The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdfaizalhafizie, 2024-05-07 02:06:05

Sejarah Form 1

Sejarah Form 1

MENGENALI SEJARAH TING 1 BAB 1


PENGERTIAN SEJARAH Dalam bahasa Melayu > Berasal daripada perkataan Arab - Syajaratun – pokok, salasilah, riwayat, keturunan & asal-usul. Kamus Dewan > Asal-usul (keturunan, salasilah, benar-benar berlaku pada waktu yang lampau) Bahasa Inggeris > History – cerita tentang seseorang > berasal dari perkataan Yunani, Historia – penyelidikan Herodotus Tindakan manusia, sebab mereka melakukan E. H. Carr Proses interaksi berterusan – What is History? Ibn Khaldun Masyarakat manusia, peradaban dunia, sifat-sifat masyarakat Muhd Yusof Ibrahim Catatan ataupun rekod sesuatu peristiwa Khoo Kay Him Apa-apa sudah berlaku, menjamin kesilapan yang sama tidak berulang MASA SILAM DAN RUANG DALAM SEJARAH Masa Silam – rentetan peristiwa yang telah berlaku 1. Dekad - sepuluh tahun > Abad – 100 tahun > Alaf 1000 tahun SUMBER SEJARAH Ciri-ciri sumber primer : asli, belum diolah, atau dicetak, (e.g. fosil, artifak, surat peribadi,diari, manuskrip.) Ciri-ciri sumber sekunder : telah diolah, dicetak, disebar kpd umum, (e.g. risalah, akhbar, buku, majalah)


PENYELIDIKAN DALAM SEJARAH Kaedah bertulis – kajian daripada sesuatu peristiwa drpd maklumat sumber tulis, dipahat, dilakar > ditemu di dinding gua, kulit kayu, daun lontar Kaedah lisan – proses mendapatkan, maklumat melalui temu bual, tokoh sebagai orang sumber > 3 tahap- persediaan, rakaman temu bual, & memproses rakaman. Kaedah arkeologi – kajian secara saintifik, menggunakan kaedah cari gali atau ekskavasi/ arkeologi bawah air – peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai, tasik TAFSIRAN DALAM SEJARAH - Bermaksud menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber yang berkaitan dengannnya. SEBAB WUJUDNYA PERBEZAAN TAFSIRAN DALAM SEJARAH : 1) Pemilihan sumber yang pelbagai 2) Perbezaan pandangan 3) Perbezaan ideologi 4) Tujuan penulisan KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH 1) Mengenal asal- usul 2) Mengambil iktibar 3) Memupuk patriotism 4) Mengukuhkan perpaduan 5) Membangunkan negara dan bangsa


••••••


••••••••


••••• – •••


•••••


4.1 MAKSUD TAMADUN Pada umumnya, tamadun ditakrifkan sebagai suatu pencapaian tertinggi oleh sesuatu masyarakat dalam pelbagai bidang. BAHASA YUNANI Dari segi pengertian bahasa, perkataan tamadun (civilisation) diambil daripada perkataan Yunani, iaitu “civitas”yang bermaksud bandar atau kota. Tahap kemajuan dalam kehidupan masyarakat dicapai dalam bidang kebudayaan, sains, industri dan sistem kerajaan BAHASA INGGERIS Dalam Bahasa Inggeris, tamadun disebut civilisation,iaitu tahap pembangunan manusia dan organisasi yang dianggap paling maju.


Perkataan tamadun dalam bahasa Arab ialah mudun, madain dan madana, yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Istilah lain yang sama pengertiannya ialah hadharah dan hadari. BAHASA ARAB Dalam bahasa Melayu, tamadun bermaksud suatu peradaban yang merujuk kepada pencapaian kemajuan masyarakat dari segi kebendaan serta perkembangan pemikiran meliputi bidang sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi. BAHASA MELAYU


Konsep tamadun dalam Islam dibina atas kerangka Islam sebagai al-Din ( cara hidup) Tamadun mengikut pandangan Islam merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah yang berasaskan nilai dalam pendidikan seperti yang disarankan oleh al-Quran dan hadis serta ajaran Nabi Muhammad SAW. SUDUT PANDANGAN ISLAM Tokoh awal yang membicarakan tentang konsep tamadun Islam. Beliau memperkenalkan konsep tamadun, iaitu “umran” dan “hadharah” yang digunakan dalam bukunya yang bertajuk Muqqadimah. IBN KHALDUN Berpendapat tamadun ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS


Dalam tradisi Barat, istilah “civilisation” digunakan bagi menggambarkan tahap sesuatu masyrakat atau budaya yang kompleks. Masyarakat bertamadun diukur melalui pencapaian ilmu dan teknologi, ekonomi, struktur politik, kemasyarakatan dan petempatan di kawasan perbandaran. Bagi masyarakat barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam bidang kebudayaan seperti kesenian, penulisan, undang-undang SUDUT PANDANGAN BARAT Menjelaskan tamadun sebagai suatu sistem masyarakat yang memperkasakan sistem politik, ekonomi, sosial serta kesenian dan kebudayaan. ARNOLD J. TOYNBEE


BAB5: Tamadun Awal Dunia 5.1 Empat Lokasi Tamadun Awal Dunia Pengenalan Terdapat empat tamadun awal manusia di dunia, iaitu Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir Purba, Tamadun Indus dan Tamadun Huang He (Hwang Ho). Keempat-keempat tamadun ini bermula dan berkembang di kawasan lembah sungai yang memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun awal dunia. Kepentingan sungai kepada manusia pada masa itu ialah membekalkan air bagi tanaman, membuat kawasan petempatan dan menjadi alat perhubungan. Lokasi keempat-empat tamadun terebut dapat dilihat melalui peta di bawah. Peta menunjukkan lokasi empat tamadun awal dunia. (Sumber: Gloria K.Fiero, Landmark in Humanities, New York: McGrawHill, 2006, hlm.6)


Perkembangan Empat Tamandun Awal Dunia. Tamadun Mesopotamia, Mesir Purba, Indus dan Huang He terletak di kawasan strategik, iaitu di lembah sungai yang menjadi faktor penting kepada perkembangan pesat keempat-empat tamadun ini. Tamadun Mesopotamia • Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal dunia yang terletak di barat daya Asia. Mesopotamia bermaksud tanah di antara dua sungai, iaitu Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan Turki sehingga tanah pamah di Iraq. • Tamadun ini telah berkembang dari petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 5,000 SM hingga 700 SM. Pada sekitar tahun 3,500 SM, wilayah Mesopotamia telah berkembang menjadi pusat tamadun awal. • Terdapat beberapa kerajaan dalam tamadun ini. Antaranya termasuklah Sumeria, Babylon, Akkad, Chaldea dan Asyria. • Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3,500 SM dan kerajaan yang terakhir ialah Chaldea yang runtuh pada tahun 539 SM. • Tamadun di Mesopotamia bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer. Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina system pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai. Mereka juga berjaya membina system perbandaran. Ciri Utama Kerajaan Sumer Ciri Utama Kerajaan Sumer Bandar Maju Pengkhususan Pekerjaan Institusi yang Kompleks Peningkatan Teknologi Pengurusan Simpan Kira


Di Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates, terdapat kawasan subur yang luas dalam oasis di tengah-tengah gurun dan gunung. Kawasan ini dipanggil Bulan Sabit Subur, iaitu terletak di antara Laut Mediterranean dan Teluk Parsi. Kawasan ini telah berkembang menjadi sebuah bandar yang besar. Struktur Bandar ini dibina daripada tanah liat yang dijadikan bata. Tempat ibadat dibina di setiap pusat Bandar. Binaannya berbentuk pyramid yang dipanggil ziggurat. Bagi tujuan pertahanan, dinding besar dibina mengelilingi setiap Bandar.


Petempatan awal yang berbentuk perkampungan ini berkembang secara evolusi kepada Bandar dan seterusnya kepada beberapa buah negara-kota. Gambar di bawah menunjukkan pembentukan sebuah negara-kota dalam Tamadun Mesopotamia, iaitu negara-Kota Ur. Negara-kota ini berperanan sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan. Penduduknya berjumlah 30,000 orang. Terletak di Sungai Euphrates berhampiran Teluk Parsi, Ur menjadi tempat pertemuan pedagang dari jauh seperti India. Pada hari ini, kawasan Mesopotamia melibatkan Iraq, Syria, Turki dan Iran termasuk kawasan sempadan Turki-Syria dan sempadan Iran-Iraq.


Tamadun Mesir Purba Tamadun Mesir Purba terletak di kawasan lembah Sungai Nil. Sungai Nil merupakan sungai terpanjang di dunia dengan kepanjangan sejauh 6,650 kilometer. Piramid dan Firaun merupakan tinggalan terkenal tamadun ini. Terdapat tiga tahap pemerintahan kerajaan dalam tamadun Mesir Purba, iaitu kerajaan purba, kerajaan pertengahan dan kerajaan baru. Mengapakah Mesir dikatakan Hadiah Sungai Nil? Menurut Herodotus (484-432M), Mesir dikatakan Hadiah Sungai Nil (The Gift of The Nile) kerana Sungai Nil yang membanjiri kawasan sekitarnya setiap tahun membawa lumpur berwarna hitam yang subur untuk pertanian. Kawasan yang subur ini terletak di Lembah Nil yang merupakan antara kawasan lembah yang terbesar di dunia. Sungai Nil juga membekalkan sumber makanan terutamanya ikan kepada penduduk selain menajdi sumber perhubungan dan pengangkutan terpenting. Kepentingan Sungai Nil mempengaruhi petempatan di kawasan ini yang kemudian berkembang menjadi negara-kota.


Kerajaan Purba Petempatan terwawal di Mesir Purba bermula dengan perkampungan petani pada tahun 5,000 SM. Perkampungan ini membentuk dua buah kerajaan. Kerajaan utara terletak di hilir Sungai Nil melibatkan kawasan Lembah Sungai Nil. Suhu kawasan ini lebih sejuk berbanding dengan di selatan. Kerajaan di selatan terletak di hulu Sungai Nil. Kawasan ini merupakan kawasan yang terbentang luas berhadapan dengan padang pasir. Kedua-dua kerajaan Mesir Purba telah disatukan sekitar tahun 3,100 SM oleh Raja Mennes yang menawan kerajaan utar. Raja Mennes telah membuka Bandar Memphis yang kemudian menjadi ibu kota kerajaannya. Perkembangan kerajaan purba mencapai kemuncak pada tahun 2,650 SM. Kerajaan Pertengahan Kerajaan kedua dikenali sebagai Kerajaan Pertengahan yang bermula sekitar tahun 2,100 -1,650 SM. Pada zaman ini berlaku perkembangan bidang kesusasteraan dan ukiran. Kerajaan Pertengahan meluas hingga selatan Sungai Nil. Kekuatan raja telah membawa kestabilan dan kemakmuran ekonomi. Ibu kota kerajaan ini ialah Thebes. Pemerintahnya telah menggalakkan kegiatan perdagangan menggunakan jalan sungai. Kerajaan Pertengahan telah mengadakan hubungan perdangaangan dengan Nubia yang terletak di bahagian selatan Mesir. Pada pedagang yang melalui jalan perdagangan Mesir menghadapi ancaman serangan penjahat. Raja Mesir bertindak menghantar tentera bagi melindungi pedagang, manakala penduduk Mesir membina kubu di sepanjang Sungai Nil. Mereka juga mengambil alih kuasa kota Nubia. Kerajaan Baru Kerajaan Baru muncul apabila golongan bangsawan memerintah Mesir. Pemerintahnya digelar Firaun yang telah membentuk pasukan tentera yang kuat bagi mematahkan serangan orang luar. Raja yang terkenal semasa zaman Kerajaan Baru Mesir ialah Ramses. Ramses telah membina banyak monument terkenal berupa berhala. Aman kejatuhan kerajaan baharu Mesir bermula apabila Ramses II memerintah dari tahun 1,279 – 1,213 SM.


Tamadun Indus Tamadun Indus terletak di Lembah Sungai Indus, iaitu di bahagian barat laut dan utara India. Kawasan ini dikelilingi oleh Banjaran Makran, pergunungan Baluchistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian timur, serta Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara. Tamadun ini bermula pada tahun 2,500SM. Di bahagian barat laut India, terdapat penduduk yang mengamalkan kehidupan secara nomad. Mereka telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Lembah Sungai Indus. Lembah Sungai Indus mempunyai dua musim yang ekstrem. Musim hujan yang membawa banjir dan musim kering yang membawa kemarau. Kedua-dua musim ini menyebabkan tanaman musnah. Banjir pula berlaku di luar jangkaan penduduk. Sungai kadangkala berubah arah aliran. Pusingan musim kering dan hujan pula tidak menentu. Cuaca kering dan keadaan kemarau ini menyebabkan kemusnahan tanaman. Hujan lebat yang berterusan menyebabkan berlakunya banjir yang memusnahkan kawasan petempatan. Penduduk Lembah Sungai Indus bergiat aktif dalam pertanian. Mereka menanam pokok gandum, barli dan kapas. Daalam masa yang sama wujud kegiatan lain, seperti pembuatan barangan daripada kapas dan besi. Hubungan perdaganan berlaku antara penduduk Lembah Sungai Indus dengan penduduk di bahagian selatan Mesopotamia. Kawasan ini kemudian berkembang menjadi bandar.


Terdapat dua buah Bandar terancang terkenal ang dibina dalam tamadun ini., iaitu Mohenjo-Daro dan Bandar Harappa. Pada masa ini, jurutera telah mencipta system paip dan pembentungan yang canggih. Menjelang tahun 1,750 SM, Tamadun Indus mula mengalami kemerosotan. Ahli sejarah berusaha mencari sebab kemerosotan tamadun ini. Pada tahun 1970-an, ahli sejarah menemukan punca kemerosotan ini. Imej satelit menunjukkan terdapat pergerakan plat bumi yang menyebabkan berlakunya gempa bumi dan banjir. Selain itu, serangan orang Aryan mempercepat keruntuhan kerajaan Tamadun Indus.


Tamadun Huang He Tamadun Huang He terbina di kedudukan dua sungai utama yang mengalir dari kawasan pergunungan di sebelah barat ke Lautan Pasifik. Sungai Huang He atau dikenali juga sebagai Sungai Kuning terletak di kawasan utara negara China, manakala Sungai Yangtze di bahagian tengah China mengalir ke timur hingga ke Laut Kuning. Huang He bermaksud Sungai Kuning yang menyimpan banyak lumpur kekuningan yang subur. Seperti tamadun awal yang lain, sungai menjadi nadi utama dalam pembentukan Tamadun Huang He. Masyarakat awal China telah membina petempatan dan menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang selain mengumpul hasil hutan dan berburu di sepanjang Sungai Huang He. Penduduk di kawasan ini turut menghadapi banjir disebabkan oleh limpahan air Sungai Huang He yang menenggelamkan keseluruhan kampung. Hal ini ditambah pula dengan kedudukan eografi tamadun ini yang terpencil, menyebabkan penduduk awal tamadun ini hanya dapat menghasilkan makanan sendiri dan tidak berdagang dengan orang luar.


Tamadun Huang He telah bermula kira-kira 4,000 SM. Terdapat tiga kerajaan awal, iaitu Xia 2,205- 1,766 SM, Shang 1,766 – 1,050 SM dan Zhou 1,050 – 256 SM. Perkembangan petempatan kerajaan awal ini telah melahirkan beberapa buah bandar Huang He, antaranya termasuklah Anyang. Bandar ini merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang. Semasa Dinasti Zhou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze. Antara aktiviti utama tamadun ini sealin pertanian termasuklah membuat tembikar, membina kapal, menghasilkan varnis, sutera, sulaman dan ukiran. Kemajuan aktiviti pertanian dalam tamadun ini telah membawa kepada penghasilan ciptaan daripada kayu dan logam yang digunakan sebagai peralatan pertanian. Pembentukan tamadun awal dunia yang bermula di kawasan lembagan sungai telah berkembang menjadi bandar. Pertambahan jumlah penduduk menyebabkan kegiatan ekonomi yang berasaskan hasil pertanian berkembang dalam bidang lain. Pembukaan bandar telah mewujudkan system pemerintahan, system pentadbiran, system pengairan dan kegiatan perdagangan. Hal ini memakmurkan dan menjadikan kehidupan manusia bertambah baik.


5.2 Perbandingan Sumbangan Tamadun Awal Empat tamadun awal dunia telah memberikan sumbangan besar kepada pemodenan kehidupan masyrakat pada hari ini. Peningkatan tamadun melalui reka cipta dalam pelbagai bidang telah meningkatkan nilai kehidupan manusia sejagat. Setiap tamadun awal dunia ini mempunyai kelebihan dalam bidang masing-masing. Hal ini dapat dilihat berdasarkan jadual di bawah:


Aspek Tamadun Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesir Purba Tamadun Indus Tamadun Huang He Pemerintaha n dan Pentadbiran • Negara-kota diperintah oleh raja. • Negara-kota bersatu membentuk empayar yang pertama. • Lahirnya undangundang dikenali sebagai Kod Hammurabi. • Firaun memerintah Negara seperti kuasa tuhan. • Raja berkuasa mutlak. • Raja mempunyai pandangan kehidupan selepas mati. Mereka menghormati mayat untuk dikebumikan. • Teraju pemerintahan dipegang oleh golongan pendeta. • Golongan pendeta mempunyai pengaruh dalam bidang keagamaan dan pentadbiran. • Sistem politik berasaskan negara-kota. • Masyarakat dan keluarga merupakan unsur penting • Pembahagian kelas social. • Kuasa raja dating dari syurga. • Raja berkuasa dalam bidang ekonomi, politik dan agama. Kegiatan Ekonomi • Ekonomi ditadbir secara berpusat oleh golongan agama dan raja. • Kerajaan menentukan jumlah tanaman dan bilangan petani. • Wujud pekerjaan seperti pegawai, petani, jurukira dan hamba. • Pertanian merupakan kegiatan utama. • Majoriti penduduk ialah petani. • Petani membayar sewa tanah kepada raja. • Terdapat kegiatan perdagangan. • Sistem ekonomi bersepadu yang berasaskan pertanian. • Tanaman utama ialah gandum dan barli. • Haiwan ternakan seperti lembu dan kambing. • Terdapat kegiatan tenunan kain dan kerja logam. • Kegiatan perdaganan berkembang. • Tumpuan utama ialah pertanian sekoi dan tanaman padi. • Tanaman utama ialah gandum dan barli. • Haiwan ternakan seperti lembu, kambing, ayam dan babi.


Aspek Tamadun Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesir Purba Tamadun Indus Tamadun Huang He Teknologi • Adanya system tali air. • Reka cipta berasaskan gangsa. • Ciptaan roda, sauh dan bajak. • Sistem nombor berasaskan 60. • Kalendar 12 bulan. • Mencipta emas. • Mencipta kertas daripada papirus • Kemajuan matematik dan geometri. • Kemahiran dalam bidang perubatan • Pembinaan terusan dan pengairan • 365 hari dalam kalendar tahunan • Penciptaan kertas • Kota dibina mengikut grid yang tepat. • Adanya system perparitan dan pembetungan. • 365 hari dalam kalender tahunan. • Penciptaan kertas. • Hasil cipta sutera. • Penciptaan peralatan daripada besi. • Penciptaan wang syiling. • Peningkatan pengangkuta n jalan dan terusan. • Penciptaan kompas magnetik. Kesenian dan Kesusasteraa n • Tulisan dikenali sebagai kuneiform. • Penduduk menukilkan puisi. • Rekaan patung untuk mengingati pemimpin. • Tulisan hieroglif. • Lakaran hasil kesenian terdapat: - di tembok batu sebagai lukisan dinding - di kawasan perkuburan • Adanya tulisan piktograf. • Penghasilan baling yang mempunyai ukiran geometri dan motif alam. • Adanya penulisan berasal daripada piktograf. • Hasil cipta puisi yang romantik. • Lirik diolah dalam pelbagai bentuk tradisi masyarakat. • Hasil kesenian dilukis pada tembikar.


Aspek Tamadun Tamadun Mesopotamia Tamadun Mesir Purba Tamadun Indus Tamadun Huang He Binaan Bangunan dan Kemudahan • Zigurat yang berfungsi sebagai rumah ibadat. • Taman Tergantung Babylon • Piramid • Sfinks • Tempat ibadat • Kolam mandi besar • Kota dibina mengikut grid yang tepat • Jelapang • Sistem paip dan pembetungan • Dewan perhimpunan. • Kekurangan seni bina monumen. • Bandar pertama dibina pada zaman Dinasti Shang. • Kajian ahli arkeologi mendapati istana dan tempat ibadat dibina di tengahtengah bandar.


Keempat-empat tamadun awal dunia mempunyai persamaan dan perbezaan dalam sunbangan terhadap perkembangan kehidupan manusia. Bahagian seterusnya akan memperincikan sumbangan tamadun awal dari aspek pemerintahan dan pentadbiran, kegiatan ekonomi, teknologi, serta kesenian dan kesusteraan.


Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Mesopotamia Kerajaan Mesopotamia terkenal kerana mempunyai kerajaan yang kukuh di bawah pemerintah yang bernama Hammurabi. Hammurabi telah membina bangunan dan memperbaik system pungutan cukai serta meningkatkan kegiatan perdagangan. Usaha ini telah membawa kemakmuran kepada Empayar Babylon. Hammurabi juga terkenal kerana mewujudkan undangudangan yang dikenali sebagai Kod Undang-undang Hammurabi yang mengandungi kira-kira 282 perkara yang merangkumi hal perdangan, kecurian, denda dan hukuman. Tamadun Mesir Purba Di Mesir Purba, raja dikenali sebagai Firaun yang berperanan membentuk kestabilan dan kemakmuran ekonomi. Firaun telah menggalakkan kegiatan perdangan menggunakan jalan sungai. Apabila pedagang menghadapi ancaman serangan penjahat, raja Mesir telah bertindak menghantar tentera bagi melindungi pedagang. Langkah ini telah berjaya mewujudkan keamanan di Mesir Purba. Tamadun Indus Sistem pemerintahan Lembah Sungai Indus diterajui oleh golongan pendeta. Kajian yang dijalankan oleh ahli arkeologi menunjukkan tidak terdapat bukti kewujudan pemerintahan beraja di Lembah Sungai Indus. Oleh itu, golongan pendeta mempunyai pengaruh dalam bidang keagamaan dan pentadbiran. Tamadun Huang He Tamadun ini mementingkan peranan raja sebagai pemerintah yang membawa mandate daripada syurga. Sistem pemerintahannya berasaakan kepada dinasti. Dalam kepercayaan masyarakat China, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada tuhan untuk memerintah.


Kegiatan Ekonomi Tamadun Mesopotamia Kegiatan ekonomi atau pengkhususan pekerjaan berlaku apabila wujudnya lebihan hasil pertanian. Masyarakat yang sebelum ini bekerja sebagai petani telah bertukar pekerjaan menjadi peniaga, pedagang dan artisan. Aktiviti perdagangan telah meluas sehingga ke kawasan Lembah Indus. Terdapat pengusaha tekstil, barangan tembikar dan alat keperluan harian. Selain itu, pertambahan penduduk menyebabkan peningkatan permintaan tukang rumah bagi pembinaan rumah. Tamadun Indus Pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan. Aktiviti perdagangan turut dijalankan dengan pedagang dari Mesopotamia. Antara hasil perdagangan yang penting termasuklah emas, gading gajah, manik dan hasil pertanian. Petani pula menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti barli dan kacang. Selain itu, terdapat penduduk menjadi artisan yang terlibat dalam penghasilan barangan logam dan tembikar. Tamadun Mesir Purba Wujud pengkhususan pekerjaan dalam bidang penenunan dan pembuatan barang tembikar dan peralatan harian. Eksport utama ialah tekstil dan kertas. Di samping itu, terdapat kegiatan perlombongan emas. Sungai Nil yang lebar dan dalam membolehkan kapal-kapal dagang menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes, Memphis dan Elephantine. Tamadun Huang He Dalam aspek ekonomi, tamadun ini telah memberikan banyak sumbangan. Masyarakat dalam tamadun ini juga amat prihatin terhadap pembangunan pertanian. Terusan dibina untuk mengairi kawasan pertanian. Pembangunan dalam pertanian juga membawa kemajuan dalam teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit. Petani juga menggunakan batas untuk tujuan penanaman.


Kegiatan Ekonomi Tamadun Mesir Purba Wujud pengkhususan pekerjaan dalam bidang penenunan dan pembuatan barang tembikar dan peralatan harian. Eksport utama ialah tekstil dan kertas. Di samping itu, terdapat kegiatan perlombongan emas. Sungai Nil yang lebar dan dalam membolehkan kapal-kapal dagang menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes, Memphis dan Elephantine. Tamadun Huang He Dalam aspek ekonomi, tamadun ini telah memberikan banyak sumbangan. Masyarakat dalam tamadun ini juga amat prihatin terhadap pembangunan pertanian. Terusan dibina untuk mengairi kawasan pertanian. Pembangunan dalam pertanian juga membawa kemajuan dalam teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit. Petani juga menggunakan batas untuk tujuan penanaman.


Teknologi Tamadun Mesopotamia Sumbngan tertinggi masyarakat Sumer dalam Tamadun Mesopotamia ialah penciptaan tulisan, penciptaan roda, bidang perubatan, bidang astronomi dan bidang matematik. Tamadun ini menggunakan system nombor berasaskan 60. Mereka membahagikan masa kepada 60 minit. Mereka juga membahagikan bulatan kepada 360 darjah. Selain itu, mereke mencipta formula bagi mengira pelbagai bentuk geometri, bulatan dan segi tiga. Ahli-ahli astronomi Mesopotamia pula mencerap pergerakan bulan, planet dan bintang. Tamadun Indus Masyarakat Lembah Indus mencapai kebolehan mengukur sukatan panjang dan masa dengan tepat. Mereka merupakan masyarakat terawal yang mencipta system menyukat berat dan sukatan. Batu-bata yang dibina mengikut ukuran saiz yang tepat. Kebolehan lain yang dimiliki oleh masyarakat ini ialah mencipta tembaga, gangsa dan timah. Kemuncak pencapaian tamadun ini dapat dilihat melalui pembinaan bandar terancang di Mohenjo-Daro yang sistematik. Tamadun Mesir Purba Masyarakat zaman Mesir Purba juga melakukan reka cipta sains dan teknologi. Hasil cipta yang terkemuka adalah dalam bidang astronomi, matematik ,perubatan, bahasa dan seni bina. Masyarakat zaman ini merupakan antara masyarakat yang terawal menulis dan menyimpan rekod sesesuatu peristiwa. Bentuk penulisan terawal dikenali sebagai hieroglif. Orang Mesir Purba menghasilkan dakwat hitam. Tulisan di atas papirus adalah untuk menulis teks agama dan dokumen penting.


Teknologi Tamadun Huang He Masyarakat Tamadun Huang He mencipta tulisan daripada lukisan. Selain itu, mereka mencipta alat-alat pertanian daripada kayu dan besi. Penghasilan alat pertanian banyak membantu petani dalam kegiatan pertanian, khususnya penanaman padi. Masyarakat tamadun ini juga terlibat dalam penciptaan benang sutera, mata wang syiling dan penciptaan kompas magnetik.


Kesenian dan Kesusasteraan Tamadun Mesopotamia Masyarakat pada zaman ini telah mula mengukir pada batu bagi merakamkan peristiwa yang berlaku. Tamadun Indus Masyarakat pada zaman Tamadun Indus menghasilkan kerja logam terutamanya tembaga, gangsa dan batu permata. Ahli seni Tamadun Indus menghasilkan patung yang diperbuat daripada batu dan logam.


Kesenian dan Kesusasteraan Tamadun Mesir Purba Masyarakat Mesir Purba mempunyai kebolehan menghasilkan hasil seni berbentuk lukisan yang terkenal di dunia. Lukisan terdapat pada dinding-dinding bangunan serta kuil. Tamadun Huang He Masyarakat Tamadun Huang He juga berjaya mencipta puisi yang romantik dan lirik dalam pelbagai bentuk tradisi masyarakat . Kemahiran utama masyarakat Huang He ialah menghasilan tembikar.


PENINGKATAN TAMADUN YUNANI DAN ROM


1) Mengenal lokasi tamadun Yunani dan Tamadun Rom yang menunjukkan peningkatan yang tinggi dalam pelbagai bidang 2) Memahami peningkatan Tamadun Yunani dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran 3) Memahami peningkatan Tamadun Rom dalam bidang seni bina


Tamadun Yunani dan Tamadun Rom telah mengalami peningkatan yang pesat dalam pelbagai bidang Pencapaian yang ditunjukkan oleh kedua-dua tamadun ini adalah sangat baik dan cemerlang Peningkatan tersebut meliputi aspek pemerintahan dan pentadbiran serta bidang seni bina


❑Muncul antara tahun 1000SM – 800SM ❑Pendorong kepada perkembangan tamadun Eropah dan inspirasi kepada kehidupan manusia yang lebih baik ❑Berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di Laut Aegean dan Laut Mediterranean ❑Melakukan aktivit di luar rumah seperti perdebatan dan acara sukan kerana cuaca sederhana


❖ Masyarakat Yunani dikenali sebagai pelayar yang handal kerana lokasi berdekatan dengan laut. ❖ Terkenal dengan pembinaan negara-kota iaitu POLIS. ❖ Polis berperanan sebagai ibu kota dan tempat tumpuan masyarakat ❖ polis ini merupakan gabungan antara: a) Bandar utama b) Bandar kecil c) Kawasan kampung ❖ Acropolis terletak di tengah-tengah polis dan berfungsi sebagai pusat komuniti yang dilindungi oleh kubu


❖ Setiap Acropolis: a) Dibina pada lokasi yang strategik dari aspek keselamatan, pusat pentadbiran dan komuniti b) Dilengkapi dengan rumah ibadat, bangunan kerajaan, istana dan rumah golongan bangsawan c) Terdapat juga Agora, iaitu kawasan lapang yang berperanan sebagai tempat pertemuan dan pasar awam ❖ Penduduk dekat dengan acropolis lebih aktif dalam urusan negara berbanding dengan penduduk yang kauh dari acropolis Polis dalam Tamadun Yunani ATHENS SPARTA CORINTH


❖ Athens merupakan negara kota yang paling ramai didiami penduduk ❖ Sparta ialah negara kota yang paling luas ❖ Ciri utama polis ialah jumlah penduduk yang ramai dan keluasan wilayah ❖ Setiap polis dianggap sebagai tanah suci kurniaan dewa dan menjadi hak dan tanggungjawab setiap warganegara Yunani untuk menjaga kepentingannya. Perbezaan jumlah penduduk dan keluasan wilayah polis dalam Tamadun Yunani Polis Jumlah penduduk Keluasan wilayah Athens 40 000 orang 2 650 km persegi Sparta 16 000 orang 8 400 km persegi Corinth 10 000 orang 880 km persegi


❑ Terdapat lima bentuk sistem pemerintahan dan pentadbiran yang diamalkan oleh tamadun Yunani, iaitu:


❖ Sistem demokrasi di Athens merupakan demikrasi langsung. ❖ Setiap warganegara Athens terlibat secara langsung dalam perbincangan bagi menentukan dasar dan peraturan politik, ekonomi dan sosial ❖ Dewan Perhimpunan merupakan badan tertinggi dan dibawahnya terdapat Majlis, Majistret dan Juri


❖ Sistem pemerintahan di Sparta bersifat monarki terhad ❖ Dua orang raja memerintah Sparta bagi mengelak raja bertindak kejam ❖ Pemilihan kedua-dua raja daripada keluarga Eurypontids dan Agiads ❖ Raja dibantu oleh Dewan perhimpunan dan Majlis dalam urusan pentadbiran ❖ Kaum wanita di Sparta tidak terlibat dalam urusan pentadbiran ❖ Sparta memberi penekanan terhadap disiplin ketenteraan


❖ Semua kanak-kanak dan kaum wanita dilatih untuk menjadi tentera bagi mempertahankan negara ❖ Golongan wanita juga perlu menjalani latihan fizikal seperti berlari, bertinju, menari dan menyanyi dalam khalayak ramai ❖ Sparta merupakan kerajaan yang menekankan disiplin ketenteraan dan taat setia kepada negarakota ❖ Sparta dikategorikan sebagai kerajaan tentera ❖ Siri peperangan antara Sparta denga Persia (490SM – 499SM) merupakan bukti taat setia wargenegara kepada kerajaan Sparta ❖ Sparta berjaya menewaskan Pesia dalam pertempuran di Salamis


Click to View FlipBook Version