VISI 23 - 2018
NOSTALGIA
NOSTALGIA
49
7.30 pagi : -
- Pendaftaran
8.30 pagi : -
Wan Exzam
Ucapan Tuan Pengetua, Encik Mohamad Saadon bin Haron
Ketibaan ibu bapa dan pelajar baru
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
MAJLIS ORIENTASI PELAJAR
TINGKATAN PERALIHAN & SATU
Tarikh Tempat Masa Matlamat
: 28 Disember 2017
: Dewan Sri Endah
: 7.30 pagi – 12.30 petang
: - Mendedahkan pelajar- pelajar baru kepada suasana persekolahan sebenar dan memberi penerangan kepada ibu bapa tentang hal ehwal sekolah supaya pelajar dapat menyediakan diri.
8.25 pagi : -
- Nyanyianlagu Negaraku dan
Ketibaan tetamu khas
Wilayah Persekutuan
- Bacaan doa dipimpin oleh Encik
10.00 pagi : -
Ucapan YDP PIBG, Encik
12.30 ptg : - Disediakan oleh,
Chan Xiao Qi (4ST1)
- Ucapan PK Tadbir dan Akademik, Dr Ros bt Zakaria
- Ucapan PK Hem, Encik Sivakumar A/L Thannimalay
- Ucapan PK Kokurikulum, Puan Nurliana Koh bt Abdullah
- Ucapan PK Petang, Pn Khaw Phaik Hoon
Karunagaran Pilllay
- Pergerakan pelajar ke kelas
masing-masing diiringi oleh guru
tingkatan
- Pengurusan kelas dan
pengagihan buku SPBT Majlis tamat.
50
VISI 23 - 2018
MAJLIS ORIENTASI
FOTO: Jun Wei
51
Pada pukul 7.30 pagi, perhimpunan rasmi telah dimulakan dengan bacaan doa dan lagu Negaraku serta lagu
Wilayah Persekutuan. Seterusnya, pengetua sekolah, Tuan Hj. Mohamad Saadon bin Haron telah memberikan ucapan. Beliau mendorong pelajar-pelajar supaya rajin belajar dan juga sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan.
Setelah perhimpunan rasmi, pelajar Tingkatan 4 diminta masuk ke dalam dewan supaya taklimat penentuan Tingkatan 4 dan penerangan Keputusan Pentaksiran Inventori Minat Kerjaya (IMK) boleh dijalankan. Pelajar Tingkatan 4 dapat menentukan hala tuju dan menyediakan diri untuk menghadapi segala cabaran selepas taklimat dan penerangan yang
telah dibuat oleh Pn Lam Sui Leng. Selain itu, Soal Selidik Saringan Minda Sihat Tingkatan 4 yang disediakan oleh Pn Anitha Antonette a/p Arulappan juga dijalankan. Pelajar Tingkatan 4 diminta mengisikan soal selidik dengan bersungguh-sungguh.
Selepas waktu rehat, ceramah Inter-Bengkel Personal Dynamic telah dijalankan oleh INTI International College Subang, Pn Lam Sui Leng dan Pn Anitha Antonette a/p Arulappan. Pelajar digalakkan untuk menentukan matlamat hidup dan juga bijak menguruskan masa. Pada pukul 11.55 pagi, pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut jadual kelas masing- masing. Sementara itu, Pn Farah Diba bt Mohd Zain telah menyerahkan buku SPBT kepada pelajar Tingkatan 4.
Hari Orientasi Tingkatan 4 tahun 2018 betamat pada 1.05 petang.
Disediakan oleh,
Chan Xiao Qi (5ST1)
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
HARI ORIENTASI
TINGKATAN 4 TAHUN 2018
Tarikh Tempat Masa
: 2 Januari 2018
: Dewan Sri Endah
: 7.30 pagi – 1.05 petang
HARI ORIENTASI
Pelajar Tingkatan 4 dapat menentukan hala tuju
dan menyediakan diri
untuk menghadapi segala cabaran selepas taklimat dan penerangan yang telah dibuat oleh Pn Lam Sui Leng.
52
VISI 23 - 2018
HARI
ORIENTASI TINGKATAN 4
FOTO: Jun Wei
53
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
Perhimpunan bermula pada pukul 7.30 pagi dan dijalankan seperti biasa di tapak perhimpunan. Selepas laporan
minggu lepas dibuat oleh Encik Essami, majlis telah mempersilakan pengetua sekolah, Tuan Hj. Mohamad Saadon bin Hj. Haron untuk memberikan ucapan.Beliau telah menekankan tentang kehadiran pelajar dan menasihati pelajar-pelajar supaya mematuhi peraturan sekolah supaya cemerlang dalam akademik serta tingkah laku. Selain itu, beliau juga berharap agar guru-guru mengamalkan sikap prihatin dan suasana yang harmoni diwujudkan supaya pelajar sentiasa bersedia untuk belajar.
Pada pukul 7.50 pagi, majlis pelaksanaan Amalan Guru Penyayang telah dirasmikan oleh pengetua. Kemudian,sijil penghargaan telah diberikan kepada guru-guru kelas. Guru dan pelajar yang lahir pada bulan Januari juga menerima hadiah yang disediakan oleh Pn Lam Sui Leng dan Pn Anitha.
AMALAN
GURU PENYAYANG
Tarikh Tempat Masa Matlamat
: 8 Januari 2018
: Tapak perhimpunan : 7.30 pagi – 8.10 pagi
: - menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru
- menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah
Sikap prihatin dan suasana yang harmoni perlu diwujudkan supaya pelajar sentiasa bersedia untuk belajar.
Selepas itu, program mentor mentee telah dijalankan untuk mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat- menghormati antara mentor dan mentee iaitu guru serta pelajar. Majlis bersurai pada pukul 8.10 pagi.
Disediakan oleh,
Chan Xiao Qi (5ST1)
54
FOTO: Jun Wei
VISI 23 - 2018
CERAMAH MOTIVASI
TINGKATAN 5
Tarikh: 12 Januari 2018
CERAMAH
MOTIVASI TINGKATAN 5
FOTO: Jun Wei
55
MBMMBI
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
PELANCARAN NILAM DAN
Tarikh: 12 Januari 2018
PELANCARAN
NILAM & MBMMBI
56
FOTO: Jun Wei
VISI 23 - 2018
GOTONG ROYONG
Tarikh: 13 Januari 2018
GOTONG
ROYONG
FOTO: Jun Wei
57
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
Pada pukul 7.30 pagi, perhimpunan telah dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan nyayian lagu Negaraku dan
lagu Wilayah Persekutuan serta bacaan ikrar. Selepas laporan minggu lepas dibuat oleh Puan Husni dan ucapan yang dibuat oleh guru-guru, Encik Sivakumar Thannimalay telah membuat penerangan tentang Program Rekrut.
Berdasarkan penerangan yang dibuat oleh Encik Sivakumar, Program Rekrut merupakan program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini memberikan fokus kehadiran pelajar-pelajar dan pihak sekolah digalakkan untuk mencapai 95% kehadiran setiap bulan. Tambahan pula, beliau juga mengambil kesempatan untuk menasihati pelajar supaya mematuhi peraturan sekolah dan mengelakkan perbuatan buruk seperti ponteng sekolah.
Selain itu, Encik Sivakumar juga memberi penerangan tentang langkah-langkah yang akan dibuat oleh pihak sekolah untuk memastikan pelajar mengutamakan kehadiran sekolah. Contohnya, kelas yang mencapai kehadiran yang tinggi atau menunjukkan peningkatan akan diberi sijil penghargaan. Pihak sekolah juga akan memberi tumpuan kepada pelajar yang kerap tidak datang ke sekolah dengan mencari punca masalah dan memberi motivasi
kepada para pelajar melalui program tertentu. Tambahan pula, pihak sekolah juga bekerjasama dengan ibu bapa untuk menyelesaikan masalah pelajar melalui lawatan ke rumah.
Pada pukul 8.05 pagi, majlis telah dirasmikan dan bersurai.
Disediakan oleh,
Chan Xiao Qi (5ST1)
PROGRAM REKRUT
Tarikh Tempat Masa Matlamat
: 15 Januari 2018
: Tapak perhimpunan : 7.30 pagi – 8.10 pagi
: - mendisiplinkan pelajar dengan mewajibkan pelajar mengambil
kehadiran
58
FOTO: Jun Wei
VISI 23 - 2018
MERENTAS DESA
Para peserta berkumpul pada 8.30 pagi di Taman Rekreasi Bukit Jalil mengikut rumah sukan masing-masing.Selepas
itu,guru rumah sukan mengambil kehadiran para peserta dan mengagihkan nombor kepada para peserta. Majlis bermula dengan nyanian lagu Negaraku, lagu Wilayah Persekutuan serta lagu sekolah dengan iringan muzik..Nyanian diikuti dengan ucapan oleh pengetua SMK BBSP, Encik Mohamad Saadon bin Haron.
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Yang Dipertua PIBG sekolah, Encik Karuna. Seterusnya,aktiviti pemanasan badan telah dimulakan oleh Encik Norakmal sebelum acara merentas desa.Larian bermula pada 8.50 pagi. Laluan larian bagi perempuan sepanjang 3 km,manakala laluan larian bagi lelaki sepanjang 3.5km. Para peserta dilepaskan setiap 5 minit mengikut kategori masing-masing. Larian ditamatkan pada pukul 10.30 pagi. Para peserta berehat di tempat yang ditentukan dan mendapatkan makanan dan minuman daripada guru rumah sukan masing-masing.
Pada pukul 10.55 pagi majlis penyampaian hadiah dimula. Pengetua SMK BBSP diiringi dengan Puan Nurliana Koh binti Abdullah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Johan keseluruhan merentas desa 2018 jatuh kepada rumah Bendahara. Majls bersurai pada pukul 11.15 pagi.
Disediakan oleh,
Wong Theng Loke (5ST2)
Tarikh Tempat Masa Matlamat
: 26 Januari 2018
: Taman Rekreasi Bukit Jalil : 8.30 pagi – 11.45 pagi
: - Membina kecergasan fizikal dan mental warga sekolah
- Mengurangkan tekanan pelajar
- Meningkatkan daya tahan pelajar
- Memberi peluang kepada para pelajar untuk memperlihat potensi diri
MERENTAS DESA
59
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
MERENTAS DESA
60
FOTO: jing wei, lin wei, ben, xiao qi
VISI 23 - 2018
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
Pada 8.00 pagi, ibu bapa mula membuat pendaftaran lalu menerima maklumat tentang mesyuarat dan makanan yang
telah disediakan oleh pihak sekolah. Pada 8.30 pagi, mesyuarat dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku dan lagu Wilayah Persekutuan diikuti dengan bacaan doa. Mesyuarat diteruskan dengan ucapan alu-aluan Pengetua, Tuan Hj Mohamad Saadon bin Haron. Beliau mengambil kesempatan
untuk mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan menyatakan kepentingan komunikasi antara ibu bapa dan pihak sekolah. Kemudian, ucapan perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 telah dibuat oleh YDP PIBG, Encik Karunagaran Pillay a/l Gurunathen.
Pada 11.00 pagi, pembubaran jawatankuasa PIBG sesi 2017/2018 telah dijalankan diikuti dengan pemilihan jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019. Hadirin diberi peluang untuk memberi cadangan dan membuat undian
untuk memilih ahli jawatankuasa PIBG. Selepas undian dibuat, Encik Vikneswaran berjaya menjadi Yang Dipertuan PIBG 2018/2019 dan berpeluang untuk memberi ucapan. Mesyuarat diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada ahli jawatankuasa PIBG sesi 2017/2018.
Jamuan telah disediakan di kantin supaya para hadirin boleh menikmati jamuan setelah mesyuarat. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-25 bersurai pada pukul 12.00 tengah hari.
Disediakan oleh,
Chan Xiao Qi (5ST1)
PIBG KALI KE-25
Tarikh Tempat Masa
: 27 Januari 2018
: Dewan Seri Endah
: 8.00 pagi -12.00 tengahari
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE-25
Selepas itu, setiausaha membentangkan dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24. Penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2017 juga telah dibentangkan, diterima, dan diluluskan oleh ahli mesyuarat. Kemudian, perbahasan usul dijialankan supaya ibu bapa berpeluang untuk bertanya soalan dan mendapat penerangan. Pelbagai soalan yang berkaitan dengan makanan sekolah, kes ponteng dan vandalisme serta isu keselamatan pelajar telah dikemukakan di mesyuarat. YDP PIBG, Encik Karunagaran, pengetua sekolah, Tuan Hj Mohamad Saadon bin Haron dan Encik Sivakumar bertanggungjawab untuk menjawab soalan-soalan supaya masalah dapat diselesaikan.
PIBG telah
61
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE-25
62
FOTO: jun wei, jing wei
VISI 23 - 2018
MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN
MAHLI JAWATANKUASA PENGAWAS 2018
ajlis Watikah Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pengawas 2018 diadakan pada 29 Januari 2018 (Isnin)
di tapak perhimpunan berbumbung SMK Bandar Baru Seri Petaling. Para pelajar sesi petang diarahkan untuk berkumpul di tapak perhimpunan pada pukul 1.05 petang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Wan Ezam bin Wan Shamsudin. Selepas itu, pelajar menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Wilayah Persekutuan. Ikrar, visi
dan misi sekolah turut diiringi oleh pengawas sekolah, Nur Ain binti Abdul Murad.
Majlis diteruskan oleh
Pengetua sekolah, Tuan
Haji Mohd Saadon bin
Haron, dengan ucapan
alu-aluan beliau. Dalam
ucapannya, beliau
mengatakan majlis tersebut diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada pengawas sekolah SMK Bandar Baru Seri Petaling. Beliau berharap agar pengawas yang dilantik dapat menunjukkan sahsiah yang baik serta akademik yang cemerlang supaya menjadi teladan baik kepada murid-murid. Seterusnya, tetamu kehormat, Tuan ASP Mohd Amir, dijemput untuk memberi ucapan perasmian
beliau. Pertamanya, beliau telah mengucapkan tahniah kepada pengawas yang dipilih sebagai pemimpin muda anatara kalangan murid. Beliau berkata pengawas ibarat mata dan
telinga bagi pihak sekolah dalam membantu guru menguruskan keadaan disiplin sekolah. Oleh itu, beliau berharap murid dapat memberi kerjasama dengan pengawas agar disiplin sekolah sentiasa dalam keadaan terkawal.
Pada pukul 1.40 petang, Tuan ASP Mohd Amir dan Tuan Haji Mohd telah bersama-sama menyampaikan watikah kepada ahli Jawatankuasa Tertinggi Lembaga Pengawas SMK Bandar Baru Seri Petaling bagi sesi pagi dan sesi petang. Selepas itu, Tan Jia Jin, selaku ketua pengawas sesi pagi tahun 2018 telah memimpin bacaan ikrar pengawas. Kemudian, majlis diteruskan dengan nyanian lagu sekolah oleh murid-murid. Sesi bergambar ahli jawatankuasa pengawas turut diadakan di Dewan Seri Endah SMK Bandar Baru Seri Petaling. Majlis bersurai pada pukul 1.50
petang.
Disediakan oleh,
Chin Lin Wei (5ST1)
Tarikh Tempat
Masa
: 29 Januari 2018
: Tapak perhimpunan
berbumbung
: 1.05 petang – 1.50 petang
MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN AJK
PENGAWAS
Diharapkan murid dapat memberi kerjasama dengan pengawas agar disiplin sekolah sentiasa dalam keadaan terkawal.
63
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN AJK
PENGAWAS
64
FOTO: jun wei
VISI 23 - 2018
PROGRAM
MENTOR MENTEE
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa pada 7.45 pagi. Selepas itu, Encik Sivakumar telah menyampaikan ucapan
tentang kehadiran pelajar dalam bulan Januari dan Februari 2018. Beliau menunjukkan beberapa laporan kehadiran pelajar seperti pelajar hadir tetapi tidak ‘fingerprint’, pelajar kehadiran penuh, pelajar datang lewat dan sebagainya. Encik Sivakumar juga menekankan pencapaian akademik individu sebenarnya banyak dikaitkan dengan kehadiran individu tertentu. Bagi menggalakkan pelajar untuk lebih mementingkan kehadiran sekolah, pihak sekolah telah menyampaikan hadiah kepada pelajar yang memperoleh kehadiran penuh dan pelajar yang datang awal. Seterusnya, penyampaian hadiah kepada pelajar yang memenangi pertandingan bola baling peringkat sekolah juga dijalankan. Aktiviti yang paling menyeronokkan pada hari ini ialah sambutan hari jadi bulan Januari dan Februari yang dianjurkan oleh Persatuan Rakan Sebaya (PRS). Nyanyian lagu hari jadi dan aktiviti memotong kek juga dijalankan. Kesemua aktiviti ini adalah untuk menunjukkan keprihatinan pihak sekolah terhadap hal-ehwal pelajar dan juga meningkatkan tahap minat pelajar terhadap aktiviti sekolah.
Disediakan oleh,
Lau Jing Wei (5ST1)
Tarikh Tempat Masa
: 12 Februari 2018
: Tapak perhimpunan : 7.45 pagi – 8.30 pagi
PROGRAM MENTOR MENTEE
pihak sekolah telah menyampaikan hadiah kepada pelajar yang memperoleh kehadiran penuh dan pelajar yang datang awal..
65
FOTO: xiao qi
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
PROGRAM MENTOR MENTEE
66
FOTO: xiao qi
VISI 23 - 2018
SAMBUTAN
TAHUN BARU CINA
Pada pukul 10.30 pagi, murid SMKBBSP dikumpulkan di tapak perhimpunan. Majlis dimulakan dengan pertandingan
kaligrafi untuk pelajar-pelajar kaum cina dan pertandingan kraf tangan untuk murid kaum lain. Selepas itu, majlis diteruskan dengan persembahan tarian singa oleh pasukan tarian singa sekolah. Mereka memberikan limau Mandarin kepada tetamu terhormat dan pelajar-pelajar.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan oleh pengetua sekolah, En.Mohamad Saadon Bin Haron, dan seterusnya oleh YDP PIBG, Encik Karunagaran Pillay. Seterusnya, sebuah video tentang asal-usul Zodiak Cina dimainkan kepada tetamu terhormat dan pelajar-pelajar.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan pelbagai persembahan oleh pelajar-pelajar. Yang antaranya ialah persembahan Tarian Kipas ( ) oleh pelajar-pelajar dari persatuan Bahasa Cina dan seterusnya ialah sebuah persembahan tentang tradisi Tahun Baru Cina. Majlis diteruskan dengan sebuah persembahan muzik dan diikuti dengan sebuah persembahan balet. Selepas persembahan, sebuah sesi penyampaian hadiah kepada pemenang- pemenang pertandingan kaligrafi dan pertandingan kraf tangan. Majlis tamat dengan nyanyian beramai-ramai dan pemberian buah limau oleh pengawas sekolah kepada guru- guru dan pelajar-pelajar. Majlis bersurai pada pukul 1.00 petang.
Disediakan oleh,
Tam Eh Li (4ST1)
Tarikh Tempat Masa
: 27 Februari 2018
: Tapak perhimpunan
: 10.00 pagi - 1.00 petang
SAMBUTAN TAHUN BARU CINA
67
FOTO: JUN WEI, NUR AMIRA
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
SAMBUTAN TAHUN BARU CINA
FOTO: JUN WEI, NUR AMIRA
68
VISI 23 - 2018
Pada 28 Februari 2018 (Rabu). SMK BANDAR BARU SERI PETALING telah mengadakan SUKANTARA. Acara
bermula pada pukul 7.34 pagi sehingga pukul 9.15 pagi bertempat di Padang Sekolah SMK BANDAR BARU SERI PETALING. Program ini disertai oleh murid Tingkatan Peralihan sehingga Tingkatan 5. Seawal 7.10 pagi semua pelajar berkumpul di gelanggang badminton untuk menunggu arahan daripada Pn.Nurliana untuk menempatkan rumah sukan masing masing untuk mengambil acara seperti lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan larian 100m.
Pada pukul 7.30 pagi, Pn.Nurliana telah memberi arahan kepada semua murid sesi pagi untuk berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing di Padang Sekolah. Syahbandar ditempatkan di kawasan lompat tinggi. Manakala, Temenggung pula ditempatkan di kawasan lontar peluru. Seterusnya Laksamana ditempatkan di kawasan trek larian 100m dan akhir sekali Bendahara ditempatkan di kawasan lompat tinggi.
Pada pukul 9.15 pelajar diarahkan naik ke kelas dan PDP berjalan seperti biasa. Pada hari keesokannya,29 Februari 2018 (khamis) Pn. Nurliana telah mengarahkan pelajar sesi pagi mengikut rumah sukan masing masing untuk melakukan acara sukantara di Padang
Sekolah. Syahbandar diarahkan berkumpul di trek 100m. Temenggung pula ditempatkan di kawasan lompat tinggi. Seterusnya, rumah Bendahara ditempatkan di lontar peluru. Akhir sekali, Rumah Laksamana ditempatkan di kawasan lompat jauh.
Pada pukul 9.15 pagi pelajar diarahkan naik ke kelas dan PDP seperti biasa.
Disediakan oleh,
Atiqah (3U2)
SUKANTARA
Tarikh Tempat Masa Matlamat
: 28-29 Februari 2018 : Padang Sekolah
: 7.34 pagi – 9.15 pagi
: - Melahirkan atlet sukan cemerlang, gemilang dan terbilang.
SUKANTARA
PENEMPATAN RUMAH SUKAN DIBAHAGIKAN MENGIKUT ACARA SUKAN SEPERTI LOMPAT TINGGI, LOMPAT JAUH, LONTAR PELURU DAN LARIAN 100M.
69
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
SUKANTARA
70
FOTO: xiao qi, jing wei, ben, amira
VISI 23 - 2018
PT3 DAN SPM 2018
Pada 9 Mac 2018, iaitu hari Jumaat, majlis penetapan target PT3 dan SPM telah dianjurkan di Dewan Seri Endah.
Pada pukul 8.00 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Wan Exzam B Wan Shamsudin. Kemudian, Pengetua sekolah, Tuan Haji Mohd Saadon bin Haron telah memberi ucapan aluan beliau. Dalam ucapan beliau, beliau berharap agar keputusan bagi PT3 dan SPM 2018 akan ada lonjakan. Seterusnya, Dr. Ros Binti Zakaria telah membentangkan pencapaian PT3 dan SPM tahun-tahun yang lalu dan sasaran bagi keputusan tahun ini.
Pada pukul 8.45 pagi, penerangan tentang proses penetapan target diadakan supaya murid-murid jelas dengan cara mengisikan borang penetapan target. Selepas itu, murid- murid dibenarkan untuk berjumpa dengan ibu bapa untuk menulis target peperiksaan. Guru- guru juga telah memberikan dorongan kepada murid untuk menetapkan target yang sesuai. Pada pukul 9.30 pagi, majlis berakhir dengan bacaan ikrar akur janji oleh pelajar.
Disediakan oleh,
Chin Lin Wei (5ST1)
MAJLIS PENETAPAN TARGET
Tarikh Tempat Masa Matlamat
: 9 Mac 2018
: Dewan Seri Endah : 8.00 pagi- 9.30pagi
: - Melahirkan pelajar yang fokus serta berwawasan dan sentiasa berusaha gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik
PENETAPAN
TARGET PT3 & SPM
FOTO: JUN wei
71
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
PENETAPAN
TARGET PT3 & SPM
72
FOTO: JUN wei
VISI 23 - 2018
SPM 2017
Pada pukul 10.00 pagi, para pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2017 mula berkumpul di tapak
perhimpunan kerana penyampaian keputusan SPM akan dijalankan pada hari ini. Terdapat beberapa buah universiti dan kolej mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan keunikan universiti atau kolej masing-masing supaya pelajar dapat menentukan halatuju.
Pada pukul 11.30 pagi, keputusan telah disampaikan kepada para pelajar oleh tingkatan guru masing-masing. CD majalah sekolah juga telah diedarkan mengikut senarai nama kelas oleh ahli-ahli Sidang Redaksi yang bertugas. ( Tiga keping cakera padat (majalah sekolah) telah hilang disebabkan oleh kecuaian oleh seorang ahli, perkara ini telah dilaporkan kepada guru bertugas iaitu Ms Liew. ) Beberapa pelajar berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, pelajar cemerlang termasuklah Soh Wee Hong yang mendapat 10A, Koh Yung Xin yang mendapat 11A, Kan Zhi Hui yang mendapat 10 A dan Leong Jia Xuan yang mendapat 10A. Para pelajar pula mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kapada guru-guru yang telah mengajar mereka dengan penuh dedikasi.
Majlis bersurai pada pukul 12.00 tengah hari, pelajar yang bertugas telah membersihkan dewan.
Disediakan oleh,
Chan Xiao Qi (5ST1)
PENYAMPAIAN KEPUTUSAN
Tarikh Tempat
Masa
: 15 Mac 2018
: Tapak perhimpunan
dan Dewan Sekolah
: 10.30 pagi – 12.00 tengahari
PENYAMPAIAN KEPUTUSAN
SPM 2017
pelajar cemerlang termasuklah Soh Wee Hong yang mendapat 10A, Koh Yung Xin yang mendapat 11A, Kan Zhi Hui yang mendapat 10
A dan Leong Jia Xuan yang mendapat 10A.
73
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
PENYAMPAIAN KEPUTUSAN
SPM 2017
74
FOTO: JUN wei, amira
VISI 23 - 2018
PRASUKAN
Tarikh: 29 Mac 2018
PRA SUKAN
FOTO: amira, damia
75
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
PRA SUKAN
76
FOTO: amira, damia
VISI 23 - 2018
KM1M
(KEM MEMBACA 1MALAYSIA)
Tarikh: 29 Mac 2018
KM1M KEM MEMBACA 1MALAYSIA
77
PROGRAM NILAM &
PENYAMPAIAN HADIAH
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
Tarikh: 30 Mac 2018
NILAM
78
FOTO: ka yee
VISI 23 - 2018
PELANCARAN MINGGU
SAINS & MATEMATIK
Tarikh: 2 April 2018
PELANCARAN MINGGU
SAINS & MATEMATIK
FOTO: xiao qi
79
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
M MINGGU SAINS & MATEMATIK
MAJLIS PERASMIAN
ajlis perasmian minggu sains dan matematik bermula pada 7.30 pagi. Selepas nyanian lagu Negaraku,
Wilayah Persekutuan serta lagu sekolah, Puan Junieza sebagai guru pengacara majlis telah menjemput Dr Ros bt Zakaria untuk memberi ucapan. Beliau memberitahu, pelajar digalakkan berfikir secara logik dan menggunakan teknologi dalam menyelesaikan masalah dan menegur kami supaya menjana pemikiran kreatif dan inovatif. Kami juga dinasihati agar memberi perhatian dalam pelajaran supaya tidak menemui kegagalan dalam semua mata pelajaran.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan eksperimen Kimia oleh pelajar Sains tingkatan lima yang dipimpin oleh Cik Sim Ley Yee. Eksperimen dimulakan dengan penceritaan ringkas. Aktiviti - aktiviti yang akan dijalankan juga diumumkan iaitu Cekap kalkulator, Kuiz Spontan Matematik, Pameran Matematik, Pertandingan Payung Terjun, Kuiz KBAT dan Lawatan ke Pusat Sains Negara.
Seterusnya, hasil kerja dan projek tentang Sains dan Matematik di dalam Makmal sains. Pameran ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar mereka cipta dan membuat Projek Sains dan Matematik dengan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam bilik darjah.
Majlis Penutupan Minggu Sains dan Marematik telah diadakan pada hari Jumaat minggu ini. Selepas nyanyian lagu Negaraku dan lagu Wilayah Persekutuan, Pn Farah Diba bt Mohd Zain telah mengacarakan majlis itu. Acara penyampaian hadiah diadakan. Pelajar- pelajar yang melakukan eksperimen yang
80
lebih menarik akan diberikan hadiah. Minggu Sains dan Matematik ditamatkan dengan majlis penutupan pada pukul 8.20 pagi selepas penyampaian hadiah.
Disediakan oleh,
Careme Lim Kai Yan (5AK1)
Tarikh Tempat Masa Matlamat
: 2 April - 6 April 2018 : Tapak Perhimpunan : 7.30pagi - 8.30 pagi
: - Melahirkan generasi berdaya ilmu, bersahsiah terpuji dan berupaya menghadapi cabaran dalam kehidupan
MAJLIS PERASMIAN MINGGU SAINS & MATEMATIK
VISI 23 - 2018
MAJLIS PERASMIAN MINGGU SAINS & MATEMATIK
FOTO: xiao qi
81
PROGRAM PENGAYAAN NILAM &
MAJLIS PERLANTIKAN
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
PLITERASI MAKLUMAT
PENGAWAS PUSAT SUMBER
B
bermakna ini,
pihak sekolah telah
mengundang seorang guru cemerlang dari sekolah lain untuk memberikan ucapan. Beliau telah menekankan kepentingan membaca dalam kalangan masyarakat dan menggalakkan murid-murid mengambil inisiatif untuk meneroka ilmu dalam apa-apa bidang sahaja. Beliau juga menegaskan sikap suka membaca bukan sahaja dapat menimba ilmu, malah juga dapat melahirkan fikiran secara kreatif dan kritis. Oleh itu, peranan pengawas pusat sumber di sekolah kita perlu diutamakan supaya mewujudkan golongan pelajar yang rajin menuntut ilmu. Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengiktiraf usaha pengawas pusat sumber dalam menjalankan tugas mereka yang diamanahkan dan memastikan urusan dalam pusat sumber dilakukan secara sistematik. Seterusnya,semua pengawas pusat sumber diminta untuk melafazkan ikrar dan berjanji untuk menjaga pusat sumber dengan sepenuh hati, bak mutiara kata:”Ilmu semakin berkembang, insan semakin maju”.
Disediakan oleh,
Lau Jing Wei (5ST1)
MAJLIS PELANCARAN MINGGU KEMANUSIAAN 2018
ada pukul 7.40 pagi, para pelajar
agimerasmi- kan majlis yang penuh
Tarikh: 9 April 2018
Tempat: Tapak Perhimpunan Masa: 7.40 pagi - 9.00 pagi
SMKBBSP telah
dikumpulkan di
tapak perhimpunan. Majlis bermula dengan nyanian Lagu Negaraku, Lagu Wilayah Persekutuan dan Lagu sekolah. Nyanian ini diikuti dengan ucapan oleh pengetua SMKBBSP, En.Mohamad Saadon Bin Haron. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan oleh tetamu khas iaitu Pn. Rusilawati. Beliau telah merasmikan majlis.
Majlis diteruskan dengan sebuah lakonan sketsa tentang kasih sayang. Selepas lakonan itu, semua pelakon terus menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk “Kasih Sayang”. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh tetamu khas, Pn. Noraini Abdul Rahim. Selepas itu ialah penyerahan sijil watikah pelantikan kepada pengawas-pengawas pusat sumber oleh pengetua SMKBBSP. Selepas penyerahan sijil, semua pengawas pusat sumber membaca ikrar. Seterusnya, majlis diteruskan dengan persembahan eksperimen oleh murid tingkatan 3. Sebelum majlis bersurai, cenderamata telah diberikan kepada tetamu khas daripada pengetua dan gambar telah diambilkan.
Majlis bersurai pada pukul 9.00 pagi.
Disediakan oleh,
Tam Eh Li (4ST1)
Tarikh: 9 April 2018
Tempat: Tapak Perhimpunan Masa: 7.30 pagi - 8.40 pagi
ajlis perasmian Minggu Kemanusiaan bermula pada pukual 7.30 pagi dengan bacaan doa oleh Encik Wan Exzam B Wan Shamsudin . Seterusnya, pengetua sekolah iaitu Tuan Haji
Mohamad Saadon Bin Haron memberikan ucapan beliau. Beliau telah menyatakan program tersebut bertujuan meningkatkan ilmu dalam kalangan murid untuk meghadapi cabaran global pendidikan pada masa ini. Seterusnya, Puan Rosilawati Binti Maabar, Pengawai Teknologi Pendidikan-BTPN, memberikan ucapan perasmian beliau.
Pada pukul 7.50 pagi, majlis diteruskan dengan persembahan oleh murid-murid daripada Tingkatan 3. Persembahan ini merupakan ‘Modul 10 Minit perhimpunan’ Utusan Melayu. Persembahan kedua pula diadakan selepas penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Majlis bersurai pada pukul 8.50 pagi, selepas penyampaian cenderamata kepada tetamu.
Disediakan oleh,
Tam Eh Li (4ST1)
82
Tarikh Tempat Masa Matlamat
: 9 April 2018
: Laman Sri Endah
: 7.30 pagi - 8.50 pagi
: - Memberi peluang
kepada pelajar untuk mengetengahkan idea dan kreativiti bakat masing-masing
dalam meningkatkan pengetahuan secara pembelajaran tidak lansung.
VISI 23 - 2018
PROGRAM PENGAYAAN NILAM & LITERASI MAKLUMAT MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER MAJLIS PELANCARAN MINGGU KEMANUSIAAN 2018
FOTO: xiao qi
83
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
BENGKEL PROGRAM PEMANTAPAN
SAHSIAH DAN JATI DIRI
Pada 11 April 2018, Bengkel Motivasi yang disediakan untuk pelajar bukan Islam telah dijalankan. Selepas waktu
rehat, pelajar diminta berkumpul di tempat seperti yang dirancang dalam jadual. Pelajar Tingkatan 3 berada di kelas masing-masing dan pusat sumber, pelajar Tingkatan 4 berkumpul di kantin lama manakala pelajar Tingkatan 5 menjalankan aktiviti di kantin baru dan kelas 5PP2 mengikut kumpulan masing-masing. Guru bertugas bertanggungjawab untuk mengawal disiplin para pelajar.
Bengkel Motivasi ini telah menjalankan banyak aktiviti yang akan memberikan faedah kepada para pelajar. Pensyarah dari Tunku Abdul Rahman University College telah mengadakan ceramah motivasi untuk pelajar Tingkatan 4. Pelajar dinasihati supaya berfikiran positif, berani mengambil peluang, sentiasa berusaha dan jangan berputus asa dalam kehidupan. Selain itu, sekumpulan pelajar dari Tingkatan 5 berkumpul di kantin baru. Mereka telah menjalankan penilaian kendiri yang disediakan oleh Kolej Dika. Kemudian, aktiviti-aktiviti telah dilakukan untuk memupuk semangat bekerjasama dan mendorong para pelajar supaya melakukan kerja dengan penuh kreatif.
Di samping itu, sekumpulan pelajar pula berkumpul di kelas 5PP2 untuk menjalankan bengkel motivasi yang diiringi oleh Encik Kee Jee Wing. Bengkel motivasi ini bertujuan untuk menjalin hubungan rapat dalam kalangan pelajar. Pelajar diminta membuat pengenalan diri dalam kumpulan dan berinteraksi dengan ahli kumpulan. Pada masa yang sama, pelajar Tingkatan 3 berkumpul di pusat sumber setelah menjalankan penilaian kendiri dalam kelas. Pelajar telah menonton wayang “Minion” di pusat sumber.
84
Pada pukul 1.05 petang, aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah tamat, pelajar mula bersurai.
Disediakan oleh,
Chan Xiao Qi (5ST1)
Tarikh Tempat
Masa
: 11 April 2018
: - Kelas 5PP2, Kantin Baru, Kantin Lama, Kelas Tingkatan 3 dan Pusat Sumber
: 10.30 pagi – 1.05 petang
BENGKEL PROGRAM PEMANTAPAN
SAHSIAH DAN JATI DIRI
VISI 23 - 2018
BENGKEL PROGRAM PEMANTAPAN
SAHSIAH DAN JATI DIRI
FOTO: amira, jun wei
85
Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program ceramah Israk dan Mikraj pada 11 April 2018 bersamaan
hari Rabu dari pukul 10.30 pagi sehingga 12.45 tengah hari di dalam Dewan Sri Endah SMK Bandar Baru Sri Petaling.
Pengisian program melalui ceramah ini bertujuan untuk menggalakkan murid menghayati alam ciptaan Allah SWT di samping menghayati dan mengambil iktibar peristiwa perjalanan Rasulullah SAW yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan sejarah. Ceramah Israk dan Mikraj ini disampaikan oleh PU Merico yang merupakan Pencetus Ummah dari Astro Oasis. Penceramah bukan sahaja menyampaikan fakta-fakta tentang Israk dan Mikraj, malahan menekankan tanggunggjawab dan peranan sebagai seorang Islam khususnya kepentingan solat dalam kehidupan seharian.
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
PROGRAM
ISRAK MIKRAJ
Tarikh Tempat Masa Matlamat
: 11 April 2018
: Dewan Sri Endah
: 10.35 pagi – 12.45 tengahari
: - Mengenang perjalanan Nabi Rasulullah SAW yang sangat bersejarah
PROGRAM ISRAK MIKRAJ
Ceramah Israk dan Mikraj ini disampaikan oleh PU Merico yang merupakan Pencetus Ummah dari Astro Oasis
Setelah selasai ceramah Israk dan Mikraj, semua pelajar Islam diberi makanan di dalam Dewan Sri Endah sebelum bersurai pada pukul 12.45 tengah hari.
Disediakan oleh,
Nasrullah (3U1)
86
FOTO: DAMIA
VISI 23 - 2018
PERASMIAN
MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL
Tarikh: 16 April 2018
FOTO: JUN WEI
87
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
7.50 pagi: Pengetua, pegawai, guru-guru dan para pelajar bersama dengan ibu bapa masing- masing masuk ke dalam dewan dan bersedia untuk ermulaan Majlis Anugerah Cemerlang.
8.20 pagi: Selepas bacaan doa yang dipimpin
oleh Encik Wan Exzam, nyanyian lagu Negaraku
dan lagu Wilayah Persekutuan, pengetua SMK
Bandar Baru Seri Petaling dipersilakan untuk
memberikan ucapan. Ucapan pengetua adalah
vital dan tentang purata PT3 serta SPM pada
tahun 2017. Sze Teng yang cemerlang dari segi akademik,
Tarikh Tempat Masa Matlamat
: 21 April 2018
: Dewan Sekolah
: 8.00 pagi- 10.00 pagi
: - Untuk memberikan dorongan dan
penghargaan kepada pelajar dan guru cemerlang
8.40 pagi: Pegawai dari jabatan telah menyampaikan ucapan dan menjelaskan nilai murni yang harus diamalkan kepada para hadirin.
8.50pagi:Majlis diteruskan dengan persembahan tarian tradisional kaum Melayu. Tarian Melayu dipersembahkan bersama dengan muzik Melayu yangmenarik.
9.00 pagi: Penyampaian hadiah dan sijil kepada para pelajar yang mendapat kedudukan pertama, kedua dan ketiga dalam kelas masing- masing dijalankan. Pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam subjek juga menerima hadiah dan sijil. Penyampaian hadiah ini adalah untuk pelajar cemerlang daripada Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 pada tahun 2017.
9.30 pagi: Kemudian, majlis diteruskan dengan persembahan tarian kaum India. Muzik yang popular berjaya menarik perhatian para hadirin, iaitu “Shape Of You” yang mempunyai unsur muzik kaum India.
9.40 pagi: Penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar cemerlang PT3 dan SPM pada tahun 2017 juga dijalankan. Selain itu, Tokoh Pelajar 2017 telah disampaikan kepada Wong
88
kokurikulum dan juga aktif dalam bidang sukan. Seterusnya, panitia yang mempunyai pencapaian yang cemerlang menerima hadiah sebagai tanda penghargaan.
9.50 pagi: Majlis diakhiri dengan persembahan tarian kaum Cina yang dipersembahkan oleh pelajar Tingkatan 5. Persembahan yang menarik itu telah mendapat sambutan daripada para hadirin.
10.00 pagi: Majlis bersurai.
Disediakan oleh,
Edward Tan (3T1)
VISI 23 - 2018
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
FOTO: JUN WEI
89
PMAJLIS PERASMIAN MINGGU BAHASA
ada 23 April 2018, warga SMK Bandar Baru Seri Petaling telah mengadakan Majlis Pelancaran Minggu Bahasa.
Pada 8.00 pagi jurupandu majlis iaitu Asif dan Narsullah menyatakan bahawa Minggu Bahasa dapat mendidik masyarakat berbilang bangsa dan mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan ilmu pengetahuan pelajar-pelajar.
Majlis diteruskan dengan ucapan Dr. Ros binti Zakaria yang mengucapkan terima kasih atas kejayaan mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang. Selain itu, beliau mengumumkan moto Minggu Bahasa ini ialah ‘Bahasa Cantuman Bangsa’. Beliau juga mengatakan bahawa kita haruslah menjaga imej Negara dan membanggakan ibu bapa dengan mendapatkan keputusan yang baik.
Pada jam 8.05 pagi, Minggu Bahasa dirasmikan oleh Dr Ros dengan acara memotong riben. Seterusnya, video tentang langkah memupuk semangat perpaduan yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar ditayangkan. Kita digalakkan mencintai bahasa-bahasa kita.
Sepanjang Minggu Bahasa ini, terdapat pelbagai jenis aktiviti diadakan seperti Pertandingan Esei, Mencipta Pantun, dan Kuiz Peribahasa. Aktiviti-aktiviti melibatkan ketiga-tiga panitia iaitu, panitia Bahasa Melayu, panitia Bahasa Inggeris dan panitia Bahasa Cina.
Sebelum majlis tersebut bersurai, persembahan nyanian lagu Payphone daripada Aziz and The Gang mendapatkan tepukan yang gemuruh daripada para penonton. Majlis ditamatkan dengan penyampaian sijil-sijil serta lencana HIP Crew.
Disediakan oleh,
Wong Theng Loke (5ST2)
90
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
Tarikh Tempat Masa Matlamat
: 23 April 2018
: Tapak Perhimpunan : 8.00 pagi – 8.45 pagi
: - Menimbulkan minat para pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Bahasa Malaysia demi masa depan mereka
- Memperkasakan Bahasa Inggeris agar pelajar lebih mantap dan cemerlang
- Menggalakkan pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina
FOTO: JING WEI
VISI 23 - 2018
Pada pukul 8.00 pagi, para plejar berkumpul di padang sekolah dalam baju rumah sukan masing-masing. Pelajar
dan guru bekerjasama membuat persediaan untuk kemah rumah sukan dan barisan kawad kaki mengikut rumah sukan. Majlis dimulakan dengan kawad kaki barisan pengawas, rumah sukan dan unit-beruniform bersama dengan persembahan yang disediakan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan doa diikuti nyayian lagu Negaraku, lagu sekolah dan ikrar yang dipimpin oleh Yap Chee Hoe.
Pada pukul 9.00 pagi, majlis mempersilakan pengetua SMK Bandar Baru Seri Petaling untuk memberikan ucapan alu-aluan. Beliau mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada para guru dan pelajar yang berusaha membuat persediaan untuk menjayakan Hari Sukan pada tahun ini. Kemudian, YDP PIBG dipersilakan untuk menyampaikan ucapan beliau lalu merasmikan majlis. Selepas itu, cenderamata telah disampaikan kepada beliau oleh pengetua sekolah sebagai tanda penghargaan.
Seterusnya, senaman robik telah dijalankan untuk memanaskan badan dan menguatkan otot-otot badan supaya kecederaan dapat dielakkan. Kemudian, guru-guru yang terlibat mula menjalankan tugas masing-masing manakala para peserta pula membuat pendaftaran di tempat yang disediakan. Pertandingan yang dijalankan termasuklah acara larian 800m , 100m , 200m, 4x100m , 4x200m dan tarik tali yang melibatkan kedua- kedua peserta perempuan dan lelaki.
Pada pukul 12.00 tengah hari, penyampaian hadiah dijalankan. Para pemenang menerima pingat bagi acara yang terlibat masing-masing.
Rumah sukan yang mencapai keputusan yang terbaik pada tahun ini ialah rumah sukan Bendahara. Sebelum pelajar bersurai, semua guru dan pelajar bekerjasama membersihkan padang untuk menjaga kebersihan sekolah. Hari Sukan 2018 berjaya dijalankan dengan lancar.
Disediakan oleh,
Chan Xiao Qi (5ST1)
HARI SUKAN
Tarikh Tempat Masa Matlamat
: 30 April 2018
: Padang Sekolah
: 8.00 pagi – 12.30 petang
: - mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan
- menyemai budaya dan gaya hidup sihat serta mengamalkan konsep keghairahan bersukan
91
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
HARI SUKAN
92
FOTO: AMIRA, BEN, DAMIA, JING WEI, JUN WEI, EH LI
VISI 23 - 2018
CERAMAH ALAM SEKITAR
PENYAMPAIAN SIJIL KEHADIRAN &
Tarikh: 28 Mei 2018
FOTO: xiao qi
93
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
PENUTUPAN MINGGU BAHASA
Tarikh: 4 Jun 2018
PENUTUPAN MINGGU BAHASA
94
FOTO: eh li
VISI 23 - 2018
PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU &
HARI RAYA AIDILFITRI 2018
Pada pukul 7.15 pagi, sesi fotografi tahunan bermula dan semua guru sekolah berkumpul di dewan sekolah
unruk membuat persiapan. Selepas itu, semua guru dan murid beragama Islam beredar ke padang sekolah untuk menjalani program Al- Zabah. Pada masa yang sama, program Nilai Murni dijalankan oleh guru dan murid yang bukan beragama Islam di dalam dewan sekolah.
Murid diberi masa rehat dari pukul 9.30- 10.00 pagi. Seterusnya, semua pelajar serta guru berkumpul di
tapak perhimpunan
berbumbung untuk mengadakan sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri. Sambutan dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku. Selepas itu, pengetua sekolah, Tuan Haji Mohamad Saadon bin Haron telah memberikan ucapan alu-aluan beliau. Ketua pengawas sekolah, Tan Jia Jin, juga telah mewakili badan murid untuk menyampaikan ucapan kepada guru- guru sempena Hari Guru. Tema bagi Hari guru tahun ini merupakan ‘Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati’.
Sambutan tersebut diteruskan dengan beberapa persembahan yang disediakan oleh murid- murid. Persembahan menarik termasuklah tarian tradisional, tarian moden dan juga nyanyian. Pada pukul 11.00 pagi, jamuan Aidilfitri pula diadakan. Murid-murid
dan guru-guru diberi makanan tradisional Melayu seperti ketupat, roti jala dan roti canai.
Program bersurai pada pukul 1.00 petang.
Disediakan oleh,
Chin Lin Wei (5ST1)
Tarikh Tempat
Masa
: 29 Jun 2018
: Tapak perhimpunan
berbumbung
: 7.15 pagi- 1.00 petang
95
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
PROGRAM SAMBUTAN HARI GURU/ HARI RAYA AIDILFITRI 2018
96
FOTO: eh li, ben
VISI 23 - 2018
HARI TERBUKA
Tarikh: 14 Julai 2018
HARI TERBUKA
FOTO: amira
97
Pada pukul 12.30 petang, murid-murid sesi petang dan sesi pagi diarah untuk berkumpul di tapak perhimpunan dan
lorong tingkat 1. Pengetua bertugas untuk menjaga disiplin para murid supaya majlis boleh dijalankan dengan lancar. Bendera juga diserahkan kepada para murid.
Majlis dimulakan dengan ucapan Encik Sivakumar diikuti dengan tayaran video yang berkaitan dengan sejarah Malaysia. Selepas itu, persembahan iaitu drama tentang penjajahan pihak Jepun dan British dijalankan oleh pelajar- pelajar. Drama ini berjaya menarik perhatian para penonton dan mendapat sambutan yang baik. Majlis diteruskan dengan pembacaan pantun patriotik oleh pelajar Tingkatan 3. Kemudian, persembahan nyayian juga disampaikan.
Pada pukul 1.00 petang, semua pelajar dan guru menyanyi lagu patriotik sambil mengibar bendera dengan penuh semangat. Majlis ditamat dengan lancar dan bersurai.
Disediakan oleh,
Chan Xiao Qi (5ST1)
SMK BANDAR BARU SERI PETALING
MAJLIS PELANCARAN
BULAN KEMERDEKAAN
Tarikh Tempat Masa Matlamat
: 15 Ogos 2018
: Tapak Perhimpunan : 12.30 -1.05 petang
: - Memupuk semangat patriotisme dan perpaduan di kalangan murid
- Menambah ilmu tentang sejarah Malaysia
MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
Bulan Kemerdekaan ini dibuat bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan perpaduan di kalangan murid serta menambah ilmu tentang sejarah Malaysia.
98