1
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 2 PERKARA M/S ❖ KATA ALUAN GURU BESAR 5 PENTADBIRAN 7-39 • SENARAI NAMA GURU DAN STAFF SK TAMAN JELUTONG TAHUN 2023/2024 7 • ENROLMEN MURID/GURU/STAFF SEKOLAH TAHUN 2023/2024 8 • SURAT PERLANTIKAN JAWATAN DAN TUGAS 2023/2024 9 • PERLANTIKAN JAWATAN KHAS SKPM@Kualiti Sekolah 10 • SURAT AKU JANJI 11 MAKLUMAT SEKOLAH • WAKTU PERSEKOLAHAN TAHUN 2023/2024 12 • POLISI / ETIKA PROFESIONALISME PERKHIDMATAN SKTJ 2023/2024 13-18 • DASAR HEM 21-25 • DASAR KOKURIKULUM 26-33 • PANDUANN PENILAIAN MARKAH KOKURIKULUM 34-37 • PSO SASARAN SEKOLAH 38 • PENGURUSAN KEDATANGAN MURID 39 • DASAR-DASAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN 40-49 ➢ Sarana Ibu Bapa Dan Sarana Sekolah ➢ Melangkah Ke Hadapan ➢ Kbat ➢ Kerangka dan Matlamat Sekolah TS25 ➢ Sekolahku Sejahtera & ABC ➢ 7 Teras Utama KPM • LOGO SEKOLAH 50 BENDERA SEKOLAH 51 PIAGAM PELANGGAN 52 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 52 MOTO, VISI DAN MISI SEKOLAH 53 ASPIRASI PENDIDIKAN 53 TAKWIM 54-58 • PENGGAL PERSEKOLAHAN 2023/24 55 • CUTI PERAYAAN 56 • JUMLAH HARI PERSEKOLAHAN 57 • CUTI KELEPASAN AM NEGERI KEDAH 58 PENGURUSAN ORGANISASI • SEJARAH SEKOLAH 59 • SENARAI GURU BESAR 60 • SENARAI GURU KELAS 2023/2024 65-66 • CARTA ORGANISASI TS25 61-64 ➢ Jk Induk Jelutong Gemilang 67-78 MENJANA INSAN CEMERLANG
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 3 ➢ Jawatankuasa Pengurusan Sumber Pendidikan ➢ Jawatankuasa Pengurusan & Pentadbiran Sekolah • JADUAL GURU BERTUGAS 79-82 • TAKWIM BULANAN/KALENDAR 83-95 KURIKULUM 96-108 • CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KURIKULUM TAHUN 2023/2024 • CARTA GANTT KURIKULUM 2023/24 • JAWATANKUASA INDUK PENGURUSAN KURIKULUM 2023/24 • PENGURUSAN MASA INTRUKSIONAL • BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN NILAM • JAWATANKUASA e-PRESTASI/ PBPPP • BIDANG TUGAS PBPPP • TAKWIM UJIAN / PEPERIKSAAN 2023/24 PENGURUSAN KURIKULUM BERKUALITI (PKB) 109-114 • JADUAL AGIHAN SEMAKAN REKOD PENGAJARAN GURU • JADUAL PENCERAPAN PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN GURU • JADUAL AGIHAN SEMAKAN KEKERAPAN LATIHAN MURID • JADUAL AGIHAN TUGAS PEMANTAUAN PRESTASI MURID • JADUAL AGIHAN PEMANTAUAN BILIK DARJAH TAHUN 2023/24 PENGURUSAN HEM 105-137 • VISI , MISI , MOTTO DAN MATLAMAT HEM • CARTA ORGANISASI UNIT HEM • JAWATANKUASA INDUK HAL EHWAL MURID • JAWATANKUASA PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH • JAWATANKUASA BADAN PENGAWAS SEKOLAH • JAWATANKUASA APDM / KEHADIRAN MURID • JAWATANKUASA KANTIN DAN ADUAN • JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING • JAWATANKUASA KESIHATAN / PERGIGIAN • JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS • JAWATANKUASA KESELAMATAN / LAWATAN KO KURIKULUM 138-173 • PANDUAN MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM • FOKUS KOKURIKULUM / SASARAN KOKURIKUKUM 2023 • CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM DAN SUKAN 2023 • CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM 2023 • CARTA ORGANISASI MAJLIS SUKAN (MSS) 2023 • JAWATANKUASA MAJLIS PEMBANGUNAN SUKAN • JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM 2023/24 • JURULATIH PASUKAN SEKOLAH • JAWATANKUASA MAJLIS SUKAN (MSS) 2023/24 /JAWATANKUASA PAJSK 2023/24 JAWATANKUASA KECEMERLANGAN KO – AKADEMIK 2023/24 • JAWATANKUASA PROGRAM UNIT KOKURIKULUM SKTJ 2023/24 • SENARAI GURU RUMAH SUKAN • JADUAL LATIHAN RUMAH SUKAN • BADAN UNIT BERUNIFORM • KELAB DAN PERSATUAN • SUKAN DAN PERMAINAN • PERINCIAN AKTIVITI KOKURIKULUM 2023/24 • CARTA GANTT KOKURIKULUM 2023/24 • PERANCANGAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH 2023/24
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 4 • PANDUAN PENGURUSAN KEGIATAN KOKURIKULUM PENGURUSAN KEWANGAN 174-176 • JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN , AKAUN DAN ASET • TATACARA KEWANGAN 2023/24 • PENGURUSAN PEJABAT141 177-179 • PANDUAN PENGUNAAN PERALATAN PEJABAT • MASA BERTUGAS STAFF • JAWATANKUASA KEBERSIHAN PENGURUSAN PERSEKITARAN DAN KEMUDAHAN FIZIKAL 180-182 • JAWATANKUASA PERABOT PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 183-184 • JAWATANKUASA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR 185-187 • JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU • JAWATANKUASA PIBK PENGURUSAN PRA SEKOLAH 187 • PROGRAM/AKTIVITI LAMPIRAN 1: PELAN LALUAN KECEMASAN 191
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 5 Alhamdulilah bersyukur kepada Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia-Nya buku pengurusan dapat disiapkan seperti yang dirancang. Selamat bertemu kembali dalam tahun 2023/24 di era Gelombang 3 PPPM . Buku Pengurusan ini yang meliputi tugas secara kolektif para guru dan semua kumpulan pelaksana diharap sentiasa beriltizam dan berusaha melonjak kecemerlangan dan kemenjadian murid. Buku Strategi Pengurusan Sekolah telah dapat diterbitkan untuk rujukan dan panduan kepada semua guru dan warga sekolah. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Penolong Kanan Pentadbiran,Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru/staf sokongan yang turut membantu menyediakan manual panduan pengurusan ini. Sesungguhnya dedikasi,komitmen dan keikhlasan tuan/puan sangat saya hargai. Matlamat Sekolah adalah untuk membangunkan modal insan yang terpuji dan insaniah sesuai dengan keinginan menjadikan murid sebagai Anak Yang baik Lagi Cerdik. Harapan saya, Buku Strategi Pengurusan Sekolah ini, dapat membantu warga sekolah melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan mengamalkan semangat kerja sepasukan demi merealisasikan visi dan misi sekolah. Semua pihak yang terlibat dapat mengambil tanggungjawab dan melaksanakan secara kompeten bagi menghasilkan murid yang berdaya saing bagi menyambut cabaran Revolusi Industri 4.0 Semua warga sekolah harus memainkan peranan agar setiap murid berupaya membangunkan potensi diri selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Bekerjalah dengan semangat sepasukan dan beriltizam untuk Menjana Insan Cemerlang. Insya Allah kita pasti melihat Jelutong Gemilang. Akhir kata, saya yakin kita mampu meraih kecemerlangan dengan amalan kerja sepasukan. Ingatlah kerja itu sebagai amanah dan ibadah. Selamat menjalankan tugas. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan amanah, Norwati Bt Saleh Guru Besar, SK.Taman Jelutong KATA ALUAN GURU BESAR
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 6 PENTADBIRAN RAN
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 7 SENARAI NAMA KAKITANGAN SK TAMAN JELUTONG, KULIM, KEDAH BIL No.JPK NAMA NO.K/P BARU GRED JAWATAN 1 34053 Norwati binti Saleh 660708-04-5006 GURU BESAR DG44(KUP) 2 49080 Wan Azimah Idris binti Muhamad Idris 720127-05-5056 PK PENTADBIRAN DG42(KUP) 3 55054 Suhaili binti Samsudin 790512-08-5802 PK HEM DG44(KUP) 4 58092 Rozana binti Mat Jana 790525-09-5102 PK KOKURIKULUM DG48(KUP) 5 50003 Abdul Hakim bin Othman 750928-09-5055 PPP DG44(KUP) 6 57472 Anita binti Bakar 700411-09-5030 PPP DG42(KUP) 7 65756 Atirah binti Osman 790803-02-5420 PPP DG48(KUP) 8 84573 Fa'eid bin Mat Salleh 810418-03-5011 PPP DG44(KUP) 9 71753 Faridah binti Che Din 700527-02-5296 PPP DG44(KUP) 10 85296 Faridah binti Razali 860612-38-6750 PPP DG44 11 44459 Hasbima binti Halim 730719-08-5768 PPP DG42(KUP) 12 68310 Hasmah binti Yusoff 810227-02-5056 PPP DG44(KUP) 13 85525 Khadijah binti Saleh 860226-07-5102 PPP DG41 14 85555 Mad Yusob bin Abdurahman 841212-02-5899 PPP DG44(KUP) 15 84127 Madihah binti Ahmad Fuad 881113-02-5056 PPP DG44 16 50641 Mat Zaki bin Mohamad 710111-08-6529 PPP DG44(KUP) 17 81355 Mohamad Aizat bin Ahmad Sofi 910706-02-5799 PPP DG41 18 79046 Mohamad Azlan bin Mohd Taher 900302-07-5117 PPP DG44 19 75398 Mohd Syafiq bin Johari 850731-05-5613 PPP DG44(KUP) 20 67252 Noor Hafizah binti Abdul Rani 790116-02-5322 PPP DG48(KUP) 21 83073 Nor Haslizawati binti Mohd Ishak 851009-02-5606 PPP DG44(KUP) 22 64968 Norhayati binti Yusof 820307-08-5250 PPP DG44(KUP) 23 57899 Norman Rizal bin Mohd Ghazali 761126-08-5393 PPP DG34(KUP) 24 64582 Norziani binti Mat Salleh 790224-03-5202 PPP DG44(KUP) 25 62349 Nur Mohd Azmi bin Ali 790709-08-5451 PPP DG44(KUP) 26 81869 Nur Zahirah binti Ali Hakbar 931124-07-5828 PPP DG41(KONTRAK) 27 79953 Nurul Munirah binti Abdullah 910531-08-6126 PPP DG41 28 75397 Nurulhuda Azwana binti Alias 810803-02-5282 PPP DG44(KUP) 29 76580 Pavitra A/P Armugam 870807-35-5320 PPP DG44(KUP) 30 63294 Prema A/P Periasamy 820926-08-5954 PPP DG44(KUP) 31 49095 Romziah binti Tam 730122-02-5738 PPP DG44(KUP) 32 64726 Saifuzzaman bin Omar 731228-07-5607 PPP DG44(KUP) 33 71061 Salma Solihah binti Mansor 800203-11-5314 PPP DG44(KUP) 34 59585 Salmiza binti Hassan 780111-02-5586 PPP DG48(KUP) 35 58324 Shahroni binti Muhsin 740929-07-5604 PPP DG48(KUP) 36 52247 Shariffudin bin Jusoh 720921-03-5159 PPP DG44(KUP) 37 84574 Sharvina A/P Watalinggam 910819-07-5784 PPP DG41 38 58161 Siti Hafizah binti Othman 700623-02-5368 PPP DG48(KUP) 39 80506 Thiviya A/P Muniandy 870619-02-5260 PPP DG44(KUP) 40 69746 Zabidah binti Hassan 840920-02-5350 PPP DG44(KUP) 41 49357 Zuriyawani binti Dahari 760319-08-5264 PPP DG38(KUP) AKP 1 57563 Rosmawati binti Harun 671120-02-5016 Ketua Pembantu Tadbir N22 2 57774 Syabrina binti Samsudin 810916-08-5388 Pembantu Tadbir N22(KUP) 3 59057 Haliza binti Non 740503-07-5324 Pemb. Pengurusan Murid N22(KUP) 4 71456 Fadilah binti Ayub 801110-07-5610 Pembantu Operasi N11
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 8 ENROLMEN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN JELUTONG (2023/24) ENROLMEN GURU Kategori Melayu Cina India Jumlah Lelaki 11 0 0 11 Perempuan 26 0 4 30 Jumlah Besar 41 0 4 41 ENROLMEN STAF SOKONGAN Kategori Melayu Cina India Jumlah L P L P L P Ketua Pembantu Tadbir 1 1 Pembantu Tadbir 1 1 Pemb. Pegawai Murid(PPM) 1 1 Pembantu Operasi 1 1 Jumlah 4 4 JUMLAH BESAR 4 4 ENROLMEN MURID TAHUN MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH JUMLAH L P L P L P L P L P 1 62 42 1 63 42 105 2 51 52 51 52 103 3 54 39 54 39 93 4 56 38 56 38 94 5 50 45 50 45 96 6 53 34 1 53 34 88 PRA 12 13 12 13 25 338 263 2 338 263 604
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 9 ________________________________________________________________________________ Ruj Kami : 30/001/2(A) Tarikh : 19/03/2023 Semua Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) SK Taman Jelutong Tuan PELANTIKAN JAWATAN DAN TUGAS 2023/2024 Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan sekolah telah melantik tuan sebagai jawatankuasa yang tercatat di dalam Buku Pengurusan Transformasi Gemilang mengikut bidang seperti dilampiran 2.1 Pengurusan Dan Kepimpinan Organisasi 2.2 Pengurusan Hal Ehwal Murid 2.3 Pengurusan Kokurikulum 2.4 Pengurusan Kewangan 2.5 Pengurusan Pentadbiran 3. Pelantikan ini berkuatkuasa dari 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024. 4. Pihak pengurusan sekolah berharap agar tuan dapat melaksanakan tugas yang diberikan ini dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab selaras kehendak visi dan misi sekolah serta Dasar Pendidikan Kebangsaan. 5. Kerjasama dan perhatian daripada tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, NORWATI BIN SALEH Guru Besar SK Taman Jelutong 2.6 Pengurusan Kurikulum 2.7 Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan fizikal 2.8 Pengurusan dan Pembangunan 2.9 Perhubungan Luar KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong 09000 Kulim, Kedah DarulAman Tel : 04 – 4954444, Faks : 04 – 4915609 Emel : [email protected]
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 10 _______________________________________________________________________________________ Ruj. Kami: SKTJ:30/005/32A Tarikh : 19 /03 /2023 ` Semua Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana Tuan, PELANTIKAN JAWATAN KHAS STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA @(Kualiti Sekolah) SK TAMAN JELUTONG BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024 Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas. 2. Adalah dimaklumkan berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada saya melalui Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998 P.U.(A) 1996, tuan telah dilantik memegang jawatan dan dipertanggungjawabkan menjalankan tugas-tugas Jawatan Khas dalam Jawatankuasa SKPM@Kualiti Sekolah seperti yang tertera di dalam Buku Pengurusan SK Taman Jelutong yang berkuatkuasa pada 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024. 3. Seterusnya tuan/puan dilantik mewakili Guru Besar SK Taman Jelutong untuk menyelia, menyelenggara, mengawal dan menguruskan bidang dibawah SKPM@Kualiti Sekolah bagi melancarkan perjalanan sekolah. 4. Saya berkeyakinan penuh bahawa tuan/puan boleh melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan ini dengan cekap dan berkesan. 5. Kerjasama tuan.puan amatlah dihargai demi memastikan kecemerlangan SK Taman Jelutong berterusan seiring dengan moto sekolah iaitu ”MENJANA INSAN CEMERLANG”. Sekian, terima kasih “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah NORWATI BT SAALEH Guru Besar SK Taman Jelutong SURAT AKU JANJI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SK Taman Jelutong 09000 Kulim, Kedah Darul Aman Tel : 04-495 4444 Faks : 04-4915609 E-mel : [email protected]
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 11 Saya,…………………………………………………………, No. Kad Pengenalan………………………………… beralamat di .…………………………………………………………………………………………………………… dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling dan surat pekeliling serta peraturan dan arahan lain yang dikeluar dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu saya berjanji sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bahawa saya: (i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan; (ii) akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab; (iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya; (iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam saya; (v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam; (vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya sendiri; (vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama perkhidmatan awam; (viii) tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam; dan (ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah. Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. ………….…………………… ……………………………… (Tandatangan Pegawai) (Jawatan Pegawai) Di Hadapan: ………………………………………. (Tandatangan Ketua Jabatan) ………………………………………………………………………… (Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan) ………………………………… …………………………… (Cop Rasmi Jabatan) (Tarikh)
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 12 WAKTU PERSEKOLAHAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 *Tahap 2: Rabu ( 2.00-3.00- uniform/ 3.00-4.00 ptg- sukan/permainan) WAKTU MASA TAHUN 1, 2 DAN 3 TAHUN 4 ,5 DAN 6 LOCENG PERTAMA 07.35 PAGI PERHIMPUNAN PAGI 07.35PAGI PERHIMPUNAN PAGI 1 07.45-8.15 07.45-8.15 2 08.15-8.45 08.15-8.45 3 08.45-9.15 08.45-9.15 4 09.15- 09.45 09.15- 09.45 5 09.45-10.15 09.45-10.15 6 10.15-10.45 10.15-10.45 7 10.45-11.15 10.45-11.15 8 11.15-11.45 11.15-11.45 9 11.45-12.15 11.45-12.15 10 12.15-12.45 12.15-12.45 11 12.45- 1.15 12.45- 1.15 Catatan Ahad- 7:45-1.15 Isnin -Khamis:7.45-12.45 Ahad,Isnin Selasa,Khamis : 7.45-1.15) Rabu-7.45-4.00
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 13 MASA BERTUGAS GURU (MENGIKUT KETETAPAN SESI PAGI 1.1 Waktu masuk : Sebelum 7.30 pagi pada setiap hari persekolahan 1.2 Waktu balik : Selepas 2.00 petang kecuali hari Rabu 4.00 petang 1.3 Hari Sabtu : Bergantung kepada aktiviti yang dijalankan, guru – guru perlu hadir pada 8.00 pagi hingga sekurang – kurangnya jam 12.30 tengah hari. 1.4 Masa bertugas Penolong – Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran: 1.4.1 Penolong Kanan Pentadbiran 7.30 pagi hingga 2.30 petang 1.4.2 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pada hari – hari ditetapkan 1.4.3 Penolong Kanan Kokurikulum (mengikut Jadual Bertugas Pentadbir) 1.5 Jadual aktiviti sukan/aktiviti kokurikulum/ tugas khas – wajib hadir mengikut ketetapan yang akan diberitahu. 1.6 Guru yang melaksanakan tuisyen perlu membuat surat permohonan kepada pentadbir sekolah. Guru hanya dibenarkan membuat tuisyen 4 jam sahaja. 2. KEHADIRAN 2.1 Rekod Kehadiran 2.1.1 Semua guru wajib merekodkan kehadiran (waktu hadir dan waktu pulang) dalam sistem Kad Perakam Waktu kerja. 2.1.2 Guru perlu memaklumkan pergerakan keluar contoh : mesyuarat / bengkel / kursus dan merekod dalam Buku Pergerakan Keluar Guru. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali mendapat kebenaran Guru Besar atau arahan dari Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah dengan Jika tidak dapat hadir sekolah kerana sakit guru dan staf perlu: 2.1.2.1 Telefon, mesej ke sekolah kepada Guru Besar/Pen. Kanan dengan kadar segera memaklumkan sakit dan memohon cuti sakit dan perlu memaklumkan dengan kadar segera kepada Guru Kanan supaya jadual ganti kelas dapat segera disediakan. 2.1.2.2 Serahkan Sijil Sakit untuk pengesahan Guru Besar dan seterusnya kepada Pembantu 2.1.2.3 Operasi untuk rekod. 2.1.2.4 Cuti Bersalin: sebaik sahaja mendapat sijil Cuti Bersalin, perlu serahkan dengan kadar segera untuk urusan pengambilan Guru Ganti 2.1.3 Keluar Kawasan Sekolah 2.1.3.1 Semasa bertugas, semua staf perlu berada di dalam kawasan sekolah. 2.1.3.2 Jika perlu meninggalkan kawasan sekolah untuk tujuan urusan rasmi / kecemasan, semua staf perlu : 2.1.4.3 Memaklumkan kepada Guru Besar atau Penolong Kanan Pentadbiran (jika Guru Besar bertugas di luar sekolah), untuk tujuan kebenaran. POLISI , DASAR & ETIKA PROFESIONALISME PENTADBIRAN SK TAMAN JELUTONG 09000 KULIM
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 14 2.1.4.4 Semua staf yang perlu keluar kawasan sekolah mesti melengkapkan Buku Permohonan Keluar Sekolah dan memasukkan dalam Sistem Kehadiran semasa hendak keluar. 2.1.4 Guru/Staf yang mendapat Cuti Istimewa kerana isteri bersalin (7 hari) atau ahli keluarga terdekat meninggal dunia (3 hari kerana kematian suami /isteri / ibu kandung/bapa kandung / anak/ ibu dan bapa mertua) perlu memaklumkan kepada Pembantu Tadbir untuk dimasukkan dalam sistem kehadiran. 2.1.5 “Time – Off slip” yang diperolehi daripada doktor tidak boleh digunakan untuk mendapatkan cuti. Slip ini hanya dokumen yang mengesahkan bahawa guru keluar daripada kawasan sekolah dan diperakukan oleh doktor berkenaan bahawa seseorang guru itu telah menerima rawatan pada masa berkenaan.Kehadiran hari tersebut dikira selepas 4 jam berada di sekolah. 2.1.6 Majlis Rasmi Sekolah – Semua guru wajib hadir ke semua majlis rasmi sekolah sama ada diadakan di kawasan sekolah atau di luar. Contoh Majlis Rasmi Sekolah: Perhimpunan Rasmi Mingguan setiap hari Ahad,Perhimpunan Kokurikulum,Bacaan Yaasin, Hari Anugerah Cemerlang, Mesyuarat -mesyuarat yang ditetapkan, Kursus -kursus atau Latihan Dalam Perkhidmatan, Pertandingan – pertandingan dan seumpamanya. 2.1.7 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 3. CUTI REHAT Cuti Rehat atau Cuti Penggal. Mengikut Pekeliling KPM, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah menggantikan cuti rehat, tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal dalam satu-satu tahun itu (Perintah Am 50 (a) Bab C) untuk menjalankan tugas selain mengajar. Cuti Sakit Sijil sakit perlu untuk mendapat cuti sakit. Ketua Jabatan boleh beri cuti sakit apabila seseorang pegawai itu disahkan tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya oleh PPK / LP / Panel Doktor. Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang diterima mengikut Perintah Am Bab C 1 (xi). Cuti Tanpa Gaji (CTG) Mengikut Perintah Am Bab C, CTG boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. PAC 14 (b) – Urusan sendiri di dalam Malaysia atau PAC 14 (c) – Urusan sendiri di luar Malaysia. Kuasa melulus ialah Ketua Jabatan (Pengarah JPN). Jumlah cuti yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan. Had maksimum 360 hari. Syarat minimum layak memohon CTG ialah 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan. Perintah Am 14 A Bab C menyatakan tiada gaji bagi tempoh tidak hadir bekerja tanpa cuti – jika sesorang pegawai itu tidak hadir bekerja bagi suatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang munasabah, maka pegawai itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja itu. Cuti Rehat Khas Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017 – kadarnya 10 hari dalam satu tahun kelendar. Guru Besar boleh meluluskan CRK kepada PPP yang berkenaan asalkan tidak menganggu atau menggugat pembejaran dan pemudahcara (PdPc) di sekolah.
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 15 3.1 Guru layak memperolehi *10 hari Cuti Rehat dalam 1 tahun atau /*15 hari tertakluk perkhidmatan( mana-mana satu mengikut tahun berkhidmat). Cuti rehat bukan hak, ertinya ia hanya dibenarkan diambil setelah permohonan dibuat terlebih dahulu, disokong oleh Penolong Kanan (bagi guru) / Ketua Pembantu Tadbir (bagi staf sokongan) sebelum diluluskan oleh Guru Besar. Peraturan Dalaman Jabatan Pendidikan Negeri telah menetapkan bahawa cuti hendaklah ditaburkan sepanjang tahun, dengan separuh untuk 6 bulan pertama dan separuh lagi untuk 6 bulan kedua. 3.2 Prosedur Permohonan Cuti Rehat melalui HRMIS. 3.2.1 Rancang cuti / bincang dengan Guru Besar untuk maklum pemverikasian layak mohon cuti. 3.2.2 Isi Permohonan melalui HRMIS untuk disokong PKP dan kelulusan daripada Guru Besar 3.2.3 Borang Permohonan Cuti (manual) untuk tindakan KPT 3.2.4 Permohonan mendadak /segera melalui telefon adalah sangat tidak digalakkan. 3.3 Guru yang ingin memohon CRK perlu memaklumkan seminggu sebelum tarikh diminta. 4. SEKOLAH ADALAH KAWASAN TEMPAT KERJA 4.1 Semua guru mesti sentiasa berada di dalam kawasan sekolah/ di dalam kelas(jika ada kelas/bilik khas) 4.2 Guru dilarang berniaga/menerima kedatangan jurujual tanpa kebenaran pihak pentadbir sekolah 4.3 Guru tidak dibenarkan membawa orang asing ke kawasan sekolah tanpa mendapat kebenaran Guru Besar 5. ETIKA PAKAIAN & KASUT PENJAWAT AWAM 5.1 Semua guru dan semua staf sokongan adalah Penjawat Awam dan dengan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Berpakaian Penjawat Awam semasa menjalankan tugas rasmi dan semasa berada di dalam kawasan bertugas.(Ruj:SPP Bil. 2 Tahun1985, Pekara 6 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993, SPP Bil 1/2006, SPP Bil1/2008, SPP Bil 9/2013). 5.2 Penampilan diri, khususnya pemilihan pakaian ke pejabat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan, sopan , bersesuaian dan tidak menjolok mata / tidak ketat. 5.3 Semua guru dan staf sokongan mestilah memakai kasut bertutup & kasut hendaklah bertumit (perempuan). 5.4 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang yang sesuai 6. SEMUA GURU ADALAH PENGUATKUASA DISIPLIN MURID (Rujuk SPI dilampirkan) 6.1 Guru hendaklah bertindak dengan menegur / mengambil tindakan kepada masalah disiplin murid, khasnya dalam aspek – aspek berikut: 6.1.1 Adab dengan guru dan adab sesama murid 6.1.2 Peraturan di kantin 6.1.3 Merayau di luar kelas/bilik darjah 6.1.4 Tidak berada di dalam kelas semasa waktu rehat 6.1.5 Ketrampilan sebagai murid sekolah (pakaian sekolah/rambut) 6.1.6 Vandalisma, khususnya perabot di dalam kelas dan harta benda sekolah amnya 7. BUKU REKOD MENGAJAR 7.1 Setiap guru perlu menyediakan fail / buku rekod mengajar dan guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut 7.2 Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan dilengkapkan dengan maklumat – maklumat berikut: (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bi..3/1999 dan P.U.(A)) 531 – Peraturan – peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1977, iaitu: 7.2.1 Butir Peribadi Guru 7.2.2 Jadual Waktu Peribadi dan Kelas
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 16 7.2.3 Rancangan Pelajaran Tahunan 7.2.4 Rancangan Pelajaran Harian 7.2.5 Senarai Buku Teks dan Buku Rujukan 7.2.6 Rancangan Tahunan dan Rancangan Harian 7.2.7 DSKP Mata Pelajaran yang diajar 7.2.8 Markah Ujian / Peperiksaan yang dikemaskini 7.2.9 Catatan Kehadiran Mesyuarat / Bengkel / Kursus 7.3 Fail / Buku Rekod Mengajar mesti dibawa ke kelas semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas dalam 5.2) 7.4 Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Khamis atau hari terakhir persekolahan untuk disemak dan ditanda tangani oleh pentadbir sekolah 7.5 Jika seseorang guru bercuti atau berkursus, Buku Rekod Mengajar perlu diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran 8. MESYUARAT / TAKLIMAT / PERJUMPAAN GURU 8.1 Semua guru diwajibkan menghadiri mesyuarat / taklimat yang diberikan oleh Guru Besar/ Penolong Kanan seperti yang telah ditetapkan. 8.2 Sekiranya seseorang guru tidak dapat hadir kerana sesuatu sebab, guru berkenaan hendaklah memaklumkan kepada Guru Besar sekurang – kurangnya sehari sebelum mesyuarat dengan menyerahkan Surat Makluman Sebab Ketidakhadiran. 8.3 Guru – guru juga wajib hadir dalam mesyuarat yang dikendalikan oleh Ketua Panitia / Setiausaha Sukan / Ketua – ketua Penasihat Persatuan/Kelab/Unit dan mana – mana jawatan yang seumpamanya. 8.4 Semua ketidakhadiran guru perlu disusuli dengan Surat Tunjuk Sebab Ketidakhadiran kepada Guru Besar 9. MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI) 9.1 Jadual ganti akan dibuat oleh Penolong Kanan Kurikulum setiap hari persekolah. 9.2 Guru – guru yang perlu bertugas di luar seperti perlu menghadiri mesyuarat/ kursus dan sebagainya perlu merancang kerja untuk murid dan serahkan bahan-bahan kepada Penolong Kanan Pentadbiran untuk kegunaan Guru Ganti 9.3 Semua guru perlu tahu jadual ganti yang akan ditentukan oleh Penolong kanan Pentadbiran.,semua guru yang telah mengetahui tarikh kursus, perlu menyediakan bahan dan agar dapat digunakan oleh guru ganti. 9.4 Semua Ketua Panitia perlu memastikan bahawa semua panitia di bawahnya menyediakan bahan untuk digunakan sewaktu relief (guru relief apabila ada guru yang sakit) 10. JADUAL WAKTU / JADUAL GANTI 10.1 Guru Kelas hendaklah memastikan satu salinan Jadual Waktu Kelas dipamerkan di dalam kelas sendiri. 10.2 Semua guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar sepenuhnya. 10.3 Guru – guru yang mengajar mesti berada di dalam kelas / tempat mengajar mengikut jadual yang ditetapkan. Guru – guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas kecuali dipanggil oleh Guru Besar/Penolong Kanan atas tugas rasmi.
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 17 10.4 Semua guru mesti mematuhi Jadual Waktu Ganti yang ditetapkan kerana Jadual Waktu Ganti dianggap sebagai waktu mengajar. Oleh itu, guru mesti berada dalam kelas sewaktu Jadual Waktu Ganti. 10.5 Semua guru hendaklah melekatkan slip Jadual Waktu Ganti di dalam Buku Rekod Mengajar. 11. MELAKSANAKAN ARAHAN / TUGAS 11.1 Apabila diarahkan melaksanakan sesuatu tugas, contohnya mewakili sekolah membawa murid/menghadiri mesyuarat/mengarahkan murid melakukan sesuatu tugas, maka tugas itu hendaklah dilakukan oleh guru berkenaan dan staf yang ditugaskan, tidak dibenarkan mengarahkan orang lain tanpa kebenaran Guru Besar. 11.2 Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diserahkan kepada staf lain walaupun dipersetujui oleh staf yang menggantikan, mestilah mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu. 11.3 Tugas pengurusan yang sepatutnya dilakukan oleh guru tidak boleh diserahkan kepada murid, contohnya memegang / menyimpan kunci bilik – bilik khas di sekolah menanda Buku Jadual Kedatangan, dan seumpamanya. 12. PENGGUNAAN ALAT / PERALATAN MILIK SEKOLAH 12.1 Guru – guru mesti bertanggungjawab menjaga alat / peralatan milik sekolah yang digunakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 12.2 Barang – barang/peralatan yang dipinjamkan hendaklah dipulangkan setelah menggunakannya. Barang – barang/peralatan milik sekolah tidak boleh dibawa balik ke rumah tanpa kebenaran pentadbir sekolah. 12.3 Sebarang kerosakan / kehilangan perlu dilaporkan dengan segera. 13. KESELAMATAN PELAJAR 13.1 Keselamatan semua murid adalah tanggungjawab guru yang mengajar/bertugas. Semua guru yang mengajar dalam bilik darjah, bilik sains, bilik khas, surau, bengkel, padang adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan murid di bawah jagaannya. Oleh itu, guru hendaklah berhati – hati dan mengawal rapi gerak – geri murid supaya tidak berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan. 13.2 Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani sentiasa dibawah kawalan guru dan tidak boleh dijalankan di padang semasa hujan, waktu guruh dan kilat . 13.3 Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, guru yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan segera dan melaporkan kepada guru bertugas dan Guru Besar/Penolong Kanan. 13.4 Ketua Panitia Mata Pelajaran adalah bertanggungjawab menyediakan prosedur langkah – langkah keselamatan bagi bidang mata pelajaran masing – masing . 13.5 Guru Kelas / Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab melaporkan kepada Guru Besar/ Penolong Kanan sebarang kerosakan peralatan atau apa sahaja unsur - unsur bahaya. 14. MAJLIS STAF / GURU SEBAGAI AHLI PERSATUAN 14.1 Semua guru yang mengajar di sekolah ini secara automatik adalah ahli staf. 15. ORANG LUAR BERJUMPA GURU / MURID 15.1 Orang luar termasuk jurujual tidak boleh berjumpa guru dan kakitangan tanpa kebenaran Guru Besar/ Penolong Kanan .
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 18 15.2 Orang luar(dengan kebenaran masuk ke kawasan sekolah) dilarang berjumpa guru atau murid di bilik darjah semasa guru mengajar. 16. MENULIS SURAT RASMI 16.1 Semua surat berkaitan hal sekolah atau perjawatan hendaklah ditulis melalui Guru Besar supaya disalurkan kepada pihak tertentu dengan tatacara yang ditetapkan. 16.2 “Letterhead” sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Guru Besar dan surat “Letterhead” sekolah wajib ditanda tangan oleh Guru Besar . 17. KUNJUNGAN GURU KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI / PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH 17.1 Guru tidak dibenarkan ke Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi pada waktu sekolah. 17.2 Guru perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda nama semasa membuat kunjungan ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan rasmi. 18. BILIK GURU 18.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan segala peralatan di dalam bilik guru. 18.2 Majlis staf adalah bertanggungjawab menguruskan bilik guru dan membentuk Jawatankuasa Bilik Guru. 19. BUKU STOK / INVENTORI / KUNCI SEKOLAH 19.1 Ketua Panitia / Guru Penyelaras Unit bertanggungjawab menguruskan Buku Stok atau inventori dan memastikan maklumat dalam stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa olen Guru Besar / Penolong Kanan. 19.2 Semua kunci mesti disimpan di pejabat sekolah. Guru yang menyimpan kunci bilik – bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Guru Besar. 20. AKTIVITI HARI SABTU / JUMAAT / CUTI UMUM Kawasan sekolah adalah kawasan larangan pada hari – hari bukan persekolahan. Mana – mana aktiviti tidak dibenarkan dijalankan di kawasan sekolah pada hari cuti, kecuali: 20.1 Aktiviti kokurikulum yang rutin; contohnya aktiviti sepanjang tahun seperti: 20.1.1 Pasukan Unit Beruniform / Kelab Seni Mempertahankan Diri 20.1.2 Aktiviti bermusim seperti Permainan / Olahraga 20.2 Aktiviti One Off; contohnya pertandingan / aktiviti pentas yang telah ditetapkan 20.3 Syarat: 20.3.1 Disertai oleh Guru Penasihat 20.3.2 Ada senarai murid yang terlibat dalam rekod Guru Penasihat 20.3.3 Guru Penasihat membuatkan jadual, edarkan kepada Guru Besar / PKP / PKH / PKK dan Pengawal Keselamatan Sekolah 20.3.4 Murid tidak boleh merayau di kawasan lain selain daripada tempat aktiviti 20.3.5 Bagi aktiviti sepanjang tahun yang melibatkan jurulatih luar, Guru Penasihat perlu mendapatkan butiran diri jurulatih tersebut dan menyerahkan sesalinan butiran tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum (untuk difailkan) dan Pengawal Keselamatan untuk tujuan kebenaran masuk ke kawasan sekolah. Guru Penasihat juga perlu berada bersama-sama jurulatih luar sepanjang tempoh latihan
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 19 21. PERHIMPUNAN SEKOLAH 21.1.1 Perhimpunan Rasmi – Ahad ( 7.45- 8.15) Harian -Setiap hari (7.35-7.40) 21.1.2 Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas sehingga tamat waktu perhimpunan (melainkan hari hujan). Semua murid dikehendaki berkumpul di Dataran Perhimpunan, atau di tempat yang ditetapkan di SK Taman Jelutong. 21.1.3 Wajib dihadiri oleh semua murid serta guru dan dikendalikan oleh Guru Bertugas. 21.1.4 Keberadaan guru semasa perhimpunan rasmi adalah diwajibkan 21.1.5 Semua guru diminta menandatangani kehadiran perhimpunan. 21.1.6 Perhimpunan Mingguan/Rasmi dimulakan dengan: -Aluan Pengerusi -Doa -Ikrar -Negaraku -Lagu Kedah -Ucapan Guru bertugas -Penyampaian Hadiah -Ucapan Pentadbir -Lagu Sekolah -Bersurai #Digalakkan dikendali oleh pengawas dan tiada pengumuman selepas ucapan Pentadbir 21.2 Perhimpunan Harian DIBATALKAN jika: 21.2.1 Diarahkan oleh Guru Besar atas sebab – sebab tertentu. 21.2.2 Ada Ujian / Peperiksaan 21.2.3 Sekiranya Perhimpunan Harian dibatalkan, Guru Kelas hendaklah masuk ke kelas masing – masing (7.40 pagi hingga 8.10 pagi) untuk pengurusan atau “house keeping” kelas. 22. SURAT KEBENARAN WARIS 22.1 Semua aktiviti sekolah yang dilaksanakan di luar kawasan sekolah atau di luar waktu persekolahan : 22.1.1 Guru – guru Penasihat / bertanggungjawab terlebih dahulu wajib mengeluarkan Surat Kebenaran Waris untuk ditandatangan oleh Guru Besar setelah menulis nama murid pada surat tersebut (ditandatangan secara hidup atau dicop Sekolah (bulat) pada di bahagian bawah sebelah kanan surat). Ini adalah untuk mengelakkan sebarang unsur penyelewengan penggunaan surat kebenaran waris oleh muridlain . Guru – guru Penasihat / Pengiring adalah bertanggungjawab terhadap segala hal pengurusan dan kebajikan murid berkenaan mengikut surat pekeliling yang berkaitan 23. PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARA 23.1 Guru hendaklah melaksanakan PdPc mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Guru mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan penuh tanggungjawab. 23.2 Guru hendaklah masuk ke kelas tepat pada masanya. 23.3 Merancang PdPc yang berkesan sebelum masuk ke kelas. Buku Persediaan Mengajar perlu dibawa setiap kali masuk ke kelas
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 20 23.4 Guru perlu prihatin dan peka dengan keadaan murid. Guru hendaklah menegur murid yang tidak menumpukan perhatian atau tidak masuk / lewat ke kelas. 23.5Semua butiran dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah disempurnakan dengan lengkap dan teliti. 23.6 Semua guru wajib menyerahkan buku rekod pada hari terakhir bagi sesuatu minggu untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar/Guru Penolong Kanan. 23.7 Guru tidak boleh duduk sepanjang masa waktu mengajar. 23.8 Setiap guru matapelajaran hendaklah memastikan KPI tercapai dan ada peningkatan pada setiap mata pelajaran dari pencapaian tahun sebelumnya. 23.9 Guru matapelajaran hendaklah memastikan Dokumen Standard Kurikulum (DSKP) yang dilaksanakan dengan berkesan. Guru Besar/Penolong Kanan /Ketua Panita Guru hendaklah melaksanakan Audit Akademik bagi mengenalpasti pencapaian murid dari semasa ke semasa dan memastikan program peningkatan / penambahbaikkan dibuat sebagai intervensi. 24. BILIK-BILIK KHAS 24.1 Guru-guru yang menguruskan bilik khas bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan, keselamatan dan keceriaan bilik tersebut. 24.2 Murid tidak dibenarkan berada di bilik ini kecuali dengan kehadiran guru. 24.3 Guru yang menggunakan bilik-bilik ini mesti memastikan bilik tersebut berada dalam keadaan kemas sebelum meninggalkannya. 24.4 Guru mesti mencatatkan penggunaan bilik-bilik khas dalam buku yang disediakan. 24.5 Bilik-bilik ini adalah Kawasan Larangan Merokok.
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 21 DASAR HAL EHWAL MURID SK TAMAN JELUTONG TAHUN 2023/24 FASAL 1 : HARI PERSEKOLAHAN 1. SK Taman Jelutong dibuka lima hari seminggu iaitu dari hari Ahad hingga Khamis kecuali cuti am. 2. Pada hari-hari yang dikehendaki sama ada pertukaran atau mengganti. FASAL 2 : MASA PERSEKOLAHAN Setiap hari sesi persekolahan bermula pada 7.30 pagi sehingga 1.15 petang. FASAL 3 : KEHADIRAN MURID 1.Semua murid dikehendaki sampai ke sekolah selewat-lewatnya pada jam 7.30 pagi . 2.Murid yang bertugas hendaklah sampai lebih awal daripada masa yang tersebut. FASAL 4 : TIDAK HADIR 1. Murid yang tidak hadir disebabkan sakit, kemalangan atau sebagainya hendaklah memberitahu pihak sekolah. 2. Murid yang tidak hadir juga dimestikan membawa surat pengakuan dari doktor atau ibubapa apabila hadir ke sekolah pada hari berikutnya. FASAL 5 : CUTI 1. Cuti sakit yang diberi oleh doktor hendaklah dipatuhi akan arahannya. 2. Semua jenis cuti lain, tidak boleh diambil sebelum mendapat persetujuan Guru Besar / wakilnya. 3. Cuti tidak dibenarkan melainkan atas permintaan ibubapa / penjaga kerana perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. FASAL 6 : PERHIMPUNAN KHAS / MINGGUAN 1. Perhimpunan mingguan diadakan setiap hari Ahad mulai jam 7.30 hingga 8.10 pagi. Acaranya ialah menyanyikan lagu Negaraku, lagu sekolah, doa dan Rukun Negara.. Kemudian penerangan dan arahan daripada guru bertugas mingguan dan amanat daripada Guru Besar atau wakilnya. Perhimpunan diakhiri dengannyanyian lagu Aku Negaraku dan Allah Selamat Sultan. 2. Peraturan menyanyikan lagu tersebut disertai dengan menaikkan atau mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri hendaklah dijalankan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.8/75 yang bertarikh 08.09.1975. 3. Semua murid dan guru dikehendaki bersama-sama di perhimpunan hari Ahad dan semua guru akan mengajar pada waktu pertama sesi PdPc.
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 22 FASAL 7 : PERHIMPUNAN HARIAN a. Perhimpunan harian diadakan setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 7.30 hingga 7.40 pagi. b. Acaranya ialah peringatan atau penerangan daripada guru bertugas mingguan, pemeriksaan kebersihan diri dan kehadiran Murid. c. Semua murid dan guru bertugas dikehendaki bersama-sama di perhimpunan FASAL 8 : TUGAS MURID 1. Tiap-tiap murid yang telah diberi tugas masing-masing seperti Ketua Darjah, Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan sebagainya adalah dipertanggungjawabkan menjalankan kerja masing-masing yang telah ditetapkan oleh guru dengan jujur dan amanah serta dedikasi. 2. Seseorang murid yang tidak menjalankan tugas yang telah ditetapkan dengan sempurna, Guru Besar atau guru bertugas berhak menghukum dengan membuat apa jua kerja yang difikiran munasabah. FASAL 9 : PAKAIAN a. Semua murid hendaklah memakai pakaian seragam sekolah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan – Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/71 bertarikh 07.01.1976. b. Pakaian mestilah lengkap, bersih dan kemas. FASAL 10 : KEBERSIHAN DIRI 1. Rambut: Hendaklah pendek dan sesuai dengan kehendak Pek. Ikhtisas 2/76 bertarikh 02.01.1976. 2. Kulit : Seluruh badan hendaklah bersih daripada daki 3. Gigi : Mestilah bersih dan digosok setiap hari 4. Kuku : Mestilah sentiasa pendik dan bersih. FASAL 11 : KESIHATAN a. Murid hendaklah menjaga kesihatan masing-masing. Elakan dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan penyakit atau mudarat. b. Murid yang berasa kurang sihat hendaklah segera memberitahu Guru Kelas untuk mendapatkan nasihat atau dibawa ke klinik yang berhampiran untuk rawatan. FASAL 12 : KEBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH / BILIK DARJAH 1. Murid hendaklah menjaga kebersihan sekolah sepanjang hari dan masa ke semasa. 2. Adalah menjadi kewajiban Murid memungut sampah-sarap atau sebagainya yang bersepah di dalam bilik darjah atau di kawasan sekolah. Gunakan tong sampah yang disediakan dan buang muatan di dalamnya ke dalam tong sampah besar. 3. Bilik darjah hendaklah sentiasa bersih, kemas dan teratur dengan rapi serta menarik dan ceria. 4. Murid hendaklah menggunakan tandas dan bilik air dengan betul dan menjaga kebersihannya. Peraturan bilik tandas hendaklah dipatuhi. Jimatkan penggunaan air dan elektrik. 5. Dilarang menconteng dengan kapur, pensel atau sebagainya di dinding, tembok, papan tulis dan di kenderaan guru atau pelawat. Jika didapati Murid melakukannya, Guru Besar atau wakilnya boleh menghukum murid tersebut dengan hukuman yang setimpal dan wajar.
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 23 FASAL 13 : BUKU TEKS 1. Semua buku-buku Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan hendaklah dijaga dengan cermat dan disampul kulitnya. 2. Jika didapati buku SPBT koyak atau hilang, murid itu hendaklah menggantikannya dengan buku yang serupa atau senilai dengannya. 3. Semua buku pinjaman hendaklah dikembalikan kepada guru darjah apabila diminta atau sekiranya hendak bertukar atau berhenti sekolah. 4. Jika gagal memulangkan buku-buku pinjaman ini, maka ibu bapa / penjaga diwajibkan menggantkan buku yang serupa atau jumlah harga buku tersebut. 5. Syarat-syarat pada pinjaman SPBT dalam lampiran yang disediakan hendaklah dipatuhi. FASAL 14 : BUKU LATIHAN / RAMPAIAN 1. Semua murid hendaklah mempunyai buku latihan / rampaian yang ditentukan oleh pihak sekolah. 2. Sesebuah buku hendaklah dikhaskan untuk setiap mata pelajaran dan tidak dicampur aduk. 3. Buku-buku hendaklah bersih, tidak koyak atau dilangkau bila menulisnya. Buku latihan yang sudah penuh hendaklah disimpan untuk rujukan. FASAL 15 : PERGERAKAN MURID a. Waktu masuk / keluar dari bilik darjah / kawasan sekolah hendaklah berbaris terlebih dahulu dengan keadaan senyap. b. Murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah waktu belajar dan dilarang masuk ke bilik darjah waktu rehat kecuali mustahak dengan mendapat kebenaran guru. c. Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam waktu persekolahan tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya. FASAL 16 : ISYARAT BUNYI LOCENG 1. Semua murid hendaklah faham isyarat-isyarat bila loceng dibunyikan dan dikehendaki bertindak dengan segera. 2. Murid dikehendaki berbaris dan mematuhi arahan guru serta berada di tempat yang telah ditetapkan. FASAL 17 : MASA CUTI SEKOLAH 1. Semasa cuti sekolah, murid-urid hendaklah mengulangkaji pelajaran. 2. Buat kerja yang berfaedah seperti menolong ibu bapa atau penjaga dan sebagainya. 3. Melawat ke tempat-tempat bersejarah atau yang berkaitan dengan pelajaran bagi tujuan menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman. Lawatan-lawatan ini perlu diiringi oleh ibu bapa atau penjaga atau wakilnya. FASAL 18 : KEMUDAHAN SEKOLAH 1. Murid dibenarkan menggunakan kemudahan sekolah dengan kebenaran Guru Besar / guru-guru. 2. Kemudahan sekolah hendaklah dijaga dengan baik. Setelah digunakan kemudahan itu, hendaklah dipulangkan kepada guru yang berkenaan dan disimpan ditempat yang dikhaskan.
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 24 FASAL 19 : PERPUSTAKAAN 1. Setiap murid digalakan dan berhak membaca buku samada di sudut bacaan di dalam bilik darjah ataupun perpustakaan sekolah. 2. Murid hendaklah mematuhi peratuan yang telah ditetapkan FASAL 20 : AKHLAK a. Murid hendaklah sentiasa berkelakuan baik serta berbudi bahasa, bersopan santun samada di dalam atau di luar sekolah. b. Murid hendaklah sentiasa jujur, ikhlas dan amanah. c. Murid hendaklah saling menghormati, bertimbangrasa dan mengasihani sesama manusia. d. Murid hendaklah menjauhkan diri daripada budak-budak jahat dan nakal. e. Murid hendaklah mempunyai nilai belas kasihan kepada makhluk Allah yang lain seperti haiwan dan sebagainya. f. Ditegah bergaduh dan bertengkar samada di dalam bilik darjah atau di mana-mana pun. g. Ditegah membuat bising atau berjalan-jalan dalam bilik darjah tanpa kebenaran guru. h. Ditegah daripada melakukan peras ugut samada di dalam atau di luar bilik darjah ataupun di luar sekolah. i. Murid hendaklah sentiasa patuh pada arahan guru dan pengawas yang telah diberi kuasa pada hal-hal yang tertentu. j. Ditegah meminjam barang-barang kawan tanpa izin. k. Barang-barang yang dijumpai bukan kepunyaan sendiri, walau di mana-mana tempat hendaklah dipulangkan kepada pemiliknya atau diserahkan kepada guru supaya dapat diserahkan kembali kepada pemilik sebenar. l. Murid mestilah mengamalkan sikap berjimat-cermat. m. Murid dilarang menghisap rokok, ganja, terlibat dengan dadah dan sebagainya. Jika didapati bersalah, murid akan dikenakan tindakan disiplin berdasarkan kepada Pekeliling Ikhtisas 6A/1975 yang bertarikh 05.09.1975. n. Murid yang bertumbuk, ingkar, membawa atau menonton video lucah, pecah amanah, mengeluarkan katakata kesat, mencarut, memaki atau sebagainya juga akan diambil tindakan disiplin seperti di atas (m). segala kesalahan akan direkodkan ke dalam Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) yang dilancarkan pada tahun 1997. FASAL 21 : YURAN/SUMBANGAN 1. Lain-lain jenis bayaran sekiranya ditetapkan oleh pihak sekolah hendaklah dijelaskan. FASAL 22 : KESELAMATAN a. Murid dikehendaki menjaga keselamatan diri ketika bermain, menunggang basikal, bersukan, berjalan kaki dan ketika mengikuti subjek Pendidikan Jasmani. b. Murid dilarang membawa barang-barang tajam atau apa jua bentuk yang berupa senjata yang boleh merbahayakan diri sendiri atau orang lain. c. Murid perempuan ditegah daripada memakai barang kemas semasa hadir ke sekolah. FASAL 23 : PELAWAT LUAR 1. Ibu bapa atau penjaga mestilah berjumpa dengan Guru Besar atau wakilnya sebelum mengambil atau berjumpa anak mereka atas perkara-perkara penting. 2. Ibu bapa hendaklah berurusan di pejabat SK Taman Jelutong.
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 25 FASAL 24 : PERKARA-PERKARA AM 1. Murid dilarang membawa makanan ringan dari luar kawasan sekolah. Murid tidak dibenarkan menjual makanan di dalam kawasan sekolah 2. Murid hendaklah menjaga tatatertib semasa makan di ruang yang telah disediakan. 3. Dilarang membawa haiwan peliharaan seperti anjing, kucing dan sebagainya termasuk haiwan berbisa ke sekolah.
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 26 DASAR KOKURIKULUM 1M1S SK TAMAN JELUTONG TAHUN 2023/24 A. Setiap pelajar Tahun 4, 5 dan 6 diwajibkan menyertai; a) Satu Pasukan Unit Uniform b) Satu Persatuan Akademik atau Bukan Akademik. c) Satu jenis permainan atau sukan anjuran sekolah, daerah dan negeri. d) Memiliki pakaian Unit Uniform dan memakainya pada setiap hari Rabu. e) Menghadiri Perhimpunan Bulanan Kokurikulum / 1M1S iaitu pada setiap hari Rabu dan Khamis. POLISI SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI KOKURIKULUM 1. Ahli-ahli hendaklah hadir tepat pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan. 2. Ahli-ahli dikehendaki memakai pakaian yang kemas dan sesuai di setiap kali perjumpaan. 3. Kehadiran akan dicatat di setiap kali perjumpaan atau aktiviti dijalankan. 4. Disiplin dan keselamatan ahli-ahli akan sentiasa diawasi semasa perjumpaan. 5. Setiap aktiviti perlu dicatatkan di dalam buku laporan aktiviti yang disediakan. 6. Ahli-ahli mestilah berada dalam kawasan sekolah semasa aktiviti dijalankan. 7. Setiap ahli tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah semasa aktviti dijalankan. STATUS PELAKSANAAN KOKURIKULUM SEKOLAH Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB. (Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempot tidak melebihi tiga bulan atau ke dua-duanya. (Rujuk subseksyen 135 (1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. (Rujuk Subseksyen 135 (2) Akta 550)
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 27 “Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.” Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai ‘Kegiatan Kumpulan’. Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrifKokurikulum iaitu : ▪ Penyertaan dalam sukan permainan ▪ Penyertaan dalam persatuan dan kelab ▪ Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam ▪ Lain-lain kegiatan sebagimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan DASAR UTAMA (1) KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) • “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertiingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.” • (Subperaturan 3(1) Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yqng diterbitkan sebagai PU (A) 531/97. MELAKSANAKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH ADALAH WAJIB • Kegagalan / keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am. Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) : Penalti Am. • “(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didendatidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”.
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 28 • “(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalan hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakanhukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan”.
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 29 DASAR UTAMA (2) PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB • “Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap murid. Setiap pelajar hendaklahmengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerjapakaian seragam, satu kegiatan persatuan dan kelab dan satu kegiatan sukan dan permainan”. • [Perkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP (BS) 8591/Jld. II (29)] • Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati. • [Untuk tujuan ini Pengetua / Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A) 196/98.] • Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkodkan dan diberi penilaian. • [Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtsas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986] • Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas. • [Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka] DASAR UTAMA (3) PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB • Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau perkhidmatan awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. • “Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesananpelaksanaan gerakerja kokurikulumdi sekolah” ( Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985)
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 30 • Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggungjawab yang spesifik, terperinci dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum. • Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) (Bab D).” DASAR UTAMA (4) PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM” • “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegitan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajaridalam bilik darjah.” [Peraturan 2 dalam Peraturan – Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997] • Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif. • Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantumembangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang. PENYERTAAN ‘BERAMAI-RAMAI’ • Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi memfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000). • Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat eksklusif. Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid.
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 31 DASAR-DASAR SOKONGAN DALAM PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH • “Sekolah – sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah mengalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untukmasyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah ; gerekerjagerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebaganya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.” ▪ [Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS) 8591/Jld. 929] -Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat. ▪ [Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk ‘Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat’] -“Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam keguatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh petubuhan bukan kerajaan yang berdaftar”. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998). ▪ “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahansecara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut”. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000). ▪ “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkanpotensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani’. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000). ▪ “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan murid-murid atau orang perseorangan (atas penyertaan , penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata,tetapi hendaklah juga diberi kepada murid-murid yang mempunyai sifat disiplin yang baik”. (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 32 ▪ Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dalam bidang-bidang kokurikulum yang mereka minati ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa. ▪ Murid-murid juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan bakat dan kecemerlangan masingmasing. ISTILAH : PU(A) PUBLICATIONS ACT A.P.U AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG MASA PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH TAHUN MASA TAHUN 3 dan 4 60 minit seminggu TAHUN 5 dan 6 120 minit seminggu JUMLAH BILANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM 12 kali setahun KELAB/PERSATUAN 12 kali setahun SUKAN/PERMAINAN 12 kali setahun KAD REKOD KOKURIKULUM (PAJSK) Untuk tujuan pematauan,setiap murid wajib memiliki empat unit kad rekod / aktiviti kokurikulum yang akan diguna pakai sepanjang tempoh setahun.Kad ini hendaklah diserahkan kepada guru penasihat aktiviti untuk tujuan merekod kehadiran dan aktiviti yang dijalankan sewaktu perjumpaan. Guru penasihat hendaklah membuat pengesahan dalam buku ini dengan menandatangani pada ruang yang berkenaan pada setiap kali perjumpaan. Buku ini hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum/GPK Koku pada setiap akhir penggal untuk tujuan pemantauan.Buku ini juga akan digunakan sebagai bahan rujukan bagi tujuan merekod markah koku pelajar di akhir sesi persekolahan setiap tahun. MASA AKTIVITI Agihan masa bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti unit-unit kokurikulum adalah seperti berikut: Unit-unit koku Kekerapan Hari / Masa Tempoh Pasukan pakaian seragam(unit beruniform) 2 minggu sekali Rabu 2.00 – 4.00 ptg Sepanjang tahun Kelab/Persatuan Akademik dan bukan akademik 2 minggu sekali Rabu 2.00 – 4.00 ptg Sepanjang Tahun Kelab Sukan dan Permainan 1 minggu sekali Rabu 2.00 – 4.00 pg Sepanjang Tahun Latihan Rumah Sukan 1 minggu sekali Selasa /Khamis 4.30 – 6.00 ptg Sebulan Sebelum sukan tahunan
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 33 PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN Pihak sekolah akan sentiasa menggalakkan badan-badan kokurikulum mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan samada di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri atau kebangsaan. Penyertaan dalam pertandingan adalah sangat penting sebagai kayu pengukur keberkesanan program kokurikulum yang dirancang. Malah apa yang lebih penting ialah penglibatan murid di samping mencapai kecemerlangan yang akan memberi kepuasan kepada murid untuk mendapatkan sijil demi kepentingan kerjaya dan masa depannya. PENGHARGAAN Kecemerlangan adalah matlamat utama sekolah ini. Oleh itu setiap pencapaian yang cemerlang samad diperingkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan akan menerima penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak sekolah. Penghargaan dan pengiktirafan boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk seperti : 1. Ucapan tahniah dan penghargaan serta kata-kata perangsang oleh pihak pentadbiran, guru-guru dalam majlis rasmi atau perhimpunan sekolah. 2. Memberi sijil-sijil penghargaan. 3. Memberi hadiah-hadiah khas dalam bentuk cenderahati, jamuan, lawatan dan sebagainya. 4. Mempamerkan gambar-gambar dan sijil-sijil penghargaan pada papan kenyataan.
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 34 PANDUAN PENILAIAN MARKAH KOKURIKULUM MANUAL : PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM (Manual ini hendaklah dirujuk ketika menilai markah koku pelajar) Penilaian berdasarkan kepada 4 aspek dengan pecahan peratusan seperti berikut : Kehadiran = 40% Jawatan disandang = 10% Penglibatan = 20% Pencapaian = 20% Komitmen = 10% Khidmat sumbangan = 10% Jumlah =100% 1. Kehadiran minimum bagi setiap kegiatan setahun ialah Unit Beruniform = 12 kali Kelab Persatuan = 12 kali Sukan dan Permainan = 12 kali 2. Kiraan bagi kehadiran adalah seperti di bawah :- Jumlah kehadiran = a Jumlah perjumpaan = b Tidak hadir (kebenaran) = c Markah kehadiran = b - c x 40% a 3.Markah aspek jawatan disandang ialah 10% 3.1 Tempoh memegang jawatan sekurang-kurangnya selama 9 bulan. 3.2 Badan Beruniform KPM / KRS JAWATAN MARKAH Pegawai Waran I & II (KRS), Pegawai Waran II (PKBM), Pegawai Kadet Kanan (PA), Pegawai Kadet (Bomba), SubInspektor (Polis) dan Inspektor Kadet (Koreksional / Penjara) 10 Staf Sarjan (KRS), Syaf Sarjan / Bintana Kanan / Flight Sarjan (PKBM), Pegawai Waran Kadet (PA), Ketua Kadet (Bomba) dan Sarjan Mejar (Polis dan Penjara) 08 Sarjan, Bintara Muda (PKBM-L) dan Ketua Platun (Bomba) 07 Koperal, Laskar Kanan (PKBM-L) dan Penolong Ketua Platun 1 (Bomba) 06 Lans Koperal, Laskar Muda (PKBM-L), Laskar Udara (PKBMU) dan Penolong Ketua Platun 11 (Bomba) 05 Ahli Aktif 04 Ahli Biasa 01
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 35 BADAN BERUNIFORM (NGO) JAWATAN MARKAH Ketua Trup, Ketua Pasukan / Pengerusi, Pegawai Muda, Ketua Puteri, Ketua Kadet, Band Major, Bengkung Merah dan Tali Pinggang Hitam (untuk merahhitam = 09 markah) 10 Penolong Ketua Trup, Ketua Kumpulan, Ketua Utama Seksyen, Ketua Pasukan (S/Usaha), Sarjan, Drum Major / Asst. Band Major, Bengkung Hijau 3 dan Tali Pinggang Merah 2 08 Ketua Patrol, Setiausaha, Ketua Seksyen, Ketua Pasukan (Bendahari), Koperal, Percussion Leader, Bengkung Hijau 2 dan Tali Pinggang Merah 1 07 Penolong Ketua Patrol, Bendahari, Pen. Ketua Seksyen Kanan, Ketua Pasukan (AJK), Lans Koperal, Section Leader, Bengkung Hijau 1 dan Tali Pinggang Biru 2 06 Kuartermaster, Penolong Setiausaha, Pen. Ketua Seksyen, Ketua Kumpulan, Asst. Section Leader, Cula 3 dan Tali Pinggang Hijau 1 05 Ahli Aktif, Pen. Ketua Kumpulan, Class 3, Cula 2 dan Tali Pinggang Hijau 1 & 2 04 Tali Pinggang Kuning 1 & 2 03 Ahli Biasa, Class 4 & 5 dan Cula 1 01 Kelab Persatuan / Sukan / Permainan JAWATAN MARKAH Pengerusi / Presiden / Kapten Pasukan / Ketua Pasukan Sukan / Permainan Ketua Rumah 10 Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi 08 Setiausaha / Bendahari 07 Pen. Setiausaha / Pen. Bendahari 06 Ahli Jawatankuasa 05 Ahli Aktif 04 Ahli Biasa 01
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 36 Markah Aspek Penglibatan ialah 20% Markah ini diberikan kepada semua ahli berdasarkan komitmen dan sumbangan di dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai. Peruntukan markah adalah seperti berikut :- ASPEK MARKAH Sekolah 08 Zon / Daerah 11 Negeri 14 Kebangsaan 17 Antarabangsa 20 Markah Aspek Pencapaian ialah 20% Markah ini diberi atas pencapaian berdasarkan peringkat dan hanya melibatkan Johan, Naib Johan dan ke 3 sahaja. Peruntukan markah adalah seperti berikut :- Peringkat Pertandingan Markah Johan N. Johan Ketiga Sekolah 08 07 06 Zon / Daerah 11 10 09 Negeri 14 13 12 Kebangsaan 17 16 15 Antarabangsa 20 19 18 Markah Bonus Diberikan berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan dan bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. JAWATAN MARKAH BONUS Ketua Murid 10 Timbalan / Penolong Ketua Murid 08 Ketua / Pengerusi Badan-Badan Perkhidmatan atau Pengurusan Utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah / Pengawas / Ketua KRS 07 Pengawas Pusat Sumber 06 Bendahari / Setiausaha / PRS 05 AJK Kecil Biro / Ketua Kelas 03 Penolong Ketua Kelas 02
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 37 Anugerah Khas Diberikan atas kecemerlangan pada aktiviti yang diusahakan sendiri. BIL PENCAPAIAN MARKAH BONUS 1. Pingat Hang Tuah Kebangsaan / Tunas Jaya Kebangsaan 10 2. Pencapaian Aktivti Kokurikulum Di Luar Negara atas Pembiayan Sendiri Johan 05 Naib Johan 03 Ketiga 02 3. NILAM 05 4. Lain-lain anugerah yang setara 05 Gred Keseluruhan Bermaksud gred keseluruhan dari 2 jenis kegiatan kokurikulum yang mempunyai prestasi terbaik berserta markah bonus. Jumlah 2 markah tertinggi dijadikan purata bagi 2 markah tersebut. Nilai purata pula dicampurkan dengan bonus yang diperolehi. Hasil tambah tersebut dipadankan dengan gred sebagaimana yang telah ditetapkan. Contoh : Jumlah markah : Unit Beruniform = 80 Kelab / Persatuan = 60 Sukan / Permaianan = 85 Markah Purata = (80 + 85) / 2 = 82.5 Markah Bonus (ketua murid) = 10 = 82.5 + 10 = 92.5 Gred Keseluruhan = A Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum Markah Gred 80 - 100 A 60 - 79 B 40 - 59 C 20 – 39 D 19 ke bawah E
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 38 PSO SEKOLAH TAHUN 2023/24 KEPIMPINAN 3 SIRI AMALAN TERBAIK UNTUK KOMPETENSI SLT/MLT KUALITI GURU 2 SIRI AMALAN TERBAIK UNTUK KOPETENSI GURU KURIKULUM 1. PENCAPAIAN PBD TAHUN 3 - 6 100% MURID MENCAPAI TAHAP MINIMUM TP3 UNTUK SUBJEK TERAS 2. PENCAPAIAN TP6: Tahun 6 BM:14 BI :10 SAINS: 11 MATEMATIK: 11 Tahun 5 BM: 20 BI : 5 SAINS:10 MATEMATIK: 5 Tahun 4 BM: 16 BI : 6 SAINS:12 MATEMATIK: 11 85% (34/41) Guru dapat mengamalkan KBAT dalam PdPc 85% Guru menggunakan ICT dalam Pdpc 90% (36/41) Guru melaksanakan Pembelajaran Kooperatif didalam kelas HAL EHWAL MURID KEHADIRAN 95% setiap bulan 90% Kelas PAK 21 KOKURIKULUM PAJSK keseluruhan :GRED: B 30 Orang murid dapat skor A 2 orang murid Hoki terpilih ked Peringkat Kebangsaan 50% Murid Tahap 2 menyertai Aktiviti STEM peringkat Negeri SARANA PIBK - SWASTA:78% - Penglibatan Ibubapa & Komuniti: 98% 1. Pendidikan Islam : Pencapaian Al Quran (iqra 4 – khatam): 90%
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 39 1.0 Pengenalan PKM merupakan dokumen rasmi yang penting dan sah dari segi perundangan dan kewangan. Ia juga digunakan bagi merekod kedatangan murid setiap hari persekolahan dan sebagai rujukan maklumat murid. 1.1 Guru kelas wajib mengisi kehadiran APDM atau mengisi borang kehadiran murid secara manual setiap hari persekolahan. PERATURAN PONTENG SEKOLAH ORDINAN PELAJARAN 1957, PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959 BILANGAN HARI PELAJAR TIDAK HADIR BERTERUSAN : AMARAN PERTAMA 3 HARI AMARAN KEDUA 3 + 7 HARI = 10 HARI AMARAN KETIGA 10 + 7 HARI = 17 HARI BUANG SEKOLAH 17 + 14 HARI = 31 HARI BILANGAN HARI PELAJAR TIDAK HADIR BUKAN BERTURUT-TURUT : AMARAN PERTAMA 10 HARI AMARAN KEDUA 10 + 10 HARI = 20 HARI AMARAN KETIGA 20 + 20 HARI = 40 HARI BUANG SEKOLAH 40 + 20 HARI = 60 HARI PENGURUSAN KEDATANGAN MURID (PKM)
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 40 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 Sistem pendidikan Negara perlu ditransformasikan secara menyeluruh untuk memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia yangbersedia untuk menghadapi cabaran abad ke-21.Transformasi ini merupakan tanggungjawab yang sukar dicipta tanpa kerjasama dan sokongan padu semua pihak yang berkepentingan.Kementerian perlu merancang dengan teliti supaya langkah yang diambil tidak terlalu membebankan dan supaya penambahbaikan dilaksanakan secara berterusan.Transformasi ini dirancang untuk jangka masa 13 tahun.Fokus awal ialah menangani kelemahan dalam sistem sedia ada dan menyediakan asas system pendidikan baharu secara radikal. Gelombang transformasi seterusnya akan memacu penambahbaikan kea rah mendorong inovasi berterusan untuk melahirkan generasi muda yang cemerlang pada peringkat antarabangsa dan berupaya menghadapi cabaran. OBJEKTIF UTAMA 1. Memahami prestasi dan cabaran semasa Sistem Pendidikan Malaysia dengan tumpuankepada akses, kualiti,ekuiti, perpaduan dan kecekapan. 2. Mewujudkan Visi dan Aspirasi yang jelas untuk system pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun akan datang. 3. Menggariskan program transformasi bagi sistem pendidikan, termasuk perubahan penting dalam Kementerian Pelajaran Malaysia. 3 GELOMBANG 1. Gelombang 1( 2012-2015 = RMK10) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan gujru dan tumpuan kepada kemahiran asas. 2. Gelombang 2(2016-2020 = RMK 11) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem. 3. Gelombang 3(2021-2025 = RMK 12) kearah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel. 5 ASPIRASI SISTEM 1. AKSES - 100% enrolmen merentas semua tahap ( dari Prasekolah hingga menengah atas menjelang 2020) 2. KUALITI dalam kalangan negara DASAR-DASAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 41 - Kelompok 1/3 ke atas berdasar pentaksiran PISA, TIMSS 3. EKUITI - 50% mengurangkan jurang pencepaian antara bandar-luar bandar, jantina dan merapatkan jurang sosio-ekonomi menjelang 2020. 4. PERPADUAN - Sistem yang memberi murid nilai dan pengalaman bersama dalam kepelbagaian. 5. KECEKAPAN - Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid dalam bajet tahun semasa. 6 ASPIRASI MURID 1. Pengetahuan 2. Kemahiran Berfikir 3. Kemahiran Memimpin 4. Kemahiran Dwibahasa 5. Etika dan Kerohanian 6. Identiti Nasional. 1. 100% literasi murid dalam Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) dan menguasai kemahiran numerasi selepas 3 tahunpersekolahan; sasaran untuk BI akan ditentukan selepas garis asas diperoleh. 2. 92% Prasekolahan; 98% Sekolah Rendah ;95% enrolmen Menengah Rendah. 3. .Pengurangan 25% jurang antara bandar dengan luar bandar. 4. Mempertingkatkan prestasi kualiti pendidikan Malaysia berdasar pentaksiran PISA dn TIMSS. 5. Pada akhir Gelombang 1- Enrolmen murid prasekolah dan rendah mencapai 100%, manakala enrolmen menengah atas mencapai 90%. 6. Pada akhir Gelombang 2- Mengurangkan 50% jurang antara bandar dan luar bandar, dan mengurangkan 25% jurang jantina dan sosio-ekonomi. 7. Pada akhir Gelombang 1- Memperbaiki kedudukan(ranking) Negara dalam kelompok 1/3 teratas berdasar pentaksiran PISA dan TIMSS. 8. Pada akhir Gelombang 1- Mengekalkan atau meningkatkan enrolmen murid. 9. Pada akhir Gelombang 1- Mengekalkan atau mengurangkan jurang bandar dengan luar bandar; dan mengurangkan 50% jurang sosio-ekonomi dan jantina murid. GELOMBANG PERTAMA 2013-2015 (9 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA)
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 42 11 ANJAKAN PENDIDIKAN 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggerisd. 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. 4. Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan. 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah 6. Mengupaya JPN,PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan 7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran 8. Mentranformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran. 9. Memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sector swasta. 10. Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. 11. Meningkatkan Ketelusan akauntabiliti awam. 1. Melaksanakan inovasi ICT untuk sekolah pendalaman, sekolah kurang guru dan sekolah murid untuk menangani isu kapasiti. 2. Menyediakan kemajuan berdasarkan kompetensi dan prestasi serta menambahbaik latihan pra perkhidmatan untuk memugarkan profesion perguruan 3. Memperluaskan bimbingan dan sokongan untuk membantu guru bagi menambah pengetahuan dalam semua mata pelajaran, pemikiran,kepemimpinan, etika/kerohanian dan identity nasional. 4. Memperluaskan tawaran pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan dengan pembekal pendidikan vokasional swasta. 5. Menambah baik kurikulum peringkat rendah dan melaksanakan kurikulum baharu peringkat menengah bagi menigkatkan standard kandungan dan pembelajaran standing dengan standard antarabangsa. 6. Mengukuhkan Bahagian utama KPM, menyusun semula peranan Kementerian, JPN, PPD untuk meningkatkan kebolehan dan keupayaan pelaksanaan. 7. Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti Orang Asli dan kumpulan minority lain, pintar cergas dan berkeperluan khas. 8. Menghentikan kelas peralihan, menjalankan rintis bagi pilihan untuk Immersion Bahasa Inggeris dan mengukuhkan penyediaan pendidikan bahasa ketiga untuk meningkatkan penggunaan pelbagai bahasa. Pada permulaan Gelombang 3, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.Oleh itu kementerian akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan keluwesan operasi utntuk memupuk budaya kepimpinan rakan setugas bagi pembangunan kecemerlangan profesional. Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakkan sekolah kepada model GELOMBANG KEDUA 2016-2020 GELOMBANG KETIGA (2021-2025)
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 43 pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran. Matlamat kementerian adalah untuk membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi. 1.Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris secara berterusan dan menyediakan lebih banyak pilihan untuk mempelajari bahasa tambahan. 2.Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di seluruh negara untuk meningkatkan standard pembelajaran secara berterusan. 3.Memupuk budaya kecemerlangan profesional keteladanan rakan setugas, iaitu guru dan pemimpin sekolah saling membimbing, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan setugas mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard profesional. 4.Mempertingkat pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dari segi pelaksanaan kurikulum dan pengurusan kewangan bagi kebanyakan sekolah yang layak, sekiranya tidak kepada semua sekolah. 5.Memperkasa Kementerian dan menginstitusikan transformasi melalui pengukuhan kemajuan kerjaya pegawai Kementerian. 6.Mengkaji semula penstrukturan sekolah untuk menentukan sekiranya wujud keperluan untuk mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan. Apakah impak pelaksanaan transformasi sistem pendidikan ini kepada murid, guru. pemimpin sekolah dan ibu bapa. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (Intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan di sekolah oleh guruguru mat ape;ajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik.
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 44 DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS (MBMMBI) Dasar memartabatkan Bahasa Malaysia memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan setelah pemansuhan Dasar Pengajaran dan Peembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia melibatkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa Pengantar bagi matapelajaran Sains dan Matematik di sekolahkebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia.Tujuanutama memartabatkab Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina Negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia. Matlamat utama MBMMBI adalah melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin untuk menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang standard,membina modal insan yang mampu mengakses pelbagai bidang ilmu memalui pelbagai media seperti ICT serta membentuk murid yang mempunyai jati diri yang kuat,progresif, dinamik dan mempu bersaing di peringkat antarabangsa ke arah mencapai Negara maju. SARANA IBU BAPA Suatu alat digunakan oleh ibu bapa bagi membangun,memantap dan memperkasa penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak. Objektif : Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak –anak di dalam dan di luar sekolah. SARANA SEKOLAH Alat yang digunakan oleh sekolah untuk meningkatkan kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan kuminiti bagi menggalakkan ibu bapa dan komuniti lebih terlibat dalam pembelajaran murid. Objektif : Meningkatkan kerjasama antara ibu bapa , komuniti dan pihak sekolah dalam menyediakan 6 elemen yang menyokong pembelajaran bagi membantu murid mencapai kecemerlangan holistik. SATU MURID SATU SUKAN (1M 1S) Dasar Satu Murid 1 Sukan (1M1S) mewajibkan semua murid menyertai sekurang – kurangnya 1 aktiviti sukan di sekolah . Dasar ni menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. SARANA IBU BAPA DAN SARANA SEKOLAH
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 45
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 46
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 47
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 48
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 49
BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JELUTONG 2023/2024 50 LOGO SEKOLAH 1. Bentuk Perisai. Melambangkan kemantapan dan kekuatan dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan yang sentiasa berkembang di era globalisasi. 2. Al Quran. Melambangkan Islam sebagai agama resmi dan sekolah mendokong Islam sebagai panduan dalam membentuk pelajar yang baik, cemerlang dari segi rohani dan jasmani. 3. Topi, Ijazah & Skrol. Melambangkan kejayaan serta kecemerlangan dalam pendidikan. 4. Gelung Sukan. Melambangkan kejayaan dalam bidang Kokurikulum. 5. Dunia / Satelit. Melambangkan kepesatan pendidikan yang sentiasa berkembang seiring dengan era teknologi ICT. 6. Warna Jingga. Melambangkan sikap matang, kental dan bersemangat waja. 7. Warna Biru Muda. Melambangkan sikap lembut tetapi tegas , bersikap universal dalam mencari ilmu, berfikiran terbuka tetapi masih mengekalkan adab ketimuran . 8. Warna Hijau. Melambangkan persekitaran yang baik dan kondusif dalam membentuk sikap dan minda yang cemerlang PENERANGAN LOGO