolong Ketua: Pengawas 1
Penolong Ketua: Pengawas 2
Setiausaha:
Penolong: Setiausaha
Bendahari:
Penolong: Bendahari
Ketua Biro: Kerohanian
Ketua Biro: Tugas-tugas Khas
Ketua Biro: Akademik & Sukan
Ketua Biro: Penerangan
Ketua Biro Disiplin:
Ketua Biro Keceriaan: & Kebersihan
Feeradu Wutthikraphan (2A) Leasya Sai (2A)
Teng Kai Xuan (2C)
Nur Aliyya Zuyyin (2A) Daphne Jane Danny (2D)
Yeong Bi Yi Cindy (2C)
Asher Wong Chen Min (2C)
Zariq Daniel bin Nasrul Azli (2D)
Azmil bin Amran (2A)
Chong Qin Yuan (2C)
Yan Jing Tong (2C)
Nor Shazwani binti Mohamad Din (2B)
Nazura binti Barakajhullah (2A)


VISI 23 - 2018
LEMBAGA PUSAT SUMBER
GURU-GURU PENASIHAT:
Tn Hj Mohamad Saadon bin Haron, Dr Ros binti Zakaria, Pn Khaw Phaik Hoon, Pn Nurliana Koh binti Abdullah, Pn Siti Fatmawati binti Muhd. Ubaidillah, Pn Juneiza binti Jamaluddin, Cik Noraini binti Mohd. Noor, Pn Sabariah binti Yusof, Pn Nik Meriem binti Nik Li, Pn Sawiyah binti Abd. Kadir, Pn Wan Norizal binti Wan Abd. Rahman, Cik Siti Mariam binti Abu Bebakar
JAWATANKUASA LEMBAGA PUSAT SUMBER:
Pengerusi:
Naib Pengerusi:
Setiausaha:
Bendahari:
Ketua Biro NILAM:
Ketua Biro Buletin:
Ketua Biro Bahan: Bantu Mengajar
Ketua Biro APD:
Ketua Biro: Bilik Komputer
Ketua Biro Proses: Teknik
Rabiatul Adawiyah binti Radzuan Gideon Sow Yong Le
Nur Ain binti Muhamad Khalid Alia Farhana binti Shaifullizazam Siti Aminah binti Seningram Chin Pei Tong
Alea Hanim binti Ummar
Wong Theng Loke Wachirawit Wutthikrapahan
Nur Aina binti Muhamad Khalid
25


26
PANTUN NASIHAT
Tumbuh melata si pokok tebu, Pergi pasar membeli daging;
Banyak harta tak ada ilmu,
Bagai rumah tidak berdinding.
Hendak belayar ke Teluk Betong, Sambil mencuba labuhkan pukat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Pakai baju warna biru,
Pergi ke sekolah pukul satu;
Murid sentiasa hormatkan guru, Kerana guru pembekal ilmu.
Budak-budak berkejar-kejar,
Rasa gembira bermain di sana;
Kalau kita rajin belajar,
Tentu kita akan berjaya.
Jangan pergi mandi di lombong,
Emak dan kakak sedang mencuci;
Jangan suka bercakap bohong,
Semua kawan akan membenci.
Buah cempedak bentuknya bujur, Sangat disukai oleh semua;
Jika kita bersikap jujur,
Hidup kita dipandang mulia.
Jikalau tuan mengangkat peti,
Tolong masukkan segala barang;
Jikalau anak-anak bersatu hati,
Kerja yang susah menjadi senang.
Asam kandis mari dihiris, Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis, Lebih manis hati budinya.
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
TETAMU SENJA
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang Dan lupa jalan pulang Usahlah derhaka pula Pada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
-A. Samad Said-
-Internet-


VISI 23 - 2018
PENCAPAIAN
AKADEMIK
ACADEMIC ACHIEVEMENT
27


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
PERBANDINGAN PERATUS LULUS & GPMP
MENGIKUT MATA PELAJARAN PT3 2016 & PT3 2015
28


VISI 23 - 2018
PERBANDINGAN PERATUS LULUS & GPMP
MENGIKUT MATA PELAJARAN PT3 2017 & PT3 2016
0 0 0
5.85 11.11 16.37 16.37 49.71 154 50.29 9.6 2.84 -4.9
-2.03
29


30
SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG
PT3 2016
SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG
PT3 2017
SMK BANDAR BARU SERI PETALING


VISI 23 - 2018
WAWANCARA PT3
Nama: Gideon Sow Yong Le Keputusan: 7A 3B
Kelas: 4ST1
Apakah perasaan anda setelah menerima keputusan?
Happy and proud.
Apakah perasaan anda sebelum ini?
Nervous.
Adakah sesiapa yang ingin anda menyampaikan penghargaan?
All my teachers who helped me and my parents who motivated me.
Bagaimanakah anda bersedia menghadapi peperiksaan?
Study and sleep.
Apakah cita-cita anda?
Scientist.
Apakah nasihat yang ingin anda berikan kepada pelajar junior?
Always work hard and never give up. (and keep telling yourself to “just do it”.
Nama: Faizatul Natasha Binti Rabuan Keputusan: 7A 1B 2C
Kelas: 4ST2
Apakah perasaan anda setelah menerima keputusan?
Sedikit terkilan tetapi masih bersyukur kerana usaha saya selama ini tidak sia-sia.
Apakah perasaan anda sebelum ini ?
Saya berasa gementar dan risau kerana saya membawa harapan dari ibu bapa saya dan saya tidak mahu mengecewakan mereka.
Adakah sesiapa yang ingin anda menyampaikan penghargaan?
Saya ingin berterima kasih terhadap giuru-guru yang tidak pernah letih membimbing saya serta kedua ibu bapa saya yang tidak putus memberi semangat. Bagaimanakah anda bersedia menghadapi peperiksaan? Saya membahagi masa sebaik mungkin antara bersukan serta pelajaran.Saya juga menghadiri kelas tambahan serta kelas intensif yang pihak sekolah jalankan .Saya juga sering membuat latihan untuk subjek yang saya lemah.
Apakah cita-cita?
Cita-cita saya ialah veterina iaitu doktor haiwan.Ini kerana,saya amat cinta akan haiwan.
Apakah nasihat yang ingin anda berikan kepada pelajar junior?
Berusahalah meraih kejayaan kerana kejayaan tidak datang bergolek.Tetapi usahalah lepa, usaha itu haruslah diiringi dengan menunaikan solat lima waktu odan berdoalah kepada-Nya.
Nama: Nur Ain Binti Muhamad Khalid Keputusan: 6A 1B 1C 1D 1E
Kelas: 4AK1
Apakah perasaan anda setelah menerima keputusan?
Sangat gembira,tidak menyangka bahawa keputusan itu milik saya dan sangat bersyukur.
Apakah perasaan anda sebelum ini?
Tidak yakin dan gemuruh.
Adakah sesiapa yang ingin anda menyampaikan penghargaan?
Saya bersyukur kepada-Nya dan berterima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang banyak memberi sokongan.
Bagaimanakah anda bersedia menghadapi peperiksaan?
Membuat latihan di rumah,membahagi masa untuk mengulangkaji dan melakukan hal-hal lain.
Apakah cita-cita?
Cita-cita saya sering bertukar.Tetapi sudah memilih untuk menjadi seorang kaunselor kerana saya gemar mendengar masalah orang lain.
Apakah nasihat yang ingin anda berikan kepada pelajar junior?
Mestilah yakin terhadap diri sendiri.Kejayaan tidak akan datang pada orang yang tidak berusaha.
31


32
SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG
SPM 2017
PELAJAR TERBAIK SPM 2017: KOH YUNG XIN
SMK BANDAR BARU SERI PETALING


VISI 23 - 2018
WAWANCARA SPM
Nama: Adeline Lew Jia Ling Keputusan: 1A+ 3A- 4B+ 3B
Apakah perasaan anda setelah menerima keputusan?
Gembira.
Apakah perasaan anda sebelum ini?
Nervous.
Adakah sesiapa yang ingin anda menyampaikan penghargaan?
Ibu Bapa.
Apakah cita-cita?
Seorang yang berguna.
Apakah nasihat yang ingin anda berikan kapada pelajar junior?
Rajin berusaha untuk mencapai
kejayaan.
Nama: Kan Zhi Hui Keputusan: 10A
Apakah perasaan anda setelah menerima keputusan?
Happy.
Apakah perasaan anda sebelum ini? Nervous.
Adakah sesiapa yang ingin anda menyampaikan penghargaan?
Teacher and parents.
Apakah nasihat yang ingin anda berikan kapada pelajar junior?
Work hard, study hard.
Nama: Leong Jia Xuan Keputusan: 10A
Apakah perasaan anda setelah menerima keputusan?
Sangat gembira.
Apakah perasaan anda sebelum ini? Panik.
Adakah sesiapa yang ingin anda menyampaikan penghargaan?
Cikgu-cikgu yang banyak mendidik saya. Apakah cita-cita ?
Guru
Apakah nasihat yang ingin anda berikan kapada pelajar junior?
Banyak belajar, tidak putus asa.
Nama: Koh Yung Xin Keputusan: 6A+ 3A 2A-
Apakah perasaan anda setelah menerima keputusan?
Sangat gembira.
Apakah perasaan anda sebelum ini? Nervous.
Adakah sesiapa yang ingin anda menyampaikan penghargaan?
Parents.
Apakah cita-cita?
Chemical engineer.
Apakah nasihat yang ingin anda berikan kapada pelajar junior?
Study hard and do more exercise.
Nama: Ong Xin Yi Keputusan: 2A+ 3A 3A- 3B+
Apakah perasaan anda setelah menerima keputusan?
Gembira.
Apakah perasaan anda sebelum ini? Nervous.
Adakah sesiapa yang ingin anda menyampaikan penghargaan?
Semua cikgu yang telah mengajar saya dan ahli keluarga.
Apakah cita-cita?
Akauntan.
Apakah nasihat yang ingin anda berikan kapada pelajar junior?
The more effort you put in, the more lucky you get.
33


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
WAWANCARA SPM
Nama: Soh Wee Hong Keputusan: 10A
Apakah perasaan anda setelah menerima keputusan?
Happy.
Apakah perasaan anda sebelum ini? No feeling.
Adakah sesiapa yang ingin anda menyampaikan penghargaan?
I would like to express my gratitude to my family members, teachers and friends.
Apakah nasihat yang ingin anda berikan kapada pelajar junior?
Study smart instead of study hard.
Nama: Pyon Ji Won Keputusan: 3A+ 5A 1A- 1B
Apakah perasaan anda setelah menerima keputusan?
Gembira.
Apakah perasaan anda sebelum ini? Nervous.
Adakah sesiapa yang ingin anda menyampaikan penghargaan?
Ibu bapa, cikgu dan kawan.
Apakah cita-cita ?
Pharmacist.
Apakah nasihat yang ingin anda berikan kapada pelajar junior?
Belajar dengan bersungguh-sungguh.
Nama: Zalia Akhmaliza Bt Meor Badlishah
Keputusan: 8A
Apakah perasaan anda setelah menerima keputusan?
Terkejut. Dumbfounded. Still can’t believe my result.
Apakah perasaan anda sebelum ini?
Fear ,Hopeless and Terrified.
Adakah sesiapa yang ingin anda menyampaikan penghargaan?
Saya ingin berterima kasih kepada guru-guru yang banyak membantu saya, ibu bapa saya dan rakan-rakan yang selalu memberikan nasihat.
Apakah cita-cita?
Architect / designer.
Apakah nasihat yang ingin anda berikan kapada pelajar junior?
`Believe in yourself’- say it like a mantra. Always dream big no matter how hopeless you feel at the moment. There is always a silver lining behind everything. Always be grateful and remember your pain,tears and sweats are worth one day. Pray and always stay true to yourself. Love, Zalia.
Nama: Wong Sze Teng Keputusan: 2A+ 4A 2A- 2B+ 1B
Apakah perasaan anda setelah menerima keputusan?
Saya berasa amat gembira and bertuah.
Apakah perasaan anda sebelum ini?
Saya berasa gementar dan takut.
Adakah sesiapa yang ingin anda menyampaikan penghargaan?
Ibu bapa, adik beradik dan kawan saya. Apakah cita-cita ?
Event planner.(public relations).
Apakah nasihat yang ingin anda berikan kapada pelajar junior?
Play hard and study smart.
34


VISI 23 - 2018
PENCAPAIAN
KOKURIKULUM
CO-CURRICULAR ACHIEVEMENT
35


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
PERADUAN MENGARANG ESEI BAHASA CINA
SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT WPKL 2018
36
Tan Jia Jin
TEMPAT KEDUA (KATEGORI C)
Yan Nuan Wei
TEMPAT KEDUA (KATEGORI B)


VISI 23 - 2018
BOLA
KERANJANG
PATHWAYS TRAINING AND EDUCATION SPORTS FESTIVAL BASKETBALL 5 ON 5
(SECOND RUNNER UP)
Vernon Liaw
Loh Xiang Rong (4AK1) Benny Lim Song Leh (5PP1) Chow Hee Yeong (5AK1) Yap Meng Chee (5AK1) Yap Chee Hoe (5AK1) Phan De Lik (5ST1) Tang Soon Wai (4PP1)
37


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
KEJOHANAN BOLA BALING MSSWPKL
ZON BANGSAR PEREMPUAN
BAWAH 15 - JOHAN
38
BAWAH 18 - KE-TIGA


VISI 23 - 2018
KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA MSSWPKL
ZON BANGSAR 2018
ACARA LOMPAT JAUH LELAKI BAWAH 18 TAHUN
Yap Chee Hoe
JOHAN
39


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA MSSWPKL
ZON BANGSAR 2018
ACARA LONTAR PELURU PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN
40
Ong Xin Yue
NAIB JOHAN (PECAH REKOD)


VISI 23 - 2018
NUTRI CHEF
Cooking their way to victory
Sunday, 5 Aug 2018 (EDUCATION)
TEAM mates Chang Jun Wei and Chan Xiao Qi from SMK Bandar Baru Sri Petaling are Nutri Chef Challenge 2018 champions.
The dish they presented was “Sambal Mayo Fish/Mash/Clam Platter” based on the competition theme, “Catch of the Day”.
“Winning this competition has given us confidence in our cooking.
“We are both interested in a career in the culinary arts and will consider taking up the scholarship when we finish our secondary school education,” Jun Wei said, adding that they will be sharing the RM1,000 prize money. They are both getting full scholarships.
The second and third prizes went to SMK Dato Onn and SMJK Yu Hua with RM600 and RM400 in cash prizes as well as scholarships, respectively for the Diploma in Culinary Arts at HELP College of Arts and Technology (HELP CAT).
Organised by HELP CAT in Kuala Lumpur, six schools in total took part in the culinary competition.
They are SMK Seri Bintang, SMK Bandar Baru Sri Petaling, SMK Dato Onn, SMJK Yu Hua, Kajang, SMK Pandan Mewah and SMJK Confucian. The schools have culinary studies incorporated into their curriculum.
SMK Seri Bintang students Wan Mazni and Alvin Lim won the Most Organised Team Award.
“Our partnership started from sharing meals we had prepared to bring to school,” said Alvin when asked about the secret to his success.
Initiated in 2013, the Nutri Chef challenge is open to all secondary school students in Forms Five and Six as well as Senior Middle 2 and 3 in the Klang Valley.
HELP CAT chef and lecturer Razif Haron, assisted the three judges, Leslie Hon from the Waz Lian Group, Loke Hoi Wen from the culinary industry and HELP CAT’s chef Mohd Shahrir Harun at the competition.
Southern Rock Seafood, Bangsar, sponsored the main ingredients which consisted of fresh seafood.
The participants used their creativity to prepare a main course and a dessert within three hours.
The judging criteria was based on development of the recipe, preparation and presentation in terms of creativity, innovation, flavour and palatability. Good collaboration and team work were added factors in the overall judging.
Chef Razif said the three judges were impressed with the high standard of food preparation and applauded the courage of those who took part as it offers exposure for those interested in it as a career option,
“This year, the students impressed the judges with their use of flavouring ingredients, cooking methods, appropriate portion size and a systematic food presentation,” he added.
Lai Jia Yi who won the Nutri Chef challenge in 2013, subsequently took up the Diploma in Culinary Arts as part of the prize and in 2016 was declared champion in the Nestle Professional’s Culinary Arts Award with a grand prize of RM3,000 and an internship with Le Meridien Hotel executive chef Antoine Rodriguez.
41


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
KEJOHANAN PING PONG MSSWPKL
PERINGKAT ZON BANGSAR 2018
KATEGORI PASUKAN PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN
42
TEMPAT KE-TIGA


VISI 23 - 2018
PENANG NATIONAL YOUTH
WUSHU OPEN 2018
Kan Thin Fui
CATEGORY UNDER 14 (GROUP D3) ‘QIANG SHU’ – SILVER MEDALIST CATEGORY UNDER 14 (GROUP D3) ‘JIAN SHU’ – BRONZE MEDALIST
43


SMK BANDAR BARU SERI PETALING
OLAHRAGAWAN &
OLAHRAGAWATI
OLAHRAGAWAN OLAHRAGAWATI
44
Yap Chee Hoe Ong Xin Yue


KEJOHANAN
BALAPAN DAN
PADANG
SPORTS DAY


46
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
REKOD ACARA-ACARA KEJOHANAN
SUKAN SMKBBSP 2018


VISI 23 - 2018
REKOD ACARA-ACARA KEJOHANAN
SUKAN SMKBBSP 2018
47


* +* *
*
48
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
REKOD ACARA-ACARA KEJOHANAN
SUKAN SMKBBSP 2018


Click to View FlipBook Version