KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Mahkota
Puteriku ...
Antalogi puisi melayu tradisional
Dengan suku kata berwarna
KARYA NURARISYA LIANA BINTI
ABD RAHIM
PENSYARAH : CIK SITI SALAMAH
MOHAMAD YUSOF
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya dengan
sepenuh keikhlasan di hati ingin berterima kasih dan
bersyukur kehadrat Tuhan kerana izin dan kurnia-Nya dapat
juga saya menyempurnakan tugasan bagi subjek
Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu (BMMB1104).
Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, saya telah
memperolehi pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun
manis yang amat memberi impak positif serta menyematkan
semangat dalam diri sendiri yang bakal bergelar sebagai
seorang pendidik kelak.Pengalaman yang saya timba
sepanjangan proses menyelesaikan tugasan ini mungkin
hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.
Saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Pn. Siti Salamah binti Mohamad
Yusof, pensyarah bagi kursus BMMB1104 ini yang tidak
mengenal erti penat lelah dan bersengkang mata memberi
tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan yang
dikehendaki.Tidak dilupakan juga kepada keluarga saya yang
sentiasa memberi sokongan moral dan nasihat sebagai
pembakar semnagat untuk meneruskan perjuangan. Saya
juga ingin mengucapkan penghargaan kepada rakan-rakan
seperjuangan yang selalu menyumbang pendapat dan idea-
idea bernas ketika saya dalam kebuntuan. I
PENGHARGAAN
Akhir kata, ucapan ini khasnya ditujukan kepada semua
pihak yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung. Setiap bantuan yang diberikan amatlah saya hargai
kerana tanpa bantuan anda semua tugasan ini tidak akan
dapat dilaksanakan dengan sempurna.
II
biodata penulis
Arisya Liana atau nama sebenar Nurarisya Liana Binti Abd
Rahim ialah seorang siswi Persediaan Program Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (PPISMP) yang menjalani sem keduanya di
Institusi Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM).
Kesibukkannya dalam menceburi dunia sastera semasa di alam
persekolahan telah mendorong beliau untuk mendalami lagi
bidang Bahasa Melayu. Harapan beliau setelah berjaya
menghasilkan buku sulungnya ini iaitu antalogi puisi Melayu
tradisional berjudul Makhota Puteriku adalah agar menjadi
permulaan yang baik dalam karier baharu yang diceburi ini.
Melalui minat dan daya usaha yang tinggi dalam penulisan
kreaktif kesusasteraan ini juga beliau berharap supaya karyanya
dapat memberi gambaran baik kepada masyarakat dan
menggalakkan ekspresi melalui ruangan selamat dan medium
yang sihat. III
biodata penulis
Tugasan : Tugasan Penghasilan Produk
Nama: Nurarisya Liana Binti Abd Rahim
Angka Giliran: 2021192310124
Nama Pensyarah : Cik Siti Salamah
Mohamad Yusof
Tarikh hantar : 23 Mac 2022
IV
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN I-II
BIODATA PENULIS III-IV
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN PUISI V
TRADISIONAL 1-2
PANTUN 4 KERAT
SYAIR 3-9
GURINDAM 2 BARIS 10-17
PENUTUP 18-21
RUJUKAN
22
23
V
PUISI MELAYU TRADISIONAL
Konsep
Puisi membawa maksud sebagai suatu pengucapan
tentang perasaan ghairah yang imiginatif dan
kebiasannya berentak dan berlaku secara spontan,
dalam suasana tenang. Selain itu, puisi tradisional pula
didefiniskan sebagai susunan perkataan berbentuk
karangan berangkap atau pengucapan dalam susunan
yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa.
Ciri-ciri
Puisi tradisional mempunyai beberapa ciri yang
membezakannya dengan puisi moden. Antaranya ialah
unsur muzik, lagu, intonasi, rentak dan keharmonian bunyi
mempengaruhi ungkapan kata dan bahasa puisi. Selain itu,
puisi ini bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui
tradisi lisan dengan fungsi kolektif kehidupan masyarakat
melayu dahulu. Seterusnya, puisi terbentuk daripada
bahasa yang padat yang mengandungi unsur
perlambangan, imejan, kiasan dan perbandingan. Akhir
sekali, puisi juga bersifat tradisional untuk menyatakan
sesuatu dan melahirkan perasaan hati.
1
PUISI MELAYU TRADISIONAL
Fungsi
Puisi tradisional terdiri daripada fungsi dan
peranannya tersendiri seperti hiburan, hal
keagamaan dan kegiatan ritual.
Pemikiran
Pemikiran baharu semasa warisan kesusasteraan
Melayu tradisional dihasilkan dijadikan sebagai
ungkapan dalam bahasa yang puitis dan kreatif.
Penyebarannya boleh dilihat dalam aktiviti kesenian
dan kebudayaan khususnya dalam nyanyian, tarian,
muzik, permainan dan ritual.
2
Pantun 4 kerat
Konsep
Pantun merupakan sejenis puisi tradisional
masyarakat Melayu yang telah wujud sekian lamanya.
Sejarah, menyatakan bahawa pantun wujud sejak
zaman masyarakat Melayu tidak tahu membaca dan
menulis lagi. Oleh itu, pantun berupa sastera lisan iaitu
dihasilkan dan dibacakan secara spontan semasa
dahulu. Namun, pantun kini telah dibukukan dan
dijadikan bahan bacaan umum. Pantun dapat
diklasifikasikan berdasarkan tema dan bentuk. Akhir
sekali, pantun membawa maksud sebagai sejenis puisi
lama yang terdiri daripada empat baris dalam setiap
rangkap .
Fungsi
Masyarakat Melayu memberi keutamaan kepada puisi ini
untuk menjadi wahana pemelihara bahasa dan sebagai
kemampuan alur berfikir. Selain itu, puisi ini melatih
seseorang untuk berfikir tentang makna kata sebelum
mengujarkannya. Seterusnya, pantun memainkan peranan
besar dalam usaha mengutuhkan hubungan dalam
kalangan anggota masyarakat, terutamanya isi pantun yang
berkaitan dengan adat tertentu.
3
Pantun 4 kerat
Pemikiran
Pantun terdiri daripada lapan sehingga 12 suku kata
setiap baris. Selain itu, pola akhir pantun ialah a-b-a-b.
Namun, terdapat pantun yang mempunyai rima akhir
seperti a-a-a-a. Tambahan pula, pantun ditetapkan
untuk mempunyai dua bahagian iaitu pembayang dan
maksud.Dua baris pertama merupakan bahagian
pembayang.Pada dua baris pertama ini kebiasaannya
berkaitan dengan elemen alam untuk memperlihatkan
budaya masyarakat. Tambahan pula, pembayang
berperanan sebagai pelengkap rima untuk isi pantun
mudah difahami. Dua baris seterusnya adalah
penghubung kepada pembayang iaitu bahagian maksud.
4
Pantun 4 kerat
INDAHNYA
BERBUDI
Buah kelapa dipetik kera,
Subur pohonnya di bumi kemaman,
Kaya dan miskin usah dikira,
Yang penting budi menjadi pedoman.
Berehat bersama seisi keluarga,
Dibawah angsana menjamah bahulu,
Hidup berbudi terpahat juga,
Budi disantun dikenang selalu.
5
Pantun 4 kerat
Cincin emas cincin suasa,
Buat pasangan sungguh sepadan,
Sopan santun budi bahasa,
Kunci utama menjadi teladan.
Anak kecil berkejaran riangnya,
Sihat membesar di bumi asia,
Tingkah dijaga tinggi darjatnya,
Didiklah budi diawal usia.
Sibuk menjual pelbagai barangan,
Menjadi sumber dapatan rezeki,
Santun budi dijadikan pegangan,
Elak iri dan hasad dengki.
6
Pantun 4 kerat
PEMIKIRAN
Rangkap 1
Jangan terlalu mementingkan perbezaan
kehidupan antara kaya atau miskin
kerana yang menjadi keutamaan adalah
budi yang menjadi pedoman kehidupan.
Rangkap 2
Kalau sikap berbudi sudah terpahat di
dalam hati dan disantun selalu maka diri
akan dikenang serta disegani oleh orang
sekeliling.
7
Pantun 4 kerat
Rangkap 3
Seseorang yang sentiasa bersopan santun
dan menjaga budi bahasa akan dijadikan
kunci utama sebagai teladan dan
berpengaruh besar kepada seluruh insan.
Rangkap 4
Anak-anak haruslah dididik untuk
menjaga tingkah laku sejak kecil lagi
kerana kedudukan darjat mereka akan
menjadi lebih tinggi daripada orang lain.
Rangkap 5
Seseorang yang sentiasa memegang
kepada kesantunan budi dalam menjalani
kehidupan harian akan dapat
mengelakkan diri daripada sikap iri dan
hasad dengki.
8
Pantun 4 kerat
CIRI-CIRI
Pantun ini mempunyai 4 baris dan
terdiri daripada lima rangkap. Selain itu,
bilangan suku kata bagi setiap baris
adalah dari 8 sehingga 12. Pola akhir bagi
setiap baris pantun adalah a-b-a-b.
9
syair
Konsep
Syair dikenali sebagai bentuk puisi lama yang
menggunakan bahasa kiasan dan indah dengan
pilihan diksi dan maksud metafora. Syair juga
merupakan sejenis puisi berlagu yang
menjadikannya unik. Selain itu, syair ini berasal dari
pengaruh negara Parsi yang dibawa masuk ke
Nusantara selaras dengan kedatangan Islam. Namun,
syair tersebut telah diubahsuai mengikut
kesusasteraan Bahasa Melayu.
Fungsi
Syair berfungsi dalam kegiatan kesenian dan
kebudayaan masyarakat. Selain itu, syair juga
mempunyai peranan sebagai hiburan, majlis
perkahwinan, majlis formal dan pertandingan.
Seterusnya, syair sememangnya membawa kelainan
dari segi penyampaian. Misalnya, syair digunakan
untuk menyampaikan pengajaran melalui cerita dan
lagu tertentu. Hal ini disebabkan oleh, kemerduan suara
atau kelembutan nada semasa bersyair berupaya
mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan
yang mendalam terhadap pendengar.
10
syair
Pemikiran
Syair tidak mempunyai pembayang maksud yang
menjadikannya berbeza dengan pantun. Selain itu,
setiap baris dalam syair mempunyai makna yang
berkaitan dengan baris-baris yang mendahuluinya.
Tambahan pula, sebuah syair yang terhasil
mempunyai sebuah kisah yang menceritakan
pengajaran. Seterusnya, bilangan perkataan dalam
setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12
suku kata dalam satu baris. Akhir sekali, keseluruhan
rangkap merupakan kesatuan maksud, isi, kisah, cerita
atau peristiwa. Isi syair berunsur nasihat, pengajaran,
pesanan, Ilmu, pendidikan, keagamaan, dakwah,
sejarah dan peristiwa.
11
syair
Mahkota
Puteriku ...
Buatmu puteri penyeri keluarga,
Nasihat ikhlas tidak terhingga,
Pekalah selalu tadahkan telinga,
Kelak diri bersiap siaga.
Ayuhai puteriku meningkat dewasa,
Hiduplah dalam keadilan sentiasa,
Amalkan murni didunia semasa,
Disanjung diri yakin perkasa.
Gapailah engkau gading dimenara,
Teguhkan azam walau jiwa didera,
Tempuhi ujian tanpa mengira,
Perit diganti dengan gembira.
12
syair
Perhiasan dirimu itu mahkota,
Seperti permaisuri yang bertakhta,
Janganlah terlalu mengejar cinta,
Hingga hilang maruah permata.
Wahai puteri makhota ayahnda,
Rajinkan belajar berlipat ganda
Usah culas mengatur hidupmu,
Buang segala cemuhan sekelilingmu.
Dengarlah puteri ayahnda berperi,
Nasihat dipateri dengan bestari,
Petanda diri seorang jauhari,
Bertakwa iman sebagai mandatori.
13
Rangkap 1
Penyair sebagai seorang bapa ingin
menyampaikan nasihat yang berguna
supaya anak perempuan mereka
sentiasa bersedia.
Rangkap 2
Penyair mengingatkan anak
perempuannya untuk menjalani
kehidupan di dunia dengan sentiasa
berlaku adil dengan mengamalkan
sikap murni yang akan menjadikan
diri kita disanjung serta berkeyakinan
tinggi.
14
syair
Rangkap 3
Penyair memberikan semangat kepada
anak perempuannya agar tidak mudah
berputus asa walaupun kejayaan yang
dicitakan itu perlu ditempuhi dengan
pelbagai ujian. Ini kerana, keperitan
yang dialami akan bertukar menjadi
detik kegembiraan suatu hari.
Rangkap 4
Penyair menyatakan bahawa perhiasan
seperti maruah diri perlu dipelihara
dengan rapi dan teliti kerana telah
dianggap sebagai mahkota. Maruah yang
sama nilainya dengan permata akan
dimusnahkan apabila diri terlalu leka
dengan cinta.
15
syair
Rangkap 5
Penyair memberitahu anak puterinya
untuk belajar bersungguh-sungguh
serta mengatur kehidupan dengan
kemas. Tambahan pula, segala kritikan
negatif yang diberikan oleh masyarakat
sekeliling haruslah diabaikan.
Rangkap 6
Penyair mengingatkan anak puterinya
untuk mewajibkan diri agar bertakwa
dan beriman. Ini disebabkan oleh
nasihat yang diikuti merupakan tanda
orang yang cerdik pandai di dunia serta
akhirat.
16
syair
ciri-ciri
Syair ini terdiri daripada enam rangkap
dan setiap rangkap mengandungi 4
baris. Rima akhir setiap baris syair ialah
a-a-a-a. Syair ini mengandungi sebanyak
9 sehingga 12 suku kata setiap baris.
Syair ini merupakan syair terikat.
17
gurindam
Konsep
Gurindam adalah suatu bentuk puisi Melayu
lama yang terdiri daripada dua baris serangkap.
Gurindam juga diwujudkan disebabkan pengaruh
sastera Hindu.Tambahan pula, baris pertama
dipanggil protatsis iaitu syarat dan baris kedua
dipanggil jawab iaitu apodotis.
Fungsi
Gurindam merupakan suatu puisi yang digubah
dalam bahasa indah dan gramatis untuk
dinyanyikan bagi tujuan hiburan, didikan dan
gambaran masyarakat melayu lama. Secara
umumnya, isi gurindam berfokus kepada
pengajaran atau panduan hidup yang sempurna.
Pemikiran
Gurindam dikenali sebagai puisi bebas atau tidak
terikat. Jumlah perkataan sebaris tidak tetap
manakala bilangan suku kata sebaris hanyalah
lapan sehingga 12. Seterusnya, pola rima hujung
ditetapkan dengan bercorak serima iaitu a-a.
18
gurindam
Kemanisan
ILMU
Ilmu itu seluas lautan,
Tuntutlah ilmu sehingga kepadatan.
Andai diri terlalu alpa,
Banyak ilmu akan dilupa.
Tidak jemu bertemu kegagalan,
Untuk diri mencapai kejayaan.
Bersungguh-sungguh dalam pendidikan,
Kelak hidup tiada sesalan.
Andai ilmu tidak dipelajari,
Pasti diri tidak dicari.
19
RANGKAP 1 :
=Ilmu itu mempunyai pelbagai cabang
sehingga diibaratkan dengan keluasan lautan
yang tiada penghujungnya. Maka,murid-murid
haruslah menuntut ilmu sebanyak mungkin
untuk kegunaan dalam kehidupan.
RANGKAP 2 :
=Apabila kita lalai atau leka semasa proses
menimba ilmu pengetahuan maka kita akan
mudah melupakan ilmu yang diperoleh. Ilmu
tidak dapat dimanfatkan kerana perlu
berulang menuntutnya.
20
RANGKAP 3 :
=Setiap apa yang diusahakan pasti
diselangi dengan pelbagai cabaran dan
halangan.Berjaya menempuhi kegagalan
yang datang dengan penuh kesabaran
adalah keazaman untuk mencapai
kejayaan.
RANGKAP 4 :
=Seseorang haruslah belajar dengan penuh
kesungguhan agar diri sendiri tidak berasa
menyesal kelak. Ilmu yang dipelajari
haruslah dengan tekun kerana ilmu itu
berharga.
RANGKAP 5 :
= Jika kita tiada minat belajar, diri akan
diabaikan oleh masyarakat sekeliling.
Individu yang tidak berilmu sentiasa dilanda
kerugian dan kesukaran untuk hidup.
Mereka dipandang rendah dan dianggap
golongan tidak berguna. 21
Tuntasnya, puisi Melayu tradisional terdiri
daripada beberapa jenis misalnya pantun, syair
dan gurindam. Setiap puisi ini mempunyai
konsep, fungsi dan ciri-ciri yang berbeza dan
telah ditetapkan. Oleh itu, sebagai masyarakat
Melayu yang cinta akan bahasa, kita haruslah
berganding bahu dalam memartabatkan dan
menjulang puisi-puisi tersebut sehingga ke
persada antarabangsa. Generasi muda
seharusnya didedahkan dengan hasil karya
tradisional ini supaya legasi dapat
dipertahankan dan menjadikan karya
kesusasteraan ini sebagai suatu budaya. Mereka
merupakan golongan penting dalam
memperkasakan puisi-puisi yang sedia ada agar
sentiasa segar dalam ingatan masyarakat
walaupun kemodenan zaman sedang
membangun. 22
Asmah Haji Omar. (2009). Panduan Wacana
Akademik Teori dan Penerapan. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Abdullah Hussain. (2005). Kamus Simpulan
Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri.(2015).
Kesusasteraan Melayu Tradisional sebagai
Wadah Komunikasi Massa:Suatu Analisis. Jurnal
Komunikasi, 31(2),183-194.
Norhuda Salleh. (2014). Tepak Sirih: Komunikasi
Bukan Lisan Dalam Adat Perkahwinan Melayu.
Jurnal Komunikasi Malaysian, Journal of
Communication. 30 (Special Issue), 177-190.
Zurinah Hassan. (2012) . Puisi Melayu Tradisional:
Pantun, Syair, Gurindam,Nazam,Seloka.Pekan
Ilmu Publications Sdn. Bhd. 23
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
BAHASA MELAYU