BADAN KEANGGOTAAN DEWAN PERHIMPUNAN ▪ Terdiri daripada 10 000 orang ahli ▪ Seramai lima orang pegawai dilantik sebagai ephors ▪ Ephors berperanan menghalang pemerintahan raja secara mutlak MAJLIS ▪ Terdiri darpada 28 orang dewasa ▪ Orang dewasa berusia melebihi 60 tahun ▪ Keahlian mereka adalah seumur hidup
❑ Merupakan kesinambungan kepada Tamadun Yunani ❑ Mempunyai persamaan dari segi kebebasan pemikiran dan sikap ingin tahu dengan Tamadun Yunani ❑ Muncul sebagai kuasa terkuat di Mediterranean selepas menewakan pesaing-pesaingnya seperti: a) Etruscan b) Macedonia c) Seleucid d) Mesir ❑ Kejayaan ini membawa tamadun ini menjadi sebuah empayar yang hebat dengan Rom di Itali sebagai pusat pemerintahannya
❑ Wujud di Lembah Latium berhampiran dengan Sungai Tibet ❑ Lembah Latium mempunyai kawasan tanah yang subur yang membawa kepada perkembangan aktivit pertanian ❑ Fungsi Sungai Tibet ▪ Membekalkan sumber air kepada penduduk ▪ Sebagai laluan utama untuk berlayar ke laut ❑ Tamadun Rom terbahagi kepada 3 zaman iaitu: ❖ Zaman Beraja (753 SM – 509SM) ❖ Zaman Republik (509SM – 27SM) ❖ Zaman Empayar (27SM – 476SM) ❑ Kegemilangan pada era Pax Romana (27SM –180M)
❑ Masyarakat Rom terbahagi kepada 3 kelompok ▪ Patrician (atasan) ▪ Plebian (petani, artisan dan peniaga) ▪ Hamba ❑ Masyarakat Tamadun Rom mencapai pelbagai kemajuan dalam bidang politk, ekonomi, sains dan teknologi, falsafah dan pendidikan
✓ Ciri-ciri bangunan yang dibina dalam Tamadun Rom ➢ bersaiz besar ➢ mempunyai estetika ➢ mempunyai kegunaan khusus ➢ mempunyai ketahanan tinggi ✓ Kemajuan seni bina melibatkan bangunan, jalan raya, saliran air dan tempat mandi awam ✓ Kemajuan ini dipengaruhi oleh: ❖ kepakaran ❖ pendidikan ❖ dasar pemerintahan ❖ kewangan ❖ teknologi ❖ sumber alam dan buruh
❑ Marco Vitruvius ➢Seorang arkitek yang hebat ➢ Menulis buku tentang seni bina iaitu On Architecture (46 SM) ➢ Buku ini mendorong perkembangan seni bina di Rom ❑ Selain daripada Marco, sokongan daripada pentadbir Rom seperti Marcus Visanius Agrippa dalam perkembangan seni bina
❑ Terkenal dengan seni bina dan reka bentuk bangunan yang unik dan kreatif ❑ Seni bina Rom yang terkenal dan masih wujud hingga kini ialah: 1) Colosseum 2) Pantheon 3) Amfiteater 4) Akueduk 5) Jalan raya 6) Tembok pertahanan 7) Tempat mandi awam
❑ Melambangkan keagungan Tamadun Rom yang dibina oleh Raja Vespian (72 M) dan diselesaikan oleh anaknya iaitu Tirus (80 M) ❑ Mempunyai struktur binaan: ❑ ketinggian 50m panjang ❑ lebar 156m ❑ luas keseluruhan bangunan 2.5 hektar ❑ kawasan arena seluas 85m x 54m ❑ Berfungsi sebagai tempat mengadakan persembahan dan pertandingan bersaiz besar seperti gladiator ❑ Mempunyai 80 pintu masuk dan tempat duduk pennontok yang bertingkat-tingkat ❑ Istimewa kerana mempunyai sistem pengurusan penonton setanding dengan stadium di zaman moden ❑ Kapasiti mampu memuatkan 50 000 orang pada satu-satu masa
❑ Binaan berkubah yang paling besar di dunia ❑ Di bina oleh Marcus Visanius Agrippa pada 27 M ❑ Pada 80 M bangunan tersebut telah musnah akibat kebakaran ❑ Pada 125 M, Maharaja Hadrian membina semula Pantheon dengan mengambil ciri-ciri pada zaman Yunani ❑ Berfungsi sebagai tempat penyembahan dewa dewi masyarakat dalam Tamadun Rom ❑ Istimewanya, Pantheon ialah Oculus membolehkan cahaya masuk menyinari ruangan binaan
❑ Pantheon mempunyai struktur binaan seperti: ❖Tiang yang kukuh ❖Atap merupakan kubah bersaiz besar dengan diameter 43m ❖Dinding diperbuat daripada batu bata yang dilepa dengan simen ❖Puncak mempunyai ruang terbuka yang dikenali sebagai Oculus berukuran 13m lebar
❑ Berbentuk lingkaran yang seakan-akan Colosseum mini atau sebuah gelanggang terbuka ❑ Binaan ini berfungsi sebagai: ❖ Tempat mengadakan persembahan seni ❖ Tempat membuat pertunjukan ❖ Tempat pertandingan acara gladiator ❑ Terdapat 230 amfiteater yang dibina dengan pelbagai saiz dan mempunyai kapasiti penonton yang berbezabeza ❑ Amfiteater yang terkenal di dunia terletak di: ❖ El Djem, Tunisia yang berkapasiti 16 000 orang ❖ Arles, Perancis yang berkapasiti 20 000 orang
❑ Binaan yang melambangkan teknologi dan kejuruteraan dalam Tamadun Rom ❑ Berfungsi sebagai sumber bekalan air ke rumah kediaman di sekitar benadar-bandar di Rom ❑ Dibina oleh jurutera yang bernama Marcus Agrippa ❑ Akueduk aqua Virgo di bina pada 19 SM ❑ Aqua Appia merupakan akueduk pertama yang dibina pada 312 SM yang mempunyai 16km panjang ❑ Bekalan air dibawa dari gunung melalui saluran akueduk dan disalurkan ke tempat mandi awam dan binaan di Rom seperti Colosseum
❑ Mula dibina pada 500 SM bertujuan menghubungkan bandar-bandar utama ❑ Memudahkan pergerakan tentera dan berfungsi sebagai salah satu sistem pengangkutan ❑ Tujuan utama pembinaan adalah untuk kegunaan tentera ❑ Struktur binaan jalan raya : ❖Mempunyai pelbagai lapis yang mampu bertahan selama ratusan tahun ❖Dibina menggunakan campuran batu besar, kecil dan batu kerikil ❖Tahan lasak dan mampu menampung beban serta kuat menahan pergerakan tentera ❖ berkeluasan 1.3m tebal(4 kaki) dan 6.7m lebar (20 kaki)
❑ Keistimewaan jalan raya tersebut ialah: ❖ terdapat tanda batu yang menunjukkan jarak antara satu kawasan dengan kawasan yang lain ❖ Mempunyai longkang untuk mengalirkan air supaya tidak bertakung di atas jalan raya
❑ bertujuan untuk melindungi empayar daripada serangan musuh ❑ tembok terkenal ialah Tembok Hadrian yang terletak di Britain ❑ dibina pada 122 M oleh Maharaja Hadrian ❑ Keistimewaannya sebagai pemisah antara kawasan yang terletak di bawah kekuasan Rom dengan kawasan yang bukan wilayah Rom
❑ Struktur binaannya adalah: ❖ menggunakan batu yang disusun memanjang ❖ ketinggian sehingga 5m ❖ dibina kubu-kubu kecil (milecastel) yang berjarak 1.6km atau sebatu bagi setiap satu ❖ tentera Rom ditempatkan di kubu kecil ini untuk mengawal tembok pertahanan
❑ Masyarakatnya percaya bahawa mandi penting untuk kebersihan, kesihatan dan menunjukkan kehidupan manusia yang bertamadun ❑ tempat mandi awam dibina untuk digunakan oleh semua orang ❑ dikenakan bayaran tertentu ❑ Caravall Di Rom di bina oleh Maharaja Caracalla pada abad ke-3 masihi dan boleh memuatkan 1500 orang dalam satu masa
❑ Struktur binaan tempat mandi awam seperti: ❖ tandas ❖ ruang mandi ❖ ruang mengurut ❖ perpustakaan ❖ bilik berehat ❖ bilik bersenam ❑ Keunikan ruang mandi ialah menpunyai bahagian berasingan iaitu: ❖ mandi air panas ❖ mandi air sejuk ❖ mandi air suam ❖ mandi berwap
BAB 7 PENINGKATAN TAMADUN INDIA DAN CHINA Ekonomi Pemerintahan dan Pentadbiran Perluasan Kuasa Kebudayaan Teknologi Keagamaan 7.1 TAMADUN INDIA (Selepas Tamadun Indus runtuh) Lokasi dan Perkembangannya • Lembah Ganges. • Bermulanya tahap kedua. • Muncul kerajaan kecil dikenali sebagai Janapada bersifat kepuakan. • Janapada membentuk kerajaan yang lebih besar dikenali sebagai Mahajanapada yang diterajui oleh raja. • Kerajaan Magadha (timur laut India – kedudukan yang strategik, laluan perdagangan) merupakan kuasa penting antara tahun 540-490 Sebelum Masihi. • Kemunculan Magadha memulakan sistem politik India. Antara kerajaan yang mucul termasuk: (a) Kerajaan Dinasti Nanda (b) Kerajaan Dinasti Maurya (c) Kerajaan Dinasti Gupta Perluasan Kuasa dalam Tamadun India • Berlaku persaingan untuk meluaskan kuasa. (Usaha kerajaan atau raja menguasai dan meluaskan pengaruh terhadap pihak lain) • Peringkat awal, persaingan bersifat fizikal. • Peringkat seterusnya, persaingan bersifat keagamaan. • Kepentingan : Kesejahteraan dan perdamaian. Faktor Perluasan Kuasa • Kekuatan tentera (pasukan tentera yang kuat utk mempertahankan negara) • Dasar pemerintahan (diterajui oleh raja) • Sumber manusia (Menjamin kerajaan ditadbir dgn baik dan berkesan) • Diplomasi keagamaan (Aspek kemanusiaan dan keagamaan) • Kewangan (pembiayaan daripada perbendaharaan negara) Bentuk Perluasan Kuasa (i) Perluasan fizikal – bergantung kepada sempadan wilayah • Penguasaan wilayah-wilayah membentuk empayar • Berlaku apabila kerajaan yg tewas mengakui taklukan dan mematuhi peraturan
• Faktor yg mendorong dasar perluasan kuasa termasuk kekuatan ketenteraan, disiplin pasukan tentera dan dasar pemerintahan raja • Contoh perluasan kuasa semasa pemerintahan dinasti: (a) Dinasti Nanda (345-321 Sebelum Masihi) Faktor: kekuatan tentera Jenis Tentera Bilangan Tentera Kavalri (Tentera Berkuda) 20000 Infantri (Tentera Berjalan Kaki) 200000 Tentera Bergajah 3000 Empayar Nanda meliputi: 1. Wilayah Bengal di timur India 2. Wilayah Punjab di barat India 3. Wilayah Deccan Pusat pemerintahan empayar Nanda terletak di Pataliputra (Patna) (b) Dinasti Maurya (322-185 Sebelum Masihi) Faktor: Kekuatan Tentera Jenis Tentera Bilangan Tentera Kavalri (Tentera Berkuda) 30000 Infantri (Tentera Berjalan Kaki) 600000 Tentera Bergajah 9000 Empayar Maurya meliputi wilayah Bengal di timur hingga Hindu Kush di barat. Pusat pemerintahan terletak di Pataliputra. Dasar perluasan kuasa dilaksanakan semasa pemerintahan: 1. Chandragupta Maurya 2. Asoka – (Menguasai Kalinga – 150000 hilang harta, 100000 org terbunuh) (c) Dinasti Gupta (320 – 550 Masihi) Faktor: Keadah ketenteraan Diterajui oleh Chandragupta I, menguasai dari Punjab hingga ke Benggal. (ii) Perluasan keagamaan – merentas sempadan wilayah Berlaku pada zaman Maurya dan Asoka (a) Perluasan kuasa keagamaan Zaman Maurya • Penyebaran agama Buddha • Undang-undang Asoka diukir pada tiang batu (Tiang Asoka) Ketua Misi Negara Mahendra Sri Lanka Sona dan Utara Asia Tenggara (b) Perluasan kuasa keagamaan Zaman Gupta • Penyebaran agama Hindu • Pemerintahan Gupta memberi penekanan berasaskan agama Hindu dalam bidang: 1. Kebudayaan 2. Kesusasteraan
3. Seni bina 4. Perdagangan 5. Pemerintahan • Raja Samudragupta (335-376 Masihi) memerintah bidang kesusasteraan. Hasil puisi Kaviraja (Raja Penyair) Sumbangan dalam Aspek lain Bidang Sumbangan Kesusasteraan 1. Kitab Arthasastra – hasil Kautilya rujukan pada zaman Maurya. Kesenian 1. Lukisan di gua Ajanta dan Ellora bukti keagungan kesenian Perdagangan 1. Daratan dan Maritim 2. Wang syiling emas pada zaman Gupta 7.2 TAMADUN CHINA Lokasi dan Perkembangannya • Lembah Sungai Huang He : Dinasti Qin , Dinasti Han (Kesuburan tanah dan kedudukan strategik) (i) Perkembangan Tamadun Zaman Qin (221-206 Sebelum Masihi) • Pemerintahan Raja Zheng (gelaran Maharaja Shi Huangdi) kerajaan utama, pusat pemerintahan di Xianyang, meliputi wilayah yang luas sehingga bahagian utara hingga Gurun Gobi dan bahagian selatan China bersempadan dengan Vietnam. Membina Tembok besar. (ii) Perkembangan Tamadun Zaman Han (206 Sebelum Masihi -220 Masihi) • Pemerintahn Liu Bang (Maharaja Gaozu). Empayar meliputi utara china, sempadan Vietnam di selatan, utara korea di timur, Turkistan di barat. Terdapat 2 tahap: Han Awal dan Han Akhir Pusat Pemerintahn kerajaan Han Awal di Chang’an manakala Han Akhir di Loyang. Perkembangan dalam perdagangan berlaku ekoran pembukaan Laluan Sutera (laluan perdagangan daratan yg terpanjang di dunia – melibatkan tamadun China hingga Rom )
Perkembangan Pendidikan dalam Tamadun China 1. Bermula sejak zaman Dinasti Shang. Dinasti Zhou Konfusius (551-479 sebekum masihi) Lun Yu atau Analects merupakan karya terkenal. Dinasti Qin Han Fei Zi Undang- undang Han Fei Zi. Ketegasan bagi mengawal tingkah laku dan diperkenalkan semasa pemerintahan Maharaja Shi Huangdi dan bertindak menyeragamkan system tulisan. Dinasti Han Cai Lun Ajaran Konfusianisme dan teknologi pembuatan kertas 2. Matlamat sistem pendidikan China untuk tujuan kecekapan pentadbiran negara dan golongan terpelajar menduduki hierarki teratas dalam kedudukan sosial masyarakat. Matlamat termasuk: (a) Lulus peperiksaan perkhidmatan awam (b) Mengekalkan ajaran Konfusianisme (c) Membezakan golongan elit dengan golongan rakyat (d) Memilih pengawai kerajaan (e) Memupuk nilai moral dan etika 3. Tahap Sistem pendidikan China merangkumi 3 peringkat, iaitu: (a) Peringkat rendah (b) Peringkat menengah (c) Peringkat tinggi Kemahiran kendiri diukur berasaskan: (a) Menghafal (b) Memahami (c) Menulis (d) Menterjemah 4. Peperiksaan Perkhidmatan Awam Peperiksaan Awam membolehkan seseorang menerima penghormatan dan meningkatkan taraf social. Dilaksanakan semasa Maharaja Wu dan dimansuhkan oleh Maharani Dowager Cixi. Calon (hanya lelaki) yang menduduki peperiksaan dikehendaki menghafal kandungan ‘Sembilan Buku Suci’ (Empat Buku dan Lima Kitab) 5. Tahap Peperiksaan Perkhidmatan Awam (a) Tahap pertama (Xiucai) (b) Tahap kedua (Juren) (c) Tahap ketiga (Jinshi)
MODUL 8 Tamadun Islam & Sumbangannya DISEDIAKAN OLEH : PN NORIZAN AHMAD JAFFRI SMK SERI BENTONG
STANDARD KANDUNGAN Latar belakang masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam Kemunculan dan Perkembangan Tamadun Islam Ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin Sumbangan tamadun Islam kepada Dunia Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Seni Bina
8.1 Latar Belakang Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam Sebelum kedatangan Islam masyarakat Arab mempunyai cara hidup dan petempatan yang berbeza dari segi politik, ekonomi dan sosial Mereka tinggal di Semenanjung Tanah Arab yang dikelilingi Padang Pasir Syam Di Utara Laut Arab Di Selatan Teluk Parsi Di Timur Laut Merah Di Barat
Latar belakang masyarakat Arab Terdapat beberapa wilayah seperti Najd, Hijaz, Yaman, Oman dan Hadramaut Di wilayah Hijaz terdapat 3 kota yang strategik dan berkembang sebagai pusat pertanian dan perdagangan Makkah Taif Madinah
Latar belakang masyarakat Arab Selepas keruntuhan Empangan Maarib sekitar tahun 300 Masihi, berlaku kemerosotan ekonomi dan menjejaskan kehidupan sosial masyarakat Arab sehingga tidak mampu membina semula Empangan Maarib Ketika itu masyarakat arab mengalami zaman kegelapan atau dikenali sebagai ZAMAN JAHILIAH (JAHIL daripada ketiadaan nabi dan kitab suci sebagai petunjuk)
SISTEM POLITIK MASYARAKAT JAHILIAH Terbahagi kepada 2 kaum utama yang tinggal dalam kelompok kabilah a)HADHARI – yang tinggal di kota, menjalankan perniagaan dan memiliki binatang ternakan b)BADWI – yang hidup secara nomad dengan memelihara binatang ternakan
CIRI-CIRI POLITIK MASYARAKAT ARAB Mengamalkan sistem kabiliah yang diketuai oleh seorang syeikh Syeikh yang dilantik mestilah disukai ahli kabilah, berani, matang,pandai berpidato dan sanggup mempertahankan puaknya Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berdasarkan keturunan yang digelar semangat assabiyah Mereka bermegah dan taksub dengan kabilah masing-masing dan sering berperang untuk merebut pengaruh, kuasa dan harta
SISTEM EKONOMI MASYARAKAT JAHILIAH Kegiatan ekonomi utama bidang pertanian dan perdagangan Kegiatan ekonomi penduduk berdasarkan kawasan KAWASAN KEGIATAN EKONOMI Semenanjung Tanah Arab Tanah kurang subur untuk pertanian Yaman • Tanaman gandum dan kopi bergantung pada hujan • Memasarkan hasil dagangan dari Hadramaut dan India ke Syam dan Mesir Oman Tanaman sekoi dan padi Mahra dan Hadramaut Tanaman Kemenyan Hijaz • Membeli barang dari Yaman dan Habsyah dan menjualnya di Syam dan Mesir • Sejak abad ke-6 Masihi, menjadikan Makkah sebagai pusat perdagangan yang baharu
Kegiatan Ekonomi Kaum Badwi Menternak bintang seperti unta, biri-biri dan kambing Menternak secara nomad (berpindah-randah) untuk mendapatkan rumput dan air Mengamalkan sistem tukar barang dengan menukarkan binatang dan hasil ternakan dengan barang keperluan seperti kurma dan pakaian
Kegiatan Ekonomi Kaum Hadhari Berdagang secara KAFILAH iaitu membawa barang dagangan merentasi padang pasir. Perniagaan yang dijalankan hanya mementingkan keuntungan, mengamalkan riba dan penipuan timbangan
SISTEM SOSIAL MASYARAKAT JAHILIAH SISTEM SOSIAL Agama dan kepercayaan Adat dan kehidupan seharian
AGAMA & KEPERCAYAAN Yahudi Dianuti oleh Bani Israel yang menetap di utara Semenanjung Tanah Arab Hunafa’ Terdapat penganut yang mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS tetapi dicampuraduk dengan amalan tradisi Majusi Agama yang berasal dari Parsi iaitu menyembah api yang dianuti oleh penduduk Yaman, Oman dan Bahrain yang menerima pengaruh Parsi Wathani Menyembah Berhala seperti al-Latta, al-Uzza, Al-Manat dan Hubal. Terdapat 360 Berhala disekeliling Ka’abah Nasrani Agama yang dianuti oleh Bani Israel dan dikembangkan di utara Semenanjung Tanah Arab oleh penduduk Hirah dan Ghassan Animisme Mempercayai roh dan kuasa ghaib
ADAT & KEHIDUPAN SEHARIAN Mengamalkan tilik nasib Mempercayai ahli sihir dan kuasa azimat Memandang rendah pada kaum wanita Melakukan maksiat seperti berjudi, berzina, minum arak dan angkuh Memandang hina pada golongan hamba
SIKAP BAIK MASYARAKAT JAHILIAH Memuliakan tetamu Menepati janji Menghormati tuan rumah Menjaga kehormatan diri Gigih dan sanggup berkorban untuk tetamu. Cth: memasang api ditempat tinggi untuk membantu penggembara yang sesat Bersyair, bersajak dan pidato. Karya bermutu akan digantung di Kaabah dan dibaca dalam Temasya tahunan di Pasar Ukaz
8.2 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun Gajah bersamaan 20 April 570 Masihi Ayah : Abdullah Bin Abdul Mutalib (peniaga yang berulang alik dari Makkah ke Syam. Meninggal dunia semasa nabi berada dalam kandungan ibunya Ibu : Aminah Binti Wahab. Meninggal dunia semasa nabi berusia 6 tahun Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib, selepas 2 tahun datuknya meninggal dunia dan nabi dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib Nabi Muhammmad SAW pernah berniaga ke Syam dan sekitar kota Makkah Menjalankan perniagaan milik Siti Khadijah. Budi pekerti yang mulia dan amanah mewujudkan rasa hormat Siti Khadijah kepada nabi sehingga membawa kepada perkahwinan mereka
Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin Agama Islam Penerimaan wahyu pertama 17 Ramadhan (6 Ogos 610M) di Gua Hira’ merupakan detik pertama permulaan tamadun Islam a)Wahyu pertama dari surah al-Alaq (ayat 1-5) b)bermula dengan perkataan iqra (bacalah) c)Membaca dan menulis merupakan asas ilmu pengetahuan untuk melahirkan tamadun d)Melalui semagat iqra maka lahirlah tamadun Islam yang berkembang maju
Wahyu kedua… Surah al-Mudassir (ayat 1-7) Merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai Pesuruh Allah atau Rasulullah Baginda diwajibkan menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia
Nabi Muhammad SAW menyebarkan Islam RAHSIA Selama 3 tahun Siti Khadijah, Ali bin Abi Talib, ZaidBin Harithah dan Abu Bakar Al-Siddiq memeluk Islam Dakwah dijalankan memalui sahabat baginda dirumah AlArqam bin Abi al-Arqam TERANGTERANGAN Dakwah kepada kaum keluarga di Bukit Safa Mendapat tentangan bapa saudara Abu Lahab Baginda tabah menghadapi tentangan daripada orang Arab Quraisy
Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah untuk menyebarkan Islam…
Sifat Terpuji Nabi Muhammad SAW SIIDIQ – Berkata benar TABLIGH – Menyampaikan AMANAH – Dipercayai FATANAH - Bujaksana
Strategi Penyebaran Agama Islam Secara diplomasi dan menunjukkan nilai-nulai yang baik Menerusi warkah menyeru memeluk islam Mewujudkan persefahaman dengan kawasan tersebut
Penyebaran Agama Islam Zaman Khulafa Al-Rasyidin ABU BAKAR ALSIDDIQ • Menegetuai peperangan alRiddah iaitu memerangi golongan murtad keran aenggan membayar zakat • Tentera Islam mencapai kemenangan dan semakin ramai memeluk Islam UMAR BIN ALKHATTAB • Menghantar golongan peneroka untuk membuka wilayah baru di Utara Sem. Tanah Arab seperti Iraq, Mesir dan Syam • Pembahagian Wilayah Islam yang luas kepada beberapa bahagian untuk memudahkan pentadbiran UTHMAN BIN AFFAN • Mentadbir wilayah Islam yang luas merangkumi kerajaan Parsi dan beberapa bahagian kerajaan Byzantium di laut Mediterranean • Melantik gabenor bagi mengetuai pentadbiran wilayah Islam ALI BIN ABI TALIB • Islam semakin mantap dan kukuh • Wilayah Islam semakin luas dan makmur
Penyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan Islam Kerajaan Bani Umaiyah Kerajaan Bani Abbasiyah Kerajaan Turki Utmaniyah
FAKTOR PENYEBARAN AGAMA ISLAM FAKTOR PENERANGAN 1. DAKWAH Pendekatan secara diplomasi dan bujaksana 2. PERDAGANGAN Hubungan baik dengan pedagang Arab dengan pedagang asing di Asia dan Afrika 3. KESYUMULAN ISLAM Keseimbangan rohani dan jasmani serta tidak menolak kemajuan dunia 4. HUBUNGAN DIPLOMATIK Kerajaan Islam dengan negara lain di eropah 5. PRINSIP KETERBUKAAN Amalan tolenransi, keterbukaan dan tolak ansur 6. PRINSIP KESAKSAMAAN Berasaskan kesaksamaan dan keadilan 7. PEMBUKAAN WILAYAH BARU Seperti Iraq, Mesir dan Syam
8.3 KETOKOHAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI PEMIMPIN Pemimpin Negara Pemimpin Masyarakat Pemimpin Ekonomi Pemimpin Tentera KETOKOHAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI PEMIMPIN