The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cgrafiq, 2018-11-15 20:26:15

TAHAP PENGETAHUAN GURU SAINS DALAM TMK

KERTAS PROJEK MASTER

i

TAHAP PENGETAHUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (TMK) DALAM KALANGAN GURU SAINS
SEKOLAH RENDAH DI SEKOLAH BANDAR DAN LUAR BANDAR

Muhammad Rafiq Bin Razali
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) semakin pesat berkembang dalam dunia
pendidikan kini namun sejauh manakah tahap pengetahuan TMK dalam kalangan guru
Sains? Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan TMK guru Sains
sekolah rendah di bandar dan luar bandar merangkumi aspek tahap pengetahuan asas TMK,
tahap pengetahuan kemahiran TMK dan tahap pengetahuan aplikasi TMK. Kajian ini
berbentuk tinjauan rentas silang yang menggunakan soal selidik dan sampel kajian dipilih
secara rawak berkelompok melibatkan 100 orang guru Sains daripada sekolah-sekolah di
Kuala Lumpur dan luar bandar Selangor. Cronbach Alpha daripada kajian rintis
menunjukkan kesemua konstruk berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Dapatan
deskriptif menunjukkan tahap pengetahuan asas, tahap pengetahuan kemahiran dan tahap
pengetahuan aplikasi TMK berada pada tahap yang tinggi. Manakala, Ujian-T Bebas
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengetahuan TMK
guru di bandar dan luar bandar. Ujian Kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan
yang lemah dan positif di antara tahap pengetahuan asas dengan tahap pengetahuan aplikasi
TMK dan hubungan yang sederhana dan positif di antara tahap pengetahuan kemahiran
dengan tahap pengetahuan aplikasi TMK. Justeru, perlunya penekanan diberikan oleh
KPM, sekolah dan guru dalam aspek tahap pengetahuan TMK supaya hasrat negara untuk
mencapai pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia dapat direalisasikan.
Kata Kunci: tahap pengetahuan, TMK, teknologi maklumat dan komunikasi, PdP Sains.

ii

LEVEL OF ICT’S KNOWLEDGE AMONG SCIENCE TEACHERS
IN URBAN AND RURAL AREAS

ABSTRACT

Information and Communication Technology (ICT) has rapidly grown in the world of
education nowadays, but how is the level ICT knowledge among Science teachers? This
study aims to identify the level of ICT knowledge among primary school science teachers
in urban and rural areas. The aspects of study are ICT basic knowledge, ICT skills
knowledge and ICT applications knowledge. This study was a cross sectional survey using
questionnaires and samples were randomly selected set of 100 science teachers in Kuala
Lumpur and Selangor rural schools. Cronbach Alpha from the pilot study showed that all
the constructs were at a high level of reliability. Descriptive findings showed that the level
of ICT basic knowledge, ICT skills knowledge and ICT applications knowledge are at a
high level. Meanwhile, Independent T test showed no significant difference between the
level of knowledge of ICT in urban and rural areas. Pearson correlation test showed a weak
and positive correlation between the ICT basic knowledge and ICT applications knowledge
and a moderate and positive relationship between ICT skills knowledge and ICT
applications knowledge. Hence, the level of ICT knowledge need to be given emphasis by
the Ministry of Education, schools and teachers in order to achieve our country's desire to
become world-class education and quality education.

Key Word: level of knowledge, ICT, Information and Communication Technology, science
lesson.

iii

KANDUNGAN Halaman

ABSTRAK i
ABSTRACT ii
KANDUNGAN iii
SENARAI JADUAL iv
SENARAI ILUSTRASI v
SENARAI SINGKATAN vi

BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 2
1.2 Pernyataan Masalah 4
1.3 Kepentingan Kajian 4
1.4 Tujuan Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Hipotesis Kajian 5
1.7 Kerangka Teori dan Konsep 8
1.8 Definisi Operasi 10
1.9 Kesimpulan
11
BAB 2 TINJAUAN KEPUSTAKAAN 11
2.1 Pengenalan 12
2.2 Teori Resapan Inovasi 13
2.3 Pengajaran Sains Sekolah Rendah 14
14
2.3.1 Kepentingan Penguasaaan Isi Kandungan dan Pedagogi Sains 14
2.4 Pembelajaran Menggunakan TMK 16
16
2.4.1 FROG VLE
2.4.2 Pembelajaran Berasaskan Web 18
2.4.3 Media Sosial 18
2.5 Kesimpulan 18
19
BAB 3 METADOLOGI KAJIAN 20
3.1 Pengenalan 21
3.2 Reka Bentuk Kajian 21
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 21
3.4 Kaedah Pengumpulan Data 22
3.5 Instrumen Kajian 22
23
3.5.1 Bahagian A: Demografi 23
3.5.2 Bahagian B: Tahap Pengetahuan Asas TMK 24
3.5.3 Bahagian C: Tahap Pengetahuan Kemahiran TMK 26
3.5.4 Bahagian D: Tahap Pengetahuan Aplikasi TMK
3.6 Kajian Rintis 27
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian
3.8 Prosedur Kelulusan
3.9 Tatacara Analisis Data
3.10 Kesimpulan

BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan

4.1.1 Profil Responden iv
4.2 Dapatan Analisis Deskriptif
27
4.2.1 Analisis Deskriptif Tahap Pengetahuan TMK guru Sains 28
di bandar dan luar bandar 28

4.3 Dapatan Analisis Inferensi 33
4.3.1 Analisis Ujian T Bebas 33
4.3.2 Analisis Ujian Kolerasi Pearson 34
35
4.4. Kesimpulan
36
BAB 5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN 36
5.1 Pengenalan 37
5.2 Ringkasan Kajian 37
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 38
39
5.3.1 Tahap Pengetahuan TMK Guru Sains 39
5.4 Implikasi Kajian 40
5.5 Sumbangan Kajian
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 41
5.7 Kesimpulan

RUJUKAN

v

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

Jadual 3.1 Penerangan Kandungan Instrumen 20

Jadual 3.2 Rumusan Nilai Kebolehpercayaan Setiap Konstruk

Dalam Instrumen Soal Selidik 23

Jadual 3.3 Intepretasi Skor Min 25

Jadual 3.4 Pekali Kolerasi 25

Jadual 4.1 Profil Responden 27

Jadual 4.2 Analisis Deskriptif Setiap Konstruk Tahap Pengetahuan TMK Guru

Sains 28

Jadual 4.3 Tahap Pengetahuan Asas TMK Guru Sains 29

Jadual 4.4 Tahap Pengetahuan Kemahiran TMK Guru Sains 30

Jadual 4.5 Tahap Pengetahuan Aplikasi TMK Guru Sains 31

Jadual 4.6 Analisis Ujian-T Bebas Tahap Pengetahuan Asas TMK, Tahap

Pengetahuan Kemahiran TMK dan Tahap Pengetahuan Aplikasi

TMK Guru Sains di Bandar dan Luar Bandar 33

Jadual 4.7 Analisis Ujian Kolerasi Pearson Tahap Pengetahuan Asas TMK

Dan Tahap Pengetahuan Kemahiran TMK Dengan Tahap

Pengetahuan Aplikasi TMK Guru Sains 35

SENARAI ILUSTRASI vi
No. Rajah
Rajah 1.1 Kerangka Konseptual dan Teori Kajian Halaman
Rajah 3.1 Persampelan Kajian 7
19

vii

BPK SENARAI SINGKATAN
DSK
DST Bahagian Pembangunan Kurikulum
FPK Dokumen Standard Kurikulum
FPSK Dunia Sains dan Teknologi
IPGM Falsafah Pendidikan Kebangsaan
JPN Falsafah Pendidikan Sains Kebangsaan
KBAT Institut Pendidikan Guru Malaysia
KBSR Jabatan Pendidikan Negeri
KBSR Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
KPM Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KSSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
LDP Kementerian Pendidikan Malaysia
PdP Kurikulum Standard Sekolah Rendah
PBS Latihan Dalam Perkhidmatan
PEKA Pengajaran dan Pembelajaran
PISA Pentaksiran Berasaskan Sekolah
PPD Pentaksiran Kerja Amali
PPW Programme for International Student Assessment
PPPM Pejabat Pendidikan Daerah
PS Pejabat Pendidikan Wilayah
S&T Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
TIMSS Pentaksiran Sekolah
TMK Sains dan Teknologi
UPSR Trends in International Mathematics and Science Study
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Ujian Penilaian Sekolah Rendah

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pembelajaran Abad ke-21 menuntut guru dan pelajar untuk memanfaatkan penggunaan
peranti teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Menurut Finn (1960);
Galbraith (1967); Heinich, Molenda dan Russell (1989); Seattler (1990) teknologi dapat
ditakrifkan kepada dua. Pertama; teknologi dapat menyelesaikan masalah kerana ia dilihat
sebagai satu proses pendekatan atau teknik berkesan dengan menggunakan ilmu
pengetahuan saintifik atau cabang ilmu yang lain. Kedua; teknologi juga ialah perkakasan
dan perisian iaitu satu produk atau bahan yang terhasil daripada proses-proses teknologi itu
sendiri. Banyak kajian dilakukan untuk menguji keberkesanan teknologi dalam PdP. PdP
berbantukan teknologi lebih menarik minat murid untuk belajar dan sekaligus lebih
memahami isi pelajaran. Ini adalah bertepatan dengan kajian oleh Nor Hashim, Maznah
dan Azlinda (1996) mengatakan bahawa teknologi maklumat berasaskan komputer
merupakan bahan yang berpotensi dalam memudahkan kerja-kerja seharian malah ia juga
dapat menjadi bahan untuk menjayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran.
Guru juga lebih mudah untuk merancang dan melaksanakan pengajaran menggunakan
teknologi di mana guru dapat mempersembahkan maklumat dalam pelbagai bentuk
termasuklah tulisan, gambar dan video berbanding pengajaran tanpa teknologi.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau Information and
Communication Technology (ICT) terdiri daripada pelbagai peralatan atau peranti yang
berfungsi sebagai medium untuk memudahkan kerja manusia. Menurut Zainuddin (2008),
peralatan ini berfungsi untuk mencapai maklumat, memperoleh maklumat, menyimpan
maklumat, memanipulasikan maklumat dan menyampaikannya kepada orang lain.
Penerapan TMK di sekolah mula ketara melalui pengwujudan sekolah bestari yang mula
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 1999. KPM telah
mula memperkembangkan TMK di sekolah bestari dengan menyediakan prasarana,
pengisian dan latihan guru. Pembekalan komputer mula dilaksanakan sebagai memenuhi
aspek penyediaan infrastruktur ICT (KPM, 2001). Menurut Rosnaini Mahmud, Mohd Arif
& Ismail Jalaluddin (2011), projek sekolah bestari yang diperkenalkan KPM telah
melibatkan 90 buah sekolah rintis. Sekolah-sekolah ini dilengkapi dengan prasarana dan
kemudahan TMK bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk dimanfaatkan oleh
guru dan pelajar. Ini adalah antara usaha yang berterusan oleh kerajaan untuk melahirkan
generasi yang kreatif, inovatif dan berkemahiran TMK seperti mana yang diperlukan oleh
dunia masa kini. Namun, dengan beredarnya masa dan zaman, kemudahan TMK semakin
berkembang dari hari ke hari dengan wujudnya internet, peralatan TMK yang semakin
canggih dan kehadiran media sosial yang turut memberi kesan kepada dunia pendidikan

2

masa kini. Impak perkembangan TMK kepada dunia pendidikan ini maka lahirlah
pembelajaran berasaskan web, pembelajaran dalam talian (online) dan flip classroom.

Mata pelajaran Sains adalah salah satu mata pelajaran yang penting kepada murid
terutama di peringkat sekolah rendah. Umum mengetahui akan sumbangan penguasaan
dalam mata pelajaran Sains untuk melahirkan modal insan yang berguna kepada negara.
Kebanyakan murid di sekolah rendah mempelajari sains melalui penghafalan konsep dan
fakta sains. Kemahiran proses sains merupakan salah satu kemahiran saintifik yang perlu
dikuasai oleh murid sekolah rendah mahupun murid sekolah menengah. Menurut Abu
Hassan (2004), dalam memastikan para pelajar dapat mengkaji dan memahami alam,
menyelesaikan permasalahan serta membuat keputusan secara sistematik selain dapat
mewujudkan aktiviti penyiasatan sains yang berkesan dan bermakna memerlukan
penguasaan kemahiran saintifik. Kajian menunjukkan penguasaan konsep sains dalam
kalangan pelajar sangat lemah begitu juga penguasaan kemahiran saintifik dan mempunyai
sikap saintifik pada tahap yang rendah (Irfan dan Sajap, 2011). Menurut Johari (2004),
terdapat beberapa faktor yang membawa kepada masalah tersebut. Antaranya ialah
kewujudan pelbagai kerangka alternatif (miskonsepsi) dalam memahami konsep sains yang
lazimnya bersifat abstrak dan kompleks. Pelajar menghadapi masalah untuk
menggambarkan dalam pemikiran mereka sesuatu yang abstrak dalam pelajaran Sains dan
penyelesaian kepada ini ialah guru perlu menunjukkan sesuatu yang maujud kepada murid
agar miskonsepsi tadi dapat diatasi. Kekangan kepada penyediaan bahan-bahan maujud
juga halangan besar kepada guru-guru Sains dalam PdP. Tidak semua bahan maujud dapat
dibawa ke dalam kelas dan oleh sebab demikian ramai guru menggunakan teknologi untuk
menunjukkan bahan-bahan yang maujud.

Justeru, menyedari akan kelebihan dalam menghasilkan PdP yang berkesan dan
menyedari juga kepentingan pembelajaran sains kepada murid maka kajian ini dirancang
untuk melihat tahap pengetahuan guru sains terhadap TMK dalam pengajaran sains kepada
murid di sekolah rendah.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Permasalahan utama dalam mengajar mata pelajaran Sains ialah murid hanya menumpukan
pembelajaran Sains untuk peperiksaan sahaja dan bukan tujuan untuk memahaminya. Ini
adalah disebabkan oleh pengajaran guru kurang berkesan apabila guru hanya menggunakan
pendekatan pengajaran tradisional di mana murid hanya menyalin apa yang ditulis oleh
guru. Pengajaran guru masih menggunakan papan hitam dan pelajar disogok dengan fakta
tanpa memahaminya melalui kaedah syarahan (Azizah, 1999). Murid tidak berpeluang
untuk meneroka dengan memerhatikan persekitaran sebenar agar pembelajaran lebih
berkesan. Pembelajaran Sains juga menemui masalah apabila guru-guru menghadapi
kekangan untuk menjadikan pembelajaran Sains melibatkan persekitaran sebenar setiap
masa oleh kerana kekangan masa, bahan dan ketidaksesuaian keadaan.

Pengajaran sains kurang sesuai diajar dengan kaedah tradisional iaitu berpusatkan
guru di mana guru menyediakan semuanya seperti seolah-olah resepi. Menurut Abu Hassan
dan Hasmawati (2014), pelajar tidak berpeluang terlibat secara langsung dalam penyiasatan

3

kerana semua aktiviti sudah pun distrukturkan oleh guru. Pelajar hanya perlu mencatat hasil
akhir penyiasatan yang diperoleh di ruangan yang telah tersedia di dalam buku amali dan
tiada penekanan kepada kemahiran proses sains berlaku. Senario sebegini menyebabkan
matlamat kurikulum sains di sekolah tidak tercapai. Oleh sebab itu, terdapat guru yang
mengambil inisiatif menggunakan teknologi untuk menyelesaikan kekangan dan masalah
tersebut.

Seiring dengan perkembangan teknologi pendidikan kini maka pelbagai kemudahan
dan peralatan TMK mula diperkenalkan di sekolah-sekolah. Bermula dengan kemudahan
komputer di sekolah-sekolah bestari, pengwujudan makmal komputer di setiap sekolah,
program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan yang terkini
ialah pembelajaran dalam talian menggunakan FROG VLE adalah antara usaha-usaha
pihak-pihak tertentu dalam menerapkan elemen TMK dalam pendidikan. Menurut Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, terdapat 11 anjakan transformasi sistem
pendidikan di Malaysia dan penekanan kepada TMK ialah pada anjakan yang ketujuh.
Anjakan ini lebih bertujuan untuk meningkatkan capaian internet serta menggalakkan guru
mendapatkan sumber pengajaran yang pelbagai dan menyampaikan bahan pengajaran
tersebut kepada murid-murid tanpa mengira batasan tempat, waktu dan sebagainya. Impak
daripada tindakan ini juga memberi peluang kepada murid untuk mengalami proses
pembelajaran yang lebih luas, menarik dan interaktif.

Walaupun pelbagai kemudahan dan peralatan telah mula diperkenalkan, beberapa
kesan dapat diperhatikan antaranya pemansuhan program PPSMI pada tahun 2012 yang
mengakibatkan terdapat sekolah yang kebanyakan peralatan PPSMI terbiar dan tidak
digunakan lagi. Selain daripada itu, guru-guru yang telah lama berkhidmat di sekolah
contohnya selama 10 hingga 20 tahun masih tidak dapat menguasai asas kemahiran
komputer. Ini dapat dilihat apabila terdapat juga rungutan daripada guru-guru tentang
kesukaran dalam membuat bahan dalam peranti TMK seperti persembahan Powerpoint
untuk pengajaran. Guru perlu meluangkan masa untuk menyiapkan terlebih dahulu bahan
menggunakan peralatan TMK dan kebanyakannya berputus asa kerana ada yang
berpendapat menggunakan peralatan TMK sangat melecehkan. Menurut Breiter dan Light
(2006), kekangan masa dihadapi oleh guru dalam menyediakan bahan pengajaran sebelum
memulakan PdP kerana guru kurang berkemahiran dalam mengendalikan teknologi. Selain
daripada itu, penyediaan kemudahan dan infrastruktur TMK di sekolah-sekolah juga
sebenarnya tidak menyeluruh. Kebanyakan sekolah-sekolah yang mendapat kemudahan
TMK ini ialah sekolah-sekolah di bandar dan kemudahan ini masih lagi tidak dapat
digunakan oleh sekolah-sekolah di luar bandar atas kekangan faktor kewangan. Isu
penyediaan prasarana ini juga mula menjadi kritikal apabila sekolah-sekolah yang
menerima kemudahan TMK tidak dapat menggunakannya oleh sebab kemudahan yang
telah rosak dan tiada penggantian peralatan yang sudah melebihi 10 tahun.

Menyedari permasalahan-permasalahan ini, maka satu kajian perlu dilaksanakan
untuk melihat tahap pengetahuan guru Sains terhadap pengajaran berasaskan TMK di
sekolah-sekolah bandar dan di luar bandar setelah hampir 10 tahun pengajaran
menggunakan TMK diperkenalkan di sekolah. Pengetahuan guru Sains ini penting untuk

4

melihat keberkesanan pengajaran sains menggunakan TMK di semua sekolah di Malaysia
setelah beberapa tahun dilaksanakan.

1.2 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian saya penting dalam usaha untuk melihat tahap pengetahuan guru Sains sekolah
rendah terhadap pembelajaran menggunakan TMK merangkumi aspek pengetahuan asas
TMK, pengetahuan kemahiran TMK dan pengetahuan aplikasi TMK dalam PdP Sains di
sekolah. Selain daripada itu, pengkaji juga ingin melihat perbandingan tahap pengetahuan
guru Sains menggunakan TMK dalam PdP di sekolah bandar dan di sekolah luar bandar.
Oleh yang demikian, bagi memenuhi kepentingan kajian ini tinjuan melalui soal selidik
akan dilaksanakan terhadap sekolompok responden yang terdiri daripada guru sains
sekolah rendah di bandar dan luar bandar.

Di samping itu juga, kajian ini turut secara tidak langsung akan memberikan input
kepada guru-guru sains di sekolah rendah terhadap pembelajaran menggunakan TMK yang
semakin pesat berkembang. Secara keseluruhan, kajian ini akan menjadi nilai tambah
kepada kajian-kajian yang membawa tema serupa dan memberikan satu input berkenaan
dengan pengetahuan guru sains terhadap pengajaran menggunakan TMK.

1.4 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru sains sekolah rendah
terhadap pengajaran menggunakan TMK.

Objektif-objektif kajian ialah:

1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan asas, pengetahuan kemahiran dan pengetahuan
aplikasi TMK guru Sains dalam pengajaran dan pembelajaran sains menggunakan TMK.

1.4.2 Membuat perbandingan tahap pengetahuan guru Sains dalam pelaksanaan PdP
menggunakan TMK merangkumi aspek pengetahuan asas, kemahiran dan aplikasi guru
sains di sekolah bandar dan di sekolah luar bandar.

1.4.3 Mengenaplasti hubungan tahap pengetahuan asas TMK dan tahap pengetahuan
kemahiran TMK dengan tahap pengetahuan aplikasi TMK guru Sains di sekolah bandar
dan luar bandar.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

1.5.1 Apakah tahap pengetahuan guru Sains dalam aspek pengatahuan asas TMK semasa
pengajaran dan pembelajaran sains menggunakan TMK di sekolah rendah?

1.5.2 Apakah tahap pengetahuan guru Sains dalam aspek kemahiran TMK semasa
pengajaran dan pembelajaran sains menggunakan TMK di sekolah rendah?

5

1.5.3 Apakah tahap pengetahuan guru Sains dalam aspek aplikasi TMK semasa pengajaran
dan pembelajaran sains menggunakan TMK di sekolah rendah?

1.5.4 Adakah terdapat perbezaan pengetahuan guru dalam aspek pengetahuan asas TMK,
kemahiran TMK dan aplikasi TMK semasa pengajaran dan pembelajaran sains
menggunakan TMK di sekolah rendah bandar dan luar bandar?

1.5.5 Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan asas TMK
dan tahap pengetahuan kemahiran TMK dengan tahap pengetahuan aplikasi TMK guru
Sains di sekolah bandar dan luar bandar

1.6 HIPOTESIS KAJIAN

Ho 1 Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dalam aspek pengetahuan asas
TMK semasa pengajaran dan pembelajaran sains menggunakan TMK di sekolah bandar
dan di luar bandar

Ho 2 Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dalam aspek kemahiran TMK
semasa pengajaran dan pembelajaran sains menggunakan TMK di sekolah bandar dan di
luar bandar

Ho 3 Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dalam aspek aplikasi TMK semasa
pengajaran dan pembelajaran sains menggunakan TMK di sekolah rendah badan dan luar
bandar

Ho 4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan asas TMK dan
tahap pengetahuan kemahiran TMK dengan tahap pengetahuan aplikasi TMK guru Sains
di sekolah bandar dan luar bandar

1.7 KERANGKA TEORI DAN KONSEP

Teori yang menjadi panduan dalam kajian saya ialah Teori Resapan Inovasi yang
diperkenalkan oleh Everett M. Roger. Menurut Roger (1983), dalam satu sistem sosial,
proses resapan ialah proses di mana inovasi dihubungkan melalui saluran-saluran tertentu
mengikut mengikut masa. Teori ini memberi penekanan kepada bagaimana sesuatu yang
baru dapat diintegrasikan dalam berbagai-bagai khalayak sehingga diterima dan diamalkan
sepenuhnya oleh masyarakat. Teori ini banyak digunakan oleh pengkaji antaranya oleh
Cheah Phaik Kin (1999) yang menggunakan teori ini untuk melihat penerimaan Internet
kepada dalam kalangan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM). Beberapa aspek telah
diberi penekanan seperti kadar penerimaan Internet dalam kalangan pelajar USM, sifat
pelajar yang menerima Internet dan sifat-sifat inovasi yang mempengaruhi penerimaan dan
penolakan inovasi. Hasil kajian mendapati tiada perbezaan dalam aspek penerimaan
Internet dalam kalangan pelajar Sains dan pelajar Sastera tetapi terdapat perbezaan dalam
kalangan jantina di mana pelajar perempuan lebih ramai menerima Internet berbanding
pelajar lelaki. Terdapat empat elemen dalam teori ini iaitu inovasi, saluran komunikasi,
masa dan sistem sosial. Sesuatu inovasi baru akan dapat diterima oleh seseorang melalui

6

elemen masa iaitu proses pengetahuan diikuti dengan pemujukan, keputusan, pelaksanaan
dan pengesahan. Pada fasa ini, seseorang akan membuat keputusan samada dapat menerima
inovasi baru tersebut atau tidak.

Menurut Falsafah Pendidikan Sains Negara, pendidikan sains negara ialah untuk
memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan
individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu
sains dan keterampilan teknologi. Berpandukan Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk
membentuk murid yang menguasai ilmu sains dan juga berketerampilan teknologi, kajian
ini ingin melihat keberkesanan pembelajaran berasaskan web terhadap kualiti pengajaran
dan minat guru. Teori Resapan Inovasi dijadikan asas kepada pelaksanaan pembelajaran
berasaskan web ini iaitu untuk melihat penerimaan pembelajaran berasaskan web dalam
kalangan guru-guru sains dan murid-murid dari aspek kadar penerimaan, sifat-sifat
penerimaan dan keberkesanan proses PdP yang terhasil. Penilaian keberkesanan kajian
dilihat melalui kualiti PdP yang terhasil pada akhir kajian iaitu melalui pencapaian murid
dalam mata pelajaran sains dan minat guru menggunakan pembelajaran berasaskan web
tersebut.

7

TAHAP PENGETAHUAN GURU TERHADAP PEMBELAJARAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS MENGGUNAKAN TMK DI

SEKOLAH RENDAH BANDAR DAN LUAR BANDAR

MURID YANG MENGUASAI ILMU SAINS DAN
BERKETERAMPILAN TEKNOLOGI

(Menurut Falfasah Pendidikan Sains Negara)

TEORI RESAPAN INOVASI (EVERETT M. ROGERS, 1969)

PENGETAHUAN PUJUKAN KEPUTUSAN PELAKSANAAN PENGESAHAN

PENGETAHUAN GURU SAINS TERHADAP
PENGGUNAAN TMK DALAM PENGAJARAN

PENGETAHUAN KEMAHIRAN TMK APLIKASI TMK
ASAS TMK

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual dan Teori Kajian

8

1.8 DEFINISI OPERASI

1.8.1 Teknologi

Teknologi ditakrifkan sebagai aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains utk
tujuan praktis dlm industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll, (Kamus Dewan Bahasa
Edisi Keempat, 2007).

1.8.2 Sains

Ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya
(Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, 2007).

1.8.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Menurut Zainuddin, Mohd Safarin & Aide (2011), Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) bermaksud peralatan seperti telefon, internet, komputer dan lain-lain yang
digunakan untuk mencapai, memperoleh, menyimpan, memanipulasi dan menyampaikan
maklumat. Dalam era kini, penggunaan TMK telah menjadi salah satu medium terpenting
dalam menjalankan urusan harian keran lebih memudahkan dan mempercepatkan
pelaksanaan sesuatu tugasan. Manakala menurut Kaware (2015), TMK dapat ditakrifkan
sebagai gabungan alat dan sumber teknologi yang digunakan untuk mengubungkaitkan
maklumat.

a. PdP berbantukan TMK

Penggunaan TMK dalam pembelajaran juga menjadi agenda penting pendidikan selaras
dengan usaha kerajaan dalam memartabatkan pembelajaran abad ke-21 dalam mendepani
arus globalisasi dunia masa kini supaya masyarakat Malaysia tidak ketinggalan. Menurut
Gabare C., Gabare S., Rosseni, Parilah & Aidah (2014) penggunaan TMK dalam
pendidikan dapat menjadikan pelajar lebih proaktif semasa sesi pembelajaran. Pendekatan
PdP berbantukan TMK menjadikan pembelajaran murid lebih menarik di mana guru dapat
menunjukkan gambar dan video sebenar untuk menerangkan konsep Sains.

b. Pembelajaran berasaskan web

Pembelajaran berasaskan web merupakan medium penyampaian maklumat dan
pengetahuan kepada pelajar dalam bentuk web (Khan, 1999). Antara penggunaan web yang
membantu guru dalam PdP ialah seperti emel, ruang bual, blendspace, FROG VLE dan
sebagainya memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan meningkatkan daya
pemikiran mereka. Menurut Sanderds & Morrison-Shelter (2001), penggunaan dalam PdP
membolehkan murid berinteraksi secara santai dan memberi impak yang positif terhadap
pembelajaran dan kemahiran berfikir.

9

c. Pembelajaran menggunakan media sosial (Facebook, Twitter, Whatsapp)

Penggunaan media sosial dalam pendidikan masih baharu dan ternyata perkembangan
pembelajaran menggunakan media sosial semakin pesat. Ini adalah kerana penggunaan
media sosial lebih memudahkan guru untuk menyampaikan maklumat, berkongsi
maklumat dan berbincang perihal pendidikan dengan cepat dan menjimatkan kos. Menurut
Jones (2009), media sosial ialah salah satu media dalam talian (online) yang membolehkan
kita bertutur, mengambil bahagian, berkongsi, berhubung dan menyimpan sesuatu secara
dalam talian. Kebanyakan media sosial menggalakkan masyarakat berbincang, memberi
maklum balas, membuat undian atau bancian, memberi komen dan berkongsi maklumat
tentang apa yang disukai. Antara penggunaan media sosial yang rancak masa kini ialah
Facebook, Tweeter, Whatsapp dan Instagram. Kajian oleh Nelson (2009) mendapati media
sosial seperti Facebook adalah servis web yang berkembang pesat dan laju masa kini
apabila purata 67% pengguna Internet seluruh dunia menggunakan media sosial setiap
bulan dan menghabiskan purata 10% masa mereka menggunakan media sosial menjadikan
ia semakin popular dari hari ke hari.

1.8.4 Pengetahuan TMK

Pengetahuan guru Sains dalam penggunaan TMK semasa melaksanakan sesi pengajaran
dan pembelajaran meliputi aspek pengetahuan asas TMK, pengetahuan kemahiran TMK
dan pengetahuan aplikasi TMK.

a. Pengetahuan Asas TMK

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), pengetahuan ditakrifikan sebagai perihal
mengetahui dan apa-apa yang perlu diketahui. Dalam konteks kajian ini, pengetahuan asas
yang perlu diketahui oleh guru ialah pengetahuan komponen peralatan TMK yang akan
digunakan semasa PdP seperti komputer, Pemancar Cecair Kristal (Liquid Crystal Display)
atau LCD, aplikasi-aplikasi asas internet seperti emel, browser dan sebagainya.

b. Pengetahuan Kemahiran TMK

Kemahiran bermaksud melatih untuk melakukan sesuatu supaya lebih cekap, lancar dan
pandai (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Kemahiran TMK pula didefinisikan sebagai
kemahiran dalam bidang pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, pangkalan data,
persembahan elektronik dan internet. Selain itu guru yang berkemahiran TMK juga dapat
menguasai operasi asas, manipulasi dan reka bentuk dalam TMK (Wong, 2002).

c. Pengetahuan Aplikasi TMK

Aplikasi ialah melaksanakan dan menggunakan apa yang diketahui pada amalan (Kamus
Dewan Edisi Keempat, 2007). Dalam kajian ini, aplikasi TMK bermaksud menterjemahkan
pengetahuan yang dimiliki berkenaan pengajaran menggunakan TMK kepada perbuatan
atau amalan.

10

1.9 KESIMPULAN

PdP menggunakan TMK merupakan kaedah yang semakin dititik beratkan dalam dunia
pendidikan kini. Guru Sains tidak terkecuali dalam memastikan PdP Sains diintegrasikan
dengan TMK setelah pelbagai inisiatif, prasarana dan program berteraskan TMK mula
diperkenalkan oleh KPM. Pengenalan sekolah bestari, FROG VLE dan pembelajaran abad
ke-21 yang menekankan kepada penggunaan TMK dalam pengajaran. Setelah hampir
10 tahun pembudayaan TMK ini ke dalam sistem pendidikan negara, persoalan yang timbul
ialah keberkesanan TMK ini dalam PdP dan sejauh mana tahap pengetahuan guru dalam
penggunaan TMK dalam PdP. Maka kajian ini dijalankan untuk melihat tahap pengetahuan
guru Sains dalam pelaksanaan PdP menggunakan TMK. Teori Resapan Inovasi menjadi
tunjang kepada kajian ini di mana penekanan kepada aspek kepada bagaimana sesuatu baru
diintegrasikan dalam masyarakat sehingga menjadi amalan. Teori ini menekankan kepada
lima elemen masa iaitu pengetahuan, pemujukan, keputusan, pelaksanaan dan pengesahan.
Dalam kajian ini, TMK merupakan inovasi yang akan dikaji faktor-faktor penerimaan oleh
guru-guru Sains sekolah rendah menfokuskan kepada tahap pengetahuan guru Sains
tersebut terhadap TMK. Pengkaji ingin melihat tahap pengetahuan guru Sains dalam aspek
pengetahuan asas TMK, pengetahuan kemahiran TMK dan pengetahuan aplikasi TMK.
Pengkaji juga ingin melihat tahap pengetahuan guru Sains dalam pelaksanaan PdP
menggunakan TMK di sekolah bandar dan sekolah luar bandar samada terdapat perbezaan
atau tidak.

11

BAB 2

TINJAUAN KEPUSTAKAAN

2.1 PENGENALAN

Bab ini memberi fokus kepada beberapa tinjauan kepustakaan kajian saya. Menurut
Othman Talib (2013), penulisan tinjaun kepustakaan penting dalam menentukan teori,
pemilihan serta perkaitan antara pembolehubah, isu utama yang menjadi perbahasan
kepada pemilihan metadologi dan analisis data. Tinjaun literatur kajian saya ialah berkaitan
dengan Teori Resapan Inovasi, pengajaran sains di sekolah rendah dan pembelajaran
menggunakan TMK.

2.2 TEORI RESAPAN INOVASI

Teori Resapan Inovasi diperkenalkan oleh Everett M. Rogers. Menurut Rogers (1983)
Teori Resapan Inovasi ialah proses di mana sesuatu inovasi dihubungkan secara resapan
melalui saluran-saluran tertentu. Teori ini membincangkan dengan mendalam berkenaan
perkembangan sesuatu bentuk idea, teknologi atau teknik dalam pelbagai khalayak
masyarakat sehingga diterima dan diamalkan oleh masyarakat tersebut secara sepenuhnya
(Abdul Wahab, Kamaliah & Hasrina, 2006). Kajian oleh Abdul Wahab et. al (2006)
berkenaan mengenalpasti tahap penggunaan komputer dalam PdP dan faktor-faktor
mempengaruhinya mendapati faktor pengetahuan, sikap, sifat-sifat inovasi, personaliti
guru, dan sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru.

Kajian yang turut menggunakan teori ini sebagai asas kajian ialah yang dilakukan
oleh Rubiah Omar dan Jamilah (2009) yang memberi penekanan kajian kepada cara
mengenalpasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik Universiti
Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Pengkaji mendapati bahawa ahli akademik di USM
sudah mempunyai kesedaran yang positif terhadap e-pembelajaran dalam sistem
pengajaran dan pembelajaran walaupun masih ada sesetengah responden tidak menyokong
konsep-konsep e-pembelajaran yang dinyatakan.

Selain daripada itu, Melvina dan Jamaluddin (2010) juga menggunakan Teori
Resapan Inovasi dalam mengenalpasti sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan
ICT dalam pengajaran di sekolah-sekolah rendah di Sarawak. Hasil dapatan kajian
mendapati penerimaan guru Bahasa Melayu terhadap ICT adalah positif. Namun begitu,
pengetahuan dan kemahiran guru-guru Bahasa Melayu masih berada pada tahap yang
sederhana. Hasil kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
sikap guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran berdasarkan jenis aliran sekolah.

12

Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap guru-guru Bahasa
Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT dengan guru-guru Bahasa Melayu yang tidak
pernah menghadiri kursus ICT.

2.3 PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH

Dalam kurikulum sains sekolah rendah (KSSR), penekanan diberi kepada penguasaan
kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir, pemahaman kepada prinsip asas sains,
pemupukan sikap saintifik dan nilai murni serta pembelajaran menerusi pengalaman yang
relevan kepada kehidupan harian murid. Kemahiran saintifik diberi tumpuan utama dalam
kurikulum sains di samping isi kandungan sains. Kemahiran saintifik yang dimaksudkan
dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah ini terdiri daripada kemahiran proses
sains dan kemahiran manipulatif (PPK, 1994). Kemahiran proses sains merupakan
kemahiran yang perlu diterapkan oleh guru kepada murid-murid sekolah rendah dan
menengah dalam mata pelajaran Sains. Kemahiran ini mula diperkenalkan pada tahun 1994
iaitu apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. Menurut Pusat
Perkembangan Kurikulum (1999) dan disokong oleh Rose Amnah, Mohamad Sattar, Azlin
dan Zarina (2013), kemahiran proses sains terbahagi kepada dua iaitu Kemahiran Proses
Sains Asas (KPSA) dan Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB). KPSA terdiri
daripada memerhati, mengelas, membuat inferens, meramal, mengukur menggunakan
nombor dan berkomunikasi. KPSB pula terdiri daripada menggunakan perhubungan ruang
dan masa, mentafsir data, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membina
hipotesis dan mengeksprimen. Menurut Pusat Pembangunan Kurikulum (2003,p.vii)
pengajaran dan penilaian KBSR bukan semata-mata menumpu kepada aspek pengetahuan
sahaja, malah ia juga mencapah dan merangkumi aspek pemupukan kemahiran proses
sains, kemahiran manipulatif, sikap saintifik dan penyemaian nilai murni, selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam “memperkembangkan potensi setiap
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani”.

Penekanan kepada penguasaan kemahiran proses sains di sekolah-sekolah
dipertingkatkan lagi dalam pelaksanaan kurikulum baru pada tahun 2011 iaitu Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Satu perubahan besar dalam kurikulum Sains sekolah
rendah apabila Kemahiran proses sains dijadikan topik yang perlu diajar kepada murid
bermula dari tahun 3 hingga tahun 6. Ini berbeza dengan kurikulum KBSR di mana
penerapan Kemahiran proses sains dilakukan secara tidak langsung iaitu melalui
eksperimen oleh murid atau juga dikenali sebagai Penilaian Kerja Amali (PEKA). Menurut
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012a, p.3) Standard Kurikulum Sains sekolah rendah
bertujuan untuk “menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta
mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai
ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni”. Dalam Kurikulum Standard
Sains sekolah rendah, Kemahiran proses sains telah mula diterapkan mulai tahun 3
walaupun penerapan ini terhad kepada 6 kemahiran proses sahaja, yakni “memerhati,
mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal dan
berkomunikasi” (BPK, 2012b, p.1).

13

Banyak kajian yang dilakukan oleh pengkaji berkenaan pengajaran sains sejak
dahulu hingga kini. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji berkenaan dengan kemahiran
proses sains ialah yang dilakukan oleh Ong E.T dan Bibi Hazliana Mohd Hassan (2013)
yang berfokus kepada peguasaan kemahiran proses sains dalam kalangan murid sekolah
rendah di Selangor berdasarkan jantina, lokasi dan aras tahun. Dapatan kajian tersebut
mendapati murid sekolah rendah tahap dua gagal untuk mencapai tahap dua-pertiga atau
67% dalam KPSA secara keseluruhan dan merentas kesemua kemahiran spesifik dalam
KPSA. Dalam aspek jantina, tiada perbezaan jantina dalam KPSA secara keseluruhan dan
merentas kesemua kemahiran spesifik dalam KPSA kecuali mengelas yang memihak
kepada perempuan. Manakala dalam aspek lokasi murid, murid bandar mencapai lebih
tinggi dan signifikan berbanding dengan murid luar bandar dalam KPSA secara
keseluruhan dan merentas kesemua kemahiran spesifik dalam KPSA kecuali mengukur;
dan dalam aspek aras tahun murid tiada perbezaan yang signifikan dalam KPSA secara
keseluruhan dan merentas kesemua kemahiran spesifik dalam KPSA dalam kalangan murid
tahun 4, 5 dan 6 kecuali menginferens yang memihak kepada murid tahun 6.

Kajian seterusnya kajian oleh Rian Vebrianto dan Kamisah Osman pada tahun 2012
yang memberi fokus kepada peningkatan kemahiran proses sains dalam kalangan pelajar
menggunakan kaedah pelbagai media. Dapatan kajian memihak kepada kumpulan kuasi
eksperimen yang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam
mengajar kemahiran proses sains berbanding kumpulan konvensional. Kajian tersebut
menyimpulkan bahawa pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Pelbagai
Media Pengajaran (PMP) yang diintegrasikan dengan ICT dan alam sekitar telah
memberikan kesan positif terhadap perkembangan kemahiran proses sains dalam kalangan
pelajar.

Kajian oleh Mohd Izham & Noraini (2008) berkenaan tahap kesediaan guru Sains
dalam penggunaan TMK dalam PdP. Hasil kajian mendapati faktor jantina tidak
mempengaruhi tahap kesediaan guru mengajar menggunakan TMK. Pengkaji mendapati
tahap kesediaan guru Sains dalam pengajaran menggunakan TMK menunjukkan tahap
yang sederhana. Manakala sikap guru siswazah dan bukan siswazah tidak menunjukkan
perbezaan yang signifikan.

2.3.1 Kepentingan Penguasaan Isi Kandngan dan Pedagogi Sains

Menurut Parker (2004), Winch (2004), Baker & Piburn (2002) dan Shulman (1987),
seoarng guru sains yang berkesan ialah guru yang menguasai isi kandungan dan pedagogi.
Pengetahuan isi kandungan bermaksud seorang guru tersebut mengetahui apa yang perlu
diajar merangkumi konsep dan kaedah bagi disiplin tertentu. Manakala pengetahuan
pedagogi pula ialah bagaiman bentuk pengajaran guru dalam membentuk pemahaman
sesuatu topic, masalah atau isi tertentu.

Pengetahuan pedagogi dalam pengajaran sains adalah penting dalam membentuk
pemahaman bagaimana sains boleh berlaku melalui kemahiran-kemahiran tertentu seperti
berkomunikasi, kerjasama, penaakualan, inkuiri dan pemikiran kreatif (Cutler, 2004).
Kajian oleh Rillero (1994) mendapati situasi yang merangsangkan dapat menjadikan

14

pengajaran lebih berjaya sebagai contoh kaedah permainan dalam sains sangat berkesan
kerana sifat semula jadi kanak-kanak ialah suka bermain.

2.4 PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TMK

Penggunaan TMK kini bukan sahaja tertumpu kepada komunikasi dan penyampaian
maklumat kepada umum semata-mata malah perkembangannya dalam bidang pendidikan
sangat pesat dan semakin mendapat perhatian para pendidik dalam menjalankan
pengajaran. Menurut Zuraini, Fatimah, Hasmawati dan Noresah (2006) medium digital
yang digunakan untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat secara talian atau
dikenali sebagai TMK dapat membantu pelajar di sekolah.

Menurut Mohd Arif dan Mohd Jasmy (2000), laman web ialah laman yang
mengandungi maklumat sama ada dalam bentuk grafik, teks, animasi atau video
berdasarkan kreativiti pembangun laman web tersebut. Pembelajaran berasaskan web
menggalakkan perkongsian ilmu dan maklumat dengan mudah. Menurut Razana dan Laili
(2012), penyebaran maklumat seperti nota-nota kuliah, atau maklumat yang berkaitan
pembelajaran menjadi lebih mudah melalui laman web yang boleh diakses oleh pelajar-
pelajar lain. Menurut Rozana dan Laili lagi, kelebihan pembelajaran berasaskan web ialah
ia dapat memudahkan interaksi antara pelajar, guru serta rakan sekelas sama ada dalam
masa dan lokasi yang sama atau pun berbeza. Malahan, penggunaan web dalam
pembelajaran dapat menghasilkan pelajar yang kreatif dan kritis sebagai contoh
penggabungjalinan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar dengan aplikasi
dalam internet untuk menghasilkan artifak atau bahan multimedia yang berguna. Ini
disokong oleh Chang (2001) tahap pembelajaran pelajar dapat dipertingkatkan dan
menghasilkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis melalui pembelajaran medium web.

2.4.1 FROG VLE

KPM dengan kerjasama 1BestariNet telah memperkenalkan Frog Virtual Learning
Enviroment atau FROG VLE bagi meningkatkan tahap pendidikan dan untuk
melengkapkan murid-murid pada masa kini dengan kemahiran bertaraf global. Satu kajian
telah dijalankan untuk melihat aplikasi penggunaan FROG VLE dalam kalangan guru
Sains. Menurut Norazilawati, Noraini, Nik Azmah & Rosnidar (2013), pengaplikasian
FROG VLE dalam kalangan guru-guru Sains telah membantu pengajaran dan pembelajaran
serta telah memotivasikan guru untuk mengajar dengan lebih baik. Walaupun begitu,
terdapat kekangan yang dihadapi oleh guru semasa mengaplikasikannya seperti capaian
internet yang terhad, masa yang tidak mencukupi serta bebanan kerja guru yang banyak.

2.4.2 Pembelajaran Berasaskan Web

Keberkesanan pembelajaran berasaskan web dapat dilihat melalui kajian oleh Ahmad Zaki,
Ahmed Thalal, Ahmad Abdul Rahman, Nor Abdul Rahman & Mohd Shariman (2014) yang
mengkaji berkenaan keberkesanan aplikasi atas talian iaitu Quizlet.Com dalam PdP.
Dapatan kajian tersebut mendapati pengajaran menggunakan aplikasi Quizlet.Com
menjadikan PdP lebih menarik dan menyeronokkkan selain menjadikan pelajar lebih aktif

15

dan bersemangat. Di samping itu, aplikasi tersebut juga menjimatkan masa dan kos
persediaan bahan oleh guru di mana gambar-gambar hanya perlu dimuat turun daripada
Internet yang ternyata lebih mudah dan cepat berbanding persediaan bahan secara
tradisional.

Pengajaran menggunakan bahan digital dan web sudah banyak terdedah kepada
guru-guru di seluruh dunia. Dengan wujudnya istilah seperti kelas maya, blending learning,
e-learning dan sebagainya membuktikan bahawa pengajaran berasaskan web bukan satu
perkara yang baharu. Walaubagaimanapun, lambakan pilihan pengajaran berasaskan web
ini turut akan menjadi beban kepada para guru sekiranya tidak dipilih dengan betul dan
bijaksana. Menurut Asmara, Harnani dan Salman (2012), dalam pengajaran dan
pembelajaran bahagian yang paling sukar bagi para guru ialah merancang sesuatu
pengajaran di mana mereka perlu mempertimbangkan pengurusan masa di antara
penyampaian secara lisan, pencarian maklumat dalam Internet dan aktiviti-aktiviti yang
lain dalam bilik darjah.

Pemilihan aplikasi berasaskan web yang releven dan betul adalah penting kerana
menurut Norazah Mohd Nordin dan Hong N. C. (2009), PdP berasaskan web selain
melibatkan penyertaan aktif para pelajar dalam PdP, ia juga memudahkan para guru
menguruskan bahan pengajaran dan menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih
berkesan. Aplikasi berasaskan web seperti Blendspace membolehkan guru-guru
menguruskan sumber-sumber pengajaran dalam susunan yang teratur dan pelajar-pelajar
secara individu berpeluang memberi maklum balas terhadap sumber-sumber yang dimuat
naik oleh guru (Lales D., 2013). Menurut Lales D. lagi, Blendspace menjadi ruang PdP di
atas talian di mana guru bebas meletakkan pelbagai bahan pengajaran dengan mudah dan
mempersembahkannya di dalam satu platform sahaja.

Perbandingan Blendspace dengan aplikasi-aplikasi lain dalam aspek penyediaan
bahan PdP oleh guru adalah lebih baik kerana fitur-fitur yang tersedia dalam Blendspace
lebih memudahkan para guru. Blendspace membolehkan guru mengakses dengan mudah
bahan-bahan pengajaran guru-guru lain yang dimasukkan dalam internet. Malahan, guru
juga lebih senang menunjukkan video dan gambar kepada pelajar menggunakan
Blendspace apabila hanya perlu mencarinya di paparan Blendspace dan memilihnya tanpa
perlu bersusah payah memuat turunnya terlebih dahulu.

Blendspace dibangunkan secara percuma di atas talian berperanan menjadi platform
pembelajaran alternatif dan sesuai dengan peredaran masa. Bertepatan dengan galakan
pembelajaran abad ke-21, Blendspace merupakan aplikasi berasaskan web yang
membenarkan pengguna memperkembangkan Sumber Pendidikan Terbuka atau Open
Educational Resource (OER) di mana sumber-sumber pembelajaran dari Internet dengan
mudah dapat diambil dan dikongsikan kepada orang lain. Kemudahan Blendspace ialah
pengguna hanya perlu memuat naik (upload), menarik (dragging) dan meletakan
(dropping) sumber digital yang diingini daripada komputer peribadi atau daripada sumber-
sumber web seperti Youtube, Drobox, Flickr dan sebagainya ke dalam ruangan (grid) yang
telah disediakan (Foong dan Por, 2014).

16

2.4.3 Media Sosial

Perkembangan pesat media sosial masa kini turut memberi tempias kepada dunia
pendidikan. Media sosial yang digunakan untuk memudahkan sistem komunikasi, sistem
perkongsian dan penyebaran maklumat dalam masyarakat telah menarik minat pengkaji
untuk melihat kesannya kepada sistem pendidikan. Kajian oleh Lyndon, Suhana, Sivapalan,
Azima, Mohd Yusof, Abd Hair, Zaimah, Sarmila & Lim (2014) yang ingin melihat
pandangan mahasiswa UKM terhadap facebook dalam pembelajaran Bahasa Inggeris.
Kajian ini telah dilaksanakan secara temu bual mendalam kepada 30 orang mahasiswa
tentang pandangan mereka berkenaan facebook dalam pembelajaran Bahasa Inggeris
berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka sendiri. Hasil dapatan kajian mendapati
penggunaan facebook telah meningkatkan keyakinan mereka untuk menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantaran samada dalam situasi formal mahu pun tidak formal.

Kajian oleh Kee-Man Chuah (2013) berkenaan persepsi pelajar universiti aplikasi
media sosial dalam pembelajaran Bahasa Inggeris mendapati penggunaan media sosial
Wiki telah membantu dalam penulisan pelajar, manakala Youtube telah banyak membantu
pelajar dalam meningkatkan kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris. Pembelajaran
menggunakan Facebook juga didapati berkesan dalam meningkatkan penguasaan
Tatabahasa dan perkataan Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, penggunaan Twitter
didapati hanya membantu dalam aspek memahami maksud sesuatu perkataan.

2.5 KESIMPULAN

Teori Resapan Inovasi oleh Everett M. Rogers adalah bersesuaian dengan kajian ini di
mana pengkaji ingin melihat tahap pengetahuan pengaplikasian TMK dalam kalangan guru
Sains di sekolah rendah. Pengaplikasian TMK ini juga ingin dilihat dalam kalangan sekolah
bandar dan luar bandar. Pengajaran Sains di sekolah rendah sememangnya sangat selari
dengan penggunaan TMK. Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan kesan yang positif
penggunaan bahan digital dalam pengajaran Sains. Malah, kini perkembangan TMK dalam
dunia pendidikan semakin pesat dengan pengenalan pembelajaran berasaskan web seperti
FROG VLE, blendspace dan Quizlet.Com yang dibuktikan dalam kajian dapat menarik
minat murid dan membantu memotivasikan guru untuk mengajar lebih baik. Pengenalan
media sosial dalam pengajaran yang semakin berkembang walaupun masih baharu
menjadikan perubahan besar dalam dunia pendidikan. Penggunaan Facebook, Whatsapp
dan Twitter yang sebelum ini hanya digunakan untuk bersosial telah dimanfaatkan dalam
pengajaran. Terbukti dalam beberapa kajian pengajaran menggunakan media sosial
menunjukkan peningkatan penguasaan pelajar dalam pembelajaran apabila menggunakan
media sosial semasa belajar. Keupayaan guru untuk memastikan murid menguasai mata
pelajaran sains menjadi isu penting masa kini. Menyedari kepentingan sains dalam PdP
murid, pengkaji ingin melihat tahap pengetahuan TMK guru Sains sekolah rendah yang
akan menjadi penanda aras kepada penguasaan mata pelajaran Sains dalam kalangan murid.
Tahap pengetahuan guru dalam TMK adalah sangat penting dalam memastikan kejayaan
murid dalam pembelajaran Sains. Banyak kajian dijalankan membuktikan kesan yang
positif penggunaan TMK dalam PdP, maka kajian ini ingin melihat sejauh mana tahap
pengetahuan guru Sains dalam melaksanakan PdP menggunakan TMK. Penguasaan

17

pengetahuan sains dalam kalangan murid dapat meningkatkan keupayaan berfikir aras
tinggi. Di samping itu juga murid juga sekaligus dapat dilengkapkan dengan kemahiran-
kemahiran abad ke-21 yang diperlukan pada masa kini untuk terus melangkah pada masa
hadapan.

18

BAB 3

METADOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Seteleh menelusuri pelbagai tinjauan literatur dan pembacaan berkaitan dengan tajuk,
kajian ini telah menampakkan metadologi kajian yang sesuai untuk mencapai objektif
kajian. Dalam bab ini akan membincangkan berkenaan reka bentuk kajian ini, tempat
kajian, populasi dan sampel kajian, cara pengumpulan data, instrumen kajian dan
bagaimana cara analisis data dilakukan.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan proses untuk mendapatkan data kajian yang seharusnya
bertepatan dengan tujuan dan objektif kajian (Noraini, 2010). Reka bentuk kajian ini
berbentuk tinjauan di mana kajian ini ingin melihat tahap pengetahuan guru Sains di
sekolah rendah terhadap TMK. Ini adalah bersesuaian dengan tujuan kajian ini iaitu untuk
mengenalpasti tahap pengetahuan guru sains sekolah rendah dalam aspek pengetahuan
asas, pengetahuan kemahiran dan pengetahuan aplikasi semasa melaksanakan PdP
menggunakan TMK seterusnya membuat perbandingan guru-guru di sekolah bandar dan
di luar bandar. Reka bentuk kajian tinjauan membolehkan pengkaji memerihalkan ciri-ciri
semasa atau sikap, persepsi dan tingkah laku semasa populasi yang dikaji (Creswell, 2012).

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan rentas silang di mana pengkaji
mengambil data sebanyak satu peringkat dalam satu masa. Kajian tinjauan rentas silang
ialah kajian melibatkan edaran soal selidik sekali sahaja dalam satu tempoh kajian kepada
kumpulan kajian yang berbeza (Othman Talib, 2011). Pengkaji mentadbir soal selidik
kepada guru-guru Sains di sekolah bandar dan luar bandar untuk mendapatkan penilaian
tahap pengetahuan TMK dilaksanakan sekali sahaja dalam tempoh kajian.

3.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi ialah kumpulan individu secara keseluruhan yang diperlukan untuk mendapatkan
maklumat dalam kajian. Manakala sampel merupakan sebahagian individu daripada
populasi yang sama yang terpilih dalam kajian (Othman, 2013). Populasi kajian ini ialah
guru-guru sekolah rendah kebangsaan yang mengajar Sains pada tahun semasa yang berada
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Populasi yang boleh dicapai oleh
saya pula ialah guru-guru sekolah rendah kebangsaan dalam Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan luar bandar Selangor. Manakala, sampel yang akan digunakan dalam kajian

19

saya ialah seramai 100 orang guru Sains sekolah rendah kebangsaan dari sekolah-sekolah
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan luar bandar di Selangor.

Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah teknik persampelan
rawak berkolompok. Rasional penggunaan persampelan jenis ini ialah kerana saya ingin
menjalankan kajian kepada guru-guru Sains di sekolah-sekolah kebangsaan sekitar Kuala
Lumpur dan Selangor. Maka, saya menggunakan pembahagian lokasi di mana sampel
berada terlebih dahulu sebagai kelompok. Terdapat dua kelompok yang saya kenalpasti
iaitu kelompok bandar dan kelompok luar bandar. Sampel yang diperlukan dalam kajian
ini ialah 100 orang guru daripada 1 000 guru di Kuala Lumpur dan Selangor. Saya jadikan
kedudukan sekolah sebagai kelompok dan memilih secara rawak mudah 50 buah sekolah
daripada 300 buah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur dan luar bandar Selangor.
Kemudian, secara rawak mudah juga saya memilih 50 orang daripada 25 buah sekolah di
Kuala Lumpur dan 50 orang daripada 25 buah sekolah di luar bandar di Selangor.

Populasi sebenar
8 000 guru sekolah rendah kebangsaan di Kuala Lumpur dan Selangor


Populasi yang boleh dicapai
1 000 guru Sains sekolah rendah kebangsaan daripada 300 buah sekolah di Kuala Lumpur

dan Selangor


Sampel
50 orang guru Sains sekolah rendah kebangsaan daripada 25 buah sekolah di Kuala
Lumpur dan 50 orang guru Sains sekolah rendah kebangsaan daripada 25 buah sekolah di

luar bandar Selangor
Rajah 3.1: Persampelan Kajian

3.4 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kaedah pengumpulan data untuk kajian ini terdiri daripada langkah-langkah berikut:
1) Membina instrumen soal selidik yang menjawab persoalan kajian
2) Menyerahkan instrumen soal selidik kepada pakar untuk kesahan dan
kebolehpercayaan item soal selidik.
3) Melakukan kajian rintis kepada 30 orang guru Sains untuk menguji item soal
selidik.
4) Mengedarkan instrumen soal selidik kepada 100 orang guru Sains di 50 buah
sekolah rendah kebangsaan di sekitar Kuala Lumpur dan luar bandar Selangor iaitu
50 orang guru di sekolah Kuala Lumpur dan 50 orang guru di sekolah luar bandar
di Selangor.
5) Mengumpulkan semula instrumen soal selidik yang telah dijawab daripada 100
orang guru Sains sekolah rendah kebangsaan di sekitar Kuala Lumpur dan luar
bandar Selangor.
6) Menganalisis item soal selidik menggunakan SPSS 23.0

20

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah soal selidik. Releven pemilihan
instrumen soal selidik untuk kajian ini adalah kerana pengkaji ingin membuat tinjauan
tahap pengetahuan guru Sains sekolah rendah dalam aspek pelaksanaan PdP menggunakan
TMK. Penggunaan instrumen soal selidik adalah sangat sesuai kerana saya dapat
memperoleh respon dengan cepat dan banyak dalam satu-satu masa. Dalam pembinaan soal
selidik ini, pengkaji telah memastikan perkara-perkara tersebut dipertimbangkan iaitu
dengan bertanyakan soalan: (1) Adakah perkataan dan istilah yang digunakan dalam soal
selidik mudah difahami?; (2) Adakah soalan dapat difahami dengan cara yang sama oleh
semua responden?; (3) Adakah soalan yang diberikan menarik? (Cjaza, 1998). Pembinaan
soal selidik dimulakan dengan pemilihan konstruk iaitu tahap pengetahuan asas TMK,
tahap pengetahuan kemahiran TMK dan tahap pengetahuan aplikasi TMK guru. Melalui
konstruk tersebut, pengkaji mula membina item-item yang berkaitan. Instrumen kajian
untuk konstruk tahap pengetahuan asas TMK guru, tahap pengetahuan kemahiran TMK
guru dan tahap pengetahuan aplikasi TMK guru yang digunakan dalam kajian ini diadopsi
daripada instrumen soal selidik oleh Tengku Norhayati bt Tengku Othman (2015) dan
Ahmad Rizal bin Md Rais (2016). Kemudian, instrumen kajian dilakukan kesahan
kandungan dan kesahan muka oleh dua orang pakar iaitu seorang guru Sains dan seorang
guru TMK. Soal selidik ini mengandungi lima bahagian iaitu Bahagian A berkenaan
demografi responden, Bahagian B berkenaan tahap pengetahuan asas TMK guru (12 item),
Bahagian C berkenaan tahap pengetahuan kemahiran TMK guru (12 item) dan Bahagian D
berkenaan tahap pengetahuan aplikasi TMK guru (12 item). Jumlah item yang perlu
dijawab oleh responden ialah sebanyak 36 item berkaitan tahap pengetahuan guru Sains
dalam melaksanakan PdP menggunakan TMK. Penerangan instrumen dalam kajian ini
seperti Jadual 3.1 berikut:

Jadual 3.1: Penerangan Kandungan Instrumen Bil. Item
Bahagian Kandungan 6
A Demografi guru 12
B Pengetahuan Asas TMK 12
C Pengetahuan Kemahiran TMK 12
D Pengetahuan Aplikasi TMK 42

Jumlah Item

Setiap bahagian di dalam borang soal selidik dilengkapi dengan arahan berupa
pernyataan yang memerlukan maklum balas daripada responden. Setiap pernyataan yang
dikemukakan memerlukan responden untuk menanda (√) dan menulis pada bahagian A
manakala responden perlu membulatkan nombor pilihan jawapan untuk bahagian B, C dan
D. Pengskoran skala yang digunakan dalam kajian ini ialah Skala Likert lima mata yang
memudahkan responden menyatakan darjah persetujuan terhadap setiap item yang
dikemukakan. Penggunaan Skala Likert adalah kaedah yang sesuai untuk mengukur
pandangan seseorang responden dalam aspek persepsi, amalan dan sikap (Cohen, Manion
& Marrison, 2000).

21

3.5.1 Bahagian A: Demografi

Bahagian ini merupakan bahagian untuk mendapatkan maklumat responden. Responden
perlu menanda (√) atau menulis maklumat tersebut termasuklah nama sekolah, jantina,
pengalaman mengajar, tahap mengajar, kategori sekolah dan umur. Kategori sekolah
merupakan maklumat penting berdasarkan objektif kajian di mana pengkaji ingin melihat
tahap pengetahuan TMK guru Sains di sekolah bandar dan di luar bandar.

3.5.2 Bahagian B: Tahap Pengetahuan Asas TMK Guru Sains

Tahap Pengetahuan Asas TMK merujuk kepada penilaian samada guru berpengetahuan
dalam aspek operasi asas komputer dan TMK. Daripada penguasaan pengetahuan asas ini
akan menjadi tapak yang kukuh dalam kalangan guru untuk melaksanakan PdP
menggunakan TMK dengan lebih berkesan dan bermakna kepada murid-murid. Aspek
yang dinilai daripada konstruk tahap pengetahuan asas TMK ini ialah guru tahu
menggunakan komputer, Microsoft Word dalam membuat kertas kerja dan lembaran kerja
Sains, Microsoft Excel dalam membuat jadual dan laporan berkaitan Sains, Microsoft
Powerpoint dalam membuat slaid persembahan tajuk-tajuk Sains yang diajar, Acrobat
Reader dalam menggunakan fail berformat Pdf dan penggunaan LCD dalam PdP. Para guru
perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan teknologi, seperti komputer, yang
merupakan bahagian terpenting dalam TMK. Pengetahuan ini termasuklah penggunaan
komputer iaitu komputer peribadi, komputer riba dan komputer tangan, peralatan merekod
video, projector, papan persembahan interaktif (interactive presentation board), sistem
audio dan sistem output komputer seperti pemprosesan perkataan, program persembahan
elektronik, hamparan elektronik (spreadsheet), pangkalan data dan program
pengaturcaraan (Woods, Karp, Miao & Perlman, 2008). Item-item soal selidik dalam
konstruk ini telah diadopsi daripada kajian oleh Ahmad Rizal bin Md Rais (2016).

3.5.3 Bahagian C: Tahap Pengetahuan Kemahiran TMK Guru Sains

Konstruk kedua yang digunakan dalam item soal selidik ini ialah tahap pengetahuan
kemahiran TMK di mana ia melibatkan sejauh mana guru berpengetahuan dalam aspek-
aspek kemahiran TMK seperti menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan (Microsoft
Word) dalam menyediakan lembaran kerja murid dan laporan aktiviti Sains, menggunakan
aplikasi Microsoft Powerpoint dalam menyediakan bahan-bahan pengajaran Sains, boleh
memuat turun bahan-bahan berkaitan pengajaran, boleh mengubah format fail untuk
kegunaan pengajaran dan mahir menggunakan internet, mel elektronik dan LCD dalam
PdP. Pemprosesan perkataan dapat digunakan dalam menyediakan rancangan pengajaran
harian guru, bulletin, surat kepada ibu bapa, lembaran kerja dan merekod serta menilai
pelajar (British Educational Communication and Technology Agency (BECTA), 2004).
Manakala hamparan elektronik (spreadsheet) dapat digunakan untuk merekod dan
menyimpan gred markah pelajar, membuat senarai daftar peralatan dan merekod
pencapaian pelajar. Penggunaan perisian persembahan elektronik pula dapat digunakan
untuk mereka bentuk dan membangunkan pengajaran secara multimedia dan projek
multimedia (Mohnsen, Chestnutt & Burke, 1997). Guru-guru yang mahir dalam

22

penggunaan TMK dapat membantu mereka dalam melaksanakan PdP dengan lebih
berkesan apabila guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran. Tahap kemahiran TMK
guru sangat penting dalam menjadikan PdP di dalam kelas lebih bermakna (Pamela, 2006).
Item-item ini diadopsi daripada Tengku Norhayati bt Tengku Othman (2015).

3.5.4 Bahagian D: Tahap Pengetahuan Aplikasi TMK Guru Sains

Setelah pengimplemantasian oleh KPM dengan penyediaan infrastruktur TMK untuk
sekolah dari tahun 1999 hingga 2010 seperti penyediaan makmal komputer tambahan untuk
menyokong program PPSMI sebanyak 2.6 billion dan membina makmal komputer di setiap
sekolah sebanyak 2.5 billion adalah antara usaha KPM bagi memanfaatkan aplikasi TMK
di sekolah (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, 6-21, 2013). Justeru,
konstruk pengetahuan aplikasi TMK guru ini dilihat sangat penting dalam melihat
keberkesanan penyediaan kemudahan TMK di sekolah samada dimanfaatkan sepenuhnya
oleh guru terutama guru-guru Sains atau sebaliknya. Konstruk tahap pengetahuan aplikasi
TMK guru sains ini melibatkan bagaimana guru memanfaatkan TMK dalam pengajaran
seperti menyediakan video atau grafik bagi membantu pemahaman konsep Sains murid,
menggalakkan murid menghantar kerja rumah menggunakan platform TMK seperti mel
elektronik atau blog serta menyediakan tapak samada di media sosial atau mana-mana
media untuk berbincang dan berinteraksi dengan murid berkaitan pengajaran Sains. Kajian
oleh Erdagon (2010) mendapati tidak terdapat kolerasi dari aspek pengetahuan guru dalam
bidang TMK dengan aplikasi TMK guru di mana terdapat ramai guru yang berpengetahuan
TMK tetapi tidak menggunakannya di dalam PdP. Penggunaan TMK dalam pengajaran
ialah proses yang melibatkan penggunaan aplikasi software untuk menyelesaikan masalah,
menggalakkan keupayaan pelajar dan menghasilkan sesuatu produk serta dapat berkongsi
pandangan dengan orang lain (Jonassen, Howland, Marra & Crismond, 2008). Maka
konstruk ini akan menilai tahap aplikasi guru Sains dalam menggunakan TMK semasa
melaksanakan PdP. Item-item ini diadopsi daripada kajian oleh Ahmad Rizal bin Md Rais
(2016).

Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan Skala Likert lima mata. Setelah
membina item mengikut konstruk, kesahan dan kebolehpercayaan item diuji. Soalan soal
selidik akan dirujuk oleh pakar dalam bidang kandungan konstruk tersebut. Manakala,
kebolehpercayaan soal selidik pula dijalankan dengan cara menjalankan soal selidik kepada
kumpulan lain atau kajian rintis bagi melihat ketekalan item dalam soal selidik. Ini dapat
membantu mengenalpasti kesilapan item, aras soalan, kesalahan bahasa item, item yang
kabur dan ayat yang mengelirukan.

3.6 KAJIAN RINTIS

Untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian iaitu soal selidik yang
digunakan dalam kajian, pengkaji menjalankan kajian rintis terlebih dahulu. Kajian rintis
merupakan percubaan awal terhadap sebilangan kecil sampel kajian sebelum kajian sebenar
dilaksanakan (Ahmad Mahzan, 2005). Tujuan kajian rintis dilaksanakan adalah untuk
memperoleh kesahan dan kebolehpercayaan item soal selidik yang digunakan (Fraenkel &
Wallen, 2009). Item yang tidak sesuai, kurang difahami dan mengelirukan akan disemak

23

semula untuk diperbaiki atau digugurkan. Ini sekaligus dapat memurnikan dan
memantapkan lagi kajian pengkaji.

Kajian rintis kajian ini melibatkan 30 orang guru Sains di sekolah rendah di Kuala
Lumpur. Dapatan kajian rintis seterusnya dianalisis untuk mendapatkan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen soal selidik. Kolerasi antara skor setiap item dengan jumlah
skor tanpa item berkenaan (Corrected Item-Total Correlation) dikenalpasti bagi
memperoleh kesahan item. Manakala pekali Alpha Cronbach digunakan untuk menentukan
kebolehpercayaan item yang digunakan.

3.7 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KAJIAN

Kesahan dalam kajian ialah keupayaan untuk mengukur apa yang sepatutnya diukur.
Kebolehpercayaan pula merujuk kepada keupayaan ketekalan instrumen apabila
pengukuran dilakukan berulang kali (Othman Talib, 2013). Kesahan yang dilakukan dalam
kajian ini ialah kesahan kandungan dan kesahan kriteria.Oleh yang demikian, item dalam
instrumen soal selidik ini akan disemak terlebih dahulu oleh dua orang pakar yang berkaitan
dengan kajian iaitu seorang guru berpengalaman mata pelajaran Sains dan seorang guru
berpengalaman mata pelajaran TMK supaya kandungan soal selidik hanya mengandungi
perkara yang hendak diukur sahaja. Manakala, kebolehpercayaan instrumen kajian
melibatkan penentuan konsistensi dalaman dengan mengukur koefisien Alpha Cronbach.
Nilai Alpha Cronbach yang tinggi menunjukkan kelompok item tersebut menilai konstruk
yang sama manakala koefisien yang rendah menunjukkan kurang keseragaman antara item
dalam menilai sesuatu konstruk.

Menurut Mohd Majid Konting (1997) nilai Alpha Cronbach yang mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi ialah pada aras 0.70 ke atas. Menurut Pallant (2011) nilai
kolerasi skor item dengan jumlah skor yang kurang daripada 0.30 menunjukkan item
tersebut berbeza dengan konstruk yang diukur. Oleh yang demikian, nilai kolerasi skor
setiap item dengan jumlah skor yang kurang 0.30 perlu digugurkan kerana tidak signifikan
dan boleh mengganggu kajian.

Rumusan nilai kebolepercayaan instrumen soal selidik adalah seperti Jadual 3.2.
Nilai Alpha Cronbach untuk keseluruhan item dalam instrumen soal selidik adalah 0.90
iaitu pada aras kebolehpercayaan yang tinggi. Oleh yang demikian, kesemua item dalam
soal selidik ini dikekalkan.

Jadual 3.2: Rumusan Nilai Kebolehpercayaan Setiap Konstruk dalam Instrumen Soal

Selidik

Konstruk Alpha Cronbach

Pengetahuan Asas TMK 0.86

Pengetahuan Kemahiran TMK 0.78

Pengetahuan Aplikasi TMK 0.91

24

3.8 PROSEDUR KELULUSAN

Dalam melaksanakan kajian ini, prosedur-prosedur kelulusan perlu dilakukan supaya
kelancaran kajian dapat diperoleh. Kelancaran kajian akan terganggu sekiranya kelulusan
daripada pihak atasan untuk melaksanakan kajian di sekolah tidak dibenarkan. Oleh yang
demikian, pengkaji terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran melaksanakan soal
selidik di sekolah-sekolah daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (BPPD) KPM. Selepas mendapat kelulusan daripada BPPD, surat permohonan
untuk mentadbir soal selidik di sekolah-sekolah dipanjangkan kepada Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan (JPWP) Kuala Lumpur dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
(JPNS) kerana tempat kajian ialah di sekolah-sekolah rendah di Kuala Lumpur dan
Selangor. Permohonan kebenaran tersebut ialah dengan mengajukan surat kebenaran
kepada Pengarah JPWP Kuala Lumpur dan JPNS untuk melaksanakan kajian di 25 buah
sekolah rendah kebangsaan di Kuala Lumpur dan 25 buah sekolah rendah kebangsaan di
luar bandar. Kemudian, setelah mendapat kelulusan daripada JPWP dan JPNS, surat
kebenaran melaksanakan kajian di sekolah pula diajukan kepada pihak sekolah iaitu 50
buah sekolah yang menjadi sampel kajian. Di dalam surat kebenaran tersebut dijelaskan
tentang tujuan kajian dilakukan, tempoh masa kajian tersebut dan bilangan sampel yang
diperlukan oleh kajian.

3.9 TATACARA ANALISIS DATA

Data kajian ini dianalisis dengan secara analisis statistik deskripstif dan statistik inferensi.
Kajian ini adalah untuk melihat tahap pengetahuan guru Sains sekolah rendah dalam
pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK. Aspek yang ingin dilihat ialah tahap
pengetahuan asas TMK, pengetahuan kemahiran TMK dan pengetahuan aplikasi TMK.
Penganalisisan akan dibuat secara kaedah deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan,
peratusan dan nilai min. Kemudian, analisis inferensi iaitu Ujian T Bebas digunakan bagi
melihat perbezaan tahap pengetahuan guru Sains melaksanakan PdP menggunakan TMK
di bandar manakala Ujian Kolerasi Pearson digunakan untuk melihat tahap kekuatan
hubungan di antara tahap pengetahuan asas TMK dan tahap pengetahuan kemahiran TMK
dengan tahap pengetahuan aplikasi TMK guru Sains di sekolah bandar dan luar bandar.

3.9.1 Statistik Deskriptif

Statistik deskriptif digunakan untuk memerihalkan ciri-ciri data yang diperolehi secara
banyak seperti frakuensi, indeks kecenderungan memusat (min, median, mod), indeks
kebolehubahan (varians dan sisihan piawai) dan kedudukan relatif (Othman Talib, 2013).
Dalam kajian ini pengkaji menghuraikan secara menyeluruh berkenaan jantina, tahap
mengajar Sains dan kedudukan sekolah. Min dan sisihan piawai juga dilihat untuk
menentukan tahap pengetahuan guru Sains dalam melaksanakan PdP menggunakan TMK.
Bacaan skor min adalah berpandukan interpretasi seperti mana Jadual 3.3 berikut:

25

Jadual 3.3: Interpretasi Skor Min Interpretasi Skor Min
Rendah
Julat Skala
1.00 – 2.33 Sederhana
2.34 – 3.66 Tinggi
3.67 – 5.00

Sumber: Jamil Ahmad (2002)

3.9.2 Statistik Inferensi

Statistik inferensi digunakan untuk menghuraikan data yang diperoleh dalam bentuk
generalisasi terhadap sesuatu populasi yang diwakili oleh sampel tersebut (Othman Talib,
2013). Dalam kajian ini pengkaji menggunakan analisi Ujian T Bebas untuk
membandingkan tahap pengetahuan guru Sains dalam pelaksanaan PdP menggunakan
TMK di kawasan bandar dan luar bandar manakala Ujian Kolerasi Pearson digunakan
untuk melihat arah hubungan tahap pengetahuan asas TMK dan tahap pengetahuan
kemahiran TMK dengan tahap pengetahuan aplikasi TMK.

a. Ujian T Bebas

Ujian T Bebas digunakan untuk mengukur skor min pembolehubah yang terlibat dalam
kajian bagi dua kumpulan atau subjek (Pallant, 2011). Syarat untuk menjalankan Ujian T
tidak bersandar ialah pengkaji perlu memastikan sampel adalah rawak dan taburan data
adalah normal. Dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat tahap pengetahuan guru Sains
dalam TMK di sekolah bandar dan luar bandar samada mempunyai perbezaan yang
signifikan atau tidak. Pembolehubah bersandar ialah tahap pengetahuan guru Sains dalam
TMK manakala pemboleubah tidak bersandar ialah lokasi sekolah iaitu bandar dan luar
bandar.

b. Ujian Kolerasi Pearson

Ujian Kolerasi Pearson dijalankan untuk melihat kekuatan dan arah hubungan di antara
pembolehubah-pembolehubah di dalam kajian (Pallant, 2011). Kolerasi di antara
pembolehubah diukur dengan merujuk kepada pekali kolerasi. Berikut merupakan pekali
kolerasi yang dirujuk untuk kajian ini:

Jadual 3.4: Pekali Kolerasi Tafsiran / Penerangan
Nilai pekali Tiada kolerasi
0.00 Sangat Lemah
Lemah
+0.01 hingga +0.30 Sederhana
+0.31 hingga +0.50 Kuat
+0.51 hingga + 0.70 Sangat Kuat
+0.71 hingga +0.90
+0.91 hingga +1.00 Sumber: Chua, 2012

26

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengetahui kekuatan hubungan di antara tahap
pngetahuan asas TMK dan tahap pengetahuan kemahiran TMK guru Sains dengan tahap
pengetahuan aplikasi TMK samada mempunyai hubungan yang signifikan atau sebaliknya.

3.10 KESIMPULAN

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK dikatakan lebih berkesan untuk murid
memahamai konsep dan kemahiran Sains. Ini adalah kerana penggunaan TMK lebih
interaktif, menarik dan memberikan pengalaman sebenar kepada murid tanpa perlu
mengeluarkan masa dan kos yang banyak. Malah PdP menggunakan TMK juga
membolehkan para guru berkongsi bahan dengan guru-guru yang lain. Namun begitu,
sejauh manakah tahap pengetahuan guru terutama guru Sains di sekolah rendah
menggunakan TMK dalam PdP setelah hampir tujuh tahun pelaksanaannya di Malaysia?
Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru Sains berkaitan penggunaan TMK
dalam PdP di sekolah bandar dan luar bandar? Persoalan dan persepsi yang pelbagai ini
menjadi tunjang kepada kajian ini dan digeneralisasikan dalam pada akhir kajian. Kajian
berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai intrumen kajian yang dianalisis
melalui deskriptif dan inferensi untuk melihat tahap pengetahuan guru Sains di sekolah
rendah dalam aspek penggunaan TMK di sekolah bandar dan luar bandar. Ujian T Bebas
digunakan untuk melihat tahap pengetahuan guru Sains dalam aspek penggunaan TMK di
sekolah bandar dan luar bandar dan Ujian Kolerasi Pearson digunakan untuk melihat
kekuatan hubungan antara tahap pengetahuan asas TMK dan tahap pengetahuan kemahiran
TMK dengan tahap pengetahuan aplikasi TMK. Hasil dapatan kajian yang akan dijalankan
kepada 100 orang guru Sains sekolah rendah di Kuala Lumpur dan luar bandar di Selangor
akan menunjukkan samada terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru Sains dalam
melaksanakan PdP menggunakan TMK di sekolah rendah bandar dan luar bandar.

27

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini melaporkan analisis data kajian dan huraiannya secara deskriptif dan inferensi. Bab
ini juga akan menjawab persoalan-persoalan kajian dan hipotesis-hipotesis kajian dalam
Bab 1. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS 23.0 Analisis deskriptif dan
analisis inferensi dilakukan dalam kajian ini. Analisis deskriptif melibatkan kekerapan,
peratusan, min dan sisihan piawai untuk menentukan demografi responden kajian dan
seterusnya menentukan tahap pengetahuan asas, pengetahuan kemahiran dan pengetahuan
aplikasi TMK guru Sains di sekolah bandar dan luar bandar. Manakala analisis inferensi
yang digunakan dalam kajian ini iaitu Ujian T Bebas dan Ujian Kolerasi Pearson dihuraikan
untuk menjelaskan pengujian hipotesis nol dalam kajian.

4.1.1 Profil Responden

Dalam kajian ini profil responden adalah terdiri daripada guru-guru Sains di sekolah-
sekolah terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan luar bandar Selangor. Seramai 100 orang guru
Sains iaitu 50 orang guru di bandar dan 50 orang guru di luar bandar telah menjadi
responden kepada kajian ini. Secara keseluruhan, profil responden yang menjawab soal
selidik kajian ini adalah seperti Jadual 4.1 berikut:

Jadual 4.1 : Profil Responden Responden Frakuensi (f) Peratusan (%)
Latar Belakang 27 27.0
Jantina Lelaki 73 73.0
Umur Perempuan 15 15.0
24 – 29 tahun 72 72.0
Kategori Sekolah 30 – 44 tahun 13 13.0
Tahap yang diajar 45 tahun ke atas 50 50.0
Bandar 50 50.0
Pengalaman Mengajar Luar Bandar 8 8.0
Tahap 1 sahaja 51 51.0
Tahap 2 sahaja 41 41.0
Kedua-dua tahap 15 15.0
1-5 tahun 25 25.0
6-9 tahun 60 60.0
10 tahun ke atas

28

Berdasarkan maklumat dalam Jadual 4.1 jumlah responden seramai 100 orang
terdiri daripada 27 orang guru lelaki dan 73 orang guru perempuan. Seramai 72 orang guru
Sains yang berumur di antara 30 hingga 40 tahun berbanding 15 orang berumur 24 hingga
29 dan 13 orang yang berumur 45 tahun ke atas. Manakala dalam aspek pengalaman
mengajar ialah 8 orang mengajar tahap 1 sahaja dan 51 orang mengajar tahap 2 sahaja dan
41 orang sahaja yang mengajar kedua – dua tahap.

4.2 DAPATAN ANALISIS DESKRITIF

4.2.1 Analisis Deskriptif Tahap Pengetahuan TMK Guru Sains di Bandar dan Luar
Bandar

Dapatan analisis deskriptif membolehkan pengkaji menjawab persoalan-persoalan kajian
berikut:

a. Apakah tahap pengetahuan guru Sains dalam aspek pengatahuan asas TMK semasa
pengajaran dan pembelajaran sains menggunakan TMK di sekolah rendah?

b. Apakah tahap pengetahuan guru Sains dalam aspek kemahiran TMK semasa
pengajaran dan pembelajaran sains menggunakan TMK di sekolah rendah?

c. Apakah tahap pengetahuan guru Sains dalam aspek aplikasi TMK semasa
pengajaran dan pembelajaran sains menggunakan TMK di sekolah rendah?

Jadual 4.2 : Analisis Deskriptif Setiap Konstruk Tahap Pengetahuan TMK Guru Sains

Konstruk Responden (N) Nilai Sisihan Piawai Interpretasi
100 Min 0.45 Tinggi
Tahap Pengetahuan 4.48 0.55 Tinggi
Asas TMK
Tahap Pengetahuan 100 4.30
Kemahiran TMK

Tahap Pengetahuan 100 4.00 0.61 Tinggi
Aplikasi TMK

Kesuluruhan 4.26 0.54 Tinggi

Jadual 4.2 menunjukkan tahap pengetahuan TMK guru Sains secara keseluruhannya
berada pada tahap yang tinggi iaitu skor min keseluruhan ialah 4.26 dan sisihan piawai
ialah 0.54.

a. Tahap Pengetahuan Asas TMK

Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai telah dijalankan bagi
menentukan tahap pengetahuan asas TMK guru Sains di sekolah bandar dan luar bandar
berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 4.48 dan sisihan piawai 0.45. Analisis
deskriptif terperinci tahap pengetahuan asas TMK adalah seperti Jadual 4.3 berikut:

29

Jadual 4.3: Tahap Pengetahuan Asas TMK Guru Sains

No. Item Min Sisihan Interpretasi
Piawai Tinggi
1 Saya tahu operasi asas komputer seperti 4.78
menggerakkan cursor pada skrin komputer, 0.56 Tinggi
kegunaan shut down, hibernate dan sleep, 4.73
kegunaan papan kekunci (keyboard) dan 4.36 0.58 Tinggi
pad sesentuh (mouse) 4.51 Tinggi
0.59
2 Saya tahu operasi lanjutan komputer seperti 4.57 0.57 Tinggi
kegunaan pencetak (printer), kegunaan 4.71
modem cekera pada (hard disk) dan 4.68 0.53 Tinggi
kegunaan internet dalam PdP Sains 4.50
4.36 0.47 Tinggi
3 Saya tahu tentang Portal Pendidikan 4.27
berkaitan Sains untuk mempelbagaikan 4.16 0.48 Tinggi
sumber pengajaran Sains 4.20 Tinggi
0.62 Tinggi
4 Saya tahu menghasilkan Bahan Bantu 0.65
Mengajar (BBM) berkaitan mata pelajaran 0.72 Tinggi
Sains menggunakan komputer (contoh Tinggi
memaparkan gambar berkaitan tajuk Sains 0.74
kepada murid-murid) 0.84

5 Saya tahu tentang kegunaan internet untuk
men8cari bahan-bahan yang boleh
mem9bantu pengajaran Sains (contoh:
video, animasi dan grafik)

6 Saya tahu bahawa pemprosesan perkataan
(Microsoft Office Word) dapat
menghasilkan lembaran kerja Sains dan
latihan Sains

7 Saya tahu bahawa persembahan elektronik
(Microsoft Office Powerpoint) dapat
menghasilkan persembahan nota dan grafik
berkaitan Sains

8 Saya tahu apa itu mel elektronik (E-mel)
dan kegunaannya dalam PdP Sains

9 Saya tahu kegunaan CD ROM untuk
pengajaran Sains

10 Saya tahu kegunaan media sosial seperti
Facebook, Twitter dan Instagram dan cara
mengimplementasikannya dalam pengajaran
Sains

11 Saya tahu apa itu blog dan kegunaannya
untuk pengajaran Sains

12 Saya tahu bahawa fail dan dokumen word
pengajaran dapat ditukarkan kepada format
Pdf dan dibuka menggunakan Adobe
Acrobat Reader supaya lebih selamat dan

30

tidak boleh diubah sesuka hati oleh orang 4.48 0.45 Tinggi
lain.
Keseluruhan

Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah “Saya tahu operasi asas

komputer seperti menggerakkan cursor pada skrin komputer, kegunaan shut down,
hibernate dan sleep, kegunaan papan kekunci (keyboard) dan pad sesentuh (mouse)” (min
= 4.78, sisihan piawai = 0.56) dan item yang mempunyai min paling rendah ialah “Saya
tahu apa itu blog dan kegunaannya untuk pengajaran Sains” (min = 4.16, sisihan piawai =

0.74). Secara keseluruhan, item-item dalam konstruk tahap pengetahuan asas TMK adalah

pada tahap yang tinggi.

b. Tahap Pengetahuan Kemahiran TMK

Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai telah dijalankan bagi
menentukan tahap pengetahuan kemahiran TMK guru Sains di sekolah bandar dan luar
bandar berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 4.30 dan sisihan piawai 0.55.
Analisis deskriptif terperinci tahap pengetahuan kemahiran TMK adalah seperti Jadual 4.4
berikut:

Jadual 4.4: Tahap Pengetahuan Kemahiran TMK Guru Sains

No. Item Min Sisihan Interpretasi
Piawai Tinggi
1 Saya boleh menggunakan pemprosesan 4.63
0.52 Tinggi
perkataan (Microsoft Word) untuk tujuan
0.73 Sederhana
pengajaran Sains dan kerja-kerja
1.01 Tinggi
professional yang lain seperti membuat Tinggi
0.61
laporan aktiviti Sains. 0.59

2 Saya boleh menyediakan worksheet 4.26

menggunakan Microsoft Excel atau lain-lain

perisian yang berkaitan untuk membuat

jadual dan graf berkaitan mata pelajaran

Sains

3 Saya boleh membuat dan menyunting grafik 3.56

menggunakan Microsoft Paint atau Adobe

Photoshop atau lain-lain perisian yang

berkaitan untuk membuat grafik dan poster

berkaitan pengajaran Sains

4 Saya boleh menghasilkan slaid persembahan 4.51

menggunakan Microsoft Powerpoint atau

lain-lain perisian yang berkaitan untuk

mengajar topik Sains

5 Saya boleh mengirim mesej dan berkongsi 4.45

bahan pengajaran Sains menggunakan mel

31

elektronik (e-mail) kepada pelajar-pelajar 4.41 0.81 Tinggi
dan guru-guru lain 4.51 0.63 Tinggi
6 Saya boleh mencari bahan-bahan berkaitan 4.57 0.52 Tinggi
pengajaran Sains menggunakan enjin carian 4.47 0.63 Tinggi
World Wide Web (WWW) 4.34 0.73 Tinggi
7 Saya boleh memuat turun maklumat 3.97 0.87 Tinggi
berkaitan pengajaran Sains daripada internet 3.98 0.94 Tinggi
8 Saya boleh mencetak dokumen bertulis dan 4.30 0.55 Tinggi
bergambar menggunakan pencetak untuk
kegunaan semasa PdP Sains
9 Saya boleh menggunakan LCD untuk
membantu saya dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran Sains
10 Saya dapat mengendalikan langkah-langkah
untuk menyusun fail dalam folder-folder
tertentu
11 Saya boleh mengendalikan proses
mengubah setting asal komputer
menggunakan Control Panel
12 Saya dapat mengendalikan proses menukar
format dokumen daripada Word ke Pdf
Keseluruhan

Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah “Saya boleh menggunakan
pemprosesan perkataan (Microsoft Word) untuk tujuan pengajaran Sains dan kerja-kerja “

(min = 4.63, sisihan piawai = 0.53) dan item yang mempunyai min paling rendah ialah
“Saya boleh membuat dan menyunting grafik menggunakan Microsoft Paint atau Adobe

Photoshop atau lain-lain perisian yang berkaitan untuk membuat grafik dan poster
berkaitan pengajaran Sains” (min = 3.56, sisihan piawai = 1.01). Secara keseluruhan, item-

item dalam konstruk tahap pengetahuan kemahiran TMK adalah pada tahap yang tinggi.

c. Tahap Pengetahuan Aplikasi TMK

Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai telah dijalankan bagi
menentukan tahap pengetahuan aplikasi TMK guru Sains di sekolah bandar dan luar bandar
berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 4.00 dan sisihan piawai 0.61. Analisis
deskriptif terperinci tahap pengetahuan aplikasi TMK adalah seperti Jadual 4.4 berikut:

Jadual 4.5: Tahap Pengetahuan Aplikasi TMK Guru Sains

No. Item Min Sisihan Interpretasi
Piawai Tinggi
1 Saya menggunakan TMK untuk 4.16
meningkatkan keberkesanan pengajaran 0.58
Sains

32

2 Saya selalu menggunakan TMK seperti 3.86 0.77 Tinggi
persembahan powerpoint dalam pengajaran 4.43 0.74 Sederhana
saya 4.37 0.74 Tinggi

3 Saya menggunakan bahan video dalam
pengajaran untuk meningkatkan kefahaman
murid tentang konsep Sains

4 Saya selalu menggunakan perisian
pemprosesan perkataan (Microsoft Word)
untuk menyediakan lembaran kerja atau
latihan kepada murid

5 Saya selalu menggunakan aplikasi Internet 4.52 0.56 Tinggi
untuk mendapatkan maklumat berkaitan 4.46 0.63 Tinggi
pengajaran saya 4.33 0.70 Tinggi

6 Saya tiada masalah berkongsi maklumat 3.60 1.05 Sederhana
pengajaran Sains dengan rakan-rakan guru 3.25 1.03 Sederhana
lain secara atas talian
3.63 1.35 Sederhana
7 Saya tiada masalah mendapatkan bahan 3.72 0.93 Tinggi
rangsangan seperti video dan gambar yang
dimuat turun dari Internet untuk kegunaan 3.50 1.02 Sederhana
pengajaran saya 4.00 0.61 Tinggi

8 Saya ada menggunakan E-Learning seperti
FROG VLE dalam memberikan tugasan
kepada murid

9 Saya selalu berkomunikasi dengan murid
menggunakan media sosial (Facebook,
Tweeter dll) dalam mempelbagaikan kaedah
pengajaran saya

10 Saya menulis Rancangan Pengajaran Harian
saya dengan menggunakan komputer atau
atas talian

11 Saya menggunakan mel elektronik (e-mail)
untuk urusan penghantaran maklumat atau
tugasan samada dalam kalangan guru atau
murid-murid

12 Saya selalu menghasilkan bahan bantu
mengajar menggunakan TMK seperti video
dan grafik
Keseluruhan

Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah “Saya selalu menggunakan aplikasi
Internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengajaran saya“ (min = 4.52, sisihan
piawai = 0.56) dan item yang mempunyai min paling rendah ialah “Saya selalu

berkomunikasi dengan murid menggunakan media sosial (Facebook, Tweeter dll) dalam
mempelbagaikan kaedah pengajaran saya” (min = 3.25, sisihan piawai = 1.03). Secara

33

keseluruhan, item-item dalam konstruk tahap pengetahuan aplikasi TMK adalah pada tahap
yang tinggi.

4.3 DAPATAN ANALISIS INFERENSI

4.3.1 Analisis Ujian-T Bebas

Analisis Ujian-T Bebas dijalankan untuk melihat perbezaan tahap pengetahuan guru Sains
menggunakan TMK dalam PdP di dua lokasi iaitu di bandar dan di luar bandar.

Dapatan analisis ini adalah untuk menjawab persoalan kajian berikut:

a. Adakah terdapat perbezaan pengetahuan guru dalam aspek pengetahuan asas TMK,
kemahiran TMK dan aplikasi TMK semasa pengajaran dan pembelajaran sains
menggunakan TMK di sekolah rendah bandar dan luar bandar?

Manakala hipotesis kajian yang ingin dibuktikan dalam kajian ini ialah:

Ho 1 Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dalam aspek pengetahuan asas
TMK semasa pengajaran dan pembelajaran sains menggunakan TMK di sekolah bandar
dan di luar bandar?

Ho 2 Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dalam aspek kemahiran TMK
semasa pengajaran dan pembelajaran sains menggunakan TMK di sekolah bandar dan di
luar bandar?

Ho 3 Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dalam aspek aplikasi TMK semasa
pengajaran dan pembelajaran sains menggunakan TMK di sekolah rendah badan dan luar
bandar?

Pengkaji ingin melihat adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan TMK guru Sains
menggunakan TMK dalam aspek pengetahuan asas, pengetahuan kemahiran dan
pengetahuan aplikasi di sekolah bandar dan luar bandar.

Jadual 4.6: Analisis Ujian-T Bebas Tahap Pengetahuan Asas TMK, Tahap Pengetahuan

Kemahiran TMK dan Tahap Pengetahuan Aplikasi TMK Guru Sains di Bandar dan Luar

Bandar

Konstruk Lokasi N Min Sisihan Beza t df Sig.

Sekolah Piawai

Tahap Bandar 50 4.50 0.47 0.24 98 0.84
Pengetahuan Asas 50 4.48 0.43 0.881
TMK Luar
Bandar 50 4.30 0.59 -0.15 98
Bandar

34

Tahap Luar 50 4.31 0.52
Pengetahuan Bandar
Kemahiran TMK 50 3.98 0.72 -0.96 98 0.924
Tahap Bandar 50 4.00 0.48 -0.04 98 0.97
Pengetahuan
Aplikasi TMK Luar 50 153.26 17.35
Bandar 50 153.38 15.40
Keseluruhan Bandar

Luar
Bandar

Ujian-T Bebas dijalankan untuk melihat perbandingan tahap pengetahuan TMK
guru Sains di sekolah bandar dan di luar bandar. Dapatan kajian mendapati tiada perbezaan
yang signifikan tahap pengetahuan TMK guru Sains di bandar (min= 153.26, sisihan piawai
= 17.35) dan di luar bandar (min = 153.38, sisihan piawai= 15.40; t (98) = -0.04, p = 0.97,
two tailed).

Oleh yang demikian, dapatan kajian menunjukkan bahawa pengkaji gagal menolak
Hipotesis Nul apabila tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan guru
Sains dalam penggunaan TMK di sekolah bandar dan luar bandar.

4.3.2 Analisis Ujian Kolerasi Pearson

Analisis Ujian Kolerasi Pearson dijalankan untuk melihat hubungan di antara tahap
pengetahuan asas TMK dan tahap pengetahuan kemahiran TMK dengan tahap pengetahuan
aplikasi TMK guru Sains.

Dapatan ujian adalah untuk menjawab persoalan kajian dan membuktikan hipotesis Nol
berikut:

Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan asas TMK dan
tahap pengetahuan kemahiran TMK dengan tahap pengetahuan aplikasi TMK guru Sains
di sekolah bandar dan luar bandar

Ho 4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan asas TMK dan
tahap pengetahuan kemahiran TMK dengan tahap pengetahuan aplikasi TMK guru Sains
di sekolah bandar dan luar bandar.

Analisis Kolerasi Pearson dijalankan bagi mengenal pasti hubungan di antara tahap
pengetahuan asas TMK dan tahap pengetahuan kemahiran TMK dengan tahap pengetahuan
aplikasi TMK guru Sains di sekolah bandar dan luar bandar.

35

Jadual 4.7: Analisis Ujian Kolerasi Pearson Tahap Pengetahuan Asas TMK Dan Tahap

Pengetahuan Kemahiran TMK Dengan Tahap Pengetahuan Aplikasi TMK Guru Sains

Hubungan Tahap Pengetahuan Interpretasi

Aplikasi TMK

Tahap Pengetahuan Asas TMK R Sig. Lemah
Tahap Pengetahuan Kemahiran TMK 0.445 0.000 Sederhana
0.500 0.000

Analisis Ujian Kolerasi Pearson dijalankan untuk melihat hubungan di antara tahap
pengetahuan asas TMK dengan tahap pengetahuan aplikasi TMK guru Sains di sekolah
bandar dan luar bandar. Analisis menunjukkan terdapat hubungan yang lemah dan positif
di antara kedua-dua pemboleh ubah, r = 0.45, n = 100, p<0.01. Kolerasi ini menunjukkan
bahawa semakin bertambah pengetahuan asas TMK, semakin bertambah tahap aplikasi
TMK.

Analisis Ujian Kolerasi Pearson dijalankan untuk melihat hubungan di antara tahap
pengetahuan kemahiran TMK dengan tahap pengetahuan aplikasi TMK guru Sains di
sekolah bandar dan luar bandar. Analisis menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana
dan positif di antara kedua-dua pemboleh ubah, r = 0.50, n = 100, p<0.01. Kolerasi ini
menunjukkan bahawa semakin bertambah pengetahuan kemahiran TMK, semakin
bertambah tahap aplikasi TMK. Maka, hipotesis Nol (Ho 4) ditolak.

4.4 KESIMPULAN

Kajian yang dijalankan untuk melihat tahap pengetahuan guru Sains dalam melaksanakan
PdP menggunakan TMK di sekolah bandar dan luar bandar. Data kajian dianalisis
menggunakan SPSS 23.0. Hasil dapatan kajian mendapati tahap pengetahuan asas TMK,
tahap pengetahuan kemahiran TMK dan tahap pengetahuan aplikasi TMK guru Sains di
sekolah bandar dan luar bandar adalah tinggi. Analisis inferensi yang melibatkan Ujian T
Bebas dan Ujian Kolerasi Pearson menunjukkan dapatan untuk membuktikan hipotesis.
Hasil dapatan Ujian T Bebas menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan di antara tahap pengetahuan guru dalam TMK dengan kedudukan sekolah
samada di bandar atau di luar bandar. Ujian Kolerasi Pearson dijalankan untuk melihat
hubungan di antara pemboleubah-pembolehubah. Tahap pengetahuan asas TMK dengan
tahap aplikasi TMK menunjukkan hubungan yang signifikan dengan kolerasi pada tahap
yang lemah dan positif. Manakala, tahap pengetahuan kemahiran TMK dengan tahap
aplikasi TMK turut menunjukkan hubungan yang sifnifikan dengan kolerasi padat tahap
sederhana dan positif.

36

BAB 5

PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini menfokuskan kepada enam aspek iaitu ringkasan kajian, perbincangan dapatan
kajian, rumusan dapatan kajian, sumbangan kajian, implikasi kajian dan cadangan kajian
lanjutan. Ringkasan kajian merangkumi permasalahan kajian, tujuan kajian, persoalan
kajian, kaedah kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan tatacara analisis data. Dapatan
kajian di dalam bab ini dihuraikan berasaskan teori dan ulasan yang berkaitan dengan
kajian-kajian lepas. Dapatan kajian yang diperoleh dirumuskan dalam rumusan dapatan
kajian. Implikasi dapatan kajian membincangkan kesan dapatan kajian kepada
profesionalisme perguruan khususnya dan pihak-pihak yang terlibat dengan
profesionalisme perguruan. Manakala dalam cadangan kajian lanjutan, pengkaji
mengemukakan beberapa cadangan untuk menambahbaik kajian dan memperkukuhkan
lagi dapatan kajian terhadap tahap pengetahuan TMK guru Sains.

5.2 RINGKASAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan TMK guru Sains yang berada di
sekolah bandar dan luar bandar. Kajian ini dilaksanakan adalah untuk membuat tinjauan
tahap pengetahuan guru terutama yang mengajar Sains berkenaan pengetahuan TMK
setelah implementasi TMK dilaksanakan lebih 10 tahun dalam sistem pendidikan di
sekolah bermula dengan pengenalan sekolah bestari, pengwujudan makmal komputer dan
pusat akses, PPSMI dan pengajaran TMK dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi. Selain
daripada untuk melihat tahap pengetahuan TMK guru, pengkaji juga ingin mengenalpasti
samada terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan TMK tersebut dalam
kalangan guru di bandar dan luar bandar.

Kajian ini menggunakan kajian tinjauan rentas silang di mana maklumat hanya
diambil sebanyak satu kali sahaja daripada responden. Instrumen kajian yang digunakan
dalam kajian ini ialah soal selidik. Terdapat tiga tahap pengetahuan yang ingin dikenalpasti
oleh pengkaji sepanjang kajian ini iaitu tahap pengetahuan asas TMK, tahap pengetahuan
kemahiran TMK dan tahap pengetahuan aplikasi TMK. Pembinaan soal selidik adalah
diadopsi daripada kajian Tengku Norhayati bt Tengku Othman (2015) dan Ahmad Rizal
bin Md Rais (2016).

Sampel kajian terdiri daripada 100 orang guru Sains iaitu 50 orang daripada sekolah
bandar di Kuala Lumpur dan 50 orang daripada sekolah luar bandar di Selangor. Responden
kajian tersebut dipilih secara teknik persampelan rawak berkelompok. Data yang diperoleh

37

dalam kajian ini dianalisis menggunakan SPSS 23.0 secara analisis deskriptif dan analisis
inferensi. Analisis deskriptif melibatkan frakuensi, peratus, nilai min dan sisihan piawai
untuk mengenalpasti profil responden dan tahap pengetahuan TMK guru Sains. Manakala
analisis inferensi melibatkan Ujian T Bebas iaitu untuk melihat perbezaan tahap
pengetahuan TMK guru Sains di kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Analisis Ujian
Kolerasi Pearson juga dilaksanakan dalam kajian ini untuk melihat kekuatan hubungan di
antara pembolehubah-pembolehubah dalam kajian.

5.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian dibincangkan berdasarkan konstruk dan persoalan kajian ini. Secara
keseluruhan dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru Sains dalam penggunaan
TMK adalah tinggi. Perincian perbincangan dapatan kajian adalah seperti berikut:

5.3.1 Tahap Pengetahuan TMK Guru Sains

Analisis deskriptif menunjukkan tahap pengetahuan TMK guru Sains di bandar dan luar
bandar berada pada tahap yang tinggi. Tahap pengetahuan asas TMK, pengetahuan
kemahiran TMK dan pengetahuan aplikasi TMK berada pada tahap yang tinggi. Ini
menunjukkan bahawa guru-guru Sains di sekolah bandar mahu pun di luar bandar
berpengetahuan positif menggunakan TMK dalam PdP. Faktor pendorong
berkemungkinan elemen Sains dan teknologi yang tidak dapat dipisahkan menjadikan
guru-guru Sains perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan TMK. Dapatan ini
bertentangan dengan dapatan kajian oleh Johari Surif, Norhasniza dan Rohayu (2014) yang
menunjukkan bahawa amalan TMK dalam kalangan guru Sains adalah di tahap sederhana.
Di antara faktor kepada kesederhanaan tahap amalan TMK guru adalah kerana kemudahan
TMK seperti LCD tidak berfungsi dengan baik. Daripada dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa faktor kemudahan bukanlah faktor utama penyebab kepada kelemahan tahap
pengetahuan guru Sains dalam TMK.

Hasil dapatan analisis inferensi iaitu Ujian-T Bebas menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan di antara tahap pengetahuan TMK guru Sains di sekolah bandar
dan luar bandar. Ini menunjukkan bahawa kawasan sekolah samada bandar atau luar bandar
tidak mempunyai masalah yang besar untuk menggunakan TMK dalam PdP. Kawasan
sekolah luar bandar juga dapat menjalankan PdP menggunakan TMK dalam PdP tanpa
kekangan yang besar kerana ia bergantung kepada kreativiti dan kebijaksanaan guru dalam
mengintegrasikan TMK dalam PdP. Kemudahan internet melalui pelan data telefon bimbit
masa kini memudahkan guru-guru berkongsi bahan TMK kepada pelajar di luar bandar
bagi mengatasi masalah capaian internet yang kurang baik di luar bandar. Hasil dapatan
adalah selari dengan kajian oleh Pei Yu Wang (2013) yang mengkaji berkenaan jurang
teknologi di kawasan bandar dan luar bandar melibatkan keberadaan teknologi, tahap
integrasi teknologi oleh guru dan persepsi murid menunjukkan tiada perbezaan yang
signifikan di antara tahap kompetensi teknologi guru di kawasan bandar dan luar bandar.
Guru-guru di kawasan bandar dan luar bandar menunjukkan sifat yang positif dalam
mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran.

38

Analisis Kolerasi Pearson menunjukkan hubungan yang positif di antara tahap
pengetahuan TMK guru Sains. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan asas
TMK dan tahap pengetahuan aplikasi TMK mempunyai hubungan yang positif dan lemah.
Ini bermaksud guru-guru Sains di bandar dan luar bandar mempunyai pengetahuan asas
TMK dan pengetahuan ini selari dengan pengetahuan aplikasi TMK di mana guru
mengaplikasikan pengetahuan asas yang dimiliki dalam pengajaran mereka. Namun begitu,
hubungan ini pada tahap yang lemah menunjukkan masih kurang guru Sains yang
berpengetahuan asas TMK menggunakannya dalam PdP. Manakala tahap pengetahuan
kemahiran TMK dan tahap pengetahuan aplikasi TMK adalah pada tahan sederhana dan
positif. Ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan TMK berkait rapat dengn tahap
pengetahuan aplikasi pelajar. Dapatan ini disokong oleh kajian oleh Abdul Wahab,
Kamaliah dan Hasrina (2011) yang menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara
pengetahuan dan penggunaan TMK dalam pengajaran. Tahap kekuatan hubungan adalah
sederhana dan ini membuktikan bahawa pengetahuan merupakan salah satu faktor
mempengaruhi penggunaan atau aplikasi TMK.

5.4 IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi kajian ini dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu implikasi kepada
KPM, implikasi kepada sekolah dan implikasi kepada guru.

5.4.1 Implikasi Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Implikasi yang besar dapat dilihat ialah kepada KPM sekiranya tahap pengetahuan TMK
ini diambil mudah oleh pihak-pihak yang berkenaan. Perubahan zaman yang menuntut
kepada penggunaan teknologi yang pelbagai sekaligus menunjukkan keperluan untuk guru
menguasai pengetahuan TMK samada di bandar mahu pun di luar bandar. Walaupun,
kajian tinjauan ini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan berkenaan tahap
pengetahuan TMK guru di bandar dan luar bandar, namun ia hanyalah tinjauan di sesebuah
kawasan sahaja dan bukanlah secara keseluruhan sekolah di Malaysia. Pemilihan sekolah
juga memainkan peranan ke atas hasil dapatan, iaitu berkemungkinan sekolah yang terpilih
walaupun di luar bandar tetapi dilengkapi dengan kemudahan TMK atau guru yang
berkemahiran. Oleh yang demikian, pihak kementerian tidak seharusnya memandang tahap
pengetahuan TMK ini pada satu sudut dapatan ini sahaja sebaliknya usaha berterusan untuk
meningkatkan tahap pengetahuan TMK guru perlu dipertingkatkan dalam semasa ke
semasa.

5.4.2 Implikasi Kepada Sekolah

Sekolah juga perlu memainkan peranan dalam memastikan tahap pengetahuan TMK guru-
guru terutama guru Sains sentiasa dipertingkatkan. Peningkatan tahap pengetahuan TMK
ini bukan sahaja dapat meningkatkan profesionlisme guru malah dapat menaikkan nama
baik sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Sekolah yang menggalakkan pengetahuan
TMK akan memberikan impak yang positif kerana selain TMK dapat membantu dalam
PdP, tidak kurang juga ia membantu dalam aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah.

39

5.4.3 Implikasi Kepada Guru Sains

Mata pelajaran Sains dan teknologi adalah tidak dapat dipisahkan. Pelbagai kajian
dilakukan menunjukkan keberkesanan pengajaran Sains menggunakan TMK. Oleh yang
demikian, sangat penting untuk para guru Sains dilengkapi dengan kemahiran dan
pengetahuan kemahiran dan aplikasi TMK agar sentiasa dapat memajukan diri. Impak
kepada guru ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang juga mahir dan celik dalam bidang
TMK. Pasaran dunia kini yang mengkehendakkan kepada kepakaran dalam TMK dapat
diisi dengan lahirnya pelajar-pelajar hasil didikan guru yang berpengetahuan kemahiran
dan aplikasi TMK.

5.5 SUMBANGAN KAJIAN

Kajian ini dapat memberi sumbangan paling besar dalam aspek tahap pengetahuan TMK
terutama dalam kalangan guru Sains. Menyedari akan pentingnya teknologi dalam
pengajaran, maka tahap pengetahuan guru perlu di tahap yang sepatutnya agar
pembelajaran dapat memberikan kesan yang cemerlang kepada pelajar. Hasil dapatan
kajian akan memberikan gambaran keseluruhan tahap pengetahuan TMK guru Sains di
sekoalah bandar dan luar bandar agar pihak-pihak tertentu dapat melaksanakan sesuatu
dengan sewajarnya. Mata pelajaran Sains juga dapat dimartabatkan dan mendorong kepada
peningkatan minat pelajar dalam mata pelajaran ini apabila guru-guru berpengetahuan dan
berkemahiran mengimplementasikan TMK dalam pembelajaran. Oleh yang demikian,
usaha yang berterusan oleh KPM, pihak sekolah dan guru Sains sendiri diperlukan agar
tahap pengetahuan TMK ini dapat sentiasa berada di tahap yang tinggi.

5.6 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Cadangan kajian lanjutan adalah bertujuan untuk memberikan nilai tambah dan
penambahbaikan kepada kajian sedia ada. Terdapat beberapa kajian lanjutan yang
dicadangkan oleh pengkaji iaitu:

1. Kajian seterusnya dicadangkan untuk mengkaji profil demografi yang lain seperti
jantina dan taraf pendidikan guru Sains. Diharapkan dapatan kajian seterusnya akan
dapat mengenalpasti tahap pengetahuan TMK guru Sains dalam kalangan lelaki dan
perempuan atau dalam kalangan taraf pendidikan yang berbeza seperti diploma,
ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana. Kajian lanjutan sebegini akan
menvariasikan kajian yang bertemakan tahap pengetahuan untuk mendapatkan
pembuktian adakah jantina dan taraf pendidikan turut menjadi faktor
mempengaruhi tahap pengetahuan TMK.

2. Kajian ini menfokuskan kepada pemboleh ubah bersandar iaitu tahap pengetahuan
asas TMK, tahap pengetahuan kemahiran TMK dan tahap pengetahuan aplikasi
TMK. Kajian seterusnya dicadangkan untuk mengkaji pemboleh ubah bersandar
yang lain seperti motivasi guru dan minat guru. Diharapkan kajian lanjutan sebegini
akan memberikan keputusan samada minat guru atau motivasi guru dalam TMK
mempunyai perbezaan atau tidak di bandar dan di luar bandar.

40

3. Kajian ini hanya mengkaji hubungan di antara tahap pengetahuan asas TMK dan
tahap pengetahuan kemahiran TMK dengan tahap pengetahuan aplikasi TMK.
Kajian seterusnya diharapkan dapat mengkaji faktor lain yang turut mempengaruhi
tahap pengetahuan aplikasi TMK seperti motivasi, minat dan keyakinan guru.
Hubungan dan sumbangan ini dapat dikaji agar pengaruh utama terhadap tahap
pengetahuan aplikasi TMK dapat dikenalpasti.

5.7 KESIMPULAN

Kajian ini telah berjaya mendapatkan maklumat berkaitan tahap pengetahuan asas TMK,
tahap pengetahuan kemahiran TMK dan tahap pengetahuan aplikasi TMK dalam kalangan
guru Sains di bandar dan luar bandar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
pengetahuan TMK dalam aspek pengetahuan asas, pengetahuan kemahiran dan
pengetahuan aplikasi berada pada tahap yang tinggi. Analisis inferensi menggunakan Ujian
T Bebas menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap
pengetahuan TMK dengan lokasi sekolah di bandar dan luar bandar. Seterusnya, terdapat
hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan asas TMK dan tahap pengetahuan
kemahiran TMK dengan tahap pengetahuan aplikasi TMK guru Sains di sekolah bandar
dan luar bandar. Usaha yang berterusan perlu dilakukan bagi memastikan tahap
pengetahuan TMK guru Sains sentiasa berada di tahap yang tinggi dan mampu memberikan
sumbangan yang berguna untuk meningkatkan prestasi pelajar di sekolah dalam mata
pelajaran Sains khususnya. Kajian seterusnya diharapkan agar dapat memberi nilai tambah
kepada kajian ini terutama dalam aspek tahap pengetahuan TMK guru Sains seperti
mengenalpasti tahap pengetahuan TMK dalam kalangan jantina berbeza atau dalam
kalangan taraf pendidikan berbeza. Selain itu, faktor seperti motivasi, kemudahan dan
minat guru turut perlu dipertimbangkan untuk melihat hubungannya dengan tahap
pengetahuan TMK guru Sains.

41

RUJUKAN

Abdul Wahab, Kamaliah dan Hasrina. 2006. Penggunaan Komputer dalam Pengajaran
dan Pembelajaran dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes
Di Pulau Pinang. http://web.usm.my/km/24-06/km%20art%2011.pdf. (15 Mei
2015).

Abu Hassan bin Kassim. 2004. “Perspektif Amali Sains: Kemahiran Saintifik”. Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia: Tidak diterbitkan.

Abu Hassan dan Hasmayati. 2014. Pelaksanaan Kurikulum Sains KBSM sekolah menengah
di negeri Perak: Ke manakah arah tujunya?.
http://www.ubd.edu.bn/Resources/docs/jaRE%20jOURNAL/2014/TK_Abu%20
Hassan-Asmayati.pdf. (10 Mei 2015).

Abu Hassan dan Rohana, 2003. Tahap penguasaan kemahiran proses sains dan
hubungannya dengan pencapaian kimia di kalangan pelajar tingkatan empat
daerah Johor Bahru. http://eprints.utm.my/2345/. (29 April 2015).

Ahmad Mahdzan Ayob, 2005. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Edisi ke-3. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Zaki, Ahmad Thalal, Ahmad, Nor dan Mohd Shariman. 2014. Penggunaan
Aplikasi Atas Talian Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Ketiga:
Pengenalan Kepada Quizlet.Com.
http://umkeprints.umk.edu.my/2755/1/Conference%20Paper%201.pdf. (8 Mei
2015).

Asmara, Harnani dan Salman Firdaus. 2012. From e-Learning to M-Learning. In Ahmad
Zamzuri (Ed.). Pembelajaran Berasaskan Web Isu dan Trend (pp. 149-160).
Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). 2012a. Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Chang, C. C., 2001. A Study On The Evaluation And Effectiveness Analysis Of Webbased
Learning Portfolio (WBLP).
http://web.stanford.edu/dept/SUSE/projects/ireport/articles/e-
portfolio/a%20study%20on%20the%20effectiveness%20analysis%20of%20web-
based%20learning%20portfolio.pdf. (16 Mei 2015).

Cheah K. G., 2004. Learning at a Distance: from Principles to Practice. Pulau Pinang:
Penerbitan Universiti Sains Malaysia.

Chua Yan Piaw. 2012. Asas Statistik Penyelidikan. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: McGraw-
Hill.

42

Chuah K.M. 2013. Aplikasi Media Sosial dalam Pembelajaran Bahasa Inggeris: Persepsi
Pelajar Universiti.
https://www.researchgate.net/publication/244483348_Aplikasi_Media_Sosial_Dal
am_Pembelajaran_Bahasa_Inggeris_Persepsi_Pelajar_Universiti. (31 Disember
2016)

Cjaza R. (1998). Questionnaire pretesting comes of age. Marketing Bulletin, 52-66.

Cohen, L., Manion, L. & Marrison, K. 2000. Research Methods in Education. London:
Routledge Falmer.

Erdogan Tezci . 2010. Atittude and Knowlede Level of Teachers in ICT Use: The Case of

Turkish Teacher. https://www.j-

humansciences.com/ojs/index.php/IJHS/article/view/797/570. (23 Mac 2017)

Everett M. Rogers. 1983. Diffusion of Inovation.
https://teddykw2.files.wordpress.com/2012/07/everett-m-rogers-diffusion-of-
innovations.pdf. (15 April 2015).

Finn, J. D., 1960. Technology and The Instructional Process, Audiovisual Communication
Review. Vol. 8 (1), New York: Springer.

Fraenkel, J. R. & Wallen, N. E. 2009. How to Design and Evaluate Research in
Education. Ed. Ke 7. Boston: McGraw-Hill Higher Education.

Fong S. F. dan Por F. P. 2014. Inspiring Educators as Contributors of Open Educational
Resources (OER).
http://hrmars.com/hrmars_papers/Inspiring_Educators_as_Contributors_of_Open
_Educational_Resources_(OER).pdf. (18 Mei 2015)

Gabare, C., Gabarre, S., Rosseni Din, Parilah Mohd Shah, & Aidah Abdul Karim. 2014.
iPads in the foreign language classroom : A learner ’ s perspective. The Southeast
Asian Journal of English Language Studies, 20(1), 115–128.

Gagne, E. D., Yekovich, C. W., & Yekovich, F. R., 1993. The cognitive psychology of
school learning. New York: Harper Collins College Publishers.

Galbraith, J., 1967. The New Industrial State. Boston: Houghton Mifflin.

Hamzah, Mohd Izham, Attan dan Noraini. 2007. Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam
Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran.
http://www.jurnalteknologi.utm.my/index.php/jurnalteknologi/article/view/307/2
97. (20 Mei 2015).

43

Heinich, R, Molenda, M. dan Russell, J.D., 1989. Instructional media and the new
technologies of instruction. 3rd ed.,. New York: Macmillan.
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=2&cad=rj
a&uact=8&ved=0CCcQFjABahUKEwjqnovV24fGAhXEq7wKHSZKAE0&url=
http%3A%2F%2Fumexpert.um.edu.my%2Fpapar_cv.php%3Fid%3DAAAMJCA
ALAAC1MZAAG&ei=_oh5VeqnNMTX8gWmlIHoBA&usg=AFQjCNEeGRpL-
LRlccMQGTYR1jk8C91iFQ&sig2=sJ7keX3cmF5PH8aJgSWChQ. (20 Mei
2015).

Irfan Naufal Umar dan Sajap Maswan. 2011. Aplikasi Pendekatan Inkuiri dalam
Persekitaran Pembelajaran Berasaskan Web.
http://www.sajadstudio.info/paperwork/meta_terengganu.pdf. (22 Disember
2015)

Johari Surif. 2004. Pembinaan dan Keberkesanan Perisian Prototaip Berdasarkan Model
Generatif-Metakognitif Bagi Konsep Asas Jirim Dalam Fenomena Fizikal. Tesis
Sarjana UTM: Tidak diterbitkan.

Jonassen, D., Howland, J., Marra, R., & Crismond, D. 2008. Meaningful learning with
technology (3rd ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson.

Jones, R. 2009. Social Media Marketing 101, Part 1.
http://sbinfocanada.about.com/gi/dynamic/offsite.htm?zi=1/XJ&sdn=sbinfocanad
a&cdn=money&tm=49&f=00&tt=8&bt=1&bts=1&zu=http%3A//searchenginewa
tch.com/3632809. [28 Oktober 2016]

Kartini Abdul Mutalib, Badariah Hashim dan Ahamad Shabudin Yahaya 2010. Science
Process Skills Knowledge And Attitude Among Primary School Science Teachers
In Daerah Manjung Perak: A Pilot Study.
http://ipgipoh.info/research/doc/5_Dr%20Kartini_Badariah.pdf. (10 Mei 2015).

Kassim, Abu Hassan dan Hussin, Rohana. 2003. Tahap penguasaan kemahiran proses
sains dan hubungannya dengan pencapaian kimia di kalangan pelajar tingkatan
empat daerah Johor Bahru. http://eprints.utm.my/2345/. (17 Mei 2015).

Kaware, S. S. 2015. International Journal of Multidisciplinary Approach and Studies, 02(1).

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010. Kuala
Lumpur: Kerajaan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.


Click to View FlipBook Version